Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu
Transcript of Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmat-
Nya, dapat kami menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa
serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dapat dilalui dan tugasan ini berjaya juga
disiapkan meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran yang jitu.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah
saya iaitu Puan Mozlina binti Osman selaku pensyarah BMM 3163 GENRE
KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU di atas segala sumbangan
ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat
sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas
jasa baik puan. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada rakan-rakan sekuliah yang
telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai harganya sepanjang semester ini.
Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya
di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala
kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya. Sekian,
Terima kasih.
Hairulniza bt Mohamud
Pelajar Kursus PPG
Kumpulan BM(D)
1
SOALAN TUGASAN
Bahagian A – Tugasan Individu (70%)
Secara tersirat sastera merupakan satu wadahuntuk memanusiakan diri dengan lingkungan,
memiliki nilai sosial, menambahkan rasa cinta tanah air dan sebagainya. Sehubungan dengan
itu, fungsi sastera didapati selaras dengan keperluan rukun negara, falsafah pendidikan
kebangsaan dan pendidikan kesusasteraan Melayu.
Berdasarkan pernyataan di atas, dengan menggunakan sebuah karya (cerpen) yang terpilih,
bincangkan dari sudut sama ada keilmuan, peraturan sosiobudaya, nilai kemanusiaan,
kewarganegaraan, kemahiran bernilai tambah dan sebagainya. Perbincangan hendaklah
dikaitkan dengan fungsi pendidikan kesusasteraan Melayu.
2
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
i Penghargaan 1
ii Soalan Tugasan 2
1.0 Pendahuluan 4
2.0 Kesusasteraan Bahasa Melayu dalam Bahasa
Melayu
Objektif Penggunaan Bahan Sastera Dalam
Pengajaran Bahasa Melayu
Kelebihan Menggunakan Bahan Sastera
Jenis-Jenis Bahan Sastera Tempatan
4
3.0 Perbincangan Cerpen “Imam Tua” Karya Osman
Ayob
7
4.0 Penutup 11
Rujukan 12
Lampiran 13
1.0 PENDAHULUAN
3
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, sastera merupakan bahasa yang dicirikan
dengan keindahan kata-kata, sama ada melalui lisan atau tulisan manakala kesusasteraan pula
ialah hasil seni yang diwujudkan dalam bentuk prosa bebas dan puisi.
Bahasa dan sastera tidak sepatutnya dipisahkan kerana kedua-duanya ibarat irama dan lagu.
Sekiranya tiada salah satunya maka tidak bermaknalah satu yang lain itu. Selain itu,
pengarang-pengarang menggunakan bahan sastera sebagai media pengantar untuk
menyalurkan mesej serta pandangan mengenai dunianya kepada masyarakat. Karya sastera
yang dihasilkan dapat meluaskan penggunaan bahasa sseorang kerana pada kebiasannya
karya sastera menggunakan bahasa yang tinggi dan indah.
Bahan sastera seyogianya menjadi sehabagian daripada medium pengajaran dan
pembelajaran di sekolah serta diberi pendedahan awal kepada murid-murid sejak peringkat
rendah lagi. Hal ini demikian kerana pengajaran sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
pada peringkat sekolah rendah adalah berbeza daripada pengajaran Kesusasteraan Melayu
secara khusus. Oleh itu, penggunaan bahan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
dianggap penting bagi mengukuhkan penguasaan Bahasa melayu dalam kalangan murid.
Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan beberapa perkara yang berkaitan penggunaan
sastera dalam pengajaran seperti objektif,prinsip pemilihan serta kelebihan menggunakan
bahan sastera, jenis-jenis bahan sastera dan cerpen sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu.
2.0 KESUSASTERAAN BAHASA MELAYU DALAM BAHASA MELAYU
Menurut Abdul Rasid Jamian, melalui pembacaan karya sastera sebagai bahan pengajaran,
para pelajar dapat menghayati kesusasteraan Melayu yang disampaikan dalam struktur dan
ungkapan yang indah. Bahan sastera biasanya digunakan untuk mengajar kefahaman,
perbendaharaan kata, tatabahasa, lisan dan sebagainya. Kaedah dan teknik yang digunakan
adalah berdasarkan guru untuk menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi
menarik. Fokus utama pengajaran guru menggunakan bahan sastera ialah bagi mencapai
objektif khusus bagi meningkatkan kemahiran penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan
pelajar.
Berikut diterangkan objektif penggunaan,prinsip pemilihan dan kelebihan menggunakan
bahasa sastera;
4
2.1 Objektif Penggunaan Bahan Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu:
1. Memberi kefahaman tentang nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan
kebudayaan yang terdapat dalam karya sastera
2. Menerapkan nilai-nilai moral yang dicerminkan melalui karya sastera.
3. Menganalisis bentuk dan memberi kefahaman isi kesusasteraan serta menghargai
nilai keindahan bahasa dalam kesusasteraan.
4. Mengekalkan dan menyuburkan minat terhadap kesusasteraan.
5. Membuat penialaian mutu sesuatu karya sasrtera yang sepadan dengan kemampuan
pelajar.
Manakala objektif yang digariskan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu bagi sekolah-
sekolah rendah juga mementingkan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa
Melayu. Antara objektif itu adalah :
1. Menggalakan murid membaca kerana minatnya didorong oleh kebolehannya
membaca dan memahami bahan sastera yang dibaca.Jadi, dengan banyak pembacaan
semakin meningkat kebolehan menggunakan bahasa.
2. Murid dapat memahami penggunaan bahasa, ungkapan istilah dan struktur ayat yang
benar dalam karya sastera.
3. Menghayati keindahan bahasa dan mendorong melahirkan penggunaan bahasa yang
baik serta menarik kepada kebudayaan yang bernilai.
4. Karya sastera merakamkan peristiwa perlakuan manusia serta dapat mengenali sistem
sosial dan sosiobudaya sekitar mereka.
5. Memupuk minat pelajar melalui pendedahan bahan-bahan sastera secara tidak
langsung dapat menimbulkan bakat yang terpendam dalambidang penulisan.
2.2 Kelebihan Menggunakan Bahan Sastera
Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat
meningkatkan keupayaan murid dalam menggunakan bahasa yang tinggi kerana karya-
karya sastera selalunya menggunakan banyak ungkapan menarik serta bahasa-bahasa
yang indah.
5
Terdapat pelbagai jenis karya sastera yang mengikut keseuaian peringkat umur pelajar.
Oleh itu, terpulanglah kepada guru untuk memilih, menilai dan menyesuaikan bahan
sastera dengan pengajarannya.
Menurut penulis terkenal, Ismail Ahmad, beliau menekankan bahawa penggunaan bahan
sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu dapat membuka ruang kepada murid untuk
melihat dunia yang lebih luas bermula dari pengalaman diri untuk meneroka pengalaman
luar melalui hubungan masyarakat dan budayanya.
Manakala menurut tokoh penulisan, A.Samad Said beliau menekankan bahawa
penggunaan bahan-bahan sastera dalam pengajaran bacaan dan kefahaman secara
langsung dapat memupuk semangat membaca dalam diri pelajar.Sebagai contoh
penggunaan cerpen atau prosa klasik dapat membantu pelajar mengenali watak-watak,
pemahaman isi ceritadan meningkatkan perbendaharaan kata serta memupuk minat
pelajar dalam pembacaan.
Selain itu, penggunaan bahan sastera seperti pantun,sajak dan cerpen dapat membantu
pelajar bukan Melayu mengenali kebudayaan orang-orang melayu.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai manfaat yang bolah diperoleh dalam penggunaan
bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.Guru-guru perlu
inisiatif dalam memilih bahan yang sesuai supaya suasana belajar menjadi menarik.
2.3 Jenis-Jenis Bahan Sastera Tempatan
Negara Malaysia kaya dengan pelbagai karya sastera sebagai khazanah yang tidak ternilai
harganya. Berikut adalah beberapa jenis karya sastera:
i) Pantun
Terdapat pelbagai jenis pantun yang mengandungi persoalan dan pengajaran terutama untuk
mengajarkan kemahiran berfikir analogi melalui pembayang maksud yang mengandungi
banyak perlambangan.
ii) Syair
Dewan Bahasa dan Pustaka banyak menerbitkan buku syair antaranya buku Anjung
Persinggahan karya Rahman Syaari.Pelbagai syair telah dihasilkan bagi menyampaikan idea
atau semangat kebangsaan.
6
iii) Prosa Klasik/Hikayat
Prosa Klasik merupakan hikayat penghipur lara. Antara contoh prosa klasik ialah Hikayat
Merong Mahawangsa, Hikayat Langlang, Hikayat Siak dan sebagainya. Hikayat ini dapat
dijadikan sebagai bahan pengajaran Bahasa melayu kerana penggunaan Bahasa Melayunya
amat indah dan bahasanya tinggi.
iv) Cerpen
Cerpen merupakan salah satu bahan kesusasteraan Bahasa melayu. Dewan Bahasa dan
Pustaka telah menerbitkan pelbagai cerpen yang boleh digunakan dalam pengajaran bahasa.
Antara cerpen yang pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah Pahlawan
Buntung, Pungut, Penanggungan dan sebagainya.
Selain daripada senarai-senarai di atas, terdapat juga bahan sastera tempatan seperti sajak,
puisi, drama, novel dan pelbagai lagi. Jadi jelaslah di sini bahawa terserah kepada guru untuk
menyesuaikannya dengan isi pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar.
3.0 PERBINCANGAN CERPEN “IMAM TUA” KARYA OSMAN AYOB
Sinopsis:
Cerpen ini mengisahkan seorang imam tua bernama Haji Endut yang berumur hampir 80
tahun dan berkhidmat sebagai seorang imam di Masjid Kampung Tepi Jalan. Beliau telah
memegang jawatan imam hampir 25 tahun lamanya. Haji Endut merupakan seorang iman
yang sangat amanah dan bertanggungjawab dalam memegang jawatannya namun terdapat
pihak yang tidak berpuas hati kepada beliau apabila suatu hari Bilal Dolah iaitu penjaga peti
aduan masjid menyampaikan beberapa aduan tentang beberapa surat layang yang ditujukan
kepada Haji Endut. Namun begitu,surat itu tidak diketahui siapa penulisnya kerana hanya
mempunyai tandatangan.Sungguhpun begitu, Haji Endut amat disenangi ramai kerana beliau
amat peramah.Pada suatu hari, isteri Haji Endut, Hajah Munah telah jatuh sakit dan
seterusnya Haji Endut juga turut dimasukkan ke dalam hospital.Berita ini telah sampai ke
pihak masjid sehingga pada akhirnya, Bilal Dolah,Haji Deris dan Siak Mahmud dapat
menduga siapakah orang yang selalu menulis surat layang di peti aduan masjid.
7
NILAI KEMANUSIAAN
Nilai kemanusiaan menurut Kamus Dewan didefinisikan sebagai sifat atau sikap seperti
baik,jahat,pemalu,sonbong dan sebagainya. Nilai ini mendedahkan ciri atau sifat yang
terdapat pada diri seseorang.
Menurut sasterawan terkenal, Osman Ali beliau menjelaskan bahawa nilai kemanusiaan ini
penting dalam karya penulisan kerana menjadikan bahan sastera sebagai bahan
menyampaikan mesej kepada masyarakat.
Sebagai contoh berdasarkan cerpen yang dikaji iaitu cerpen Imam Tua, terdapat banyak nilai
kemanusiaan yang dapat dipetik seterusnya dapat menggalakkan pembaca agar dapat
mengamalkan nilai-nilai yang baik dalam kehidupan seharian
Watak dalam cerpen Imam Tua yang terdiri daripada Haji Endut, Haji Deris, Bilal Dolah,
Siak Mahmud dan ramai lagi telah menampilkan perwatakan atau sikap mereka yang boleh
dijadikan teladan dan sempadan. Sebagai contoh watak utama iaitu Haji Endut telah
memaparkan sikap yang baik yang boleh dijadikan contoh teladan dan dapat disemaikan ke
dalam jiwa pelajar bagi menjalani kehidupan yang baik.
Watak utama dalam cerpen Iman Tua ialah Haji Endut. Beliau merupakan seorang imam di
Masjid Kampung Tepi Jalan. Beliau sudah berkhidmat sebagai imam selama 25 tahun. Haji
Endut amat disegani ramai kerana beliau seorang yang baik dan peramah.Beliau juga seorang
yang sangat amanah dalam memikul amanah. Contohnya, Haji Endut sanggup bangun
seawal jam 3.00 pagi bagi memenuhi permintaan jirannya Limah Janda yang kematian
anaknya untuk mengetuai bacaan talkin.
Selain itu Haji Endut juga seorang yang berlapang dada dalam menghadapi sebarang
kesulitan. Contohnya, pada suatu hari Bilal Dolah menyampaikan surat layang yang
diletakkan di dalam peti aduan yang ditujukan kepada Haji Endut. Walaupun pelbagi kritikan
yang diterima namun beliau terus tabah dan bersangka baik atas segala yang terjadi.
Selain itu, watak sampingan seperti Haji Deris dan Bilal Dolah telah menunjukkan sikap
tanggungjawab mereka dalam menjalankan amanah sebagai ahli jawatankuasa masjid.
Contohnya, Haji Deris yang menguruskan hal berkaitan tabung masjid.Beliau menguruskan
8
wang tabung dengan jujur manakala Bilal Dolah yang diamanahkan menjaga peti aduan
masjid menjalankan tugas dengan jujur tanpa berahsia dengan Haji Endut.
Gaya Bahasa
Penggunaan bahasa dalam cerpen Imam Tua ini amat mudah untuk difahami kerana bahasa
yang digunakan adalah tidak terlalu tinggi. Antara gaya bahasa yang digunakan ialah:
i) Diksi
Diksi bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang dalam karyanya. Diksi
yang baik seharusnya memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan watak atau mesej.
Contohnya, dalam cerpen Imam Tua karya Osman Ayob, pengarang memilih masjid sebagai
latar tempat. Oleh itu pengarang menggunakan diksi yang bersesuaian seperti
Imam,masjid,khutbah,solat,talkin azan dan sebagainya.
ii) Ayat
Ayat merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat dalam karya
mereka,misalnya ayat pendek,ayat panjang,ayat songsang dan sebagainya.Cara pengarang
membina dan menyusun ayat dapat meninmbulkan kesan tertentu kepada pembaca.
Berikut merupakan contoh ayat pendek yang digunakan dalam cerpen Imam Tua :
a) “Aduan apa pula?”
b) “Ya, apa isinya?”
iii) Sinkope
Sinkope bermaksud penyingkatan kata. Berikut merupakan contoh sinkope dalam cerpen
Imam Tua :
a) “Saya tak rasa kecil hati”
b) “Ustaz Tarmuzi dan orang-orangnya tu ada agenda mereka….”
c) “Betul tu ,Mahmud”
9
Pengajaran
Pengajaran atau mesej bermaksud perutusan yang ingin disampaikan kepada pembaca.
Berdasarkan kajian yang telah dibuat berdasarkan cerpen Imam Tua ini, terdapat beberapa
pengajaran yang boleh diambil. Antaranya ialah :
1. Kita haruslah menjalankan tugas dengan amanah
Contohnya, Haji Endut merupakan seorang imam yang menjalankan tugas dengan
penuh bertanggungjawab. Beliau sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi
memenuhi keperluan masyarakatnya.
2. Kita perlulah bersabar atas segala dugaan.
Contohnya, terdapat pelbagai kritikan yang ditujukan kepada Haji Endut.Namun
begitu beliau terus tabah dan bersabar kerana beliau sedar beliau mempunyai
kekurangan.Beliau juga menghadapi kritikan itu dengan berlapang dada dan tidak
menganggapnya sebagai suatu beban.
3. Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua.
Contohnya, individu yang menulis surat layang seharusnya menggunakan bahasa
yang sopan untuk menegur Haji Endut. Hal ini demikian kerana Haji Endut
merupakan seorang imam yang sangat tua dan tidak patut individu berkenaan
menggunakan bahasa yang kurang sopan untuk menegur beliau.
4. Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan.
Contohnya, Haji Endut Sudah terlalu tua untuk memapah isterinya ke hospital lalu
Siak Mahmud menyuruh anaknya Safuan untuk tolong menghantar Hajah Munah ke
hospital.
5. Kita patutlah bersikap prihatin.
Contohnya, isteri Safuan,Halimah sangat baik hati kerana sudi menjaga Haji Endut
dan Hajah Munah yang telah dimasukkan ke dalam hospital.Sikap ini amat baik untuk
diteladani
.
4.0 PENUTUP
Kunci kejayaan pengajaran Bahasa Melayu bukan sahaja terletak pada kecanggihan
kurikulum namun ia terletak kepada kredibiliti guru dalam mengatur dan memanfaatkan
10
bahan pengajaran dalam bilik darjah. Bahan sastera memerlukan kekreatifan guru dalam
mengolah bahan-bahan tersebut mengikut kesesuaian murid.
Selain itu, keinginan untuk memupuk minat murid terhadap karya-karya sastera dapat
dipertingkatkan melalui kekerapan menggunakan karya-karya sastera yang pelbagai ini.Guru
perlu rajin dalam mencari sumber lain selain hanya bergantung pada buku teks sahaja.
Akhirnya, bagi memupuk minat pelajar terhadap karya sastera serta meningkatkan
penguasaan Bahasa Melayu, aktiviti yang berterusan berkaitan satera perlu dijalankan seperti
penganjuran bulan bahasa dan sebagainya. Langkah yang proaktif perlu diambil bagi
memastikan pelajar dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik
RUJUKAN
11
Genre Kesusasteraan retrieved from:
http://bobezani.tripod.com/sastera.html
jenis dan bentuk kesusasteraan melayu retrieved from:
http://www.academia.edu/8866503/KESUSASTERAAN_MELAYU
Asmah Hj Omar (2002). Kaedah pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan
Pustaka .
A . Wahab Ali. (2006). Kesusasteraan Melayu dalam Bandingan dan Pendidikan.
Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Muhammad Hj. Salleh. (1998). Teori Kesusasteraan: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur:
Nik Safiah Karim,Arbak Othman (2005). Kamus Komprehensif Bahasa Melayu. Shah Alam.
Fajar Bakti Sdn.Bhd
Ensiklopedia sastera.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
12
13
L
A
M
P
I
R
A
N