Kh Jan 2014 Mac 16 - Copy

17
FAKULITI PENDIDIKAN DAN BAHASA ____________________________________ _____ SEMESTER 8 : JAN 2014 KOD KURSUS : HBLS 3203 (SMP) ( ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK ) TAJUK TUGASAN : EMPANGAN HIDRO, SISTEM GRID NASIONAL DAN TRANSISTOR TUTOR ONLINE : GHAZALI @ HASSAN B. SULAIMAN DEADLINE : 16 MAC 2014 NO MATRIKULASI : NAMA : NO KAD PENGENALAN : NO TELEFON : 0137082017 OUM BATU PAHAT AHAD 16 JANUARI 2014

description

Transistor

Transcript of Kh Jan 2014 Mac 16 - Copy

FAKULITI PENDIDIKAN DAN BAHASA _________________________________________SEMESTER 8 : JAN 2014KOD KURSUS : HBLS 3203 (SMP)( ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK )TAJUK TUGASAN : EMPANGAN HIDRO, SISTEM GRID NASIONAL DAN TRANSISTORTUTOR ONLINE : GHAZALI @ HASSAN B. SULAIMAN DEADLINE : 16 MAC 2014

NO MATRIKULASI:NAMA:NO KAD PENGENALAN:NO TELEFON:EMAIL:LEARNING CENTRE :DEADLINE : 0137082017 OUM BATU PAHATAHAD 16 JANUARI 2014

Penghargaan

Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurniaNya jua maka tugasan ini dapat saya selesaikan. Namun di kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang untuk merakamkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada tutor online, En. Ghazali @ Hassan b Sulaiman di atas panduan-panduan dan idea-idea yang dititipkan kepada pelajar-pelajarnya di ruangan Forum MYVLE yang dapat saya jadikan garispanduan dalam menyiapkan kerja kursus ini.Tidak lupa juga ingin saya memanjatkan rasa terima kasih saya kepada tutor Kelas Tutorial HBLS 3203 ( Asas Elektrik dan Elektronik ), En Abdul Sukur bin Kamsir, di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan di sepanjang saya menghadiri kelasnya dan disepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Begitu juga kepada rakan-rakan Forum Portal MyVLE, rakan-rakan sekelas, rakan-rakan sepengajian dan rakan-rakan kenalan yang lain yang sudi menghulurkan bantuan dan pandangan untuk tugasan ini, terimakasih banyak-banyak dan hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik kalian.

Isikandungan

TajukMukasurat

0.0Penghargaan 2

1.0Pengenalan Janakuasa Elektrik Hidro 4-5

1.1Sejauh mana Janakuasa Elektrik Hidro membantu mengurangkan pencemaran Alam ..5-7

1.2Pengenalan Grid Nasional ..7

1.2.1

Bagaimana sistem Grid Nasional itu dapat membantu menstabilkan pengagihan elektrik secara berterusan kepada pengguna ..7

2.0Satu Kertas Penerangan yang meliputi sesi P&P satu jam untuk murid Tahun 6 yang ringkas, jelas dan mudah difahami serta bersesuaian dengan aras murid bertajuk TRANSISTOR ...8-10

3.0Senarai Rujukan .11

1.0 Pengenalan Janakuasa Elektrik Hidro

DiMalaysia, tenaga elektrik bukan sahaja dijana melalui sumber tenaga kovensional tetapi turut dijana malalui tenaga tidak kovensional seperti tenaga hidro. Terdapat tiga jenis stesen jana kuasa iaitu stesen jana kuasa hidro, terma dan gas. Stesen-stesen jana kuasa ini didirikan di lokasi yang bersesuaian dengan penggerak utamanya. Stesen jana kuasa hidro menggunakan air daripada empangan sebagai penggerak utamanya untuk memusingkan turbin. Stesen jana kuasa hidro menggunakan konsep fizik di mana apabila air ditakung pada paras yang tertentu, ia akan menghasilkan tekanan yang tinggi sekitar 90-95%. Selain dapat menjana tenaga elektrik untuk keperluan negara,stesen jana kuasa hidro ini juga membantu dalam mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan minyak malah dapat mengurangkan masalah pencemaran udara.Contohnya seperti Empangan Hidroelektrik Bakun di Sarawak dan Empangan Hidroelektrik Kenyir di Terengganu. Stesen jana kuasa terma pula menggunakan bahan api seperti arang batu dan gas bagi memanaskan air dalam dandang. Dandang akan mengeluarkan stim bertekanan tinggi bagi memutarkan kipas turbin. Stim bertekanan tinggi merupakan sumber penggerak utama stesen jana kuasa terma. Seterusnya, stesen jana kuasa gas pula menggunakan gas bertekanan tinggi sebagai sumber penggerak utama bagi memutarkan kipas turbin. Gas bertekanan tinggi dihasilkan daripada dandang pembakaran melalui pemampatan udara.

Tenaga hidroelektrik ini juga bersih dan tidak mencemarkan udara. Penghasilan tenaga ini tidak membebaskan gas karbon dioksida yang mampu mencemarkan kandungan udara dan bahan radio aktif atau bahan kimia lain yang boleh mencemarkan sungai. Hal ini berbeza pula dengan tenaga konvensional seperti petroleum yang mampu mencemarkan kandungan udara di sekeliling ketika proses pembakarannya di stesen jana kuasa. Tenaga hidroelektrik juga telah menjadi komersial kerana tenaga ini selamat digunakan dan sangat efisien kepada pengguna. Tambahan lagi, tenaga hidroelektrik juga amat murah untuk dijanakan. Hal ini bersesuaian dengan keadaan kewangan negara-negara membangun seperti Malaysia yang masih belum begitu kukuh. Melalui penjanaan hidroelektrik ini, ianya mampu memberikan pulangan yang agak lumayan dan menambahkan lagi pendapatan untuk negara.

1.1 Perbincangan sejauh mana Janakuasa Elektrik Hidro membantu mengurangkan pencemaran Alam

Penjanaan hidroelektrik membantu mengurangkan kesan negatif daripada penggunaan bahan api fosil (minyak & arangbatu) dalam penjanaan tenaga elektrik di Malaysia. Pembakaran bahan api fosil dalam penjanaan tenaga elektrik membebaskan asap yang mengandungi berjuta-juta ton bahan-bahan terampai seperti karbon dioksida, sulfur dioksida, hidrokarbon dan sebagainya ke udara. Masalah ini menyebabkan udara menjadi semakin tercemar kerana ditambah pula dengan pembebasan gas-gas pencemar oleh industri-industri perkilangan lain dan kenderaan-kenderaan bermotor. Maka, hal ini telah memburukkan lagi keadaan sehingga boleh menyebabkan berlakunya kejadian hujan asid, jerebu, dan peningkatan suhu yang juga boleh mendatangkan kesan buruk kepada manusia.1.1.1 Hujan Asid Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Hal ini disebabkan oleh air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid contohnya seperti sulfur dioksida yang terdapat di atmosfera. Pada masa kini, peningkatan permintaan dan penggunaan tenaga elektrik telah menyebabkan bertambahnya pembakaran bahan api fosil dalam kuantiti yang banyak. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak dan arang batu oleh loji tenaga membebaskan banyak bahan-bahan pencemaran. Bahan-bahan pencemaran ini kemudiannya disebarkan oleh angin dan bergabung pula dengan titisan air yang turun sebagai air hujan yang sarat dengan asid sulfurik dan asid nitrik. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Hal ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi berkarat dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama kepada golongan kanan-kanak dan golongan warga emas, serta mereka yang berpenyakit seperti penghidap asma. 1.1.2 JerebuJerebu pula merupakan zarah-zarah kecil terampai yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada aktiviti manusia. Masalah jerebu sering kali berlaku di Malaysia. Keadaan ini berpunca apabila berlaku pembakaran bahan api fosil yang tidak lengkap dari stesen jana kuasa serta proses perindustrian yang mengeluarkan asap hitam. Apabila zarah-zarah kecil ini berkumpul dalam jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan bertindak menyerap dan menghalang cahaya matahari dari sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan mengurangkan jarak penglihatan.

Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan dari dahulu sampailah sekarang. Contohnya pada 11 Ogos 2005, Malaysia pernah mengisytiharkan darurat akibat jerebu di Selangor dan Pelabuhan Klang setelah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras 500. Hal ini telah menyebabkan kesihatan dan kadar penglihatan penduduk di kawasan tersebut terjejas.IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon.Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk, kesukaran untuk bernafas atau kesesakan nafas, mata pula terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan dada pula terasa sakit.

1.1.3 Peningkatan Suhu BumiKenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia termasuk Malaysia. Kenaikan suhu bumi berlaku disebabkan oleh pembebasan gas-gas pencemar seperti gas karbon dioksida ke udara. Tambahan pula, banyak hutan telah dibalak untuk tujuan komersial. Hal ini menyebabkan hutan tidak dapat lagi berfungsi sebagai penyerap gas karbon dioksida. Maka, kandungan gas karbon dioksida semakin meningkat dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak ini telah bertindak menyerap haba, maka menyebabkan haba tidak dapat terbebas ke udara lalu menyebabkan suhu bumi meningkat dan hawa menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global. Kesannya, bukan saja permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian bencana alam seperti gempa bumi, letusan gunumg berapi dan sebagainya.

Oleh itu, langkah-langkah yang efektif perlu dilakukan untuk mengurangkan kesan negatif akibat daripada penggunaan bahan api fosil tersebut. Sumber alternatif juga perlulah dibangunkan untuk mengurangkan atau menggantikan bahan api fosil yang boleh memudaratkan alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Jadi, jelaslah tenaga kinetik air atau lebih tepat lagi penjanaan kuasa hidro yang digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik sememangnya pilihan yang tepat dan wajar berbanding kaedah-kaedah yang lain kerana ianya terbukti lebih efisien dan efektif dalam membantu mengatasi pencemaran alam. 1.2 Pengenalan Grid NasionalRangkaian Grid Nasional adalah rangkaian kabel yang menghubungkan semua stesen janakuasa untuk mengalirkan arus elektrik kepada pengguna seluruh negara. Malaysia menamakan sistem gridnya sebagai Rangkaian.Grid Nasional menyambungkan pusat-pusat janakuasa-janakuasa elektrik yang besar. Ianya meliputi jaringan talian penghantarelektrikyang menghubungkan janaan, penghantaran, pembahagian dan pengagihan elektrik diMalaysia.Grid nasional Malaysia turut dihubungkan kepada grid elektrik Thailand yang dikendalikan olehLembaga Elektrik Thailand(EGAT) dan juga grid elektrik Singapura yang dikendalikan olehSingapore Power.

1.2.1 Perbincangan bagaimana sistem Grid Nasional dapat membantu menstabilkan pengagihan elektrik secara berterusan kepada pengguna.

i. Bekalan sentiasa mencukupi walaupun salah satu janakuasa elektrik yang lain menghadapi masalah atau gagal berfungsi.ii. Perubahan frekuensi sentiasa stabil.iii. Bilangan stesen janakuasa elekrik yang berkapasiti kecil dapat dikurangkan jumlahnya.

2.0 Satu Kertas Penerangan yang meliputi sesi P&P satu jam untuk murid Tahun 6 yang ringkas, jelas dan mudah difahami serta bersesuaian dengan aras murid bertajuk TRANSISTOR

2.0 KERTAS PENERANGANTAJUK : TRANSISTORUntuk murid Tahun 6 Meliputi sesi P&P Selama Satu Jam

2.1- Sejarah ringkas Transistor

Transistorsebenarnya berasal dari kata transfer yang bermaksud pemindahan dan resistor yang bermaksud perintang. Dari kedua perkataan tersebut, kesimpulan pengertian transistor adalah perubahan daripada arus rintangan rendah kepada arus rintangan tinggi atau sebaliknya. 2.2- Pencipta transistor

John BardeenPencipta transistor, John Bardeen (23 Mei 1908 - 30 Januari 1991) adalah seorang ahli fizik Amerika dan jurutera elektrik. Beliau adalah satu-satunya pemenang sebanyak dua kali Hadiah Nobel dalam bidang Fizik. Bardeen dilahirkan di Madison, Wisconsin. Bapanya, Charles Bardeen adalah seorang Profesor di Sekolah Perubatan Universiti of Wisconsin. Beliau menamatkan ijazahnya di Universiti Wisconsin-Madison manakala PhD nya pula di Universiti Princeton pada tahun 1936. Bardeen bekerja dengan William Shockley dan Walter Brattain untuk mencipta transistor pada 23 Disember 1947. Mereka berkongsi Hadiah Nobel pada tahun 1956. Namun komponen ini hanya mula digunakan pada tahun 1958.

Replika transistor (hampagas) pertama di dunia.Pada zaman dahulu sebelum terciptanya transistor sepertimana yang ada pada hari ini , peralatan elektronik seperti radio dan television menggunakan tabung-tabung hampa gas sebagai salah satu komponennya yang berfungsi sebagaimana transistor. Penggunaan transistor sangat efisien dan efektif disebabkan saiznya yang lebih kecil, menjimatkan elektrik dan memanjangkan hayat sesuatu peralatan / perkakasan.2.3- Fungsi TransistorTransistor banyak digunakan dalam radio, televisyen dan komputer. Transistoradalahalat semi konduktor (separa pengalir) yang digunakan sebagai : penguat / pengganda arus elektrik, voltan atau kuasa. pemutus dan penyambung arus (suis/switching). Berdasarkan arus inputnya (BJT) atau tegangan inputnya (FET), Transistor membolehkan pengaliran arus elektrik dapat dikawal dan terkawal. Fungsi-fungsi lain transistor :

Bentuk Transistor di Zaman Awal EvolusinyaSebagai penguat amplifier. Sebagai pemutus dan penyambung (switching). Sebagai pengawal arus. Mengawal arus yang mengalir. Menguatkan arus dalam litar. Sebagai pembangkit frekuensi rendah ataupun tinggi.

Transistor Moden Kini Saiz transistor dalam ukuran meter.2.4- Bahan TransistorTransistor berasal dari bahan atom germanium, Indium dan Arsenikum atau Silikon. Ia sejenis bahan yang tidak mengalirkan arus elektrik. Setelah mengalami proses peleburan, maka terbentuklah hasil campuran yang dinamakan P-N junction. Bahan campuran ini mempunyai sifat separa pengalir elektrik. Itulah sebabnya hasil campuran ini dinamakan semikonduktor. Jadi semikonduktor atau transistor ini hasil pencampuran lagi dari jenis P-N junction dan N-P junction. Bila dua jenis atom P dan N junction digabungkan, maka terbentuklah bahan baru Logam Silikon Oksida ( Metal Oxide Silicon or Semiconductor ) yang dinamakan transistor.Jadi transistor terbentuk dari bahan-bahan: PN + NP menjadi PNP Np + PN menjadi NPN PN + PN menjadi PNPN 2.5- Bentuk Asas TransistorRekaan Transistor ada berbagai bentuk. Namun asasnya tetap sama iaitu terdiri daripada tiga kaki (lead) iaitu : BASE- lead yang mengaktifkan transistor. COLLECTOR- lead positive. EMITTER- lead negative.

.2.6- Kategori transistorKategori transistor pula ada dua iaitu : transistor persimpangan dwikutub atau bipolar junction transistors (BJTs) dan transistor kesan medan atau field effect transistors (FETs).

2.7- Jenis-jenis Transistor 1. Terdapat dua jenis transistor iaitu : transistor jenis NPN ( satu lapisan nipis bahan separa pengalir jenis-P diapit oleh bahan separa pengalir jenis-N.) transistor jenis PNP. ( satu lapisan nipis bahan separa pengalir jenis-N diapit oleh bahan separa pengalir jenis-P.)

Struktur Transistor NPN Struktur Transistor PNP 2. Hampir kebanyakan litar cenderung untuk menggunakan sistem NPN3. Jenis transistor yang terdpat pada litar skematik (samada jenis PNP atau NPN) boleh dikenali pasti dengan melihat anak panah pada kaki pemancar (e). 4. Untuk membezakannya, ia dapat dilihat dari bentuk arah panah yang terdapat pada kaki emitornya. Arah panah pada transistor PNP akan mengarah ke dalam, sedangkan pada transistor NPN arah anak panahnya akan mengarah ke luar.

2.8- Simbol Transistor PNP dan NPN 8.1 Transistor NPN Gambar menunjukkan lakaran simbol Transistor PNP. Arah panah pada transistor PNP akan mengarah ke luar .

8.2 Transistor PNP Gambar menunjukkan lakaran simbol Transistor PNP. Arah panah pada transistor PNP akan mengarah ke dalam.

2.9- Fungsi Transistor di Era DigitalDalam litar digital mereka berfungsi sebagai suis elektrik, termasuk pintu pagar logik (logic gates) capaian rawak atau random access memory (RAM), dan mikropemproses (microprocessors).

Senarai Rujukan :

http://www.technologystudent.com/elec1/transis1.htm diakses pada 1 Mac 2014 jam 2.00 p.m.

http://electronic-schema.blogspot.com/2009/01/pengenalan-komponen-elektronik-dan.html diakses pada 1 Mac 2014 jam 2.00 p.m.

http://komponenelektronika.biz/pengertian-transistor.html diakses pada 1 Mac 2014 jam 10.00 p.m.

http://id.wikipedia.org/wiki/Transistor diakses pada 1 Mac 2014 jam 10.00 p.m.

http://www.produksielektronik.com/2013/07/jenis-komponen-elektronika-beserta-fungsi-dan-simbolnya/ diakses pada 2 Mac 2014 jam 2.30 a.m.

http://elektrikaldanaircon.blogspot.com/2013/04/pengenalan-kepada-sistem-grid-nasional.html diakses pada 3 Mac 2014 jam 3.00 p.m.http://smkpulaunyior1.blogspot.com/2012/04/penjanaan-penghantaran-dan-pengagihan_25.html diakses pada 3 Mac 2014 jam 3.30 p.m.http://isma1991.blogspot.com/2012/01/assigment-hgf3032-penggunaan-bahan-api.html http://www.pmm.edu.my/jke3/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=178&Itemid=54 diakses pada 3 Mac 2014 jam 3.30 p.m.http://ms.wikipedia.org/wiki/Pembekalan_kuasa_elektrik diakses pada 4 Mac 2014 jam 3.30 p.m.http://azlanz.b.tripod.com/alone/pbl.htm diakses pada 4 Mac 2014 jam 4.30 p.m.http://meih.st.gov.my/documents/10620/24e31d05-01fa-4dcf-adef-eac0452b24cf diakses pada 4 Mac 2014 jam 5.30 p.m.

http://besrtmkk.wordpress.com/2014/01/17/17012014-masalah-teknikal-jaringan-janakuasa-sesb-punca- bekalan-elektrik-terputus/ diakses pada 5 Mac 2014 jam 12.00 a.m.http://ms.wikipedia.org/wiki/Gangguan_bekalan_elektrik diakses pada 6 Mac 2014 jam 12.00 a.m.http://bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=443787 diakses pada 6 Mac 2014 jam 1.00 a.m.History Of Grid dalam http://en.wikipedia.org/wiki/Smart_grid#Modernizes_both_ transmission_and_ distribution diakses pada 6 Mac 2014 jam 2.00 a.m.Power Grid Malaysia/History TNB http://www.tnb.com.my/about-tnb/history.html diakses pada 7 Mac 2014 jam 4.00 p.m.

Page | 8