Khoo Khay Kim

download Khoo Khay Kim

of 12

Transcript of Khoo Khay Kim

PKPGB KOHOT 4 UUM-IABSBLM2043 : PERKEMBANGAN PEMIKIRAN DUNIA MELAYU PENSYARAH : PN. HJH. NASARIAH MANSOR PELAJAR : MUHAMMAD FAISAL BIN MUSTAPA NO. MATRIK : 201399 PELAJAR NO. MATRIK : NAZZIR HUSSAIN BIN HAJI MYDEEN : 201400

Tokoh Pemikiran Alam Melayu : YBhg. Prof Emeritius Dato Dr.Khoo Kay Kim

Latar belakang dan sejarah hidup

Prof EmeritiusTan Sri Dr. Khoo Kay Kim ialah seorang Sejarawan Malaysia yang terkenal dan merupakan seorang Professor (Sejarah) di Universiti Malaya.Beliau dilahirkan di Kampar, Perak Darul Ridzuan pada 28 Mac tahun 1937.

Beliau berkelulusan B.A. 1959; M.A. 1967; PhD. 1974 dari Universiti Malaya. Beliau mendapat Sarjana kedoktoran (PhD) berdasarkan thesis beliau yang bertajuk The beginnings of political extremism in Malaya 1915-1935 (1973) yang diseliakan oleh Prof. Kennedy G. Tregonning.

Semasa zaman persekolahannya, beliau pernah menghadiri sekolah Inggeris di sebelah pagi dan sekolah Cina di sebelah petang.Pada tahun 1960, beliau memperolehi ijazah B.A. (hons) dalam bidang sejarah daripada Universiti Malaya, Singapura. Seterusnya, pada tahun 1967, beliau mendapat ijazah sarjana M.A. Sejarah daripada Universiti Malaya, Singapura dan Ph.D. Sejarah daripada Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1974.

Kariernya bermula di Universiti Malaya, Kuala Lumpur hingga ke hari ini.Dari tahun 1964 hingga tahun 1966, beliau bertugas sebagai seorang Tutor. Seterusnya, dari tahun 1966 hingga tahun 1967, beliau menjawat jawatan

Pembantu Pensyarah (sementara) dan akhirnya menjadi Pembantu Pensyarah dari tahun 1967 hingga Julai tahun 1968. Beliau dilantik sebagai seorang Professor pada tahun 1974. Dari bulan Mei tahun 1973 hingga tahun 1975, beliau telah dilantik sebagai Pemangku Ketua Jabatan Sejarah dan kemudiannya sebagai Professor Jabatan Sejarah pada bulan May tahun 1975. Beliau telah dianugerahkan J.S.M Johan Setia Mahkota pada bulan Jun tahun 1983 dan pada bulan April tahun 1987, beliau dianugerahkan D.P.M.P Darjah Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Tan Sri.Beliau mengahwini Datin Rathi dan dikurniakan 3 orang anak lelaki, Eddin Khoo, Rubin Khoo dan Mavin Khoo yang mewarisi kecintaan beliau pada seni, budaya dan masyarakat.

Hasil tulisan Diantara karya penulisannya adalah 1. Tranformasi & Demokrasi. 2. His Majesty Sultan Azlan Shah 3. Kuala Lumpur: The formative years 4. Majalah dan akhbar Melayu sebagai sumber sejarah =: Malay papers and periodicals as historical sources 5. Masalah sosial dan politik di Malaysia: Kumpulan essei mengenai isu semasa 6. Malay society: Transformation & democratisation : a stimulating and discerning study on the evolution of Malay society through the passage of time 7. Negeri-negeri Melayu Pantai Barat, 1850-1873: Kesan perkembangan dagang terhadap politik Melayu (Siri ekonomi & politik Fajar Bakti) 8. Western Malay States, 1850-73: Effects of Commercial Development on Malay Politics (East Asian Monograph) 9. Doctors Extraordinaire

Sebagai ahli akademik yang terkenal, Professor Khoo juga telah menulis beberapa buku berkenaan sejarah yang diguna pakai oleh murid-murid sekolah hari ini.

Sumbangan lain Beliau juga terlibat di dalam organisasi sukarelawan iaitu sebagai Penasihat, Alumni Malaysian University of Southern California (MUSCA) pada 4 September tahun 1995. Antara lain penglibatan beliau termasuk menjadi hakim padang dan balapan di Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP) pada tahun 1964 dan juga sebagai Pengarah, Pusat Sukan (Universiti Malaysia) pada bulan April tahun 1995.

Pemikiran Dato Dr.Khoo Kay Kim

YBhg.Prof Emeritius Dato Dr.Khoo Kay Kim adalah seorang patriot yang meletakkan dirinya sebagai Malaysia first, Chinese second.Beliau adalah antara yang pertama mengaku sebagai Bangsa Malaysia. Anak jati Teluk Intan ini telah mengahwini seorang wanita india dan dikurniakan tiga orang anak lelaki yang berkongsikan minatnya terhadap kesenian.

Datuk Khoo Kay Kim, salah seorang perangka the Rukun Negara peristiwa hitam 13 Mei 1969 dengan jelas tidak begitu gembira dengan fabrik perpaduan kaum di Negara pada masa kini. Pada pendapat beliau, perhubungan etnik di Malaysia amat rapuh walau selepas lebih setengah abad merdeka

Professor Emeritus Jabatan Sejarah di Universiti Malaya ini telah menghabiskan sebahagian besar usianya memperjuangkan perpaduan kaum. Beliau merujuk kepada perkembangan yang kurang memberangsangkan dalam perpaduan kaum. Pada pandangannya sistem pendidikan kebangsaan yang sepatutnya berstatus non-ethnic dan non-religious tetapi kini bersifat sebaliknya harus dipersalahkan . Beliau juga menyalahkan sikap rakyat Malaysian yang sering tidak memperdulikan Rukun Negara yang kelima iaitu

Kesopanan dan Kesusilaan.Sikap mementingkan diri dan mengenepikan rukun ini sering membawa masalah dan menjadi punca perselisihan antara kaum.

Beliau juga menyatakan bahawa penglibatan parti-parti politik yang bersifat perkauman dalam Jawatankuasa penyatuan kebangsaan juga adalah antaranya sebabnya.Pada pandangannya, para politikus sering merencana strategi mengikut keadaan sebenar justru memparahkan lagi masalah tersebut. Jika mereka berjuang untuk menguatkan kedudukkan Orang Melayu, Orang Melayu akan bersatu di belakang mereka" Setiap wakil parti akan bercakap bagi pihak kaum yang diwakilinya. Apabila semua pihak hanya berjuang bagi kaumnya semata-mata, adalah amat sukar untuk mencapai kata sepakat. Tanpa tindakan yang positif, permasalahan akan terus bertambah berat. Belia mengimpikan masa apabila setiap rakyat Malaysia berkongsi satu identity yang sama.

Khoo tidak berlengah apabila diminta menyertai jawatankuasa bagi mengelakkkan rusuhan kaum dari berulang kembali, oleh MAGERAN yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak Hussein, yang mentadbir Negara semasa dan selepas Darurat 13 Mei. Beliau mengakui bahawa agak terkilan dengan gaya berkempen yang digunakan semasa Pilihanraya 1969. Satu golongan menyerang satu golongan etnik lain. Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ghazali Shafie, juga dianggotai oleh Tan Sri Zain Azraai dan Tan Sri C.Selvarajah.Semasa darurat Parliamen digantung dan jawatankuasa telah bermesyuarat di Bangunan Parliamen untuk berbincang.

Antaranya, mereka telah merangka Rukun Negara, yang diasaskan pada Pancasila dari Indonesia.Ia bukanlah satu ideology kebangsaan seperti di Indonesia, tetapi lebih merupakan panduan untuk warganegara. Rukun Negara telah dirangka sebegitu rupa agar rakyat biasa mudah memahami dan mengamalkannya.Beliau menegaskan bahawa jika Rukun Negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan diamalkan sebaiknya, perhubungan antara kaum dapat diperkukuhkan.

Ahli akademik ini telah melalui dua rusuhan kaum. Beliau berumur lapan tahun apabila Parti Komunis Malaya membalas dendam pada penyokong Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Mereka tidak menunjukkan sebarang belas kasihan terhadap semua yang dianggap pembelot terutama orang-orang Melayu.Apabila orang Melayu mula bertindak balas, telah berlaku pertumpahan darah yang dahsyat.Pengalaman ini telah meninggalkan kesan yang mendalam padanya.

Sewaktu zaman persekolahnya, beliau terlibat dengan aktif dalam sukan terutamanya bola sepak. Dalam pasukan, kemenangan adalah keutamaan tanpa mengira kaum pemainnya.

Beliau berkata sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan itu.Katanya sejak dari kecil lagi rakyat sudah diasingkan mengikut aliran dan bahasa ibunda masing-masing dan apabila dewasa, semangat kerjasama dan persefahaman sukar untuk dijalinkan.

Menurutnya sekolah banyak aliran tidak lagi perlu, bahasa ibunda setiap kaum boleh diselitkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di bilik darjah. Khoo berkata beliau menjangkakan akan ada pihak yang membantah cadangan itu tetapi mereka ini perlu menilai semula sejauh mana sistem pendidikan ketika ini boleh membantu mengukuhkan pembentukan negara bangsa.

Katanya mengikut sejarah, British membenarkan penubuhan sekolah pelbagai bahasa di Tanah Melayu kerana kebanyakan pendatang ketika itu tidak mempunyai niat untuk menetap di negara ini.British membenarkan mereka membuka sekolah menggunakan bahasa ibunda masing-masing supaya mereka dapat belajar mengenai negara sendiri. Bagaimanapun, sistem ini tidak lagi perlu diteruskan sekarang kerana mereka sudah menjadi warga negara Malaysia dan perlu dididik supaya menerima negara ini dan masyarakat berbilang kaum yang ada di sini sebagai sebahagian daripada diri mereka.

Khoo juga berkata kebanyakan rakyat negara ini tidak tahu dan tidak memahami sejarah negara sehingga menyebabkan mereka berfikiran secara sempit.

Bagi rakyat Malaysia yang menetap di Semenanjung, perayaan kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun sememangnya telah sinonim untuk di raikan sebagai usaha memperingati kemerdekaan. Namun bagi rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak tarikh 31 Ogos 1957 adalah detik yang mana dua negara di kepulauan Borneo itu masih berada di bawah jajahan British. Manakala 16 September 1963 merupakan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. Menurut Prof Khoo Kay Kim kewajaran tarikh 16 September untuk dinobatkan sebagai hari kebesaran Negara, kerana tarikh ini akan memberi satu pengiktirafan dan penghormatan kepada rakyat di kepulauan Borneo itu oleh kerajaan pusat sebagai simbol asas ke arah penyatuan yang menyeluruh kerana setiap sesuatu itu harus dimulai dengan satu titik.

Rumusan

Pada pandangan Profesor Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, Sistem pendidikan negara yang terlalu menumpukan kepada pembelajaran sains dan teknologi serta meminggirkan kepentingan sejarah dan hal-ehwal kemanusiaan menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai ilmu kenegaraan termasuk hidup bersatu dalam negara berbilang kaum.

Penyata Razak yang dikeluarkan pada 1956 sudah menggariskan bahawa objektif utama sistem pelajaran adalah perpaduan, namun perkara itu tidak dapat dilihat dalam sistem pendidikan hari ini yang menuntut pelajar mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Disebabkan itu, katanya, gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sukar difahami generasi hari ini, malah ada yang menyamakannya dengan slogan Malaysian Malaysia oleh DAP yang menuntut kesaksamaan antara semua kaum, sedangkan keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 1Malaysia bukan memerlukan Perlembagaan dipinda secepat mungkin. Dari dulu keistimewaan orang Melayu sudah diperakui iaitu sejak dari zaman British kerana mereka adalah rakyat Raja Melayu.

Bagaimanapun, pada masa ini, ada orang nak timbulkan kekacauan yang bukanbukan termasuk mempersoalkan Perkara 153 (Perlembagaan Persekutuan) yang tidak ada kaitan dengan logik dan undang-undang, katanya.

Pada pandangan beliau, satu-satunya cara untuk membina masyarakat Malaysia yang kukuh adalah melalui jalan pendidikan.

Sistem pendidikan negara perlu disusun semula termasuk melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai.