KFAHAMAN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP … · oleh organisasi/badan di mana penyelidikan...

21
KEFAHAMAN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP JIRIM TEOH CHIN KEONG Laporan Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat Penganugrahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 2008

Transcript of KFAHAMAN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP … · oleh organisasi/badan di mana penyelidikan...

Page 1: KFAHAMAN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP … · oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) ... tradisi dalam proses pengajaran-pembelajaran sains (Zurida, 1998).

KEFAHAMAN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP JIRIM

TEOH CHIN KEONG

Laporan Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat Penganugrahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

2008

Page 2: KFAHAMAN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP … · oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) ... tradisi dalam proses pengajaran-pembelajaran sains (Zurida, 1998).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: KEFAHAMAN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP JIRIM

SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya _ TEOH CHIN KEONG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

n oleh, Disahka

_________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alam

at tetap:

Tarikh: Tarikh:

Alamat Tetap: 21, JALAN BUKIT RENGGAM 1, TAMAN BUKIT RENGGAM, 86200 SIMPANG RENGGAM, JOHOR.

PM DR MOHD YUSOF BIN HJ ARSHAD (Nama Penyelia)

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: KFAHAMAN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP … · oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) ... tradisi dalam proses pengajaran-pembelajaran sains (Zurida, 1998).

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)”

Tandatangan: __________________________________

Nama Penyelia: PM DR MOHAMMAD YUSOF BIN HAJI ARSHAD

Tarikh: 2 MEI 2008

Page 4: KFAHAMAN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP … · oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) ... tradisi dalam proses pengajaran-pembelajaran sains (Zurida, 1998).

ii

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan: _______________________________ Nama Penulis : TEOH CHIN KEONG Tarikh : 25/04/2008

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

2008

Page 5: KFAHAMAN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP … · oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) ... tradisi dalam proses pengajaran-pembelajaran sains (Zurida, 1998).

iii

DEDIKASI

Untuk Ibu dan bapa yang tercinta……

Jasa dan doamu terlalu beerti dan telah

menyemarakkan semangat perjuangan ini

Buat saudara-mara......

Bantuan dan dorongan kalian kekal tersemat

dalam hati sanubariku

Page 6: KFAHAMAN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP … · oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) ... tradisi dalam proses pengajaran-pembelajaran sains (Zurida, 1998).

iv

PENGHARGAAN

Pengkaji ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Madya

Dr. Mohammad Yusof bin Hj. Arshad atas bimbingan, dorongan dan galakan serta

nasihat yang diberikan tanpa berasa jemu sejak awal kajian ini dijalankan. Jasa baik

beliau akan dikenang dan dihargai selama-lamanya.

Penulis juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Guru

Besar dan guru penolong kanan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Tuan Poon,

Sekolah Kebangsaan Air Hitam, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) South Malaya dan

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Malayan yang telah memberikan kerjasama dan

bantuan semasa kajian dijalankan.

Akhirnya pengkaji ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu pengkaji bagi

menjayakan projek penyelidikan ini.

Page 7: KFAHAMAN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP … · oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) ... tradisi dalam proses pengajaran-pembelajaran sains (Zurida, 1998).

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman murid sekolah rendah

mengenai konsep jirim. Konsep jirim yang diuji berfokus pada konsep asas yang

dipelajari di sekolah rendah seperti definisi jirim, bahan jirim dan bukan jirim, serta

keadaan jirim pepejal, cecair dan gas. Instumen yang digunakan ialah empat belas

soalan soal selidik berbentuk struktur yang diedarkan kepada murid untuk dijawab

dalam masa satu jam. Seramai 360 orang murid tahun 4,5 dan 6 daripada empat buah

sekolah di daerah Batu Pahat dan Kluang Johor telah dipilih untuk dijadikan sampel

kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan murid mempunyai idea

alternatif mengenai keadaan jirim dan cirinya. Idea alternatif masih kekal dalam

minda murid walaupun mereka telah didedahkan dengan konsep jirim di sekolah.

Adalah diharapkan guru sains di sekolah sentiasa memberi perhatian yang

sepenuhnya tentang permasalahan ini agar dapat merancang dan melaksanakan

strategi pengajaran yang berkesan bagi mengatasi kerangka alternatif dalam

meningkatkan kebolehan dan pencapaian murid dalam pembelajaran konsep sains

sama ada bagi tajuk konsep asas jirim atau konsep sains yang lain.

Page 8: KFAHAMAN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP … · oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) ... tradisi dalam proses pengajaran-pembelajaran sains (Zurida, 1998).

vi

ABSTRACT

The aim of this research is to determine the primary school pupils’

understanding the concept of matter. Concept of matter that had been used in the test

focused on the basic concept of matter that had been studied in primary school such

as definition of matter, matter and non matter and also the states of matter namely

solid, liquid and gas. The instrument used consist of fourteen structured questions.

The questionnaire was distributed to the pupils to be completed in an hour. The

respondents were three hundred and sixty from year 4, 5 and 6 secondary school

pupils in the district of Batu Pahat and Kluang, Johor respectively. The research

findings showed that most of the pupils have alternative ideas toward the states of

matter and their characteristics. These alternative ideas do not comply with the

present scientific theory and still remained in the students’ cognitive framework,

even though they had been commonly exposed to these concepts and their related

topics through the learning process of science. Teachers should always give their

attention to these ideas in order to improve students’ understanding of matter

concepts or other scientific concepts.

Page 9: KFAHAMAN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP … · oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) ... tradisi dalam proses pengajaran-pembelajaran sains (Zurida, 1998).

vii

KANDUNGAN

____________________________________________________________________

BIL TAJUK MUKA SURAT ____________________________________________________________________ PENGESAHAN DIRI ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN MUKA SURAT vii - ix SENARAI JADUAL x - xi SENARAI LAMPIRAN xii BAB 1: Pengenalan

1.1 Pendahuluan 1 - 4 1.2 Latar Belakang Masalah 4 - 6

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Batasan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

BAB 2: Kajian Literature 2.1 Kurikulum Sains KBSR 9 – 10 2.2 Konsep Jirim Dalam Kurikulum Sains Tahun 5 11

Page 10: KFAHAMAN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP … · oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) ... tradisi dalam proses pengajaran-pembelajaran sains (Zurida, 1998).

viii

2.3 Tinjauan Mengenai Kerangka Alternatif Tentang Konsep Jirim 11 – 13 BAB 3: Metodologi Kajian 3.1 Pengenalan 14 3.2 Sample Kajian 14 - 15 3.3 Instrumen Kajian 15 - 16 3.4 Tatacara Pengumpulan Data 16 3.5 Tatacara Penganalisisan Data 16 3.6 Kajian Rintis 17 3.7 Keputusan dan Dapatan Kajian Rintis 17 BAB 4 : Hasil Kajian dan Analisa Data 4.0 Kefahaman Murid Mengenai Konsep Jirim 18 4.1 Data dan Analisa Soalan 1 18 – 21 4.2 Data dan Analisa Soalan 2 21 – 24 4.3 Data dan Analisa Soalan 3 24 – 27 4.4 Data dan Analisa Soalan 4 27 – 28 4.5 Data dan Analisa Soalan 5 28 – 32 4.6 Data dan Analisa Soalan 6 33 – 34 4.7 Data dan Analisa Soalan 7 35 – 36 4.8 Data dan Analisa Soalan 8 37 – 38 4.9 Data dan Analisa Soalan 9 39 – 40 4.10 Data dan Analisa Soalan 10 41 – 43 4.11 Data dan Analisa Soalan11 43 – 44 4.12 Data dan Analisa Soalan 12 45 – 46 4.13 Data dan Analisa Soalan 13 47 – 48

Page 11: KFAHAMAN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP … · oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) ... tradisi dalam proses pengajaran-pembelajaran sains (Zurida, 1998).

ix

4.14 Data dan Analisa Soalan 14 49 – 52 BAB 5: Rumusan, Implikasi dan Cadangan Kajian Lanjutan 5.1 Pengenalan 53 5.2 Rumusan 53 - 55 5.2.1 Implikasi kajian 55 5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 56 Senarai Rujukan 57 - 60 Lampiran Lampiran A : Surat Pengenalan Diri Lampiran B : Surat Kebenaran Kajian Lampiran C: Instrumen Kajian

Page 12: KFAHAMAN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP … · oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) ... tradisi dalam proses pengajaran-pembelajaran sains (Zurida, 1998).

x

JADUAL SENARAI JADUAL MUKA SURAT

3.1

3.2

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

Sampel Responden Yang Diambil Dalam Kajian Tujuan Soalan Dalam Borang Soal Selidik Analisa Definisi Jirim Yang Diberi Oleh Murid Analisa Kefahaman Murid Tentang Keadaan Jirim Yang Mungkin Wujud 4.3.1 Perbandingan dan Peratusan Murid Yang Dapat

Mengkategorikan Jirim Dengan Betul

4.3.2 Perbandingan dan Peratusan Murid Yang Dapat

Mengkategorikan Bayang-bayang Sebagai Bahan

Bukan Jirim

Bahan Jirim dan Bukan Jirim Yang Disenaraikan Oleh Murid 4.5.1 Perbandingan dan Peratusan Sampel Yang Dapat

Mengkategorikan Pepejal dengan Betul

4.5.2 Perbandingan dan Peratusan Sampel Yang Dapat

Mengkategorikan Cecair dengan Betul

4.5.3 Perbandingan dan Peratusan Sampel Yang Dapat

Mengkategorikan Gas dengan Betul

Bilangan dan Peratusan Murid Yang Memberi Kesimpulan

Dengan Tepat Berdasarkan Eksperimen ( Gas Mempunyai

Jisim)

Bilangan dan Peratusan Murid Yang Memberi Kesimpulan Dengan Tepat Berdasarkan Eksperimen ( Pepejal Mempunyai Jisim) Bilangan dan Peratusan Murid Yang Memberi Kesimpulan Dengan Tepat Berdasarkan Eksperimen ( Cecair Mempunyai Jisim)

15

16

19

22

24

26

27

28

30

31

33

37

Page 13: KFAHAMAN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP … · oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) ... tradisi dalam proses pengajaran-pembelajaran sains (Zurida, 1998).

xi

4.9

4.10

4.11

4.12

4.13

4.14

Bilangan dan Peratusan Murid Yang Memberi Kesimpulan

Dengan Tepat Berdasarkan Eksperimen ( Cecair Tidak

Mempunyai Bentuk Yang Tetap)

Bilangan dan Peratusan Murid Yang Memberi Kesimpulan

Dengan Tepat Berdasarkan Eksperimen ( Gas Tidak

Mempunyai Bentuk Yang Tetap)

Bilangan dan Peratusan Murid Yang Memberi Kesimpulan

Dengan Tepat Berdasarkan Eksperimen ( Cecair Mempunyai

Isipadu Yang Tetap)

Bilangan dan Peratusan Murid Yang Memberi Kesimpulan

Dengan Tepat Berdasarkan Eksperimen ( Gas Tidak

Mempunyai Isipadu Yang Tetap)

Bilangan dan Peratusan Murid Yang Memberi Kesimpulan

Dengan Tepat Berdasarkan Eksperimen ( Pepejal Mempunyai

Isipadu Yang Tetap)

4.14.1 Bilangan dan Peratusan Kefahaman Murid Terhadap

Proses Peleburan

4.14.2 Bilangan dan Peratusan Kefahaman Murid Terhadap

Proses Pendidihan

39

41

43

45

47

49

51

Page 14: KFAHAMAN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP … · oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) ... tradisi dalam proses pengajaran-pembelajaran sains (Zurida, 1998).

xii

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran

Perkara

A Surat Pengenalan Diri

B Surat Kebenaran Kajian

C Instrumen Kajian

Page 15: KFAHAMAN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP … · oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) ... tradisi dalam proses pengajaran-pembelajaran sains (Zurida, 1998).

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Sains secara amnya adalah satu bidang keilmuan yang merangkumi proses

hasil dan sikap untuk kesejahteraan manusia. Sains amat menitikberatkan kaedah

inkuiri dan penyelesaian masalah. Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains

membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan kanak-kanak memahami

fenomena di sekeliling mereka. Kanak-kanak juga perlu dibantu menghubungkan

fakta dan konsep, membuat pengitlakan dan mengaitkan pembelajaran baru dengan

ilmu yang sedia ada. Ini membolehkan mereka berfungsi dengan baik dalam

kehidupan harian.

Sebagai satu kaedah inkuiri dan mengenai fenomena, murid dapat

memperkembangkan sikap yang positif. Pembelajaran sains dapat menggalakkan

semangat ingin tahu, kreativiti, berfikiran terbuka, ketabahan, ikram terhadap

hidupan dan menghargai alam sekitar.

Sains di peringkat sekolah rendah diberikan tumpuan kepada mempelajari

tentang diri sendiri dan alam sekitar melalui pengalaman dan penyiasatan dan

bertujuan melahirkan insan yang berpengetahuan dan berkemahiran saintifik dalam

membentuk masyarakat berbudaya sains dan teknologi, ikram, dinamik dan progresif

supaya lebih bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengkagumi ciptaan

alam.

Page 16: KFAHAMAN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP … · oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) ... tradisi dalam proses pengajaran-pembelajaran sains (Zurida, 1998).

2

Hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berfikiran saintifik dan

progresif berkait rapat dengan pembinaan potensi pelajar dari peringkat awal

persekolahan lagi. Pada tahun 1993, Pusat kurikulum (PPK) telah menerbitkan

Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah. Kurikulum baru ini memberi

penekanan terhadap tiga aspek utama: Pemerolehan pengetahuan, penguasaan

kemahiran saintifik dan penerapan sikap saintifik serta nilai murni. Unsur-unsur

utama dalam kurikulum sains ini diintegrasikan melalui pembelajaran berfikrah

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001), dengan menggunakan konsep experiental

learning untuk mengembangkan kemahiran proses sains pelajar secara inkuiri-

penemuan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Kemahiran saintifik adalah

merupakan asas penting dalam proses pengajaran-pembelajaran yang berteraskan

‘belajar melalui pengalaman’ sebagaimana yang dituntut dalam sains KBSR dan

KBSM.

Tanpa pengetahuan dan kemahiran yang mantap dalam aspek kemahiran

saintifik, pelajar tidak dapat melaksanakan aktiviti penyiasatan dengan berkesan.

Sehubungan dengan itu kurikulum sains sekolah rendah telah diperkenalkan ke

seluruh negara mulai sesi persekolahan 1994/1995 (BPG,1995). Murid-murid tahap 2

sekolah rendah mula diajar mata pelajaran sains. Tenaga pengajar sains perlu

merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang inovatif supaya murid-murid

yang akan mempelajari sains dengan mudah,seronok dan berkesan serta dapat

memahami menghayati dan membentuk konsep sains yang tepat dan kukuh dalam

minda kanak-kanak.

Namun demikian, ramai di kalangan guru sains sekolah rendah dan sekolah

menengah yang tidak melaksanakan kurikulum sains KBSR dan KBSM di sekolah

dengan berkesan sebagaimana yang dirancangkan. Misalnya, hasil kajian yang

dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) jelas menunjukkan guru

sains masih cenderung dan terikat dengan kaedah pengajaran-pembelajaran yang

berpusatkan guru, tanpa berusaha memberi penekanan terhadap kesepaduan domain

kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Ramai guru masih menggunakan kaedah

tradisi dalam proses pengajaran-pembelajaran sains (Zurida, 1998). Guru masih

menggunakan papan hitam dan banyak memberi syarahan di mana pelajar disogok

Page 17: KFAHAMAN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP … · oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) ... tradisi dalam proses pengajaran-pembelajaran sains (Zurida, 1998).

3

dengan fakta tanpa memahaminya (Azizah, 1999). Dengan kata lain, pelajar tidak

diberi peluang terlibat secara aktif untuk merancang aktiviti amali yang bakal

dilakukan. Mereka melakukan aktiviti amali hanya dengan mengikut segala prosedur

yang telah ditetapkan seperti mengikut buku resipi untuk mengesahkan sesuatu teori

atau menerangkan sesuatu konsep (Sharifah Maimunah dan Lewin, 1993). Kerja

amali yang dilakukan hanya bertujuan memupuk kemahiran manipulatif pelajar,

sebagaimana yang dicadangkan oleh kebanyakan buku rujukan yang terdapat di

pasaran. Seharusnya, pelajar diberi peluang untuk membina hipotesis, merancang,

menjalan dan meramal hasil eksperimen yang mereka lakukan (Tobin dan Capie,

1980). Dengan ini, kerja amali yang dilakukan dapat menggalakkan pelajar

berfikiran kritis dan kreatif, membukti dan mengesahkan teori atau konsep, di

samping dapat memupuk minat mereka. Guru perlu memberi peluang kepada pelajar

membina dan meneroka sendiri pembelajaran mereka melalui pengalaman.

Dalam era globalisasi dan masyarakat berteknologi tinggi yang semakin

kompleks, banyak keputusan dibuat memerlukan pendekatan inkuiri sains bagi

menghasilkan sesuatu penyelesaian. Justeru, pelajar perlu mempelajari bukan setakat

fakta tetapi menguasai kemahiran proses sains demi mempertingkatkan kemahiran

berfikir mereka secara analitik dan lebih berjaya dalam menyelesaikan sesuatu

masalah (Tobin dan Capie, 1982). Kemahiran proses sains bukan sahaja bertindak

sebagai penyokong untuk aktiviti inkuiri-penemuan, malah ia memainkan peranan

penting dalam membeza dan mengkoordinatkan teori dan bukti.. Melalui pendekatan

ini, pelajar berpeluang menggabungkan pengetahuan saintifik, proses dan kemahiran

berfikir untuk memahami sesuatu konsep. Kajian yang dijalankan oleh Wellington

(1989) mendapati penguasaan kemahiran proses sains adalah lebih tinggi dari segi

intelek berbanding dengan penguasaan fakta dan prinsip sains. Apabila pelajar telah

menguasai kemahiran proses sains, mereka boleh mencari jawapan serta membentuk

idea atau konsep sendiri mengenai sebarang fenomena sains. Dengan ini kanak-

kanak akan dapat membetulkan miskonsepsi yang dibuat oleh mereka sendiri dan

membentuk semula konsep baru yang selaras dengan konsep sains yang sebenarnya

melalui proses asimilasi dan akomodasi.

Page 18: KFAHAMAN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP … · oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) ... tradisi dalam proses pengajaran-pembelajaran sains (Zurida, 1998).

4

Sebagaimana yang telah kita ketahui, penggubalan semula KBSR dan KBSM

telah dilakukan untuk pelaksanaan pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa

Inggeris pada tahun 2003. Pengubahsuaian dan perubahan kurikulum ini bukan

sahaja dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang didapati dalam sukatan

pelajaran lama, tetapi juga dijangka dapat mencapai cita dan hasrat yang tersirat

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020, khasnya untuk

menghadapi cabaran globalisasi pendidikan yang menggunakan pengajaran dan

pembelajaran melalui internet dengan penggunaan komputer sebagai media.

Disamping penggunaan komputer, pelbagai usaha telah dijalankan oleh

Kementerian Pendidikan demi membawa reformasi serta perkembangan baru dalam

pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan,

teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan

serta kemahiran dan latihan guru.

Persoalannya, adakah segala usaha dilaksanakan dengan sempurna dan ia

benar-benar dapat memberi manfaat kepada murid-murid ke arah membentuk

generasi akan datang yang benar-benar menguasai ilmu sains itu sendiri disamping

nilai-nilai murni yang juga tidak kita abaikan?

Oleh yang demikian adalah perlu kita sentiasa melihat dan menilai sejauh

manakah murid-murid menguasai konsep-konsep sains sejak di sekolah rendah lagi

agar minat mereka akan semakin meningkat dan mencapai kecemerlangan dalam

bidang sains sebagaimana kejayaan yang dikecapi oleh negara Jepun dan Korea yang

boleh kita contohi.

1.2 Latar Belakang Masalah

Jirim merupakan unit yang paling asas bagi bahan yang wujud di sekeliling

kita di muka bumi ini. Setiap benda tidak kira benda hidup atau benda bukan hidup

Page 19: KFAHAMAN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP … · oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) ... tradisi dalam proses pengajaran-pembelajaran sains (Zurida, 1998).

5

terdiri daripada jirim. Jirim akan wujud dalam tiga keadaan yang utama iaitu

pepejal, cecair dan gas.

Dalam bidang sains, jirim yang wujud sama ada dalam keadaan pepejal,

cecair atau gas merupakan unit kajian yang utama dan paling asas. Oleh yang

demikian, kanak-kanak sekolah yang mula mempelajari sains sama ada dengan cara

pengalaman yang wujud dalam kehidupan harian atau yang dipelajari secara formal

melalui mata pelajaran sains di sekolah seharusnya benar-benar mengenali dan

memahami secara mendalam tentang kewujudan bahan pepejal, cecair dan gas.

Kefaahaman tentang konsep sebab wujudnya tiga keadaan yang berlainan

dalam sesuatu jirim melalui cerapan struktur fizikal dan ciri-ciri kimia, membolehkan

murid-murid menguasai konsep sains yang seterusnya dengan lebih mantap. Ini

adalah kerana pengetahuan yang sedia ada pada murid-murid tentang fenomena alam

hasil dari pemerhatian, pengalaman dan interaksi dengan ahli keluarga, rakan sebaya

atau dari televisyen, internet, buku dan alam sekitar diperolehi secara tidak formal.

Jika kanak-kanak dapat membentuk konsep sains yang tepat selaras dengan konsep

saintis, maka kewujudan kerangka alternatif akan dapat dikurangkan pada tahap

yang minimum. Ini amatlah penting kerana kerangka alternatif yang wujud akan

memberi kesan yang amat besar apabila seseorang kanak-kanak itu dalam memberi

generalisasi terhadap sesuatu fenomena yang dilihatnya dengan pengalaman

sebelumnya melalui proses asimilasi atau akomodasi.

Banyak kajian menunjukkan idea-idea yang dibentuk oleh pelajar biasanya

berbeza dengan pengetahuan saintifik. Idea-idea yang berbeza ini dikenali dengan

istilah prakonsepsi, miskonsepsi, konsepsi naid, konsepsi alternatif, sains kanak-

kanak, kerangka alternatif dan sebagainya (Poh Swee Hiang 1997). Kerangka

alternatif yang dipunyai oleh pelajar adalah sesuatu yang sukar untuk diperbetulkan

dan bersifat kekal (Holton, 2001). Terdapat juga kajian-kajian yang menunjukkan

bahawa sesuatu bentuk salah pengkonsepsiannya yang sudah terbentuk di fikiran

pelajar akan sukar dibetulkan dan biasanya kekal sehingga peringkat pengajian tinggi

(Rosnich dan element,1980).

Page 20: KFAHAMAN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP … · oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) ... tradisi dalam proses pengajaran-pembelajaran sains (Zurida, 1998).

6

Oleh sebab kerangka alternatif merupakan idea awal yang mempengaruhi

kanak-kanak dalam menjalankan penyiasatan dan memahami konsep-konsep yang

ingin dipelajari. Dalam kajian ini, pengetahuan pelajar mengenai konsep bahan

pepejal, cecair dan gas dipilih memandangkan ia adalah konsep yang sering

menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar (Nakhleh & Samarapungavan, 1999)

Dalam tempatan rekod kajian mengenai konsep pendidihan pernah dijalankan oleh

Mohd Yusof dan Johari (2003). Dengan kata lain, pembentukan konsep yang berlaku

di dalam fikiran pelajar adalah berbeza dengan hasrat yang ingin dicapai oleh

gurunya atau pelajar mempunyai pemahaman kurang tepat dari konsep asas yang

sebenar. Ini mudah berlaku oleh sebab ujian pemahaman terhadap sesuatu konsep

adalah lebih sukar dengan ujian jika dibandingkan pencapaian terhadap fakta-fakta

asas Sains (Fauziah Binti Momen, 1999)

Perselisihan idea ini boleh mengganggu dan mengelirukan murid-murid

terhadap pembelajaran sains mereka. Wheeler (1967) menyatakan bahawa murid-

murid tidak dapat memahami sains semata-mata dengan mentelaah dan memerhati

persekitaran sebaliknya untuk menjiwai sains, mereka harus melakukan aktiviti-

aktiviti saintifik secara sistematik. Menurut teori perkembangan kognitif Piaget

(Poh,1997) bahawa setiap murid mempunyai skema sedia ada (kerangka alternatif)

berdasarkan pengalaman inteleknya. Pembelajaran yang berjaya adalah hasil

penstrukturan semula kerangka alternatifnya kepada satu penemuan baru.

Beberapa orang pengkaji telah mengkaji kefahaman pelajar mengenai jirim

dalam keadaan pepejal, cecair dan gas. Stavy dan Stachel (1988) mendapati bahawa

kanak-kanak cenderung menganggap pepejal sebagai suatu benda yang keras dan

kuat. Tanggapan ini telah menyebabkan mereka sukar untuk menjelaskan bahan-

bahan pepejal seperti tepung, span, kain dan bahan-bahan dalam bentuk serbuk

sebagai pepejal. Jones dan Lynch (1989) juga melaporkan bahawa kanak-kanak

menganggap bahawa ais bukan pepejal kerana asalnya adalah air, lilin juga dikatakan

bukan pepejal kerana ia boleh melebur menjadi cecair. Cecair pada fikiran kanak-

kanak adalah sesuatu benda yang cair dan boleh dituang. Stavy (1988) juga

mendapati kanak-kanak sering menyamakan cecair dengan air dan ini mengakibatkan

Page 21: KFAHAMAN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP … · oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) ... tradisi dalam proses pengajaran-pembelajaran sains (Zurida, 1998).

7

kenak-kanak menganggap cecair adalah sesuatu yang berair atau diperbuat daripada

air atau sesuatu yang berasaskan air. Kanak-kanak juga sering menganggap gas

adalah sesuatu yang tidak baik kerana beracun, membahayakan dan mudah terbakar

tetapi sebaliknya udara adalah sesuatu yang baik.

1.3 Pernyataan Masalah

Menurut kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji sama ada

di negara kita mahupun di luar negara tentang kefahaman konsep pepejal, cecair dan

gas adalah rendah terutama bagi murid-murid sekolah rendah. Tajuk jirim ini juga

penting untuk kefahaman kepada tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran sains. Oleh

itu kajian ini dilakukan bertujuan mengenalpasti tahap kefahaman mengenai konsep

bahan pepejal, cecair dan gas murid tahun 4, 5 dan 6 dimana tajuk ini melibatkan

konsep sains yang paling asas dalam pembelajaran sains sekolah rendah.

Objektif Kajian

Untuk mengenalpasti kefahaman murid tahun 4, 5 dan 6 terhadap konsep jirim.