Kisah Nabi Idris As

5
Nabi Idris as merupakan keturunan keenam dari Nabi Adam as. Menurut kitab tafsir, nabi Idris hidup seribu tahun setelah Nabi Adam as wafat. Beliau juga mendapat gelar sebagai ”Asadul Usud” yang bermaksud Singa, kerana tidak pernah berputus asa ketika menjalankan tugasnya sebagai seorang Nabi. Nabi Idris tidak pernah takut menghadapi umatnya yang kafir. Selain sifat yang terpuji, Nabi idris as sebagai rasul Allah juga dianugerahi dengan pelbagai kepandaian dan kemahiran dalam berbagai disiplin ilmu, ia juga dianugerahi kemampuan untuk membuat berbagai peralatan untuk mempermudah kegiatan atau pekerjaan manusia.

description

Bercerita Pendidikan Khas

Transcript of Kisah Nabi Idris As

Nabi Idris as merupakan keturunan keenam dari Nabi Adam as. Menurut kitab tafsir, nabi Idris hidup seribu tahun setelah Nabi Adam as wafat. Beliau juga mendapat gelar sebagai Asadul Usud yang bermaksud Singa, kerana tidak pernah berputus asa ketika menjalankan tugasnya sebagai seorang Nabi. Nabi Idris tidak pernah takut menghadapi umatnya yang kafir. Selain sifat yang terpuji, Nabi idris as sebagai rasul Allah juga dianugerahi dengan pelbagai kepandaian dan kemahiran dalam berbagai disiplin ilmu, ia juga dianugerahi kemampuan untuk membuat berbagai peralatan untuk mempermudah kegiatan atau pekerjaan manusia. Setiap hari malaikat Izrail dan Nabi Idris as beribadah bersama. Suatu ketika Nabi Idris as mengajukan permintaan Bolehkah engkau membawa saya melihat surga dan neraka?

Malaikat izrail pun menjawab Wahai Nabi Allah,permintaanmu ini memang pelik mengapakah kamu ingin melihat neraka? Bahkan para malaikat pun takut untuk melihatnya

Kemudian Nabi Idris pun menjelaskan alasannya Terus terang, saya takut sekali kepada azab Allah itu. Tapi mudah-mudahan, iman saya menjadi lebih tebal setelah melihatnya

Saat malaikat izrail dan Nabi Idris sampai dekat neraka, Nabi Idris as terus pengsan. Nabi Idris as tidak sanggup menyaksikan berbagai seksaan yang sangat mengerikan itu.Tidak ada pemandangan yang lebih mengerikan berbanding dengan neraka. Api berkobar dahsyat, bunyi yang menakutkan.Nabi idris meninggalkan neraka dengan tubuh yang lemah. Tidak berbeza saat melihat neraka, nabi idris nyaris pengsan saat melihat syurga, bukan kerana takut, tapi terpesona. Begitu indah dan menakjubkan apa yang ada di surga. Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah.. ucapan nabi Idris berulang-ulang kerana ia terpukau oleh keindahan syurga.

Nabi idris juga mempunyai kesempatan untuk mengelilingi syurga dan diiringi oleh para pelayan syurga. Mereka merupakan para bidadari yang cantik jelita dan anak-anak muda yang sangat tampan wajahnya.Mereka menampilkan tingkah laku yang baik, dan sopan saat berbicara.

Setelah nabi idris puas melihat syurga, akhirnya tiba juga waktu baginya untuk meninggalkan surga dan kembali lagi ke bumi. Namun ia Hatinya sudah terpikat oleh keindahan dan kenikmatan syurga milik Allah dan enggan kembali ke dunia.

Namun Allah merupakan Tuhan Yang Maha pengasih, terutama kepada Nabi-Nya. Allah pun mengkurniakan sebuah tempat yang begitu mulia di langit sana, dan nabi idris merupakan nabi yang tinggal di surga tanpa mengalami kematian. Ketika dibawa ke tempat mulia itu, saat itu nabi idris baru berusia 82 tahun.