KH TH6

9
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN HIDUP Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup Tahun 6 Hari : Ahad Tarikh : 12 April 2015 Masa : 8.50 – 9.50 pagi Kelas : 6 Bestari Bilangan : / 9 Orang Tajuk : 1.4 Elektrik dan elektronik Sub Tajuk : Penghasilan projek elektronik Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah mempelajari komponen elektrik semasa di tahun 5. Hasil Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan: i. Dapat membaca dan menterjemah litar projek elektrik dan elektronik iaitu lukisan skematik dan lukisan bergambar.

description

kh

Transcript of KH TH6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN HIDUP

Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup Tahun 6Hari : AhadTarikh : 12 April 2015Masa : 8.50 9.50 pagiKelas : 6 BestariBilangan : / 9 OrangTajuk : 1.4 Elektrik dan elektronikSub Tajuk : Penghasilan projek elektronikPengetahuan Sedia Ada : Murid pernah mempelajari komponen elektrik semasa di tahun 5.Hasil Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan:i. Dapat membaca dan menterjemah litar projek elektrik dan elektronik iaitu lukisan skematik dan lukisan bergambar.ii. Dapat mengenal bahan komponen elektrik iaitu transistor, kapasitor, perintang tetap dan diod pemancar cahaya.

Penerapan nilai: Semangat, patuh arahan, berani, bekerjasama, yakinKemahiran Berfikir : menjana idea, membuat gambaran mental, membanding beza, mengkategorikan, mengenal pasti, mengelaskan, ingat kembali, rajinBahan Bantu Mengajar : pembesar suara, kad bergambar, puzzle, bola bawang (kertas yang dironyokkan), lirik lagu, lembaran kerja, , kad perkataanPenyerapan ilmu : Pendidikan MuzikStrategi pdp : kontekstual, penerangan, mediatif, kontekstual, penerangan, berpusatkan murid, soal jawab, penerangan

LANGKAH / MASAISI PELAJARANAKTIVITI PDPCATATAN

Set induksi( 5 minit )Pengenalan kepada tajuk:Permainan puzzle (litar skematik dan litar bergambar)

1. Guru menyediakan permainan puzzle.2. Murid menyiapkan puzzle yang diberi.3. Guru menghubungkaitkan gambar yang terdapat pada puzzle itu dengan pelajaran hari ini.4. Murid mendengar penerangan oleh guru.BBM : - Puzzle

Kemahiran berfikir:-membuat gambaran men tal-menjana idea

Nilai murni:-semangat-patuh arahan-bekerjasama Strategi:-kontekstual

Langkah 1(10 minit)

Penerangan daripada guru:

Litar elektronik:

Litar skematik lukisan yang menggunakan simbol komponen elektrik.

Litar bergambar lukisan yang menggunakan gambar komponen elektrik

1. Guru membuat penerangan berkaitan litar bergambar dan skematik.2. Murid mendengar penerangan daripada guru.BBM : - Puzzle bergambar-kad bergambar

Kemahiran berfikir:-membanding beza

Nilai murni:-patuh arahan Strategi:-penerangan

Langkah 2(20 minit)Aktiviti bola bawang

Gambar komponen elektronik dan simbol komponen elektronik. Perintang Tetap LED Transistor Kapasitor

1. Guru menerangkan cara permainan kepada murid murid.2. Murid murid mendengar penerangan daripada guru.3. Lagu dipasangkan dan murid membaling bola bawang tersebut.4. Murid yang terakhir memegang bola bawang akan membuka gambar pada lapisan pertama.5. Murid perlu mencari nama bagi gambar tersebut.6. Aktiviti diteruskan sehinggalah murid selesai melengkapkan kesemua gambar bagi komponen elektrik beserta simbol.7. Guru akan membuat penerangan setelah murid berjaya melengkapkan gambar dan simbol komponen.8. Guru memberikan kad perkataan pada setiap kumpulan.9. Murid perlu berbincang dalam kumpulan untuk memadankan fungsi tersebut pada gambarnya.10. Perbincangan antara guru dan murid berkaitan fungsi komponen tersebut.BBM : -Bola bawang-pembesar suara

Kemahiran berfikir:-mengkategorikan-mengenalpasti

Nilai murni:-semangat-berani-kerjasama

Strategi:-mediatif-kontekstual-penerangan-berpusatkan murid

Langkah 3(10 minit)

Aktiviti menyanyi.

Lirik lagu komponen elektronikNamaku LED, aku bercahaya, alir arus sehala itu fungsi saya, aku warna warni,boleh pilih saja kalau kamu suka

Namaku Transistor. meninggikan arus, voltan dan kuasa, Ada tiga kaki,kalau kamu suka boleh pilih saja

Saya berkutub dan juga tak berkutub,nama yang diberi adalah kapasitorada dua kaki, Simpan cas elektrik membuang cas elektrik.

kaki saya panjang, badan saya di tengah,nama yang diberi, aku perintang tetap,fungsinya mengawal arus mengikut garisan yang ada di badan

(ulang semula)

ini saja kisah komponen elektronik,kalau ada masa kita berjumpa lagiwahai murid murid,selamat belajar, semoga berjaya.1. Guru mengedarkan lirik lagu kepada murid murid.2. Murid diminta untuk membaca lirik.3. Guru memasang lagu dan meminta murid mendengar.4. Murid menyanyi berdasarkan lagu tersebut.5. Setiap orang murid akan mendapat kad bergambar.6. Murid perlu mengangkat kad bergambar ketika menyebut nama komponen tersebut.

BBM :-lirik lagu-pembesar suara-kad bergambar

Kemahiran berfikir:-mengenalpasti-mengelaskan

Nilai murni:-semangat-yakin

Strategi:-Berpusatkan murid-mediatif

Langkah 4(10 minit)Lembaran kerja (rujuk lampiran)1. Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai aktiviti pengukuhan.2. Murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru.

BBM :-Lembaran kerja

Kemahiran berfikir:-mengingat kembali

Nilai murni:- rajin

Penutup (5 minit)Kesimpulan pembelajaran hari ini.

Cadangan soalan: Apakah litar elektronik yang telah dipelajari hari ini? Apakah beza litar bergambar dan litar skematik? Apakah 4 komponen yang dipelajari tadi? Apakah fungsi LED?

1. Guru menyoal murid tentang pembelajaran hari ini.2. Murid murid mengangkat tangan untuk menjawab soalan.3. Guru membuat kesimpulan berdasarkan pembelajaran hari ini.

Kemahiran berfikir:-mengingat kembali

Nilai murni:- berani

Strategi:-soal jawab-penerangan

REFLEKSI:________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________