Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan
Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
-
Upload
muhammad-hadi -
Category
Documents
-
view
85 -
download
2
description
Transcript of Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah HarianKementerian Pelajaran MalaysiaAras 3 & 4, Blok E2, Kompleks EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 W. Persekutuan Putrajaya 15 Januari 2014___________________________________________________________________________
Muhammad Hadi Bin Mahamood, Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang, WDT 296, 91009 Tawau,Sabah
Tuan,
RAYUAN PERTUKARAN SEKOLAH KERANA MASALAH KESIHATAN
Dengan segala hormatnya surat tuan bertarikh 27 Disember 2013 dan keputusan rayuan
berhubung keputusan permohonan pertukaran guru antara negeri sesi Januari 2014 adalah
dirujuk.
2. Sehubungan itu, saya mengemukakan rayuan permohonan atas sebab-sebab berikut ;
2.1 Masalah kesihatan diri sendiri. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya telah disahkan
menghidap penyakit TB untuk kali kedua. Kali pertama saya disahkan menghidap
penyakit ini pada bulan November 2012 juga ketika saya sedang betugas di
Tawau. Penyakit ini membuatkan saya berasa sangat lemah dan tidak bermaya
kerana kerap demam dan batuk berterusan.
2.2 Kesukaran berulang alik ke hospital kerana masalah lokasi. Sekolah saya terletak
di Pulau Sebatik dan dalam kategori pedalaman 1. Agak sukar untuk saya berulang
alik ke hospital kerana masalah ini untuk mendapatkan rawatan.
2.3 Tinggal berseorangan di kuarters guru. Dalam keadaan tidak sihat ini, saya perlu
untuk tinggal bersama seseorang untuk membantu sekiranya apa-apa berlaku. Oleh
itu, sekiranya saya dapat bertukar ke kampung halaman ada ahli keluarga yang dapat
membantu.
2.4 Masalah kesihatan ibu dan ayah yang semakin uzur dan memerlukan penjagaan.
3. Sebagai makluman pihak tuan, sebelum ini saya memohon untuk perpindahan ke Kedah.
Namun sekiranya tidak ada kekosongan, saya bersedia untuk perpindahan ke Kuala Lumpur.
4. Bersama-sama surat ini saya sertakan borang permohonan dan dokumen sokongan untuk
rujukan pihak tuan. Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya
ini sewajarnya. Keprihatinan pihak tuan didahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
..................................................MUHAMMAD HADI BIN MAHAMOODGuru Pendidikan Islam,SK. Sg. Tongkang
Sk : Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
Pejabat Pelajaran Daerah Tawau
Fail sekolah
Fail peribadi