khasiat yeos

download khasiat yeos

of 21

description

education,information,scrapbook

Transcript of khasiat yeos

Air Kotak Yeos Pilihan Semulajadiku

Anda pernah menikmati air kotak pilihan semulajadi dari Yeos ?Saya percaya majoriti rakyat Malaysia tidak kira Melayu, Cina atau India sudah pasti mengenali jenama Yeos. Paling tidak pun, anda pasti pernah beli dan minumair kotak perisa Laici atau Teh Krisantimum Yeos yang berharga RM1.00, bukan?Begitulah besarnya pengaruh minuman jenama Yeos yang sudah terkenal sejak pada Tahun 1953 lagi. Jika pada zaman dulu-dulu, air kotak masih belum popular lagi. Yang popular adalah air minuman yang boleh terus diminum dari dalam botol kaca berperisa soya dan teh krisantimum. Memang klasik.

Sumber gambar:Web Yeos MalaysiaSekarang, Yeos Malaysia boleh dikatakan nama besar bagi pelbagai jenis air minuman. Dari air kotak, air tin dan air didalam botol plastik dengan rekaan yang menarik. Air minuman Yeos juga mempunyai pelbagai jenis pilihan semulajadi yang sedap-sedap.Sihat Dengan Minuman Semulajadi YeosAir Minuman Yeos bukan sekadar air yang diminum untuk menghilangkan dahaga. Namun dengan nutrisi semulajadi, ianya mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan. Antara air jenama Yeos yang memiliki khasiat semulajadi, contohnya air soya, teh, yogurt atau air buah-buahan.Soya dan SoyRich dari Yeos

Air Soya dan SoyRich keluaran Yeos, sememangnya kaya dengan rasa soya dan diperbuat dari Kacang Soya Kanada yang bermutu tinggi. Ianya rendah lemak, tanpa bahan pengawet, tanpa bahan pewarna dan bebas dari kolestrol. Bagi Air SoyRich, ia mempunyai 2 pilihan iaitu tanpa gula tambahan dan rasa original. Jadi Air Soya keluaran Yeos bukan sahaja mempunyai rasa semulajadi yang enak, malah ianya memerlihara kesihatan.

Air Teh Dari Yeos

Terdapat pelbagai jenis air teh keluaran Yeos yang boleh kita nikmati. Antara yang popular adalah air Teh Krisantimum, Teh Hijau, dan Teh Ais Limau yang sejuk dan sangat menyegarkan. Air teh mempunyai kelebihan tersendiri untuk kesihatan. Antaranya, ianya boleh menyejukkan badan secara semulajadi, meningkatkan metabolisme, bagus untuk paru-paru dan mengurangkan kahak.Manakala air Justea pula adalah koleksi air Teh Hijau yang mempunyai perisa yang berbeza-beza seperti Green Tea Lemon, Green Tea Peach, dan Ice Tea Lemon. Untuk perisa Green Tea Aloe Vera dan Green Tea White Grape Aloe Vera pula mempunyai tambahan hirisan Aloe Vera yang enak dikunyah.Air Yogurt Yeos

Seperti mana khasiat air yogurt yang kita ketahui, ianya bagus untuk mengimbangi sistem pencernaan pada perut kita. Selain itu, air yogurt juga adalah sumber protien yang baik.Air Yogurt Yeos mempunyai 3 perisa yang boleh dicuba iaitu perisa original, anggur dan oren.Air Buah-Buahan dari Yeos

Selain dari air soya, teh dan yogurt, Yeos juga ada mengeluarkan air buah-buahan pelbagai perisa dengan khasiat yang tersendiri. Antaranya air kelapa yang diperbuat dari jus air kelapa sebenar. Air kelapa sememangnya terbukti bagi menyejukkan badan. Air Jambu pula dikatakan mempunyai 10 kali lebih banyak Vitamin C dari buah limau dan Air Durian Belanda pula mempunyai serat yang tinggi, vitamin B, vitamin C, kalsium dan zat besi.Air Soya Yeos Pilihan SemulajadikuJika di imbau kembali zaman semasa saya bersekolah asrama dahulu,air kotak Soya Yeossudah menjadi air minuman yang wajib saya beli untuk bekalan selama 2 minggu berada di asrama. Air kotak Soya Yeos ini akan saya minum sebelum melangkah ke kelas sekiranya saya tidak sempat mengambil sarapan pagi.

Seperti yang kita sedia maklum, Air Soya memang terkenal dengan khasiatnya yang mempunyai sumber protien yang tinggi. Ianya dikatakan menyamai 2 kali protein daging, 4 kali protein telur, 4 kali protein gandum dan 12 kali protein susu. Air Soya sememangnya bagus untuk perkembangan otak, dan ianya bagus untuk meningkatkan kadar metabolisme badan.Selain itu serat yang terdapat didalam air soya bagus untuk mengawal berat badan. Ianya juga boleh memberi tenaga pada tubuh. Jadi, boleh saya katakan, Air Soya Yeos memberi khasiat dan tenaga terbaik untuk saya melangkah ke kelas bagi menimba ilmu.Yeos Pengaruh Besar Di MalaysiaBoleh dikatakan, Air Minuman Yeos mempunyai pengaruh besar didalam masyarakat Malaysia. Ianya boleh dilihat bila mana ia menjadi salah satu minuman yang sentiasa dipilih untuk dijadikanGoodies

Apa yang saya lihat akhir-akhir ini, Air kotak Yeos kini menjadi trend dibuat sebagai salah satu goodies bagi Majlis Tahlil, Majlis Perkahwinan, tidak kurang juga untuk Majlis Hari Lahir. Jadi sekiranya tiba masa saya mendapat jemputan dari majlis-majlis tersebut, maka sudah pasti saya akan mendapat koleksi air kotak Yeos yang banyak dan pelbagai perisa.

Hadiah / Hamper

Air kotak Yeos, biasanya akan menjadi salah satu hadiah hamper bagi sukan sekolah atau hamper cabutan bertuah bagi apa-apa majlis.Minuman Rasmi Sesuatu MajlisYup. Air minuman Yeos ada kalanya kita lihat menjadi air minuman rasmi bagi sesuatu majlis yang besar sepertiMajlis Sepetang Bersama Blogger 2014yang akan berlangsung pada bulan Mac ini. Bagi sesiapa yang belum mendaftarkan diri untukSBB dan Yeos 2014, sila daftar dengan kadar segera, yaMinuman Untuk Semua OrangJika kita lihat dikedai-kedai runcit, kedai-kedai buah, vending mechine, atau kedai RnR di Lebuhraya, kesemua kedai tersebut sudah pasti ada menjual air minuman Yeos. Ini bermakna air minuman Yeos sememangnya sudah mendapat tempat dihati masyarakat Malaysia. Ianya bukan jenama yang diragukan lagiSosial Media Yeos Pilihan SemulajadiBagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Yeos, ingin mengetahui berita-berita terkini, aktiviti terkini dan produk terbaru keluaran Yeos, anda bolehlah follow dan layariSosial Media Yeos Malaysiadibawah iniUntuk pengetahuan, entri ini adalah sebuah entriContest Yeos Sepetang Bersama Blogger. Sekiranya anda, pembaca blog ini ingin menyertai contest ini, anda boleh klik banner dibawah ini untuk mengetahui syarat-syarat pertandingan.

Sekian untuk entri yang panjang lebar kali ini Terima kasih kerana sudi membaca hingga habisBagi anda yang nak support entriAir Kotak Yeos Pilihan Semulajadiku, anda dijemput untuk Share diFacebookdanGoogle+ya Bantuan anda semua sangat-sangat saya hargai Terima KasihMari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.

Kebaikan Susu Soya Yeos

Saya amat meminati sukan renang. Boleh dikatakan setiap minggu saya akan mengisi masa lapang saya dengan berenang. Berenang melibatkan pergerakan fizikal seluruh badan. Disebabkan itu saya akan cepat mengalami letih badan.Saya menjadikan pengambilan susu soya sebagai pengganti bendalir di dalam badan selepas berenang. Seperti mana yang kita tahu, soya mengandungi kandungan protin yang tinggi. Bahkan ia sangat kaya dengan kalsium, zat besi, zink, fosforus, magnesium, vitamin B, asid lemak Omega 3 dan juga serat. Protin adalah sejenis nutrien yang menjalankan pelbagai fungsi di dalam badan. Antara peranan protin ialah :

- Menggantikan sel-sel tisu yang mati atau rosak.- Mengawal proses badan.- Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan.- Mengangkut bagan-bahan seperti lipih, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan.Pengambilan susu soya selepas berenang membuatkan tubuh saya kembali bertenaga dan sudah pasti tubuh saya mendapat gantian bendalir yang bukan sahaja penuh nutrisi tetapi juga menyegarkan. Pilihan saya sudah tentulah Soya Yeos. Jika dilihat, minuman Soy Rich Yeos dibuat daripada kacang soya yang berkualiti tinggi. Malah kacang soyanya juga 100% Non-GMO (Non Genetically Modified Organisms) yang diimport dari Canada. Kebaikan susu kacang soya Yeos dijaga kualitinya kerana tidak dicampur dengan pewarna dan bahan pengawet malah susu kacang soya Yeos bebas kolestrol. Disebabkan pelbagai khasiat yang boleh didapati daripada susu kacang soya Yeos, saya membekalkan isteri saya Soy Rich Yeos sebagai kalsium tambahan (selain pil kalsium) di sepanjang kehamilannya. Alhamdulillah, kini kandungannya sudah mencecah 7 bulan dan bayi di dalam kandungan aktif dan sihat.

Selain itu, vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung di dalam susu soya Yeos juga berfungsi membantu proses pembentukan tenaga kepada isteri saya dan bayi di dalam kandungan. Asid folik yang terdapat dalam susu soya bermanfaat untuk mencegah kecacatan kepada bayi di dalam kandungan.

Kebaikan susu kacang soya Yeos juga saya kongsi bersama anak-anak. Ternyata minuman yang penuh khasiat ini dapat mengalihkan seketika kemahuan anak saya terhadap susu formula. Seperti mana yang kita tahu, kacang soya juga mengandungi serat yang mana baik untuk penghadaman kanak-kanak. Malah fiber juga menjadi diet utama dalam menu pemakanan kita. Dengan pengambilan fiber dari susu kacang soya Yeos, anak-anak saya lebih sihat dan ceria. Kini susu soya yeos didatangkan dengan pelbagai pek. Bermula susu kotak 1 liter sehinggalah botol, tin dan kotak kecil. Pelbagai variasi rasa seperti soya dan jagung serta soya hitam pasti membuatkan anak saya lebih berselera.

Sumber : Sinar HarianSelain daripada susu soya Yeos, teh krisantimum juga merupakan signature dish bagi kumpulan minuman Yeos. Syarikat yang ditubuhkan pada 1900 di China ini menjadi pembuat minuman terkenal sejak 1935 ketika di Singapura. Kini pelbagai versi teh krisantimum telah dicipta malah pelbagai jenis minuman telah dikeluarkan.

Sumber : Denai HatiAntara produk yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ialah Yeos Teh Ais Limau. Minuman yang lazat ini sangat sesuai diminum setiap masa. Tambahan pula jika diminum sewaktu cuaca panas pasti memberi kesan kesegaran yang berganda.

Minum menyegarkan ini sangat enak jika dinikmati semasa sejuk. Pastinya penat dan dahaga akan hilang serta merta di saat Yeos Teh Ais Limau masuk ke salur pemakanan. Bukan sahaja orang dewasa, malah anak kecil saya yang berusia 2 tahun juga amat menggemarinya.

Kepesatan ledakan teknologi maklumat memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi kebaikan minuman Yeos. Selain laman web, pengguna juga boleh berinteraksi sama ada dengan melontarkan pendapat mahupun bertanyakan soalan melalui laman Facebook Yeos. Iklan-iklan produk Yeos juga boleh ditonton dengan melayari Laman Youtube Yeos Malaysia. Pengguna produk Yeos samada makanan mahupun minuman boleh mendapat maklumat terkini melalui lama Instagram Yeos Malaysia. Malah pengguna Google + juga boleh mendekati mereka melalui akaun Google Plus Yeos. Hasil kemajuan teknologi terkini maklumat mengenai Yeos dapat diketahui hanya melalui hujung jari. Malah kebaikan Yeos juga dapat dikongsi ke seluruh dunia dengan hanya 1 klik seperti trending menggunakan #YeosMalaysia di Twitter Yeos Malaysia.

Konklusinya, Yeos merupakan produk pilihan semulajadi rakyat Malaysia.

Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Soya YeosDi samping itu, SoyaYeos sememangnya menjadi pilihan dalam memastikan tubuh mendapat khasiat secukupnya.Pemilihan makanan sepatutnya dapat membekalkan tenaga, vitamin dan mineral sepanjang kita berpuasa di bulan Ramadhan. Makan secara sihat pada bulan puasa penting untuk menghindari beberapa masalah kesihatan yang biasanya berlaku seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, pedih ulu hati dan kandungan gula rendah dalam darah.Kandungan susu Soya Yeos yang rendah gula, tanpa bahan pengawet dan hanya menggunakan 100 peratus kacang soya Kanada tanpa GMO menjadikannya pilihan terbaik bukan saja untuk berbuka malah ketika bersahur.Justeru, kandungan proteinnya mampu menyokong tahap tenaga, stamina dan dapat meningkatkan prestasi tubuh semasa berpuasa.Mari kita antara lain lihat kelebihan SoyaYeos ini. Sumber yang kaya dengan protein lengkap-Mengandungi kesemua 8 asid amino penting yang diperlukan oleh badan anda untuk pertumbuhan dan tumbesaran yang betul. Protein menjadikan rambut anda lebih kuat dan sihat, kulit lebih lembut, memulihkan otot dan menyembuhkan luka dan parut denganlebih cepat. Kaya dengan kalsium-Untuk tulang dan gigi yang lebih kuat, lebih mudahmengawalberat badandan tekanan darah yang sihat. Kaya dengan anti-oksidan-Membantu badan anda untuk melawan radikal bebas yang berbahaya yang menyerang sel-sel sihat. Untuk sistem imun, jantung yang lebih sihat dan kulit lebih muda. Kaya dengan zat besi-Peredaran darah yang lebih baik, badan yang lebih bertenaga, imuniti yang lebih baik dan kualiti tiduryang lebih baik . Membantu dalam penurunanberat badan Mempunyaikebaikan yang tinggi dan rendah kalori. Ambil Soya Yeos pada ketika anda teringin untuk mengambil makanan ringan dan ia akan membuat anda berasa kenyang lebih cepat dan mengurangkan kuantiti makanan anda. Membantu mencegah kanser dan Osteoporosis-Menggalakkan tulang yang lebih kuat dan lebih tangkas. Mengandungi isoflavon semula jadi yang membantu dalam membenteras pertumbuhan sel-sel kanser. Bebas daripada Laktosa dan Kolesterol-Laktosa ialah gula semula jadi yang terdapat dalam susu lembu dan memandangkan susu soya tidak diperolehi dari lembu, ia bebas daripada laktosa dan oleh itu, alternatif yang sihat bagi mereka yang tidak toleran laktosa atau alah kepada susu. Ia membantu paras kolesterol lebih rendah untuk mengelakkan penyakit seperti penyakit jantung.Rupa-rupanya selama ini saya menikmati bukan sekadar keenakan rasa SoyaYeos, tetapi lebih banyak lagi khasiat SoyaYeos. Membuatkan saya lebih bersemangat untuk menjadikan Soya Yeos sebagai minuman harian saya. ^_^