Ketahanan diri (orientering)
Transcript of Ketahanan diri (orientering)
Sekretariat KRS/TKRS JB
TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
MODUL KETAHANAN DIRI (KOMPAS)
________________________________________________________
ELEMEN : KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
TAJUK : REKREASI
SPESIFIKASI : PENGENALAN KOMPAS (T6)
1. Pengenalan
1.1 Definisi kompas
- Kompas ialah alat pengemudian yang digunakan untuk mencari
arah tuju.
- Mengandungi jarum magnetik berwarna merah/hitam
- Diukur dalam kiraan darjah atau mil.
- Kompas adalah elemen bantu kedua terpenting dalam sukan
orienteering
1.2 Tujuan
Tujuan kompas digunakan adalah untuk:
a. Melaraskan peta.
b. Membantu dalam navigasi
c. Menentukan kedudukan
d. Membuat peta.
e. Mengukur jarak di atas peta.
1.3 Pelaksanaan / Aktiviti
1.3.1 Pengenalan peralatan:
I. Jenis-jenis Kompas
Kompas terdapat dalam pelbagai jenis dan bentuk.
Jenis-jenis kompas adalah seperti :
i) kompas tentera Military compass (prismatic &
lensatic)
Sekretariat KRS/TKRS JB
ii) kompas orienteering. Orienteering compass
(baseplate & thumb)
iii) kompas lautan. Marine compass.
iv) Kompas kiblat Prayer compass
v) Kompas digital. Digital compass
II Bahagian-bahagian kompas
1.3.2. Pengurusan Peralatan
I Cara-cara Melaras kompas
i) letakkan kompas di tapak tangan separas dada dengan
petunjuk arah pergerakan menghadap ke hadapan
ii) laraskan perumah kompas sehingga jarum kompas masuk
ke rumahnya dengan petunjuk arah pergerakan yang
menghala kehadapan . Bacaan tersebut merupakan arah
bearing yang sebenar.
Sekretariat KRS/TKRS JB
II Cara-cara menentukan arah kiblat.
i) Laraskan kompas 298° .
ii) Gerakkan arah kompas sehingga jarum merah masuk ke
dalam perumahnya. Maka arah yang ditunjukan oleh
petunjuk arah pergerakan adalah arah kiblat yang dicari.
1.3.3 Mengenal Arah Mata Angin
Terdapat 8 arah mata angin yang biasa digunakan iaitu,
Utara, Timur, Barat, Selatan, Timur Laut, Tenggara, Barat
Daya dan Barat Laut.
I. Penunjuk Arah Utara
i) Utara sebenar bermaksud arah sebenar ke kutub
Utara
ii) Utara magnetik bermaksud arah yang ditunjukkan
oleh jarum magnetik
iii) Utara Grid bermaksud garisan lurus yang dibuat oleh
pembuat peta sebagai asas ke arah utara
II. Bearing
i) Bearing adalah sudut yang dinyatakan dalam
ukuran darjah atau mil melalui bacaan di antara
garisan pandangan dengan arah utara benar.
ii) Bearing dibuat mengikut arah pusingan jam.
Sekretariat KRS/TKRS JB