Ketamadunan (Soalan Padlet)

download Ketamadunan (Soalan Padlet)

of 10

description

Ketamadunan

Transcript of Ketamadunan (Soalan Padlet)

Tujuan sebenar manusia membina tamadun ?

Seterusnya, fakta sejarah perkembangan sains dan teknologi telah membuktikan bahawa majoriti di kalangan ahli sejarah dan sains Barat serta sarjana Islam yang apologetik yakin dan percaya bahawa ahli sains masa kini bergantung kepada sumbangan ahli sains terdahulu. Ahli sains terdahulu terdiri daripada warga sains Greek dan Islam apabila mereka membina ilmu pengetahuan bagi kemajuan ketamadunan. Selain itu, penterjemahan buku-buku Arab ke bahasa Latin dan Roman daripada semua bentuk dan cabang pengajian sains giat dijalankan bagi pemantapan ilmu sains dan teknologi Barat. Secara khususnya, Newton telah menjalankan kajiannya berdasarkan hasil kerja Al-Haitham, Harvey pula menciplak ciptaan Ibn Nafis dan Kapler mengkaji penyelidikan al-Battani, Al-Biruni serta ahli Astronomi Islam yang lain. Namun, perlu difahami bahawa saintis Islam yang cemerlang tersebut telah melakukan gerak kerja dalam kerangka kefahaman dan amalan yang tersendiri. Epistemologi dan pedagogi mereka adalah berbeza dengan pengajian sains tajaan Barat, walau pun beberapa hasil kajian dan ciptaan mereka menjadi asas peningkatan dan pemodenan sains Barat.

FAKTA !!!BAGAIMANAKAH ANDA DAPAT MENGAITKAN TENTANG ASAL USUL MANUSIA DENGAN TAMADUN ??

Untuk membina masyarakat yang tinggal di satu petempatan kekal dan menjalankan aktiviti penternakandan pengkhususan kerja berasaskan kelompok masyarakatMewujudkan keamanan dalam masyarakatsistem perundanganMemajukan kawasan penempatan kekalPerdaganganPenternakanTeknologiperindustrianMewujudkan satu sistem kehidupan yang sistematikSistem tulisanPengkhususan kerjaInovasi teknologiTujuan sebenar manusia membina tamadun ?Kemajuan hidup umat manusia di masa kinikelanjutan penyempurnaan dari kemajuan demi kemajuan yang telah berhasil dicapai oleh manusia di masa lalu.Setiap kemajuan di masa kini dan masa depan, pengkalan jejaknya tertoreh di masa lalu, bahkan di masa lalu yang panjang.

Kaitan kecemerlangan yang dicapai oleh manusia lampau dengan pencapaian manusia hari ini ?CONTOH ??Menyeru manusia ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaranmembentuk masyarakat berakhlak terpujimenjadi penggerak kepada pembangunan manusiamenjadi pemangkin kepada pembentukan tamadun RabbaniSebagai pembimbing pembangunan masyarakat dalam sesebuah tamadun supaya tamadun kita selari dengan kehendak islamSumber rujukan dalam pelbagai masalahsoal perpaduan dan perhubungan masyarakat (ukhuwah,semangat kejiranan, konsep jamaah dan sebagainya)Peranan para nabi dalam membina tamadun ? Untuk ?Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? (QS. Al Mukminun:115).

Kaitan asal-usul manusia, tamadun dan kekuasaan Allah ?Manusia sebagai khalifah di muka bumimentadbir serta menguruskan alam iniManusia cenderung ke arah satu bentuk kehidupan bertamadunhidup dalam satu kumpulandipimpin oleh seorang ketuamempunyai peraturan dan undang-undang tersendirimempunyai kemahiran dalam menghasilkan sesuatu ,berdasarkan perkembangan ilmu

Allah SWT telah mengurniakan akal fikiran dan emosimembina sesuatu tamadun yang gemilang. Manusia pada zaman Mesir purba memanfaatkan sungai Nilmembina kawasan pertanian yang subur. Nikmat akal telah membantu mereka cara-cara mengawal banjir yang berlaku di sungai Nil setiap tahun. Namun, penciptaan tamadun yang gemilang juga tidak dapat lari dari mengakui bahawa terdapat satu kuasa yang Agung yang mengawal segala tindak-tanduk mereka, tetapi ianya terbatas kepada agama dan kepercayaan mereka sendirimasyarakat Mesir Purba mentaati Firaun kerana menganggapnya sebagai jelmaan Tuhan Horus.

Manusia berhutang kewujudan penciptaan dirinya dengan Allah, bahkan manusia tidak memiliki dirinya sendiri melainkan hanyalah pinjaman sementara dari Allah Swt.Maka manusia seharusnya mengetahui apa yang memelihara dirinya daripada melakukan pelbagai dosa kepada Allah, yang dipanggil sebagai adab.Manusia perlu membina tamadun berpandukan tujuan untuk membayar hutang tersebut, dengan cara mengembalikan dan menyerahkan dirinya sepenuh hati kepada Allah.Cara pengembalian dan penyerahan diri itu haruslah menjadi gaya hidup(ad-din) manusia iaitu melalui agama Islam.Islam merupakan satu cara hidup yang dapat membawa manusia kembali kepada fitrah penciptaannya yang asal disebabkan oleh keindahan akhlak, budi pekerti dan kebergantungan kepadaTuhan yang dipimpin oleh Rasulullah SAW.

Bagaimana anda dapat menghubungkan usaha membina tamadun dengan hakikat keberhutangan diri manusia ?

Untuk membina sesuatu tamadun yang gemilang, sesuatu masyarakat itu perlulah mempunyai peradaban yang luhur.Adab yang luhur merupakan usaha untuk mencapai ketinggian tamadun yang merangkumi ilmu dan amal yang betul bertepatan pada tempat dan masa yang sesuai.Masyarakat yang bertamadun mempunyai kemajuan dari segi pembangunan fizikal, insaniah dan budaya serta tatasusila yang tinggi.Contoh, masyarakat Mesir purba berjaya membina tamadun mereka dengan gemilang kerana mereka mempunyai ilmu dalam pelbagai bidang dan mempraktikkan ilmu yang mereka ada dalam kehidupan seharian. Misalnya, pengawalan air banjir sungai Nil.

Apakah perkaitan adab dan tamadun ?