KHAZANAH MELAYU SERUMPUN - umexpert.um.edu.my · Psikiatri Budaya di Malaysia dan Indonesia Mohamed...

20
KHAZANAH MELAYU SERUMPUN DALAM ERA BAHARU Himpunan Makalah Editor Indirawati Zahid Norhayati Ab Rahman Pramono Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu Universiti Malaya, Kuala Lumpur 2018

Transcript of KHAZANAH MELAYU SERUMPUN - umexpert.um.edu.my · Psikiatri Budaya di Malaysia dan Indonesia Mohamed...

Page 1: KHAZANAH MELAYU SERUMPUN - umexpert.um.edu.my · Psikiatri Budaya di Malaysia dan Indonesia Mohamed Hatta Shahrom : ... Nama Orang Minangkabau: Gambaran Periodesasi Sejarah Bangsa

KHAZANAH MELAYU SERUMPUN

DALAM ERA BAHARU Himpunan Makalah

Editor

Indirawati Zahid

Norhayati Ab Rahman Pramono

Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu Universiti Malaya, Kuala Lumpur

2018

Page 2: KHAZANAH MELAYU SERUMPUN - umexpert.um.edu.my · Psikiatri Budaya di Malaysia dan Indonesia Mohamed Hatta Shahrom : ... Nama Orang Minangkabau: Gambaran Periodesasi Sejarah Bangsa

Copyright © Cetakan 2018 Diterbitkan oleh Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu, Universiti Malaya, dengan usahasama Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan Fakultas Ilmu Budaya, Universitas Andalas Editor, Indirawati Zahid, Norhayati Ab Rahman, Pramono

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk sama ada secara elektronik, mekanik, rakaman atau lain-lain sepertinya sebelum mendapat keizinan bertulis daripada pemilik hak cipta terlebih dahulu. Perpustakaan Negara Malaysia Data-mengkatalog-dalam-penerbitan Khazanah Melayu Serumpun dalam Era Baharu Himpunan Makalah ISBN: 978-967-12489-6-6 Reka letak dan kulit buku: Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu Dicetak oleh: Penerbit Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur

Page 3: KHAZANAH MELAYU SERUMPUN - umexpert.um.edu.my · Psikiatri Budaya di Malaysia dan Indonesia Mohamed Hatta Shahrom : ... Nama Orang Minangkabau: Gambaran Periodesasi Sejarah Bangsa

Kandungan ________________________________________________________________

Prakata

i

Kata Pengantar ii-ix BAHAGIAN I: BAHASA DAN LINGUISTIK

Bentuk dan Struktur Komunikasi Sohor Kini Indirawati Zahid

1-15

‘Hati’ dalam Medan Makna Emosi Menerusi Karya Agung Pantun Melayu Noor Hasnoor Mohammad Nor

16-36

Pemikiran Masyarakat Melayu dalam Pantun Terkini: Analisis Pantun-Pantun dalam Media Sosial (Twitter) Puteri Roslina Abdul Wahid Nurul Fatin Zulkarnaini Nur Azimah Nurul Haniza Samsudin

37-55

Proses Penghasilan Wacana dalam Wawancara Jejak Seorang Pemimpin Rohaidah Haron

56-72

Analisis Akustik Berkomputer Terhadap Bunyi Glotis h /h/: Pertembungan Awalan meng- + Bunyi Glotis h Sato Hirobumi @ Rahmat

73-86

Halangan dalam Berbahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Indonesia di Malaysia Mardian Shah Omar Hasmidar Hassan Salinah Jaafar Tengku Intan Marlina

87-97

Fenomena Kesantunan Percakapan Pedagang dan Pembeli di Objek Wisata Kota Padang Aslinda Noviatri

98-110

Transitivitas dalam Kaba: Puti Nilam Tjajo Dengan Dang Tuanku Gombang Alam Ayendi, SS

111-124

Page 4: KHAZANAH MELAYU SERUMPUN - umexpert.um.edu.my · Psikiatri Budaya di Malaysia dan Indonesia Mohamed Hatta Shahrom : ... Nama Orang Minangkabau: Gambaran Periodesasi Sejarah Bangsa

Pembelajaran Bahasa Kedua di Usia Prapubertas Gusdi Sastra

125-136

Transitivitas Verba ‘Datang’ dalam Bahasa Indonesia M.Yusdi Lindawati

137-146

Bahasa di Ruang Publik Oktavianus

147-163

Variasi Penggunaan Isyarat Sapaan (Analisis Terhadap Kelompok Gerkatin di Provinsi Sumatera Barat-Indonesia Rona Almos Sonezza Ladyanna

164-169

Leksikon Persawahan dalam Dinamika Demografi Masyarakat Perkotaan Sonezza Ladyanna Rona Almos Herry Nur Hidayat Seswita

170-177

BAHAGIAN II: SASTERA, BUDAYA DAN SENI

Lagu Rakyat Kanak-Kanak Kelangsungannya di Era Baharu Madiawati Mamat@ Mustaffa

179-194

Jebak Puyuh: Huraian Aspek Estetika, Gunaan Dan Sosial Marzudi Md Yunus

195-204

Imej Dan Resepsi Penonton Terhadap Watak Hang Jebat Dalam Bangsawan Li Po Mohd Faizal B. Md Nor

205-215

Isu Negara Bangsa dan Cabaran Baharu dalam Novel Bukan Orang-orang oleh Hafizah Iszahanid Norhayati Ab.Rahman

216-233

Sastera Kanak-Kanak Sebagai Medium Pendidikan Kanak-Kanak sepanjang Zaman Rohayati Junaidi Tengku Intan Marlina Mohd Ali Madiawati

234-249

Page 5: KHAZANAH MELAYU SERUMPUN - umexpert.um.edu.my · Psikiatri Budaya di Malaysia dan Indonesia Mohamed Hatta Shahrom : ... Nama Orang Minangkabau: Gambaran Periodesasi Sejarah Bangsa

Tradisi Maritim di Alam Melayu dan Inovasi Masa Kini Hashim Musa Mohd Jamil Maah

250-263

Peranan Perpustakaan dalam Memupuk Budaya Serumpun Haslan Tamjehi

264-271

Psikiatri Budaya di Malaysia dan Indonesia Mohamed Hatta Shahrom

272-281

Model Pewarisan Tradisi Lisan Salawat Dulang Eka Meigalia Yerri Satria Putra

282-290

Wacana Etnodiplomatika Minangkabau Hasanuddin Nopriyasman Muchlis Awwali Irwan

291-305

Melampaui Kata: Transformasi Folklore Herry Nur Hidayat Wasana

306-313

Kekerasan Verbal Terhadap Perempuan: Analisis KDRT di DKI Jakarta Ike Revita Rovika Trioclarise Nila Anggreyni Tengku

314-320

Warisan Melayu Serumpun Indonesia dan Malaysia dalam Perspektif Sejarah Mhd. Nur

321-338

Dari Sumatera untuk Indonesia dan Dunia: Naskhah Tuanku Imam Bonjol sebagai MON dan MOW Pramono

339-346

Nama Orang Minangkabau: Gambaran Periodesasi Sejarah Bangsa Reniwati Noviatri

347-359

Page 6: KHAZANAH MELAYU SERUMPUN - umexpert.um.edu.my · Psikiatri Budaya di Malaysia dan Indonesia Mohamed Hatta Shahrom : ... Nama Orang Minangkabau: Gambaran Periodesasi Sejarah Bangsa

Bentuk dan Struktur Komunikasi Sohor Kini 1

BENTUK DAN STRUKTUR KOMUNIKASI SOHOR KINI1

Indirawati Zahid

PENDAHULUAN Komunikasi bertujuan interaksi, bertujuan interaksi, iaitu mencakupi proses pemindahan pelbagai bentuk maklumat dengan menggunakan pelbagai medium. Komunikasi boleh berlaku dalam banyak cara, sama ada dengan menggunakan kata, gambar, simbol, grafik, suara, nada, ekspresi muka, pakaian dan bahasa badan (Team FME, 2013, hlm. 4). Situasi ini menjadikan komunikasi bersifat rencam. Kerencaman aspek bahasa antaranya ditandai dengan kepelbagaian bentuk dan struktur bahasa. Antara kerencaman yang berlaku ialah penciptaan makna baru pada sesuatu kata yang sedia ada atau mencipta kata baru - slanga, struktur ayat yang pelbagai, sebutan dan intonasi.

Menurut West dan Tunner (2010, hlm. 3) kejayaan komunikasi bergantung pada kemampuan individu untuk memahamkan individu yang lain. Dalam usaha memahamkan individu yang lain dalam komunikasi yang berlangsung, proses ini dapat dikatakan sebagai satu tugasan yang mencabar. Tugas yang mencabar ini merupakan proses dua hala yang berlaku di antara pengguna bahasa. Ia hanya akan dianggap berjaya apabila kesemua pihak (pemeran) yang terlibat dalam komunikasi tersebut mempunyai kefahaman yang sama tentang apa yang dikomunikasikan (Team FME, 2013, hlm. 4). Penyataan ini secara tidak langsung membawa maksud tentang kebarangkalian akan berlakunya salah faham. Salah faham wujud apabila pemeran komunikasi gagal memahami komunikasi yang berlangsung, misalnya tidak memahami bunyi, kata, frasa atau ayat yang dituturkan. Kasus ini dinamakan sebagai gangguan semantik (semantic noise) oleh West dan Turner (2010, hlm 12). Salah faham yang berlaku ini akan menjejaskan pencapaian objektif komunikasi.

Salah faham semasa komunikasi sememangnya tidak dapat dielakkan. Pengguna bahasa dalam usaha meminimumkan salah faham 1 Trending

Page 7: KHAZANAH MELAYU SERUMPUN - umexpert.um.edu.my · Psikiatri Budaya di Malaysia dan Indonesia Mohamed Hatta Shahrom : ... Nama Orang Minangkabau: Gambaran Periodesasi Sejarah Bangsa

2 Khazanah Melayu Serumpun dalam Era Baharu

yang berlaku akan menghubungkan pengalaman seharian dengan budaya masyarakat pengguna bahasa itu sendiri. Di sini, kebijaksanaan dan kekreatifan pengguna bahasa terserlah apabila berlakunya proses pemilihan kata yang tepat bagi merepresentasi makna yang dirujuk, iaitu menghubungkan makna denotatif dengan makna konotatif sesuatu kata.

Lanjutan itu, gambaran kebijaksanaan dan kekreatifan ini akan dipaparkan melalui analisis dan perbincangan pada aspek makna beberapa kata bahasa Melayu yang didapati tular. KOMUNIKASI SOHOR KINI Situasi komunikasi hari ini memperlihatkan khalayak pengguna bahasa yang bijak dan kreatif mementingkan ketepatan makna bagi memastikan komunikasi berlangsung dengan lancar. Ini berlaku apabila pemeran komunikasi dapat menghubungkan di antara makna komunikasi2 yang dirujuk oleh sesuatu kata, struktur ayat dan ayat yang digunakan melalui pengalaman berbahasa yang dimiliki. Sekiranya dalam bahasa lisan, pemerolehan makna dibantu melalui cara sebutan dan intonasi sebaliknya dalam teks bertulis, pemeran hanya bersandarkan pada ketepatan kata dan makna yang dirujuk berasaskan konteks linguistiknya. Ini selari dengan penyataan Gee (1999, hlm. 11) seperti dalam petikan yang berikut:

Language has a magical property: when we speak or write we craft what we have to say to fit the situation or context in which we are communicating. But, at the same time, how we speak or write creates that very situation or context. It seems, then, that we fit our language to a situation or context that our language, in turn, helped to create in the first place.

Penyataan Gee ini antara lain bermaksud sebagai pengguna bahasa kita memanipulasi elemen-elemen dalam bahasa semasa berkomunikasi. Apabila proses manipulasi berlaku maka tidak mustahil makna yang dirujuk oleh beberapa perkataan akan mengalami perubahan makna sesuai konteksnya. Dalam bidang semantik, perubahan makna mencakupi proses penyempitan makna dan peluasan makna. Kasus seperti ini berlaku kerana makna perkataan dalam sesuatu bahasa

2 Communicative meaning: the meaning of an utterance as a communicative act in a given social

setting. ( Lӧbner, 2013, hlm 7)

Page 8: KHAZANAH MELAYU SERUMPUN - umexpert.um.edu.my · Psikiatri Budaya di Malaysia dan Indonesia Mohamed Hatta Shahrom : ... Nama Orang Minangkabau: Gambaran Periodesasi Sejarah Bangsa

Bentuk dan Struktur Komunikasi Sohor Kini 3

dipengaruhi oleh konotasi budaya yang dominan yang mencerminkan realiti sosial penutur bahasa tersebut (Hajar, 2005 hlm. 84). Dalam kasus seperti ini sering kali pengguna bahasa jarang sekali mempunyai masalah dalam memahami makna yang dirujuk. Ini berlaku kerana kebijaksanaan pengguna bahasa merujuk makna denotatif dan makna konotatif berasaskan kewujudan konteks sesuatu komunikasi. Kesemua ini bertitik tolak daripada pengalaman penutur bahasa itu dengan budaya berbahasa masyarakat yang dirujuk. Perubahan makna yang berlaku didapati bersifat “telus”, iaitu mudah ditafsirkan. Penciptaan makna baru ini mengguna pakai kata yang sedia ada dalam bahasa bagi merepresentasi sesuatu makna yang dirujuk. Makna denotatif dan konotatif didapati berhubungan. Di antara kata yang sohor kini ialah membawang, kunyit, meletops, azan, kicap, meroyan, langau, masyuk, masak, payung dan sebagainya. Komunikasi sohor kini dari aspek makna berlaku dalam situasi tidak formal, iaitu dalam lisan dan lisan yang dituliskan. Sifat sohor kini ini ditandai dengan tularnya penggunaan beberapa kata dan makna yang dirujuk oleh pengguna bahasa. Tularnya penggunaan sesuatu kata dan makna baru yang dicipta berkaitan rapat dengan ketepatan makna yang dirujuk berdasarkan konteks dan frekuensi penggunaannya. PERUBAHAN MAKNA KATA Setiap satu kata mempunyai makna. Makna ini dirujuk sebagai makna denotatif, iaitu makna “pusat” atau “teras” bagi satu item leksikal (Richards dan Schmidt, 2002 hlm.148). Berbeza dengan makna konotatif, makna ini merujuk pada makna tambahan melangkaui makna pusat. Makna ini menurut Richards dan Schmidt (2002, hlm. 108) memperlihatkan emosi dan sikap pengguna bahasa terhadap kata atau frasa yang dirujuk. Menurut mereka lagi, makna ini mungkin dikongsi oleh sejumlah kelompok pengguna bahasa yang sama budaya atau latar belakang sosial, gender dan umur. Malah makna ini juga mungkin terhad pada kepada seorang atau beberapa individu dan bergantung pada pengalaman peribadi. Dalam kasus bahasa Melayu. ada frasa “anak dara tua” yang bermaksud gadis yang telah lanjut usianya tetapi belum lagi berumah tangga diasosiasikan makna konotatifnya sebagai gadis yang “garang”; begitu juga frasa “orang tua” yang sering diasosiasikan dengan makna tambahan, iaitu orang yang “cerewet”, “suka berleter” (membebel), pelupa (nyanyuk) dan sebagainya. Penyataan makna

Page 9: KHAZANAH MELAYU SERUMPUN - umexpert.um.edu.my · Psikiatri Budaya di Malaysia dan Indonesia Mohamed Hatta Shahrom : ... Nama Orang Minangkabau: Gambaran Periodesasi Sejarah Bangsa

4 Khazanah Melayu Serumpun dalam Era Baharu

tambahan ini tidak semestinya betul pada semua keadaan kerana tidak semua gadis yang lanjut usia dan belum berumah tangga itu garang manakala orang tua pula tidak semestinya suka membebel, cerewet dan pelupa. Pemberian makna baru ini lazimnya berhubungan dengan pemerhatian yang dilakukan oleh pengguna bahasa terhadap persekitaran kehidupan mereka. Penyataan ini tentu sekali relevan dengan apa yang berlaku pada hari ini apabila kata yang sedia ada dalam bahasa Melayu diguna pakai semula tetapi diberikan makna baru yang relevan pada pemikiran orang Melayu itu sendiri. Perubahan makna ini seperti yang dinyatakan sebelum ini sama ada akan mencakupi proses penyempitan atau perluasan makna. Penyempitan makna merujuk pada proses pengurangan makna yang dirujuk dengan maksud makna menjadi lebih spesifik. Ini berbeza dengan peluasan makna yang merujuk pada proses generalisasi, iaitu makna menjadi lebih umum. Penyempitan makna misalnya dapat dilihat dalam contoh bahasa Inggeris tua, kata doer (haiwan) tetapi pada hari ini kata ini hanya secara spesifik merujuk pada sejenis haiwan yang dinamakan deer (rusa) (Oxford Research Encyclopedias, 2017). Sementara peluasan makna misalnya dalam contoh kata bird yang asalnya ialah bridde yang merujuk pada anak burung yang masih di dalam sarangnya tetapi kini sudah merujuk pada semua burung; kata companion merujuk pada makna seseorang yang makan roti bersama tetapi pada hari ini ia bermaksud seorang yang menjadi teman atau ada bersama (Nordquist, 2017).

Situasi yang sama berlaku dalam bahasa Melayu tetapi yang menjadi fokus dalam analisis ini ialah kebijaksanaan dan kekreatifan pengguna dalam bahasa percakapan yang digunakan. Makna konotatif yang diberikan didapati “telus” dalam makna yang dirujuk atas faktor konteks komunikasi, kefahaman tentang makna denotatif dan budaya masyarakat. Kefahaman makna denotatif ini memungkinkan pengguna bahasa tidak mempunyai masalah untuk memahami makna yang dirujuk malah merasakan perubahan makna yang berlaku tepat dalam konteks komunikasi yang berlangsung. Lihat beberapa contoh penggunaan kata-kata3 yang berikut:

Kenapa anjingkan aku? / Kerja dia memang selalu menganjingkan orang. Dah arwah lauk pauk tu./ Arwahkan sahajalah makanan tu daripada membazir.

3 Makna konotatif.

Page 10: KHAZANAH MELAYU SERUMPUN - umexpert.um.edu.my · Psikiatri Budaya di Malaysia dan Indonesia Mohamed Hatta Shahrom : ... Nama Orang Minangkabau: Gambaran Periodesasi Sejarah Bangsa

Bentuk dan Struktur Komunikasi Sohor Kini 5

Aminah ayamkan lagu Celine Dion, nyanyi sambil duduk sahaja./ Alah, cap ayam sahaja baju ni. Tolong azankan mamat ni sikit, dah melampau sangat ni./ Kena azan ni supaya dia insaf! Amboi, sembang kencang nampak? Kita semua sudah kena kencing. Klau jumpa bdk taik ni tlg report polis.. kes samun kdai dobi smlm .. sebelum report mtak tlg luku sikit kasi kicap… / Dah berkicap dah! Selalunya lelaki yang sado ni, geng kunyit. Dalam dunia politik memang banyak langau. Masak kau kejap lagi. Alhamdullilah walau pun penat, tapi masyuk. Wah, meletops kau malam ni! Ni mesti tak ada kerja lain ni, membawang je. Sudah-sudahlah tu, asyik meroyan je. Jangan cakap akak tak payung ya?

Dapatkah setiap satu kata yang digariskan itu ditanggap makna yang dirujuk? Lihat Jadual 1 yang berikut, yang memaparkan makna yang dirujuk dalam bahasa percakapan bahasa Melayu4:

Jadual 1 : Makna Konotatif

Bil Kata Makna Dalam Konteks

Asas Perubahan Makna

Bentuk/ Struktur Imb Ø

Imb 1 Anjing

/menganjingkan hina/kutuk/ mengata (orang Pantai Timur dikatakan sering menggunakan kata ini)

haiwan yang dipandang hina oleh orang Melayu berkaitan dengan agama juga, haiwan yang haram.

√ √

2 Arwah/ arwahkan

habiskan/ tamatkan

tidak bernyawa – tidak ada lagi.

√ √

3 Ayam /mengayamkan

merendahkan/ memperlekehkan/biasa

haiwan yang mudah dan banyak ditemui di persekitaran petempatan orang

√ √

4 Perbincangan dan analisis masih bersifat tentatif. Kajian lanjut perlu dilakukan.

Page 11: KHAZANAH MELAYU SERUMPUN - umexpert.um.edu.my · Psikiatri Budaya di Malaysia dan Indonesia Mohamed Hatta Shahrom : ... Nama Orang Minangkabau: Gambaran Periodesasi Sejarah Bangsa

6 Khazanah Melayu Serumpun dalam Era Baharu

Melayu. Bersaiz kecil/sederhana.

4 Azan nasihat panggilan untuk mengerjakan solat bagi orang Islam, iaitu ke arah kebaikan mengingati Allah.

x √

5 Kencang berdegar-degar/ cakap besar

situasi yang biasa dirujuk pada angin, iaitu tiupan angin. Kadar kekuatan tiupan angin disamakan dengan cakap besar.

x √

6 Kencing tipu/bohong najis “kecil” (buang air kecil) yang dibuang – najis ini merosakkan pemikiran, pendirian dan kepercayaan. Dalam Islam – najis mutawassitah.

x √

7 Kicap/berkicap lebam/pukul dengan kuat sehingga meninggalkan kesan

warna hitam/gelap – lebam.

√ √

8 Kunyit hubungan sesama jenis – lelaki (gay)

warna kuning, hubungan sesama lelaki, luar tabii yang kesan perbuatan tersebut (jika terlalu kuat) akan mengeluarkan najis “berat” - buang air besar. Dalam Islam - najis mutawassitah.

x √

9 Langau sikap individu yang akan merosakkan

sifat serangga yang merosakkan.

x √

Page 12: KHAZANAH MELAYU SERUMPUN - umexpert.um.edu.my · Psikiatri Budaya di Malaysia dan Indonesia Mohamed Hatta Shahrom : ... Nama Orang Minangkabau: Gambaran Periodesasi Sejarah Bangsa

Bentuk dan Struktur Komunikasi Sohor Kini 7

10 Masak lunyai/renyok/terperesok (bukan fizikal)

sifat sesuatu yang mentah menjadi masak kerana proses tertentu seperti mengoreng, merebus, menanak dsbnya. Sifat yang berubah daripada asal.

x √

11 Masyuk rezeki sifat penambahan. x √ 12 Meletops menonjol/

memegunkan berkaitan kecantikan

sifat ledakan yang memeranjatkan.

√ x

13 Membawang

gosip/ mengumpat. Perbuatan ini sering kalinya didorongkan oleh rasa tidak suka, iri (dengki) dan sebagainya yang bersifat negatif. Keadaan yang sama seperti mana apabila mengupas bawang, mata menjadi pedih sehingga mengeluarkan air mata. Konotasinya, sakit mata melihat kejayaan atau apa-apa sahaja yang dimiliki oleh orang lain melebihi apa yang ada pada diri sendiri.

perbuatan wanita dalam persediaan kenduri, memotong bawang dan mengisi masa dengan pelbagai cerita.

√ x

14 Meroyan perasaan marah tanpa mengira gender

sifat gangguan emosi yang tidak stabil pada wanita.

√ x

Page 13: KHAZANAH MELAYU SERUMPUN - umexpert.um.edu.my · Psikiatri Budaya di Malaysia dan Indonesia Mohamed Hatta Shahrom : ... Nama Orang Minangkabau: Gambaran Periodesasi Sejarah Bangsa

8 Khazanah Melayu Serumpun dalam Era Baharu

15 Payung belanja/ menaungi/ melindungi/ memaklumkan

sifat payung yang melindungi.

x √

Petunjuk Imb Imbuhan Ø Imb Tanpa imbuhan √ Mempunyai X Tidak mempunyai

Lihat pula Jadual 2 di bawah yang memaparkan makna denotatif kata yang dirujuk sebelum ini.

Jadual 2: Makna Denotatif

Bil. Kata Kata Dasar

Golongan Kata

Golongan Kata Baru

Makna Asal5

1 Anjing /menganjingkan

Anjing Kata Nama

Ø / Kata Kerja

1. sj haiwan yang menyalak (ada yg dipelihara utk menjaga rumah dsb dan ada yang liar);

2. ki barua, tali barut, …

2 Arwah/

arwahkan Arwah Kata

Nama Ø / Kata Kerja

1. roh atau jiwa orang yg telah meninggal dunia;

2. semangat ; 3. (kata yg

digunakan apabila menyebut seseorang yg telah meninggal).

5 Diambil seadanya seperti dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2015) dan relevan dengan

maksud kata yang dianalisis.

Page 14: KHAZANAH MELAYU SERUMPUN - umexpert.um.edu.my · Psikiatri Budaya di Malaysia dan Indonesia Mohamed Hatta Shahrom : ... Nama Orang Minangkabau: Gambaran Periodesasi Sejarah Bangsa

Bentuk dan Struktur Komunikasi Sohor Kini 9

3 Ayam /mengayamkan

Ayam Kata Nama

Ø / Kata Kerja

1. sejenis unggas yg biasanya diternak;

2. daging ayam

4 Azan Azan Kata Nama

Kata Kerja Panggilan utk bersembahyang, …

5 Kencang Kencang Kata Adjektif

Ø I 1. Tegang (spt tali yg direntang) … ;

2. Cepat, pantas, deras,laju;

3. erat-erat,kuat-kuat, teguh;

II ~ kencung bunyi spt

bunyi enjin (bunyi cang-cung).

6 Kencing Kencing Kata Kerja

Ø I 1. = air ~ najis yg keluar

dr kemaluan, air seni;

2. = berkencing buang air

kecil, berkemih; …

7 Kicap/berkicap Kicap Kata Nama

Kata Kerja, Kata Adjektif

II benda cair yg hitam

warnanya dibuat drpd air

kacang soya dan garam

(digunakan dlm masakan dll).

8 Kunyit Kunyit Kata Nama

Ø I = ~ terus = temu ~ sj tumbuhan (rizomnya

dijadikan bahan pencelup dan

rempah), …

Page 15: KHAZANAH MELAYU SERUMPUN - umexpert.um.edu.my · Psikiatri Budaya di Malaysia dan Indonesia Mohamed Hatta Shahrom : ... Nama Orang Minangkabau: Gambaran Periodesasi Sejarah Bangsa

10 Khazanah Melayu Serumpun dalam Era Baharu

9 Langau Langau Kata Nama

Kata Adjektif

sj lalat (pikat)besar yg menggigit; …

10 Masak Masak Kata

Kerja Kata Adjektif

1. sudah tua dan boleh dimakan (buah-buahan dll).

2. sudah empuk, tidak mentah lagi (barang makanan yg direbus, digoreng, dll).

3. Cara membuat masakan (gulai dll).

4. ki sudah tahu atau faham benar (kelakuan orang dll).

11 Masyuk Masuk Kata

Kerja Ø 1. pergi ke dlm (

bilik, rumah, …);

2. terbenam (matahari, bulan dll) …

3. Hadir di atau pergi ke tempat bekerja (sekolah dll);

4. …; 5. …; 6. ….; 7. …;

8. yg diperoleh (diterima, didapati)

12 Meletops Letup Kata

Kerja Kata Adjektif

pecah dan berbunyi spt bunyi benda pecah

Page 16: KHAZANAH MELAYU SERUMPUN - umexpert.um.edu.my · Psikiatri Budaya di Malaysia dan Indonesia Mohamed Hatta Shahrom : ... Nama Orang Minangkabau: Gambaran Periodesasi Sejarah Bangsa

Bentuk dan Struktur Komunikasi Sohor Kini 11

(tembakan meriam, bola pecah, dll). ,,,

13 Membawang Bawang Kata Nama

Kata Kerja

ki makan bawang, marah

14 Meroyan Royan Kata Nama

KataKerja I gangguan emosi

selepas bersalin akibat

perubahan hormon

dlm badan yg menyebabkan seseorang ibu

murung, bertindak

ganas, dll.

15 Payung Payung Kata Nama

Kata Kerja I 1. alat bertangkai yg biasanya dibuat drpd kain,kertas, dsb yg dipasang pd kerangka boleh lipat utk melindungi seseorang atau sesuatu drpd terkena hujan atau panas mata hari …

Petunjuk Ø Tiada golongan kata baru I /II Makna homonimi … Elipsis Paparan pada Jadual 1 dan 2 memperlihatkan makna kontatif dan denotatif kata yang dianalisis selain bentuk dan struktur kata tersebut.

Page 17: KHAZANAH MELAYU SERUMPUN - umexpert.um.edu.my · Psikiatri Budaya di Malaysia dan Indonesia Mohamed Hatta Shahrom : ... Nama Orang Minangkabau: Gambaran Periodesasi Sejarah Bangsa

12 Khazanah Melayu Serumpun dalam Era Baharu

PERBINCANGAN Makna konotatif yang dirujuk oleh pengguna bahasa Melayu seperti dalam Jadual 1 bertitik tolak daripada apa yang dibincangkan dalam teori Relevans, iaitu the central claim of relevance theory is that the expectations of relevance raised by an utterance are precise enough, and predictable enough, to guide the hearer towards the speaker’s meaning (Sperber dan Wilson, 2006, hlm. 607). Penyataan ini antara lain bermaksud sebagai pengguna bahasa, kita sememangnya bijak menghubungkan setiap satu item bahasa (kod) yang digunakan dalam ujaran untuk mendukung makna yang dirujuk. Sehubungan dengan itu “ketelusan” makna yang dinyatakan dalam kata dalam Jadual 1 tersebut dapat ditanggapi oleh penutur bahasa Melayu. Ketelusan makna ini menjadikan pemprosesan maklumat dalam sistem kognitif menjadi lebih singkat. Hal yang sama dinyatakan oleh Norhashimah dan Norsimah (2006), jika ujaran kita hendak mendapat respons yang baik daripada pendengar dan seterusnya menjadi relevans, maka penutur haruslah memastikan ujarannya memenuhi tuntutan konteks, kesan konteks dan kos memproses maklumat. Dalam teori ini terdapat dua perkara yang menjadi intipati, iaitu prinsip kognitif dan prinsip komunikatif. Dalam prinsip kognitif, apa yang berlaku dalam mendapatkan kerelevanan maklumat dalam sesuatu ujaran itu merupakan sesuatu yang asas seperti yang dinyatakan oleh Mey (2009, hlm 108) utterances raise expectations of relevance not because speakers are expected to obey a Co-operative Principle and maxims or some other specifically communicative convention, but because the search for relevance is a basic feature of human cognition, which communicators may exploit. Ini sekali gus memperlihatkan sebagai pengguna bahasa, kita sememangnya bijak menghubungkan makna yang dirujuk dengan pengalaman kita terhadap persekitaran bahasa yang ada. Kedua-dua prinsip ini bergabung dalam memerikan makna yang dirujuk oleh pengguna bahasa. Dalam kasus pemberian makna konotatif oleh pengguna bahasa, makna tambahan ini didapati relevan dengan makna yang dirujuk, iaitu sama ada berdasarkan aktiviti, objek yang dirujuk, persekitaran, sifat dan sebagainya. Ini memberikan khalayak sasaran komunikasi yang berlangsung mendapat konteks, kesan konteks dan usaha memproses maklumat yang ditekankan dalam teori Relevans. Situasi seperti ini suatu masa dahulu dilakukan dengan penggunaan peribahasa dan simpulan bahasa, sebaliknya pula pada hari ini. Dalam konteks ini, khalayak pengguna bahasa diberikan klu-klu tertentu yang memungkinkan mereka

Page 18: KHAZANAH MELAYU SERUMPUN - umexpert.um.edu.my · Psikiatri Budaya di Malaysia dan Indonesia Mohamed Hatta Shahrom : ... Nama Orang Minangkabau: Gambaran Periodesasi Sejarah Bangsa

Bentuk dan Struktur Komunikasi Sohor Kini 13

mentafsirkan makna tambahan yang diberikan. Sehubungan itu makna tambahan yang dirujuk tidak akan tersasar dengan makna yang dihajati oleh si penutur. Kerelevan yang tepat ini akan menentukan kejayaan sesuatu komunikasi yang sememangnya menjadi hasrat atau objektif sesuatu komunikasi. Selain makna tambahan yang diberikan, terdapat beberapa kata yang dipaparkan dalam Jadual 2 memperlihatkan perubahan golongan kata berlaku. Kata anjingkan, arwahkan, mengayamkan, azan, berkicap, membawang, meroyan dan payung menjadi kata kerja dalam konteks bahasa percakapan yang dirujuk manakala kata kicap, langau, masak dan meletops menjadi kata adjektif. Kata yang tidak berubah golongan kata ialah anjing, arwah, ayam, kencang, kencing, kunyit dan masyuk. Tidak hanya golong kata yang berubah, terdapat juga pembentukan kata berlaku, iaitu imbuhan awalan meN- yang digabungkan dengan kata bawang, anjing, dan royan; imbuhan ber- yang digabungkan dengan kata kicap selain penambahan – kan bagi kata anjingkan, ayamkan dan arwahkan; imbuhan apitan meN-kan bagi kata mengayamkan. Pembentukan kata ini sekali gus memerikan makna tambahan yang dirujuk dalam konteks bahasa percakapan yang dirujuk. Sifat sohor kini tidak berlaku secara sewenang-sewenangnya. Ia berlaku kerana masyarakat merasa ketepatan makna tambahan yang diberikan tersebut tepat dan menarik untuk digunakan berbanding apabila menggunakan peribahasa atau simpulan bahasa. Selain bentuk kata yang lebih ringkas, kata yang digunakan juga merupakan kata-kata yang umum dan lazim digunakan. Dalam bahasa yang mudah, kata-kata ini sememangnya “dekat” dengan pengguna bahasa itu sendiri. Bahasa percakapan tidak memerlukan pengguna bahasa mematuhi tatabahasa yang ada, yang penting dalam bahasa percakapan ialah mesej yang ingin disampaikan sahaja. Apabila pengguna komunikasi memahami mesej yang menjadi objektif, komunikasi sudah dianggap berjaya. KESIMPULAN Komunikasi boleh berlaku dalam pelbagai cara. Sering kali komunikasi lisan bersifat lebih rencam. Ini kerana bahasa percakapan tidak terikat dengan tatabahasa dan ini pastilah memberikan kebebasan kepada pengguna bahasa untuk mencipta bentuk dan struktur kata yang baru bagi sesuatu kata yang dipilih. Bentuk dan struktur kata yang baru ini diperkaya pula dengan makna tambahan yang dirujuk. Makna tambahan

Page 19: KHAZANAH MELAYU SERUMPUN - umexpert.um.edu.my · Psikiatri Budaya di Malaysia dan Indonesia Mohamed Hatta Shahrom : ... Nama Orang Minangkabau: Gambaran Periodesasi Sejarah Bangsa

14 Khazanah Melayu Serumpun dalam Era Baharu

yang dirujuk sebagai makna konotatif ini didapati tidak menimbulkan masalah pemahaman kepada khalayak pengguna kerana sifat ketelusan makna yang dirujuk. Ketelusan makna ini dapat dirujuk sebagaimana yang dibincangkan dalam teori Relevans, iaitu melibatkan konteks, kesan konteks dan kos memproses maklumat. Ketiga-tiga aspek ini apabila dipatuhi akan menjadikan makna tambahan yang dirujuk tidak menimbulkan salah faham. Pengguna bahasa didapati dapat meng-hubungkan makna baru yang dirujuk tersebut. Situasi ini memperlihatkan bahawa masyarakat pengguna bahasa bijak dan kreatif dalam memanipulasi makna baru yang dirujuk. Makna baru yang dirujuk tidak bersifat sewenang-wenangnya tetapi kesemua-nya mempunyai asas dalam pemberian makna misalnya pada aktiviti, sifat, objek dan sebagainya. Sesuai dengan kewujudannya sebagai bahasa percakapan, kelangsungan hayatnya tidak dapat dijangkakan. Ini kerana penggunaan kata-kata ini bersifat bermusim, iaitu slanga yang mempunyai tempoh hayat tertentu. Sohor kininya kata-kata ini bergantung kepada kesediaan pengguna bahasa menggunakannya dan menjadikannya tular. Faktor yang menentukan kedua-dua perkara ini tentulah berhubungan dengan ketepatan makna yang dirujuk. Sehubungan dengan itu tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kebijaksanaan dan kekreatifan pengguna bahasa Melayu akan menjadikan bahasa ini terus hidup dan relevan setiap masa. Kemungkinan juga suatu masa nanti kata-kata yang wujud dalam bahasa percakapan ini akan dimasukkan dalam kamus sebagai salah satu entri dan dokumentasi bagi rujukan generasi akan datang. RUJUKAN Gee, J.P. (1999). An introduction to discourse analysis: Theory and method. London:

Routledge. Hajar Abdul Rahim. (2005). Impak konotasi budaya terhadap leksis: Satu kajian

semantik berasaskan korpus, ke atas perkataan perempuan dan wanita. Jurnal Bahasa. Vol 5(1), 83-111.

Lӧbner, S. (2013). Understanding semantics. Second Edition. London and New York: Routledge Taylor & Francis Group.

Mey, J.L. (eds). (2009). Consice encyclopedia of pragmatics 2nd Edition. Oxford: Elsevier.

Page 20: KHAZANAH MELAYU SERUMPUN - umexpert.um.edu.my · Psikiatri Budaya di Malaysia dan Indonesia Mohamed Hatta Shahrom : ... Nama Orang Minangkabau: Gambaran Periodesasi Sejarah Bangsa

Bentuk dan Struktur Komunikasi Sohor Kini 15

Nordquist, R. (2017). Broadening (semantic generalization) glossary of grammatical and rhetorical terms - Definition and examples. Retrieved from http://linguistics.oxfordre.com/

Nor Hashimah Jalaluddin & Norsimah Mat Awal. (2006). Citra dulu dan kini dalam prosa Melayu: Analisis teori Relevans. Jurnal e-Bangi, Vol.1 (1). 1-21.

Richards, J.C., & Schmidt, R. (2002). Longman dictionary of language teaching & applied linguistics. Third edition. London: Pearson Education Limited.

Traugott, E.C. (2017). Oxford Linguistics Encyclopedias, March 2017. Retrieved from http://linguistics.oxfordre.com

Team FME. (2013). Effective communications: Communication skill. Retrieved March 6, 2018 from http://www.free-management-ebooks.com/

West, R & Turner, L.H. (2010). Introducing communication theory: Analysis and application. New York: McGraw-Hill Higher Education.

Wilson, D., & Sperber, D. (2006). Relevance theory. In L. Horn & G. Ward (Eds.), The Handbook of Pragmatics (pp. 607–632). Wiley-Blackwell.

Zuraidah Mohd. Sulaiman, Gan Kiet Chien,Eng Sze Boon & Ahmad Harith Syah Moh. Yusof (2012). Slanga remaja Melayu dan Cina: Analisis awal berdasarkan teori Relevans. Prosiding 2nd International Conference on Arts, Social Sciences & Technology, Penang, Malaysia.