KISAH QARUN DI TELAN BUMI. ( LELAKI 2012 ) qarun ditelan bumi.pdf · Kemudian Qarun keluar kepada...

3
KISAH QARUN DI TELAN BUMI. ( LELAKI 2012 ) Assalamualaikum wtw. Terima kasih pengacara majlis.Para Hakim, guru-guru dan rakan- rakan 1. Siapakah Qarun?.......... Firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 76 : “Sesungguhnya Qarun adalah dari kaum Nabi Musa Qarun bin Yashhar bin Qahath bin Lawa bin Ya`aqub. Berketurunan Bani Israel dan sepupu kepada Nabi Musa.Qarun dikenali sebagai ‘al-Munawwir’ kerana perawakannya yang tampan dan An Nur kerana suara yang merdu ketika membaca kitab Taurat. Qarun miskin tetapi rajin berkerja, warak dan alim. Beliau sentiasa berfikir dan gigih berusaha untuk menambah pendapatan. Kerajinannya ini menjadi contoh kepada kaum Nabi Musa A.S. “Bagaimana caranya …agar aku mendapat rezeki yang bayak?”Qarun meminta kepada Nabi Musa mendoakannya menjadi kaya raya. Qarun tidak jemu bermunajat. Akhirnya doanya dimakbulkan Allah. Rakan-rakan Rajin berusaha pasti berjaya. NKRA pendidikan yang diperkenalkan Negara memacu kita berusaha kearah kejayaan untuk mencapai Sekolah Berprestasi tinggi. 2.Qarun berjaya mencipta emas. Ha…apalagi, kekayaannya mula melimpah ruah.Kehidupannya yang mewah menjadikannya mula tamak, sombong dan bangga diri. Firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 76 : “Sesungguhnya Qarun adalah dari kaum Nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka” Islam melarang keras umatnya bersifat sombong dan tamak.Kematian Muamar Gaddafi menjadi pengajaran kepada mereka yang angkuh dengan kekuasaan.

Transcript of KISAH QARUN DI TELAN BUMI. ( LELAKI 2012 ) qarun ditelan bumi.pdf · Kemudian Qarun keluar kepada...

Page 1: KISAH QARUN DI TELAN BUMI. ( LELAKI 2012 ) qarun ditelan bumi.pdf · Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya _ ... ..Sedekah…amal jariah……Ahhh.. peduli

KISAH QARUN DI TELAN BUMI. ( LELAKI 2012 )

Assalamualaikum wtw. Terima kasih pengacara majlis.Para Hakim, guru-guru dan rakan-

rakan

1. Siapakah Qarun?..........

Firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 76 :

“Sesungguhnya Qarun adalah dari kaum Nabi Musa ”

Qarun bin Yashhar bin Qahath bin Lawa bin Ya`aqub. Berketurunan Bani

Israel dan sepupu kepada Nabi Musa.Qarun dikenali sebagai ‘al-Munawwir’

kerana perawakannya yang tampan dan An Nur kerana suara yang

merdu ketika membaca kitab Taurat. Qarun miskin tetapi rajin berkerja, warak

dan alim.

Beliau sentiasa berfikir dan gigih berusaha untuk menambah pendapatan. Kerajinannya ini

menjadi contoh kepada kaum Nabi Musa A.S. “Bagaimana caranya …agar aku mendapat

rezeki yang bayak?”Qarun meminta kepada Nabi Musa mendoakannya menjadi kaya raya.

Qarun tidak jemu bermunajat. Akhirnya doanya dimakbulkan Allah.

Rakan-rakan

Rajin berusaha pasti berjaya. NKRA pendidikan yang diperkenalkan Negara memacu kita

berusaha kearah kejayaan untuk mencapai Sekolah Berprestasi tinggi.

2.Qarun berjaya mencipta emas. Ha…apalagi, kekayaannya mula melimpah

ruah.Kehidupannya yang mewah menjadikannya mula tamak, sombong dan bangga diri.

Firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 76 :

“Sesungguhnya Qarun adalah dari kaum Nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong dan

zalim terhadap mereka”

Islam melarang keras umatnya bersifat sombong dan tamak.Kematian Muamar Gaddafi

menjadi pengajaran kepada mereka yang angkuh dengan kekuasaan.

Page 2: KISAH QARUN DI TELAN BUMI. ( LELAKI 2012 ) qarun ditelan bumi.pdf · Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya _ ... ..Sedekah…amal jariah……Ahhh.. peduli

3. Surah Al-Qasas ayat 79 :

“Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya”

“Ha…Ha…Ha…Aku kaya! Sekarang aku telah kaya raya. Kau! Kau! Mari ikut aku!”

Si Qarun semakin angkuh.

Ada yang mula memujanya. ( Nasyid )

Orang miskin dianggap menyusahkan sahaja.

Perintah Allah sudah dilupa

Nabi Musa menyeru kepada Qarun agar kembali beriman kepada Allah. Baginda meminta

Qarun menunaikan zakat jika mahu rezekinya berkat Emmm…“Ya…Ya…Ya…! aku sedang

mengira jumlah yang akan dikeluarkan” alasan Qarun.

Sekali…, dua kali…, tiga kali…, dan banyak kali Nabi Musa menyeru dan mengingatkan

Qarun.

“ Harta ku…adalah milikku………..Sedekah…amal jariah……Ahhh.. peduli apa!! ”Qarun mula

lupa akan perintah Allah. Seruan dan nasihat Nabi Musa tidak dipedulikan.

Rakan-rakan,

Zakat menyucikan harta.Menteri Besar kita menggalakkan pembayaran zakat melalui

pemotongan gaji untuk peningkatan kutipan zakat. Marilah kita membantu mereka yang

kurang berdaya.

4.Firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 78:

“Berkata Qarun dengan sombongnya, “Aku diberi kekayaan ini hanyalah disebabkan

pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku”

Qarun terus berdebat dengan Nabi Musa. Beliau cuba mempengaruhi kaum Nabi Musa

dengan menabur fitnah. Beliau mengatakan bahawa Nabi Musa mahu merampas hartanya.

Seorang pelacur diupah untuk mengaku berzina dengan Nabi Musa. Ish… Ish…. Ish…….

melampau sungguh Qarun ini….

Page 3: KISAH QARUN DI TELAN BUMI. ( LELAKI 2012 ) qarun ditelan bumi.pdf · Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya _ ... ..Sedekah…amal jariah……Ahhh.. peduli

Hari ini fitnah banyak disebarkan melalui blog-blog, FB, email dan sebagainya. Janganlah

kita tergolong didalam golongan ini kerana fitnah itu besar dosanya.

5.Dengan sabar , Baginda menghadapinya

Fitnah diselidiki untuk membersihkan nama ( Syair )

Allah menggerakkan wanita ceritakan segalanya

Qarun mengupah untuk memalukan baginda

Mamandangkan sikap Qarun yang tidak dapat dibendung lagi, maka Nabi Musa berdoa agar

Qarun diperingatkan Allah.

Surah Al-Qasas ayat 81:

“Lalu Kami timbuskan dia bersama rumahnya dalam tanah, maka tidak dia mendapat

golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah.”

Akhirnya, tamatlah riwayat Qarun. Beliau ditelan bumi bersama pengikut dan hartanya di

sebuah kawasan dalam daerah al-Fayyum, Mesir. Kaum Bani Israil yang dahulunya ingin menjadi seperti Qarun lantas bersyukur kepada Allah di atas pengaturan yang sebaik-baiknya kepada mereka.

Rakan-rakan…..

Begitulah akhirnya Allah memewahkan rezeki kepada yang dikehendakinya dan Dia jugalah

yang menyempitkannya.. Gempa bumi di Jepun dan banjir besar di Thailand pada tahun

lepas jadikan pengajaran.

Harta hanya hiasan dunia

Zakat bagi mereka yang berada ( pantun )

Janganlah tamak atas rezekinya

Kisah Qarun ditelan bumi ambil ibrohnya.

Sekian assalamualaikum wbt ( MZAR ACS 2012 )