Kisah Malaikat Meminta Tanah

download Kisah Malaikat Meminta Tanah

of 11

Transcript of Kisah Malaikat Meminta Tanah

  • 8/14/2019 Kisah Malaikat Meminta Tanah

    1/11

  • 8/14/2019 Kisah Malaikat Meminta Tanah

    2/11

    5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk

    menjerumuskan manusia ke lembah dosa.10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan

    sebagainya.13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada

    Tuhan.

    Bagaimanakah prosesnya :

    1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,airhanyir,angin,api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagaimacam "sifat".

    2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam

    "Alam Malakut".

    3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan.Maka sebelumdijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat NurSifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

    4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan danJammal".Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

    5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malasdan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allahmenyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupunmasuk dan menyerah kepada Izrail.

    Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya.Tidak sepertiwarna kulit kita sekarang ini.Kerana Adam telah diturunkan ke dunia,terjadilah perubahan padawarna kulitnya. Sebagai peringatan : yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kukumanusia. Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalahsama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atauliang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknyadi kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang duamacam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

    Dijadikan pula lima buah pancaindera :

    1. Mata alat penglihatan

    2. Hidung alat penciuman3. Telinga alat pendengaran4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.

    Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam :

    Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200tahun.Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untul memasukkan roh ke dalam tubuh

  • 8/14/2019 Kisah Malaikat Meminta Tanah

    3/11

    Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untukmencabut nyawa umat manusia.

    Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnyadengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat danmelirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masihmerupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikankejadian dia. Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengansuara merdu dan mengasyikkan.

    Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulahAllah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah.itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadratAllah. Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmatAllah"Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulllah" dan orangyang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah".

    Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagianbadannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang sukatergesa-gesa (tidak sabar).sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :"Dan adalah manusia itu,suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)

    Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunanisi perut dengansempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terusroh itu meresap sampai ke seluruhtubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengansempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

    Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhlukmanusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yangbegitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun ladiperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawake syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

    (Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa

    Selamat)

    RenunganSesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam dan pencipta

    setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.

    People will forget what you said,People will forget what you did,But people will never forget how you made them feel.

    [Non-text portions of this message have been removed]

    Iktibar Buat Mereka Yang MurtadKETUA PADERI SELURUH SABAH MASUK ISLAM(Rev. Thomas Laiden - Ust.Tajuddin Othman Abdullah)

    BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandinganyang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan pengkajiannya yang cukupmendalam lagi terperinci selama menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun.

    Oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei

  • 8/14/2019 Kisah Malaikat Meminta Tanah

    4/11

    -------------------------------------------------------------------------

    AGAMA Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya maka jawapan akhiryang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yangakhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam.

    Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup yangtiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDU LLAH, seorang bekaspaderi besar di seluruh Sabah, yang belajar sebahagian besar dalam hidupnya untuk menjadipaderi.

    Beliau yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah keranaberkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang KristianSabah contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu Pairin Kitingan.

    Pengalamannya sebagai bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau banyakmengetahui selok-belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas mengkaji,akhirnya Allahmemberikan hidayah kepadanya dengan memilih Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugasdi Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit Kristianologi. Bersama seterusnya denganJAMILAH AINI MOHD. RAFIEI, turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto

    WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim (Negeri),Air Keroh, Melaka, baru-baru ini.

    -------------------------------------------------------------------------

    SEMASA Kristian saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah danberketurunan Solok. Agama asal saya ialah Roman Katholik.Saya mendapat pendidikan diSeminary Kepaderian Vantiken Itali iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan dibiayai olehPersatuan Kristian Sabah. Saya tamat pengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagaipaderi di Vantiken.

    Seterusnya saya memohon untuk kembali ke negara asal saya iaitu Sabah.Pada tahun 1988saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi di Gereja St. Mary, Persatuan Gereja

    Roman Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu. Keluarga saya terlalukuat berpegang pada agama. Itulah sebabnya bapa menghantar saya ke Vantiken, denganharapan agar saya menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia. Sayamempunyai ramai adik beradik tetapi kesemuanya perempuan, saya adalah anak lelaki tunggaldalam keluarga.

    Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama Kristian,Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung tentang keindahan dan kecantikanIslam dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di dalamkeluarga yang kuat mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat dalam dakyah Kristianisasiyang cenderung kepada banyak buku-buku Islam. Setelah banyak membuat kajian, sayaTerfikirapabila saya dilantik menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang saya sudah mula meraguiagama yang saya anuti.

    Konflik Diri Yang Tidak TerbendungIanya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi diberi tanggungjawab yang besariaitu untuk mengampunkan dosa manusia.

    Timbul di fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan dosamanusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskanAllah, mereka ini tidak sanggupmengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula seriusmembuat kajian mengenai Islam.

  • 8/14/2019 Kisah Malaikat Meminta Tanah

    5/11

    Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah, jadimasa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh manusia. Seterusnyapada tahun 1989 saya kembali ke Vantiken untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selamatiga tahun. Di sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu PopeJohn Paul. Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang Memusykilkan sayasepanjang saya menjadi paderi.

    Saya berkata kepadanya, "Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini". Diaterkejut dan bertanya, "Apa yang kamu ragukan?" Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan sendiri,kita ini seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahadsaya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku dosa.

    Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernahmelakukannya." Beliau berkata, "Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi,maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa," Saya katakan yangsaya merasakan diri saya mempunyai dosa.

    Beliau seterusnya menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendirimempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telahdilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak

    mempunyai dosa." Di situlah saya mula tidak percaya pada agama Kristian yang mengatakanulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa. Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itupembohong. Dia terkejut lalu berkata, "Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggiuntuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kataagama Kristian pembohong".

    Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab, "Dia Tuhan."Saya bertanya kembali, "Pernahkah orang nampak Tuhan? Bagaimana wujudnya Tuhan? SiapaTuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa?(Allah)." Beliau mengatakanJesus itu Tuhan.Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?"Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan agama."Jadi sayakatakan padanya "kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah menebusdosa semua manusia?" Di situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata, "Paderi Thomas

    awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian. Saya katakan padanya,"Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?"

    Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik-beradik apabila ibu bapa sayamembuat dosa mereka mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan saya ketika itu sebagaiseorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibubapa. Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya.

    Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau tidakboleh marah kerana marah merupakan satu dosa. Didalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-i. Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian, mereka mesti dibaptiskan air

    suci.ii. Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi

    iii. Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)iv. Ekaristi Minyak Suci - air suciv. Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima Krismavi. Ekaristi Imaman - menjadi paderivii. Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima ekaristi ini)

    Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah paling bernilai sekali. Untukmenjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini.Ia diperolehi dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempunyai

  • 8/14/2019 Kisah Malaikat Meminta Tanah

    6/11

    akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak disebabkan air ini. Contohnya ialah sepertiapa yang berlaku ke atas seorang doktor perempuan Melayu di Selangor. Setelah minum, beliaulangsung tidak boleh mengucap,hatinya telah tertutup. Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagidengan agama lain kecuali Kristian sahaja kerana melalui Kristian beliau boleh melihat TuhanJesus yang turun setiap malam. Itulah permainan iblis. Sesiapa yangmeminum air tersebut dapatmelihat apa sahaja. Sebaik sahaja doktortersebutmeminumnya, akhirnya beliau memelukKristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam tidak benar, hanya Kristianagama yang benar kerana umatnya boleh melihat Tuhan.

    Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau meminumnya. Beliaumenjawab memang pernah meminumnya semasa beliau belajar di Indonesia; apabila pergi kegereja beliau akan diberi minum air tersebut. Beliau menyatakan kepada saya beliau akan hidupdan mati dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya Surah Al-Kahfi di samping memintanyamengamalkan surah tersebut setiap masa. Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya semakinpulih. Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan ilmu Allah, hanya ilmu Allahsahaja yang berkesan menghapuskan permainan sihir. Tidak lama kemudian beliau kembalimengucap dan terus menangis.

    Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik Kristian. Itulah, caramemikat orang untuk ke agama Kristian cukup mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada

    agama Kristian, tetapi apabila minum air itu segala-galanya akan berubah. Setelah sayamempelajari Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai bermacam rupa.Kekuatannya hanya pegangan akidah.

    Tetapi Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana orang yangmembuatnya di biara Vantiken telah memeluk Islam dan membongkar rahsia ini. Ramai orangsudah tahu mengenai air ini dan mula berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan.

    Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh Tuhan. Sayapernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakan padanya sedangkan Firaunyang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristianboleh makan tubuh tuhan? Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan KhustiKudus (sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana

    tubuh tuhan boleh dimakan. Kata beliau, itu memang sudah menjadi rukun Kristian dan tidakboleh dipertikaikan lagi.

    Apa yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, iaseolah-olah seperti roti yang dicampur dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy Water yangkesannya cukup kuat. Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan. Terdapat sesetengah klinikyang membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut Islam. Bagi kepercayaan Kristian setiap bayiyang baru lahir wajib dibaptiskan kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusakayang ditinggalkan datuk moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi yangbaru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih).

    Sebenarnya agama Kristian ini tidak salah. Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama

    Kristian. Kristian ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Juliuskemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara.Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa (Injil) tidakada disebut Kristian. Sebenarnya semua ulamak Kristian tahu mengenai kedudukan agamaIslam. Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakankebenaran dan Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Didalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

    Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapatmengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi

  • 8/14/2019 Kisah Malaikat Meminta Tanah

    7/11

  • 8/14/2019 Kisah Malaikat Meminta Tanah

    8/11

    katakan ia Titian Sirat atau apa-apa kerana tidak mengetahui apa-apa ketika itu. Saya hairankenapa orang yang berjubah dan bertudung mereka melintas jalan itu dengan mudah sedangkansaya langsung tidak boleh mengangkat kaki. Penjaga itu berkata lagi, "Awak tidak boleh masuk,tetapi awak lihatlah bagaimana keadaan mereka yang beragama Yahudi dan Nasara (Kristian)".Alangkah terkejutnya saya apabila melihat orang-orang Kristian yang kepalanya dimasukkan kedalam api umpama dijadikan kayu api. Saya terkejut dan sedar hanya Islam agama yang benar.Akhirnya saya tersedar seelok sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid berhampiran. Sayabangun dan membersihkan badan saya. Saya menuju ke kereta. Pemandu telah bersediamembawa saya tetapi saya menolak pelawaannya dan katakan kepadanya saya ingin pergi kesatu tempat yang orang lain tidak boleh ikut serta. Saya memandu kereta menuju ke sebuahmasjid di atas bukit. Ketika saya tiba, mereka sedang berjamaah menunaikan fardu Subuh, sayamenanti seketika sebagai menghormati agama mereka. Setelah selesai, saya pergi menemuiimam yang bertugas ketika itu. Saya katakan kepadanya yang saya ingin memeluk Islam hari itu

    juga. Beliau terkejut dan berkata kepada saya, "Awak ini di bawah Pairin Kitingan, Ketua MenteriSabah, susah kami hendak Islamkan awak, tambahan pula awak paderi besar seluruh Sabah."Saya katakan padanya," Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang ampun, haldiatidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini saya mahu peluk Islam." Seterusnyaimam tersebut berkata lagi, "Awak tak boleh masukIslam sekarang sebab awak perlu mengisiborang, tandatangan surat akuan sumpah dahulu, baru awak boleh masuk Islam". Dengan agak

    kasar saya katakan kepadanya, "Kalau beginilah caranya untuk memeluk Islam, lebih baik orangmasuk Kristian. Kalau masuk Kristian, hari ini terus dibaptiskan dan menjadi Kristian. Untukmasuk Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini saya turun ke bawah dan ditakdirkantiba-tiba saya dilanggar kereta dan mati, maka apa akan jadi kepada saya dan siapa yang akanbertanggungjawab?" Akhirnya imam tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah.Maka pada pagi Ahad itu saya telah sah sebagai seorang Islam.

    Kekuatan DiriSetelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya. Ketika saya melalui kawasan gereja,orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk upacara pengampunan. Mereka melambaitangan ke arah saya. Saya membalas kembali lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satukekuatan dalam diri saya. Saya keluar dari kereta dan membuat pengumuman di hadapanmereka. Saya katakan kepada mereka, "Kamu ini jika sembahyang pun berdosa kalau tak

    sembahyang lagi bagus." Kemudian saya meninggalkan mereka yang kelihatan sepertikehairanan. Saya meneruskan perjalanan menuju ke rumah. Di dalam rumah semua ahlikeluarga sudah bersedia menanti saya untuk ke gereja. Jubah saya sudah siap diseterika. Sayapanggil semua ahli keluarga sambil bertanya apakah mereka sudah makan atau belum. Merekakatakan yang mereka sudah makan kecuali Khusti Kudus sahaja yang belum dimakan. Sayakatakan itu tidak payah dimakan pun tidak mengapa kerana di kedai banyak roti untuk dimakan.Saya membuat pengumuman kepadamereka, saya berkata sambil memandang ke arah bapasaya, "Saya hendak memberitahu kamu sesuatu perkara. Saya belajar di Vantiken selama 12tahun dan sudah terlalu banyak menghabiskan wang bapa. Selama 12 tahun saya belajar, sayatahu bahawa agama yang saya anut ini adalah agama yang salah, agama yang betul adalahIslam." Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan ahli keluarga saya, tetapimereka semua terdiam. Saya menyambung kembali, "Tadi saya telah memeluk Islam di masjidbandar sana dan menyuruh saya mengucap. Bermakna hari ini saya sudah menjadi orang

    Islam." Bapa saya berkata kepada saya, "Oh! kamu sudah Islam! Tidak mengapa!" Seterusnyabeliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak ada apa-apa ketika itu. Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang panjang dan cuba menyerang saya. Saya yangkebetulan duduk di tepi tingkap di tingkat satu terus terjun ke bawah. Saya melompat dari tingkatatas dengan berkaki ayam. Tuhan masih mahu memanjangkan umur saya. Saya turun dan terusmeninggalkan rumah sehelai sepinggang hingga ke hari ini. Dari segi pengamalan kedua ibubapa saya yang memang cukup kuat berpegang pada agama, apabila seorang anak murtad(keluar Kristian) mereka tidak lagi mengaku anak.

  • 8/14/2019 Kisah Malaikat Meminta Tanah

    9/11

    Hijrah untuk Keselamatan dan BelajarSelepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi keselamatan diri saya, salahseorang pegawai di sana menasihatkan saya agar pergi belajar dan keluar dari Sabah. Akhirnyasaya merantau ke Semenanjung dan menyambung pengajian saya di Institut Dakwah Kelantanpada tahun 1992 dan seterusnya saya menyambung pula ke Nilam Puri sehingga tahun 1995.Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua sekali. Setelah tamat pengajian, saya menganggursekejap. Tidak lama kemudian saya diterima bertugas di Majlis Agama Islam Melaka hingga kehari ini. Kemungkinan juga selepas ini saya akan dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan.

    Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian Kristian. Tetapi terlalu banyakprosedur yang perlu dijalani. Kini setelah hampir sembilan tahun saya memeluk Islam danmeninggalkan Sabah, saya masih diugut dan dikecam. Namun saya tidak khuatir kerana yakinAllah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal maut itu tetap datang walaupun bersembunyi diCeruk mana sekalipun. Kini saya bahagia setelah mendirikan rumah tangga bersama isteri yangcukup memahami jiwa saya. Dalam usia 49 tahun, saya baru mempunyai seorang cahaya mataberusia satu tahun setengah. Islam tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderiperkahwinan tidak dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya perkahwinandan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SWT).

    Di Vantiken, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara tersebut, mereka

    akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad dianggap kotor dan mencemarkan maruahagama. Tetapi adakalanya saya terfikir, jika di sanaorang Kristian murtad kenapa ianya tidakterjadi di negara yang pemerintah dan majoriti penduduknya beragama Islam. Itulah yangsusahnya.

    Saya membuat kajian hampir empat tahun baru mendapat nikmat Islam. Terlalu sukar sayamengecapi nikmat Islam tetapi orang di sini yang memang lahirnya dalam Islam dengan mudahmahu membuang Islam. Di sini saya bertanggungjawab terhadap mereka yang murtad, jika yangtidak berpengetahuan tidak mengapa tetapi yang sedihnya yang murtad ini ialah mereka yangmempunyai pendidikan hingga ke peringkat tertinggi dan mempunyai pendapatan yang melebihidari keperluan bulanan.

    Pernah saya katakan kepda seorang doktor, "Doktor, suatu ketika dahulu saya menerima gaji

    bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan pembantu rumah, pemandu dan rumahserba lengkap. Kehidupan saya terlalu mewah di Sabah. Tetapi doktor, kenapa saya sanggupmelepaskan itu semua semata-mata kerana Islam! Gaji doktor sekarang terlalu mencukupi tetapimengapa perlu tinggalkan Islam?" Saya memang cukup marah dan terkilan apabila mendengarorang yang ingin murtad. Minta maaf jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh sangat sehinggasanggup menanggung dosa besar? Umat Islam dari segi ekonomi sebenarnya terlalu mencukupicuma cara pelaksanaannya yang agak longgar. Kita lihat Kristian, dari segi kerjasama danukhuwah mereka begitu kuat. Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk kesesebuah kampung untuk berdakwah saya dibekalkan beberapa ribu wang. Ini kerana gereja diseluruh dunia bersatu padu. Meskipun dari segi politik berbeza dan bermusuh tetapi untukmenghancurkan Islam mereka mesti bersatu.

    Mereka berkata jika di negara Barat, penduduk penganut Kristian tidak bersembahyang pun

    tetapi mereka tetap Kristian. Gereja di sana setiap hari Ahad kosong kerana setiap hari Ahaddiadakan acara perlawanan bola sepak di kalangan paderi. Orang ramai pergi menyaksikanacara tersebut. Itu yang mereka minat. Oleh sebab itu peruntukan untuk di sana sudah tidak adalagi. Sebagai alternatifnya mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk disalurkan ke negaraAsia terutamanya ke Indonesia dan Malaysia. Begitulah kuatnya kerjasama di antara mereka.Bagi mereka tidak perlu berdakwah untuk orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab untukmereka memeluk Islam adalah sukar. Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan orang Islam.

    Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu. Masing-masingmempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok sendiri. Kadangkala di kalangan

  • 8/14/2019 Kisah Malaikat Meminta Tanah

    10/11

    orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan dengan orang Kristian yang amat menitikberatkansoal kebajikan. Namun bukan semua orang Islam begitu, masih ramai di kalangan mereka yangbijak.

    Semasa saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang miskin. Pernah terjadi diPerak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk mereka, mereka mengambil wang tersebuttetapi tidak memeluk Kristian. Selepas saya Islam, saya pergi menemui mereka, senarai namamereka masih ada dalam simpanan saya.

    Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam walaupun pada awalnya merekaberjanji untuk memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka tidak berdendam pada saya sebaliknyamereka membelanja saya makan setelah mengatahui saya telah memeluk Islam.

    Masalah Kelemahan Pendakwah IslamAdakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu tidak murtadsedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam tetapi orang Melayu boleh murtaddengan begitu mudah sekali. Kelemahan kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalahdengan pendakwah Kristian.

    Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama belajar dengan saya semasa di

    Vantiken dahulu. Beliau pernah menyatakan kepada saya, orang Yahudi sekarang sedangmemberi tumpuan kepada kajian al-Quran dan Hadis. Dia mengatakan pada saya; "WahaiThomas, (dia tetap memanggil saya dengan nama Kristian walaupun saya telah Islam), Allah adamengatakan di dalam salah sebuah ayat-Nya yang bermaksud; "Tidak akan masuk syurgamelainkan orang- orang yang beragama Yahudi dan Nasara". Sekarang kami pendakwah Kristianmahu pandai membaca al-Quran, terjemahan dan hadis. Kami mempunyai kursusKhusus mengkaji al-Quran dan Hadis. Awak lihatlah apa yang telah dikatakan olehTuhan-mu itu". Saya katakan kepadanya, "Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca al-Quranbukan seperti apa yang awak faham. Memang benar awak membaca ayat itu tetapi al-Quran ini

    jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul. Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh ditafsirseparuh-separuh. Saya dahulu apabila belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahunbaru khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan awak sudahboleh membaca al-Quran." Saya katakan lagi padanya, "Sebenarnya awak tidak tahu tafsir al-

    Quran. Maksud sebenar ayat tersebut ialah "Telah berkata mereka (orang-orang Yahudi danNasara), tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua ituhanyalah merupakan angan-angan kamu yang kosong." Itu bukan firman Allah, kata-kata ituadalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri. Paderi tersebut masih belum faham lalubertanya, "Apakah angan-angan kosong itu?" Saya katakan, "Setiap hari Ahad kamu makantuhan kamu. Apabila kau menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telahmemakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?" Beliau tidak boleh berkata apa-apawalaupun mukanya telah merah padam. Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak boleh marah.Kalau kamu marah, siapakah yang akan mengampunkan dosa kamu?"

    Hal itu tidak mengapa jika diutarakan di hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang sayabimbangkan bagaimana jika ayat itu dibacakan di hadapan mereka yang tidak faham dan rendahpengetahuan agamanya?

    Siapakah Sasaran Kristian?Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang menghabiskan masa di kaki-kakilima terutamanya golongan remaja yang bermain gitar. Mereka akan katakan, jika bermain di kakilima tidak mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di gereja setiap hari Ahad denganpendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik.

    Dari segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan senarai namanya terlalu ramai orang Melayuyang memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Itu yang menyedihkan

  • 8/14/2019 Kisah Malaikat Meminta Tanah

    11/11

    saya. Di JPN, beratus nama sedang menunggu, apabila pihak JPN meluluskan nama-namatersebut, maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu kelemahan undang-udang negara, kami tidakboleh berbuat apa-apa kerana mereka ini berpegang pada peruntukan yang mengatakan apabilaSeseorang yang berumur 18 tahun ke atas bebas beragama.

    Apa ikhtiar kita? Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliaumemakai tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita ini. Bila merekatinggal berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu ada salib. Isteri saya memberitahusaya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak sayangkan Islam ke? Tolongbuang benda yang ada di dalam tudung kamu itu". Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliaumemakainya. Sejurus kemudian beliau mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakanbeliau sengaja memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa. Saya katakan padanya yang sayadahulu memakai rantai yang lebih besar daripadanya. Akhirnya saya megambil rantai tersebutdan menyimpannya di pejabat saya untuk dibawa ke pihak atasan dan menerangkan bagaimanaseriusnya penyakit ini di kalangan anak remaja kita. Wanita jika tidak kuat pegangan memangmudah dipengaruhi.

    Ada juga taktik orang-orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah palingmudah untuk memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki Kristian) akan memelukIslam, kemudian akan membawa isterinya ke negara asalnya dan memurtadkan isterinya itu.

    Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat'Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian merekaberistiqamah, turun kepada mereka malaikat Allah berkata: jangan kamu takut dan janganberdukacita, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu.'