khutbah jumaat sempena maal hijrah

4
Sidang Jemaah Yang Berbahagia.. Alhamdulillah Syukur kepada Allah kerana kita dipertemukan pada hari yang merupakan  penghul u segala har i dan tamba g berseri ap abila hari i ni juga meru pakan hari pertama kita berada dalam tahun baru Hijrah 1434. Justeru mimbar atas semangat hijrah ingin melontarkan satu persoalan iaitu apa sebenarnya yang kita ingin hijrah atau berubah dalam hidup ini? kerana mungkin ada dikalangan kita yang ingin  berubah t etapi tida k tahu atau ti dak jelas, a pa yang ing in diubah a tau hijrah .. Bagi menjawab persoalan tersebut maka kita katakan yang PERTAMA kita perlu berhijrah atau  berubah d ari seoran g yang hidu pnya jahi l tanpa peng ertahua n agama kepa da berilm u, Jahil adalah musuh nombor satu dalam agama, Dengan sebab jahil kebanyakan kita hidup dalam keadaan membelakangkan agama. Dengan sebab jahil seseorang boleh bertindak sampai menolak hukum Allah. Ini sebagaimana yang termaktub di dalam AlQuran surah Al Haj ayat ke 3,  Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan dia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan. Jadi selagi mana budaya jahil (agama) tidak kita benteras secara serius dan berterusan maka selagi itu kita akan berhadapan dengan krisis kefahaman serta kebiadapan yang dilakukan oleh mereka yang mengaku Islam, Lihat sahaja berapa ramai dikalangan umta Islam yang tidak selesai-selesai masaalah fardhu A'in, terutama anak-anak remaja kita. Sebab itu tidak ada jalan melainkan setiap individu setiap yang yang hadir perlu berusaha dengan apa cara sekali pun untuk melakukan perubahan ini, salah satunya hadir dimajlis-majlis ilmu. Mari kita sama-sama belajar menadah kitabdan cuba memahami agama Allah dengan lebih mendalam. Tuan-tuan, perkara ini sudah kita bangkitkan berulang kali namun sehingga ke hari ini kita melihat masih ramai dikalangan kita yang masih belum rasa terpanggil untuk melakukan sesuatu. Apakah kerana kita sememangnya sudah alim atau menunggu sehingga hari waktu pencen atau  pun juga h ati kita sud ah terlalu c inta deng an kehidup an dunia. Den ga itu kita s angat-sa ngat mengharapkan agar tidak ada lagi halangan san alasan yang akan kita berikan demi menyahut seruan hijrah yang kita sambut kali ini. Kaum Muslimin Yang dimuliakan.. KEDUA - Apa yang kita hijrahkan dalam hidup ini ialah brubah dari seorang yang hidup lalai iaitu hidup dengan dosa dan maksiat kepada seorang yang taat serta tabah melakukan amal soleh - Tidak kira siapa dan apa peringkat sekali pun.

Transcript of khutbah jumaat sempena maal hijrah

Page 1: khutbah jumaat sempena maal hijrah

 

Sidang Jemaah Yang Berbahagia..Alhamdulillah Syukur kepada Allah kerana kita dipertemukan pada hari yang merupakan penghulu segala hari dan tambag berseri apabila hari ini juga merupakan hari pertama kita beradadalam tahun baru Hijrah 1434.Justeru mimbar atas semangat hijrah ingin melontarkan satu persoalan iaitu apa sebenarnya yangkita ingin hijrah atau berubah dalam hidup ini? kerana mungkin ada dikalangan kita yang ingin berubah tetapi tidak tahu atau tidak jelas, apa yang ingin diubah atau hijrah..

Bagi menjawab persoalan tersebut maka kita katakan yang PERTAMA kita perlu berhijrah atau berubah dari seorang yang hidupnya jahil tanpa pengertahuan agama kepada berilmu, Jahiladalah musuh nombor satu dalam agama, Dengan sebab jahil kebanyakan kita hidup dalamkeadaan membelakangkan agama. Dengan sebab jahil seseorang boleh bertindak sampaimenolak hukum Allah. Ini sebagaimana yang termaktub di dalam AlQuran surah Al Haj ayat ke3,

 Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allahdengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan dia menurut tiap-tiap syaitan yang telahsebati dengan kejahatan.

Jadi selagi mana budaya jahil (agama) tidak kita benteras secara serius dan berterusan makaselagi itu kita akan berhadapan dengan krisis kefahaman serta kebiadapan yang dilakukan olehmereka yang mengaku Islam, Lihat sahaja berapa ramai dikalangan umta Islam yang tidak selesai-selesai masaalah fardhu A'in, terutama anak-anak remaja kita.

Sebab itu tidak ada jalan melainkan setiap individu setiap yang yang hadir perlu berusaha denganapa cara sekali pun untuk melakukan perubahan ini, salah satunya hadir dimajlis-majlis ilmu.Mari kita sama-sama belajar menadah kitabdan cuba memahami agama Allah dengan lebihmendalam.

Tuan-tuan, perkara ini sudah kita bangkitkan berulang kali namun sehingga ke hari ini kitamelihat masih ramai dikalangan kita yang masih belum rasa terpanggil untuk melakukan sesuatu.

Apakah kerana kita sememangnya sudah alim atau menunggu sehingga hari waktu pencen atau pun juga hati kita sudah terlalu cinta dengan kehidupan dunia. Denga itu kita sangat-sangatmengharapkan agar tidak ada lagi halangan san alasan yang akan kita berikan demi menyahutseruan hijrah yang kita sambut kali ini.

Kaum Muslimin Yang dimuliakan..

KEDUA - Apa yang kita hijrahkan dalam hidup ini ialah brubah dari seorang yang hidup lalaiiaitu hidup dengan dosa dan maksiat kepada seorang yang taat serta tabah melakukan amal soleh- Tidak kira siapa dan apa peringkat sekali pun.

Page 2: khutbah jumaat sempena maal hijrah

 

Bagi golongan muda remaja misalnyakita minta setidak-tidaknya supaya jangan calarkan diarihidup anda dengan melakukan dosa-dosa besar dan dalam masa yang sama usahakan untuk menjaga ibadah yang paling asas iaitu solat.

Walaupun kita faham dizaman yang serba gila ini bukan mudahuntuk hidup atau membesar dalam keadaan taat kepada Allah. Tetapi cubalah pujuk hati dan yakinkan diri dunia ini akanhancur, maka ketika itu kita akan dihadapkan ke hadrat Allah. Ketika itu tidak ada yang dapatmembantu melainkan iman dan amal, dan kita minta juga kepada anak-anak muda supaya cuba-cubalah mengingati mati, kerana mati bukan syarat tua, bukan syarat sakit. Ia ada dimana-mana, jadi bayangkan kalau kita mati hari ini atau esok dalam keadaan kita melakukan maksiat, Makaapakah jawapan yang akan diberikan kepada Allah S.W.T ?

Manakala buat golongan dewasa apatah lagi yang telah meningkat umurnya kita menjangkakan proses hijrah ini semestinya sudah pun berlaku dalam hidup kita, Kerana kalau dari zaman mudahingga ke hari ini yang mana sudah mencecah 40 tahun, 50 tahun dan 60 tahun, kita masihmembawa watak happy, enjoy semata-mata, tanpa memikirkan soal bekalan amal untuk dibawa bertemu Allah, maka apa erti hijrah sebenarnya bagi kita.

Kalaulah tahun berganti tahun kita dimasih rentak yang sama iaitu rentak yang hidupnya tercabutdari sifat kehambaa, hdup yang bermottokan dunia, dunia, dunia..maka apakah didalam hati kitasememangnya tidak ada lagi perkataan hijrah. Sedangkan usia yang semakin meningkatmembawa makna semakin dekatnya kita kepada Allah, dekat pada kubur.

Jadi kenapa masih ada dikalangan kita sehingga kini yang tidak ke masjid terus kekal tidak  berminat ke masjid. Apakah yang tidak boleh membaca Al-Quran hingga kini masih juga tidak  boleh membaca? Apakah punca orang yang selesa dengan maksiatnya masih ketagih denganmaksiatnya? Adakah kerana kita telah berputus asa dari rahmat Allah, adakah kita hanyamenunggu sahaja hidayah Allah datang bergolek tanpa diusahakan atau adakah kitasememangnya sudah tidak ambil peduli lagi soal kubur dan akhirat kerana hati kita sudah matidisebabkan dosa-dosa kita?.

Tuan-tuan Jamaah Yang di kasihi sekelian.Ingat dan sedarlah bahawa tubuh badan serta kulit kita yang ada ini tidak mampu sebenarnyauntuk dijadikan bahan bakar diakhirat kelak, isteri dan anak-anak kita biarkan jauh dari petunjuk agama juga sebenarnya takkan termampu menanggung betapa dahsyatnya siksaan azab nerakaAllah.

Maka atas nama hijrah, marilah sama-sama kita sahut suara hati kecil yang sudah lama menjeritdan meinta agar kita segera berubah, yang mendesak kita agar kembalilah kepada Allah sebelumsegala-galanya terlambat.

Lihatlah kepada saidina Umar AlKhatab, Khalig Ibni walid dari kalangan para sahabat, IbrahimAdham dari kalangan ahli sufi dan beberapa tokoh lagi yang dahulunya hidup jahil, buas, kejam,maksiat, memusuhi Islam tetapi akhirnya berubah, berhijrah menjadi orang yang paling disayangdan dimuliakan Allah.

Page 3: khutbah jumaat sempena maal hijrah

 

Maka kita juga begitu tuan-tuan!, Semuanya layak untuk menjadi hamba yang diredhoi Allah,semua kita berpotensi menjadi hamba yang taat menjunjung segala titah perintahnya, asal sajakita sanggup berkorban sanggup menjinakkan hawa nafsu dan juga sanggup bersusah payahdemi untuk meraih kesenangan dan kebahagian hakiki dinegeri yang bernama akhirat.

Saya bacakan satu firman Allah sebagai renungan..

 Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang berbantah-bantahan tentang Tuhan mereka. Makaorang-orang yang kafir akan disediakan untuk mereka pakaian dari api Neraka, serta dicurahkanatas kepala mereka air panas yang menggelegak,

 Yang dengannya dihancurkan apa yang ada dalam perut mereka dan juga kulit badan mereka.

 Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka.

 Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya,mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: Rasalah kamu azab seksa yang membakar!

Sidang Hadirin Sekelian, Mudah-mudahan kita dirahmati Allah.

AKHIR SEKALI..

Tidak ada erti kita menyambut maal hijrah dengan berbagai-bagai tema sebelum ini tetapisekiranya tidak ada niat dihati kita untuk mendaulatkan Agama Allah, dan cuba kita renung danhalusi peristiwa hijrah, kenapa baginda Rasullullah SAW diperintah oleh Allah berhijrah dariMekah ke Madinah, jawapannya adalah untuk melaksanakan Al-Quran, untuk menghalalkanyang halal dan mengharamkan yang haram atau untuk menjadikan seluruh bidang kehidupanmanusia dipandu dan diputuskan oleh AlQuran dan Sunnah secara mutlak.

Bermulalah dengan pembangunan individu, keluarga dan masyarakat sampailah kepringkat yang paling tertinggi iaitu negara, - peringkat penggubal dasar semuanya tidak boleh dipisahkan samasekali dari roh agama.

Dengan kata lain Islam ingin melahirkan yang kalau ia sebagai seorang pemimpin maka jadilahia pemimpin yang amanah, kalau seorang pekerja makan ia berkerja dengan bersungguh-sungguh, kalau ahli sukan, ahli sukan yang menutup aurat, penghubur yang tidak melanggar  batas-batas syariat, penyampai berita yang takut untuk berdusta, usahawan atau peniaga yangmemberatkan sembahyang, dan kalau kita membentuk dasar pendidikan, biarlah pendidikan yang betul-betul bersepaduyang akan melahirkan pelajar yang berakhlak, anak muda yang berjiwaagama, begitu juga dalam bidang tentera, yang kita mahukan tentera yang inginkan mati syahid,kalau hartawan, hartawan yang perihatin akan masalah ummah, kemudian kita mahu ekonomiyang jauh dari amalan riba, politik matang dan bertanggungjawab serta kita ingin serlahkan

Page 4: khutbah jumaat sempena maal hijrah

 

segala keindahan dan kesyumulan Islam yang diacu oleh Alquran dan hadis yang sesungguhnyatercurahlah rahmat Allah dan hidayahNya kepada kita semua.

Allah telah bertanya kepada kita dalam Al-Quran ;

Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepadaorang-orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah. (AlMaidah 50)

Tuan-tuan Sidang Jamaah Yang berbahagia,

Dengan ini kita sangat-sangat mengharapkan agar bulan hijrah kali ini benar-benar memberi ertikepada kita dan kepada umat Islam seluruhnya, Ingat, bahawa hidup ini sama-samalah kita jadikan redho Allah sebagai matlamat utama dalam apa jua yang kita lakukan dan cara hidup kita biarlah ianya sangat hampir dengan apa yang telah ditinggalkan oleh Rasullullah SAW.

Yang berlalu biarlah berlalu, kini kita tidak rela membiarkan maruah Islam terus menerusdiperdaya oleh gemerlapan dunia dan kita juga tidak rela membiarkan maruah Islam terusdipijak, dipersenda oleh musuh-musuh agama Allah.

Atas nama hijrah, atas nama pengorbananmarilah tuan-tuan, jangan ada pun yang terkecuali dariduduk bersama-sama merasai arus perubahan ini, Sekali lagi ingat!.. bahawa bangsa atau umatyang tidak mahu berubah, pasti akan diubah oleh Allah dengan cara ditimpa ke atas merekakemurkaan dan bala bencana yang maha dahsyat. Dan diakhirat pula tidak ada tempat yang lebihlayak melainkan azab neraka.

 Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadapdiri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa darirahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah juaYang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (AzZumar 53)