Kiraan Upah Bagi Kerja Pada Hari Rehat

Click here to load reader

  • date post

    26-Jan-2016
  • Category

    Documents

  • view

    687
  • download

    7

Embed Size (px)

Transcript of Kiraan Upah Bagi Kerja Pada Hari Rehat

Kiraan Upah Bagi Kerja Pada Hari RehatIsmail N March 30, 2012 @IsmailNz 24 comments Laws Akta Kerja 1955, Hari Rehat, Kerja Lebih Masa, Undang-Undang Buruh, Upah

Topik ini memerlukan sedikit penguasaan dalam bidang matematik dan pemahaman berkaitan topik-topik berikut:-1. Upah Atau Gaji2. Kerja Lebih Masa3. Hari RehatKlik pada tajuk-tajuk topik di atas bagi membaca artikel-artikel yang berkaitan. Untuk terus membaca mengenai cara kiraan upah/gaji pada hari rehat, teruskan membaca artikel ini.

Sebaagaimana yang telah dibincangkan dalam artikel yang lepas (Hari Rehat), majikan adalah tidak dibenarkan meminta pekerja bekerja pada hari rehat mereka melainkan dalam keadaan-keadaan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 60 A (2) Akta Kerja 1955. Sekiranya pekerja di arahkan berkerja pada hari rehat, maka kadar upah hendaklah berbeza dari kadar pada hari biasa. Rujuk Seksyen 60 (3) (a) dan (b) Akta Kerja 1955.Lihat Ilustrasi Di bawah:Encik Mat adalah seorang pengawal keselamatan di syarikat XYZ. Beliau menerima upah sebanyak RM 26 sehari (Gaji Harian). Waktu kerja biasa Encik Mat di syarikat tersebut adalah 8 jam sehari. Hari rehat yang diberikan kepada Encik Mat adalah pada setiap hari Rabu.Soalan: Jika Encik Mat diarahkan bekerja selama 2 jam sahaja pada hari Rabu minggu ini, berapakah upah yang beliau perolehi bagi kerja tersebut?Bagaimana pula jika Encik Mat disuruh bekerja selama 6 jam?Adakah jawapan anda berbeza jika Encik Mat menerima gaji bulanan dengan kadar sehari RM 26 juga?XXJawapan:Sebagai seorang yang bergaji harian, maka Encik Mat layak mendapat upah satu hari pada kadar upah biasa bagi tugas yang dibuatnya selama 2 jam [tidak melebihi setengah masa kerjanya - tidak melebihi 4 jam]. Rujuk Seksyen 60 (3) (a) (i) Akta Kerja 1955.Dalam hal seorang pekerja yang diambil bekerja atas kadar upah mengikut harian, setiap jam atau lain-lain kadar yang serupa bekerja pada satu hari rehat, ia hendaklah di bayar untuk mana-mana tempoh kerja:(i) yang tidak melebihi setengah masa-masa kerjanya yang biasa, satu hari upah pada kadar biasa;Encik Mat memperolehi RM 26 bagi 2 jam kerja pada hari rehatnya.XXSekiranya Encik Mat berkerja selama 6 jam iaitu melebihi setengah masa kerjanya tetapi tidak melebihi tempoh masa kerja biasanya (8 jam), dia layak mendapat dua hari upah pada kadar biasa. Rujuk pula Seksyen 60 (3) (a) (ii) Akta Kerja 1955:Dalam hal seorang pekerja yang diambil bekerja atas kadar upah mengikut harian, setiap jam atau lain-lain kadar yang serupa bekerja pada satu hari rehat, ia hendaklah di bayar untuk mana-mana tempoh kerja:(ii) yang melebihi lebih daripada setengah tetapi tidak melebihi tempoh masa kerjanya yang normal, dua hari upah pada kadar upah biasa.Oleh itu Encik Mat menerima RM 26 x 2 = RM 52 bagi 6 jam kerja pada hari rehat beliau.XXJika Encik Mat menerima gaji secara bulanan, maka peruntukan pada Seksyen 60 (3) (b) (i) dan (ii) Akta Kerja 1955 adalah terpakai.Dalam hal seorang pekerja yang diambil bekerja atas kadar upah bulanan yang bekerja pada satu hari rehat, ia hendaklah di bayar untuk mana-mana tempoh kerja:(i) yang tidak melebihi setengah tempoh masa kerjanya yang normal, upah yang sama dengan setengah kadar upah biasa bagi kerja yang dilakukan pada hari tersebutBagi setiap kerja tidak melebihi setengah tempoh masa kerjanya (4 jam), Encik Mat layak mendapat upah pada kadar setengah kadar upah biasanya. Oleh itu Encik Mat akan menerima RM 26 x 0.5 = RM 13 bagi 2 jam kerja yang dibuat pada hari rehat beliau.XXJika Encik Mat bekerja selama 6 jam dengan gaji bulanan, maka mengikutSeksyen 60 (3) (b) (ii) Akta Kerja 1955 .Dalam hal seorang pekerja yang diambil bekerja atas kadar upah bulanan yang bekerja pada satu hari rehat, ia hendaklah di bayar untuk mana-mana tempoh kerja:(i) yang lebih daripada setengah tetapi tidak melebihi tempoh masa kerjanya yang biasa, satu hari upah pada kadar upah biasa bagi kerja yang dilakukan pada hari tersebutBagi kerja melebihi 4 jam tetapi tidak melebihi 8 jam, Encik Mat akan menerima satu hari upah. Oleh itu, untuk kerja selama 6 jam pada hari rehat, Encik Mat akan menerima RM 26.xxBagaimana pula jika Encik Mat bekerja melebihi tempoh masa kerja biasanya (melebihi 8 jam) pada hari rehat, i.e membuat OT. Apakah kadar upah bagi kerja lebih masa pada hari rehatnya? Katakan Encik Mat bekerja 10 jam pada hari rehat. Berapakah upah bagi 2 jam OT yang di buat oleh Encik Mat?Mengikut Seksyen 60 (3) (c) Akta Kerja 1955, mana-mana pekerja yang bekerja lebih masa pada hari rehat dan mereka di bayar gaji bulanan atau harian, maka kadar upah yang diterima adalah 2 kali ganda ikut jam.Oleh itu kiraan bagi 2 jam OT yang dibuat oleh Encik Mat pada hari rehat beliau adalah seperti berikut:-Kadar upah sejam Encik Mat = RM 26/8 = RM 3.25Jumlah upah bagi 2 jam OT = RM 3.25 x 2 (jam OT) x 2 (kadar OT hari rehat)Untuk 2 jam OT yang dibuat oleh Encik Mat pada hari rehat, beliau menerima sebanyak RM 13.Harap anda semua faham akan kiraan yang dibuat. Sebarang kemusykilan boleh diajukan menerusi kotak komen di bawah. Terima kasih.- Kiraan Upah Bagi Kerja Pada Hari RehatAbout the author: I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed. 24 comments add one anie July 8, 2014, 1:55 amassalamualaikum..nk tnya jika ot pada hari ahad(12tgh hari ~ 3ptg termasuk rehat satu jam)..rehat 1 jam tu di kira ot ke?Reply Ismail N July 9, 2014, 6:29 amWsalam.Masa rehat memang tak kira.Reply kiky lala June 17, 2014, 6:54 amBroakta mana yg mengatakan bagi pekerja bayaran bulan di kira 26 hari dlm sebulan walaupon hari bekerja sebenar 20 hari dlm sebulan? nak jawap soalan staffReply Ismail N June 17, 2014, 10:41 amPembahagian 26 itu utk tujuan pengiraan OTAnda boleh rujuk artikel: http://dululainsekaranglain.com/undang-undang/undang-undang-buruh-masa-kerja-dan-kerja-lebih-masaReply diana May 24, 2014, 6:11 amsalam..saya nk tnye..jika majikan tidak mahu membayar gaji double kpd pkerja sekiranya bekerja pada cuti umum tetapi hanya menggantikan cuti 1 hari adakah ianya dibolehkan..bagaimana pula sekiranya hari cuti umum itu jatuh pada hari rehat dan disuruh bekerja, bagaimana seharusnya majikan perlu menggantikan cuti kpd pekerja tersebut..Reply Ismail N May 25, 2014, 4:46 amBiasanya keadaan ni berlaku bila pekerja tidak dilindungi Akta (gaji melebihi RM2,000), maka majikan akan tawarkan 1 hari cuti ganti utk kerja pada cuti umum. Untuk pekerja yg dilindungi Akta, maka faedah minima yg diperuntukkan Akta perlu di patuhi.Jika Cuti Umum jatuh pada hari rehat, maka hari kerja yang berikutnya akan dikira sebagai cuti umum.Reply Iza May 22, 2014, 7:18 amAssalamualaikum dan salam sejahterasekadar ingin bertanya berkenaan potongan gaji disebabkan cuti tanpa gajisituasi nya mcm nicontoh. : seorang pekrje diberi gaji bulanan bg bulan 5/2014 sebanyak RM1800 dan elaun2 tetap rm200.Jumlah gaji kasar y diterima adalah RM2,000.00 dan pada bulan ini juga perkja tersbut telah mngambil cuti tnpa gji untuk 2 hari. . berkenaan isu ini.. persoalanya ialah..untuk mndapatkan kiraan gj bersih, berapakah gaji bulanan yang akan ditolak EPF dan SOCSO. adakah dikira pada kadar Rm2000 atau 1800 atau setelahRM2000 2 ari cuti tanpa gaji/1800-2 ari cuti tanpa gaji. Terima kasih.Reply Ismail N May 22, 2014, 8:42 amUntuk menolak gaji atas sbb cuti tanpa gaji, ia hendaklah dilakukan pada jumlah gaji sebelum dipotong EPF, Socso dsb.Reply Remy February 20, 2014, 6:50 amApakah jenis bayaran yang diberi kepada pekerja yang tidak dikira dalam bayaran upah?DLSL: tidak dikira dalam bayaran upah. Maksud anda?Reply Azman December 11, 2013, 2:40 amSalamContoh1. Pekerja A bekerja pada 8.00 am 31/12/2012 (hari biasa) sehingga 5.00pm 1/1/2013 (cuti umum).Adakah pengiraannya : 8.00 am hingga 5.00pm Normal.5.00pm sehingga 8.00am 1/1/2013 = 1.5X dan8.00am hingga 5.00pm = 2x2. Pekerja B bekerja pada 8.00am 1/1/ 2013 pada cuti umum sehingga 5.00am 2/1/2013 (hari biasa)Adakah pengiraanya : 8.00 am hingga 5.00pm = 2x5.00pm sehingga 8.00am 2/1/2013 = 3X dan8.00am hingga 5.00pm = NormalReply ika June 13, 2013, 12:15 pmSalam..saye ika, bekerja dgn syarikat pembinaan sebagai kerani tapak dgn gaji basic bulanan sebanyak rm 1600. Update terkini menyatakan pekerja layak membuat tuntutan overtime jika berada d bwh paras gaji rm 2000 (dulu rm 1500). Betul ke?Saya ingin bertanya layakkah saya utk menuntut overtime? Masa bekerja normal saya adalah 8am-5pm (mon sat). Adakah kadar overtime itu dgn kiraan seperti ini i) hari kerja biasa 1.5, ii) hari ahad 2.0 , iii) hari cuti umum 3.0? atau ada pindaan baru?Reply Rohana Ahamad February 14, 2013, 3:06 amsaya rasa sudah tiba masa nya kerajaan menyemak semula kiraan overtime pada hari rehat(ahad) mereka yang bertugas tunggu atas panggilan tetapi tinggal di tempat kerja 24 jam,kiraan ot tidak memuaskan.berbanding bekerja lebih masa pada hari biasa.hari biasa kiraan ot 1.5.tetapi hari rehat di bayar 2.0 pada kadar lebih dari 8 jam.iaitu jika bekerja 10 jam pada hari rehat hanya beza kiraan 2 jam sahaja di kira 2.0.Reply ali January 7, 2013, 3:32 amsedikit pertanyaan..sekiranya seorang pekerja yang bergaji bulanan sebanyak 900,dan OT keseluruhannya untuk bulan itu 50 jam berapa jumlah yg perlu dibayar..apakah cara pengiraannya..Reply Dulu Lain Sekarang Lain January 7, 2013, 7:42 amHarap rujuk ke entri kerja lebih masa: http://dululainsekaranglain.com/undang-undang/undang-undang-buruh-masa-kerja-dan-kerja-lebih-masaReply Zie September 15, 2012, 5:57 amSaya ada sedikit pertanyaan.bagaimana kiraan gaji bagi pekerja asing yang bekerja pada hari ahad? Gaji beliau adalah gaji hari..RM24 sehari.berapakah gaji yang perlu dibayar jika (1) dia bekerja 8 jam (8 pagi hingga 5 petang) pada hari ahad? (2) dia cuma bekerja separuh hari (8 pagi hingga 12 tengahari) pada hari ahad? adakah ke