Kesultanan Melayu Melaka

14
Kesultanan Melayu Melaka AJ20123 Soalan 1 . SEJARAH KEWUJUDAN DAN KEJATUHAN KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA (1400-1511) TELAH DICATATKAN DALAM PELBAGAI SUMBER TEMPATAN, BARAT DAN CHINA DAN BERBEZA DARI SEGI FAKTA DAN TAFSIRAN. BINCANGKAN. 1

Transcript of Kesultanan Melayu Melaka

Page 1: Kesultanan Melayu Melaka

Kesultanan Melayu Melaka AJ20123

Soalan 1 . SEJARAH KEWUJUDAN DAN KEJATUHAN KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA (1400-1511) TELAH DICATATKAN DALAM PELBAGAI SUMBER TEMPATAN, BARAT DAN CHINA DAN BERBEZA DARI SEGI FAKTA DAN TAFSIRAN. BINCANGKAN.

Nama No Matrik Tandatangan1. Sharifah Nur

Asilah binti Wan Abdilah

BA08110123

2. Georgina ak Nikros BA08110112

3. Nurhafizah binti Yusof

BA08110359

Pendahuluan

1

Page 2: Kesultanan Melayu Melaka

Terdapat pelbagai sumber yang dapat memberi banyak maklumat berkenaan sejarah kewujudan dan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka. Contohnya sumber daripada tempatan, sumber barat dan sumber Cina. Walau bagaimanapun, setiap sumber memberi banyak tafsiran dan fakta yang berbeza sungguhpun mengandungi perkara yang sama. Oleh sebab itu, wujud persoalan untuk memilih sumber yang lebih di percayai untuk mengetahui tentang Kesultanan Melayu Melaka. Banyak aspek yang dapat di gunakan untuk mengetahui tentang zaman Kesultanan Melayu Melaka seperti susunan raja-raja awal Melayu, salasilah ringkas Sultan Mansor Syah dengan Sultan Alaudin Riayat Syah dan juga sistem pentadbiran dan politik Melaka. Penilaian daripada aspek tersebut akan memberi pelbagai perbezaan fakta dari setiap sumber. Walau bagaimanapun, kesemua sumber mempunyai gambaran yang sama tentang Melaka sebagai bandar pelabuhan yang sentiasa sibuk dengan urusan perdagangan antara pedagang tempatan dan pedagang luar.1

Sumber tempatan

Sumber tempatan merujuk kepada sumber tentang Melaka yang di catat dalam bahasa Melayu. Sejarah Melayu mewakili teks yang mengandungi genre sejarah berbanding dengan genre undang-undang iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Sejarah Melayu dari semua versi mencatatkan bahawa asal usul Iskandar Syah adalah dari Singapura dan mempunyai darah keturunan daripada nasab Sang Nila Utama yang membuka Singapura dan juga bernasab terus daripada keturunan kerabat diraja Palembang.2 Walau bagaimanapun, Sejarah Melayu contohnya, hasil karangan Tun Sri Lanang sebelum 1536. Sejarah Melayu, Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka mempunyai maklumat sejarah sendiri untuk memberitahu pembaca berkenaan dengan keadaan Kesultanan Melayu Melaka dan masyarakatnya.

1 Muhammad Yussof Hashim Ph.D, Kesultanan Melayu Melaka,Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur,1989, Hlm.

62 Ibid, Hlm. 107

2

Page 3: Kesultanan Melayu Melaka

Dari aspek sejarah, Sejarah Melayu di katakan mengalami kekurangan berkenaan dua perkara iaitu tidak mempunyai tarikh dalam menerangkan sesuatu peristiwa yang berlaku dan sukar untuk membezakan sumber yang dongeng dengan sumber yang di percayai.3 Contohnya, berkenaan tarikh Kesultanan Melayu Melaka di tubuhkan tidak ada dalam catatan sumber Sejarah Melayu. Sejarah Melayu mengandungi 29 buah versi yang mengandungi sudut pandangan yang berbeza bergantung kepada penulis. Setiap daripada versi tersebut mengandungi unsure-unsur yang berbeza dan terdapat juga perbezaan fakta.

Hikayat Hang Tuah juga merupakan salah satu sumber tempatan. Sumber ini dapat memberi gambaran kepada pembaca mengenai konsep masyarakat Melaka abad ke 15 dan abad ke 16. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang menganggap Hikayat Hang Tuah adalah sebuah epik kesusasteraan. Hal ini berlaku kerana Hikayat Hang Tuah di kategorikan sebagai karya kreatif sastera yang terlalu mengutamakan keagungan Hang Tuah yang bercorak kepahlawanan. Sebagai contoh, unsur kekebalan yang ada dalam diri Hang Tuah dan kesaktian keris Taming Sari boleh menimbulkan keraguan terhadap pembaca. Contohnya , ketika pertarungan Hang Tuah dengan Taming Sari menyebabkan Hang Tuah kehairanan melihat Taming Sari tidak dapat di cederakan. Oleh itu, Hang Tuah berpendapat bahawa keris Taming Sari mempunyai kesaktian.4 Kemudian apabila Hang Tuah berjaya memiliki keris tersebut, beliau di katakan kebal dan sukar untuk di kalahkan oleh musuh.

Setiap versi tersebut mengandungi penyataan isi dan fakta yang berbeza-beza Contohnya, Sejarah Melayu versi Raffles MS.18 yang di tulis pada 1938 dan Sejarah Melayu versi W.G.Shellabear pada 1612. Sejarah melayu versi W.G Shellabear berbeza daripada versi Raffles MS.18 kerana di katakan telah di perbaiki semula.5

Sumber barat

3 ibid4 Kassim Ahmad. Hikayat Hang Tuah. Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala

Lumpur, 1997, Hlm. 1555 ibid

3

Page 4: Kesultanan Melayu Melaka

Selain sumber cina dan tempatan, terdapat sumber barat yang dapat di gunakan untuk mengetahui Kesultanan Melayu Melaka. Suma Orientel oleh Tom Pires, O.W. Wolters, Duarto Barbosa, Varthema, Gasper Correa, De Barros dan Adam Smith. The Suma Oriental terbit sekitar selepas tahun 1511 yang di hasilkan oleh Tom Pires. Catatan yang beliau buat dapat menyampaikan secara jelas akan masyarakat Melaka sekitar tahun 1400 sehingga 1515. The Suma Oriental merupakan sumber primer dalam salah satu bahasa Eropah yang pertama tentang Melaka.

Selain itu, Braz de Albuquerque telah menghasilkan sebuah buku tentang Melaka melalui catatan ayahnya iaitu Alfonso de Albuquerque. Buku itu bertajuk The Commentaries of The Great Alfonso Dalboquerque,Second Viceroy of India. De Eredia pula sungguhpun di lahirkan dan di besarkan di Melaka pada abad ke-17, beliau menghasilkan penulisannya tentang Melaka kira-kira seratus tahun selepas kuasa Melayu lenyap di bumi Melaka. Walau bagaimanapun, sumber dari penulis-penulis lain barat seperti Joao de Barros, De Castanheda, de Diogo de Couto, Duarte Barbosa dan de Correa adalah berlandaskan sumber sekunder dengan tafsiran masing-masing tentang masyarakat Melayu di Melaka.

Sumber Cina

Sumber China terutama catatan rasmi istana Ming, Ming shih-tu (Catatan Sebenar Wangsa Ming) dan Ming Shih (Sejarah Wangsa Ming), yang berasaskan Ming Shih-lu, semakin mendapat perhatian para sarjana. Ming Shih-lu adalah satu-satunya catatan semasa tentang kewujudan dan pertumbuhan Melaka pada kurun ke-15. Sumber ini umumnya boleh dipertanggungjawabkan kerana selain bersifat rasmi catatan-catatan di dalamnya adalah menurut urutan peristiwa serta lengkap dengan butiran dan tarikh sekali. Berasaskan kepada sumber inilah pada tahun 1968, seorang sarjana, Wang Gungwu, memecahkan kebuntuan berkaitan dengan masalah salasilah raja-raja awal Melaka yang gagal diselesaikan oleh sumber-sumber Melayu dan Portugis.

Namun begitu, para pengkaji menyedari bahawa sebagai catatan rasmi yang dibayangi oleh keperluan menonjolkan China sebagai pusat China dan sumber

4

Page 5: Kesultanan Melayu Melaka

peradaban manusia, tidak mustahil dalam sumber rasmi China terdapat maklumat yang kurang tepat tentang negara dan bangsa lain yang umumnya dianggap pinggiran dan gasar termasuk Melaka. Selain itu, terdapat pula catatan-catatan peribadi oleh pegawai atau pengembara Cina seperti Ying-yai Sheng-Ian (1433) oleh Fei Hsin yang maklumat di dalamnya terbatas kepada tempoh yang singkat sah.

Susunan raja-raja awal Melaka

Cerita Asal Usul Raja-Raja Awal Melaka merupakan versi yang paling tua dan dapat di gunakan sebagai asas untuk memahami susunan awal raja-raja Melaka.6 Versi ini terdapat di Universiti Leiden dengan kod Cod.Or.3199,(3) Bahagian 4. 7 Menurut Cerita Asal Usul Raja-Raja Awal Melaka, raja pertama adalah Seri Iskandar Syah yang memerintah Melaka selama 22 tahun dan Singapura selama 3 tahun. Kemudian di gantikan dengan Sultan Megat yang memerintah selama 2 tahun di Melaka. Raja ketiga adalah Sultan Mahmud yang kemudiannya di gantikan oleh raja keempat iaitu Sultan Abu Said yang memerintah lebih kurang 2 tahun. Manakala sultan yang terakhir menurut cerita asal usul Raja-Raja Awal Melaka adalah Sultan Mudafar Syah.8

SUMBER TEMPATAN

Akan tetapi, menurut Sejarah Melayu versi 1536, raja pertama Melaka adalah Sultan Iskandar Syah yang memerintah selama 20 tahun di Melaka , kemudian di gantikan dengan Raja Kecil Besar iaitu Sultan Megat selama 2 tahun. Selepas itu, Sultan Muhammad Syah atau Raja Tengah memerintah Melaka selama 57 tahun dan di gantikan dengan Sultan Abu Syahid selama 17 bulan. Raja Kassim atau Sultan Muzzafar Syah pula menggantikan takhta dan memerintah Melaka selama 40 tahun. 9

6 Muhammad Yussof Hashim Ph.D,Kesultanan Melayu Melaka,Dewan Bahasa Dan Pustaka,Kuala Lumpur,1989.Hlm 997 Ibid, Hlm. 117.8 Ibid, Hlm. 3869 Ibid

5

Page 6: Kesultanan Melayu Melaka

Walau bagaimanapun, Sejarah Melayu versi 1612 pula mencatatkan fakta yang berbeza. Sumber ini mencatatkan bahawa Sultan pertama adalah Sultan Iskandar Syah yang memerintah Singapura selama 32 tahun dan Melaka selama 2 tahun. Selepas itu di gantikan dengan Raja Muda Besar iaitu Raja Ahmad. Sumber ini tidak menyatakan tarikh pemerintahan Raja Ahmad. Raja yang ketiga adalah Radin Tengah ataupun Raja Tengah. Selepas itu di gantikan dengan Raja Ibrahim atau Sultan Abu Syahid selama 17 bulan di Melaka. Raja Ibrahim kemudiannya di gantikan dengan Raja Kassim atau Sultan Muzzafar Syah yang memerintah selama 42 tahun di Melaka.10

Naskah Bustan’us-Salatin 1638 pula mencatatkan sumber yang berbeza berbanding Sejarah Melayu versi 1536 dan 1612. Walau bagaimanapun, sumber ini langsung tidak menyatakan tarikh-tarikh penting berkenan pemerintahan awal raja-raja Melaka. Dalam naskah ini, di catatkan bahawa raja awal Melaka yang pertama adalah Seri Rama Adikerma. Kemudian, di gantikan dengan Raja Besar Muda iaitu Raja Ahmad dan Raja Tengah pula adalah raja Melaka yang ketiga. Raja keempat pula adalah Raja Kecil Besar iaitu Sultan Muhammad Syah dan raja kelima adalah Raja Kassim atau Sultan Muzaffar Syah.

Oleh yang demikian, dapat di simpulkan bahawa sumber-sumber tempatan mempunyai perbezaan fakta juga sungguhpun berada dalam kategori yang sama. Wujud persoalan sama ada sumber tempatan yang dapat di gunakan sebagai sumber yang boleh di percayai sepenuhnya khususnya dalam tujuan pensejarahan dan kajian. Walau bagaimanapun, perkara ini dapat di lihat juga daripada sumber asing iaitu sumber Cina dan barat.

SUMBER CINA

Menurut sumber China iaitu daripada catatan penulis Yung-lo Shih-lu yang membuat catatan pada tahun 1425-1430 dan Hsuan-te Shih-lu pada tahun 1438 mengatakan bahawa raja Melaka yang pertama adalah Pai-li-mi-su-la yang meninggal dunia pada tahun 1414 atau akhir tahun 1413. Raja yang kedua pula bernama Mu-kan-sa-yu-ti-er-sha atau I-ssu-han-ta-er-sha yang meninggal dunia pada akhir tahun 1423 atau awal tahun 1424. Raja Melaka yang seterusnya adalah 10 Ibid

6

Page 7: Kesultanan Melayu Melaka

Hsi-li-ma-ha-la-che yang meninggal sebelum tahun 1444. Raja Melaka yang keempat pula ialah His-li-pa-mi-his-wa-er-tiu-pa-sha yang dicatatkan pada 1445. Raja Melaka terakhir yang dicatatkan pada tahun 1445 ialah Su-lu-t’an-wu-ta-fo-na-sha.11

SUMBER BARAT

Sumber barat daripada versi Winstedt 1948 pula berpendapat bahawa Raja pertama Melaka adalah Megat Iskandar Syah yang meninggal dalam tahun 1424. Apabila baginda mangkat, baginda di gantikan oleh Sri Maharaja dan setelah meninggal pada 1444, Raja Ibrahim Sri Parameswara Dewa Syah pula menggantikan Sri Maharaja. Akan tetapi beliau mangkat kerana telah di bunuh pada tahun 1446 dan di gantikan oleh Raja Kasim iaitu Sultan Muzaffar Syah. Sumber daripada versi Winstedt Cuma menyatakan tarikh kemangkatan setiap raja-raja Melaka. Berbeza dengan sumber lain barat seperti versi Wake 1964 mencatatkan tarikh yang berbeza mengenai tempoh masa pemerintahan raja pertama Melaka iaitu Sri Parameswara sekitar 1400 sehingga 1414. Kemudian, pemerintahan Sri parameswara di gantikan dengan Megat Iskandar Syah iaitu pada 1414 sehingga 1424. Dalam versi ini, terdapat banyak nama untuk raja ketiga di Melaka. Antaranya adalah Seri Maharajah Mohamed Shah, Raja Tengah dan Raja Kechil Besar yang memerintah pada 1424 sehingga 1445. Kemudian, raja yang keempat adalah Seri Parameswara Dewa Syah iaitu Raja Ibrahim yang memerintah Melaka dari tahun 1445 sehingga 1446. Setelah itu, Sultan Muzaffar Syah pula menaiki takhta menjadi raja kelima memerintah Raja Kassim12

Daripada ketiga-tiga sumber ini, dapat di lihat setiap fakta berbeza-beza sehingga menimbulkan persoalan sumber mana yang paling betul untuk memahami susunan awal raja-raja Melaka. Walau bagaimanapun, daripada penilaian tentang ketiga-tiga sumber, dapat di ketahui bahawa pengasas dan raja Melaka yang terawal adalah Parameswara iaitu menggunakan nama Sultan Iskandar Syah setelah memeluk agama islam.

11 Ibid 12 Muhammad Yussof Hashim Ph.D,Kesultanan Melayu Melaka,Dewan Bahasa Dan Pustaka,Kuala Lumpur,1989.Hlm

387

7

Page 8: Kesultanan Melayu Melaka

Salasilah ringkas Sultan Mansor Syah dan Sultan Alaudin Riayat Syah

Salasilah ringkas Sultan Mansor Syah dan Sultan Alaudin Riayat Syah berdasarkan Sejarah Melayu versi 1536 menyebut bahawa Sultan Mansor Syah berputerakan Sultan Alaudin Riayat Syah hasil perkahwinan dengan wanita Jawa iaitu Puteri Raden Galuh. Manakala, Sejarah Melayu versi 1612 dan edisi 1979 menunjukkan bahawa Sultan Mansor Syah berkahwin dengan adik Bendahara Tun Perak dan lahir nya Sultan Alaudin Riayat Syah.13

Manakala, dalam sumber barat berdasarkan catatan Tom Pires iaitu The Suma Oriental menyebut bahawa susur galur Sultan Alaudin Riayat Syah atau Alaodin adalah daripada Sultan Mansor Syah atau Sultan Mamsursa. Baginda telah berkahwin dengan Puteri Raja Kampar dan hasil daripada perkahwinan tersebut, baginda memperoleh 2 orang puteri. Baginda juga berkahwin dengan wanita Pahang dan mendapat seorang anak perempuan. Isteri ketiga baginda adalah puteri raja negeri Pahang dan beliau mendapat anak lelaki yang di beri nama Raja Caleman atau Sulauman. Isteri baginda yang terakhir adalah anak perempuan Bendahara dan hasil dariapda perkahwinan tersebut lahirlah Sultan Mahmud Syah atau Raja Mafamut.14

Sistem Pentadbiran dan Politik Melaka.

Menurut Sejarah Melayu versi Shellabear versi 1612 ada mencatatkan mengenai fakta tentang sistem pentadbiran dan politik di Melaka. Versi ini mencatatkan bahawa terdapat ‘menteri empat’ dalam sistem pembesar Melaka. Pembesar yang pertama adalah bendahara kemudian di ikuti penghulu bendahari,temenggung dan laksamana.15 Walau bagaimanapun, sumber dari Undang-Undang Laut Melaka mencatatkan fakta yang berbeza. Hal ini kerana, sumber ini menyatakan bahawa kedudukan pertama dalam sistem pembesar

13 Ibid, Hlm. 39114 Ibid 15 Ibid, Hlm. 155

8

Page 9: Kesultanan Melayu Melaka

adalah bendahara, di ikuti oleh temenggung, penghulu bendahari dan terakhir syahbandar. 16

Sumber daripada Portugis pula mencatatkan fakta yang berbeza dari sumber tempatan. Tom Pires dalam penulisannya telah mencampur-adukkan peranan bendahara dan penghulu bendahari dengan melihat kepada “…has charge of the king’s revenue”. Oleh sebab itu, dapat di lihat bahawa Tom Pires tidak dapat membezakan antara peranan bendahara yang bertanggungjawab mengumpul khazanah kerajaan dengan tugas Penghulu Bendahari yang sepatutnya bertanggungjawab dalam tugas tersebut. Oleh yang demikian, fakta daripada sumber ini agak sukar untuk di gunakan untuk memahami sistem pembesar dalam Kesultanan Melayu Melaka.17

Daripada kedua-dua sumber ini, dapat di lihat pelbagai perbezaan pandangan penulis mengenai sistem pembesar di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Oleh yang demikian, kewajaran untuk mempercayai kedua-dua sumber di pertikaikan kerana kedua-dua penulis ini adalah bukan berasal daripada zaman kewujudan dan kejatuhan Melaka. Tambahan pula, setiap penulis mempunyai perspektif dan penilaian yang berbeza dalam penulisannya berdasarkan sumber yang mereka perolehi.

Kesimpulan

Berdasarkan penilaian terhadap ketiga-tiga sumber tersebut iaitu sumber tempatan, sumber barat dan sumber cina, dapat di simpulkan bahawa ketiga-tiga sumber ini mempunyai banyak perbezaan fakta mengenai zaman kewujudan dan kejatuhan Melaka.

Berdasarkan keseluruhan daripada sumber tempatan yang mempunyai pelbagai versi telah menyebabkan kerumitan kepada goLongan yang memerlukan 16 Ibid, Hlm. 15017 Ibid

9

Page 10: Kesultanan Melayu Melaka

sumber tempatan untuk melakukan kajian. Hal ini berlaku kerana, setiap daripada versi memaparkan fakta yang berbeza dan membingungkan pengkaji. Harus di ingatkan bahawa corak dan sudut pandangan dalam Sejarah Melayu adalah hasil pandangan daripada kalangan kerabat Bendahara. Oleh sebab itu, wujud persoalan bagaimana sekiranya Sejarah Melayu itu di hasilkan daripada kalangan golongan bawahan zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sudah tentu penulisannya memaparkan fakta dan pandangan yang berbeza daripada penulisan serta pandangan golongan atasan.

Keseluruhan daripada sumber Portugis di dorong oleh dua faktor iaitu penulis yang berasal daripada kalangan penakluk manakala masyarakat Melaka adalah golongan yang di takluk dan lebih menjurus ke arah semangat Kristian berbanding dengan keadaan masyarakat Melaka yang beragama Islam. Walau bagaimanapun, tidak dapat di nafikan bahan-bahan Portugis amat di perlukan dalam kaedah pensejarahan kerana ianya dapat membantu memberi gambaran tentang Melaka antara tahun 1400 hingga 1511.18

Sumber Cina pula jika melihat sumbernya hanya lebih memfokuskan tentang nama raja-raja Melaka, suasana kosmopolitan Melaka, aspek perdagangan dan ekologi.19 Walau bagaimanapun, di fahami bahawa sumber dari Cina tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana berdasarkan penulisan daripada mereka, tujuan kedatangan ke Melaka adalah untuk melancarkan ekspedisi dan misi orang Cina.

Kesimpulannya, daripada ketiga-tiga sumber ini, sumber Cina lebih bersifat fleksibel dalam membantu menjelaskan tentang kewujudan zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan lebih tepat lagi. Zaman kejatuhan Melaka tidak dapat di temui dalam penulisan sumber Cina kerana pada ketika itu negeri Cina telah menukar dasar pentadbiran negeri mereka kepada dasar tutup pintu.

18 Ibid, Hlm. 1819 Ibid, Hlm. 13

10

Page 11: Kesultanan Melayu Melaka

Rujukan

1. Joginder Singh Jessy. 1978. Sejarah Tanah Melayu (1400-1959). Dewan

Bahasa dan

Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur.

2. Kassim Ahmad. 1973. Perwatakan dalam Hikayat Hang Tuah. Latihan Ilmiah

Pengajian

Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia

Kuala

Lumpur.

3. Kassim Ahmad. 1997. Hikayat Hang Tuah. Pengenalan tambahan oleh Noriah

Mohamed.

Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

4. Muhammad Yusof Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kajian Beberapa

Aspek

tentang Melaka pada Abad ke-15 dan abad ke-16 dalam SejaraH

Malaysia. Dewan

Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur.

5. Tan Sri Mubin Sheppard. 1982. Tanah Melayu yang Bersejarah. Eastern

Universities

Press (M) Sdn Bhd.

11