KHUTBAH TENTANG FITNAH DAN BID‘AH · PDF fileDia tidak menjadikan sedekah sebagai saham...

download KHUTBAH TENTANG FITNAH DAN BID‘AH · PDF fileDia tidak menjadikan sedekah sebagai saham kami. Dia telah memuliakan ... menzalimi kami dan tiada helah dan kekuatan melainkan dengan

If you can't read please download the document

Transcript of KHUTBAH TENTANG FITNAH DAN BID‘AH · PDF fileDia tidak menjadikan sedekah sebagai saham...

  • Khutbah tentang fitnah dan bidah

    KHUTBAH TENTANG FITNAH

    DAN BIDAH

    Oleh Amir al-Mukminin Ali a.s

    Raudhah al-Kafi, hlm.50-52)

    14

  • Khutbah tentang fitnah dan bidah

    KHUTBAH TENTANG FITNAH DAN BIDAH

    Oleh: Amir al-Mukminin a.s(Raudhah al-Kafi, hlm.50-52)

    21. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripadaIbrahim bin Uthman, daripada Sulaim bin Qais al-Hilali, berkata: Amir al-Mukminin a.s telah memberi khutbah, lalu beliau a.s memuji Allah, kemudianberselawat ke atasnya s.a.w dan berkata:

    Sesungguhnya dua perkara yang aku paling takut ke atas kamu: Mengikuthawa nafsu (itba al-Hawa) dan panjang angan-angan (tul al-Amal). Adapunmengikut hawa nafsu, maka ia akan menentang kebenaran. Adapun panjangangan-angan, maka ia akan melupakan akhirat. Sesungguhnya dunia undur kebelakang dan akhirat mara ke depan. Setiap satu mempunyai pengikutnya, makajadilah kamu pengikut akhirat (abnaa al-Akhirat) dan janganlah kamu menjadipengikut dunia (abnaa al-Dunya), kerana hari ini amal tanpa hisab dan besokhisab tanpa amal.

    Sesungguhnya punca berlakunya fitnah adalah kerana mengikuti hawa nafsudan hukum-hukum yang dicipta menyalahi hukum Allah. Justeru itu, orang-orangtertentu menguasai orang ramai. Sesungguhnya kebenaran semata-mata tidakakan ada perselisihan, begitu juga dengan kebatilan semata-mata tidak akantersembunyi kepada orang yang mempunyai akal, tetapi ia diambil daripadabahagian ini sedikit dan bahagian itu sedikit, lalu kedua-duanya bercampur adukdan terserlah, maka di sinilah syaitan menguasai di atas para walinya danberjayalah orang tertentu yang mendapat petunjuk daripada Allah.

    Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Bagaimanakamu apabila fitnah menguasai kamu di mana yang kecil membesar dan yang besarmenjadi tua, orang ramai biasa dengan perkara tersebut dan mengambilnya sebagaisunnah. Apabila suatu perkara diubah daripadanya, maka orang ramai akanberkata: Sunnah telah diubah (qad ghuyyirat al-Sunnah), lalu orang ramaimenentangnya. Kemudian perkara ini terus berlaku sehingga fitnah meresapipemikiran mereka seperti api di dalam sekam dan kisaran dengan hampasnya.Mereka belajar bukan kerana Allah dan bukan pula untuk diamalkan. Merekamencari dunia dengan amalan akhirat (yalubuun al-Dunya bi-amaal al-Akhirat).Kemudian beliau a.s berdepan dengan keluarganya dan Syiahnya seraya berkata:

    "Khalifah-khalifah sebelumku telah melakukan perbuatan-perbuatan yangmenyalahi Rasulullah s.a.w dengan sengaja. Mereka melanggar janji merekadengan beliau dengan mengubah sunnah-sunnah beliau. Sekarang jika akumemaksa mereka supaya meninggalkannya dan mengembalikan keadaansebagaimana di zaman Rasulullah s.a.w, nescaya tenteraku akan bertaburan laridariku, meninggalkan aku bersendirian atau hanya sedikit sahaja di kalanganSyi'ahku yang mengetahui kelebihanku, dan imamahku melalui Kitab Allah danSunnah Rasulullah s.a.w akan tinggal bersamaku. Apa pendapat kalian, sekiranyaaku menempatkan Maqam Ibrahim pada tempat yang telah ditempatkan olehRasulullah s.a. w.

    Mengembalikan Fadak kepada pewaris-pewaris Fatimah a.s, mengembalikantimbangan dan ukuran seperti yang lazim di zaman Rasulullah s.a.w,mengembalikan tanah kepada orang yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w,mengembalikan rumah Jafar kepada pewaris-pewarisnya dan memisahkannya darimasjid (kerana mereka telah merampasnya dan memasukkannya ke dalam masjid);mengembalikan hukum-hukum yang kejam yang dipaksa oleh khalifah-khalifahyang terdahulu ke atas wanita-wanita yang secara tidak sah telah dipisahkan darisuami mereka, mengembalikan jizyah kepada Bani Taghlab, mengembalikan tanahKhaibar yang telah dibahagikan-bahagikan, memansuhkan dewan-dewanpemberian dengan meneruskan pemberian kepada semua orang sebagaimana

  • Khutbah tentang fitnah dan bidah

    dilakukan pada masa Rasulullah s.a.w tanpa menjadikannya tertumpu dikalanganorang-orang kaya, memulihkan pajak bumi, menyamakan kaum Muslimindi dalam masalah nikah kahwin, melaksanakan khums sebagaimana difardhukanAllah s.w.t.

    Memulihkan Masjid Nabi seperti bentuknya yang asal pada zaman Nabi s.a,menutup pintu-pintu yang dibuka (selepas kewafatan Rasul) dan membuka pintu-pintu yang ditutup (selepas kewafatan Rasul), mengharamkan penyapuan di atas al-Khuffain, mengenakan hukum had ke atas peminum nabidh, memerintahkan halalmutah wanita dan mutah haji sebagaimana pada zaman Nabi s.a.w,memerintahkan takbir lima kali dalam solat jenazah, mewajibkan kaum Musliminmembaca Bismillahi r-Rahmani r-Rahim dengan suara yang nyaring pada masasolat, mengeluarkan orang yang dimasukkan bersama Rasulullah s.a.w di dalammasjidnya, di mana Rasulullah s.a.w telah mengeluarkannya (Abu Bakr dan Umar),memasukkan orang yang dikeluarkan selepas Rasulullah s.a.w (beliau a.s sendiri)di mana Rasulullah s.a.w telah memasukkannya, memaksa kaum Muslimin denganhukum al-Qur'an dan talak menuruti Sunnah, mengambil zakat menurut jenis-jenisnya, mengembalikan wuduk basuh dan solat kepada waktunya, syariatnya dantempatnya, mengembalikan ahli Najran ke tempat-tempat mereka, mengembalikanlayanan terhadap tawanan perang Farsi dan bangsa-bangsa lain kepada kitab Allahdan Sunnah Nabi-Nya.

    Sekiranya aku melaksanakan semua ini, nescaya mereka mengembarameninggalkan aku. Demi Tuhan, ketika aku perintahkan orang-orang supaya tidakmelakukan solat jama'ah di masjid pada bulan Ramadhan kecuali solat-solat fardudan memberitahukan kepada mereka bahawa solat sunat berjama'ah (Tarawih)adalah bid'ah, sekelompok tenteraku yang pernah berperang di pihak aku mulaiberteriak: "Wahai kaum Muslimin! Ali ingin mengubah sunnah Umar danbermaksud menghentikan kita dari melakukan solat-solat sunat Tarawih padabulan Ramadhan sehingga aku khuatir mereka akan memberontak. Pada masayang sama aku sedang menghadapi perpecahan di kalangan umat dan ketaatanmereka kepada pemimpin-pemimpin mereka yang sesat yang hanya menyeru keneraka (aimmah dhalalah wa al-Duati ila al-Nar) .

    Aku telah dikurniakan saham kerabat di dalam firman-Nya Surah al-Anfal (7):41 jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang kami turunkan kepadahamba kami (Muhammad) di hari Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan..Maka kamilah yang dimaksudkan dengan dhi l-Qurba (kerabat) di mana Allah telahmeletakkan kami selepas diri-Nya dan Rasul-Nya s.a.w sebagaimana firman-NyaSurah al-Hasyar (59): 7 untuk Allah, rasul, kerabat rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnu ssabil (adalah untuk kami secara khusus) agar harta ituhanya beredar di kalangan orang-orang kaya di kalangan kamu. Apa yang diberikanrasul kepada kamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, makatinggalkanlah, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat kerashukuman-Nya bagi orang-orang yang telah menzalimi mereka sebagai rahmatdaripada-Nya untuk kami dan kekayaan yang Allah kurniakan kepada kami danDia telah berwasiat kepada Nabi kami mengenainya.

    Dia tidak menjadikan sedekah sebagai saham kami. Dia telah memuliakankami Ahlu l-Bait dengan tidak memakan sedekah orang ramai (ausakh al-Nas).Justeru itu mereka telah membohongi Allah, membohongi Rasul-Nya danmenentang kitab-Nya yang bercakap tentang hak kami. Mereka telah menghalangkami daripada fardu yang difardukan oleh Allah untuk kami. Inilah ang dihadapioleh Ahlu l-Bait nabi selepas nabi kita s.a.w. Allah menentang mereka yang telahmenzalimi kami dan tiada helah dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang MahaTinggi dan Perkasa.

  • Khutbah tentang fitnah dan bidah