Kesusasteraan Cina

download Kesusasteraan Cina

of 7

Transcript of Kesusasteraan Cina

  • 8/12/2019 Kesusasteraan Cina

    1/7

    Berdasarkan sebuah teks klasik Dewi Pu t ih karya Ren Shaozeng ,bincangkan unsur-unsur tradisi China yang terpapar di dalamnya.

    Tamadun China merupakan salah sebuah tamadun tertua di dunia. Selama 4000

    tahun tamadun ini telah membawa kepada kegemilangan dalam beberapa bidang

    seperti pentadbiran, falsafah, sastera, unsur moral, penciptaan dan sains.

    Kegemilangan ini membawa kemajuan dan kemakmuran kepada tamadun ini. Tidak

    dapat dinafikan juga ia memberi sumbangan kepada kehidupan masyarakat di dunia

    pada hari ini. Tamadun China juga menyamai tamadun-tamadun tua yang lain

    seperti tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir, Tamadun India dan Tamadun

    Greek. Walaupun kemunculannya tidak sama namun pencapainya adalah standing

    dengan tamadun-tamadun tadi. Sebagai contoh pembinaan Tembok Besar China

    merupakan salah satu dari tujuh benda ajaib di dunia. Ia seiringan dengan Piramid di

    Mesir, Taman Bergantung Babylon di Iran dan Taj Mahal di India. Demikialah juga

    dengan pencapaian atau kegemilangan dalam bidang kesusasteraan.

    Sejarah kesusasteraan Cina bermula sekurang-kurangnya seawal kurun ke-

    14SM dan perkembangannya berterusan sepanjang lebih daripada 3,000 tahun.

    Perkembangan kesusasteraan Cina ini tidak pernah menerima gangguan atau

    sekatan. Sifat bahasa Cina yang bukan berabjad-fonetik (alphabetic-phonetic)

    bermakna huruf-hurufnya tidak menunjukkan bunyi sebutan. Bahasa Cina boleh

    disebut dalam kelainan cara dari segi fonologi mengikut tempat atau mengikutkesesuaian selaras dengan perubahan zaman-zaman dalam sejarah Cina. Namun

    begitu, maksud sesuatu huruf tetap sama tidak kira dalam dialek apapun ia

    disebutkan atau dipertuturkan. Maka itu kesusasteraan Cina dapat dinikmati dan

    dihayati oleh semua yang mengenali huruf Cina. Sesebuah karya klasik Konfusius

    misalnya, boleh dibaca dalam apa jua diaiek tanpa menjejaskan maksudnya. Sifat

    bahasa Cina ini mengekalkan kesinambungan budaya Cina dan membolehkan

  • 8/12/2019 Kesusasteraan Cina

    2/7

    kesusasteraan Cina klasik terus menjadi aset budaya masyarakat Cina yang amat

    bemilai.

    Seperti lazimnya, dalam setiap karya klasik yang dihasilkan sudah pasti

    digarap dengan unsur tradisi masyarakat setempat sebagai latar penceritaan. Di

    dalam kehidupan masyarakat China yang sangat kompleks, terdapat tiga ajaran

    yang dianuti iaitu Taoisme, Konfuciusme dan Buddha. Setiap satunya mempunyai

    unsur-unsur tradisi yang menarik meliputi bahasa, kesenian, makanan, perubatan,

    perayaan, keagamaan dan adat. Kepelbagian budaya ini sangat menarik untuk dikaji

    dan merupakan satu bentuk khazanah ketamadunan manusia yang sangat

    berharga.

    Salah satu hasil karya yang sarat dengan unsur-unsur tradisi China adalah

    cerita Dewi Putih hasil karya Ren Shaozeng. Hasil karya beliau berbentuk naratif

    yang panjang.. la merupakan sebuah novel dengan pencapaian sangat cemerlang

    kelihatan dari segi perwatakan dan pelukisan gambaran yang mendalam serta

    bermaklumat tentang kehidupan dan adat resam orang China. Unsur tradisi yang

    digarap dengan baik oleh penulis adalah seperti kepercayaan kepada pertapaan

    untuk menyucikan diri,kepercayaan kepada dewa dan dewi, pantang larang tertentu

    seperti mempercayai tuah dan sial yang dibawa oleh sesetengah makhluk seperti

    ular putih yang dianggap membawa sial.

    Selain daripada itu usur-unsur adat turut dimuatkan dalam novel Ren

    Shaozeng ini untuk mematapkan lagi jalan cerita seperti sambutan Perayaan Cheng

    Beng, Pesta Perahu Naga, u[acaya membakar colok untuk menghalau makhluk

    halus bersempena Bulan Luna dan berbagai lagi. Ren Shaozeng turut memasukkan

    adab kehidupan masyarakat ketika itu seperti penggunaan herba dalam bidang

    perubatan, upacara minum teh, amalan meminum arak bagi wanita yang baru

  • 8/12/2019 Kesusasteraan Cina

    3/7

    melahirkan anak, penggunaan warna merah dalam perayaan utama serta alatan

    sempoa untuk membuat pengiraan. Kesemuanya unsur-unsur tradisiini akan cuba

    dikupas oleh pengkaji.

    Kepercayaan Toaisme

    Ajaran Taoisme merupakan ajaran yang terpenting sesudah Konfusianisme di

    China. Ajaran Taoisme ini diasaskan oleh Lao Tze yang dikatakan hidup sezaman

    dengan Kon Fu Tze. Namun demikian terdapat juga pengkaji sejarah kebudayaan

    yang berpendapat bahawa ajaran ini diasaskan oleh Yang Chu. Ajaran Taoisme

    dianggap sebagai sebahagian daripada sistem falsafah mistik. Tidak keterlaluan jika

    aliran ini dikatakan sebagai satu bentuk mistisisme yang tertua dan masih

    berpengaruh hingga ke abad-20. Ajaran ini sama sekali berbeza dengan ajaran

    Konfusianisme yang menekankan peranan manusia sebagai sebahagian daripadaanggota masyarakat, kehidupanya dalam etika dan politik. Ajaran Taoisme mengajar

    manusia untuk hidup dengan seadanya dan selari dengan alam sekeliling mereka.

    Seperti yang dinyatakan di atas, ajaran Taoisme merupakan aliran yang

    mempunyai unsur mistiknya yang tersendiri. Unsur mistisisme yang sangat nyata

    adalah kepercayaan terhadap kewujudan dewa dewi. Unsur alam juga merupakansalah satu daripada perkara pokok yang ditekankan di dalam ajaran Taoisme. Setiap

    unsur alam membawa pengertian yang tersendiri. Ini akan dibincangkan secara

    sepintas lalu apabila meneliti unsur tradisi Cina yang ada di dalam cerita Dewi Putih.

    Selain daripada itu, kaedah pertapaan juga merupakan cara terbaik untuk

    mensucikan diri dan mencapai kuasa kesaktian selain daripada menghormati

  • 8/12/2019 Kesusasteraan Cina

    4/7

    makhluk lain yang wujud di alam sekeliling kita dengan menidakkan kepercayaan

    yang tidak masuk akal.

    Dewa-Dewi

    Kepercayaan kepada dewa dewi telah menjadi sebahagian daripada kepercayaan

    masyarakat Cina yang menganuti ajaran Taoisme, Konfusiasme dan Buddha.

    Terdapat berbagai dewa dewi yang menjadi sembahan masyarakat Cina. Melalui

    cerita Dewi Putih, penulis telah menyelitkan beberapa orang dewa dan dewi seperti

    Dewa Lu Dongbin yang telah menjelmakan dirinya sebagai seorang penjaja kuihbebola inti. Kuih bebola inti yang dibeli oleh bapa Xu Xian telah menyebabkab Xu

    Xian kekeyangan setelah memakannya. Ini menyebabkan orang tuanya kerisauan

    dan membawanya berjumpa kembali dengan Dewa Lu Dongbin. Akhirnya kuih yang

    dimakan oleh Xu Xian telah terkeluar setelah di tunggingkan oleh penjual kuih

    tersebut. Kuih yang terkeluar itu telah masuk ke mulut ular yang sedang bertapa di

    dasar tasik yang akhirnya menjadi seorang manusia dan menjadi isteri kepada Xu

    Xian.

    Dewi Putih telah berjumpa dengan Dewa Lu Dongbin sewaktu Jamuan Pic

    untuk Dewa-dewa di Dewan Tembusan Awan bagi meraikan ibunda Ratu Alam.

    Ratu Alam juga ada bertanyakan mengenai Dewi Putih kepada Dewa Lu Dongbin

    kerana terpesoa dengan kecantikan Dewi Putih. Selain itu terdapat juga Dewa

    Hujung Selatan yang muncul membantu Dewi Putih apabila dia diserang oleh Pari-

    pari Rusa dan Pari-pari Bangau.

  • 8/12/2019 Kesusasteraan Cina

    5/7

    Hubungan Manusia dengan Alam

    Sebagaimana agama lain yang ada di dunia, hubungan dengan alam

    merupakan satu aspek yang dititik beratkan. Dari perspektif Taoisme, unsur alam

    perlulah dilihat sebagai sebahagian daripada kehidupan kita. Keharmonian

    hubungan alam dan manusia amatlah penting. Manusia diajar agar menjalani

    kehidupan yang sederhana dan sentiasa menghargai alam semulajadi. Penyucian

    diri melalui pertapaan dilakukan di tempat yang dianggap menenangkan. Gunung-

    ganang umpamanya merupakan lokasi yang idal untuk bermedetasi. Gunung-

    ganang dianggap sebagai tempat yang mulia dan kebiasaannya dewa-dewi bertapa

    untuk menyucikan diri mereka. Dalam cerita Dewi Putih, ular putih bertapa untuk

    memiliki kesaktian dan kemampuan bertukar menjadi manusia. Selain itu,

    percintaan antara manusia dengan dewi melambangkan cinta agung yang suci dan

    murni. Oleh kerana Xu Xian ialah seorang pemuda yang baik hati maka dia dipilih

    untuk menjadi suami kepada Dewi Putih yang dianggap sebagai tuhan.

    Kepercayaan Taoisme

    Dalam ajaran Taoisme, semua makhluk perlu diberikan tempat yang

    sewajarnya. Jika masyarakat Cina beranggapan bahawa ular putih merupakan

    makhluk yang membawa sial, maka persoalan inilah yang cuba dihuraikan oleh

    ajaran Taoisme. Melalui cerita Dewi Putih, Ren Shaozeng telah mengangkat

    kedudukan ular putih sebagai makhluk yang suci melalui penjelmaannya sebagai

    seorang dewi yang cantik dan mempunyai keperibadian yang mulia. Dewi Putih yang

    bertapa selama 500 tahun telah bertukar menjadi seorang manusia yang baik dan

    kejelitaannya tiada tandingan. Ini dibuktikan dengan kesungguhan Dewi Putih

    membantu suaminya Xi Xian menguruskan kedai ubat. Malahan pada satu

  • 8/12/2019 Kesusasteraan Cina

    6/7

    peringkat, mereka berdua telah memberikan ubat yang mereka yang memerlukan

    secara percuma. Dewi Putih turut mengorbankan tenaga saktinya dengan

    menghasilkan ubat yang dicampur dengan kuasa kesaktiannya untuk merawat

    penduduk yang diserang sejenis penyakit yang baru lantaran ubat sedia ada tidak

    mampu menyembuhkan mereka.

    Ular putih juga dianggap sebagai binatang yang boleh menyembuhkan

    penyakit mata. Oleh itu, walaupun perlu menghormati makhluk yang ada, tidak

    salah juga jika menggunakannya sebagai salah satu sumber perubatan.

    Pergantungan makhluk antara satu sama lain tidak dapat dielakkan. Secara tidak

    langsung, penulis telah meletakkan ular putih sebagai haiwan yang mulia. Inilah

    merupakan salah satu daripada bentuk falsafah yang diperkenalkan oleh Taoisme

    kepada masyarakat Cina.

    Pertapaan

    Unsur tradisi China yang terdapat di dalam cerita Dewi Putih adalah unsur

    pertapaan. Oleh kerana cerita ini melibatkan watak dewa-dewi, tidak dapat tidak,

    unsur pertapaan memainkan peranan penting. Masyrakat Cina sangat mempercayai

    kaedah pertapaan sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Hingga kini

    pun, konsep pertapaan masih begitu menebal di dalam budaya Cina terutama sekali

    penganut agama Buddha yang menjalani kehidupan sebagai sami.

    Jika masa lalu, pertapaan dianggap sebagai salah satu cara untuk

    mendapatkan kuasa kesaktian, maka hari ini ia masih diamalkan, tetapi untuk

    mententeramkan jiwa dan mengenali diri sendiri. Cerita klasik Dewi Putih

    umpamanya turut menyelitkan unsur pertapaan. Ular putih telah bertapa selama 500

    tahun untuk menjadi makhluk yang suci, berkuasa sakti serta berkebolehan bertukar

  • 8/12/2019 Kesusasteraan Cina

    7/7

    rupa. Sewaktu bertapa di Gunung Omei, ular putih telah keluar dari gunung tersebut

    dan terbang ke bandar Hangzhou dan bertukar menjadi manusia. Namun hanya

    mampu kekal dalam bentuk manusia dalam tempoh yang singkat. Dia terpaksa

    bersembunyi di Tasik Barat untuk menyambung kembali pertapaannya.

    Sewaktu berada di sanalah ular putih telah tertelan sebiji ubat (kuih bebola

    inti) yang memberikan kuasa untuk seseorang itu memiliki ciri-ciri kedewaan.

    Bukti yang ditunjukkan di dalam petikan itu secara jelas menunjukkan bahawa

    pertapaan merupakan kaedah yang terbaik untuk memperolehi kesaktian. Dewi

    Putih misalnya merupakan jelmaan daripada ular putih setelah menjalani pertapaan

    ratusan tahun. Kesaktian yang diperolehi adalah sebagai tanda bahawa tidak

    mustahil untuk menjadi makhluk yang suci seperti dewa-dewi. Boleh dianggapkan

    bahawa kemampuan Dewi Putih adalah diibaratkan sebagai Tuhan yang memilikisegala macam kesaktian, kebaikan dan kecantikan. Lantaran Dewi Putih yang mulia

    itu telah dipertemukan dengan manusia yang berhati mulia, Xu Xian. Xu Xian

    misalnya telah menyelamatkan Dewi Putih yang berbentuk ular setelah gagal untuk

    menjadi manusia kerana pertapaannya yang belum mencapai tempoh yang

    diperlukan.