KETATANEGARAAN TUG2

19
HNS 2013 KENEGARAAN GROUP: A24 PENSYARAH : ENCIK MOHAMAD KAMAL BIN KAMARUDDIN NAMA DAN NO. MATRIK: NOR ATIPAH BT AHMAD (D20112055408) TUGASAN 2 5. Pada pendapat anda, adakah pendekatan 1 Malaysia hari ini mampu untuk menyatukan masyarakat yang berbilang bangsa di negara ini.

description

Tugasan UPSI

Transcript of KETATANEGARAAN TUG2

Page 1: KETATANEGARAAN TUG2

HNS 2013

KENEGARAAN

GROUP: A24

PENSYARAH : ENCIK MOHAMAD KAMAL BIN KAMARUDDIN

NAMA DAN NO. MATRIK:

NOR ATIPAH BT AHMAD

(D20112055408)

TUGASAN 2

5. Pada pendapat anda, adakah pendekatan 1 Malaysia hari ini mampu untuk

menyatukan masyarakat yang berbilang bangsa di negara ini.

Page 2: KETATANEGARAAN TUG2

1

Isi Kandungan

Bil Perkara

Muka Surat

1.0 Pengenalan 2

2.0 Konsep 1 Malaysia 3

3.0 Asas-asas 1 Malaysia 4

4.0 Aspek-aspek Utama 1 Malaysia 6

4.1 Teras-teras Perpaduan 6

4.2 Nilai-nilai Aspirasi 8

5.0 Adakah Nilai-nilai 1 Malaysia Mampu Menyatukan

Masyarakat di Malaysia

10

6.0 Kesimpulan 16

Bibliografi 17

Page 3: KETATANEGARAAN TUG2

2

1.0 PENGENALAN

Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap

negara menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan

dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini,

seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bertindak

sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia, yang berfikir dan bertindak ke arah

mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih maju, selamat,

aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia.

Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam

menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam

bidang sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri Dato‟ Sri Mohd Najib Tun

Razak memperkenalkan Konsep 1Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat

Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan

Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara

rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai

ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Konsep

ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia

sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam segenap bidang serta disegani

oleh seluruh dunia.

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu

menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah

mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum

di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih

aman, maju, selamat dan makmur.

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi

memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas

Page 4: KETATANEGARAAN TUG2

3

yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat

menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. „1 Malaysia‟

juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan

keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu „Rakyat

didahulukan, Pencapaian diutamakan‟.

2.0 KONSEP 1 MALAYSIA

1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan

rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang

seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang

terpisah dari dasar- dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia

merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk

mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan

dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.

Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang

akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia

diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.

Pengertian ini adalah berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status

negara maju sepertimana yang diilhamkan melalui Wawasan 2020, syarat yang paling

utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai

apabila rakyat nya bersatu padu.

Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari

konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum

etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama.

Page 5: KETATANEGARAAN TUG2

4

Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip

Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia , dan

menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.

1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang

kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat

kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam

satu negara.

Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua

kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-

mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan

kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan

peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan

yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai

kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan

dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan

yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan

dengan lebih lancar.

3.0 ASAS-ASAS 1 MALAYSIA

Perpaduan adalah pra-syarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara

iaitu mencapai status Negara Maju menjelang tahun 2020.

1Malaysia adalah penerusan agenda membina Negara.

Page 6: KETATANEGARAAN TUG2

5

Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju

negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai.

1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan

persaudaraan di kalangan

rakyat Malaysia.

Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih

dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara

kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan

dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih

lancar.

Page 7: KETATANEGARAAN TUG2

6

4.0 ASPEK-ASPEK UTAMA 1 MALAYSIA

Konsep 1Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama

seperti berikut:

i. Aspek Pertama – Penerapan Teras-Teras Perpaduan. Menerapkan teras-

teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia.

Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang menguatkan

semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Teras

Perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya

mendasari cara hidup rakyat Malaysia.

ii. Aspek Kedua – Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi. Nilai-nilai Aspirasi yang

digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah nilai-nilai yang perlu ada

pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke

arah mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi akan membantu

dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu

bersaing dalam persekitaran global dan ini seterusnya membantu

melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan

mantap.

4.1 TERAS-TERAS PERPADUAN

i. Penerimaan

1Malaysia menekankan sikap Penerimaan di kalangan rakyat

berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan

kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam

keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu

negara. Ia adalah peningkatan ketara dari sikap toleransi semata-

mata.

Page 8: KETATANEGARAAN TUG2

7

ii. Prinsip-prinsip Kenegaraan yang berasaskan:

a. Perlembagaan Persekutuan

b. Rukun Negara

ii. Keadilan Sosial

Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak

akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf

kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza.

Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan

Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan

yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan

Ketiga-tiga Teras Perpaduan ini pula didokongi oleh nilai-nilai murni

termasuk nilai-nilai berikut:

Hormat-menghormati :

Hormat menghormati antara semua kaum termasuk menghormati

adat resam serta budaya kaum lain. Rasa hormat ini juga

menuntut kita tidak mengeluarkan kata-kata kesat tentang kaum

lain dan juga tidak mempersoalkan peruntukan-peruntukan

undang-undang yang menyentuh sensitiviti kaum.

Rendah hati (Tawadhuk):

Rasa rendah hati atau Tawadhuk adalah perasaan insaf bahawa

kita semua adalah rakyat dalam satu negara yang sama dan kita

perlu hidup bersama secara harmoni. Ia juga merangkumi

pengertian bahawa setiap kaum, malah setiap individu ada

kelemahan dan kelebihannya yang sendiri, dan seharusnya kita

Page 9: KETATANEGARAAN TUG2

8

memanfaatkan kelebihan masing-masing demi untuk

memperkukuhkan masyarakat dan negara.

Kesederhanaan:

Merupakan pendekatan sederhana dalam apa jua isu yang

berbangkit. Dalam negara bermasyarakat majmuk seperti

Malaysia, tindakan atau tutur kata bersifat ekstrem tidak

langsung boleh diterima kerana ia boleh membawa kepada

masalah ketidakstabilan sosial yang lebih parah.

Berbudi-bahasa:

Budi-bahasa ialah tuturkata dan tingkah laku yang tertib dan

berpaksikan kesantunan dalam segala interaksi dan perhubungan

dengan pihak lain bagi menjana kerjasama dan permuafakatan

yang lebih erat.

4.2 NILAI-NILAI ASPIRASI

Dalam melaksanakan aspek kedua gagasan 1Malaysia, nilai-nilai berikut

perlu diberi penekanan :

Budaya Berprestasi Tinggi :

Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan

mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa dan “acuh tak

acuh”tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.

Budaya Ketepatan :

Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status negara

maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan,

Page 10: KETATANEGARAAN TUG2

9

termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam

melaksanakan semua tugas dan kewajipan.

Budaya Ilmu:

Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila

rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu

ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang

terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.

Integriti :

Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam

melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan

negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Integriti

merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan

sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.

Ketabahan:

Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang

mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah

mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang

tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang

diceburi.

Kesetiaan:

Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk

berbakti dan berkorban demi negara yang tercinta.

Kebijaksanaan:

Merupakan cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh

berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang

menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.

Page 11: KETATANEGARAAN TUG2

10

Budaya Inovasi :

Adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba

perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita

ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu

yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita

mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian

baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi

perintis dalam setiap bidang yang diteroka

5.0 ADAKAH NILAI-NILAI 1 MALAYSIA MAMPU MENYATUKAN

MASYARAKAT DI MALAYSIA

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato‟ Sri Mohd Najib

Tun Abdul Razak dalam konsep „1 Malaysia‟. Nilai-nilai murni ini diharap dapat

menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada

satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

5.1 Budaya Kecemerlangan

Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke

tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan

pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya

kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.Budaya Kecemerlangan tidak

mementingkan sesuatu kaum yang tertentu. Budaya ini mementingkan

prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan. Sikap

sambil lewa tidak boleh ada dalam masyarakat yang berdaya maju.

Sesiapa sahaja rakyat Malaysia boleh berjaya berdasarkan ukuran

budaya kecemerlangan. Secara tidak langsung, budaya kecemerlangan

mampu menyatukan masyarakat berbilang kaum. Akan tidak ada

perasaan tidak puas hati jika kecemerlangan menjadi ukuran kejayaan

setiap individu yang bekerja. Sebaliknya, jika ukuran kaum yang

Page 12: KETATANEGARAAN TUG2

11

digunakan untuk kejayaan atau kemajuan maka akan timbul perasaan

tidak puas hati dan ini sudah tentu boleh memecah belahkan perpaduan

kaum di Malaysia.

5.2 Ketabahan

Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan

dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan

kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah

menghadapi segala rintangan dan dugaan. Rakyat Malaysia perlu tabah

menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara.

Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah

menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik

mencapai sesuatu matlamat. Sikap mudah mengalah, kecewa dan

menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya.

Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi

mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara. Ketabahan ini boleh

diterapkan dalam agenda perpaduan kaum. Rakyat Malaysia perlu tabah

menghadapi masalah-masalah berkaitan perpaduan kaum.

5.3 Rendah Hati

Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki.

Dalam Islam, rendah hati dikatakan Tawaduk‟. Sifat merendah diri amat

digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat

masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri.

Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau

mengalah dengan orang lain. Segala kemampuan dan kebolehan yang

dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak

digemari masyarakat Malaysia. Sikap merendah diri ini perlu

Page 13: KETATANEGARAAN TUG2

12

bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada.

Sikap merendah diri ini dapat memupukkan semangat perpaduan kaum

di Malaysia. Jika rakyat Malaysia mampu menghayati sikap ini maka

sudah tentulah dapat mengelak perasaan tersinggung atau tidak puas

hati.

5.4 Penerimaan

Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang

berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan

akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya

sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa.

Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara

terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak

tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran. Malaysia

memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan

memdapat persetujuan secara bersama. Penerimaan semua kaum untuk

mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara

bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina,

India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan

daripada masyarakat negara ini. Semua program dan peruntukan

kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh

dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat,

kaum, etnik, agama dan fahaman politik. Semua peluang seperti

pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan projek perlu adil

mencerminkan keperluan 1 Malaysia. Prisip ini sudah tentu boleh

menyatu padukan masyarakat apabila perasaan tidak puas hati dapat

dikurangkan.

Page 14: KETATANEGARAAN TUG2

13

5.5 Kesetiaan

Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara

wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada

negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.

Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu

organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan, dan

kecemerlangan. Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan

kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada

arahan ketua akan mengalami kehancuran. Kesetiaan akan membina

kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi antara dua pihak.

Prinsip kesetiaan terutamanya kepada Rukunegara dapat

menyatu padukan masyarakat pelbagai kaum. Jika setiap kaum hanya

memberi kesetiaan kepada para pemimpin daripada kaumnya sahaja

sudah tentulah akan memecah belahkan masyarakat.

5.6 Meritokrasi

Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan

dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan

memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.

Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib

baik atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan

pedalaman, estet-estet dan perkampungan baru adalah menjadi

tanggungjawab kerajaan untuk membantu golongan tersebut.

Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-

kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-

Page 15: KETATANEGARAAN TUG2

14

kriteria tersebut berhak dipilih. Dalam melaksanakan prinsip

meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan

memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.

Prinsip ini akan mngurangkan perasaan tidak puas hati sesuatu

kaum. Setiap individu akan mendapat peluang jika menunjukkan atau

mencapai kriteria-kriteria tertentu. Pada pendapat saya, sudah tentulah

prinsip ini dapat menyatu padukan masyarakat. Namun begitu, jika

prinsip ini dilaksanakan tanpa mengambil kira kemiskinan sesuatu kaum

atau individu, maka sudah tentulah akan melahirkan perasaan tidak puas

hati.

5.7 Pendidikan

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk

mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah

berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan

mengatasi kekuatan ketenteraan. Negara perlu memiliki masyarakat

yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya.

Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang

mempunyai minda yang sentiasa terbuka. Semua aliran sama ada

sekolah kebangsaan, sekolah Cina dan Sekolah India hendaklah sentiasa

mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.

Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah

menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk

satu Malaysia.

Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya

apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu

ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini

dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.

Page 16: KETATANEGARAAN TUG2

15

5.8 Integriti

Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat

kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan

diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh

semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa

mengira kedudukan.

Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan

percakapan.Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu

pahit dan sukar diterima.Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap

perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi

mendapatkan hasil yang sempurna.Menepati janji dan masa adalah sifat

mulai yang dituntut dalam agama Islam. Memungkiri janji boleh

mengikis kepercayaan dan kesetiaan.Menerima kritikan dan teguran

dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh

sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar

dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang

dilakukan.Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa

sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah.

Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan

perlakuan. Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala

kepentingan lain.Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok

tertentu perlu dijauhi. Budaya berprestasi tinggi adalah asas utama

integriti dalam semua aspek dan khidmat yang diberi.

Page 17: KETATANEGARAAN TUG2

16

6.0 KESIMPULAN

Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan

hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih

erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan

dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling

mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala

tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia

di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di

mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati

pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia

dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara.

Melalui konsep „1 Malaysia‟ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada

mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia

yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti

Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan

pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi

juga sistem nilai,budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina

negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan

kesetiaan.

Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip

utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging)

bagi menjayakan konsep ini.

Page 18: KETATANEGARAAN TUG2

17

BIBLIOGRAFI

BUKU/ARTIKEL/BAHAN BACAAN:

The Star. (26 April 2009). All For 1, One For All, 3

The Star. (24 Jun 2009). Our students in India back 1 Malaysia, N6

Sunday Star. (28 Jun 2009). All For One, One For All, N1

The Star. (25 Ogos 2009). Be Serious About 1 Malaysia Concept, N16

Utusan Malaysia. (01 Februari 2011). Konsep 1 Malaysia di Kampus USM, 26

Laman Web

http://www.skserkamdarat.edu.my/v1/index.php?option=com_content&view=arti

cle&id=68&Itemid=72

http://www.mkn.gov.my/mkn/default/download3.php?mod=4&fokus=3&article=5

8

http://kpkkblog.blogspot.com/2009/06/menyatupadukan-rakyat-melalui-

konsep.html

http://www.1malaysia.com.my/tag/logo/

Page 19: KETATANEGARAAN TUG2

18