KHUTBAH KHAS SEMPENA GERHANA BULAN PENUH...

9
1 KHUTBAH KHAS SEMPENA GERHANA BULAN PENUH 31 JANUARI 2018 M / 15 JAMADIL AWAL 1439H DISUSUN DAN DITERBITKAN OLEH : JABATAN MUFTI NEGERI PERAK.

Transcript of KHUTBAH KHAS SEMPENA GERHANA BULAN PENUH...

Page 1: KHUTBAH KHAS SEMPENA GERHANA BULAN PENUH …mufti.perak.gov.my/images/perkhidmatan/info_rujukan/khutbah/... · Khutbah Gerhana Bulan Penuh 31 Januari 2018 M / 15 Jamadil Awal 1439H

1

KHUTBAH KHAS SEMPENA

GERHANA BULAN PENUH

31 JANUARI 2018 M / 15 JAMADIL AWAL 1439H

DISUSUN DAN DITERBITKAN OLEH :

JABATAN MUFTI NEGERI PERAK.

Page 2: KHUTBAH KHAS SEMPENA GERHANA BULAN PENUH …mufti.perak.gov.my/images/perkhidmatan/info_rujukan/khutbah/... · Khutbah Gerhana Bulan Penuh 31 Januari 2018 M / 15 Jamadil Awal 1439H

2

Khutbah Gerhana Bulan Penuh

31 Januari 2018 M / 15 Jamadil Awal 1439H

الحمد للو القائل،

ت وٱألرض وٱختالف ٱلليل وٱلن هار وٱلفلك ٱلتي و إن في خلق ٱلسمتجري في ٱلبحر بما ينفع ٱلناس ومآ أنزل ٱللو من ٱلسمآء من مآء فأحيا بو ٱألرض ب عد موتها وبث فيها من كل دآبة وتصريف ٱلرياح

وٱلسحاا ٱلمس ر ب ين ٱلسمآء وٱألرض يات لقو ي عقلون

(Surah al-Baqarah ayat ke 164)

أشهد أن ال الو إال اللو وأشهد أن سيدنا ممدا عبده ورسولو،

وعلى آلو واصحابو الله ل و ل وبار لل يدنا محمد ين، ومن تبعهم بإحسان إل ي وم الد

والتوتن إال وأن تم ات قوا اللو حق ت قاتو ! أما ب عد ف يا عباد اللو مسلمون

Sidang Jemaah Sekalian,

Pada malam ini , kita di Perak dan seluruh rantau kawasan Asia akan

melihat satu lagi petunjuk kebesaran Allah SWT iaitu peristiwa Gerhana

Bulan Penuh. Bagi negeri Perak kita akan dapat melihat peristiwa

gerhana bulan ini ketika Bulan baru terbit di ufuk Timur. Ia dijangka akan

berlaku bermula jam 7.48 malam hinggalah jam 11.11 malam ini.

Page 3: KHUTBAH KHAS SEMPENA GERHANA BULAN PENUH …mufti.perak.gov.my/images/perkhidmatan/info_rujukan/khutbah/... · Khutbah Gerhana Bulan Penuh 31 Januari 2018 M / 15 Jamadil Awal 1439H

3

Kemuncak gerhana akan berlaku pada jam 9.27 malam, dan ketika itu

kita akan melihat warna Bulan akan bertukar menjadi hitam kemerahan.

Selari dengan saranan Nabi SAW ketika kita melihat gerhana, maka kita

disunatkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana diiringi dengan

khutbah. Kita juga disarankan untuk membanyak tasbih, tahmid, takbir

dan istighfar sepanjang berlakunya gerhana. Semua ibadah ini

dilakukan agar kita sedar bahawa kita hanyalah hamba kepada Allah

SWT, yang dihidupkan sementara di muka bumi ini untuk kehidupan

yang kekal di akhirat nanti.

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Jabir Bin

Abdillah menceritakan bagaimana ketika beliau bersama-sama Nabi

SAW dan juga para sahabat yang lain melaksanakan solat gerhana

Matahari, maka ketika itulah Nabi SAW telah diperlihatkan syurga dan

neraka. Hal ini menunjukkan kepada kita bagaimana ketika berlakunya

gerhana kita sepatutnya mengingati tentang syurga dan neraka.

Sidang Jemaah sekalian,

Kita telah sering diingatkan bahawa segala apa yang berlaku dalam

alam ini semuanya itu adalah ketentuan Allah SWT. Di dalam ketentuan

Allah SWT itu pula, ada yang dinamakan ayat-ayat Allah SWT. Di dalam

surah al-Baqarah ayat ke 164, Allah SWT berfirman yang bermaksud :

“ Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran

malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan

membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian

juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan

dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta ia

biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga

(pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada Kuasa Allah)

terapung-apung di antara langit dengan bumi; Sesungguhnya (pada

semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah

kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi

kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.”

Page 4: KHUTBAH KHAS SEMPENA GERHANA BULAN PENUH …mufti.perak.gov.my/images/perkhidmatan/info_rujukan/khutbah/... · Khutbah Gerhana Bulan Penuh 31 Januari 2018 M / 15 Jamadil Awal 1439H

4

Imam al-Razi di dalam tafsirnya menghuraikan bahawa Allah SWT telah

menyebutkan bahawa dalam penciptaan alam ini semuanya itu adalah

tanda keesaan Allah SWT. Antara yang disebutkan di dalam ayat di atas

ialah mengenai penciptaan langit dan bumi, pertukaran malam dan

siang, kapal yang berada di lautan, hujan yang diturunkan, tumbuhan,

binatang, tiupan angin dan awan. Namun semua kebesaran Allah SWT

ini hanya boleh dihargai oleh manusia yang menggunakan akal bagi

berfikir.

Gerhana Matahari dan Bulan juga adalah salah satu dari pentunjuk

kebesaran Allah SWT. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang

diriwayatkan oleh oleh Aisyah r.ha :

إن الشمس والقمر آي تان من آيات اللو ، ل ي سفان لموت أحد ول لحياتو ، فإذا رأي تموىا فاف ز وا للصالة

Terjemahan: “ Bahawasanya Matahari dan Bulan itu dua

tanda daripada tanda- tanda yang menunjukkan Keesaan dan

Kekuasaan Allah taala. Tiada gerhana keduanya kerana mati

seseorang atau hidupnya, maka apabila kamu lihat akan

demikian itu, maka hendaklah kamu bersegera untuk

bersolat.”

(Imam Muslim)

Dalam kajian ilmu falak, gerhana bulan berlaku apabila cahaya

Matahari yang sepatutnya jatuh ke atas Bulan dihalang oleh Bumi.

Ia berlaku ketika Bulan berada dalam fasa bulan penuh. Namun

terdapat beberapa perkara disebalik peristiwa gerhana yang

menjadi tanda kebesaran Allah SWT, yang hanya dapat difahami

jika kita membuat pemerhatian yang teliti. Di sini khatib akan

kongsikan 3 perkara iaitu :

1. Matahari, Bumi dan Bulan adalah „watak‟ utama dalam peristiwa

gerhana. Jika kita lihat inilah juga „watak‟ utama yang telah

mempengaruhi kehidupan kita selama ini sejak sejarah manusia itu

Page 5: KHUTBAH KHAS SEMPENA GERHANA BULAN PENUH …mufti.perak.gov.my/images/perkhidmatan/info_rujukan/khutbah/... · Khutbah Gerhana Bulan Penuh 31 Januari 2018 M / 15 Jamadil Awal 1439H

5

telah bermula. Matahari telah membekal cahaya kepada bumi pada

siang hari hingga memudahkan kehidupan kita. Bumi pula

menyerap cahaya ini dan mengeluarkannya sebagai haba agar kita

tidak akan kesejukan. Bulan pula akan memastikan semua hidupan

di bumi mendapat air yang cukup dengan pengaruhnya terhadap air

pasang surut. Ketika gerhana, seolah-olah Allah SWT

mengingatkan kita terhadap limpah rahmat Allah SWT yang telah

diberikan kepada kita. Satu nikmat yang tidak ternilai dengan wang

ringgit. Semua ini adalah rahmat dan kasih sayang Allah SWT pada

kita di Bumi, agar kita selalu menjadi hamba Allah SWT yang selalu

bersyukur.

2. „Tepat dan teratur”. Itulah yang dapat dikatakan mengenai

gerhana. Ini kerana ketika berlaku gerhana, ia menandakan

Matahari, Bumi dan Bulan berjalan di atas orbitnya dalam masa dan

kelajuan yang telah ditetapkan. Gerhana Bulan pada malam ini

sebenarnya adalah ulangan dari Gerhana Bulan yang telah berlaku

pada 21 Januari 2000 M. Ia dijangka akan berulang lagi pada 11

Februari 2036 M. Dalam hisab falak satu gerhana akan berulang

kembali setelah 6,585.3 hari yang bersamaan 18 tahun 11 hari 8

jam. Secara logiknya, ini menunjukkan Matahari, Bumi dan Bulan

bergerak dalam satu sistem yang telah ditetapkan. Disinilah bukti

bagaimana keagungan dan kebijaksaan Allah SWT dalam

mengatur dan menjalankan ketiga-tiga objek iaitu Matahari, Bumi

dan Bulan. Ia berjalan di atas orbitnya sejak sekian lama dan tidak

pernah lari dari orbitnya. Demikianlah taatnya objek-objek ini

menurut segala ketentuan Allah SWT. Namun, ingatlah akan

datang saatnya nanti semuanya ini akan hancur dan

berkecai.Ketika ini atas perintah Allah SWT, Matahari, Bumi dan

Bulan tidak lagi akan berada di garis edarnya. Ketika inilah saat dan

ketika yang disebut kiamat itu pasti akan datang

3. Ketika mana Allah SWT hendak menunjukkan kekuasaannya,

cukuplah Allah menghantar hambanya yang dianggap lemah.

Ingatilah kisah Namrud yang dikalahkan dengan seekor nyamuk.

Ingatilah kisah rombongan tentera bergajah Abrahah yang

dikalahkan dengan sekumpulan burung-burung kecil. Sepatutnya

Page 6: KHUTBAH KHAS SEMPENA GERHANA BULAN PENUH …mufti.perak.gov.my/images/perkhidmatan/info_rujukan/khutbah/... · Khutbah Gerhana Bulan Penuh 31 Januari 2018 M / 15 Jamadil Awal 1439H

6

Bulan bercahaya penuh berwarna putih berkilau ketika Bulan

Penuh. Namun ketika gerhana berlaku, bulan bertukar warnanya

menjadi merah kehitaman. Ini disebabkan Bumi berada di antara

Matahari dan Bulan. Bulan akan dihalang dari mendapat

sepenuhnya cahaya Matahari kerana bayang Bumi jatuh ke atas

Bulan. ini bermakna Bulan hilang cahaya kerana terhalang oleh

bayang! Bayang hanyalah objek yang tidak dihiraukan oleh sesiapa

pun. Malah mungkin tidak pernah dihiraukan kewujudannya.

Namun ketika gerhana Bulan berlaku pada malam ini, Allah SWT

mengingatkan kita supaya jangan sesekali berlaku sombong dan

memandang rendah kepada apa saja yang diciptakan Allah SWT.

Ia mengingatkan agar sentiasa tawadhuk dan tunduk pada Allah

SWT, dan kerana itulah antara maqasid atau tujuan kita melakukan

solat sunat gerhana sebentar tadi.

Sidang Jemaah,

Setelah kita mendengar mengenai rahsia-rahsia yang terkandung

dalam peristiwa gerhana, marilah kita menginsafi diri kita dengan

merenung dan bermuhasabah.

1. Apakah peranan yang telah dimainkan oleh kita sebagai makhluk

ciptaan Allah SWT? Adakah kita selama ini telah melaksanakannya

atau tidak? Jika Matahari, Bumi dan Bulan tunduk dan patuh pada

setiap perintah Allah SWT dalam melaksanakan tugas yang telah

diamanahkan kepadanya, maka siapakah manusia yang hanya

bertubuh kerdil dan kecil ini mahu engkar pada Allah SWT.

2. Jika selama ini Matahari, Bumi dan Bulan tetap berjalan dan

beredar pada had yang telah ditetapkan, maka bagaimanakah kita

sebagai manusia? Adakah selama ini kita tetap atau istiqamah

dalam jalan yang lurus? Adakah kita sebagai manusia tunduk dan

patuh pada setiap setiap suruhan dan larangan dari Allah SWT dan

Rasul-Nya.

3. Setiap hari kita menyaksikan pelbagai peristiwa yang dihadapan

mata kita. Ada kisah yang menyedihkan dan kisah yang

Page 7: KHUTBAH KHAS SEMPENA GERHANA BULAN PENUH …mufti.perak.gov.my/images/perkhidmatan/info_rujukan/khutbah/... · Khutbah Gerhana Bulan Penuh 31 Januari 2018 M / 15 Jamadil Awal 1439H

7

mengembirakan. Persoalannya, adakah kita sebagai makhluk yang

berakal sentiasa mengambil pengajaran dalam setiap yang kita

lihat? Adakah kita bersyukur atau mengucapkan istighfar hanya

pada setiap perkara besar yang berlaku dalam kehidupan kita?

Sedangkan setiap nikmat dan dugaan yang Allah SWT sampaikan

pada kita semuanya ada perkiraan dosa dan pahala dan juga

syurga atau neraka.

بارك اهلل ل ولكم ف القرآن العظيم ون فعن وإياكم با فيو من اآليات والذكر احلكيم وت قبل من ومنكم تالوتو إنو ىو السميع العليم واست غفر اهلل

ؤمنات ؤمنني وامل

سلمات واملالعظيم ل ولكم ولسائر المسلمني وامل

ست غفرين ويا اا التائبني فاست غفروه ف يا ف وز امل

Page 8: KHUTBAH KHAS SEMPENA GERHANA BULAN PENUH …mufti.perak.gov.my/images/perkhidmatan/info_rujukan/khutbah/... · Khutbah Gerhana Bulan Penuh 31 Januari 2018 M / 15 Jamadil Awal 1439H

8

Khutbah Kedua

ين كلو ولو الحمد الذى أرسل رسولو بالدى ودين احلق ليظهره على الد. كره الم ركون

،أشهد أن ال إلو إال اهلل وحده ال شريي لو وأشهد أن ممدا عبده ورسولو

وشفيعنا وذخرنا وقدوتنا وأسوتنا ممد الله ل و ل وبار لل حبيبناعاا المجاىدين وعلى آلو وأصحابو ومن سار على إمام المتقني وقائد الد

ين .ن هجو و اىد هاده إل ي وم الد

والتوتن إال وأن تم مسلمون ات قوا اللو حق ت قاتو ! أما ب عد ف يا عباد اللو

: قال اهلل تعال

ل ٱلشمس ينبغي لهآ أن تدر ٱلقمر ول ٱليل ابق ٱلن هار وكل في ف لك يسبحون

“ Tidaklah mungkin bagi matahari melintasi bulan, tidak mungkin bagi

malam melintasi siang. Dan setiap sesuatu itu berada di atas orbitnya

berputar.”

Surah Yassin : 40

Sidang Jemaah sekalian,

Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita pada Allah SWT

ketika melihat gerhana yang berlaku pada malam ini. Akan datang satu

masa nanti Bulan akan hilang terus cahayanya. Ketika itu Allah SWT

Page 9: KHUTBAH KHAS SEMPENA GERHANA BULAN PENUH …mufti.perak.gov.my/images/perkhidmatan/info_rujukan/khutbah/... · Khutbah Gerhana Bulan Penuh 31 Januari 2018 M / 15 Jamadil Awal 1439H

9

akan menghimpunkan Matahari dan Bulan sebagai tanda tamat

tugasnya untuk menyinari manusia di Bumi. Maka ketika kita keluar

untuk melihat gerhana nanti, maka janganlah melihat gerhana Bulan itu

semata-mata satu fenomena alam saja. Tetapi lihatlah ia sebagai

peringatan kepada hari kiamat dan kebesaran Allah SWT.

اللهم إنا نسألي أن ت رزق كال منا لسانا صادقا ذاكرا، وق لبا خاشعا منيبا، نا صادقا وعمال صاحلا زاكيا، وعلما نافعا رافعا، وإيانا راسخا ثابتا، ويقي

. خال ا، ورزقا حالال يبا واسعا، يا ذا ااالل وااكرام ع كلمت هم على ، ووحد اللهم صفوف هم، وأج اللهم أعز ااسالم والمسلمني

، واكسر شوك الظالمني، واكت السالم واامن لعبادك أجعني احلقالله اغفر للمؤمنين والمؤمنات، والمسلمين والمسلمات، األحياء

ه واألموات، إنك ميعع ري ع مجي الدد اء .من لطان نزرين معزدالدين شاه ابن المرحو لطان أزلن مح د الله وفق

بما تح د وت رضاه الدين شاه المغفور لو

إن اهلل يأمر بالعدل وااحسان، وإي تآء ذى القرب، وي ن هى ! عباد اهلل واذكروا اهلل . يعظكم لعلكم تذكرون . عن الفح آء والمنكر والب غى

ولذكر . يذكركم واشكروا على نعمو يزدكم، واسألوه من ف لو ي ع كم . واهلل ي علم ما ت ن عون . اهلل أكب ر