KEUNGGULAN DAN NILAI LAGU PATRIOTIK BERDASARKAN …

12
Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 769-780 ISSN. 2548-6160 International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia. Available online: http://ojs.umsida.ac.id/index.php/icecrs Article DOI: http://dx.doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.554 769 KEUNGGULAN DAN NILAI LAGU PATRIOTIK BERDASARKAN ASPEK PEMILIHAN KATA DALAM LIRIK DAN KESESUAIAN ELEMEN MUZIK Mohammad Haris Abd Azis [email protected] Pusat Budaya dan Seni, Universiti Utara Malaysia ABSTRAK: Lagu-lagu patriotik dilihat sebagai salah satu jambatan penghubung ke arah manifestasi pengkarya dalam merealisasi dan memupuk semangat ini ke jiwa pendengar. Penghasilan lagu patriotik menuntut para pengkarya untuk melihat dengan jelas kepentingan memartabatkan lagu-lagu ini agar jelas akan maksud dan tujuan asal ciptaannya. Berpaksikan saranan ini, satu anjakan paradigma perlu diketengahkan bagi meninjau aspek pemilihan kata berteraskan “Kata Adjektif” dalam lirik/senikata lagu patriotik serta elemen muzik yang melatarinya sehingga mampu merangsang motivasi serta perasaan semangat patriotik di jiwa pendengar. Dalam erti kata yang lain, kertas kerja ini bertujuan melihat kekuatan kata dalam menyuntik semangat patriotik dalam kalangan setiap bangsa Malaysia. Penyesuaian ciptaan lagu patriotik perlu diambil kira memandangkan generasi hari ini mempunyai mentaliti yang jauh berbeza dengan generasi terdahulu. Pun begitu, keutuhan nilai-nilai berkaitan patriotisme tidak sesekali dipinggirkan bagi memastikan sebuah karya patriotik yang unggul masih lagi releven sehingga kini. Bagi memastikan matlamat ini tercapai, sejumlah 78 buah lagu-lagu berkonsepkan “Patriotik” yang terdapat Malaysia bermula sebelum dan sesudah merdeka hinggalah ke hari ini dianalisis liriknya menggunakan kaedah pautan AntConc. Seterusnya leksikal utama (Kata Adjektif) mengikut jumlah kekerapan dikategorikan berdasarkan fokus kajian iaitu kekuatan golongan Kata Adjektif dalam lirik lagu patriotik. Golongan kata yang ditemui kemudiannya dikelaskan mengikut kesesuaian tema nilai berkaitan patriotisme di Malaysia iaitu 1. Cinta, Setia dan Semangat, 2. Taat Setia Kepada Raja dan Negara, dan 3. Sanggup Bekorban Untuk Negara. Kajian ini seterusnya diperluaskan skopnya dengan menganalisis dari segi elemen muzik melalui pemilihan kunci nada (Major/Minor) serta “Tempo” (ukuran kelajuan laju @ bpm). Kaedah ini penting bagi memperlihatkan kesan terhadap suasana (Mood) yang melatari ciptaan lagu patriotik. Pada akhir analisis ini, kajian berjaya menunjukkan keunggulan dan kreadibiliti lagu-lagu patriotik di Malaysia. Lagu Patriotik masih lagi dianggap releven dan tidak jauh tersasar dari maksud dan tujuan asal lagu tersebut digubah. KATA KUNCI: Kekuatan leksikal, Lagu patriotik, Nilai Patriotisme, Elemen Muzik. PENGENALAN Persekutuan Tanah Melayutelah disahkan Merdeka pada 31 Ogos 1957.Ini bermakna, Malaysia telah sah menjadi sebuah negara yang bebas dan merdeka. Pada hari bersejarah tersebut, Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan lagu Kebangsaan “Negaraku ” yang buat pertama kalinya diperdengarkan menandakan rasminya sebuah negara baru. Sehingga kini lagu “Negarakudilaungkan dan dinyanyikan dengan penuh rasa semangat patriotik. Tradisi menyanyikan lagu patriotik dikalangan rakyat Malaysia berterusan dengan penciptaan lagu-lagu patriotik yang semakin bertambah selepas kemerdekaan. Tujuannya adalah untuk memastikan nilai-nilai patriotisme yang ditekankan menerusi lirik/senikata lagu akan mudah disemai dan tertanam dengan teguh dalam jiwa semua rakyat. Namun begitu, sebelum negara

Transcript of KEUNGGULAN DAN NILAI LAGU PATRIOTIK BERDASARKAN …

Page 1: KEUNGGULAN DAN NILAI LAGU PATRIOTIK BERDASARKAN …

Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 769-780 ISSN. 2548-6160 International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia. Available online: http://ojs.umsida.ac.id/index.php/icecrs Article DOI: http://dx.doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.554

769

KEUNGGULAN DAN NILAI LAGU PATRIOTIK BERDASARKAN ASPEK PEMILIHAN KATA DALAM LIRIK DAN KESESUAIAN ELEMEN MUZIK

Mohammad Haris Abd Azis [email protected]

Pusat Budaya dan Seni, Universiti Utara Malaysia

ABSTRAK: Lagu-lagu patriotik dilihat sebagai salah satu jambatan penghubung ke arah manifestasi pengkarya dalam merealisasi dan memupuk semangat ini ke jiwa pendengar. Penghasilan lagu patriotik menuntut para pengkarya untuk melihat dengan jelas kepentingan memartabatkan lagu-lagu ini agar jelas akan maksud dan tujuan asal ciptaannya. Berpaksikan saranan ini, satu anjakan paradigma perlu diketengahkan bagi meninjau aspek pemilihan kata berteraskan “Kata Adjektif” dalam lirik/senikata lagu patriotik serta elemen muzik yang melatarinya sehingga mampu merangsang motivasi serta perasaan semangat patriotik di jiwa pendengar. Dalam erti kata yang lain, kertas kerja ini bertujuan melihat kekuatan kata dalam menyuntik semangat patriotik dalam kalangan setiap bangsa Malaysia. Penyesuaian ciptaan lagu patriotik perlu diambil kira memandangkan generasi hari ini mempunyai mentaliti yang jauh berbeza dengan generasi terdahulu. Pun begitu, keutuhan nilai-nilai berkaitan patriotisme tidak sesekali dipinggirkan bagi memastikan sebuah karya patriotik yang unggul masih lagi releven sehingga kini. Bagi memastikan matlamat ini tercapai, sejumlah 78 buah lagu-lagu berkonsepkan “Patriotik” yang terdapat Malaysia bermula sebelum dan sesudah merdeka hinggalah ke hari ini dianalisis liriknya menggunakan kaedah pautan AntConc. Seterusnya leksikal utama (Kata Adjektif) mengikut jumlah kekerapan dikategorikan berdasarkan fokus kajian iaitu kekuatan golongan Kata Adjektif dalam lirik lagu patriotik. Golongan kata yang ditemui kemudiannya dikelaskan mengikut kesesuaian tema nilai berkaitan patriotisme di Malaysia iaitu 1. Cinta, Setia dan Semangat, 2. Taat Setia Kepada Raja dan Negara, dan 3. Sanggup Bekorban Untuk Negara. Kajian ini seterusnya diperluaskan skopnya dengan menganalisis dari segi elemen muzik melalui pemilihan kunci nada (Major/Minor) serta “Tempo” (ukuran kelajuan laju @ bpm). Kaedah ini penting bagi memperlihatkan kesan terhadap suasana (Mood) yang melatari ciptaan lagu patriotik. Pada akhir analisis ini, kajian berjaya menunjukkan keunggulan dan kreadibiliti lagu-lagu patriotik di Malaysia. Lagu Patriotik masih lagi dianggap releven dan tidak jauh tersasar dari maksud dan tujuan asal lagu tersebut digubah.

KATA KUNCI: Kekuatan leksikal, Lagu patriotik, Nilai Patriotisme, Elemen Muzik.

PENGENALAN

Persekutuan Tanah Melayutelah disahkan Merdeka pada 31 Ogos 1957.Ini bermakna, Malaysia telah sah menjadi sebuah negara yang bebas dan merdeka. Pada hari bersejarah tersebut, Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan lagu Kebangsaan “Negaraku” yang buat pertama kalinya diperdengarkan menandakan rasminya sebuah negara baru. Sehingga kini lagu “Negaraku” dilaungkan dan dinyanyikan dengan penuh rasa semangat patriotik. Tradisi menyanyikan lagu patriotik dikalangan rakyat Malaysia berterusan dengan penciptaan lagu-lagu patriotik yang semakin bertambah selepas kemerdekaan. Tujuannya adalah untuk memastikan nilai-nilai patriotisme yang ditekankan menerusi lirik/senikata lagu akan mudah disemai dan tertanam dengan teguh dalam jiwa semua rakyat. Namun begitu, sebelum negara

Page 2: KEUNGGULAN DAN NILAI LAGU PATRIOTIK BERDASARKAN …

Mohammad Haris Abd Azis/Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 769-780

770

mencapai kemerdekaan telah wujud lagu yang berunsurkan patriotik dicipta. Lagu “Selamat Tinggal Bungaku” ciptaan Johar Bahar pada tahun 1948 umpamanya, memberi pesanan tentang perjuangan. Inilah lagu patriotik yang popular suatu ketika dahulu.

Pada era sebelum merdeka, Johar menjadikan karya seninya sebagai suntikan semangat khusus kepada perjuang dan perajurit negara. Lagu “Selamat Tinggal Bungaku” ditujukan khas buat perajurit yang terdiri daripada tentera dan polis yang banyak berkorban demi mempertahankan negara pada masa itu. Selepas negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, lagu “Negaraku” dipilih sebagai lagu rasmi negara dan disusuli dengan lagu “Malaysia Tanah Airku” yang dicipta khas oleh Johar Bahar bersempena sambutan hari kemerdekaan Negara yangjugajatuh pada tahun yang sama. Ungkapan, kata-kata, bait-bait dan senikata/lirik dianggap sebagainadi keberkesanan dan peranan utama yang menggambarkan lagu-lagu patriotik.Selain menggunakan saluran media cetak dan media elektronik untuk menyebarkan ideologi kebangsaan, saluran muzik juga penting dan perlu diberi perhatian kerana ia mampu membentuk personaliti, pemikiran dan rangsangan kearah generasi yang lebih bersifat patriotik. Lagu-lagu patriotik adalah merangkumi lirik dan muzik yang membentuk irama sehingga dapat menimbulkan semangat perjuangan, kesetiaan, kebanggaan, pengorbanan dan cinta terhadap agama, bangsa dan negara.

PERMASALAHAN KAJIAN

Seperti yang dinyatakan sebelum ini bahawa setiap kata-kata (lirik/senikata) menjadi tunjang keberkesanan lagu-lagu patriotik. Namun, tetapi tidak semua leksikal dalam lagu tersebut mempunyai aura bagi membangkitkan semangat patriotik sesebuah masyarakat mahupun kaitannya dengan nilai-nilai patriotisme. Perlu juga diperhatikan, sejauh manaelemen muzik yang disadur mampu membangkitkan motivasi serta perasaan semangat patriotik di jiwa pendengar. Jika diperhatikan, terdapat sebilangan lirik lagu patriotik yang dicipta hanya sebuah ungkapan semata. Namun, tidak mencerminkan kewibawaan lagu tersebut dianggap sebagai sebuah lagu patriotik. Dari segi saduran pengamatan muzik pula, kurang menonjolkan unsur patriotik yang sebenar. Oleh itu, kajian ini ingin melihat sejauhmana pemilihan leksikal “Kata Adjektif” yang tepat dan ciri elemen muzik yang sesuai hingga mengangkat karya tersebut dianggap sebagai sebuah karya patriotik yang unggul dan releven.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengkategorikan golongan Kata Adjektif berlandaskan tema nilai utama berkaitan patriotisme.

2. Memperlihatkan kekuatan leksis Kata Adjektif yang ditonjolkan menerusi lirik/senikata lagu-lagu

patriotik di Malaysia.

3. Menjelaskan sejauhmana elemen muzik yang perlu diperhatikan untuk memberi kesan patriotik terhadap

senikata/lirik mahupun lagu-lagu patriotik di Malaysia.

KAEDAH KAJIAN

Mengumpulkan sejumlah 78 buah lagu-lagu berkonsepkan “Patriotik” yang terdapat Malaysia bermula sebelum dan sesudah merdeka hinggalah ke hari ini. Jumlah lagu terkumpul kemudian dianalisis liriknya menggunakan kaedah pautan AntConc.

Mengkategorikan leksikal pilihan berdasarkan fokus kajian iaitu kekuatan golongan Kata Adjektif dalam lirik lagu patriotik. Golongan kata ini kemudiannya dikelaskan mengikut kesesuaian tema nilai berkaitan patriotisme di Malaysia.

Menganalisis elemen muzik melalui pemilihan kunci nada (Major/Minor) serta “Tempo” (ukuran kelajuan laju @ bpm) bagi memperlihatkan kesan terhadap suasana (Mood) yang melatari ciptaan lagu patriotik. Teori

Page 3: KEUNGGULAN DAN NILAI LAGU PATRIOTIK BERDASARKAN …

Mohammad Haris Abd Azis/Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 769-780

771

Muzik digunakan sebagai landasan dan rujukan utama bagi menyokong dan menilai aplikasi elemen muzik yang digunakan.

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Ketiga-tiga aspek yang menjadi fokus dalam kaedah kajian, akan dibincangkan dalam bahagaian ini.

Kategori Leksikal berdasarkan nilai berkaitan dengan Patriotisme

Sejumlah golongan Kata Adjektif yang diperolehi dikelaskan mengikut kategori tema yang berkaitan dengan nilai-nilai patriotik. Nilai-nilai berkaitan patriotik ini dijadikan landasan dan diperolehi menerusi buku Kementerian Pendidikan Malaysia,Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM, 2000). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan Satu. Bidang Pembelajaran 4 : Nilai Berkaitan Dengan Patriotisme (halaman 25).

Jadual 1 Pengkelasan leksikal Kata Adjektif berdasarkan nilai berkaitan Patriotisme.

Cinta Akan Negara

Taat Setia Kepada Raja Dan Negara

Sanggup Berkorban Untuk Negara

Cinta 21 Setia 24 Semangat 28

Tercinta 19 Bahagia 14 Gagah 17 Aman 18 Bakti 12 Megah 13 Jiwa 17 Berbakti 11 Perkasa 10 Kasih 14 Mulia 13 Rela 10 Murni 14 Tinggi 10 Teguh 10 Makmur 11 Taat 9 Sejahtera 11 Gemilang 10

K = Jumlah Kekerapan Leksikal berdasarkan 78 buah lagu patriotik di Malaysia.

Jadual ini menjelaskan dapatan kajian terhadap kekerapan penggunaan Kata Adjektif yang ditemui berdasarkan 78 buah lagu patriotik di Malaysia. Data ini kemudian dikelaskan kepada beberapa tema utama yang terdapat dalam nilai-nilai berkaitan patriotisme. Data terkumpul juga menjelaskan terdapat tiga (3) Kata Adjektif yang utama mendominasi kekerapan penggunaannya dalam ciptaan lirik lagu patriotic iaitu “Cinta, Setia dan Semangat”.

Bill Totten (1998) menjelaskan patriotisme bermaksud semangat cintakan negara. Beliau turut menegaskan bahawa, tidak ada bangsa, keluarga, pasukan dan kumpulan dalam apa bentuk pun boleh berfungsi dengan baik melainkan semua ahli cintakan negara. Salah satu nilai yang ditekankan dalam silibus pendidikan moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, (KBSM, 2000) adalah “Cinta akan negara”. Seterusnya hujah tentang nilai-nilai patriotik ini dikukuhkan dengan nilai-nilai patriotisme termasuklah elemen-elemen kesetiaan, keberanian, rela berkorban, kesukarelaan, cintakan bangsa dan negara (Abd Rahim Abd Rashid, 2004). Nilai-Nilai patriotik dalam konteks Malaysia pula ialah (1) Berbangga sebagai rakyat Malaysia, (2) Bersemangat setia negara, (3) Bersemangat kekitaan, (4) Berdisplin dan (5) Berusaha dan Produktif yang telah diterima dan digunapakai oleh Kementerian Pendidikan (Ahmad Fawzi Basri, 2002).

Page 4: KEUNGGULAN DAN NILAI LAGU PATRIOTIK BERDASARKAN …

Mohammad Haris Abd Azis/Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 769-780

772

Kekuatan golongan Kata Adjektif dalam lirik lagu patriotik

Setiap nyanyian lagu patriotik sudah pasti mempunyai mesej-mesej tertentu yang dihendak disampaikan kepada masyarakat. Oleh itu, penekanan lirik/senikata lagunya haruslah bertepatan bagi mencerminkan karakter sesebuah lagu tersebut bersifat patriotik. Telah dikenalpasti kekerapan beberapa penggunaan leksikal dalam lirik yang memperlihatkan ungkapan senikata/lirik yang diambil dari golongan “Kata Adjektif”. Kekerapan leksikal yang ditemui ini juga dilihat mampu mempengaruhi dan memberikan kekuatan nilai-nilai patriotisme yang tinggi dalam diri masyarakat.

Kekuatan ini akan ditonjolkan berdasarkan 3 kata adjektif yang berikut iaitu:

Cinta

Berdasarkan nilai patriotisme dalam tema “Cinta akan negara” telah menonjolkan penggunaan leksikal “Cinta” dalam golongan Kata Adjektif yang mendominasi kekerapan perkataan dalam penulisan lagu patriotik. Menurut kamus Dewan edisi keempat 2016 “Cinta” adalah perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada negara, orang tua, kebebasan dan lain-lain (halaman 280). Leksikal “Cinta” yang ditemui dan kerap digunakan dalam penciptaan lagu patriotik di Malaysia adalah sinonim nilai-nilai tema pertama dan digambarkan sangat bertepatan dengan konsep nilai patriotisme iaitu “Cinta akan negara”. Seseorang itu dianggap patriot apabila tindakan dan amalannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara (Nordin Kardi: 2003). Maksud penekanan nilai “Cinta” dalam konteks patriotisme disini ialah perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepengtingan negara melebihi kepengtingan diri.

Jadual 2 Kekerapan penggunaan Kata Adjektif “Cinta” dalam lirik/senikata lagu-lagu patriotik di Malaysia

Page 5: KEUNGGULAN DAN NILAI LAGU PATRIOTIK BERDASARKAN …

Mohammad Haris Abd Azis/Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 769-780

773

Dapatan kekerapan penggunaan Kata Adjektif “Cinta” dalam jadual diatas memperlihatkan beberapa baris ayat yang menjadi tunjang dalam penciptaan lirik lagu patriotik di Malaysia. Leksikal ini dikelaskan dalam tema yang pertama (1) iaitu “Cinta Akan Negara”.

Setia

Kesalahan paling besar yang boleh dilakukan oleh warganya terhadap negara dan bangsa ialah “menderhaka” kepada negara itu. Tanggapan ini ada kaitannya dengan tema “Taat setia kepada Raja dan Negara”. Rakyat yang setia pada negara pasti tidak akan menderhaka kepada negaranya. Tema “Taat setia kepada Raja dan Negara” menuntut kesetiaan kepada raja dan Negara yang tidak berbelah bagi. Justeru itu, adalah menjadi tanggung jawab setiap rakyat yang menjadi warganegara Malaysia untuk menumpahkan taat setia tanpa berbelah bagi kepada Yang di-Pertuan Agong mahupun pemimpin negara. Kekerapan leksikal “Setia” yang ditemui dalam penciptaan lirik lagu patriotik di Malaysia menunjukkan kekuatan leksikal tersebut bagi membantu menyerapkan rasa tumpah setia sepenuh jiwa terhadap Raja dan Negara. Kamus Dewan edisi keempat 2016 juga menterjemahkan perkataan “Setia” sebagai teguh hati samada dari segi hal perkahwinan, persahabatan dan lain-lain (halaman 1481). Dalam konteks patriotisme pula “Setia” menuntut setiap bangsa dan rakyat Malaysia agar harus memiliki sifat setia atau taat kepada raja dan Negara. Ini menunjukkan leksis kata adjektif “Setia” mempunyai sifat dan karakter yang penting bagi memupuk satu ideologi semangat sedia dan sanggup mempertahankan negara daripada ancaman musuh atau anasir-anasir yang boleh mengugat kestabilan politik dan perpaduan masyarakat.

Jadual 3 Kekerapan penggunaan Kata Adjektif “Setia” dalam lirik/senikata lagu-lagu patriotik di Malaysia

Page 6: KEUNGGULAN DAN NILAI LAGU PATRIOTIK BERDASARKAN …

Mohammad Haris Abd Azis/Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 769-780

774

Dapatan kekerapan penggunaan Kata Adjektif “Setia” dalam jadual diatas memperlihatkan sejumlah baris ayat yang mendasari penciptaan lirik-lagu lagu patriotik di Malaysia. Leksikal ini dikelaskan dalam tema yang kedua (2) iaitu “Taat Setia Kepada Raja dan Negara”.

Semangat

Semangat mengikut Kamus Dewan edisi keempat 2016 bermaksud “roh yang terdapat dalam segala makhluk (dipercayai mempunyai kuasa-kuasa tertentu. halaman 1433). Tema “Sanggup Berkorban Untuk Negara” memperlihatkan dapatan kekerapan leksis kata adjektif “Semangat” dalam pemilihan kata lirik lagu berkonsepkan patriotik. Kata “Semangat” dalam konteks lagu patriotikwajar diungkapkan dalam lirik lagu patriotik kerana leksikal ini menggambarkan semangat perjuangan menuntut kemerdekaan dan sanggup berkorban apabila negara berada dalam ancaman musuh. Inilah merupakan penekanan kata ”Semangat” yang wajar diutarakan oleh penulis lirik bagi membangkitkan semangat patriotik dikalangan rakyat agar tidak mudah goyah dengan cabaran.

Leksis ”semangat” dalam tema ketiga penting kepada semua lapisan rakyat sesebuah negara. Hal ini adalah kerana Malaysia diduduki oleh rakyat yang mempunyai perbezaan agama, bangsa dan ideologi politik yang begitu ketara. Akibatnya jika rakyat negara ini meletakkan semangat perkauman, kefahaman ideologi politik atau parti sebagai lebih utama daripada negara tentulah pembangunan dan kemajuan negara tidak akan dicapai. ”Semangat” sanggup berkorban untuk negara dijadikan salah satu keutamaan yang perlu ditekankan dalam menegakkan jati diri bangsa Malaysia. Bukan hanya melibatkan jiwa dan raga tetapi juga dari segi keupayaan mempertahankan negara dari anasir-anasir yang cuba untuk menjatuhkan kedaulatan negara amnya.

Jadual 4 Kekerapan penggunaan Kata Adjektif “Semangat” dalam lirik/senikata lagu-lagu patriotik di Malaysia

Page 7: KEUNGGULAN DAN NILAI LAGU PATRIOTIK BERDASARKAN …

Mohammad Haris Abd Azis/Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 769-780

775

Jadual ini menonjolkan penggunaan leksis “Semangat” berdasarkan kekerapan ungkapannya yang tinggi dalam penulisan lirik beberapa buah lagu patriotik. Leksikal ini kemudiannya dikelaskan kepada nilai tema ketiga (3) iaitu “Sanggup Bekorban Untuk Negara”.

Jadual 5 Kategori Lagu berdasarkan dapatan Kekerapan Leksikal (Kata Adjektif) dan Nilai berkaitan dengan Patriotisme

CINTA AKAN NEGARA TAAT SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA

SANGGUP BERKORBAN UNTUK NEGARA

“Cinta”

“Setia”

“Semangat”

Malaysia Baru, Malaysia Tanah Air Ku, Malaysia Tercinta, Sejahtera Malaysia, Malaysia Raya, Cintaku Malaysia, Untukmu Malaysia, Negaraku Yang Tercinta, Negara Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta, Warisan, Semarakkan Api Cinta

Setia, Mesra, Benderaku, Malaysia, Perpaduan Bangsa, 1m4u (1malaysia For Youth), Janji Kita, Negara Berkhendakkan Kamu

Perwira, Perajurit Tanah Air, Sekapur Sirih Seulas Pinang, Tanahairku, Ketahanan Rakyat, Kucupan Azimat, Mentera Semerah Padi, 1 Malaysia 1 Bahtera, Gelombang Jasa, Jaya Diri, Nasionalisma Teras Perpaduan, Standing In The Eyes Of The World

Jadual ini memperlihatkan beberapa buah lagu patriotik yang amat sinonim dengan kategori tema serta ”Kata Adjektif” utama yang dipilih untuk dianalisis.

Mengikut Wan Zahid (1993), bangsa dan negara yang kuat serta mulia tidak hanya bergantung kepada kekuatan fizikalnya yang bercorak kebendaan dan teknologi. Maka negara harus membina kekuatan di atas asas budaya, ilmu pengetahuan, akhlak mulia, keyakinan diri yang teguh, semangat tanggungjawab dan pengorbanan diri yang tinggi. Oleh itu, kekuatan leksikal yang terdiri dari golongan kata adjektif iaitu “Cinta, Setia dan Semangat” yang yang diterapkan ke dalam lirik membuktikan bahawa lagu-lagu patriotik yang dicipta bertepatan dengan konsep lagu-lagu patriotik sehingga hari ini. Releven penekanan terhadap pemilihan kata-kata tersebut juga boleh dianggap sesuai bagi membangkitkan semangat patriot generasi muda hari ini.Generasi hari ini pula, hendaklah lebih bijak menghayati kandungan lirik lagu patriotik tersebut agar ianya bukan sekadar ungkapan semata.

Elemen muzik terhadap senikata/lirik ciptaan lagu-lagu patriotik di Malaysia

Major dan Minor

Melalui karya muzik juga kita (manusia) bebas mengadaptasikan bentuk pemikiran melalui bentuk ekspresi muzik yang dihasilkan. Music . . . is the freest, the most abstract, the leastfettered of all the arts: no story content, no pictorial representation,no regularity of meter, no strict limitation offrame need hamper the intuitive functioning of the imaginativemind”(Copland, 1952). Kenyataan Copland melalui penulisan bukunya bertajuk Music and imagination, jelas menggambarkan bahawa muzik itu berbentuk bebas yang akhirnya terbina atas

Page 8: KEUNGGULAN DAN NILAI LAGU PATRIOTIK BERDASARKAN …

Mohammad Haris Abd Azis/Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 769-780

776

kreativiti serta ekspresi kita (manusia sebagai pengkarya) mengolah mengikut acuan tentang apa yang dirasai, diamati dan digambarkan melalui perasaan serta apa yang fikirkan.

Dalam konteks lagu-lagu patriotik, muzik digubah berteraskan lirik/senikata di mana alunan iramanya dapat melahirkan rasa semangat, kesetiaan, pengorbanan, perjuangan, kebanggaan, dan kecintaan terhadap agama, bangsa dan negara.Pengaruh muzik terutama lagu-lagu yang bersifat patriotik sangat memberi kesan mendalam terhadap generasi muda negara apabila dinyanyikan semula secara harmoni dan dihayati maksudnya melalui isi kandungan liriknya. Elemen muzik berdasarkan tangga nada Major dan Minor dilihat memberikan kesan yang sangat besar dalam penggubahan lagu-lagu berkonsepkan patriotik. Numerous researchers have induced happy and sad moods by presenting listeners with music in major and minor modes, respectively (Clark & Teasdale, 1985; Kenealy, 1988, 1997; Martin & Metha, 1997; Parrott, 1991; Parrott & Sabini, 1990; Thompson et al., 2001).

Lagu-lagu yang bersifat major ini lebih sesuai diaplikasikan untuk lagu-lagu bertemakan patriotik dan politik. Ini kerana selain sifatnya yang mampu memberikan suasana kegembiraan, unsur semangat, ransangan, motivasi dan teruja juga mampu digambarkan melalui bunyi tangga nada yang dihasilkan. Penekanan leksikal dalam liriknya juga lebih bersifat ketegasan dan bersifat terus terang (kurang menekankan kehalusan kata) dan ini banyak diaplikasikan dalam lagu-lagu berkonsepkan patriotik. Antara lagu-lagu patriotik yang menggunakan tangga nada major ialah seperti Tanggal 31, Malaysia Baru, Cemerlang Gemilang Terbilang, Keranamu Malaysia, Nasionalisme Teras Perpaduan, Dirgahayu Tanahairku dan banyak lagi.

Jadual 6 Analisis tangga nada “Major” lagu patriotik “Tanggal 31” menggunakan Software Sibelius 2014.

Melodi “Tanggal 31” ini menggunakan skala A Major. Bahagian verse 1 menunjukkan permulaan melodi yang menggunakan nada E pada suku kata pertama dalam lirik iaitu “Tang”. Manakala suku kata kedua iaitu “gal” ditandakan dengan nada A bagi melengkapkan satu perkataan iaitu “Tanggal” yang membawa maksud “tarikh”. Jarak (jeda) antara nada A ke nada E adalah 4 tangga nada, dan ini menunjukkan perbezaan nada yang amat ketara dalam urutan nada Major hingga menonjolkan ketegasan pada permulaan melodi. Ini mengungkapkan karekter dan sifat lagu yang dinyanyikan adalah bersifat positif, tegas dan lantang dilaungkan dengan saduran lirik lagu yang lebih bersifat terus terang (tidak menggunakan kata-kata halus). Secara tidak langsung tindak balas emosi berdasarkan alunan tangga nada major ini sebenarnya memberi rangsangan berupa semangat patriotik yang tinggi dikalangan masyarakat.

Begitulah sebaliknya, apabila tangga nada Minor yang melatari lagu-lagu patriotik memberi kesan bertentangan dengan sifat-sifat major. Tangga nada Minor sebaliknya memancing emosi pendengarnya yang cenderung untuk bersifat negatif iaitu sedih, duka, malangkolik, dan kurang bersemangat. Music Appreciation 5th Ed melalui Roger Kamien (1992: 62), Music based on minor scales tends to sound serious or melancholy. Contoh lagu patriotik yang mengaplikasikan tangga nada minor ini adalah seperti Gelombang Jasa, Tanah Air, Warisan, Permainya Bumi Malaysia, Bahtera Merdeka dan Selamat Tinggal Bungaku. Rangkaian lagu-lagu Patriotik yang disenaraikan ini jika diamati, memperlihatkan leksikal berunsurkan nilai-nilai patriotik yang juga dikategorikan dalam senarai kata-kata berkaitan tema nilai-nilai patriotik. Golongan kata adjektif yang

Page 9: KEUNGGULAN DAN NILAI LAGU PATRIOTIK BERDASARKAN …

Mohammad Haris Abd Azis/Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 769-780

777

melambangkan nilai patiotik seperti “Cinta” dan “gagah” dalam lirik lagu Warisan dilihat mempunyai karakter dan sifat utuh menerusi senikatanya berlandaskan konsep-konsep patriotik yang dibincangkan di awal kajian ini.

Contoh lirik lagu Patriotik:

Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta

Yang murni abadi sejati

Disini tersemai cita cita

Bercambah menjadi warisan

(korus)

Andai ku terbuang tak diterima

Andai aku disingkirkan

Kemana harusku bawakan

Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa

Dibumi ini ku melangkah

Keutara selatan timur dan barat

Ku jejaki

Aku

Bukanlah seorang perwira

Gagah menjunjung senjata

Namun hati rela berjuang

Walau dengan cara sendiri

Demi cinta ini

(ulang korus)

Page 10: KEUNGGULAN DAN NILAI LAGU PATRIOTIK BERDASARKAN …

Mohammad Haris Abd Azis/Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 769-780

778

Ku ingin kotakan seribu janji

Sepanjang kedewasaan ini

Ku ingin sampaikan pesanan

Aku lah penyambung warisan

Namun begitu, latar muzik (tangga nada minor) yang mendasari lagu ini memperlihatkan unsur bersifat malenkolik sehingga lagu “Warisan” dilihat kurang tegas dan kurang bersemangat. Lagu tersebut juga dilihat mendayu-dayu dalam menyampaikan senikata/lirik. Lagu-lagu patriotik adalah adunan muzik dan lirik bagi membentuk irama yang dapat menimbulkan semangat perjuangan, kesetiaan, kebanggaan, pengorbanan dan cinta terhadap agama, bangsa dan negara (Mahat Jamal, 2015). Ini jelas menunjukkan bahawa pengaruh tangga nada major dan minor terhadap penciptaan lagu-lagu patriotik sangat memberi kesan positif dan negatif.It was hypothesized that music in the major mode would have a positive impact on recall and music in the minor mode would have a negative impact on recall as determined by a test of free recall (Michelle, H. 1996:13).

Secara amnya, tangga nada minor dikaitkan dengan perasaan duka danmelankolik, manakala tangga nada major dikaitkan dengan perasaan gembira dan kebahagiaan(Lundin, 1967; Schoen, 1940).People presented with an adjective checklist and music in the major and minor mode characterized melodies in the minor mode as “gloomy” and “depressing” whereas melodies in the major mode were characterized as “happy,” “cheerful” and “joyous” (Michelle, H. 1996:12). Disimpulkan bahawa, berlandaskan hipotesis muzik, nada major diklasifikasikan sebagai nada bersifat positif yang sesuai untuk lagu-lagu bersifat patriotik.

Tempo

Tempo adalah ukuran kelajuan dalam birama lagu. Ukuran kelajuan diukur dengan menggunakan alat dinamakan “Metronome”. Tempo adalah tanda yang menunjukan cepat dan lambat ketukan atau gerak lagu yang dapat diukur dengan suatu alat yang dinamakan metronome (Isfanhari dan Nugroho,2000:13), yang berfungsi sebagai pengukur kelajuan dalam pelbagai birama lagu, contohnya 3/4 atau 4/4. Composers have been able to indicate their preferred tempos by means of metronome, an apparatus which produces ticking sounds or flashes of light at any desired musical speed (Roger Kamien, 1992: 42). Tempo juga mampu memanipulasi keghairahan pendengar dalam penggunaan tangga nada major dan minor. Ini kerana tempo mempunyai aura yang dapat mempengaruhi pendengar sehingga mampu mewujudkan keghairahan dalam diri pendengar. The fast-tempo versions were accompanied by increases in listeners’ levels of arousal, whereas the slow-tempo versions caused decreases in arousal (Thompson et al., 2001).

Gambarajah Metronome.

Page 11: KEUNGGULAN DAN NILAI LAGU PATRIOTIK BERDASARKAN …

Mohammad Haris Abd Azis/Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 769-780

779

Kelajuan tempo memainkan peranan yang sangat penting dalam menghidupkan suasana Afast tempo is associated with feeling of energy, drive, excitedment. A slow tempo often contributes to a solemn, lyrical, or calm mood (Roger Kamien, 1992: 41). Ia juga mempengaruhi dua (2) karakter skala tangga nada utama (Major/Minor) dalam sesebuah ciptaan lagu. Ini bermakna, tempo mampu memberi rangsangan yang pelbagai terhadap penggunaan skala major dan minor sehingga mampu memberikan kesan suasana (gembira, sedih, ghairah, semangat) terhadap penghasilan lagu. Tempo manipulations are known to induce changes in arousal (Balch & Lewis, 1999), and they are associated with expressions of activity, excitement, surprise, and potency (e.g., Gabrielsson & Lindström, 2001; Scherer & Oshinsky, 1977; Thompson & Robitaille, 1992).

Berdasarkan penelitian melalui pendengaran termasuk mengukur kelajuan kesemua lagu patriotik yang diukur menggunakan alat pengukur kelajuan (metronome),jelas menunjukkan kebanyakan lagu patriotik yang terdapat di Malaysia adalah bercirikan pantas dan laju. Ciri-ciri ini sebenarnya bertepatan dengan konsep gubahan muziknya yang menggunakan rentak March dalam setiap penghasilan lagu-lagu patriotik di Malaysia. Ini kerana tempo yang pantas akan membantu meningkatkan motivasi di dalam diri penyanyi mahupun perdengar tidak hanya melalui lirik/senikata ataupun genre muzik yang melatarinya.“Motivational music tends to have a fast tempo (> 120 bpm) and a strong rhythm, and is proposed to enhance energy and induce bodily action” (Gaston, 1951).

Didapati tempo Animato116-126bpm dan Allegro126-138bpm kerap digunakan bagi mendapatkan momentum rentak bersemangat kerana kekuatan ciri kedua-dua tempo ini mampu memberi rangsangan hingga mampu melahirkan perasaan teruja apabila menyanyi dan mendengar lagu tersebut. Strong rhythmical qualities characterise stimulative music, which is proposed to enhance vigour and induce bodily action (Gaston, 1951). Melalui dapatan ini juga, elemen tempo amat mempengaruhi kekuatan pemilihan leksikal yang menunjukkan nilai-nilai berkaitan patriotisme. Justeru itu, wajarlah penelitian elemen muzik perlu diambil kira bagi memenuhi khendak karekter lagu agar menghasilkan tujuan dan keperluan lagu tersebut dicipta. Melalui tanda-tanda ini, ekspresi gerak muzik akan terdengar lebih berkesan dan berjiwa seperti yang dikehendaki (Isfanhari dan Nugroho,2000:14).

KESIMPULAN

Analisis yang dijalankan telah dapat membuktikan keberkaitan antara “Kata Adjektif” iaitu “Cinta, Setia, dan Semangat” menerusi gubahan lirik/senikata lagu patriotik memenuhi kriteria tema nilai-nilai berkaitan patriotisme di Malaysia. Selain itu, kekerapan tertinggi leksikal yang ditemui juga memperlihatkan kekuatan dan kepentingannya dalam setiap gubahan lagu-lagu patriotik. Ini kerana, Kata Adjektif tersebut bukan sahaja dianggap penting dalam menonjolkan keberkesanan lagu-lagu patriotik, tetapi juga menjadi saranan dan saluran pembentukan ideologi pemikiran rakyat Malaysia. Elemen muzik yang dianalisa berdasarkan penjelasan tangga nada “Major dan Minor” serta penggunaan “Tempo” juga dapat menjelaskan kesan dan pengaruh antara lirik dan keseluruhan gubahan lagu patriotik. Oleh itu, jelaslah bahawa keunggulan dan kreadibiliti lagu-lagu patriotik di Malaysia masih lagi dianggap releven dan tidak jauh tersasar dari maksud dan tujuan asal lagu tersebut digubah.

RUJUKAN

Abd Rahim Abd Rashid. (2004). Patriotisme: Agenda Pembinaan Bangsa. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Ahmad Fawzi Mohd. Basri. (2002). Patriotisme dan Ketahan Nasional: Satu Pandangan Tentang Kesignifikannya Sebagai Agenda Negara. Kertas Kerja dibentangkan di Kongres Patriotisme Negara, di Institut Latihan Keselamtan Sosial KWSP, anjuran Biro Tatanegara dan Universiti Utara Malaysia, Bangi pada 22-28 Oktober 2002.

Page 12: KEUNGGULAN DAN NILAI LAGU PATRIOTIK BERDASARKAN …

Mohammad Haris Abd Azis/Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 769-780

780

Copland, A. (1952). Music and imagination. Cambridge, MA: Harvard University Press. Clark, D. M., & Teasdale, J. D. (1985). Constraints on the effects of mood on memory. Journal of Personality

and Social Psychology, 48, 1595–1608. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2016). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Pengarang. Gaston, E. T. (1951). Musical factors influencing social behavior. Kansas Welfare Digest, 10, 2-4. Harnum, J. (2001). Basic music theory: How to read, write, and understand written music. North Chicago,

Illinois: Sol-Ut.Press. Husain, G., Schellenberg, E. G., & Thompson, W. F. (2002).Effects of Musical Tempo and Mode on Arousal,

Mood, and Spatial Abilities. Music Perception,2, 151–171 Hunter, P. G., Schellenberg, E. G., & Schimmack, U. (2008). Mixedaffective responses to music with conflicting

cues. Cognition and Emotion,22, 327–352. Isfanhari, Musafir, & Nugroho, Widyo. (2000). Pengetahuan dasar musik. Surabaya : Dinas P dan K Propinsi

Daerah Tingkat I Jawa Timur. Kenealy, P. (1988). Validation of a music mood induction procedure: Some preliminary findings. Cognition &

Emotion, 2, 41–48. Lundin, R. W. (1967). An objective psychology of music. New York: The Ronald Press Company. Michelle, H. (1996). The Effect of the Major and Minor Mode in Musicas a Mood Induction Procedure. Arts in

Curriculum and Instruction. 13, Martin, M. A., & Metha, A. (1997). Recall of early childhood memories through musical mood induction. Arts in

Psychotherapy, 24, 447–454. Mahat Jamal (2015). Semangat patriotisme melalui lagu-lagu patriotik: Kajian persepsi beberapa orang belia

di kota kinabalu, sabah. Jurnal Komunikasi Borneo, 60. Mudjilah, Hana Sri. Teori Musik 1. Yogyakarta:Universitas Negeri Fakultas Bahasa Dan Seni. Nordin Kardi. 2003. Konsep patriotisme. darihttp://www.btn.gov.my/kp. Nazri Muslim, &Jamsari Alias. (2004) Patriotisme: Konsep dan pelaksanaannya di MalaysiaIn: Seminar

Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004). Parrott, W. G., & Sabini, J. (1990). Mood and memory under natural conditions: Evidence for

moodincongruent recall. Journal of Personality and Social Psychology, 59, 321–336. Patrick G. H., Glenn S., & Ulrich S, (2010). Feelings and Perceptions of Happiness and Sadness Induced by

Music: Similarities, Differences, and Mixed Emotions. Psychology of Aesthetics, Creativity, and the Arts.1, 47–56

Schoen, M. (1940). The Psychology of Music: A Survey for Teacher and Musician. New York: The Ronald Press Company.

Thompson, W. F., Schellenberg, E. G., & Husain, G. (2001). Arousal, mood, and the Mozarteffect. Psychological Science, 12, 248–251.

Totten B. Patriotisme of Post War Japanese (Part 2). 1998. http://www.billtotten.com. Wan Zahid Wan Nordin. 1993. Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Wikipedia, ensiklopedia bebas. Capaian Oktober 2016, dari https://id.wikipedia.org/wiki/Tangga_nada