KETINGTING ROKET.docx

download KETINGTING ROKET.docx

of 21

description

doc kerja

Transcript of KETINGTING ROKET.docx

KETINGTING ROKET MEMBANTU MENGENAL NOMBOR 0 HINGGA 9 DALAM KALANGAN MURID SLOW LEARNER

NAZIRAH BINTI [email protected] Harlina Binti Haji Ishak B.C.KInstitut Pendidikan Gurukampus Darulaman

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan ke atas murid Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran di sebuah Sekolah Kebangsaan di daerah Pulau Pinang untuk mengkaji sama ada kaedah permainan Ketingting Roket dapat membantu murid mengenal nombor 0 hingga 9 dalam kalangan murid Slow Learner. Peserta dipilih berdasarkan ujian diagnostik. Dalam kajian ini, kemahiran mengenal nombor merujuk kepada keupayaan murid mengenal simbol, sebutan dan turutan nombor dengan betul. Intervensi yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaedah permainan Ketingting Roket. Permainan Ketingting Roket ini merupakan satu kaedah permainan yang digunakan dalam proses pembelajaran murid. Permainan ini telah digunakan ketingting berbentuk roket yang mempunyai petak nombor. Kaedah permainan ini juga bertujuan untuk menarik minat murid supaya berminat dengan mata pelajaran Matematik dan dapat membantu mereka dalam mengenal nombor. Pengkaji telah memilih untuk menjalankan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat awal yang dapat ditafsir iaitu menganalisis hasil lembaran kerja, ujian diagnostik, pemerhatian dan temubual. Data dikumpulkan melalui borang skor dan lembaran kerja. Data dianalisis untuk menentukan keberkesanan kaedah Ketingting Roket membantu mengenal nombor 0 hingga 9 dalam kalangan murid Slow Learner. Dapatan kajian menunjukkan peserta kajian dapat mengenal nombor 0 hingga 9 dengan betul. Keputusan kajian menunjukkan kaedah permainan Ketingting Roket berkesan dalam menangani masalah kekeliruan mengenal nombor 0 hingga 9 dalam kalangan murid Slow Learner. Diharapkan usaha yang dilakukan ini akan dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran murid-murid berkeperluan khas.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Saya adalah seorang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Januari 2012 yang mengambil kursus Pendidikan Khas di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang mengambil masa lima setengah tahun. Saya telah menjalani Praktikum Fasa 3 di salah sebuah sekolah rendah di daerah Pulau Pinang dan dipertanggungjawabkan untuk mengajar di sekolah tersebut. Sepanjang menjalani Praktikum Fasa 3, saya mendapati terdapat beberapa orang murid mempunyai tahap penguasaan nombor yang agak rendah. Mereka tidak dapat mengecam nombor dengan betul.Selain itu, terdapat perbezaan jurang kognitif antara murid-murid di dalam kelas ini. Terdapat tiga murid lemah dalam pelajaran dan bersifat pasif serta tidak memberikan tumpuan dalam P&P. Murid yang dikenalpasti lemah ini ialah ketiganya dari kategori Slow Learner. Murid-murid ini juga susah untuk mengingati satu-satu perkara yang baru dan banyak dalam masa yang sama.Apa yang saya dapati murid ini tidak dapat menguasai kemahiran mengenal nombor 0 hingga 9 dengan baik dan menyukarkannya untuk menguasai kemahiran yang lebih mencabar. Mereka hanya dapat mengenal nombor dengan bimbingan guru tetapi sekiranya diminta untuk menulis, menunjukkan atau menamakan nombor 0 hingga 9, mereka tidak dapat melaksanakan arahan yang guru berikan. Berdasarkan pemerhatian awal, guru juga mendapati terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan masalah penguasaan murid terhadap kemahiran mengenal nombor 0 hingga 9. Murid-murid Pendidikan Khas mungkin kurang berminat dengan pengajaran guru yang hanya menggunakan Kaedah Papan Putih sahaja. Kaedah pengajaran yang sering digunakan oleh guru-guru di dalam kelas ini kebiasaannya berunsurkan tradisional yang mana guru hanya berdiri di hadapan sambil membuat penerangan tentang isi-isi pelajaran tanpa menggunakan sebarang BBM, malahan guru juga tidak menyediakan BBM kepada murid-murid selain daripada lembaran kerja. Oleh kerana penguasaan konsep nombor adalah sangat penting untuk dikuasai, saya telah menjalankan kajian tindakan untuk mengatasi masalah ini menggunakan kaedah bermain.

2.0 FOKUS KAJIANKajian ini telah dijalankan untuk mengatasi masalah penguasaan mengenal nombor dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran kategori Slow Learner. Berdasarkan kemampuan murid, saya akan memfokuskan kajian ini bagi meningkatkan ingatan murid mengenal nombor 0 hingga 9 sahaja. Walaupun murid dapat menyebut nombor dengan betul, mereka masih tidak dapat mengenal dengan baik nombor tersebut. Mereka juga kelihatan tidak berkeyakinan dalam menyebut nombor yang ditunjukkan kerana masih tidak mengecam nombor dengan baik. Hal ini menyebabkan mereka ketinggalan dari murid yang lain.Dengan itu, kajian ini sememangnya penting dalam meningkatkan kemahiran mengenal nombor 0 hingga 9 terutamanya kepada murid bermasalah pembelajaran yang mana guru fokuskan kajian ini lebih kepada murid kategori Slow Learner. Gill Bottle (2007) mengatakan bahawa jika kanak-kanak itu mengalami masalah diskalkulia, maka dia akan melihat matematik sebagai satu kesulitan untuk memahami konsep nombor yang mudah, kurang mengenal nombor dan mempunyai masalah dalam memahami fakta dan prosedur mengenai nombor.

3.0INTERVENSI

Intervensi yang akan dijalankan ialah menggunakan kaedah bermain iaitu permainan Ketingting Roket.tamatTapak permulaanTapak penamatPetak nombor Mula

0

Rajah 1 : Permainan Ketingting Nombor

Permainan Ketingting Roket ini merupakan satu kaedah permainan yang digunakan dalam proses pembelajaran murid. Permainan ini telah digunakan ketingting berbentuk roket yang mempunyai petak nombor dalam setiap aktiviti yang dirancang seperti Rajah 1 di atas. Kaedah permainan ini juga bertujuan untuk menarik minat murid supaya berminat dengan mata pelajaran Matematik dan dapat membantu mereka dalam mengenal nombor. Penggunaan Ketingting Roket ini diadaptasikan dari permainan tradisional ketingting yang mana diubahsuai oleh saya dengan mengubahsuai bentuk yang lebih moden roket dan meletakkan nombor 0 hingga 9 pada petak permainan bagi memudahkan responden mengenal nombor.Bahan yang telah digunakan dalam permainan Ketingting Roket ini ialah banner yang telah siap dibentuk serta diukur mengikut kesesuaian responden. Pada petak nombor juga telah dilekat zip pelekat untuk memudahkan responden melekat padanan nombor. Kekuatan yang terdapat pada permainan Ketingting Roket ini ialah dapat menarik minat responden untuk belajar matematik serta ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja. 4.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIANKajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengenal nombor 0 hingga 9 menggunakan Ketingting Roket dalam kalangan murid Slow Learner.

5.0Soalan KajianAdakah Ketingting Roket dapat membantu meningkatkan kemahiran mengenal nombor 0 hingga 9 dalam kalangan murid Slow Learner ?

6.0 KUMPULAN SASARANKumpulan sasaran untuk kajian mengenal nombor 0 hingga 9 ini ialah tiga orang murid lelaki berumur 9, 11 dan 12 tahun. Responden yang dipilih adalah murid Slow Learner berprestasi sederhana yang boleh menyebut nombor 0 hingga 9 mengikut turutan dengan betul namun menghadapi masalah untuk mengenal sesuatu nombor. Jadual 1 menunjukkan ciri-ciri yang terdapat pada kumpulan sasaran.

7.0DAPATAN : ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Penganalisisan data melibatkan aktiviti seperti mengatur, memilih, menggabung dan menjadualkan data yang telah dikumpulkan (Azizi Yahya, 2006). Data-data yang diperolehi perlu dianalisis untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Data yang terkumpul ini juga akan digunakan bagi menilai keberkesanan intervensi yang telah dijalankan selain maklum balas daripada murid untuk penambahbaikan pada masa akan datang.Dalam bahagian ini, saya akan memaparkan dapatan kajian yang telah diperoleh semasa intervensi. Dalam tempoh ini saya menjalankan kajian tindakan terhadap responden-responden ini. Rumus markah yang dicapai oleh responden digunakan saya untuk menganalisis data. Data yang diperolehi ini dapat menjadi bukti kukuh bahawa penggunaan kaedah permainan Ketingting Roket dapat meningkatkan kemahiran mengenal nombor 0 hingga 9 dalam kalangan murid masalah pembelajaran khususnya responden yang dipilih.7.1 : Analisis Aktiviti 1

Menurut Lim Chong Hin (2007) dalam konteks penyelidikan kualitatif, penyelidik memungut data dengan memerhati dan mendengar fenomena yang sedang berlaku di hadapan matanya yang bertujuan untuk memahami pelaksanaan sesuatu tindakan, mengambil sikap terbuka dan menemui perkara sebenar dalam kajian. Pemerhatian telah dijalankan terhadap responden pada Aktiviti 1 iaitu menyebut nombor pada petak nombor. Responden diberi masa 10 minit untuk mengingat nombor yang ada pada petak Ketingting Roket mengikut urutan petak nombor yang betul. Pemerhatian dijalankan ketika sesi pengajaran luar bilik darjah dilaksanakan. Hasil pemerhatian ini dikumpul dan direkodkan di dalam satu borang skor (Lampiran A). Pemerhatian ini dijalankan sebanyak 2 kali pada Aktiviti 1 iaitu pada sesi 1 dan sesi 2. Ini bertujuan untuk melihat peningkatan responden selepas intervensi dijalankan. Hasil dapatan ini dianalisis melalui borang skor. Skor yang dicapai oleh responden akan disediakan dalam jadual dan bentuk graf bagi melihat pencapaian responden bagi sesi 1 dan sesi 2. Setiap responden perlu melompat pada petak nombor Ketingting Roket sambil menyebut nombor pada petak yang dilompat. Setiap petak nombor yang disebut dengan betul akan mendapat skor sebanyak 1 markah bagi setiap nombor. Sekiranya kesemua nombor pada petak nombor disebut dengan betul, ianya akan menghasilkan skor markah sebanyak 10 markah.

Jadual 2 : Keputusan Pencapaian Responden Sesi 1 dan Sesi 2 bagi Aktiviti 1

RespondenSesi 1Sesi 2

A5/106/10

B3/105/10

C4/106/10

Berdasarkan Jadual 2 di atas menunjukkan bahawa Responden A memperolehi skor sebanyak 5 daripada 10 markah pada sesi pertama. Berdasarkan tahap penilaian yang telah ditetapkan Responden A berada pada tahap sederhana iaitu tahap yang berada dalam lingkungan 5 hingga 7 markah. Responden A hanya mengenal dan menyebut nombor 0, 2, 3, 4, dan 7 dengan betul pada petak nombor. Ini membuktikan bahawa Responden A belum dapat mengenal nombor dengan betul. Oleh yang demikian sesi kedua telah dijalankan. Pada sesi kedua, Responden A telah menunjukkan prestasi pada tahap yang sederhana iaitu dengan memperoleh skor sebanyak 6 daripada 10 markah. Berdasarkan pada tahap penilaian yang telah ditetapkan, Responden A masih lagi berada berada pada tahap sederhana apabila dapat mengenal 6 daripada 10 nombor sahaja. Selain itu, berdasarkan jadual di atas menunjukkan Responden B telah memperoleh skor sebanyak 3 daripada 10 markah iaitu berada dalam tahap lemah pada sesi pertama. Responden B mempunyai kekeliruan antara nombor 6 dan 9 serta beberapa nombor yang lain. Oleh yang demikian, saya telah menjalankan sesi kedua bagi melihat peningkatan kemahiran murid menyebut perkataan dari aspek masa.

Semasa sesi kedua, Responden B telah memperoleh skor sedikit peningkatan iaitu 5 daripada 10 markah. Peningkatan bagi Responden B dapat dilihat apabila Responden B dapat menyebut nombor dengan betul pada petak nombor. Seterusnya, Responden C memperoleh skor 4 daripada 6 markah pada sesi pertama. Ini menunjukkan Responden C masih lagi berada pada tahap sederhana. Responden C hanya mengenal dan menyebut nombor 0, 1, 2 dan 7 dengan betul pada petak nombor. Ini membuktikan bahawa Responden C juga belum dapat mengenal nombor dengan betul. Oleh yang demikian sesi kedua telah dijalankan.Pada sesi kedua, Responden C telah menunjukkan prestasi pada tahap yang sederhana iaitu dengan memperoleh skor sebanyak 6 daripada 10 markah sama seperti Responden A. Berdasarkan pada tahap penilaian yang telah ditetapkan, Responden C masih lagi berada berada pada tahap sederhana apabila dapat mengenal 6 daripada 10 nombor sahaja. Ini menunjukkan Responden A,B dan C kemahiran mengenal nombor dapat ditingkatkan walaupun sedikit.Seperti mana yang telah diceritakan di bab sebelum ini, saya turut menggunakan kaedah analisis borang skor untuk mengumpul data. Data yang diperolehi adalah melalui instrumen borang skor yang dicatat saya semasa melaksanakan Aktiviti 1 ini. Borang skor mempunyai 10 markah yang dicatat saya kepada Responden A, B dan C adalah untuk melihat tahap kefahaman murid semasa melaksanakan Aktiviti 1. Justeru, saya telah menterjemahkan data markah bagi ketiga-tiga orang responden dalam bentuk graf bar. Rajah 7 di bawah menunjukkan analisis pencapaian responden bagi Aktiviti 1.

Rajah 7 : Analisis Pencapaian Responden Bagi Aktiviti 1

Merujuk Rajah 7 di atas, Responden A memperolehi 5 markah pada borang skor selepas sesi 1 pelaksanaan intervensi dan telah memperolehi sebanyak 6 markah selepas sesi 2 intervensi. Sebanyak 1 markah telah meningkat selepas sesi 2 ini dijalankan. Responden B pula telah memperolehi sebanyak 3 markah selepas sesi 1 perlaksanaan intervensi dan meningkat sehingga 5 markah selepas sesi 2 pelaksanaan intervensi. Hasil peningkatan sebanyak 2 markah dicapai dalam sesi 2 aktiviti 1 ini. Seterusnya, Responden C pula telah memperolehi sebanyak 4 markah selepas sesi 1 pelaksanaan intervensi dan meningkat sehingga 6 markah selepas sesi 2 pelaksanaan intervensi. Hasil peningkatan sebanyak 2 markah dicapai dalam aktiviti 1 ini. Saya telah mendapati peningkatan markah dicapai oleh ketiga-tiga responden memberangsangkan apabila responden melaksanakan intervensi. Semasa awal intervensi dijalankan aktiviti 1, responden telah mendapati responden hanya dapat mengecam dan menyebut nombor yang mudah iaitu 0, 1, 2 dan 3 sahaja. Mereka juga masih belum dapat mengingati nombor dengan baik dan hanya menyebut nombor secara rawak. Bagi saya, permasalahan ini agak merisaukan kerana pada usia 12 tahun masih terdapat murid yang belum menguasai nombor 0 hingga 9. Mereka kebanyakannya keliru dengan nombor dan hanya akan menyebut secara rawak. Contohnya, jika saya menunjukkan nombor 6, mereka akan menyebut 5 ataupun nombor-nombor lain.Oleh itu, dengan menjalankan aktivti 1 iaitu sesi 1 dan sesi 2 peningkatan skor markah ini juga meningkatkan semangat saya untuk meneruskan aktiviti 2 dan aktiviti 3. Seterusnya adalah analisis bagi borang skor untuk aktiviti 2.7.2 : Analisis Aktiviti 2 Aktiviti 2 ini melibatkan setiap responden untuk meneka nombor melalui permainan Ketingting Roket. Setiap petak nombor akan ditutup kain hitam. Apabila saya menyebut antara nombor 0 hingga 9, maka responden perlu melompat pada petak nombor yang betul. Bagi menganalisis data dalam Aktiviti 2 ini saya telah menggunakan borang skor (Lampiran B). Hasil dapatan borang skor telah dipindahkan ke dalam bentuk Jadual 2.

Jadual 2 : Keputusan Pencapaian Responden Sesi 1 dan Sesi 2 bagi Aktiviti 2

RespondenSesi 1Sesi 2

A7/108/10

B5/107/10

C6/107/10

Berdasarkan Jadual 2 di atas, pada sesi pertama Responden A telah memperolehi 7 markah bagi borang skor yang pertama. Responden A telah berjaya meneka 7 daripada 10 nombor dengan betul pada petak nombor yang ditutup nombor. Saya mendapati ketika Responden A meneka petak nombor berdasarkan nombor yang disebut saya, responden A mempunyai sedikit kekeliruan. Oleh yang demikian saya sekali lagi telah menjalankan aktiviti yang sama kepada Responden A untuk melihat sejauhmana peningkatan terhadap aktiviti yang diberikan. Pada sesi kedua, Responden A dilihat lebih fokus dalam menjawab soalan. Responden A telah berjaya menunjukkan peningkatan dengan mendapat markah sebanyak 8 markah. Ini menunjukkan responden telah berjaya meneka 8 daripada 10 petak nombor dengan betul. Hal ini dapat dilihat apabila murid berjaya menyebut nombor yang betul pada saya semasa melakukan lompatan pada petak nombor yang disuruh saya. Namun begitu, Responden A masih lagi membuat kesilapan dengan salah melompat pada petak nombor 8 dan 9.Seterusnya, Responden B meneruskan giliran meneka nombor pada petak nombor. Dapatan menunjukkan Responden B berjaya mendapat 5 markah. Responden B meneka 5 daripada 10 nombor dengan betul pada sesi pertama seperti yang ditunjukkan skor pada rajah 8 . Hal ini menunjukkan, Responden B mempunyai 5 kesalahan sahaja. Responden B dilihat belum dapat mengenal nombor dengan baik. Kekeliruan antara nombor 6 dan 9 sentiasa menjadi kesalahan responden B.

Usaha yang berterusan bagi sesi kedua telah membuahkan hasil apabila responden B telah berjaya mendapat 7 markah. Hal ini menunjukkan, Responden B dapat meneka 7 daripada 10 nombor dengan betul. Peratusan yang mendadak ini jelas membuktikan bahawa Responden B dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari ketika intervensi yang dijalankan semasa meneka nombor pada petak nombor Ketingting Nombor.Melalui Responden C pula dapatan menunjukkan Responden C berjaya mendapat 6 markah iaitu meneka 6 daripada 10 nombor dengan betul pada sesi pertama seperti yang ditunjukkan Jadual 2. Hal ini menunjukkan, Responden C mempunyai 4 kesalahan sahaja. Responden C dilihat semakin dapat mengenal nombor dengan baik. Pada sesi kedua, Responden C dilihat lebih fokus dalam meneka petak nombor. Responden C telah berjaya menunjukkan peningkatan dengan mendapat markah sebanyak 7 markah.Peningkatan markah ini menunjukkan responden telah berjaya meneka 7 daripada 10 petak nombor dengan betul. Hal ini dapat dilihat apabila murid berjaya menyebut nombor yang betul pada saya semasa melakukan lompatan pada petak nombor yang disuruh saya. Namun begitu, Responden C masih lagi membuat kesilapan dengan salah melompat pada petak nombor 1,2 dan 6.Justeru, saya telah menterjemahkan data markah bagi ketiga-tiga orang responden dalam bentuk graf bar. Rajah 8 di bawah menunjukkan analisis pencapaian responden bagi Aktiviti 2.

Rajah 8 : Analisis Pencapaian Responden Bagi Aktiviti 2Merujuk Rajah 8 di atas, Responden A memperolehi 7 markah pada borang skor selepas sesi 1 pelaksanaan intervensi dan telah memperolehi sebanyak 8 markah selepas sesi 2 intervensi. Sebanyak 1 markah telah meningkat selepas sesi 2 ini dijalankan. Responden B pula telah memperolehi sebanyak 5 markah selepas sesi 1 pelaksanaan intervensi dan meningkat sehingga 7 markah selepas sesi 2 pelaksanaan intervensi. Hasil peningkatan sebanyak 2 markah dicapai dalam sesi 2 ini. Seterusnya, Responden C pula telah memperolehi sebanyak 6 markah selepas sesi 1 pelaksanaan intervensi dan meningkat sehingga 7 markah selepas sesi 2 pelaksanaan intervensi. Saya telah mendapati peningkatan dicapai oleh ketiga-tiga responden memberangsangkan selepas intervensi dijalankan. Kesimpulannya, ketiga-tiga responden dapat meneka nombor pada petak nombor yang ditutup dengan baik kerana graf pelaksanaan sesi kedua Aktiviti 2 telah menunjukkan peningkatan yang positif serta responden telah mencapai tahap yang cemerlang pada borang skor. Setelah intervensi Aktiviti 2 dijalankan untuk beberapa kali terhadap responden, tahap penguasaan semakin meningkat. Saya berpuas hati dengan pencapaian beberapa responden. Dengan memberikan mereka peluang untuk belajar mengenal nombor dalam keadaan yang menyeronokkan, mereka kelihatan gembira dan sekaligus menjadikan suasana P&P menjadi semakin menarik.Hal ini menunjukkan bahawa Aktiviti 2 sememangnya membantu responden dalam mengenal nombor dengan sebutan yang betul. Bukan itu sahaja, responden juga lebih semangat untuk bermain sambil meneka nombor pada permainan Ketingting Roket. Peningkatan pemahaman responden dalam Aktiviti 2 telah memudahkan saya untuk menjalankan aktiviti seterusnya.

7.3 : Analisis Aktiviti 3 Aktiviti 3 ini melibatkan setiap responden untuk memadankan nombor menggunakan kaedah permainan Ketingting Roket. Saya menutup nombor yang ada pada permainan Ketingting Roket. Kemudian, saya memberi responden ceper untuk dibaling pada petak nombor mengikut giliran masing-masing. Responden yang berjaya membaling ceper pada petak nombor perlu mengambil sticker nombor pada petak nombor yang sama balingan ceper dalam bekas dan perlu dilekatkan pada lembaran kerja (Lampiran C) yang disediakan. Bagi menganalisis data untuk Aktiviti 3 ini, saya menggunakan markah daripada lembaran kerja iaitu dengan melekat sticker yang betul pada lembaran kerja berpandukan permainan Aktiviti 3 ini. Bagi memastikan hasil dapatan lebih jelas, saya telah memindahkan skor markah ke dalam bentuk Jadual 3. Jadual 3 :Keputusan Pencapaian Responden Sesi 1 dan Sesi 2 Bagi Aktiviti 3

RespondenSesi 1Sesi 2

A9/1010/10

B8/1010/10

C9/1010/10

Berdasarkan Jadual 3 di atas menunjukkan markah yang diperoleh oleh ketiga-tiga responden iaitu Responden A, B dan C dalam menghasilkan lembaran kerja. Responden A telah mendapat markah agak tinggi iaitu 9 markah pada sesi pertama. Keadaaan ini jelas menunjukkan Responden A sudah dapat menguasai dalam mengenal nombor dengan betul.Pelaksanaan sesi kedua diteruskan bagi melihat peningkatan markah Responden A dalam lembaran kerja yang sama. Pada sesi kedua telah berlaku peningkatan markah yang sangat cemerlang iaitu sebanyak 10 markah. Responden A telah menjawab lembaran kerja dengan betul tanpa bimbingan saya semasa lembaran kerja dilengkapkan. Ini menunjukkan bahawa Responden A telah menguasai sepenuhnya dalam mengenal nombor 0 hingga 9 dengan tepat.Berdasarkan Jadual 3 di atas, Responden B menunjukkan prestasi yang agak memuaskan iaitu berjaya menjawab 8 daripada 10 soalan dengan betul. Malah markah yang diperolehi adalah sebanyak 8 markah. Walaupun Responden B memahami arahan soalan yang diberikan namun, responden B agak tergesa-gesa untuk menyiapkan lembaran kerja tersebut. Keadaan tergesa-gesa telah menyebabkan kecuaian Responden B dalam menjawab soalan dengan betul. Oleh yang demikian sesi kedua dilakukan terhadap Responden B untuk mengenalpasti tahap penguasaan sebenar Responden B. Hasil daripada sesi kedua ini jelaslah bahawa responden B dapat menjawab kesemua soalan dengan betul hasil daripada usaha dan fokus semasa bermain balingan ceper dan menjawab soalan. Responden B telah memperoleh markah sebanyak 10 markah. Malah, Responden B dapat menjawab kesemua soalan dengan betul kerana faktor permainan Ketingting Roket sebagai mengenal nombor 0 hingga 9 pada petak nombor. Responden B dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada berkaitan petak nombor yang dibaling ceper yang dilihat dengan menyamakan nombor yang dilekat sticker pada lembaran kerja yang diberikan saya.Seterusnya, Responden C menunjukkan prestasi yang agak memuaskan iaitu berjaya menjawab 8 daripada 10 soalan dengan betul. Malah peratusan yang diperolehi adalah sebanyak 8 markah. Responden C lebih semangat bermain balingan ceper pada Ketingtingting Roket sehingga menyebabkan saya perlu memberi bimbingan kepada Responden C melekatkan sticker pada lembaran kerja kerana responden telah melakukan kesalahan hanya melekat sticker nombor pada lembaran kerja dalam keadaan terbalik. Keadaan ini telah menyebabkan kecuaian Responden C dalam menjawab soalan dengan betul.Pelaksanaan sesi kedua diteruskan bagi melihat peningkatan markah Responden C dalam lembaran kerja yang sama. Pada sesi kedua telah berlaku peningkatan markah yang sangat cemerlang iaitu sebanyak 10 markah. Responden C telah menjawab lembaran kerja dengan betul tanpa bimbingan saya semasa lembaran kerja dilengkapkan. Ini menunjukkan bahawa Responden C telah menguasai sepenuhnya dalam mengenal nombor 0 hingga 9 dengan tepat. Justeru, saya telah menterjemahkan data markah bagi ketiga-tiga orang responden dalam bentuk carta graf. Rajah 9 di bawah menunjukkan analisis dokumen pencapaian responden bagi Aktiviti 3.

Rajah 9 : Analisis Pencapaian Responden Bagi Aktiviti 3

Berdasarkan Rajah 9 graf di atas, Responden A memperolehi 9 markah pada lembaran kerja sesi 1 dan telah memperolehi sebanyak 10 markah sesi 2 selepas intervensi. Sebanyak 1 markah telah meningkat selepas sesi 2 ini dijalankan. Responden B pula telah memperolehi sebanyak 8 markah sesi 1 pelaksanaan intervensi dan meningkat sehingga 10 markah selepas sesi 2 pelaksanaan intervensi. Hasil peningkatan sebanyak 2 markah dicapai dalam aktiviti 3 ini. Seterusnya, Responden C memperolehi 9 markah pada lembaran kerja sesi 1 dan telah memperolehi sebanyak 10 markah sesi 2 selepas intervensi. Sebanyak 1 markah telah meningkat selepas sesi 2 ini dijalankan. Saya telah mendapati peningkatan markah dicapai oleh responden ketiga-tiga responden pada tahap yang cemerlang kerana berjaya mencapai 10 markah daripada 10 soalan pada lembaran kerja. Saya juga telah beranggapan bahawa ketiga-tiga responden telah boleh mengenal nombor 0 hingga 9 dan juga dapat menguasai kemahiran ini dengan tepat. Kesimpulannya, terdapat peningkatan prestasi ketiga-tiga responden mendapat 10 markah pada sesi kedua. Ini telah menunjukkan bahawa ketiga-tiga responden ini telah pun menguasai sepenuhnya dalam mengenal nombor 0 hingga 9 pada petak nombor dengan menggunakan kaedah permainan Ketingting Roket sebagai intervensi kajian ini.Melalui tafsiran dan analisis yang saya telah lakukan, saya boleh mengubah teknik pengajaran agar lebih berorientasikan kepada responden. Malahan, saya juga boleh merancang kaedah P&P dengan lebih efektif dan berkesan serta bercorak pemusatan responden. Pembelajaran berpusatkan responden lebih bersifat kekal terutama sekali apabila saya menjalankan aktiviti hands-on terbukti semasa saya menjalankan Aktiviti 3 ini. Situasi pembelajaran yang selesa dan efektif juga membolehkan responden mudah memahami pembelajaran yang sedang dijalankan dan dapat membantu saya menyediakan strategi pengajaran serta teknik pengajaran yang sesuai dengan tahap responden tersebut.8.0PERBINCANGAN DAN REFLEKSIKajian yang telah dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran mengenal nombor 0 hingga 9 dalam kalangan murid Slow Learner melalui kaedah permainan Ketingting Roket. Hasil kajian ini dilihat sangat memberangsangkan kerana kaedah ini sememangnya mampu meningkatkan kemahiran mengenal nombor 0 hingga 9 murid-murid dengan cepat dan berkesan. Sepanjang melaksanakan intervensi pengajaran, terdapat banyak kekuatan dan kelemahan yang dihadapi. Melalui kajian tindakan yang telah dijalankan, banyak pengalaman dan cabaran serta input-input yang telah memberi kesan kepada saya. Antara kesan yang diperolehi ialah saya dapat meningkatkan tahap kemahiran mengajar saya ke arah yang lebih produktif. Jika sebelum ini saya lebih berfokuskan kepada penggunaan white board dan kad imbasan sahaja.Oleh sebab itu, kini saya lebih yakin dalam menghasilkan sesuatu intervensi untuk mempelbagaikan aktiviti mengajar semasa di dalam kelas. Melalui kajian ini juga dapat menyedarkan saya tentang setiap masalah yang timbul cuba diselesaikan dengan menggunakan cara dan kaedah yang betul. Sebagai contoh, dengan penggunaan permainan Ketingting Roket ini boleh membantu murid-murid Slow Learner dalam meningkatkan kemahiran mengenal nombor 0 hingga 9.Berdasarkan kepada intervensi pengajaran, antara kekuatan lain yang telah saya kesan sepanjang proses pengajaran dijalankan ialah seperti perbezaan pada setiap aktiviti dilihat mampu menarik minat murid untuk belajar. Selain itu, melalui aktiviti ini murid tidak berasa bosan dan sentiasa aktif sepanjang pembelajaran. Sebagai contoh, aktiviti pengajaran kaedah permainan ini dapat menarik minat murid kerana mereka dapat melakukan sendiri aktiviti tersebut. Fitrah murid juga sememangnya suka bermain. Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Selain itu juga, kekuatan yang seterusnya ialah penggunaan intervensi yang mudah di bawa, tahan lasak dan menarik. Walaupun tanpa guru semasa di dalam kelas, murid-murid boleh menggunakan intervensi ini dengan mudah. Mereka juga cepat memahami dan memperoleh tatacara melakukan pembelajaran. Tambahan pula, intervensi ini sebenarnya boleh dihasilkan oleh guru-guru lain dengan menggunakan kos yang murah sahaja. Di samping itu, lembaran kerja yang diberikan menggunakan sticker nombor berwarna-warni dipadankan pada lembaran kerja telah menggalakkan responden mengingat semula perkataan yang telah dipelajari.Secara rumusnya, apa yang telah dicapai melalui kajian tindakan ini adalah saya dapat meningkatkan penguasaan murid dalam mengenal nombor 0 hingga 9. Hal ini secara tidak langsung dapat membuktikan bahawa inovasi yang saya lakukan telah memberi postif dalam dunia pendidikan khasnya kepada murid-murid bermasalah pembelajaran. Walaupun begitu, saya perlu melihat kembali kelemahan yang telah dikenal pasti supaya ianya tidak berulang lagi dan seterusnya akan menuju ke arah peningkatan terhadap kajian tindakan ini.

9.0CADANGAN KAJIAN SETERUSNYAKajian yang dijalankan menunjukkan peningkatan positif terhadap pencapaian responden yang juga merupakan murid Pendidikan Khas. Kaedah yang digunakan telah berjaya membantu mereka dalam meningkatkan kemahiran mengenal nombor 0 hingga 9 dalam kalangan murid Slow Learner. Selari dengan Teori Behaviorisme oleh Skinner (1930) dalam Mok Soon Sang (2007) menyatakan bahawa sesuatu perkara yang dilakukan mestilah berulang-ulang untuk memastikan kita mendapat hasil yang diharapkan oleh itu, dalam memastikan peningkatan tahap keberkesanan kajian ini, kajian seterusnya haruslah dilakukan supaya peningkatan yang lebih baik dapat diperolehi. Berdasarkan kajian, saya merumuskan bahawa permainan Ketingting Roket mampu meningkatkan kemahiran mengenal nombor murid serta menjadikan pengajaran yang dilaksanakan lebih mudah dan berkesan. Aplikasi intervensi permainan Ketingting Roket menunjukkan keberkesanan dalam mengatasi kelemahan yang dihadapi responden. Saya berharap agar kajian ini dapat diteruskan melakukan penambahbaikan terhadap responden secara individu pula.Secara umumnya, rangsangan, galakan, dan suntikan semangat dari guru meupakan faktor yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran menjadi lebih menarik dan berkesan sekiranya kaedah yang digunakan bersesuaian dengan tajuk pelajaran. Kemahiran guru mengajar bukan sahaja terletak kepada kepetahan guru menyampaikan pelajaran, tetapi juga dari segi kebolehan guru menggunakan teknik pengajaran yang menarik dan berkesan.

SENARAI RUJUKAN

Abdul Wahab b. Hashim (1998). Seminar Implikasi Kepada Individu Keperluan Khas di Malaysia. UKM 14 Feb 1998.

Aminah Bee (2000). Keperluan Asas Mereka Adalah Sama, Laporan Seminar Pendidikan Khas Keperingkat Kebangsaan 2000. Anjuran Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia 11-14 Jun, Institut Aminuddin Baki, Genting Highland.

Baroody, A.J. & Ginsburg, H.P. (1990). Children's learning: A cognitive view. In R.B.

Barry (1976, dalam Suzita Mohd Resad, 2002, ms. 21). Kajian Berkaitan Penggunaan Warna Di Dalam Penyediaan Bahan Bantu Mengajar.

Berk, L. E. (2008). Application of information processing to academic learning. ChildDevelopment, 304-308. UK: Allyn & Bacon.

Charlesworth, R & K. Lind, K. (1999). Math and science for young children. Delmar. USA.

Chong Lean Keow.(2008). Murid dan alam belajar .Selangor :Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Downey, J. & Garzoli, E. (2007). The effectiveness of play-based curriculum in earlychildhood education. Sonoma State University.http://teachplaybasedlearning.com/8.html. [2 April 2011]

Elias, R. M. (2007). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Karisma Publication Sdn. Bhd.

Frank J. S. & Liew Su Tim. (1988). Pengajaran Matematik KBSR. Petaling Jaya. Fajar Bakti.

Gill Bottle. (2007). Teaching Mathematics In The Primary School. New York : Continuum.

Grace M. Burton. (1985). Towards A Good Beginning Teaching Early Childhood Mathematics, United States of America : Addison-Wesley InnovativeDivision.

Hatfield (1994), Fiedler (1989), dan Sowel (1989) Dalam kajian Lim Chap Sam, Fatimah Salleh dan Munirah Ghazali. (2003). Bahan bantu mengajar matematik. Pahang Darul Makmur. PTS Publication & Distributors Sdn.

Johnson, David W., Johnson, Roger, Maruyama & Geoffrey (1981). Effects of cooperative, competitive and individualistic goal structures on achievement: a meta-analysis, Psychology Bulletin, 89, pp. 47-62.

Lim Chap Sam, Fatimah Salleh dan Munirah Ghazali. (2003). Bahan bantu mengajar matematik. Pahang Darul Makmur. PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Mahat bin Ibrahim (1998). Kajian Penggunaan Media dalam Pengajaran Matematik Di Kalangan Guru-guru Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat Johor.

Mok Soon Sang (1996). Matematik KBSR Dalam Strategi Pengajaran. Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Moyles, J. (2005). The excellence of play. New York: Open Press University.

Norliah Abdullah Sani (2003). Kemahiran mengira di kalangan murid prasekolah di tiga buah prasekolah di kawasan Serendah. satu tinjauan. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Perak.

Piaget (1952) Dalam buku Rohaty Mohd. Majzub (1992), Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Rashid Azizan, Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran Dalam Bilik Darjah: Kaedah dan Strategi. Kajang. Masa Enterprise.

Roopnarine, J. L. & Johnson, J. E. (2005). Approach to early childhood education. New Jersy: Pearson Prentice Hall.

Robiah Kulop Hamzah. (1992). Guru Khas Pemulihan: Fungsi dan Masalah Satu Kajian. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa & Pustaka.

Sahabuddin Hashim. (2007). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur. PTS Holding Sdn. Bhd.

Slavin, R. E. (1991). Educational Psycholog Theory Into Practice. Englewood Cliffs, NJ:Prentice HallSpodek.B. (ed). 1983. Handbook of Research in Early Childhood Education. New York: The Free Press.

18