KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA - … Pekeliling KPK... · Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan...

2
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA DIRECTOR GENERAL OF HEALTH MALAYSIA Ruj. Kami : KKM87/P1/1/1/3Jld2(2) Tarikh : 15 November 2010 Semua Pengarah Kesihatan Negeri Pengarah Hospital Kuala Lumpur YBhg Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA BILANGAN 32 TAHUN 2010: POLISI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN RAWATAN HARIAN DI HOSPITAL-HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengenalpasti Perkhidmatan Rawatan Harian (Day Care Services) sebagai salah satu perkhidmatan utama yang perlu diperkembangkan di bawah Rancangan Malaysia kesepuluh. Antara langkah yang dilaksanakan adalah mewujudkan polisi berkaitan dengan perkhidmatan tersebut. 3. Di sesetengah negara, Perkhidmatan Rawatan Harian sedang berkembang pesat selaras dengan kemajuan teknologi, peningkatan kemahiran anggota perubatan serta permintaan terhadap perkhidmatan yang lebih berintegrasi dan mesra pelanggan. 4. Perkhidmatan Rawatan Harian juga dilihat sebagai satu perkhidmatan yang berpotensi untuk dikembangkan selaras dengan hasrat kerajaan untuk melakukan transformasi perkhidmatan sektor awam agar lebih efisyen, efektif dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang mengutamakan kepentingan rakyat. 5. Bersama-sama ini disertakan Polisi Penyampaian Perkhidmatan Rawatan Harian Di Hospital-Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia untuk diteliti dan dilaksanakan oleh pihak YBhg Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan. Setiap negeri diminta untuk menyelaras dan menghantar laporan awal pelaksanaan Pekeliling ini enam bulan selepas Pekeliling ini dikeluarkan mengikut format yang dilampirkan. Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 12, Blok E7, Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 Putrajaya Tel : 603 88832545 Faks : 603 88895542 E-mail : [email protected]

Transcript of KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA - … Pekeliling KPK... · Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan...

Page 1: KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA - … Pekeliling KPK... · Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bilangan 32 Tahun 2010 ini berkuatkuasa ... - Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian)

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA DIRECTOR GENERAL OF HEALTH MALAYSIA

Ruj. Kami : KKM87/P1/1/1/3Jld2(2)

Tarikh : 15 November 2010

Semua Pengarah Kesihatan Negeri

Pengarah Hospital Kuala Lumpur

YBhg Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA BILANGAN 32 TAHUN 2010:

POLISI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN RAWATAN HARIAN DI HOSPITAL-HOSPITAL

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengenalpasti Perkhidmatan Rawatan Harian

(Day Care Services) sebagai salah satu perkhidmatan utama yang perlu diperkembangkan di

bawah Rancangan Malaysia kesepuluh. Antara langkah yang dilaksanakan adalah mewujudkan

polisi berkaitan dengan perkhidmatan tersebut.

3. Di sesetengah negara, Perkhidmatan Rawatan Harian sedang berkembang pesat selaras

dengan kemajuan teknologi, peningkatan kemahiran anggota perubatan serta permintaan

terhadap perkhidmatan yang lebih berintegrasi dan mesra pelanggan.

4. Perkhidmatan Rawatan Harian juga dilihat sebagai satu perkhidmatan yang berpotensi

untuk dikembangkan selaras dengan hasrat kerajaan untuk melakukan transformasi

perkhidmatan sektor awam agar lebih efisyen, efektif dan bertanggungjawab atas keberhasilan

yang mengutamakan kepentingan rakyat.

5. Bersama-sama ini disertakan Polisi Penyampaian Perkhidmatan Rawatan Harian Di

Hospital-Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia untuk diteliti dan dilaksanakan oleh pihak

YBhg Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan. Setiap negeri diminta untuk menyelaras dan menghantar

laporan awal pelaksanaan Pekeliling ini enam bulan selepas Pekeliling ini dikeluarkan mengikut

format yang dilampirkan.

Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 12, Blok E7, Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 Putrajaya

Tel : 603 – 88832545 Faks : 603 – 88895542

E-mail : [email protected]

Page 2: KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA - … Pekeliling KPK... · Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bilangan 32 Tahun 2010 ini berkuatkuasa ... - Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian)

6. Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bilangan 32 Tahun 2010 ini berkuatkuasa

dari tarikh Surat Pekeliling ini dikeluarkan. Sebarang pertanyaan mengenai Pekeliling ini, sila

hubungi:

BAHAGIAN PERKEMBANGAN PERUBATAN

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 5, Blok E1, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya

Pej (603) 8883-1047 atau 1065 Faks (603) 88831155 Emel [email protected]

Sekian terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(TAN SRI DATO’ SERI DR HJ MOHD ISMAIL MERICAN)

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

s.k.

- Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia

- Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)

- Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)

- Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal)

- Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian)

- Pengarah Kanan (Perkhidmatan Farmasi)

- Pengarah Kanan (Keselamatan dan Kualiti Makanan)

- Semua Ketua Perkhidmatan Perkhidmatan Kepakaran/Subkepakaran