Kisah - Kisah Sahabat Nabi

12
Sumayyah binti Khaiyat r.a : Hidup dan Mati kerana Allah Sumayyah binti Khaiyat r.a ialah seorang hamba kepada Abu Huzaifah bin al- Mughirah Abdullah bin Umar al-Ansi iaitu seorang pembesar Quraisy. Oleh kerana Sumayyah adalah seorang anak yatim piatu, beliau telah tinggal bersama Abu Huzaifah semenjak kecil lagi. Sumayyah merupakan seorang hamba yang setia dan sangat patuh kepada setiap arahan tuannya menyebabkan beliau cukup disegani walaupun tarafnya hanyalah sebagai seorang hamba abdi yang berkulit hitam. Apabila meningkat dewasa Sumayyah telah mendirikan rumahtangga dengan salah seorang pekerja Abu Huzaifah iaitu Yasir bin Amin al-Ansi seorang pendatang dari Yaman yang juga turut dikenali sebagai Abu Ammar. Hasil perkahwinannya ini, beliau dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ammar bin Yasir. Selepas kedua ibubapanya syahid kerana mempertahankan agama Islam, Ammar bin Yasir telah dipaksa oleh kaum Musyrikin supaya mengucapkan kalimah kufur iaitu menyebut nama-nama berhala mereka. Dalam keadaan dharurat (terpaksa) ini Ammar tidak sedar ia telah menuruti kehendak kaum Musyrikin ini dengan menyebut nama-nama berhala dan akhirnya dibebaskan oleh kaum Musyrikin. Setelah Ammar kembali siuman, Ammar menyedari apa yang telah diucapkannya semasa diseksa. Ia sangat menyesal. Beberapa orang sahabat yang juga baru memeluk Islam telah menceritakan kepada Rasulullah SAW sehingga Baginda SAW bertanya kepada Ammar : “Mereka orang-orang musyrik telah menyeksamu dan membenamkanmu ke dalam air sehingga kamu mengucapkan begini dan begitu....?” “Memang benar wahai Rasulullah !” Jawab Ammar sambil meratap dengan penuh penyesalan. Sambil tersenyum Rasulullah SAW bersabda: “Jika mereka memaksamu lagi, tidak mengapa jika kamu mengucapkan apa yang telah kamu ucapkan sebelum ini”. Lantas Rasulullah SAW membaca ayat al-Quran yang bermaksud: Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur)” (al-Nahl :106) Ammar bin Maimum telah menceritakan perihal Ammar putera Yasir dan Sumayyah ini dengan katanya : “Kaum Musyrik telah membakar Ammar bin Yasir dengan api. Ketika Rasulullah SAW lalu di tempatnya, lalu memegang kepalanya sambil bersabda: “Wahai api ! Sejuklah kamu di badan Ammar sebagaimana kamu dulu juga sejuk di badan Ibrahim”.

Transcript of Kisah - Kisah Sahabat Nabi

Page 1: Kisah - Kisah Sahabat Nabi

Sumayyah binti Khaiyat r.a : Hidup dan Mati kerana Allah

Sumayyah binti Khaiyat r.a ialah seorang hamba kepada Abu Huzaifah bin al-Mughirah Abdullah bin

Umar al-Ansi iaitu seorang pembesar Quraisy. Oleh kerana Sumayyah adalah seorang anak yatim piatu,

beliau telah tinggal bersama Abu Huzaifah semenjak kecil lagi. Sumayyah merupakan seorang hamba

yang setia dan sangat patuh kepada setiap arahan tuannya menyebabkan beliau cukup disegani walaupun

tarafnya hanyalah sebagai seorang hamba abdi yang berkulit hitam. Apabila meningkat dewasa

Sumayyah telah mendirikan rumahtangga dengan salah seorang pekerja Abu Huzaifah iaitu Yasir bin

Amin al-Ansi seorang pendatang dari Yaman yang juga turut dikenali sebagai Abu Ammar. Hasil

perkahwinannya ini, beliau dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ammar bin Yasir. Selepas

kedua ibubapanya syahid kerana mempertahankan agama Islam, Ammar bin Yasir telah dipaksa oleh

kaum Musyrikin supaya mengucapkan kalimah kufur iaitu menyebut nama-nama berhala mereka.

Dalam keadaan dharurat (terpaksa) ini Ammar tidak sedar ia telah menuruti kehendak kaum Musyrikin

ini dengan menyebut nama-nama berhala dan akhirnya dibebaskan oleh kaum Musyrikin. Setelah

Ammar kembali siuman, Ammar menyedari apa yang telah diucapkannya semasa diseksa. Ia sangat

menyesal. Beberapa orang sahabat yang juga baru memeluk Islam telah menceritakan kepada Rasulullah

SAW sehingga Baginda SAW bertanya kepada Ammar : “Mereka orang-orang musyrik telah

menyeksamu dan membenamkanmu ke dalam air sehingga kamu mengucapkan begini dan begitu....?”

“Memang benar wahai Rasulullah !” Jawab Ammar sambil meratap dengan penuh penyesalan. Sambil

tersenyum Rasulullah SAW bersabda:

“Jika mereka memaksamu lagi, tidak mengapa jika kamu mengucapkan apa yang telah kamu

ucapkan sebelum ini”.

Lantas Rasulullah SAW membaca ayat al-Quran yang bermaksud:

“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari

Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur)”

(al-Nahl :106)

Ammar bin Maimum telah menceritakan perihal Ammar putera Yasir dan Sumayyah ini dengan katanya

:

“Kaum Musyrik telah membakar Ammar bin Yasir dengan api. Ketika Rasulullah SAW lalu di

tempatnya, lalu memegang kepalanya sambil bersabda: “Wahai api ! Sejuklah kamu di badan

Ammar sebagaimana kamu dulu juga sejuk di badan Ibrahim”.

Memeluk Agama Islam

Sumayyah dan suaminya antara golongan terawal yang menerima cahaya Islam dari Nabi

Muhammad SAW yang mula bertapak di Mekah. Para ahli sejarah menyatakan Sumayyah adalah

termasuk orang yang ketujuh memeluk Islam. Selain Khadijah r.a dia adalah antara wanita yang mula-

Page 2: Kisah - Kisah Sahabat Nabi

mula memeluk Islam. Setelah menerima Islam sebagai agama baru, Sumayyah dan keluarganya seperti

kaum Muslimin yang lain juga akan menjalankan perintah Allah SWT secara rahsia samada dilakukan

di rumah atau di gua-gua yang jauh dari pandangan manusia agar tidak dapat dikesan oleh kaum

Musyrikin Mekah. Walaupun segala kegiatan dilakukan secara rahsia dan sembunyi oleh kaum

Muslimin, dengan sebab bilangan yang memeluk Islam semakin bertambah akhirnya kegiatan mereka

telah dapat dihidu oleh pihak Musyrikin.

Sekiranya kaum Muslimin itu dari golongan bangsawan dan berpengaruh, mereka akan berdepan

dengan ugutan dan ancaman tetapi jika kaum muslimin itu terdiri dari kalangan orang-orang miskin dan

hamba yang rendah martabatnya, mereka akan diseksa oleh kaum Musyrikin tanpa belas kasihan.

Kisah Sumayyah mula menjadi perhatian apabila beliau dan keluarganya ditangkap oleh Abu

Jahal bersama dengan kuncu-kuncunya. Oleh kerana keimanan yang begitu teguh yang ada pada

Sumayyah dan keluarganya menjadikan dirinya tetap tabah dan terus setia dengan agama baru yang

diterimanya walaupun menerima pelbagai bentuk penyeksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal bersama

dengan pengikut-pengikutnya.

Janji Syurga

Ketika berada dalam tawanan Abu Jahal, Sumayyah dan keluarganya dibawa ke tengah-tengah

padang pasir yang memancar teriknya cahaya matahari. Mereka dibiarkan dalam keadaan lapar dan

dahaga sedangkan kaki dan tangan mereka diikat. Pada ketika ini, tiada siapa yang boleh membantu

termasuklah Rasulullah SAW sendiri kerana dakwah Islam masih di peringkat awal apatah lagi untuk

mempunyai kuasa dalam pemerintahan.

Pada suatu hari, Rasulullah SAW melalui tempat Sumayyah dan keluarganya diseksa lalu

Baginda SAW bersabda dengan kata-kata perangsang yang bermaksud:

“Bersabarlah wahai keluarga Yasir ! Sesungguhnya balasan yang akan

kamu terima nanti adalah syurga”.

Sungguh ! Kata-kata dari Rasulullah SAW ini telah dapat menangkan hati dan memberi

ketabahan kepada mereka terhadap agama Islam walaupun pelbagai seksaan terus dilalui oleh mereka

sekeluarga. Pada suatu hari, Abu Jahal datang ke tempat keluarga Yasir diseksa. Abu Jahal terus

memaki dan mencerca keluarga Yasir serta memaksa mereka supaya meninggalkan agama Islam tetapi

Abu Jahal terus hampa kerana keimanan keluarga Yasir sedikit pun tidak berganjak. Abu Jahal sudah

tidak dapat menahan kemarahannya lalu mengambil lembing dan menusuknya ke dada Sumayyah.

Akhirnya gugurlah Sumayyah sebagai syahid yang pertama di bumi Mekah. Yasir, suami Sumayyah

juga turut menyusuli Sumayyah dengan menerima anugerah sebagai seorang yang gugur syahid kerana

mempertahankan keimanan kepada Allah SWT dalam hati mereka. Syahid yang mereka terima ini

adalah sebagai membenarkan kata-kata Rasulullah SAW untuk mereka menerima syurga Jannatul

Na’im di akhirat kelak.

Page 3: Kisah - Kisah Sahabat Nabi

Sumber Inspirasi dan Kegigihan

Walaupun kehidupan Sumayyah dalam Islam tidaklah berlalu lama, namun keimanan dan

ketabahannya sehingga sanggup menjadikan dirinya sendiri menjadi tebusan bagi mempertahankan

Islam. Beliau telah mendapat anugerah syahidah pertama di Mekah dalam Islam, beliaulah juga lambang

kegigihan seorang muslimat yang telah terbuka pintu makrifatnya untuk meyakini janji Allah dan

Rasulu-Nya. Bukan hanya setakat kata-kata tapi telah dibuktikan dengan segala tindakan dan

pengorbanan sebagai membenarkan keimanan yang telah terpahat dalam hatinya hasil tarbiyah dalam

majlis Usrah Nabawiyyah. Firman Allah SWT :

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan

hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak pernah diuji (dengan

sesuatu cubaan)?”

(al-Ankabut : 2)

Sumayyah juga lambang seorang seorang ibu yang tabah. Walaupun hanya seorang hamba,

tetapi beliau mampu melahirkan seorang putera yang bersemangat waja sehingga menjadi salah seorang

sahabat yang sangat dicintai oleh Baginda Rasulullah SAW. Pernah diriwayatkan dari Khalid al-Walid

r.a bahawa dia pernah bertengkar dengan Ammar bin Yasir lalu mengadukannya kepada Rasulullah

SAW . Baginda terus bersabda yang bermaksud:

“Wahai Khalid! Sesiapa yang memaki Ammar bin Yasir, nescaya Allah akan

menjadi musuhnya. Sesiapa yang merendakan Ammar, Allah juga akan

merendahkannya”. Inilah pujian dari Rasulullah SAW yang menyatakan kedudukan Ammar bin

Yasir di sisi Allh dan Rasul-Nya.

Nama Sumayyah terus disebut sehingga kini, tangan lembutnya yang menghayung buaian

mampu untuk menggoncang dunia apabila berbekalkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar kepada

Allah SWT. Beliau telah membuktikan betapa seorang yang memiliki jiwa yang besar akan memandang

masalah-masalah yang dilihat besar oleh lain hanyalah suatu yang kecil dan remeh di sisinya. Namun

untuk memiliki jiwa seteguh Sumayyah bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi ia perlu dilatih dan

dipupuk serta perlu bersedia untuk menterjemahkan segala ilmu yang ada ke dalam kehidupan seharian.

Page 4: Kisah - Kisah Sahabat Nabi

Kisah Hatib Abi Balta'ah

Ketika Rasulullah S.A.W bersama kaum Muslimin bersiap sedia menjelang “Fathu Mekah”. Hatib bin Abi Balta’ah telah mengutus surat kepada penduduk Mekah untuk memberitahu mereka tentang hal itu. Dia menyatakan kepada mereka “Sesungguhnya Muhammad ingin memerangi kamu, maka hati-hatilah kamu sekalian”. Surat itu dikirim melalui seorang wanita yang sedang dalam perjalanan ke Mekah bernama Zha’inah.

Lalu Allah S.W.T menurunkan wahyu kepada Rasulullah S.A.W menerangkan hal pembocoran rahsia tersebut. Rasululullah S.A.W segera memanggil Ali ra, Zubair dan Miqdad dengan sabdanya “Segera kamu sekalian berangkat ke sebuah tempat Raudhah Khak, kerana di sana ada Zha’inah (wanita musafir) yang membawa surat, maka ambillah darinya kemudian bawa surat itu ke mari”.

Selepas itu kami segera pergi, sehingga beberapa ketika sampai ke Raudhah kami pun memjumpai wanita tersebut. Kami berkata kepadanya “Keluarlanlah surat itu”. Ia menjawab “Surat apa, saya tak bawa apa-apa surat pun”. Kami berkata “Betul kamu tidak membawa apa-apa surat! Kamu mahu berikan surat itu atau kami tanggalkan pakaianmu”. Akhirnya dalam ketakutan, dia pun mengeluarkan surat itu dari sanggulnya. Kami pun terus mengambil surat tersebut dan segera pulang ke Madinah dan menyerah surat itu kepada Rasulullah S.A.W.

Tenyata surat itu berbunyi, ‘Dari Hatib bin Abi Balta’ah, ditujukan kepada sekelompok manusia dari orang-orang musyrik di Mekah…dan seterusnya’. Antara isi kandungannya memberitahu mereka tentang sebahagian dari rahsia Nabi S.A.W. Lalu Rasulullah S.A.W memanggil Hatib dan berkata “Wahai Hatib! Apa yang telah kamu lakukan ni?” Hatib menjawab “Wahai Rasulullah S.A.W! Janganlah Engkau tergesa-gesa menuduhku. Sesungguhnya aku seorang yang sangat rapat hubungan dengan Quraisy, dan bukankah aku termasuk orang yang terbaik di antara mereka, dan di antara orang yang bersamamu dari orang-orang Muhajirin, mereka mempunyai kaum kerabat dan mereka ingin menjaga keluarga dan harta mereka. Maka aku adalah seorang yang ingin memelihara kerabatku. Aku tidak melakukan hal ini kerana kafir atau murtad dari agama Islam.”

Lalu Umar al Khatab mencelah dengan berkata wahai Rasulullah S.A.W! “Izinkan aku memenggal leher si munafik ini”. Rasulullah S.A.W menjawab dengan sabdanya “Wahai Umar, sesungguhnya dia terlibat dengan peperangan Badar. Apa yang kamu ketahui hai Umar? Mudah-mudahan Allah mengetahui ahli Badar.” Lalu Rasulullah S.A.W bersabda “Wahai ahli Badar! Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya aku telah memaafkan kalian.”

Maka turunlah firman Allah S.W.T yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh Ku dan musuh mu menjadi teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita Muhammad) kerana alasan rasa kasih sayang, pada hal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu. Mereka mengusir Rasul dan kamu kerana beriman kepada Allah, Rabbmu, jika kamu benar-benar keluar berjihad di jalan-Ku dan mencari keredhaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian) kamu memberitahu secara rahsia berita Muhammad kepada mereka, kerana kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan yang kamu nyatakan, dan barang siapa di antara kamu yang melakukannya maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus”. [Al Mumtahanah; ayat1.]

Sesungguhnya banyak pengajaran yang kita pelajari dari peristiwa ini. Ia memberi penjelasan kepada kita bagaimana tarbiyah Rasulullah S.A.W melalui berbagai peristiwa yang berlaku. Rasulullah S.A.W adalah seorang pemimpin dan murabbi yang agung.

Kita dan umat mungkin merasa terkejut dengan tindakan Hatib, pada hal dia seorang sahabat generasi pertama dan ahli Badar. Itulah hakikat jiwa manusia, kadang-kadang mengalami saat-saat lemah atau futur. Sekali pun telah mencapai kekuatan iman, kemungkinan keiru dan lalai tetap saja ada. Hanya Allah S.W.T sahaja yang tidak yang tidak pernah salah, dan hanya Allah yang memberi pertolongan.

Page 5: Kisah - Kisah Sahabat Nabi

Dengarlah bagaimana Rasulullah S.A.W bertanya kepada Hatib, sahabatnya dengan memerhati dari sudut kelemahan yang sedang menimpanya, “Apa yang mendorong kamu untuk berbuat demikian?” Baginda S.A.W bertanya dengan lapang dada dan lemah lembut di saat kelemahan itu datang menimpa diri seseorang. Kemudian Nabi S.A.W melarang sahabatnya dari perbuatan seperti itu “Jujurlah kamu dan jangan berkata kecuali yang baik”.

Suasana ini menolong Hatib, agar dia bangkit dari kelalaian dan kesalahannya. Nabi S.A.W tidak mengusirnya dan tidak membiarkan seorang pun untuk mengusirnya. Sekali pun kita dapati, keimanan yang serius dan tegas dapat diperhatikan dari sikap Umar al Khatab r.a dengan katanya “Dia telah mengkhianati Allah dan Rasulnya. Maka izinkan aku memenggal lehernya.”

Sayyid Qutb menjelaskan dalam Zilal Quran, Rasulullah S.A.W melihat peristiwa itu dari pandangan yang luas terhadap jiwa manusia dari semua aspek. Dengan sikap lemah lembut yang lahir dari ma’rifah, dan sikap seorang murabbi mulia yang penuh kasih sayang dapat menanggani permasalahan dengan keluasan pandangannya.

Begitulah firman Allah yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuh Ku dan musuh mu menjadi teman-teman setia”. [Al Mumtahanah ;ayat 1] Iaitu satu seruan yang penuh dengan mawaddah kepada orang-orang beriman, supaya jangan menjadikan musuh Allah sebagai teman setia.

Itulah manhaj al Quran dalam merawat dan mengubati jiwa manusia. Suatu manhaj yang mengajak sesorang berbuat baik, jauh dari penghinaan dan olok-olok yang tidak mendatangkan kebaikan. Bahkan olok-olok dan menuduh kesalahan orang boleh mengakibatkan sikap keras dan sombong. Ada pun memberi maaf orang yang berbuat salah dan mempergaulinya dengan baik itu merupakan pintu kebaikan.

Suatu peristiwa Hisyam bin Malik pernah mencaci seseorang dari kalangan bangsawan, orang itu berkata kepadanya “Apakah kamu tidak merasa malu mencaci aku, sedangkan kamu adalah seorang khalifah?” Hisyam bin Malik menjawab “Balaslah ke atas ku”. Orang itu menjawab “Saya tidak ingin menjadi orang bodoh”. Hisyam menjawab “Apakah kamu minta ganti dariku berupa harta”. Orang itu melihat Hisyam seraya berkata “Saya tidak ingin menjual kehormatan saya dengan dirham dan dinar”. Hisyam membalas “Jadikanlah ia untuk Allah”. Orang itu menjawab “Ia untuk Allah dan untuk mu”. Hisyam merasa malu dan menundukkan kepalanya serta berjanji kepada Allah untuk tidak mencaci seseorang pun setelah itu dan untuk selama-lamanya.

Begitulah sepatutnya seorang daie dan murabbi dengan tarbiyah yang menjadikan mad’u-mad’unya memiliki akhlak mulia, bukan ta’riyah (penghinaan) yang akan membantu syaitan memusuhinya. Dengan itu mad’u-mad’unya menjadi sumber manusia yang baik di kalangan masyarakat dan ummah.

Page 6: Kisah - Kisah Sahabat Nabi

KISAH PEPERANGAN TABUK

GERAKAN BALA TENTERA MUSLIMIN KE TABUK

         Sampai pula berita kepada Nabi Muhammad s.a.w. bahawa tentera Rumawi sedang berkumpul hendak datang menyerang. Tanpa membuang masa Nabi Muhammad s.a.w. telah mengerahkan kaum Muslimin untuk menyiapkan segala alat kelengkapan berperang. Kebetulan pada masa itu orang sedang menghadapi musim kemarau yang dahsyat. Oleh kerana tentera musuh yang bakal dihadapi itu besar dan kemungkinan mengalami berjenis-jenis kesukaran itu banyak. Orang-orang mewah dan agak berada serta senang hidupnya, Nabi Muhammad s.a.w.. galakkan menghulurkan pertolongan membekalkan mereka yang susah

       Pada masa itu Abu Bakat r.a.hu telah mendermakan segala hartanya. Apabila ditanya apa yang tinggal kepada keluarganya, ia menjawab:"Aku tinggalkan Allah s.w.t. dan RasulNya kepada mereka."

       Umar r.a.hu telah mendermakan separuh dari harta kekayaannya sedangkan Usman r.a.hu telah membekalkan alat kelengkapan perperangan untuk sepertiga daripada semua tentera Muslimin. Tiap-tiap sepuluh orang askar dibekalkan dengan seekor unta sahaja disebabkan kekurangan binatang ini. Oleh sebab inilah maka gerakan ketenteraan ini dinamakan "KEMPEN KEPICIKAN".

        Tentera-tentera Muslimin terpaksa berjalan jauh dalam cuaca panas terik membakar ketempat yang ditujui. Kebetulan pada masa itu kebun-kebun mereka penuh dengan buah-buah tamar yang telah masak. Ini merupakan ujian Allah s.w.t. terhadap mereka. Tiba-tiba mereka diseru untuk menghadapi musuh yang paling gagah sebagai menguji keimanan mereka. Natijah keimanan mereka yang teguh inilah maka mereka tidak ingin ditinggalkan diMadinah kecuali kaum wanita, kanak-kanak, orang-orang munafik dan mereka yang tidak ada kenderaan. Ada diantara mereka yang menangis-nangis kerana tidak dapat menyertai Nabi Muhammad s.a.w. dan tentera-tentera Muslimin yang lain. Mengenai orang-orang iniAllah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:

"MEREKA BERPALING SEDANG MATA MEREKA MENGALIR AIRMATA KERANA SEDIH YANG MEREKA TIDAK ADA KEMAMPUAN YANG BOLEH MEREKA BELANJAKAN"

Diantara mereka-mereka yang beriman hanya tiga orang sahaja yang tidak menyertai tentera Muslimin tanpa sebarang alasan.

         Sementara itu dalam perjalan para tentera Muslimin keTabuk, tentera Muslimin telah sampai ke perkampungan Thamud. Disini Nabi Muhammad s.a.w. telah menutupi wajahnya sambil mempercepatkan perjalanannya. Nabi Muhammad s.a.w. memerintahkan supaya para sahabatnya berbuat demikian juga. Nabi Muhammad s.a.w. menasihatikan mereka supaya menangis dan takutkan penyiksaan Allah s.w.t. agar  Allah s.w.t. tidak mengenakan siksaan keatas mereka seperti mana yang dikenakan keatas Thamud.

          Lihatlah sikap yang dipertunjukkan oleh  Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya ketika melalui perkampungan Thamud yang telah dibinasakan oleh Allah s.w.t.Beginilah pula sikap yang seharusnya dimiliki oleh kita, tetapi kebanyakkan kita tidak merasa sedih atau takut apabila menghadapi sesuatu malapetaka atau bencana alam. Sebaliknya kita mengadakan pesta keramaian ditempat berlakunya sesuatu kecelakaan itu

Page 7: Kisah - Kisah Sahabat Nabi

KISAH TIGA ORANG MUKMIN YANG TIDAK MENYERTAI NABI KE TABUK

          Diantara puak munafikin jumlah yang tidak menyertai gerakan keTabuk boleh dikatakan banyak juga. Bukan sahaja mereka gagal menyahut seruan Nabi Muhammad s.a.w. malah mereka cuba mempengaruhi orang-orang lain supaya berbuat demikian.

Kata mereka: "Janganlah berpergian dalam keadaan panas" (SURAH AT-TAUBAH ayat 81)

Allah s.w.t. menjawab: "API NERAKA LEBIH PANAS LAGI"

          Diantara orang-orang yang beriman pula seperti mana yang telah dikatakan tadi, hanya tiga orang sahaja yang tidak menyertai tentera Muslimin. Mereka ini ialah Murarak bin Rabi, Hilal bin Umayyah dan Ka'ab bin Malik. Murarah tidak bersama-sama Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabatnya kerana buah-buah tamar dikebunnya telah masak dan terpaksa dikutip. Dia menyangka yang penyertaannya dalam lain-lain peperangan terdahulu daripada ini dapat melepaskan dirinya daripada peperangan yang sedang dihadapi. Disini dia telah melakukan kesalahan mementingkan hartanya daripada Allah s.w.t.. Apabila dia menyedari kesalahannya dia mendermakan kebunnya kepada orang. Akan Hilal pula dia sibuk mendampingi kaum keluarganya yang pulang ke Madinah selepas meninggalkan kota itu beberapa ketika lamanya. Seperti Murarah, dia juga telah menyertai beberapa peperangan yang terdahulu.Ternyata yang Hilal telah melakukan kesalahan mementingkan kaum keluarga nya daripada Allah s.w.t.. Setelah menyedari kesalahannya dia telah emmutuskan perhubungan dengan kaum kerabatnya. Mengenai Ka'ab pula, dengarlah cerita seperti yang diceritakan olehnya sendiri. Cerita Ka'ab ini terkandung didalam semua buku-buku Hadis. Katanya:

          "Semasa berlaku gerakan  keTabuk keadaan hidup aku agak mewah.Aku mempunyai dua ekor unta kepunyaan saya sendiri. Sebelum ini saya tidak pernah memiliki bilangan unta seperti tersebut tadi. Telah menjadi amalan  Nabi Muhammad s.a.w. yang ia tidak suka memberitahu kepada umum tentang tempat yang ditujui oleh gerakan tentera Muslimin, tetapi sekali ini oleh kerana jauhnya perjalanan yang mensti ditempuhi, kerana musim kemarau pada masa itu dan oleh kerana kekuatan tentara kafir, ia terpaksa menceritakan segala-galanya agar persiapan-persiapan dapat diperbuat dengan sempurnanya. Orang-orang yang bakal memnyertai pergerakan keTabuk terlalu banyak sehingga tidak mungkin diketahui nama-nama mereka semuanya. Demikian juga payahnya untuk mengetahui nama-nama meraka yang tidak menyertai Nabi Muhammad s.a.w.. Pada ketika itu kebun-kebun diMadinah telah penuh dengan buah-buah yang telah masak.Tiap-tiap pagi saya bercita-cita hendak membuat persiapan-persiapan agar dapat menyertai tentera Muslimin, tetapi entah bagaimana keazaman saya itu tidak menjadi kenyataan. Saya ketahui benar-benar yang saya dapat menyertai mereka bila-bila masa sahaja. Dalam keadaan saya yang demikianlah maka berita mengenai keberangkatan tentera Muslim telah sampai kepengetahuan saya. Saya masih berpendapat yang saya mendahului mereka sekiranya saya dapat bersiap sedia dalam sehari-dua."

         "Penangguhan saya untuk melakukan sesuatu yang tegas berlanjutan sehingga tibalah masanya tentera-tentera Muslimin hampir tiba diTabuk. Dalam keadaan yang demikian pun saya masih juga menangguh-nangguh.Tiba-tiba apabila saya melihat orang-orang yang tertinggal diMadinah saya menyedari yang kebanyakkan daripada mereka ini terdiri daripada kaum-kaum munafikin dan mereka yang telah sengaja diuzurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kerana sebab-sebab yang tertentu. Setibanya Nabi Muhammad s.a.w. keTabuk,Baginda s.a.w. pun bertanya: 'Mengapa aku tidak melihat Ka'ab?" Jawab salah seorang daripada para sahabat: " Ya Nabi Muhammad s.a.w., kebanggaannya kepada harta dan kesenangan kehidupannya telah menyebabkan dia

Page 8: Kisah - Kisah Sahabat Nabi

tertinggal kebelakang.' Maaz mencelah sambil berkata:"Tidak, Ini tidak mungkin. Setahu kami dia adalah seorang Mukmin yang sebenar-benarnya." Nabi Muhammad s.a.w. tidak mengeluarkan sepatah katapun."

Ka'ab meneruskan ceritanya:

         "Selepas beberapa hari saya pun mendengar berita mengenai kepulangan  Nabi Muhammad s.a.w. saya tiba-tiba dirundungi oleh perasaan sedih dan kesal yang maha hebat. Beberapa alasan iaitu yang mungkin dikemukakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. mengelakkan kemurkaan  Baginda s.a.w. terbayang-bayang dikepala saya. Saya juga telah meminta nasihat daripada orang-orang yang cerdik pandai dikalangan keluarga saya, tetapi akhirnya alasan-alasan ini saya ketepikan dan saya membuat keputusan hendak bercakap benar kepada Nabi Muhammad s.a.w.Telah menjadi kebiasaan Rasulullah s.a.w.., apabila Baginda s.a.w.balik dari suatu perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. akan singgah dimasjid untuk mendirikan Solat Tahyatul Masjid serta beramah mesra dengan pelawat-pelawatnya. Pada ketika ini datanglah orang munafik bersumpah-sumpah sambil memberi sebab-sebab mengapa mereka tidak menyertai Nabi Muhammad s.a.w.  keTabuk. Nabi Muhammad s.a.w.menerima saja alasan-alasan yang diucapkan oleh lidah-lidah mereka sedangkan kandungan batin mereka tinggalkan kepada Allah s.w.t.untuk membereskannya. Kemudian saya pun tibalah untuk menemui Rasulullah s.a.w. lantas memberi salam kepada Baginda s.a.w.. Suatu senyuman yang tawar, Baginda s.a.w. menolehkan mukanya kearah lain. Saya berkata:" Wahai Rasulullah ,Tuan memalingkan muka Tuan dari saya.Demi Allah s.w.t., saya bukannya munafik dan saya tidak meragui kebenaran agama saya." Baginda s.a.w. menyuruh saya mendekati lalu bertanya: "Apa yang menghalangi kamu? Bukankah kamu telah membeli unta?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah s.a.w., kalau kepada orang lain sudah tentu saya dapat memberi alasan-alasan yang sesuai kerana Allah s.w.t. telah mengurniakan saya dengan kefasihan bercakap, tetapi kepada Tuan, walaupun saya dapat memberi keterangan-keterangan dusta yang memuaskan hati Tuan, sudah tentu Allah s.w.t. akan memurkai saya. Sebaliknya kalau saya menimbulkan kemarahan Tuan dengan bercakap benar saya percaya lambat-laun kemarahan Tuan itu akan dihapuskan oleh Allah s.w.t. . Oleh itu saya bercakap benar. Demi Allah s.w.t. saya tidak ada sebarang alasan pun sedangkan pada masa itu hidup saya mewah." Kata Nabi Muhammad s.a.w."Dia sedang bercakap benar." Kemudian Baginda s.a.w berkata: "Pergilah kamu dan Allah s.w.t.. akan menentukan sesuatu bagi kamu."

          Apabila saya meninggalkan Nabi Muhammad s.a.w.. orang-orang dari puak saya telah menyalahi saya kerana telah bercakap benar dihadapan Rasulullah. Kata mereka: Kamu sebelum ini tidak pernah melakukan sebarang kesalahan . Kalaulah setelah memberi satu-satu alasan yang sesuai, kamu meminta Nabi Muhammad s.a.w. berdoa untuk diampunkan oleh Allah s.w.t., yang demikian itu sudah tentu mencukupi. "Kemudian saya bertanya kalau-kalau ada orang yang hal keadaannya seperti saya. Mereka menceritakan mengenai Hilah bin Umayyah dan Murarah bin Rabi. Mereka juga telah mengakui kesalahan mereka dan menerima jawapan yang sama. Saya tahui yang mereka ini adalah penganut-penganut agama Islam  yang sejati dan telah mengambil bahagian dalam Peperangan Badar. Nabi Muhammad s.a.w. sudah memerintahkan supaya kami bertiga dipulaukan.Tidak ada seorang pun yang berani bergaul dan bercakap-cakap dengan kami. Pada masa itu saya berasa seolah-olah saya tinggal berdagang dirantau orang. Kawan-kawan berkelakuan seperti orang asing. Dunia yang begitu luas menjadi sempit. Kalau saya mati Nabi Muhammad s.a.w. tidak akan mengimami sembahyang jenazah saya. Sebaliknya kalau Baginda s.a.w. wafat sudah tentu  pemboikotan yang dikenakan keatas saya akan berterusan sehingga keakhir hayat saya. Kawan-kawan saya yang berdua itu tidak menampakkan diri mereka diluar rumah sedangkan saya memberanikan diri dengan berjalan-jalan dipasar dan bersembahyang berjemaah tetapi saya tidak dihiraukan oleh sesiapa pun. Kadang-kadang saya memberanikan diri

Page 9: Kisah - Kisah Sahabat Nabi

menghampiri  Nabi Muhammad s.a.w. sambil memberikan salam. Saya menunggu-nuggu jawapannya dengan penuh harapan.Kerapkali selepas menunaikan solat fardhu saya akan menunaikan solat sunnat berhampiran dengan Nabi Muhammad s.a.w. kerana ingin mengetahui sama ada Baginda s.a.w.  akan memandang saya atau tidak. Ya, Baginda s.a.w.memandangkan saya semasa berada dalam sembahyang. Diluar sembahyang Baginda s.a.w. memalingkan pandangannya dari saya."

         "Pada suatu hari apabila saya rasa yang saya tidak dapat lagi menderitai pemulauan sosial yang dikenakan keatas saya, saya telah memanjat tembok kebun sepupu saya,Qatadah. Saya mengucapkan salam kepadanya tetapi dia tidak menjawab. Saya menggesanya supaya menjawab hanya satu soalan sahaja. Saya bertanya:"Engkau tahu atau tidak yang aku mencintai Allah s.w.t. dan RasulNya?" Soalan saya itu terpaksa diulangi sebanyak tiga kali. Pada kali yang ketiganya baharulah dia menjawab:" Hanya Allah s.w.t.dan RasulNya yang mengetahui." Mendengar jawapannya itu saya menangis lalu meninggalkannya."

          "Pada suatu ketika sedang saya melalui sebatang jalan di Madinah, saya terpandang akan seorang Kriastian bangsa Mesir yang telah datang dari Sham. Rupa-rupanya orang itu sedang mencari saya. Apabila orang ramai disitu menunjukkan saya dia pun menghampiri saya sambil menyerahkan sepucuk surat daripada Raja Keristian yang memerintah Ghassan. Surat itu berbunyi:" Kami telah mengetahui akan penganiayaan yang kamu perolehi dari ketua kamu. Allah s.w.t. tidak akan membiarkan kamu dalam keadaan hina dan malu. Eloklah kamu menyertai kami dan kami akan memberi segala pertolongan kepada kamu." Apabila saya membaca surat ini saya mengucapkan:"INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN." Demikianlah hal keadaan saya sehingga orang-orang kafir menyangka yang saya akan murtad. Saya tidak dapat membayangkan segala kecelakaan yang menimpa diri saya. Dengan serta merta saya mencampakkan surat itu kedalam api dan saya pun terus pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. Kata saya:"Ya Rasulullah s.a.w., saya telah tergelincir didalam jurang kehinaan yang amat dahsyat sehinggakan orang-orang kafir menyangka yang saya akan murtad."

         "Selepas empat puluh hari pemboikotan itu berjalan seorang utusan  Nabi Muhammad s.a.w. mendatangi saya dengan membawa satu perintah baru dari  Nabi Muhammad s.a.w. Saya diperintahkan supaya berpisah dari isteri saya. Saya bertanya kepada utusan itu sama ada isteri saya terpaksa diceraikan. Dia hanya menmyuruh saya berpisah dari isteri saya. Perintah yang sama diberikan kepada sahabat-sahabat yg berdua itu. Kata saya kepada isteri saya:"Pergilah kamu tinggal bersama-sama orang tuamu sehingga Allah s.w.t. menetukan sesuatu bagiku." Isteri Hilal pun telah pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. sambil mengadu kepada Baginda s.a.w :"Ya Rasulllah,Hilal sudah tua dan tidak ada orang untuk menjaganya. Kalau aku meninggalkannya sudah tentu dia akan mati. Izinkan aku supaya menjagainya."Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Baiklah tetapi jangan melakukan perhubungan jenis." Kata isteri Hilal:"Ya Rasulullah ,dia sudah tidak ada keinginan semenjak pemulauan dikenakan keatasnya. Dia menghabiskan masanya dengan menangis."

           Ada orang yang mecadangkan kepada saya supaya meminta kebenaran daripada Nabi Muhammad s.a.w. untuk membolehkan isteri saya tinggal bersama-sama saya tetapi saya enggan berbuat demikian kerana saya masih muda sedangkan Hilal sudah tua. Lagi pula saya tidak berani membuat permintaan yang demikian. Sehingga ini pemulauan telah dijalankan keatas kami selama lima puluh hari. 

         Pada pagi yang kelima puluh itu sedang saya duduk-duduk diatas bumbung rumah saya, setelah melakukan Solat Faja, saya terdengar orang menjerit dari kemuncak bukit Salak. "Ada berita gembira buat kamu ya Ka'ab." Sebaik sahaja saya mendengar berita itu saya pun bersujud dengan gembiranya sambil mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t.. Saya tahu yang saya telah perolehi keampunan daripada Allah s.w.t.. Sebenarnya Nabi

Page 10: Kisah - Kisah Sahabat Nabi

Muhammad s.a.w. mengistiharkan keampunan Allah s.w.t. kepada kami bertiga selepas solat Subuh itu.Kemudian datang pula seorang penunggang kuda membawa berita yang sama. Oleh kerana kegembiraan yang amat sangat saya telah menghadiahkan pakaian yang terlekat dibadan saya kepada pembawa berita gembira itu.Pada masa itu saya hanyai miliki pakaian yang sedang saya pakai tadi. Oleh hal yang demikian saya meminjam sehelai pakaian dari sahabat saya dan memakai pakaian itu dan saya terus pergi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w.. Apabila saya tiba dimasjid orang-orang yang sedang berbual-buak dengan Rasulullah s.a.w.datang menerpa dan memegang tangan saya sambil mengucapkan tahniah. Orang yang mula-mula mengucapkan tahniah kepada saya ialah Talhah.Kemudian saya pun menyampaikan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w. . Muka Baginda s.a.w. berseri-seri dengan cahaya kegembiraan. Saya berkata kepada Baginda s.a.w. :"Ya Rasulullah, saya bercadang hendak mendermakan semua harta saya sebagai mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t. yang telah sudi menerima taubat saya." Baginda s.a.w.. berkata: "Janganlah habiskan semua harta kamu. Tinggalkan sedikit untuk kepentingan dirimu." Saya pun mendermakan harta saya kecuali rampasan yang diperolehi dalam Peperangan Khaibar."

        "Kebenaran telah menyelamatkan saya dan oleh itu saya berazam hendak bercakap benar pada setiap masa."

 Kisah diatas dengan jelas menunjukkan sifat-sifat yang sepatutnya terdapat pada semua penganut-penganut Islam yang bernar-benar beriman.

1) Pentingnya berusaha dijalan Allah s.w.t. Orang yang selama ini telah mematuhi segala perintah Allah s.w.t. dan yang telah menyertai semua peperangan menetang musuh pun terpaksa menanggung penderitaan akibat kesalahan yang dilakukan hanya sekali sahaja.

 2) Kepatuhan menjunjung perintah Nabi Muhammad s.a.w. Selama lima puluh hari masyarakat Islam termasuk kaum kerabat dan sanak saudara serta sabahat handai mereka sendiri telah memulau Ka'ab dan kawan-kawannya pula telah menjalani hukuman dengan pebuh ketaatan. Dengan lain-lain perkataan, yang memulau pada suatu pihak dan yang kena pulau disuatu pihak yang lain masing-masing mematuhi arahan Nabi Muhammad s.a.w.

 3) Keimanan yang teguh Ka'ab telah menerima surat dari seorang raj Kristian yang cuba mempengaruhinya supaya melakukan kemungkaran. Perkataan-perkataan dan perbuatannya selepas menerima surat itu merupakan bukti yang nyata mengenai keteguhan imannya.

        Sekarang marilah kita memeriksa perbadi kita sendiri untuk menentukan banyak atau sedikitnya kepatuhan yang terdapat pada diri kita. Adakah kita mematuhi segala perintah-perintah Allah s.w.t.? Adakah kita mendirikan sembahyang- Perintah Allah s.w.t. yang paling sedikit memakan belanja? Adakah kita berasa sedih apabila meninggalkannya?