Kisah Nabi Sulaiman Dan Semut Merah

4
Terima kasih pengacara majlis, barisan panel hakim dan seterusnya hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk: Kisah Nabi Sulaiman dan Semut Merah 2x Nabi Sulaiman alaihissalam merupakan anak Nabi Daud a.s. Sejak kecil lagi baginda telah menunjukkan kecerdasan dan ketajaman fikirannya. Allah SWT mengangkatnya sebagai nabi dan rasul . Setelah Sulaiman cukup umur dan ayahandanya wafat, Sulaiman diangkat menjadi raja di kerajaan bani Israil. Beliau berkuasa tak hanya atas manusia, namun juga binatang dan makhluk halus seperti jin dan lain-lain. Baginda dapat memahami bahasa semua binatang Nabi Sulaiman dianugerahkan Allah kebijaksanaan sejak remaja lagi. Beliau juga memiliki pelbagai keistimewaan, termasuk mampu bercakap, memahami dan memberi arahan terhadap jin dan haiwan sehingga semua makhluk itu mengikuti kehendaknya. Nabi Sulaiman telah meminta kepada Allah SWT untuk dianugerahi kerajaan besar, dan tak seorang pun manusia setelahnya memiliki keistimewaan sepertinya. Doa ini telah dikabulkan oleh Allah SWT, dan sampai saat ini pun janji Allah untuk menepati permintaan Nabi Sulaiman telah terbukti. Renungkanlah bagaimana pada masa kini, umat islam kadang-kadang lupa tentang kekuasaan Allah dan melakukan syirik kerana mahu hidup dengan

description

skrip pertandingan cerita sek ren

Transcript of Kisah Nabi Sulaiman Dan Semut Merah

Page 1: Kisah Nabi Sulaiman Dan Semut Merah

Terima kasih pengacara majlis, barisan panel hakim dan seterusnya hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk:

Kisah Nabi Sulaiman dan Semut Merah 2x

Nabi Sulaiman alaihissalam merupakan anak Nabi Daud a.s. Sejak kecil lagi baginda telah menunjukkan kecerdasan dan ketajaman fikirannya.

Allah SWT mengangkatnya sebagai nabi dan rasul. Setelah Sulaiman cukup umur dan ayahandanya wafat, Sulaiman diangkat menjadi raja di kerajaan bani Israil. Beliau berkuasa tak hanya atas manusia, namun juga binatang dan makhluk halus seperti jin dan lain-lain. Baginda dapat memahami bahasa semua binatang

Nabi Sulaiman dianugerahkan Allah kebijaksanaan sejak remaja lagi. Beliau juga memiliki pelbagai keistimewaan, termasuk mampu bercakap, memahami dan memberi arahan terhadap jin dan haiwan sehingga semua makhluk itu mengikuti kehendaknya.

Nabi Sulaiman telah meminta kepada Allah SWT untuk dianugerahi kerajaan besar, dan tak seorang pun manusia setelahnya memiliki keistimewaan sepertinya.

Doa ini telah dikabulkan oleh Allah SWT, dan sampai saat ini pun janji Allah untuk menepati permintaan Nabi Sulaiman telah terbukti.

Renungkanlah bagaimana pada masa kini, umat islam kadang-kadang lupa tentang kekuasaan Allah dan melakukan syirik kerana mahu hidup dengan senang dan kaya-raya seperti menyembah pokok untuk meminta nombor ekor dan sebagainya. Marilah kita sama-sama memohon rahmat Allah ketika senang dan susah.

Page 2: Kisah Nabi Sulaiman Dan Semut Merah

Pada masa-kanak-kanak, Nabi Sulaiman sudah menampakkan tanda-tanda kecerdasan,dan ketajaman otak dalam membuat suatu keputusan.Sebuah peristiwa yang menunjukkan kecerdasan dan ketajaman otak Nabi Sulaiman dibuktikan dengan kecerdasannya dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

Salah satu mukjizat yang diberikan oleh Allah SWT kepada Nabi Sulaiman adalah mengerti bahasa binatang. Suatu hari rombongan besar Nabi Sulaiman hendak menuju lembah Asgalan, dan rombongan itu terdiri dari Nabi Sulaiman dan umatnya, malaikat, jin serta binatang-binatang.Di tengah-tengah perjalanan, Beliau dengan tiba-tiba menyuruh rombongannya berhenti.

"Berhentilah sejenak, kita beri waktu kepada makhluk Allah untuk menyelamatkan diri," ucap Nabi Sulaiman."Wahai Nabiyullah, mengapa kita tiba-tiba berhenti di tengah jalan," Tanya salah rombongannya dengah hairan."Di depan ada lembah semut yang di dalamnya terdapat jutaan semut, mereka akan kusuruh untuk berlindung agar tidak terpijak oleh rombongan kita," jawab Nabi Sulaiman.

Rupa- rupanya , dari jarak yang cukup jauh itu, Nabi Sulaiman telah mendengar dialog Raja Semut yang menyuruh para semut untuk berlindung. Masyaallah, sungguh hebat mukjizat Allah yang diberikan kepada Nabi Sulaiman dialah. Raja segala raja yang pernah hidup di dunia ini, dan tak pernah ada seorang raja pun di dunia ini sehebat beliau.

"Hai semut-semut,, masuklah kalian kedalam sarang agar selamat dan tidak tepijak oleh rombongan Nabi Sulaiman," ucap Raja Semut dengan penuh cemas.Nabi Sulaiman tersenyum mendengar suara semut yang ketakutan itu.

Ketika kaum semut itu tengah sibuk menyelamatkan diri, Nabi Sulaiman menyuruh kepada rombongannya untuk terus bersyukur kepada Allah SWT.

Sungguh hebat anugerah Allah, meskipun diberi kekuatan hebat, Nabi Sulaiman ini tidak pernah sombong, dan sentiasa bersyukur. Renungkahlah, di zaman ini, Allah telah memberikan banyak nikmat dan teknologi kepada manusia. Namun, hanya segelintir yang benar-benar bersyukur di atas nikmatNya. Marilah kita sama-sama mensyukuri nikmat allah dengan sentiasa membuat amal makruf dan meninggalkan perkara yang mungkar.

Page 3: Kisah Nabi Sulaiman Dan Semut Merah

--

Setelah beberapa saat berhenti, Nabi Sulaiman dan rombongannya kembali meneruskan perjalanan.Ketika melintasi lembah semut itu, Nabi Sulaiman dan rombongannya mendapatkan pujian dari Raja Semut. Kaum semut bersyukur karena sarangnya tidak rosakoleh rombongan Nabi Sulaiman.

"Kami takjub kepada Nabi Sulaiman yang mengerti bahasa binatang, sehingga tidak ada satu pun yang terbunuh diantara kami," kata Raja Semut.

Kisah ini telah diceritakan dalam ayat Al Qur'an surat An-Naml ayat 18

yang bermaksud, "Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut-semut, masuklah kedalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari."(QS. An-Naml: 18).

Pengajaran daripada cerita ini ialah, kita mestilah sentiasa menghormati dan menyayangi makhluk-makhluk Allah yang lain selain daripada manusia kerana mereka juga diciptakan Allah sebagai penghuni di bumi ini

Sulaiman raja segala raja,Mukjizat mendengar haiwan berkata,

Mensyukuri Allah setiap masa,Menjadi hamba yang dijanjikan syurga.

Sekian, Wassala-mualaikum-warahmatullah-hiwabaraktuh.