KETAMADUNAN ALAM MELAYU

19
1.0 PENGENALAN Kemunculan dan perkembangan tamadun manusia berlaku secara berperingkat-peringkat mengikut tahap kemajuan yang dialami oleh sesebuah masyarakat. Dalam penulisan kerja kursus SJH1054 Ketamadunan Manusia ini, saya bincangkan beberapa elemen penting dalam pembinaan sesebuah keutuhan ketamadunan manusia. Berhubung dengan ciri-ciri utama tamadun, terdapat empat ciri penting yang akan dikupas dalam penulisan ini iaitu petempatan kekal, perbandaran, organisasi sosial serta agama kepercayaan. Penulisan ilmiah ini menyentuh serta menjelaskan perubahan masyarakat mengikut peredaran masa. Secara logik akal, manusia akan lebih baik dalam erti kata lain manusia lebih bertamadun dimakan masa. Buktinya wujudnya pelbagai ketamadunan manusia yang boleh kita kupas misalnya Tamadun India, Mesir, Yunani, China, Melayu dan Mesopotamia. Secara dasarnya, penulisan ini membincangkan dua bahagian utama untuk menjawab soalan kerja kursus SJH1054 Ketamadunan Manusia. Pertamanya, kita akan tinjau lebih dalam mengenai pengertian tamandun manusia mengikut pandangan ahli akademik sama ada dari timur mahupun barat. Kita akan dapat bandingbezakan konsep tamadun yang dibawa oleh Timur mahupun Barat. Keduanya, penulisan ini membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi keutuhan ketamadunan dunia tetapi lebih tertumpu kepada Tamadun Alam Melayu. Saya memilih dan mengupas Tamadun Alam Melayu kerana tamadun ini merupakan perjuangan yang ditinggalkan kepada kita bawa oleh orang tempatan ini suatu ketika dahulu. Tamadun Alam Melayu ini tidak asing bagi kita, justeru kita harus mendalaminya untuk mengambil pengajaran agar dapat perbaiki diri era ini. 2.0 PENGERTIAN TAMADUN MANUSIA

description

Perkembangan petempatan tamadun melayu wujud sejak masyarakat Paleolitik di Kepulauan Melayu yang hidup secara nomad. Gua-gua batu kapur dan kawasan berhampiran sungai menjadi pilihan mereka. Rujuk jadual 1 di Lampiran belakang untuk mengetahui kerajaan di Kepulauan Melayu yang wujud pada abad sebelum masihi.Kemunculan bandar-bandar di Alam Melayu dikaitkan dengan faktor perdagangan kerana kedudukannya yang strategik menjadi tempat persinggahan kapal-kapal yang berulang-alik ke China dan India. Dengan itu, wujudlah bandar-bandar pelabuhan yang akhirnya menjadi pusat pemerintahan. Antara bandar-bandar awal di Kepulauan Melayu termasuklah Langkasuka, Kedah Tua, Srivijaya, Majapahit dan Mataram. Bandar-bandar ini mempunyai pengaruh Hindu-Buddha. Kerajaan Kedah Tua dikatakan muncul pada abad ke-5 Masihi berpusat di Sungai Emas dan kemudiannya beralih ke Lembah Bujang pada abad ke-10. Kerajaan ini berkembang hingga abad ke-14 dan menjadi pelabuhan entrepot yang maju. Satu perkara menarik di Lembah Bujang dan sekitar Merbok ialah terjumpanya berpuluh-puluh candi yang digunakan bertujuan keagamaan. Disini kita akan kupas bagaimana elemen politik, ekonomi dan sosial memberikan kekuatan dan keutuhan buat Tamadun Alam Melayu. 3.1 PolitikCorak pemerintahan beraja diamalkan oleh kerajaan-kerajaan di Alam Melayu. Corak ini banyak memberikan kekuatan dalam kestabilan politik di Alam Melayu. Sistem pentadbiran ini berasaskan campuran sistem tempatan dengan pengaruh luar iaitu agama Hindu dan Buddha. Keutuhan ketemadunan bagi Alam Melayu pertamanya dicapai disebabkan Raja yang berkaliber menjadi ketua negara dan berkuasa mutlak dalam pemerintahan. Pentadbiran ketenteraan dikukuhkan atas sebab diketuai oleh seorang panglima atau pratisava yang terpilih dan gagah dalam menerajui hal-hal ketenteraan. Kekuatan jentera pentadbiran ketenteraan amat penting kerana melalui kententeraan, kesejahteraan kerajaan dan keamanan politik setempat dapat dicapai sekaligus dapat menangkis kekacauan daripada pihak luar. Kerajaan Funan sampai ke kemuncak kegemilangan pada abad ke-5 kerana kerajaan ini berjaya melebarkan jajahan takluknya ke Laut China Selatan hingga Teluk Benggala. Pentadbiran di peringkat daerah diketuai ketua wilayah (Datu) yang bertanggungjawab tentang tanah , kebajikan, menanam kesetiaan rakyat kepada raja dan mengenakan hukuman kepada penentang kerajaan (Mahdi Shuid dan Mohamad Fauzi Yunus, 2001). Selepas kedatangan Islam, konsep devaraja (raja tuhan) telah diubahsuai dengan ajaran Islam yang menyatakan raja adalah bayangan Allah ataupun Sultan Zillullah di muka bumi. Istilah Raja ditukar kepada Sultan yang mempunyai kuasa autoriti dalam pemerintahan. Kekuasaan Sultan diperkukuhkan lagi dengan unsur mitos dan lagenda tokoh-tokoh tertentu seperti Iskandar Zulkarnain dan sebagainya. Keutuhan ketemadunan Alam Melayu diperkukuhkan dengan kewibawaan sultan dikaitkan dengan konsep daulat. Sekiranya ada rakyat yang tidak mematuhi arahan sultan akan terkena tulah. Konsep daulat ini telah memartabatkan kuasa ketua pemerintah sekaligus menambahkan keutuhan tamadun Melayu.3.1.1 Empayar SrivijayaDiasaskan oleh Dapunta Hiyam pada abad ke-7 Masihi, Srivijaya menawan kerajaan-kerajaan berhampiran seperti Jambi, Kedah dan Ligor. Penguasaan pelabuhan-pelabuhan ini membolehkannya mengawal perdagangan antarabangsa antara China dan India. Srivijaya memantapkan kuasa politik mereka dengan menjalin hubungan dengan China dan Chola (India). Oleh itu, keutuhan kerajaan Srivijaya dikukuhkan setelah menjadi pusat agama Buddha antarabangsa dan pusat bahasa Sanskrit di Alam Melayu. Dasar perluasan kuasa menguntungkan Srivijaya kerana membolehkannya memungut cukai daripada kapal-kapal yang belayar dari Selat Melaka dan Selat Sunda. Disini sudah terang lagi berseluh politik empayar Srivijaya kukuh serta pentadbiran yang cekap membolehkan Srivijaya berjaya sebagai pusat pemerintahan dan pusat perdagangan di alam Melayu. Pentadbiran Srivijaya diketu

Transcript of KETAMADUNAN ALAM MELAYU

1.0 PENGENALAN

Kemunculan dan perkembangan tamadun manusia berlaku secara berperingkat-peringkat

mengikut tahap kemajuan yang dialami oleh sesebuah masyarakat. Dalam penulisan kerja

kursus SJH1054 Ketamadunan Manusia ini, saya bincangkan beberapa elemen penting

dalam pembinaan sesebuah keutuhan ketamadunan manusia. Berhubung dengan ciri-ciri

utama tamadun, terdapat empat ciri penting yang akan dikupas dalam penulisan ini iaitu

petempatan kekal, perbandaran, organisasi sosial serta agama kepercayaan.

Penulisan ilmiah ini menyentuh serta menjelaskan perubahan masyarakat mengikut

peredaran masa. Secara logik akal, manusia akan lebih baik dalam erti kata lain manusia

lebih bertamadun dimakan masa. Buktinya wujudnya pelbagai ketamadunan manusia yang

boleh kita kupas misalnya Tamadun India, Mesir, Yunani, China, Melayu dan Mesopotamia.

Secara dasarnya, penulisan ini membincangkan dua bahagian utama untuk menjawab

soalan kerja kursus SJH1054 Ketamadunan Manusia.

Pertamanya, kita akan tinjau lebih dalam mengenai pengertian tamandun manusia

mengikut pandangan ahli akademik sama ada dari timur mahupun barat. Kita akan dapat

bandingbezakan konsep tamadun yang dibawa oleh Timur mahupun Barat. Keduanya,

penulisan ini membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi keutuhan ketamadunan

dunia tetapi lebih tertumpu kepada Tamadun Alam Melayu. Saya memilih dan mengupas

Tamadun Alam Melayu kerana tamadun ini merupakan perjuangan yang ditinggalkan

kepada kita bawa oleh orang tempatan ini suatu ketika dahulu. Tamadun Alam Melayu ini

tidak asing bagi kita, justeru kita harus mendalaminya untuk mengambil pengajaran agar

dapat perbaiki diri era ini.

2.0 PENGERTIAN TAMADUN MANUSIA

Sebelum pergi lebih jauh, umumnya tamadun merujuk kepada masyarakat dalam sesebuah

negara yang memiliki tingkah laku dan pengawalan diri yang baik seperti yang

diperkenalkan pertama kali di Perancis pada abad ke-18 oleh sarjana seperti Voltaire (Mahdi

Shuid & Saliza Saad. 2006). Meskipun begitu perkataan civilized dan to civilize telah lama

digunakan sejak abad ke-16 lagi.

Ahli-ahli antropologi seperti Robert Redfield, mula membincangkan istilah tamadun

dengan merujuk kepada tingkah laku manusia dalam masyarakat yang kompleks. Apabila

Taylor E.B menghasilkan buku Primitive Culture (1874), sarjana-sarjana antropologi British

dan Amerika berkecenderungan menggunakan perkataan ‘budaya’ bagi menghuraikan

masyarakat prigmitif yang mereka kaji, dan bertentangan dengan perkataan tamadun yang

merujuk kepada masyarakat moden.

Biarpun begitu, umumnya ramai sarjana bersetuju konsep budaya itu tidak sama

dengan tamadun kerana budaya merupakan cara hidup sesuatu kumpulan atau masyarakat,

dan di dalam sesuatu kumpulan atau masyarakat itu mempunyai nilai-nilai dan norma-norma

yang dikongsi bersama dan berbeza dengan kumpulan-kumpulan lain.

2.1 Definisi Tamadun Menurut Sarjana Islam

Ibn Khaldun, tokoh yang diterima umum sebagai pengasas ilmu sains peradaban,

mendefinisikan tamadun sebagai satu kumpulan manusia yang tinggal kekal di

sesuatu tempat atau kota dan seterusnya kota itu berkembang maju dan menjadi

makmur seperti yang dibincangkan dalam kitab Mukaddimah (Mahdi Shuid & Saliza

Saad. 2006). Ibn Khaldun menganalisis konsep tamadun yang agak khusus iaitu

cuba membandingkan kehidupan desa dengan kehidupan Bandar serta menyentuh

tentang pembentukan dan kejatuhan sesebuah kerajaan.

Jika dibandingkan dengan para sarjana lain, ruang lingkup konsepsi

peradaban yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun agak khusus. Mengikut Abu Nasir al-

Farabi dalam kitabnya as-Siyasah al-Madaniah, menganggap tamadun merupakan

pencapaian umat Islam di kota yang berasaskan wahyu iaitu akidah, syarak dan

akhlak (Mustafa Hj. Daud, 1999). Jurji Zaidan dalam kitabnya Tarikh at-Tamaddun al-

Islam mendefinisikan peradaban sebagai pencapaian umat islam yang berpusat di

kota dalam bidang kerohanian dan kebendaan berasaskan agama.

Syed Naquib al-Attas, memilih tema tingkah laku dalam mendefinisikan

peradaban. Menurut beliau tamadun itu ialah keadaan kehidupan insan

bermasyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dan kebudayaan

yang luhur bagi seluruh masyarakatnya (Amir A.Rahman, 1990). Syeikh Muhammad

Abduh menegaskan bahawa asas tamadun berpusatkan kepada rasul, nabi dan

petunjuk agama. Hal ini kerana kemajuan kerohanian akan membawa kepada

kemajuan kebendaan.

Era 1990-an, konsep masyarakat Madani mula diperkenalkan di Malaysia.

Mahayudin Haji Yahaya berpendapat bahawa Ibn Khaldun merupakan penulis paling

awal menggunakan istilah madani yang lahir dari perkataan al-Madaniyah yang

bermaksud peradaban dan kemakmuran hidup. Ada juga sesetengah pihak

cenderung menyamakan konsep masyarakat Madani dengan perkataan Inggeris

Civil Society yang bermakna kesedaran terhadap kehidupan berorganisasi dan

penglibatan masyarakat massa dalam proses kenegaraan.

Konsep masyarakat madani merujuk kepada kesedaran mutu kebersihan,

peraturan hidup, kepatuhan kepada masa, dan keperihatinan kepada kualiti alam

sekitar. Dalam konteks bahasa Arab, madani membawa erti din (agama) dan dayyan

(tuhan atau pemerintah) dalam erti kata lain konsep ini berpaksikan tuhan manakala

konsep civil society bertunjangkan pembanggunan material.

Oleh itu, masyarakat madani tidak boleh disamakan dengan istilah civil

society. Meskipun begitu, tidak kurang pentingnya juga ialah penghayatan yang

menyeluruh terhadap ajaran Islam serta pemupukan yang berterusan untuk

mencintai ilmu pengetahuan dalam mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan

akhirat.

2.2 Definisi Tamadun Menurut Sarjana Barat

Oswald Spengler berpendapat, apabila masyarakat atau empire berada pada zaman

kegemilangan, ciri-ciri sosial dan intelektual masyarakat akan terserlah dan beliau

mengganggapnya sebagai culture, manakala apabila sudah melepasi kemuncak,

masyarakat itu tidak lagi progresif, tidak dapat berubah, dan tidak aktif yang dikenali

sebagai tamadun (Burns, Edward Mcnall dan Ralph, 1958).

Max Weber juga membezakan antara budaya dan peradaban apabila

mendefinisikan perkataan peradaban. Kebudayaan menurutnya dibahagikan kepada

dua iaitu kebudayaan kerohanian (spritual) dan kebudayaan kebendaan (material)

(Mahdi Shuid & Saliza Saad. 2006). Kebudayaan kebendaan adalah tamadun.

Nampaknya definisi tamadun yang diberikan oleh Max Weber sangat sempit kerana

tidak mencakupi unsur-unsur spritual.

Carrol Quigley berpendapat bahawa pembinaan tamadun ditentukan oleh

faktor alat pengembangan. Terdapat tiga elemen penting dalam alat pengembangan

iaitu insentif untuk mencipta, peningkatan dalam hasil dan membelanjakan kekayaan

tersebut (Carrol Quigley, 1961). Disini didapati bahawa masyarakat bertamadun ialah

masyarakat producing yang mempunyai sistem tulisan dan menjalani kehidupan

Bandar seperti masyarakat China dan Aztec.

Gordon Childe V. mengaitkan tamadun dengan ‘urban revolution’. Bagi

beliau, tamadun lahir apabila manusia menetap dalam kumpulan besar di Bandar

dan mengamalkan pengkhususan (Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai

Letchumanan, 2005). Dengan pengkhususan dalam pekerjaan, komuniti cenderung

untuk mencipta barangan baru dan berkualiti kerana memiliki kemahiran. Kemajuan

dalam bidang lain terus berlaku dalam aspek material, intelektual dan kesenian yang

akan mencapai tahap yang lebih kompleks.

Seterusnya, Edward L. Farmer dalam bukunya Comparative History of

Civilization in Asia mendefinisikan tamadun sebagai entiti atau unit budaya yang

terbesar dalam organisasi manusia yang terdiri daripada perkongsian norma-norma

sosial, tradisi dan institusi-institusi yang berterusan. Beliau seterusnya menggariskan

beberapa ciri yang perlu ada dalam sesebuah masyarakat bertamadun seperti

sistem tulisan, organisasi sosial, agama dan kepercayaan, kerajaan dan pentadbiran

yang berkesan, teknologi dan pengkhususan serta perbandaran.

Di samping itu, R.A. Buchanan menjelaskan bahawa masyarakat bertamadun

memiliki institusi-institusi yang kompleks, melibatkan tahap pengkhususan yang

tinggi dalam kalangan anggota masyarakat, wujudnya stratifikasi sosial, tahap

penguasaan matematik dan teknologi yang tinggi. Beliau seterusnya memberikan

beberapa ciri masyarakat bertamadun seperti pengeluaran barangan melebihi

keperluan tempatan, wujudnya kesepaduan politik dan budaya, kerancakan aktiviti

perdagangan, dan masyarakatnya memiliki ciri-ciri moden dan berdaya saing.1

Istilah tamadun bersifat universal dan mencakupi makna yang sangat luas. Justeru

tidak hairanlah jika ada para pengkaji tamadun mendefinisikan mengikut kefahaman dan

disiplin ilmu masing-masing. Sudah tentunya mempunyai tafsiran yang berbeza jika

dibandingkan antara pandangan pengakaji ahli agama, antropologi, sejarah dan sosiologi.

Namun apa yang didapati terdapat dua pandangan yang konsisten. Pertama,

tamadun merujuk kepada pencapaian dalam bidang material atau fizikal yang mencakupi

kemajuan dalam bidang undang-undang, seni bina, perbandaran dan sebagainya. Kedua,

tamadun itu seharusnya mengadunkan dua pencapaian iaitu pencapaian berbentuk material

dan pencapaian berbentuk kerohanian.

1 Buchanan, R.A. 1979. History and Industrial Civilization, London: The Macmillian Press Ltd.

3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEUTUHAN KETAMADUNAN DUNIA

Perkembangan petempatan tamadun melayu wujud sejak masyarakat Paleolitik di

Kepulauan Melayu yang hidup secara nomad. Gua-gua batu kapur dan kawasan

berhampiran sungai menjadi pilihan mereka. Rujuk jadual 1 di Lampiran belakang untuk

mengetahui kerajaan di Kepulauan Melayu yang wujud pada abad sebelum masihi.

Kemunculan bandar-bandar di Alam Melayu dikaitkan dengan faktor perdagangan

kerana kedudukannya yang strategik menjadi tempat persinggahan kapal-kapal yang

berulang-alik ke China dan India. Dengan itu, wujudlah bandar-bandar pelabuhan yang

akhirnya menjadi pusat pemerintahan.

Antara bandar-bandar awal di Kepulauan Melayu termasuklah Langkasuka, Kedah

Tua, Srivijaya, Majapahit dan Mataram. Bandar-bandar ini mempunyai pengaruh Hindu-

Buddha. Kerajaan Kedah Tua dikatakan muncul pada abad ke-5 Masihi berpusat di Sungai

Emas dan kemudiannya beralih ke Lembah Bujang pada abad ke-10.

Kerajaan ini berkembang hingga abad ke-14 dan menjadi pelabuhan entrepot yang

maju. Satu perkara menarik di Lembah Bujang dan sekitar Merbok ialah terjumpanya

berpuluh-puluh candi yang digunakan bertujuan keagamaan. Disini kita akan kupas

bagaimana elemen politik, ekonomi dan sosial memberikan kekuatan dan keutuhan buat

Tamadun Alam Melayu.

3.1 Politik

Corak pemerintahan beraja diamalkan oleh kerajaan-kerajaan di Alam Melayu. Corak

ini banyak memberikan kekuatan dalam kestabilan politik di Alam Melayu. Sistem

pentadbiran ini berasaskan campuran sistem tempatan dengan pengaruh luar iaitu

agama Hindu dan Buddha. Keutuhan ketemadunan bagi Alam Melayu pertamanya

dicapai disebabkan Raja yang berkaliber menjadi ketua negara dan berkuasa mutlak

dalam pemerintahan.

Pentadbiran ketenteraan dikukuhkan atas sebab diketuai oleh seorang

panglima atau pratisava yang terpilih dan gagah dalam menerajui hal-hal

ketenteraan. Kekuatan jentera pentadbiran ketenteraan amat penting kerana melalui

kententeraan, kesejahteraan kerajaan dan keamanan politik setempat dapat dicapai

sekaligus dapat menangkis kekacauan daripada pihak luar. Kerajaan Funan sampai

ke kemuncak kegemilangan pada abad ke-5 kerana kerajaan ini berjaya melebarkan

jajahan takluknya ke Laut China Selatan hingga Teluk Benggala. Pentadbiran di

peringkat daerah diketuai ketua wilayah (Datu) yang bertanggungjawab tentang

tanah , kebajikan, menanam kesetiaan rakyat kepada raja dan mengenakan

hukuman kepada penentang kerajaan (Mahdi Shuid dan Mohamad Fauzi Yunus,

2001).

Selepas kedatangan Islam, konsep devaraja (raja tuhan) telah diubahsuai

dengan ajaran Islam yang menyatakan raja adalah bayangan Allah ataupun Sultan

Zillullah di muka bumi. Istilah Raja ditukar kepada Sultan yang mempunyai kuasa

autoriti dalam pemerintahan. Kekuasaan Sultan diperkukuhkan lagi dengan unsur

mitos dan lagenda tokoh-tokoh tertentu seperti Iskandar Zulkarnain dan sebagainya.

Keutuhan ketemadunan Alam Melayu diperkukuhkan dengan kewibawaan

sultan dikaitkan dengan konsep daulat. Sekiranya ada rakyat yang tidak mematuhi

arahan sultan akan terkena tulah. Konsep daulat ini telah memartabatkan kuasa

ketua pemerintah sekaligus menambahkan keutuhan tamadun Melayu.

3.1.1 Empayar Srivijaya

Diasaskan oleh Dapunta Hiyam pada abad ke-7 Masihi, Srivijaya menawan

kerajaan-kerajaan berhampiran seperti Jambi, Kedah dan Ligor. Penguasaan

pelabuhan-pelabuhan ini membolehkannya mengawal perdagangan antarabangsa

antara China dan India. Srivijaya memantapkan kuasa politik mereka dengan

menjalin hubungan dengan China dan Chola (India). Oleh itu, keutuhan kerajaan

Srivijaya dikukuhkan setelah menjadi pusat agama Buddha antarabangsa dan pusat

bahasa Sanskrit di Alam Melayu.

Dasar perluasan kuasa menguntungkan Srivijaya kerana membolehkannya

memungut cukai daripada kapal-kapal yang belayar dari Selat Melaka dan Selat

Sunda. Disini sudah terang lagi berseluh politik empayar Srivijaya kukuh serta

pentadbiran yang cekap membolehkan Srivijaya berjaya sebagai pusat pemerintahan

dan pusat perdagangan di alam Melayu.

Pentadbiran Srivijaya diketuai oleh raja berkuasa mutlak. Terdapat barisan

jemaah menteri yang bertanggungjawab memberikan nasihat berkaitan masalah-

masalah rakyat. Empayar Srivijaya dibahagikan kepada beberapa wilayah yang

ditadbir oleh Datu. Datu terdiri daripada putera raja dan golongan bangsawan.

Keprihatinan dan kejujuran barisan jemaah menteri dan ketua wilayah menguatkan

lagi keutuhan Tamadun Alam Melayu khususnya Empayar Srivijaya.

3.1.2 Empayar Majapahit

Kerajaan Majapahit mencapai zaman kegemilangannya pada abad ke-13 hingga

abad ke-14 semasa pemerintahan Hayam Wuruk yang dibantu Perdana Menteri

Patih Gajah Mada. Pada masa itu hampir semua kerajaan di Kepulauan Melayu

menjadi tanah jajahan Majapahit. Kestabilan politik menjadi kunci utama pentadbiran

kerajaan ini mampu mengawal tanah jajahan seperti Pulau Bali, Pulau Borneo,

Temasik, Pahang dan Ligor. Kesan secara lansung menjadikan Majapahit kaya hasil

kutipan cukai dari tanah jajahannya.

Sistem pentadbiran Majapahit dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu

pentadbiran pusat (istana), pentadbiran wilayah-wilayah asal dan pentadbiran

kawasan jajahan takluk. Disebabkan pembahagian kuasa pentadbiran inilah yang

menguatkan empayar Majapahit atas dasar sistem politik yang tersusun, berstruktur

dan terancang.

3.1.3 Empayar Melaka

Menurut Tom Pires dalam Suma Oriental, Parameswara membangunkan Melaka

yang akhirnya menjadi sebuah pelabuhan yang penting dan empayar yang besar

pada abad ke-15.

Keutuhan empayar Melaka dikaitkan dengan peranan dan kebijaksanaan

pemimpin iaitu Parameswara pada peringkat awal kemunculannya. Parameswara

tidak pernah lupa kerajaan Siam memusuhinya. Oleh itu, Parameswara mengadakan

hubungan diplomatik dengan kerajaan China yang merupakan kuasa besar ketika itu

dalam mendapatkan perlindungan.

Kebetulan pada masa itu, Kerajaan Ming menjalankan dasar perluasan

pengaruhnya di kawasan Laut China Selatan (Aziz Deraman, 1992). Kesempatan ini

digunakan sepenuhnya oleh Parameswara. Apabila Yin Ching melawat Melaka pada

tahun 1403 dan menawarkan persahabatan, Parameswara segera menerima

tawaran itu dan sedia bernaung di bawah kerajaan China. Parameswara sendiri

melawat China pada tahun 1411 dan menghadap Maharaja Yung Lo.

Hubungan yang dijalankan oleh kepimpinan Melaka ini menguntungkan

Melaka kerana ancaman Majapahit dan Siam dapat dihindarkan. Kepimpinan

kerajaan Melaka dapat memberi tumpuan kepada usaha membangunkan Melaka

hingga menjadi empayar besar. Bermula daripada asas kuasa politik yang kukuh,

Sultan Muzaffar Syah telah mengambil pendekatan baru dengan meluaskan

kekuasaan Melaka. Oleh itu, Melaka menjadi sebuah empayar yang kuat disamping

dapat mengawal sumber-sumber ekonomi yang penting untuk tujuan perdagangan.

Keutuhan politik tamadun Alam Melayu terutama empayar Melaka dapat

dilihat ketika kepesatan perkembangan ekonomi terutama aktiviti perdagangan

mendorong pemerintah Melaka menggubal undang-undang khusus untuk dunia

Maritim. Di samping itu, kerajaan Melaka mempunyai sistem politik dan pentadbiran

yang cekap dan sistematik. Sultan Melaka dibantu oleh para pembesar bagi

melicinkan sistem pentadbiran. Pentadbiran Melaka berasaskan Sistem Pembesar

Empat Lipatan. Di bawah sultan terdapat empat pembesar diikuti dengan pembesar

berlapan, pembesar enam belas dan pembesar tiga puluh dua terdiri daripada

penghulu. Kekuatan politik empayar Melaka dapat kita lihat melalui Melaka

mempunyai undang-undangnya yang tersendiri (undang-undang bertulis) iaitu

Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Hukum Kanun Melaka

mengandungi pelbagai pantang larang, hak-hak istimewa raja, serta tanggungjawab

raja, pembesar dan penduduk Melaka. Undang-undang ini menunjukkan telah

lahirnya satu bentuk pentadbiran dan kehakiman yang sistematik dan teratur.

3.2 EKONOMI

Apabila bercakap tentang ekonomi masyarakat di Alam Melayu, kita tidak akan lari

daripada memperkatakan tentang masyarakat agraria dan masyarakat maritim.

Keutuhan dan kekuatan tamadun Alam Melayu disebabkan peranan penting yang

dimainkan dan saling bergantungan antara kerajaan agraria dan maritim. Pada

peringkat awal perkembangan ekonomi Tamadun Alam Melayu dapat kita lihat

bermula daripada aktiviti ekonomi bercorak agraria dan kemudiannya membawa

kepada aktiviti maritim. Kemudiannya, berkembang dengan pesat apabila Alam

Melayu terus diterajui oleh kerajaan maritime yang terletak di persisiran pantai dan

berasaskan ekonomi perdagangan.

Aktiviti ekonomi di Alam Melayu amat sinonim dengan peranan raja-rajanya.

Keutuhan ekonomi tamadun Alam Melayu disebabkan raja memainkan peranan

penting bukan sahaja dalam pentadbiran bahkan juga bidang ekonomi masyarakat

Melayu. Ini terbukti terutama peranan yang dimainkan oleh raja dan pembesar di

Alam Melayu seperti di Asia Tenggara Tradisional, rajanya menguasai semua bidang

ekonomi dengan mengutip hasil-hasil pertanian, cukai, perkhidmatan buruh dan

hamba. Faktor keutuhan ekonomi tamadun Alam Melayu disebabkan pembesar-

pembesar terlibat secara lansung kerana pada waktu itu mereka merupakan orang

penting yang bertanggungjawab dalam aktiviti ekonomi masyarakat di Alam Melayu.

Ibu Kota memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi

tamadun Alam Melayu iaitu bertindak sebagai pusat aktiviti ekonomi. Hasil ekonomi

memerlukan pengawasan yang rapi terutama oleh rajanya sendiri. Kekuatan

ekonomi dalam Alam Melayu dicapai atas sebab raja memainkan peranan penting

dalam menjalin hubungan baik dengan kawasan-kawasan yang boleh mendatangkan

sumber ekonomi khususnya kawasan-kawasan pedalaman yang subur dengan

tanah dan mendatangkan hasil buminya. Mengikut catatan sejarah, pedagang dari

India pernah menggelar Tanah Melayu sebagai ‘Suvarnabhumi’ yang bermakna

‘bumi emas’ yang memberi gambaran bahawa masyarakat melayu sejak dahulu

sudah bergiat dalam bidang ekonomi.

3.2.1 Pembangunan Ekonomi Tamadun Alam Melayu

Faktor fizikal yang memjamin keutuhan ekonomi dalam dunia Alam Melayu

kerana terletak di tengah-tengah perjalanan perdagangan antarabangsa yang

menghubungkan dunia Barat dan dunia Timur dari kedudukan geografi.

Misalnya kerajaan Langkasuka (Kedah), Gangga Negara, Srivijaya, Majapahit

dan Selat Melaka dengan pelabuhan entreportnya di Melaka. Keadaan fizikal

kepulauan-kepualauan ini menyebabkan kegiatan perdagangan melalui jalan

laut menjadi sangat penting.

Faktor keutuhan ekonomi seterusnya adalah disebabkan pusat

persinggahan perdagangan di Alam Melayu ini dilengkapi dengan pelbagai

kemudahan asas seperti tempat penginapan, bekalan air, membaiki kapal,

gudang dan kawasan berniaga. Sebagai contoh yang diambil ialah kerajaan

Kedah Tua berpusat di Pengkalan Bujang dikatakan berkembang menjadi

pusat perdagangan penting atas sebab kedudukan strategik iaitu di pintu

masuk Selat Melaka dari Asia Barat dan India, serta pelabuhannya terlindung

daripada tiupan angin Monsun Barat Daya.

Pada peringkat awal, kerajaan di Alam Melayu telah menggunakan

sistem barter sebelum mereka menggunakan kulit siput geweng sebagai

mata wang. Keutuhan ekonomi di Alam Melayu bertambah pesat setelah

pengenalan mata wang yang pada peringkat awalnya terdiri daripada logam

bijih timah, emas dan perak dalam bentuk ketulan yang digunakan oleh para

pedagang yang berdagang di Alam Melayu. Mata wang ini telah

diperkenalkan oleh pedagang-pedagang China, India, dan Arab yang

berdagang di Melaka pada abad ke-16. Selepas kedatangan barat, syiling

menggantikan mata wang tadi (Muhammad Yusof Hashim, 1989).

Keutuhan ekonomi empayar tamadun Alam Melayu juga disebabkan

sepanjang pemerintahan kerajaan Srivijaya, Majapahit dan Melaka, kerajaan-

kerajaan ini telah mengenakan cukai yang tinggi ke atas pedagang. Ini

memantapkan lagi perkembangan ekonomi Alam Melayu terutama sistem

kewangan mereka. Melaka telah mengambil alih peranan Srivijaya sebagai

pusat perdagangan antarabangsa di Asia Tenggara terutama pada abad ke-

15. Melaka telah meneruskan tradisi perdagangan masyarakat pribuminya

yang telah berjalan sejak zaman Kerajaan Melayu Langkasuka dan Srivijaya.

Melaka kemudiannya menjadi sebuah pusat perdagangan yang

terpenting di Alam Melayu. Keadaan ini disebabkan beberapa faktor yang

menaikkan imej ekonomi kerajaan Melaka. Faktor utamanya kedudukan

Melaka di tengah-tengah jalan perdagangan. Seterusnya, pemimpin

tempatan menyediakan kemudahan para pedagang untuk singgah, membaiki

kapal, mendapatkan bekalan makanan dan minuman. Disebakan pelbagai

kemudahan yang disediakan menjadikan Melaka pusat persinggahan dan

perdagangan yang baik sekaligus memartabatkan ekonomi empayar Melaka.

Tambahan, Melaka merupakan sebuah pelabuhan yang terlindung daripada

angin monsun yang membolehkan pedagang berlabuh dengan selamat.

Menurut catatan Tom Pires, Melaka pernah menjadi pelabuhan

antarabangsa yang terbesar dan terpenting di dunia. Hal ini terbukti terutama

pada awal abad ke-16, setiap tahun sekurang-kurangnya terdapat 100 buah

kapal besar dan kira-kira 30-40 buah kapal kecil berlabuh di Pelabuhan

Melaka. Melalui catatan ini dapat kita simpulkan kedudukan ekonomi

empayar Melaka itu sendiri yang stabil mendorong pedagan luar tertarik

terhadap kepulauan Melayu. Keutuhan tamadun Alam Melayu jelas dapat

dilihat melalui pelabuhan Melaka itu sendiri dikatakan besar boleh

menampung hampir 2000 buah kapal pelbagai saiz dalam satu-satu masa

(Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, 2005).

Disebabkan kepesatan ini, pemerintah Melaka mengambil langkah bijak

dalam menaikan imej ekonomi tempatan dengan membina gudang-gudang di

bawah tanah dengan tujuan pedagang dapat menyimpan barangan mereka.

Gudang-gudang ini dikatakan mempunyai ciri yang selamat hingga dapat

member perlindungan daripada kebakaran, kerosakan atau kecurian

(Muhammad Yusof Hashim, 1989).

Faktor dominan keutuhan ekonomi Empayar Melaka disebabkan

mengamalkan corak perdagangan secara terbuka dan bebas. Sultan dan

pembesarnya tidak ketinggalan melibatkan diri dalam aktiviti perdagangan.

Tambahan, pegawai-pegawai yang telah dilantik menjalankan tanggungjawab

dengan cekap dan amanah disamping dibantu oleh kiwi yang cekap

menguruskan nahkoda atas kapal. Pada masa ini, dua aspek penting

dimainkan iaitu Melaka sebagai pusat pengumpulan barangan dan pusat

penyebaran barangan.

Perkembangan ekonomi Melaka disemarakkan lagi dengan

penggunaan mata wang logam diperbuat daripada calains yang digunakan

dalam urusan jual beli. Di atas permukaan mata wang ini terdapat nama

Sultan Melaka yang memerintah. Selain itu, kepingan wang dari Pasai,

Hormuz dan Cambay turut digunakan. Selain mata wang, ekonomi Melaka

turut berkembang dengan adanya sistem ukuran dan timbangan.

3.3 Sosial

Dasar pendidikan orang Melayu lebih mengutamakan pengetahuan agama pada

zaman Hindu-Buddha. Jelaslah disini kekuatan dan keutuhan tamadun Alam Melayu

begitu menonjol kerana seperti yang kita sedia faham agama menjadi faktor utama

memacu diri kita kearah lebih baik. Selepas kedatangan Islam, pendidikan diadakan

bertujuan membentuk akhlak dan budi pekerti mulia. Sebelum kedatangan penjajah,

pendidikan di Alam Melayu umumnya berbentuk agama (Awang Hadi Salleh, 1980).

Justeru itu, pengajaran agama lebih diberi tumpuan. Jika diteliti dalam dasar

pendidikan Melayu, soal pembentukan akhlak cukup diutamakan. Hal ini diharap

para pelajar memiliki tingkah laku mulia dengan pengetahuan agama dalam

mengahadapi hari-hari depan sekaligus meneraju ketemadunan Alam Melayu.Jelas

disini bahawa dasar pendidikan Melayu bukanlah bercorak sekular.

Masyarakat Melayu tradisional menerima pendidikan secara tidak rasmi. Ilmu

pertukangan dan seni mempertahankan diri antara contoh perkara yang diajar.

Kanak-kanak menerima pengajaran tidak formal daripada keluarga khususnya

berkait rapat kerja-kerja seharian mereka. Kebanyakan pendidikan tidak formal

dilakukan sekitar kampung atau rumah. Selepas kedatangan Islam, rumah guru

agama atau ustaz menjadi tumpuan kanak-kanak belajar Al-Quran. Sekolah pondok

merupakan institusi formal yang terpenting, sistematik dan berpengaruh dalam

kalangan Melayu Nusantara. Salah satu institusi pendidikan Melayu yang penting

ialah istana. Isntitusi ini menemukan ulama-ulama untuk berbincang tentang soal

agama mahupun soal negara. Melalui perbincangan ulama ini dan khidmad nasihat

yang diberikan kepada sultan membolehkan keutuhan ketamadunan Alam Melayu

tercapai.

Organisasi sosial masyarakat melayu pula dapat dibahagikan kepada dua

kelas utama iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah (Jayaudin

Jamaudin, 2001). Golongan pemerintah tidak ramai tetapi penghormatan dan

ketaatan diberikan kepada mereka mengikut taraf dan kedudukan masing-masing.

Melalui penghormatan inilah yang menjamin keharmonian sekaligus mengukuhkan

keutuhan pembinaan tamadun. Raja atau sultan mempunyai kuasa dan kewibawaan

untuk menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri serta seluruh jajahan

takluknya. Baginda mempunyai kuasa mutlak terhadap rakyat jelata dan titah

perintah hendaklah dipatuhi.

Golongan ulama juga merupakan golongan yang memerintah dan golongan

ini memainkan peranan yang penting dan mempunyai kedudukan istimewa dalam

susun lapis masyarakat Melayu tradisional (Muhammad Yusof Hashim, 1989).

Golongan pendeta merupakan pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan,

kesusteraan, adat istiadat dan salasilah raja. Mereka turut menjadi pakar rujuk

kepada raja dan menjadi penulis dan perawi diraja. Di peringkat kampung, penghulu

teraju pemerintahan. Beliau merupakan orang perantaraan antara golongan atasan

dengan rakyat jelata. Beliau menjalankan perintah atas arahan pembesar dan

mewakili penduduk kampung menyatakan pendapat dan masalah yang dihadapi

(Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, 2000). Boleh rujuk lampiran belakang untuk

mengetahui stratifikasi sosial masyarakat Melayu Tradisional.

4.0 i-THINK TAJUK PERBINCANGAN

Sila rujuk halaman 14

5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, dapat kita simpulkan bahawa walaupun pengertian tamadun

berbeza dari segi pandangan Timur mahupun Barat namun terdapat satu kata putus iaitu

tamadun seharusnya mengadunkan dua pencapaian iaitu pencapaian berbentuk material

dan pencapaian berbentuk kerohanian. Pencapaian berbentuk material mencakupi

kemajuan dalam bidang undang-undang, seni bina, perbandaran dan sebagainya. Kita yang

berada pada era globalisasi ini harus mengenali dan mendalami erti tamadun itu sendiri

kerana dengan inilah yang akan memacu kita dan negara kehadapan bukan kebelakang

seperti zaman gelap eropah mahupun zaman jahiliah.

Keutuhan ketamadunan secara umumnya bagi kesemua tamadun dunia yang wujud

perlu berdiri atas tiga elemen utama iaitu politik, ekonomi dan sosial. Penggabungjalinan

inilah yang menguatkan sesebuah empayar dalam menghadapi persaingan luar. Sebagai

contoh Tamadun Alam Melayu, jika aspek politik luntur pastinya ekonomi negara tidak

mampu berkembang pesat seperti empayar Melaka. Kebijaksanaan kepimpinan dan taat

setia rakyat ditagih dalam membangunkan sesebuah tamadun itu sendiri. Begitulah juga

dengan konsep negara Malaysia yang kita amalkan seharusnya setiap individu daripada

sedar akan kepentingan kesepaduan dan integrasi nasional dalam ingin mencapai tahap

kegemilangan keutuhan tamadun suatu ketika dahulu.