KIA2M

5
Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) Guru : Bahasa Melayu Tahun 1 Pemulihan Khas Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual KELAS INTERVENSI AWAL MEMBACA DAN MENULIS Pencalonan, Ujian Penapisan, Perancangan, Pengajaran, Penilaian, Kegagalan menguasai kemahiran membaca dan Penguasaan 2M murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan – WAJIB Sekolah Jenis Kebangsaan - Pemulihan dalam kelas Murid lambat Pemulihan Khas Matlamat

description

Program KIA2M

Transcript of KIA2M

Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M)

Ra

LATAR BELAKANG

Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) telah dilaksanakan pada bulan Mac 2006 ekoran daripada pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 2010 (Rujuk Rajah 1). Dalam Mesyuarat Memperkasa Sekolah Kebangsaan telah diadakan pada 22 November 2005 masalah kegagalan menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam kalangan murid-murid diberi perhatian serius.

Sebagai langkah segera, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) diberi mandat untuk melaksanakan program KIA2M ini. Selain itu, tujuan utama program ini dilaksanakan adalah bagi memastikan murid yang mengikuti Kelas KIA2M ini dapat mengenal huruf dengan tepat, mengeja dan menyebut setiap perkataan dan ayat tunggal dengan sebutan yang betul dan memahami perkara yang dibaca.MATLAMAT PROGRAM KIA2M

Program KIA2M dilaksanakan adalah bagi memastikan 100% murid Tahun Satu menguasai 2M, iaitu kemahiran asas membaca dan menulis. Bagi mencapai matlamat ini, program ini telah menggariskan tujuan-tujuan seperti berikut :

i. Membantu murid-murid Tahun Satu menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu;ii. Memberi peluang murid-murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan tahap kebolehan masing-masing;iii. Meningkatkan keyakinan diri murid-murid; dan

iv. Menyemai semangat berminat untuk belajar.OBJEKTIF

1. Menguasai kemahiran asas membaca dan menulis.

2. Murid dapat mengikuti tahap kebolehan diri sendiri.

3. Meningkatkan keyakinan diri dan berminat untuk belajar.

KUMPULAN SASARAN

Sasaran utama bagi program KIA2M ini ialah terdiri daripada murid-murid Tahun Satu yang:i. Perlukan pemulihan di dalam kelas;

ii. Perlukan pemulihan khas;

iii. Lambat dan masih belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis.

Program KIA2M wajib dikendalikan di semua sekolah kebangsaan. Manakala sekolah jenis kebangsaan diberi pilihan bergantung kepada budi bicara pihak pentadbiran sekolah.

TENAGA PENGAJAR

Program khas KIA2M ini dilaksanakan dan dikendalikan oleh guru-guru khusus dan khas. Guru-guru ini boleh dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu :a) Guru Bahasa Melayu Tahun Satu;

b) Guru Pemulihan Khas (sebagai pembantu); dan

c) Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P & P)

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran untuk program KIA2M ini adalah berpandukan kepada enam langkah utama, iaitu :

i. Pencalonan;ii. Ujian Penapisan;

iii. Perancangan;

iv. Pengajaran;

v. Penilaian, dan

vi. Tindakan susulan.

Pencalonan dan Ujian Penapisan

Penubuhan kelas adalah berdasarkan jumlah murid Tahun Satu. Maka, tiada penambahan kelas dan guru bagi tujuan tersebut. Sebelum murid-murid mengikuti program ini, mereka terlebih dahulu akan melalui proses pencalonan dan ujian penapisan kemasukan. Pengkelasan muris seterusnya adalah berdasarkan kepada skor seperti berikut : 0 9

:dirujuk kepada pengamal perubatan;

10 44 :menjalani program KIA2M, dan

45 60 : meneruskan pengajaran dan pembelajaran kelas biasa.

Perancangan Guru-guru yang telah dikenal pasti untuk mengendalikan program tersebut ini dikehendaki supaya merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan merujuk kepada modul pengajaran yang telah dibekalkan. Tetapi, mereka diberi kebebasan untuk menyesuaikan diri dengan aktiviti dan latihan dalam modul tersebut agar relevan dan selaras dengan tahap kebolehan murid-murid berkenaan.

Antara strategi yang dicadangkan termasuklah :

a. Berpusatkan guru

Perancangan dan pelaksanaan pengajaran dijalankan oleh guru secara individu dan murid hanya mengikut arahan guru dan belajar apa yang disampaikan.

b. Berpusatkan murid

Penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh guru sama ada secara individu, kumpulan kecil atau kelas.

c. Berpusatkan bahan

Bahan-bahan pembelajaran yang akan digunakan disediakan dan disusun untuk digunakan oleh murid-murid setelah diberi keterangan yang oleh guru.

KUMPULANCEPATSEDERHANALAMBAT

Langkah 1Interaksi GuruSecaraKelas

Langkah 2Kerja BertulisInteraksi GuruSecara Kumpulan Kecil

Langkah 3PengukuhanKerja BertulisInteraksi Guru Secara Individu

Pendekatan

Selain itu, guru-guru yang mengendalikan kelas KIA2M juga mempunyai pilihan dari segi pendekatan yang hendak digunakan iaitu samada secara individu, berkumpulan atau kelas. Namun, apa yang penting ialah pendekatan yang dipilih hendaklah selaras dengan keupayaan murid, aktiviti yang dirancang dan kemahiran yang akan diajar. Antara pendekatan yang digunakan ialah :

a. Pendekatan secara individu

Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu. Akan tetapi, bantuan rakan sebaya juga boleh digunakan (jika difikirkan perlu);

b. Pendekatan secara berkumpulan

Menggunakan strategi yang berpuasatkan murid. Ahli-ahli kumpulan terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama.

Guru menyampaikan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan;

c. Pendekatan secara kelas

Murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar dan dengan ini, keyakinan diri mereka akan dapat ditingkatkan.

Pengajaran

Dalam menyampaikan aspek pengajaran yang telah dipilih, guru digalakkan untuk menggunakan pelbagai teknik agar dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Di samping itu, menarik minat, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu muRid.Antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah :

a) Bercerita;

b) Latih tubi;

c) Tunjuk cara;

d) Bersoal jawab;

e) Main peranan;

f) Menyanyi;

g) Lakonan; dan

h) Kuiz.Pelaksanaan Program KIA2M berpegang kepada prinsip dan dasar pengajaran Bahasa Melayu merentasi kurikulum dengan menggunakan strategi penggabungjalin mata pelajaran-mata pelajaran seperti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual. Selain itu, murid-murid KIA2M juga akan mengikuti mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral seperti murid-murid lain.

Tindakan Susulan

Murid-murid KIA2M dibenarkan mengikuti kelas biasa setelah mereka lulus dalam menjalani Ujian Pelepasan 1 dan Ujian Pelepasan 2. Disamping itu, pencerapan dan pemantauan akan dilakukan oleh beberapa pihak termasuk :

Pusat Perkembangan Kurikulum dan bahagian lain dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM);

Jemaah Nazir Sekolah;

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN);

Pejabat Pelajaran Daerah (PPD); dan

Guru Besar.Selain itu, setelah murid program KIA2M telah selesai menjalani Ujian Pelepasan mereka, satu laporan keberkesanan hendaklah disediakan kemudian dihantar kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

Bahasa Melayu Merentas Kurikulum

Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan.Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu. a. Pendidikan Jasmani Kesihatan (3 waktu):

1. Pergerakan menggunakan abjad, suku kata dan perkataan;2. Permainan dalaman - dam abjad, suku kata, perkataan; dan3. Lambung dan sambut pundi kacang/bola berabjad/suku kata.

b. Pendidikan Muzik (2 waktu):1. Nyanyi Lagu - lagu abjad, mengeja, kanak-kanak;2. Pergerakan berirama; dan3. Bunyi-bunyian berirama.

c. Pendidikan Seni (2 waktu):

1. Binaan - menggunakan "play dough', plastesin untuk membentuk abjad;2. Catan - melukis bentuk-bentuk abjad, suku kata;3. Capan - mengecap bentuk; dan4. Tampalan - menampal bentuk abjad dan kolaj.

Pemulihan Khas

Murid lambat

Pemulihan dalam kelas

Kegagalan menguasai kemahiran membaca dan menulis

Guru :

Bahasa Melayu Tahun 1

Pemulihan Khas

Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual

KELAS INTERVENSI AWAL MEMBACA DAN MENULIS

Matlamat

Pencalonan, Ujian Penapisan, Perancangan, Pengajaran, Penilaian, Tindakan Susulan

Penguasaan 2M murid Tahun 1

Sekolah Kebangsaan WAJIB

Sekolah Jenis Kebangsaan - PILIHAN