kesusasteraan Melayu

download kesusasteraan Melayu

of 17

description

Bahasa kebangsaan

Transcript of kesusasteraan Melayu

PENGENALANKesusasteraan merujuk kepada segala hasil karya Dan ciptaan seni yang diperoleh dalam kalangan masyarakat . Oleh itu, kesusasteraan Melayu merujuk kepada segala ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Sastera bersatu dan berintegrasi dalam kehidupan masyarakat. Contohnya, dalam upacara perkahwinan, tetamu yang hadir dapat menyaksikan satu adengan yang menarik dengan menggunakan bahasa yang menarik dan indah semasa wakil keluarga pengantin kedua-dua belah pihak berbicara. Mereka saling berbalas pantun untuk menyampaikan hajat masing-masing.Menurut Siti Hajar Abdul Aziz ( 2011 ), perkembangan pesat yang berlaku mengubah dan menjarakkan hubungan sastera dengan kehidupan. Oleh hal yang demikian, maka sastera telah mengalami perubahan menjadi satu bidang kegiatan yang khusus dan tersendiri. Pada masa kini, sastera dilihat telah menjadi hasil ciptaan seorang sasterawan yang diiktiraf dalam masyarakat. Sastera yang dahulunya bersifat kolektif dan dimiliki bersama telah berubah menjadi satu kegiatan peribadi dan mempunyai hak cipta tersendiri. Pada masa kini, perhubungan antara sastera dengan kehidupan sering dibincangkan. Sastera sebagai salah satu bidang kesenian dilihat berfungsi bagi memperjelas, memperdalam serta memperkaya penghayatan manusia dalam kehidupan seharian.

KONSEP KESUSASTERAANPada zaman sebelum merdeka, seorang pendita Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Za'ba mendefinisikan kesusasteraan itu sebagai persuratan atau karangan.Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Kesusasteraan bermaksud semua bentuk karya bernilai seni dan berguna. Menurut pandangan Hashim Awang ( 1984 ), kesusasteraan sebagai ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.Pernyataan ini disokong oleh M.K Danziger dan W.S Jahnson (1983) yang mendefinisikan sastera sebagai satu seni yang menggunakan kata-kata sama ada lisan atau bertulis. Bahkan sastera juga merangkumi semua aspek yang menggunakan bahasa yang bersifat kreatif.

Menurut Hashim Awang (1987) mengatakan kesusasteraan itu adalah "Ciptan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan. Di samping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam aspek-aspek isi atau daya pengucapannya.

Menurut Syed Ali Ashraf (1989) sastera bukan sahaja satu bentuk ilmu yang berseni tetapi ianya merangkumi segala aktiviti manusia secara kreatif. Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat.

Ali Ahmad (1994) menerangkan makna kesusasteraan dengan mengupas asal-usul kata sastera. Menurutnya "sastera berasal daripada bahasa Sanskrita castra, yang disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di awal dan an di akhir kata susastera menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah.Seterusnya Hashim Awang et. al menghuraikan lagi maksud kata kesusasteraan dan menemui puncanya adalah daripada kata susastera. Kata susastera itu dipecahkan kepada dua bahagian iaitu su dan sastera.Ali Ahmad (1994) telah membuka ruang yang luas dan segar dalam mencari maksud kesusasteraan melalui tulisannya Definisi Kesusasteraan di dalam buku Pengantar Pengajian Kesusasteraan (DBP). Perkara utama yang dikaitkan dengan kesusasteraan ialah kehalusan atau estetika dan bahasa. Sesungguhnya kesusasteraan itu adalah kehalusan penciptanya dan keinginan pembacanya mencari kehalusan itu. Kesusasteraan juga adalah keindahan bahasa yang muncul dari proses penciptaannya. Menurut Ali Ahmad keindahan penggunaan bahasalah yang menjadi asas bagi wujudnya hasil kesusasteraan.

Bagi Muhammad Hj Salleh (1995) kesusasteraan merujuk pada karya-karya lisan serta juga tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan berbagai-bagai perkataan.Ini juga ditegaskan oleh Abu Bakar Hamid (1997) yang memberi pengertian sastera sebagai satu seni yang bercorak intelektual dan gabungan kepuasan intelek dan kepuasan estetik. Menurut Harun Mat Piah ( 2006 ), kesusasteraan membawa pengertian sebagai segala penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan, baik melalui tulisan dan pembacaan mahupun melalui lisan dan pendengaran. Sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang mana medium pengantarnya adalah bahasa. Sastera bermula dari tradisi lisan dan semakin berkembang mengikut peredaran semasa. Kesusasteraan menurut kamus ialah hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang terkandung ciri-ciri istimewa yang tersendiri. Berdasarkan kepada etimologi, kesusasteraan berasal daripada perkataan sanskrit iaitu sastra yang berereti karya ( lisan/ bertulis ) atau buku. Awalan su pula bermaksud baik, indah, cantik, seni dan berguna.Imbuhan ke- dan an membawa maksud yang menyeluruh iaitu segala yang tertulis, yang bernilai seni dan estetik. Tidak kurang juga, ada yang mengatakan bahawa sastera merupakan seni bahasa. Sastera adalah ekspresi fikiran iaitu idea-idea , pandangan, perasaan, pemikiran dan semua kegiatan mental manusia yang menggunakan bahasa sebagai perantara. Garapan ini seterusnya diserlahkan dalam sesebuah karya tulisan yang indah. Di samping itu, sastera juga dapat memuatkan perasaan kemanusiaan yang mendalam dan kebenaran moral dengan sentuhan keikhlasan, keterbukaan dan keluasan pandangan yang dihasilkan dalam bentuk yang begitu mempersonakan. Berdasarkan apa yang telah dihuraikan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa dalam sastera terkandung beberapa unsur yang saling berkait. Antara unsur-unsur tersebut ialah:a) Isi kandungan sastera yang berupa fikiran, perasaan, pengalaman, idea, semangat, keyakinan, kepercayaan dan sebagainya.b) Menjadikan bahasa sebagai sebagai medium pengungkapan bentuk sastera. Bahasa merupakan bahan penting bagi mewujudkan ungkapan peribadi dalam suatu bentuk sastera yang indah.c) Ekspresi dan ungkapan ekspresi ialah keupayaan untuk mengeluarkan sesuatu dalam diri manusia. Sekiranya seseorang itu mempunyai pengalaman yang hebat, fikiran yang cemerlang, perasaan yang mendalam dan keyakinan yang tinggi, tetapi selagi dia tidak mampu mengekspresikannya keluar dari dalam dirinya, maka tentu tidak akan diterima dan diketahui oleh orang lain. d) Bentuk unsur isi dan diri manusia dapat dilahirkan dalam pelbagai bentuk. Jika tiada bentuk dan pola yang tertentu, tidak mungkin kedua-dua perkara tadi dapat disampaikan kepada orang lain. Bentuk pengungkapan sastera bermacam ragamnya seperti ungkapan dalam bentuk suara yang disertai dengan bunyi-bunyian. Kemudiannya terjelmalah pelbagai bentuk seni sastera seperti seni tari, seni rupa, seni muzik dan sebagainya. Bentuk dalam seni itu sendiri menggunakan istilah sebagai bentuk yang indah, mempesonakan, mengasyikkan, menyenangkan dan menarik. Menurut Arbaie ( 2008), secara ringkasnya sastera dilengkapi dengan unsur-unsur yang berikut:S Seni bahasa yang indahA Akaliah atau sisipan ilmu dan pemikiran pengarangS Sensori atau daya sensitiviti pengarangT Tersurat & tersiratE Estetika atau keindahan dari segi bahasaR Realiti kehidupanA Alternatif Sastera Melayu mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun. Diksi yang digunakan dapat memberi kesan penghayatan kepada pembaca. Ianya mempamerkan kepakaran dan keahlian seorang pengarang itu untuk meluahkan dan mengungkapkan makna yang difikirkan. Adunan teknik-teknik yang sesuai dan ketepatan diksi menjadikan sesebuah karya itu hidup dan bertenaga. Selain daripada penggunaan bahasa-bahasa yang indah dan tersusun, sastera juga diiringi dengan unsur akaliah. Dalam erti kata lain, seorang pengarang perlu memikirkan perutusan, amanat, atau lontaran idea yang ingin disampaikan atau dikongsi dan direnungi bersama oleh pembaca. Menurut Arbaie (2008) Unsur akaliah ini merupakan langkah pertama yang perlu ditetapkan sebelum terhasilnya sesebuah karya. Dengan perutusan yang diingin disampaikan, seorang pengarang perlu mengolah dan menggabungkan serta melengkapi karyanya itu dengan daya rasa atau sensitiviti mereka. Untuk itu, seorang pengarang haruslah bersifat sensitif atau peka dan prihatin akan masyarakatnya. Pengamatan pengarang akan masyarakatnya dijadikan sumber asas dalam menghasilkan sesebuah karya. Kewujudan pelbagai daya rasa ini akan membangkitkan dan meninggalkan kesan perasaan kepada pembacanya. Daya rasa seperti belas simpati, benci , marah atau geram akan dihubungkaitkan dengan fenomena yang dipaparkan. Karya itu akan lebih bernilai sekiranya apa yang dipaparkan pernah dilalui atau dialami oleh pembaca. Sastera juga mempunyai unsur tersurat dan tersirat. Sastera tidak terhasil dengan kekosongan. Ianya terhasil atas dorongan tertentu dengan menggunakan sumber-sumber yang terdapat di persekitaran. Penafsiran pembaca yang berencam mengundang pembaca memikirkan mesej yang ingin disampaikan. Namun tidak semua lambang yang tersurat itu memberi erti apa yang tersirat. Akan wujud makna-makna simbolik di sebalik kata-kata yang diungkapkan.Sastera juga mempunyai nilai estetikanya. Selain pemikiran, gaya bahasa, bentuk struktur dan tema juga memainkan peranan penting untuk menilai kesan estetika sesebuah karya itu. Sesebuah karya sastera juga merupakan cerminan realiti kehidupan. Persoalan-persoalan yang dipaparkan dalam sebuah karya sastera merupakan rakaman realiti dalam masyarakat. Ianya merupakan renungan serta pengamatan pengarangnya dan diterjemahkan secara halus dan berhemah. Sastera yang terhasil merupakan satu alternatif kepada pengarang untuk meluahkan perasaan, melepaskan kecaman-kecaman dan bauran rasa yang terbuku di dada. Ianya bertepatan dengan fungsi sastera sebagai alat pelepasan nilai rasa dan jerit naluri kehidupan manusia sejagat.

CIRI-CIRI KESUSASTERAANKesusasteraan dilihat berbeza dengan ciptaan seni yang lain. Hal ini disebabkan ciptaan ini menggunakan bahasa sebagai pengantara. Menerusi bahasa, keindahan garapan kesusasteraan dapat dirasai oleh pembaca atau pendengar. Menerusi bahasa, pengkarya dapat menggarap isi dan tujuan sambil menghayati segala pengalaman dan perasaan yang ingin dicurahkan. Sesebuah hasil karya kesusasteraan tidak akan dianggap bermutu sekiranya pengkaryanya gagal menggunakan bahasa yang indah di samping memaparkan unsur-unsur intelek, tersirat dengan emosi dan perasaan, penuh dengan ekspresi dan imaginasi serta kaya dengan kreativiti.

Sastera Melayu tradisional merupakan karya-karya yang telah diwarisi secara turun-temurun. Sastera tradisional disebarluaskan melalui lisan dan memberi gambaran cara hidup atau budaya sesuatu masyarakat. Ia bersifat kolektif atau hak milik bersama. Tiada sesiapa yang tahu siapa pengarangnya dan tidak diketahui tarikh sesuatu sastera itu dihasilkan. Ianya lahir di kalangan masyarakat masa lampau dan disampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi yang lain kerana pada umumnya masyarakat pada zaman tersebut masih belum mengenal huruf dan tidak tahu menulis. Penyebaran sastera Melayu tradisional juga terhad disebabkan khalayak yang terbatas dan bersifat esklusif. Oleh kerana ianya disampaikan melalui lisan, banyaklah berlakunya perubahan dan tokok tambah serta penyesuaian. Tema, latar serta watak dalam sastera tradisional berpusat kepada masyarakat yang mewarisinya dan dipandang tinggi oleh masyarakat tersebut sehinggakan karya-karya itu dianggap suci dan keramat.

KATEGORI KESUSASTERAAN MELAYUDalam kesusasteraan Melayu, pengkategorian sastera dilakukan berdasarkan zaman atau masa sesebuah hasil sastera itu dikesan atau wujud. (Arbaie et al,2008 hlm 8) Secara umumnya, pengkategorian sastera akan merujuk kepada tradisional dan moden. Sastera Melayu tradisional meliputi dua genre iaitu prosa dan puisi. Genre prosa dan puisi tradisional adalah seperti yang tersenarai:ProsaPuisi Sastera RakyatPantunSastera Pengaruh HinduSyairSastera Zaman PeralihanPeribahasaSastera Pengaruh IslamTerombaSastera PanjiTalibun Sastera KetatanegaraanNyanyian Kanak-kanakSastera Undang-undangJampi MenteraSastera SaduranGurindam ZikirCerita BerbingkaiSeloka, KitahMasnawi

Manakala bagi kategori Sastera Moden, genre prosa dan puisi moden pula adalah seperti berikut:ProsaPuisiCerpenSajakNovelDrama Walaupun kedua-dua sastera tradisional dan moden mempunyai genre prosa dan puisi, namun, ciri-ciri khusus akan dibincangkan selanjutnya untuk membandingkan sastera tradisional dan moden. PUISI MELAYU TRADISIONAL Menurut Zaba, puisi adalah karangan berangkap yang khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan serta kecantikan bahasa.(Arbaie et al,2008 hlm 9) Pendapat yang sama juga diutarakan oleh Samuel Taylor Coleridge yang mengemukakan puisi sebagai kata-kata terindah dalam susunan terindah. (Arbaie et al,2008 hlm10)Salah satu bentuk puisi tradisional adalah gurindam. Menurut Md Ali Bachik (2003), gurindam adalah sebuah wacana yang mengandungi kalimat-kalimat yang berirama dimana isinya berunsur nasihat dan bentuknya semacam bidalan. Gurindam juga membawa erti sesuatu perkara itu berlaku kerana ada penyebabnya dan melalui penyebab itulah perkara tersebut terjadi. Gurindam Dua Belas merupakan karya hasil karangan Raja Ali Haji yang termasyhur. Beliau merupakan seorang sasterawan negara dari Pulau Penyegat, Riau, Indonesia. Gurindam Dua Belas menyentuh perihal ketuhanan, keagamaan, budi pekerti, kewajipan antara anak dan ibu bapa dan sebaliknya serta hidup bermasyarakat.Salah satu tujuan terhasilnya Gurindam Dua Belas adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya beragama, berilmu, berbudi pekerti mulia, mentaati dan menghormati ibu bapa serta banyak lagi. Berikut adalah berapa baris daripada petikan Gurindam Dua Belas ciptaan Raja Ali Haji.

GURINDAM DUA BELAS

...Jika hendak mengenal orang berbangsa,Lihat kepada budi dan bahasa,...Jika hendak mengenal orang yang berilmu,Bertanya dan belajar tiadalah jemu...Apabila anak tidak dilatih,Ketika besar, bapanya letih....

Berdasarkan petikan tersebut, dengan cara mengenali atau mempelajari budi dan bahasa seseorang itu maka ketahuilah kita akan bangsanya. Budi dan bahasa dalam baris ini bukan sahaja menyentuh pada sistem linguistik semata-mata tetapi merangkumi juga sistem budaya dan adat sesebuah bangsa. Cara kita menggunakan bahasa Melayu akan mempamerkan kelakuan budaya dan taraf sosial kita dalam masyarakat. Seperti kata peribahasa Melayu, bahasa melambangkan bangsa, bangsa melambangkan budaya. Dari bangsa seseorang kita akan kenali bahasanya dan dari bahasanya pula, barulah kita kenali budayanya.Begitu juga dengan cara mengenali seseorang yang berilmu. Dengan bermodalkan pertanyaan dan sifat ingin tahu, seseorang yang berilmu itu tidak akan berhenti untuk mempelajari apa yang tidak diketahuinya. Seseorang yang dahagakan ilmu itu tidak akan pernah jemu untuk mencarinya walau sejauh manapun seperti hadits yang berbunyi, menuntutlah ilmu sekalipun sejauh di negeri Cina. Berdasarkan petikan di atas, Raja Ali Haji juga menyentuh tentang pendidikan anak-anak. Ianya merupakan nasihat kepada ibu bapa agar tidak mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak dari kecil supaya tidak meletihkan atau menyusahkan kedua ibu bapanya ketika dewasa kelak. Memang seharusnya, anak-anak dari kecillah yang perlu diasuh, dididik dan diberi teguran akan tingkah lakunya agar sentiasa berkelakuan baik dan berbudi bahasa. Jika tidak dilentur buluh dari rebungnya, atau dari kecil lagi, maka ketika dewasa, segala tingkah laku dan peribadi seseorang itu sukar diubah dan diperbaiki. PROSA MELAYU TRADISIONAL Salah satu genre prosa Melayu tradisional adalah sastera rakyat. Sastera rakyat berfungsi sebagai salah satu wadah hiburan. Ia lazimnya diceritakan oleh tukang-tukang cerita pada waktu malam untuk menghilangkan penat selepas bekerja di siang hari. Sastera rakyat juga dikenali dengan nama, penglipur lara. Lazimnya cerita penglipur lara ini diiriingi dengan alat muzik tertentu (ms 92), ciri umum tertentu seperti berkisar di sekitar istana, mengenai putera-putera raja yang tampan, gagah, berani dan sakti dan puteri-puteri raja yang cantik jelita tiada bandingannya seperti dalam contoh Hikayat Malim Deman dan Hikayat Anggun Cik Tunggal di mana watak-wataknya berpusat kepada anak-anak raja. Cerita-cerita penglipur lara ini penuh dengan kisah-kisah kesaktian dan dewa dewi. Ini kerana masyarakat Melayu ketika dahulu mempunyai sistem kepercayaan tradisinya yang amat ketara perbezaannya jika dibandingkan dengan masyarakat moden sekarang. Justeru itu, rata-rata penceritaan serta konteks cerita sesebuah karya itu menyentuh kepada unsur-unsur ghaib, dongeng dan mitos serta alam yang luar biasa. Sepertimana fungsinya sebagai penglipur lara, cerita ini lazimnya bertemakan percintaan antara wira dengan wirawati dan peperangan-peperangan yang terpaksa dihadapi oleh wira dalam mencapai sesuatu tujuan.Selain hiburan, sastera juga membawa unsur didaktik atau pengajaran. Cerita-cerita teladan merupakan salah satu sastera tradisional yang berbentuk prosa. Cerita-cerita ini bertemakan pendidikan moral sama ada berlandaskan peraturan kehidupan sosial dan budaya atau pengajaran agama. (Arbaie et al,2008 hlm 104) Jika cerita penglipur lara berkisar kepada anak-anak raja, cerita teladan ini pula lazimnya terdiri daripada manusia biasa. Kebanyakannya berlatar belakangkan dunia nyata dan menggunakan gaya pertuturan seharian. Di samping memberikan didikan moral , cerita teladan ini lazimnya memberikan kesan yang mendalam di jiwa kanak-kanak. Pastinya ramai kanak-kanak yang mengenali cerita Si Tanggang, Batu Belah Batu Bertangkup dan Cerita Bawang Putih dan Bawang Merah. Ajaran utama dalam cerita-cerita teladan ini ialah balasan baik terhadap setiap kebaikan dan sebaliknya seperti mana yang dapat kita lihat dalam cerita Si Tanggang. Tanggang adalah seorang anak yang tidak mengenang jasa ibunya dan durhaka. Bukan sahaja Tanggang tidak mengakui ibunya, dia juga telah menolak ibunya hingga jatuh ketika ibunya berjumpa dengan Tanggang. Anak durhaka dan biadap terhadap ibunya ini telah akhirnya disumpah menjadi batu. Satu pengajaran yang cukup meninggalkan kesan betapa mabrurnya doa seorang ibu dan balasan yang setimpal yang diterima oleh seorang anak yang durhaka. Pengajaran yang sama juga dapat kita lihat dalam cerita Batu Belah Batu Bertangkup di mana ibu Melur telah ditelan oleh batu belah kerana kecewa dengan perbuatan anaknya yang tidak meninggalkan walaupun secebis telur ikan tembakul. Kekecewaan itu telah mengakibatkan ibunya berlari menyerah diri agar ditelan oleh batu belah. Dalam konteks kesusasteraan Melayu, pandangan yang diberikan oleh para sarjana bersifat pelbagai antaranya pandangan Usman Awang yang mengaitkan sastera sebagai hasil tulisan yang mencerminkan kehidupan manusia. Antara fungsi utama terhasilnya sesebuah karya oleh seorang pengarang ialah dengan tujuan didaktik atau pengajaran kepada masyarakatnya. Dalam hubungan ini Usman Awang berpendapat bahawa sesuatu karya sastera itu bukan hanya untuk tujuan keseronokan sahaja tetapi juga mengungkapkan gagasan dan pemikiran pengarangnya. Ini juga ditegaskan oleh A. Samad Said (1996) yang menjelaskan bahawa sastera adalah rasa dan jerit naluri kehidupan manusia sejagat, ianya merupakan satu refleksi kehidupan yang diterjemahkan secara halus dan berhemah oleh pengarangnya.Sastera juga berfungsi memberikan gambaran tentang kehidupan masyarakatnya. Dalam Sejarah Melayu , Sultan Melaka dikatakan sanggup memenuhi tuntutan Puteri Gunung Ledang demi mencapai hasrat untuk memperisterikannya. Tuntutan Puteri Gunung Ledang ialah 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati kuman, jambatan emas dan istana di puncak gunung Ledang dan semangkuk darah Raja Muda. Segala permintaan Puteri Gunung Ledang dapat dilaksanakan oleh Sultan walaupun ianya bermakna mengorbankan rakyat jelata. Hanya semangkuk darah Raja Muda yang memisahkan Sultan Melaka daripada mencapai hasrat hatinya. Ini kerana semua yang terlaksana atau yang dapat dipersembahkan merupakan hasil penat lelah rakyat . Manakala, untuk mengambil semangkuk darah Raja Muda, adalah satu pengorbanan yang tidak dapat ditunaikan oleh Sultan Melaka sendiri. Peristiwa ini juga memberikan gambaran kehidupan masyarakat pada waktu itu yang terikat dengan kepercayaan, adat dan tradisi selain memperlihatkan sejauh mana ketaatan rakyat terhadap raja yang disembah. Sultan Melaka mengenepikan belas ihsannya terhadap masyarakatnya demi mencapai keinginannya memperisterikan Puteri Gunung Ledang. Peristiwa ini juga memperlihatkan pengabdian rakyat kepada seorang raja sewaktu dikerahkan membina jejambat emas dari puncak Gunung Ledang. RUMUSAN Berdasarkan perbincangan, didapati bahawa kesusasteraan dapat dirujuk sebagai hasil karya yang mempunyai mesej dan pemikiran tertentu. Sesebuah hasil karya adalah pancaran dari kehidupan masyarakat. Selain itu , karya sastera juga dapat dikategorikan mengikut genre. Setiap genre itu ditandai dengan ciri-ciri khususnya.Setiap karya mempunyai mesej dan fungsi untuk mendidik dan membina keperibadian ahli-ahli masyarakatnya. Setiap bahagian daripada unsur dan fungsi di dalamnya mempunyai makna dalam teks karya selain berfungsi dalam kehidupan masyarakat. Arbaie Sujud. 2008. Sastera Melayu Suatu Pengantar . Kuala Lumpur : Tinta Press Sdn Bhd. Harun Mat Piah et al. 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisional . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Asmah Haji Omar. 2008. Ensiklopedia BAHASA MELAYU. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustakahttp://hardiaziqin.blogspot.com/2011/10/kesusasteraan-melayu.html

Menurut Profesor Ismail Hussein;

kesusasteraan Melayu tradisional adalah semua gejala kesusasteraan yang berbentuk lisan atau bertulis tetapi tidak bercetak.

Berdasarkan pernyataan di atas, amat jelas kepada kita bahawa kesusasteraan Melayu tradisional merupakan satu wacana yang luas dan terdiri daripada berbagai-bagai bentuk dan sifat. Pengkaji kesusasteraan Melayu membahagikan kesusasteraa Melayu tradisional kepada dua golongan yang utama iaitu:

1. Kesusasteraan Lisan2. Kesusasteraan Tulisan

Kesusasteraan lisan (tradisi lisan) lahir di kalangan masyarakat Melayu yang lazimnya terdiri daripada kaum tani dan nelayan. Mereka ini tinggal di kawasan yang jauh di pedalaman, desa-desa dan pinggir pantai. Pada waktu tersebut sistem tulisan belum lagi muncul dan masyarakat lazimnya buta huruf. Walaupun tidak menguasai sistem tulisan, daya kreativiti mereka dalam bidang kesusasteraan tidak pula mati begitu sahaja. Sebaliknya ia dikembangkan melalui pertuturan atau penceritaan secara lisan. Atas sebab itulah hasil-hasil keusasteraan yang dicipta oleh kelompok ini disebut sebagai kesusasteraan lisan kerana penyampaian cerita secara lisan. Kesusasteraan lisan dikenali juga sebagai kesusasteraan rakyat.

Kesusasteraan tulisan (tradisi tulisan) muncul apabila orang Melayu mula menerima pengaruh luar. Pengaruh luar yang awal menyerap ke dalam kebudayaan Melayu adalah pengaruh India. Melalui kemasukan pengaruh India, orang Melayu diperkenalkan dengan sistem tulisan. Walau bagaimanapun, sistem tulisan ini tidak meluas dan akhirnya pupus.

Kedatangan agama Islam ke alam Melayu membuka satu lembaran baru dalam kamus kesusasteraan Melayu. Agama Islam muncul bersama-sama dengan sistem tulisan yang lengkap bersumberkan al-Quran sebagai kitab suci orang Islam. Sistem tulisan Arab-Islam ini kemudiannya disesuaikan dengan sebutan dalam bahasa Melayu. Orang Melayu kini mempunyai sistem tulisan yang dinamakan tulisan Jawi. Tradisi tulisan lebih condong kepada istana menjadikan istana sebagai pusat penyebaran ilmu pada masa itu. Di istanalah lahirnya tokoh-tokoh sasterawan Melayu tradisional yang menghasilkan karya sama ada yang asli ataupun salinan semula kerana pada masa itu mesin cetak belum wujud.Semua hasil karya ini sama ada lisan atau bertulis merupakan satu dokumen penting yang merakamkan segala perihal kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Ia adalah himpunan daya kreativiti masyarakat Melayu tradisional yang menyerlahkan daya fikir, akal budi, sentuhan jiwa, cita rasa, jati diri dan kebijaksanaan masyarakat Melayu (Mutiara Sastera Melayu Tradisional 2003:xiv).Sebagai kesimpulannya, sebagaimana yang dinyatakan oleh Harun Mat Piah kesusasteraan Melayu tradisional merujuk kepada karya yang mempunyai ciri-ciri seperti :1. Bersifat kolektif dan dianggap sebagai milik bersama masyarakat2. Hasil karya bersifat feudal3. Karya yang terbatas pencipta dan khalayak4. Dihasilkan sebelum 1800.5. Bersifat fungsional6. Pelbagai genre7. Perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional tidak dibatasi oleh zaman, tarikh dan waktu.8. Gaya bahasa berbeza daripada gaya bahasa kini9. Hasil karya mempunyai nilai tersendiri kepada masyarakat yang mewarisinya.10. Bentuk dan cirinya menjadi tradisi yang mantap 11. Persoalan yang dibawa oleh karya tersebut mempunyai struktur formal yang terikat.12. Hasil karya yang bersifat statis kerana tidak memperlihatkan keragaman tema dalam sesuatu genre

Kesusasteraan Tradisional merupakan himpunan karya-karya kesusasteraan dalam semua bentuk yang terhasil sejak manusia wujud tetapi tidak melepasi zaman selepas wujudnya mesin cetak. Kesusasteraan Tradisional muncul di kalangan masyarakat awal yang masih lagi primitif dan mengamalkan kepercayaan animisme. Ada pendapat yang mengatakan kemunculan tamadun awal manusia diiringi juga dengan kemunculan budaya kesusasteraan ke dalam tamadun tersebut. Contohnya dengan munculnya Tamadun Mesopotamia serentak dengan itu juga lahirlah karya-karya kesusasteraan hasil daripada kemunculan tamadun Mesopotamia seperti Epik Gilgamesh. Oleh itu dari segi sejarah, ternyata kesusasteraan telah muncul dan mewarnai kehidupan manusia sejak sekian lama. Perjalanan masa yang begitu lama dan lampau itulah yang menyebabkan apa sahaja hasil kesusasteraan yang ada pada masa dahulu disebut tradisional. Selepas munculnya mesin cetak lebih kurang dalam tahun 1800, karya kesusasteraan pun bertukar wajah daripada tradisional kepada moden.

Secara umumnya karya-karya kesusasteraan tradisional boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu lisan dan tulisan. Lisan bererti yang dituturkan dan tulisan maksudnya yang ditulis atau dibukukan. Kesusasteraan lisan lebih mewakili golongan bawahan seperti petani dan nelayan. Ia juga dikenali sebagai kesusasteraan rakyat. Manakala sastera tulisan pula adalah ciptaan golongan pemerintah selepas kemunculan sistem tulisan dalam sesebuah masyarakat itu

Kesusasteraan Melayu 922/1 dikenali juga sebagai Kesusasteraan Melayu Tradisional atau Kesusasteraan Kertas 1. Para pelajar perlu mengetahui, membaca dan memahami SUKATAN PELAJARAN Kesusasteraan Melayu 922 yang boleh dimuat turun dari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Secara umum Kesusasteraan Melayu peringkat STPM dibahagikan kepada dua kertas. Kertas 1 adalah Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Kertas 2 adalah Kesusasteraan Melayu Moden. Para pelajar boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang kertas dua melalui beberapa blog dan web yang sedia ada di internet. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini blog ini hanya akan memfokuskan kepada Kertas 1.

Berdasarkan kertas soalan Kesusasteraan Melayu 1 (oleh MPM) soalan peperiksaan STPM kesusasteraan Melayu kertas 1 terdiri daripada 4 bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. Pembahagian kertas 1 ditunjukkan melalui keterangan di bawah:

BAHAGIAN A : SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONALBAHAGIAN B : KARYA AGUNG (SULALATUS