Khairanijurnal bagus 2.pdf

download Khairanijurnal bagus 2.pdf

of 9

Transcript of Khairanijurnal bagus 2.pdf

  • 1

    ISBN : 978-967-0582-32-0

    Perkaitan Keibubapaan Dan Keagamaan Dengan Kesedaran Untuk Berubah Di Kalangan

    Remaja Pelajar Politeknik Kuching Sarawak

    Khairani Kaharuddin Politeknik Kuching Sarawak

    Mohd. Dahlan A. Malek Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

    ABSTRAK

    Penglibatan remaja dalam masalah tingkah laku pada masa ini, dikatakan

    berpunca daripada kelemahan ikatan dan kawalan ibu bapa serta penerapan

    pendidikan agama. Hasil kajian banyak menunjukkan bahawa ibu bapa adalah

    sebagai orang yang paling dekat dengan anak-anak memainkan peranan penting

    dalam pembentukan tingkah laku anak-anak dan pendidikan agama terutamanya

    semasa proses sosialisasi. Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji membuat kajian

    untuk mengenalpasti perkaitan keibubapaan dan keagamaan dengan kesediaan

    atau kesedaran remaja untuk berubah tingkah laku ke arah yang lebih baik.

    Perubahan tingkah laku dalam kalangan remaja pada dasarnya boleh dipengaruhi

    oleh tiga faktor iaitu alam semula jadi, memupuk (perubahan yang disebabkan

    oleh pendidikan yang diterapkan oleh ibu bapa, sekolah dan sebagainya) dan diri-

    sendiri yang dirancang (perubahan yang dilakukan oleh dan diri-dirancang

    (perubahan yang dilakukan oleh remaja sendiri). Seramai 120 orang pelajar

    terlibat dalam kajian ini.Soal selidik Soal selidik dibina menggunakan Instrument

    Parental Bonding (Parker et al., 1979), Keagamaan (Fauziah Ibrahim et. Al

    (2012) dan True Growth (readiness to Change Assessment)

    (LWMIII.Consulting). Kajian ini di analisis dengan menggunakan statistik

    inferensi melalui Data Perisian Statistical Package For Social Science. Nilai kebolehpercayaan bagi aspek keibubapaan ialah =0.829 keagamaan =0.708 dan kesedaran untuk berubah juga =0.82.Adalah diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak seperti ibu bapa, keluarga,

    kaunselor, pengurusan sekolah dan pusat-pusat pemulihan dalam membantu,

    membimbing, memulihkan dan membentuk masa depan remaja asset negara

    daripada jatuh ke dalam kitaran gejala sosial yang akhirnya boleh menjejaskan

    peribadi mereka, institusi keluarga, masyarakat dan negara.

    Katakunci : Keibubapaan, Keagamaan, Kesedaran Untuk Berubah Tingkah

    Laku

    Pembentang:

    Khairani

    Kaharuddin

    Sesi :

    2.30 4.30 Ptg BS 1

  • 2

    PENDAHULUAN

    Penglibatan remaja dalam masalah tingkah laku pada masa ini, merupakan masalah besar bagi

    pelbagai pihak seperti ibubapa, keluarga, guru, masyarakat dan negara. Pembabitan remaja dalam

    masalah tingkah laku sedikit sebanyak dikatakan berpunca daripada kelemahan ikatan dan kawalan

    ibubapa serta penerapan pendidikan agama. Hasil kajian banyak menunjukkan bahawa ibubapa adalah

    sebagai orang yang paling dekat dan memainkan peranan penting dalam pembentukan tingkah laku

    anak-anak serta bertanggungjawab dalam menerapkan pendidikan agama melalui nilai dan norma

    dalam masyarakat yang dipupuk semasa proses sosialisasi. Sampson et. al.1990 ada menyatakan

    bahawa ikatan emosi dan penyeliaan ibu bapa yang baik dapat mengurangkan penglibatan remaja

    dengan tingkah laku negatif. Apabila meningkat dewasa sebahagian daripada mereka berubah dan

    berjaya dalam kehidupan.

    Ibu bapa adalah tunjang keluarga yang memegang amanah untuk mendidik anak-anak dengan

    sempurna dan menanamkan nilai-nilai terpuji yang dituntut oleh agama. Ibu bapa bertanggung jawab

    mendidik anak-anak terutamanya kesedaran untuk membentuk tingkah laku dan tabiat yang baik

    dalam diri anak-anak. Tanggung jawab ini sangat kompleks dan ianya memerlukan sensitiviti dan

    kemahiran keibubapaan terhadap perkara yang dilakukan terhadap anak-anak serta mengubah

    perkara-perkara yang tidak patut berlaku demi mencorak masa depan mereka sebagai harapan bangsa

    dan negara. Ia melibatkan interaksi berterusan ibu bapa dan anak-anak dalam usaha membesar,

    mendidik dan menjadikan anak-anak orang dewasa yang sihat, bertanggungjawab dan produktif.

    Justeru, penting bagi ibu bapa menggembleng sepenuh tenaga dan senantiasa memfokuskan perhatian

    dalam melaksanakan tanggungjawab untuk membentuk satu persekitaran yang baik bagi anak-anak.

    Setiap ibu bapa mahukan anak-anak mereka menjadi insan yang baik dan sempurna. Insan

    yang baik dan sempurna ini diharapkan sekali gus menjadi anggota masyarakat dan warganegara yang

    berguna. Harapan ini sudah tentu memerlukan didikan dan asuhan ibu bapa dengan kasih sayang. Oleh

    yang demikian, bagi memastikan tanggungjawab yang dipikul oleh ibu bapa ini terlaksana, ibu bapa

    mestilah mempunyai kaedah dan cara-cara yang praktikal. Ibu bapa seharusnya membuat persediaan

    dan perancangan yang berencana dalam usaha mempertingkatkan kualiti kehidupan berkeluarga.

    Melalui penekanan pendidikan dan keyakinan beragama pula dapat membentuk akhlak dan

    moral bagi mencorak tingkah laku anak-anak yang bersopan santun, berbudi bahasa, berhemah,

    berkelakuan baik, beradap, berdisplin dan bertanggungjawab kepada keluarga, masyarakat dan negara

    serta dapat mewujudkan kehidupan masyarakat yang tersusun, aman dan selamat. Pegangan dan

    pengetahuan agama yang tinggi dilihat mampu mengatur kehidupan remaja dengan lebih tenang,

    sempurna dan sejahtera (McCullough & Willioughby, 2006).

    Pengkaji merasakan kajian ini amat penting dalam usaha untuk membantu generasi remaja

    yang merupakan asset negara serta bakal menjadi pemimpin keluarga, masyarakat dan negara pada

    masa akan datang. Kesedaran untuk berubah tingkah laku ini tidak terhad kepada remaja yang terlibat

    dengan gejala sosial malah kepada semua remaja. Tujuannya adalah untuk membangkitkan kesedaran

    remaja ke arah yang lebih positif terutamanya dalam menghadapi cabaran hidup masa akan datang.

    Perubahan zaman teknologi ini memiliki peranan besar dalam membentuk sikap dan tingkah

    laku remaja. Perubahan yang mendadak ini mampu untuk mempengaruhi sikap dan tingkah laku di

    luar batas. Justeru, remaja memerlukan pedoman dan panduan untuk meningkatkan ilmu dan kualiti

    pemikiran dan menambahkan pengalaman yang berguna agar perubahan yang bakal berlaku adalah

    perubahan yang berfaedah yang akan menhjadikan remaja memilik kualiti tersendiri apabila memasuki

    alam dewasa nanti.

    Proses perubahan tingkah laku dalam kalangan remaja pada dasarnya boleh dipengaruhi oleh

    tiga faktor iaitu alam semula jadi, memupuk (perubahan yang disebabkan oleh pendidikan yang

    diterapkan oleh ibubapa, sekolah dan sebagainya) dan diri- sendiri yang dirancang (perubahan yang

    dilakukan oleh dan diri-di rancang (perubahan yang dilakukan oleh remaja sendiri).

  • 3

    Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan untuk melihat dan mengkaji hubungan ikatan

    keibubapaan dan keagamaan dalam meningkat kesediaan untuk berubah tingkah di kalangan remaja

    pelajar Politeknik Kuchimg Sarawak kerana kedua-dua faktor terlibat dalam proses perubahan remaja.

    Adalah diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak seperti ibu bapa,

    keluarga, kaunselor, pengurusan sekolah dan pusat-pusat pemulihan dalam membantu, membimbing,

    memulihkan dan membentuk masa depan remaja asset negara daripada jatuh ke dalam kitaran gejala

    sosial yang akhirnya boleh menjejaskan peribadi mereka, institusi keluarga, masyarakat dan negara.

    Kekukuhan ikatan kekeluargaan yang penuh kasih sayang dan keimanan mampu menjadi benteng

    pengaruh unsur-unsur negatif.

    Objektif Kajian

    Objektif umum kajian yang djalankan adalah untuk mengenalpasti hubungan keibubapaan dan

    keagamaan dengan kesedaran untuk berubah tingkah laku dalam kalangan remaja pelajar Politeknik

    Kuching Sarawak.

    Objektif khusus kajian ini adalah untuk

    1. Mengenalpasti hubungan keibubapaan ibu bapa dengan kesedaran untuk berubah tingkah laku dalam kalangan remaja

    2. Mengenalpasti hubungan keibubapaan ibu dari segi dimensi care dengan kesedaran untuk berubah tingkah laku dalam kalangan remaja.

    3. Mengenalpasti hubungan keibubapaan ibu dari segi dimensioverprotectiondengan kesedaran untuk berubah tingkah laku dalam kalangan remaja.

    4. Mengenalpasti hubungan keibubapaan bapa dari segi dimensi care dengan kesedaran untuk berubah tingkahlaku dalam kalangan remaja.

    5. Mengenalpasti hubungan keibubapaan bapa dari segi dimensi overprotection dengan kesedaran untuk berubah tingkahlaku dalam kalangan remaja.

    6. Mengenalpasti hubungan keagamaan dengan kesedaran untuk berubah tingkah laku dalam kalangan remaja.

    Metodologi

    Reka Bentuk Kajian

    Kajian deskriptif dijalankan untuk mengukur hasil kajian secara kuantitatif dengan menggunakan

    borang soal selidik dan dianalisa melalui Data Perisian Statistical Package For Social Science. Ia bertujuan untuk mengkaji hubungan keibubapaan dan keagamaan dengan kesedaran dalam

    mempengaruhi perubahan tingkah laku dalam kalangan remaja pelajar Politeknik Kuching Sarawak.

    Bagi menganalisis kajian ini, pengkaji menggunakan analisis statistik deskriptif bagi

    mendapatkan min dan sisihan piawai sampel bagi mendapat purata data sesuatu taburan. Manakala

    analisis statistik inferensi melalui Korelasi Pearson dan regreasi. Korelasi Pearson dan Regreasi akan

    digunakan untuk melihat perhubungan antara pembolehubah- pembolehubah kajian.

    Sampel dan Tempat Kajian

    Sampel kajian terdiri dari 120 orang pelajar Politeknik Kuching Sarawak. Pemilihan sampel di juga

    dipilih dari kalangan pelajar peringkat diploma yang sama latar belakang umur dan pendidikannya.

    Persampelan mudah digunakan memandangkan sampel yang dipilih kebetulan berada bersesuaian

    dengan keperluan alat kajian yang ingin mengukur pengalaman 16tahun pertama bersama ibu bapa.

    Alat Kajian

    Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai alat kajian bagi mengumpul maklumat.

    Instrumen dibina untuk meninjau sumbangan ibu bapa dan keagamaan terhadap keinginan untuk

    berubah. Instrumen yang dibina, diambil dari kajian-kajian yang terdahulu dan disesuaikan

    berdasarkan tempat dan latar belakang responden.

    Bagi mengukur pembolehubah bebas pertama, pengkaji menggunakan The Parental Bonding

    Instrument (Parker at. al.,1979) dan pembolehubah yang kedua diambil dari soal selidik yang telah

  • 4

    dibina oleh Fauziah Ibrahim et. Al (2012) ) dan True Growth (readiness to Change Assessment)

    (LWMIII.Consulting). Berdasarkan kajian rintis yang telah dilakukan, nilai kebolehpercayaan bagi

    aspek keibubapaan ialah =0.829 keagamaan =0.708 dan kesedaran untuk berubah juga =0.82. Soal selidik latar belakang responden dibina dengan item-item yang berkaitan dengan faktor

    demografi iaitu umur, jantina, bilangan adik-beradik dan latar belakang pendidikan ibubapa.

    Bahagian yang B, item-item dibina untuk melihat hubungan keibubapaan terhadap anak-anak

    dari dimensi penjagaan dan kawalan pada 16 tahun pertama. Instrument ini dibina menggunakan skala

    likert sebagai pengukuran bagi memudahkan responden untuk menjawab. Bahagian ini soal selidik

    The Parental Bonding Instrument (PBI) digunakan bagi mendapatkan maklumat ibubapa yang

    diperlukan. Memandangkan kekangan yang dihadapi oleh pengkaji untuk mendapatkan responsif

    secara langsung dari ibubapa berkaitan dengan keibubapaan, maka pengkaji telah menggunakan soal

    selidik di atas untuk mendapatkan persepsi remaja terhadap nilai-nilai keibubapaan.

    Bahagian C, pengkaji membina soal bagi mengukur pengaruh keagamaan terhadap tingkah

    laku dengan menggunakan soal selidik yang telah dibina oleh Fauziah Ibrahim et. Al (2012). Bahagian

    seterusnya, instrumen dibina dengan item-item soal selidik TRUE GROWTH (readiness to Change

    Assessment) bagi mengenalpasti tahap kesediaan untuk berubah di kalangan remaja yang terlibat

    dengan gejala sosial.

    Prosedur Kajian

    Kajian ini dijalankan secara persampelan mudah. Kertas soal selidik diedarkan kepada pelajar-pelajar

    yang berada Politeknik Kuching Sarawak.

    Analisis Data

    Data dianalisis secara statistik deskriptif digunakan untuk melihat min dan sisihan piawai dan

    statistik inferensi untuk mentafsir ujian korelasi Pearson dan regresi yang digunakan untuk

    menentukan hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah tidak bersandar dengan pemboleh ubah

    bersandar dengan menggunakan Perisian Statistical Package For Social Science(SPSS).

    HASILKAJIAN

    Hasil Analisis Secara Deskriptif

    Jadual 1

    DV N MIN SP

    Ibu 120 2.43 0.22

    Bapa 120 2.36 0.29 Ugama 120 3.00 0.44 Kesedaran 120 4.37 0.77

    Nilai min dan sisihan piawai bagi setiap pemboleh ubah

    Analisi ini digunakan untuk menggambarkan data yang telah terkumpul dan membuat kesimpulan

    secara umum purata bagi setiap pemboleh ubah. Jadual di atas menunjukkan nilai min dan sisihan

    piawai bagi pemboleh ubah - pemboleh ubah bersandar dan tidak bersandar. Bagi pemboleh ubah-

    pemboleh ubah tidak bersandar (ibu, bapa dan ugama) menunjukkan min dan sisihan piawaian yang

    sederhana. berbanding min bagi pemboleh ubah bersandar(Kesedaran untuk berubah) menunjukkan

    min yang tinggi.

  • 5

    Hasil kajian secara inferensi

    Dalam menganalisis kajian ini, analisis digunakan untuk mencari hubungan atau pengaruh antara

    pemboleh ubah bersandar dengan pemboleh ubah tidak bersandar. Data diuji nilai signifikannya pada satu tahap yang ditetapkan (p=0.05) bagi mengurangkan risiko melakukan ralat sebagaimana yang

    dicadangkan oleh Cohen dan Cohens (1975).

    a) Mengenalpasti hubungan keibubapaan ibu dengan kesedaran untuk berubah tingkah laku

    dalam kalangan remaja

    Jadual 2:

    Korelasi

    Pemboleh ubah N r Sig

    Ibu 120 -.070 .447

    **. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed)

    Jadual 2 menunjukkan hubungan di antara ibu dengan kesedararan tingkah laku pelajar Politeknik

    Kuching Sarawak(PKS). Berdasarkan analisis mendapati bahawa hubungan negatif dan tidak

    signifikan antara pemboleh ubah tidak bersandar iaitu( ibu) dan pemboleh ubah bersandar (kesedaran)

    iaitu ( r = -.070, n = 120, p = 0.447). Ini menunjukkan berlaku peningkatan dalam nilai pemboleh

    ubah ibu naik, pemboleh ubah kesedaran akan berlaku penurunan dalam nilai (lemah dan songsang).

    Maka, ikatan keibuan pelajar PKS tidak mempunyai kaitan dengan kesedaran pelajar PKS untuk

    berubah tingkah laku. Oleh itu, hipotesis terdapat hubungan ikatan ibu dengan kesedaran berubah tingkah laku pelajar PKS adalah ditolak

    b) Mengenalpasti hubungan keibubapaan bapa dengan kesedaran untuk berubah tingkah laku

    dalam kalangan remaja

    Jadual 3

    Korelasi

    Pemboleh ubah N r Sig Bapa 120 -.060 .514

    **. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed)

    Jadual 3 menunjukkan hubungan di antara bapa dengan kesedararan tingkah laku pelajar Politeknik

    Kuching Sarawak(PKS). Berdasarkan analisis mendapati hubungan negatif dan tidak signifikan antara

    pemboleh ubah tidak bersandar iaitu( bapa) dan pemboleh ubah bersandar (kesedaran) iaitu ( r = -

    .060, n = 120, p = 0.514). Ini menunjukkan berlaku peningkatan dalam nilai pemboleh ubah ibu naik,

    pemboleh ubah kesedaran akan berlaku penurunan dalam nilai. Maka, ikatan kebapaan dengan remaja

    tidak mempunyai kaitan dengan kesedaran pelajar PKS untuk berubah tingkah laku. Oleh itu, hipotesis

    terdapat hubungan ikatan bapa dengan kesedaran berubah tingkah laku pelajar PKS adalah ditolak.

    c) Mengenalpasti hubungan keibubapaan ibu dari segi dimensi care dengan kesedaran untuk berubah tingkah laku dalam kalangan remaja.

    Jadual 4 Korelasi

    Pemboleh Ubah N r Sig Ibu Ambil Berat 'Care' 120 -.054 .555

    **. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed)

  • 6

    Jadual 4 menunjukkan hubungan di antara dimensi ambil berat ibu'care' dengan kesedararan tingkah

    laku pelajar Politeknik Kuching Sarawak(PKS). Berdasarkan analisis mendapati hubungan negatif dan

    tidak signifikan antara pemboleh ubah tidak bersandar iaitu 'care' dan pemboleh ubah bersandar

    (kesedaran) iaitu ( r = -.054, n = 120, p = 0.555). Ini menunjukkan berlaku peningkatan dalam nilai

    pemboleh ubah 'care' naik, pemboleh ubah kesedaran akan berlaku penurunan dalam nilai. Maka,

    ikatan 'care' dengan remaja tidak mempunyai kaitan dengan kesedaran pelajar PKS untuk berubah

    tingkah laku. Oleh itu, hipotesis terdapat hubungan ikatan 'care' dengan kesedaran berubah tingkah laku pelajar PKS adalah ditolak.

    d) Mengenalpasti hubungan keibubapaan ibu dari segi dimensi overprotection dengan kesedaran untuk berubah tingkah laku dalam kalangan remaja.

    Jadual 5

    Korelasi

    Pembolehubah N r Sig Ibu Mengawal

    'Overprotection' 120 -.067 .470

    **. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed)

    Jadual 5 menunjukkan hubungan di antara dimensi ibu mengawal 'overprotection' dengan kesedararan

    tingkah laku pelajar Politeknik Kuching Sarawak(PKS). Berdasarkan analisis mendapati hubungan

    negatif dan tidak signifikan antara pemboleh ubah tidak bersandar iaitu 'overprotection' dan pemboleh

    ubah bersandar (kesedaran) iaitu ( r = -.067, n = 120, p = 0.470). Ini menunjukkan berlaku peningkatan

    dalam nilai pemboleh ubah ibu naik, pemboleh ubah kesedaran akan berlaku penurunan dalam nilai.

    Maka, ikatan dimensi ibu mengawal 'overprotection' dengan remaja tidak mempunyai kaitan dengan

    kesedaran pelajar PKS untuk berubah tingkah laku. Oleh itu, hipotesis terdapat hubungan ikatan dimensi ibu mengawal 'overprotection' dengan kesedaran berubah tingkah laku pelajar PKS adalah ditolak.

    e) Mengenalpasti hubungan keibubapaan bapa dari segi dimensi 'care dengan kesedaran untuk berubah tingkahlaku dalam kalangan remaja.

    Jadual 6

    Korelasi

    Pemboleh ubah N r Sig Bapa Ambil Berat

    'Care' 120 -.019 .838

    **. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed)

    Jadual 6 menunjukkan hubungan di antara ambil berat bapa care dengan kesedararan tingkah laku pelajar Politeknik Kuching Sarawak(PKS). Berdasarkan analisis mendapati hubungan negatif dan

    tidak signifikan antara pemboleh ubah tidak bersandar iaitu( ambil berat bapa care dan pemboleh ubah bersandar (kesedaran) iaitu ( r = -.019, n = 120, p = 0.838). Ini menunjukkan berlaku

    peningkatan dalam nilai pemboleh ubah ambil berat bapa care naik, pemboleh ubah kesedaran akan berlaku penurunan dalam nilai (lemah dan songsang). Maka, ikatan kebapaan dengan remaja tidak

    mempunyai kaitan dengan kesedaran pelajar PKS untuk berubah tingkah laku. Oleh itu, hipotesis

    terdapat hubungan ikatan dimensi ambil berat bapa 'care dengan kesedaran berubah tingkah laku pelajar PKS adalah ditolak.

  • 7

    f) Mengenalpasti hubungan keibubapaan bapa dari segi dimensi overprotection dengan kesedaran untuk berubah tingkahlaku dalam kalangan remaja.

    Jadual 7

    Korelasi

    Pemboleh ubah N r Sig Bapa Mengawal

    'Overprotection 120 -.070 .445

    **. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed)

    Jadual 7 menunjukkan hubungan di antara dimensi mengawal bapa dengan kesedararan tingkah laku

    pelajar Politeknik Kuching Sarawak(PKS). Berdasarkan analisis mendapati hubungan negatif dan

    tidak signifikan antara pemboleh ubah tidak bersandar iaitu 'overprotection dan pemboleh ubah bersandar (kesedaran) iaitu ( r = -.070, n = 120, p = 0.445). Ini menunjukkan berlaku peningkatan

    dalam nilai pemboleh ubah 'overprotection naik, pemboleh ubah kesedaran akan berlaku penurunan dalam nilai. Maka, ikatan 'overprotection dengan remaja tidak mempunyai kaitan dengan kesedaran pelajar PKS untuk berubah tingkah laku. Oleh itu, hipotesis terdapat hubungan ikatan ('overprotection dengan kesedaran berubah tingkah laku pelajar PKS adalah ditolak.

    g) Mengenalpasti hubungan keagamaan dengan kesedaran untuk berubah tingkah laku dalam

    kalangan remaja.

    Jadual 8

    Korelasi

    Pemboleh ubah N r Sig Keagamaan 120 .044 .636

    **. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed

    Jadual 8 menunjukkan hubungan di antara keagamaan dengan kesedararan tingkah laku pelajar

    Politeknik Kuching Sarawak(PKS)adalah tidak signifikan. Berdasarkan analisis mendapati hubungan

    positif dan tidak signifikan antara pemboleh ubah tidak bersandar iaitu( keagamaan) dan pemboleh

    ubah bersandar (kesedaran) iaitu ( r = .044, n = 120, p = 0.636). Ini menunjukkan berlaku peningkatan

    serentak dalam nilai pemboleh ubah keagamaan naik, pemboleh ubah kesedaran akan berlaku

    kenaikan dalam nilai. Maka, keagamaan dengan remaja mempunyai kaitan dengan kesedaran pelajar

    PKS untuk berubah tingkah laku. Oleh itu, hipotesis terdapat hubungan keagamaan dengan kesedaran berubah tingkah laku pelajar PKS adalah diterima.

    PERBINCANGAN

    Daripada nilai min bagi setiap pemboleh ubah tidak bersandar, memberi gambaran bahawa

    keibubapaan dan keagamaan menunjukkan penglibatan yang sederhana terhadap kesedaran remaja

    untuk berubah. Manakala min kesedaran remaja untuk berubah adalah tinggi. Dapatan ini

    menunjukkan bahawa sememangnya wujud perbezaan antara keibubapaan dan kegamaan dengan

    kesedaran untuk berubah kerana tidak mempunyai hubungan yang signifikan. Tetapi remaja itu

    sendiri mempunyai keinginan yang tinggi untuk berubah. Namun hubungan yang sederhana ini

    menunjukkan bahawa tidak boleh dinafikan keperluan kepada ibubapa untuk membantu remaja untuk

    berubah.

    Pada pandangan pengkaji, hasil kajian menunjukkan hubungan yang tidak signifikan antara

    keibubapaan ibu dan bapa dari dimensi 'care' dan 'overprotection' adalah kerana di peringkat akhir

    zaman kanak-kanak dan zaman awal remaja, anak-anak remaja merlunya mereka kepada kebebasan

  • 8

    terutamanya dalam membuat keputusan. Namun mereka masih ada merasakan keperluan terhadap rasa

    disayangi dan diambil berat serta perhatian dari ibu bapa mereka. Mereka juga ingin ibu bapa mereka

    meletakkan kepercayaan untuk berdikari dan membuat keputusan sendiri. Ini bertepatan dengan ciri-

    ciri awal dewasa. Tetapi mereka tidak mahu berpisah dari ibu bapa dan tidak mahu ibu bapa

    menyisihkan mereka (Lemme, 1995).

    Analisis telah dilakukan untuk melihat kaitan antara keagamaan dengan kesedaran untuk

    berubah tingkah laku remaja PKS. Dapatan menunjukkan hubungan positif tetapi signifikan. Ini

    bermakna pendidikan keagamaan yang tinggi mencerminkan ketinggian kesedaran untuk berubah

    dalam kalangan remaja PKS. Dapatan disokong oleh Hirshi dan Stark( 1969) ke atas pelajar baru dan

    lama Sekolah Tinggi di Barat Costa Country, California yang mendapati bahawa agama dapat

    memupuk nilai-nilai moral dalam diri dan dapat menghindari tingkah laku yang tidak bermoral.

    Kenyataan ini telah disokong oleh Aziina et. al.

    PENUTUP

    Kajian ini menunjukkan persepsi anak hubungan keibubapaan terhadap kesedaran remaja untuk

    berubah tingkah laku. Hakikatnya Keibubapaan sangat penting bagi membantu remaja untuk

    membangkitkan semangat dan kesedaran untuk berubah tingkah laku dengan membina diri insan yang

    yakin pada dirinya sendiri di mana ia dapat menunjukkan potensi yang sebenar, sihat secara

    psikologikal dan seterusnya berjaya dalam hidup. Justeru, ibu bapa khususnya perlu menyedari

    tentang hakihat kepentingan mengambil berat dan tanggungjawab mengawal anak-anak dengan

    membimbing dan meningkatkan kesedaran untuk berubah tingkah laku serta penghargaan terhadap

    diri sendiri .

    Walaupun kajian ini hanyalah pandangan atau persepsi anak-anak terhadap 16 tahun

    pengalaman bersama ibu bapa, ibu bapa harus sedar bahawa persepsi anak-anak sangat bergantung

    kepada cara cara dan tindakan ibu bapa mereka. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk

    menunjukkan kasih sayang dengan cara mengambil berat dan mengawal anak-anak mereka tetapi

    tidak mengongkong. Secara tidak langsung anak-anak boleh mengetahui sama ada ibu bapa mereka

    sebenar-benarnya mengambil berat tentang diri mereka atau sebaliknya.

    Pada peringkat awal dewasa ini, ibu bapa seharusnya menyedari bahawa anak-anak mereka bukan lagi

    kanak-kanak yang perlu dipimpin dan ditunjuk jalan. Sebaliknya ibu bapa perlu memberi kepercayaan

    kepada mereka untuk membuat keputusan sendiri terhadap diri dan masa depan mereka. Inu bukan

    bermakna Ibu bapa lepas tangan dan membiarkan sebaliknya memberi dorongan dan bantuan sama ada

    dari segi psikologi dan emosi.

    Sebagai orang yang paling dekat dengan anak-anak, ibu bapa memainkan peranan dalam

    menerap pendidikan keagamaan kepada anak-anak sejak dalam kandungan lagi sebenarnya hinggalah

    anak-anak mencapai kematangan. Penerapan pendidikan agama ini amat penting sebagai pedoman dan

    panduan kepada anak-anak terutama dalam tempoh kecelaruan diri antara akhir zaman kanak-kanak

    dan zaman awal dewasa. Melalui pendidikan agama yang diterima dapat mengimbangi remaja dalam

    membuat keputusan yang tepat dengan memastikan penguasaan akal dan tindak tanduk mereka seiring

    dengan ajaran agama. Dalam era yang penuh dengan cabaran ini, kita perlu untuk bangun membantu

    dan membimbing remaja kita ke arah kesedaran untuk berubah tingkah laku agar kehidupan mereka

    pada masa akan datang lebih baik. Untuk melihat perubahan ini berlaku sebenarnya bermula dengan

    pembentukan dalaman remaja sejak kecil lagi.

    RUJUKAN

    Aziina Binti Komin & Wan Noor Shazalina Binti Wan Sapian. Kaitan Antara Tingkah Laku

    Keibubapaan dan Perndidikan Agama Dengan Moral Pelajar Remaja. Fakulti Pendidikan,

    Universiti Teknologi Malaysia.

    B.H. Lemme, (1995). Development in Adulthood, Boston: allyn and Bacon.

  • 9

    Baharom Mohamad, Ali Suradin & Za'aba Helmi Khamisan,(2008). Peranan Pendidikan Islam Dan

    Pendidikan Moral Dalam Membina Sahsiah Pelajar Berkualiti. Universiti Teknologi Malaysia.

    Clarke-Steward, K.A (1988). Parents Effect on Childrens Development: A Decade of Progress Journal of applied Developmental Psychology,9,4-84

    Clarke-Steward, K.A .(1991). Psychology in The real world: A paradigm of Parent Education. In F. S.

    Kessel, M.H. Bornstein, & A.J. Sameroff(Eds), Contemporary constructions of the Child: Essay

    in honour of William Kessen (pp.179-193). Hillsdale, NJ:Erlbaum.

    Dr. Julian Melgosa, (2003). To Adolescents And Parent, Editorial Safeliz.S.L (Madrid, Spain), Printed

    in Spain.

    Gordon Parker, Hilary Tupling and L.B.Brown,(1979). A Parental Bonding Instrument.British Journal

    of Medical Psychology,52,1-10.

    Hairunnaja Najmuddin (2003). Memahami & membimbing remaja nakal. Kuala Lumpur : PTS

    Publications & Distributors Sdn Bhd.

    Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (2011). Pengaruh Faktor Keagamaan

    Terhadap kepuasan Hidup Individu: Kajian Kes Asnaf Fakir dan Miskin di Wilayah Persekutuan

    Kuala Lumpur. Malaysian Jurnal of Consumer

    Khadijah Alavi, Fauziah Ibrahim, Mohd Suhaimi Mohamad, Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Salina

    Nen dan Norulhuda Sarnon. (2013) Tahap Pengetahuan Agama Dalam Kalangan Banduan

    Parol:Ke Arah Pembentukan Akhlak Sejahtera

    Rosmidah Nuruhuda Bt Ishak,( 2011). Pemulihan Akhlak Di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan:

    Pengalaman Dan Impak Program Keagamaan Terhadap Pelatih. Jabatan Sains Sosial, Fakulti

    Pengajian Kontemporari Islamuniversiti Sultan Zainal Abidinkuala Terengganu.

    Sampson, Robert J. and John H. Laub .(1990). Crime and deviance over the life course: The salience

    of adult social bonds. American Sociological Review 55:609-627.

    Zarinah Arshat, Rozumah baharuddin, Rumaya Juhari & Rojanah Kahar, (2002). Tingkah Laku

    Keibubapaan dan Penyesuaian Tingkah Laku Anak Dalam Keluarga Berisiko Di Luar Bandar.

    Pertanika J. Soc. Sci. & Hum.10(2): 165-178.