KESUSASTERAAN MELAYU

download KESUSASTERAAN MELAYU

of 12

Transcript of KESUSASTERAAN MELAYU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA BAHASA MELAYU 1 TUGASAN KEDUA

NAMA PELAJAR

: SITI NURIZZATI BINTI ADNAN NOOR FAEIZAH BINTI SATAR SITI NUR HAJAR BINTI MOHD KAMIL

NO KP

: 900427-05-5312 910907-11-5344 910912-03-5082

KUMPULAN/UNIT KOD/MATA PELAJARAN NAMA PENSYARAH PEMBIMBING

: PPISMP JULAI 2009 PENDIDIKAN KHAS : BAHASA MELAYU 1 : ENCIK AZMAN BIN RAHMAT

CIRI-CIRI KESUSASTERAAN, JENIS DAN BENTUK KESUSASTERAAN

CIRI-CIRI KESUSASTERAAN (PENDAPAT LAIN)

dapat meninggikan kedudukan raja-raja - Karya sastera sejarah ini memerlukan usaha pengkarya bagi meninggikan kedudukan raja-raja dengan menghiasi watak-watak mereka dengan unsur-unsur keghaiban dan kekuasaan. Sampaikan hal-hal moral dan tatasusila - Pengarang juga mesti menyampaikan kepada khalayak tentang halhal berkenaan dengan moral dan tatasusila dengan cara didaktik. Cenderung kepada sifat-sifat kesusasteraan rakyat - Pengarang karya sastera sejarah biasanya perlu lebih cenderung kepada sifat-sifat kesusasteraan rakyat dengan mementingkan soalsoal mitos dan dynastic myth lebih dari sejarah dalam pengertian terkini. Memperindahkan karya - Pengarang akan memperindahkan karyanya sehingga hasilan mereka lebih berupa hasil seni daripada sejarah. Tidak mementingkan kronologi. - Pengarang tidak mementingkan kronologi. Iaitu tiada tarikh yang tepat dan kejadian-kejadian yang berlaku sering dicampuradukan sehingga peristiwa itu hilang unsur-unsur sejarahnya. Gelaran Hikayat - Sebahagian besar hasil sastera ini membawa gelaran Hikayat. Namun begitu, tidaklah bermakna bahawa semua karya yang membawa gelaran hikayat itu boleh digolong sebagai sastera sejarah. Cerita-cerita seperti Hikayat Terung Pipit, Hikayat Malim Dewa, dan Hikayat Awang Sulung Merah Muda tidak merupakan hasil sastera sejarah kerana kandungan ceritanya bukan mengenai hal-hal yang pernah berlaku.

CIRI-CIRI KESUSASTERAAN (BUKU RUJUKAN)a) Keindahan

Dapat diserlahkan melalui gaya dan lenggok bahasa yang digunakan dalam sastera.

Memenuhi unsur-unsurnya yang lengkap iaitu keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan berfokus atau pusat penekanan sesuatu unsur.

a) Mencerminkan pengalaman Merujuk kepada tindak balas yang utuh dari jiwa manusia yang digambarkan secara realiti. Merujuk kepada kegiatan fikiran, perasaan dan imaginasi. Diungkapkan melalui bahasa yang mengandungi maksud yang tersurat dan tersirat. a) Pengalaman seni Pembaca dapat memahami dan merasai fikiran dan perasaan pengkarya melalui peristiwa sastera. Dapat mengagumkan pembaca dengan pengalaman dan nilai-nilai seni pengkarya. a) Karya seni 3 perkara yang membezakan karya sastera dengan bukan sastera Sifat fiksyen Nilai-nilai estetik Gaya bahasa yang khusus Ciri-ciri sastera sebgai karya seni:i. Keutuhan setiap unsur atau bahagian pada sesuatu karya menunjang kepada usaha mengungkapkan isi hati pengkarya ii. Keseimbangan unsur-unsur atau bahagian-bahagian sastera, baik dari segi ukuran atau pemberatannya harus seimbang dengan puisi iii. Keselarasan unsur atau bahagian itu menjadi dasar atau asas bagi mengukuhkan unsur atau bahagian lain iv. Penekanan melebihkan penekanan kepada unsur atau bahagian yang penting daripada yang kurang penting

CIRI-CIRI SASTERA SEBAGAI SATU KEGIATAN SENI YANG BERHUBUNG EKSPRESI DAN PENCIPTAAN

Sastera ialah seni dan bukan ilmu semata-mata Usaha merakamkan isi jiwa pengkarya Sastera ialah satu komunikasi Bentuk rakaman atau karya sastera dapat difahami orang lain Sastera mempunyai keraturan Memenuhi bentuk seni, karya harus mempunyai pola Sastera ialah alat hiburan Dapat memberi rasa puas dan senang kepada pembacanya Sastera ialah karya yang berintegrasi Menunjukkan adanya kesatuan unsur-unsurnya, iaitu keserasian antara isi, bentuk, bahasa dan ekspresi pengarang

JENIS DAN BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU

Jenis kesusasteraan berbeza-beza mengikut bentuk dan tujuan sesuatu karya tersebut

KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL (KLASIK)- sastera tertua yang disampaikan secara lisan dan diturunkan dari satu generasi ke generasai lain yang mempunyai unsur tokok -tambah. - ia wujud sebelum adanya alat pencetak. - di hasilkan sebelum tahun 1800. - hasil yang masih tersimpan tidak kira dalam apa bentuk dan bagaimana corak. - disampaikan dalam bentuk lisan dan sebahagian kecil dalam bentuk tulisan tangan. - punya nilai dan ukuran yang tersendiri. - terpancar worldview masayarakat - setiap karya adalah hak cipta bersama----- tiada nama pengarang. - khayalan dicampuradukkan dengan kenyataan----tujuan hiburan dan pengajaran. - mempunyai unsur-unsur setempat. - bersifat universal. - hasilnya dapat dibahagikan kepada dua iaitu :1. sastera lisan (sastera rakyat) 2. sastera tulisan (sastera istana) - terbahagi kepada dua bentuk :1. Prosa Melayu Tradisional 2. Puisi Melayu Tradisional (syair, pantun, gurindam, seloka, mantera, teromba, dan lain-lain)

- mempunyai ciri-ciri yang tetap dan tidak berubah - adalah bentuk sastera yang masih kekal dan sentiasa subur dalam kalangan masyarakat Melayu - merupakan sumber pengetahuan, amalan, pengajaran, sempadan tingkah laku atau sumber atau perundangan dan pengenalan masyarakat Melayu kepada masyarakat luar dari alam Melayu - berbeza daripada istilah sastera lama

SASTERA RAKYAT (LISAN)

CIRI-CIRI SASTERA RAKYAT (LISAN) Penyebaran dan diwariskan secara lisan

bersifat tradisional dan lama wujud dalam variasi berbeza-beza bersifat anomini ( menggunakan nama samaran @ langsung tiada pencipta) menjadi hak milik masyarakat bersama mempunyai plot yang lebih kurang sama

tujuan untuk memberi pendidikan, pengajaran, nilai moral dan sosial

penulisannya bersifat sederhana, spontan dan kadangkala kasar kesusasteraan yang disampaikan melalui peraturan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. dikenali juga sebagai sastera rakyat contoh sastera lisan :1. Mitos cerita yang dianggap benar terjadi dan suci oleh orang empunya

cerita dan masyarakat yang mendukungnya serta di luar jangkauan manusia

ciri-ciri dianggap benar-benar terjadi, peristiwa yang berlaku aneh, tetapi penting, dianggap keramat dan memberikan kesan kepada masyarakat, berlaku pada zaman lampau dan tokoh yang terlibat ialah Tuhan atau dewa-dewa

jenis-jenis mitos asal-usul, mitos institusi/budaya dan mitos politik

1. Lagenda cerita yang dipercayai benar-benar berlaku, tetapi tidak

dianggap suci.merupakan cerita dongeng yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang bersejarah

Ciri-ciri sejenis komunikasi lisan bercorak cerita berasaskan kisah-kisah, berhubung kait dengan masa silam, terdapat kesan atau tanda seperti kubur,binaan,dan bentuk bumi, ada kaitannya dengan masa sekarang kerana kepercayaan terhadap keramatnya seperti Perigi Hang tuah, tokoh atau tempat mempunyai sifat luar biasa, lagenda dianggap sebagai sejarah kolektif,bersifat universal dan dipercayai benar-benar berlaku

Jenis-jenis lagenda keagamaan, lagenda alam ghaib/memorat, lagenda perseorangan, lagenda tempat

1. Cerita rakyat merupakan dalam bentuk prosa dan tidak dianggap benar-

benar terjadi. Diceritakan sebagai sumber hiburan dan melukiskan kebenaran serta mengandungi moral atau sindiran Jenis-jenis -

a. cerita asal-usul ( Dongeng harimau jadian, dongeng gerhana ) b. cerita binatang ( Cerita Sang Kancil, Pelanduk ) c. cerita jenaka ( Pak Pandir, Pak kaduk dan Lebai malang ) d. cerita lagenda ( Mahsuri, Hang Tuah ) e. cerita penglipur-lara ( Malim Deman, Malim Dewa, Anggun Cik Tunggal )

SASTERA ISTANA (TULISAN) Kesusasteraan tulisan ialah kesusateraan yang disampaikan secara bertulis Pada awalnya, tulisan jawi digunakan untuk menulis kesusasteraan. Sebelum adanya alat pencetak, banyak karya sastera bertulis dengan tangan sahaja. Contohnya Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu Setelah masyarakat didatangi peradaban barat, alat cetak dan tulisan rumi di perkenalkan. Contoh karya-karya sastera adalah seperti Hikayat Sang Kancil Sastera bertulis berbentuk cerita terbahagi kepada 3 iaitu novel, cerpen dan drama.

JENIS DAN BENTUK SASTERA ISTANAa) Sastera Hikayat

Berunsur Hindu seperti Hikayat Seri Rama Berunsur Islam seperti Hikayat Sultan Damsyik Berunsur Hindu-Islam seperti Hikayat Putera Jayapati

Menggunakan nama tempat dan negeri tertentu sebagai latar a) Sastera Undang-undang Dijadikan bahan kajian tentang sistem pemerintahan, sistem pentadbiran, dan susun lapis masyarakat lama Dua kumpulan :- Adat Temenggung dan Adat Perpatih a) Sastera Epik

Disebut sastera pahlawan dan bersifat sejagat Terdapat dalam kebanyakkan sastera dunia

Terbahagi kepada dua :- epik kebangsaan yang diwakili oleh Hikayat Hang Tuah dan epik berunsur Islam seperti Hikayat Muhamad Hanafiah

a) Sastera Panji Menceritakan kisah pengembaraan, percintaan dan peperangan a) Sastera Agama/Kitab Berfokus kepada cerita-cerita Nabi Muhamad SAW tentang kehebatan dan keagungan Nabi Muhamad SAW dalam membawa dan menyebarkan agama Islam

Contoh :- Hikayat Bulan Berbelah

KESUSASTERAAN MELAYU MODEN Merupakan hasil karya selepas tahun 1800 Masihi Terbahagi kepada dua bentuk juga:1. Prosa Melayu Moden ialah karangan bebas, yang tidak terikat oleh irama atau puisi dan dikarya oleh masyarakat Melayu moden - genre yang ada : - sajak cerpen novel drama

2. Puisi Melayu Moden

1) CERPEN Akronim bagi dua patah perkataan, iaitu perkataan cerita dan pendek Diterbitkan di dalam akhbar dan majalah Menjadi alat untuk mencerminkan sikap, perasaan, pandangan dan fikiran pengarang Melayu Tidak membawa tema yang berat, bilangan watak terhad dan jumlah perkataan antara 500-5000 patah perkataan Biasa mengemukakan satu kejadian atau peristiwa yang menjadi fokus utama atau pusat penceritaan Peristiwa dikembangkan dalam jarak masa terdekat Memusatkan perkembangan watak kepada orang tertentu sahaja Terdapat satu plot sahaja dan dikembangkan secara rapi, teliti dan tidak rumit

1) NOVEL Berasal daripada perkataan Itali, iaitu novella yang bermaksud satu benda kecil yang baharu Kisah yang dijalin dalam satu pola secara terperinci yang benar-benar berlaku atau kisah yang imaginatif ataupun cerita rekaan yang dihasilkan dalam bentuk prosa Merupakan prosa yang panjang, berkisar pada satu tema dan beberapa persoalan Merangkumi tiga faktor utama yang berkait iaitu pengalaman peribadi, realiti rencam hidup dan imaginasi 1) DRAMA Cerita berdialog atau cereka yang mengandungi konflik yang memaparkan kehidupan yang dilakonkan atau karya yang dipersembahkan oleh pelakon di atas pentas yang dikenali sebagai teater atau sandiwara atau yang dipersembahkan melalui radio, televisyen Sejenis karanga cereka yang berbentuk prosa dan puisi yang mengandungi dialog dan menampilkan persoalan dalam realiti kehidupan Terbahagi kepada dua: Drama bertulis sejenis karangan berdialog yang berbentuk prosa dan puisi. Boleh dipentaskan dan dinikmati pembaca

Drama pementasan cerita atau kisah yang dilakonkan atau karya yang dipersembahkan oleh pelakon. Bolej ditonton dan memerlukan ruang pentas

1) SAJAK Puisi moden yang bebas dan tiada ukuran tertentu menghasilkannya Perkara yang dijadikan landasan ialah ekspresi jiwa, iaitu bahasa, bentuk rima dan persajakan harus tunduk pada cetusan jiwa pengarangnya. Terlepas daripada ikatan puisi tradisional Bentuk sajak: Balada Roman Oda Epigram Himne Elergi Satira