Kisah Sahabat Modul 01

download Kisah Sahabat Modul 01

of 27

Transcript of Kisah Sahabat Modul 01

Kisah Para Sahabat Modul 01

Sahabat ANAS BIN MALIK AL-ANSHORI SAID BIN AMIR AL-JUMAHIY ATH-THUFAIL BIN AMR AD-DAUSI ABDULLAH BIN HUDZAFAH AS-SAHMY UMAIR BIN WAHB AL-BARA BIN MALIK AL-ANSHORI TSUMAMAH BIN UTSAL ABU AYYUB AL-ANSHORI

Page 2 6 12 18 24 27 30 34

ANAS BIN MALIK AL-ANSHORI Anas bin Malik diajar mengucap dua kalimah syahadah oleh ibunya Ghumaisho ketika masih usia kanak-kanak. Sanubarinya dipenuhkan ibunya dengan rasa cinta terhadap Nabi Muhammad s.a.w.. Anas dilamun cinta mendengar kisah Nabi s.a.w.. Bukanlah pelik, ada kalanya hati rindu ingin mendengar berita walaupun mata masih belum melihat lagi bertentang. Anak ini amat bercita-cita untuk menjejaki Nabi di Mekah. Atau kalau boleh Rasul s.a.w. yang agung dating ke Yatsrib agar dia gembira dapat melihatnya dan girang bertemunya. ***** Tidak berapa lama, Yatsrib kota yang bertuah dan beruntung dikejutkan dengan berita gembira. Berita bahawa Nabi s.a.w. dan sahabtanya Abu Bakar as-Shiddiq dalam perjalanan menuju Yatsrib. Mendengar berita tersebut, keriangan memenuhi setiap rumah dan kegembiraan mengisi setiap perasaan.. Mata dan hati tertaut dengan jalan yang akan dilalui oleh Nabi s.a.w. dan sahabtnya untuk sampai ke kota Yatsrib. ***** Setiap mejelang pagi anak-anak berarak girang. Muhammad datang. Muhammad datang, jerit mereka. Anas dan teman-teman sebayanya berlari ke arah anak-anak yang menjerit. Namun dia tidak melihat pun kelibat Muhammad s.a.w. Lalu dia pulang dengan kecewa dan sedih. ***** Pada suatu pagi yang berembun segar dan suasana yang tenang berseri, terdengar orang berlaung: Muhammad dan sahabatnya telah hampir sampai dengan Yatsrib. Orang ramai segera bergegas menuju jalan yang akan dilalui oleh Nabi. Mereka berlumba-lumba untuk sampai, kelompok demi kelompok termasuk golongan kanak-kanak. Jelas tampak di wajah mereka raut kegirangan yang memnuhi perasaan keanakan mereka. ***** Rasullah s.a.w. dan sahabatnya Abu Bakar sampai dengan menaiki unta, berjalan di celah-celah orang ramai yang bersesak-sesak. Wanita dan anak-anak kecil yang berada di rumah, naik ke tingkat atas. Mereka tertinjau-tinjau dari jauh kea rah Rasulullah s.a.w. dan tertanya-tanya: Yang mana satu dia.. yang mana satu dia. Itulah hari yang tidak dapat dilupakan. Hinggakan kenangan itu masih terus basah dalam ingatan Anas walaupun umurnya telah menjangkau lebih 100 tahun. ***** Tidak berapa lama Rasulullah s.a.w. berada di Madinah, Ghumaisho binti Milhan, ibu Anas datang bertemu Baginda dan turut membawa anaknya, Anas yang masih kecil. Setibanya di hadapan Nabi s.a.w, beliau memberi salam. Wahai Rasulullah.. semua lelaki dan wanita Anshor telah memberi hadiah kepada tuan. Namun saya tiada apa-apa yang boleh saya hadiahkan selain anak saya ini.. Ambillah dia. Dia akan berkhidmat untuk tuan mengikut apa sahaja yang tuan mahu.., kata ibu Anas kepada Nabi s.a.w.. Rasulullah s.a.w. amat gembira dan menyambut anak tersebut dengan tersenyum manis. Baginda mengusap-usap kepala Anas dan menyentuh anak rambut Anas dengan hujung jarinya. Lalu, Baginda menjadikannya sebahagian anggota keluarganya. ***** Anas bin Malik atau Unais (panggilan manjanya ketika kanak-kanak) baru berumur 10 tahun ketika beliau mula berkhidmat dengan Nabi s.a.w.. Beliau hidup bersama dan di bawah jagaan Nabi sehingga Baginda s.a.w. bertemu mengadap Allah Taala. Oleh itu jangka masa beliau bersama Baginda genap 10 tahun. Ketika itulah tegukan pertama hidayah yang berjaya membersihkan dirinya. Anas peka dengan hadis Nabi s.a.w. dan ia memenuhi dadanya. Beliau mengetahui keadaan, kisah, rahsia dan sifat mulia Baginda yang tidak diketahui oleh orang lain. ***** Anas in Malik dilayan baik oleh Nabi s.a.w.. Beliau dapat mengecapi kecantikan sifat mulia dan keagungan peribadi Baginda s.a.w. Kata Anas bin Malik: Rasulullah s.a.w. merupakan manusia yang paling berakhlak mulia, amat berlapang dada dan terlalu penyayang. Suatu hari Baginda meminta saya pergi menyelesaikan satu urusan. Lalu saya pun keluar. Sedangkan ketika itu saya pergi bermain dengan rakan sebaya saya di pasar. Maka saya tidak pergi ke tempat yang Rasulullah maksudkan. Sesampainya saya ke tempat rakan-rakan saya, saya rasa ada orang berdiri di belakang saya dan dia

2

memegang baju saya Saya pun berpaling, saya lihat Rasulullah tersenyum seraya berkata: Wahai Unais, adakah kamu telah pergi ke tempat saya suruh tadi? Saya rasa bersalah dan berkata: Baiklah. Saya akan pergi sekarang juga wahai Rasulullah. Demi Allah! Saya telah berkhidmat dengan Nabi s.a.w. selama 10 tahun. Tidak pernah sekali pun Rasulullah berkata: Mengapa kamu buat begitu.. jika saya melakukan sesuatu. Apabila saya tidak melakukan sesuatu perkara, Baginda juga tidak pernah berkata: Mengapa kamu tidak lakukannya ***** Apabila Rasulullah s.a.w. memanggil Anas, beliau akan memanggil panggilan manja iaitu Unais. Ada kala Baginda memanggil wahai anakku. Terlalu banyak nasihat dan peringatan Rasulullah s.a.w. kepada beliau. Sehingga semua itu memenuhi dada dan menguasai mindanya. Lantaran itu Nabi s.a.w. pernah berpesan kepada beliau: Wahai anakku, jika kamu mampu pada waktu pagi dan petang tidak berdendam dengan sesiapa, lakukanlah. Wahai anakku, itu merupakan sunnahku. Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, sesungguhnya dia mencintaiku. Sesiapa yang mencintaiku sesunggunya dia akan bersamaku di syurga. Wahai anakku, jika kamu pulang bertemu keluargamu, berikanlah salam kepada mereka. Kerana ia akan membawa keberkatan kepadamu juga keluargamu. ***** Selepas kewafatan Nabi s.a.w. Anas bin Malik hidup lebih 80 tahun. Sepanjang usia tersebut beliau mengisi dadadada sahabat dan tabien dengan ilmu yang diperolehinya daripada Rasul s.a.w. yang agung. Beliau memenuhkan fikiran mereka dengan fiqh nubuwwah. Beliau menghidupkan perasaan sahabat dan tabien dengan petunjuk Nabi s.a.w., juga dengan sabda dan keperibadian agung Rasul s.a.w. yang disebarkannya kepada orang ramai. Sepanjang umur Anas yang lama itu, beliau menjadi rujukan masyarakat Islam. Meerka segera bertemu Anas jika mereka buntu tentang sesuatu masalah. Mereka juga berpegang dengan pandangan beliau jka mereka tidak mampu memahami sesuatu hokum. Ada sesetengah orang yang suka berdebat tentang perkara agama, mereka membincangkan tentang adakah kolam Nabi s.a.w. pada hari kiamat benar-benar wujud. Lalu mereka pergi bertanya kepada Anas bin Malik. Jawabnya, Saya tidak sangka saya hidup sehingga saya bertemu orang seperti kamu semua yang berdebat tentang kolam tersebut. Saya telah tinggalkan di belakang saya wanita-wanita yang lanjut usia. Siapa saja di kalangan mereka bersembahyang, dia pasti akan memohon agar dikurniakan untuk meneguk air kolam Nabi s.a.w. ***** Anas bin Malik sentiasa hidup dengan memori bersama Rasulullah s.a.w. sepanjang hayatnya. Beliau amat gembira ketika kali pertama bertemu Nabi s.a.w.. Manakala air mata kesedihannya bercucuran ketika hari kewafatan Baginda s.a.w.. Beliau sering mengulang dan menyebut kata-kata Baginda. Anas bin Malik juga bersungguh-sungguh untuk mengikuti perbuatan dan kata-kata Rasulullah s.a.w.. Cinta apa yang dicintainya. Benci apa yang dibencinya. Kenangan yang paling sering diingatinya ialah hari pertama beliau bertemu Rasulullah s.a.w. dan hari kewafatan Baginda s.a.w.. Apabila beliau mengingati hari pertama, beliau merasa amat bahagia. Namun apabila teringat tentang hari kedua, beliau menangis dan orang sekelilingnya juga turut menangis. Beliau sering mengulan katakata: Sesungguhnya saya telah melihat wajah Nabi s.a.w ketika hari Baginda masuk ke Madinah. Saya juga melihat Baginda ketika hari beliau diambil daripada kami. Pada saya tiada hari yang setanding dengan dua hari tersebut. Pada hari Baginda masuk ke Madinah, seluruh Madinah bersinar. Manakala tatkala pada hari Baginda pergi menghadap Ilahi, gelap seluruh Madinah. Kali terakhir saya melihat Baginda adalah pada hari Isnin ketika tirai bilik Baginda dibuka. Saya lihat wajah baginda seperti helaian kertas mushaf. Ketika itu orang ramai berdiri di belakang Abu Bakar sambil mereka melihat Baginda s.a.w.. Mereka hampir-hampir tidak tentu arah melihat keadaan Rasulullah. Namun Abu Bakar mengisyaratkan agar mereka bertenang. Pada lewat hari tersebut Rasulullah s.a.w wafat. Kami tidak pernah melihat pemandangan yang lebih pelik pada kami berbanding wajah Baginda s.a.w. ketika kami menimbuskan pasir ke atasnya. ***** Sesungguhnya Rasulullah s.a.w beberapa kali mendoakan Anas bin Malik. Antara doa Baginda s.a.w.: Ya Allah kurniakanlah kepadanya harta dan anak. Berkatilah dia. Allah Taala memakbulkan doa NabiNya. Anas merupakan orang Ansor yang paling kaya dan yang paling ramai zuriat. Bilangan anak dan cucunya melebihi seratus orang. Allah juga memberkati umurnya sehingga beliau hidup selama 103 tahun.

3

Anas bin Malik r.a. amat berharap memperolehi syafaat Nabi s.a.w. pada hari kiamat kelak. Beliau sering berkata: Sesungguhnya saya berharap dapat bertemu Rasulullah s.a.w. pada hari kiamat. Saya akan katakan kepada Baginda: Wahai Rasulullah ini khadam kecilmu Unais. ******** Tatkala Anas bin Malik jatuh sakit dan hampir meninggal dunia, beliau berkata kepada kaum keluarganya: Ajarkan saya Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulallah. Beliau terus melafazkannya sehingga meninggal dunia. Beliau mewasiatkan agar tongkat pendek kepunyaan Rasulullah s.a.w. dikebumikan bersama-sama jenazahnya. Maka tongkat tersebut diletakkan di dalam bajunya. ****** Tahniah untuk Anas bin Malik al-Anshori yang dilimpahi oleh Allah dengan kebaikan. Beliau hidup di bawah jagaan Rasulullah genap 10 tahun. Beliau merupakan perawi ketiga terbanyak meriwayatkan hadis Baginda selepas Abu Hurairah dan Abdullah bin Umar. Semoga Allah merahmati dan mengganjari beliau dengan syurgaNya.

4

SAID BIN AMIR AL JUMAHIY Said bin Amir merupakan lelaki yang membeli akhirat dengan dunia. Beliau mengutamakan keredhaan Allah dan RasulNya serta mengenepikan yang lain. (Sejarawan). SAID BIN AMIR AL JUMAHIY, termasuk seorang pemuda di antara ribuan orang yang pergi ke Tanim, sebuah kampung yang terletak berhampiran kota Mekah. Mereka berbondong-bondong ke sana, dikerahkan para pemimpin Quraisy untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman mati terhadap Khubaib bin Ady, iaitu salah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang mereka jatuhi hukuman tanpa alasan (diberkas hasil tipu daya pengkhianatan). Dengan semangat muda yang menyala-nyala, Said mampu bersesak dan mencelah di antara orang ramai sehingga sebaris dengan pembesar Quraisy, seperti Abu Sufyan bin Harb, Shafwan bin Umayyah dan lain-lain. Mereka berada di barisan hadapan perhimpunan dan dapat melihat tawanan Quraisy yang terikat. Kaum kafir Quraisy sengaja mempertontonkan tawanan mereka yang dibelenggu. Sementara para wanita, kanak-kanak dan pemuda, menggiring Khubaib ke lapangan maut. Mereka ingin membalas dendam terhadap Nabi Muhammad s.a.w., serta melampiaskan sakit hati atas kekalahan mereka dalam perang Badar. Ketika tawanan yang mereka arak sampai ke tiang salib yang telah disediakan, Said mendongakkan kepala melihat kepada Khubaib bin Ady. Said mendengar suara Khubaib berkata dengan tenang dan mantap di celah-celah pekikan kaum wanita dan kanak-kanak, Bolehkah kamu tinggalkan saya shalat dua rakaat sebelum saya mati.... Kemudian Said melihat Khubaib menghadap ke kiblat (Kabah) lalu menunaikan shalat dua rakaat. Alangkah bagus dan sempurna shalatnya itu. Sesudah shalat, Khubaib menghadap kepada para pemimpin Quraisy seraya berkata, Demi Allah! Jika tidak kerana takut kamu beranggapan bahawa saya memanjangkan shalat karena takut mati, nescaya saya akan memanjangkan shalat saya. Mendengar ucapan Khubaib tersebut, Said melihat para pemimpin Quraisy naik darah dan memotong anggota badan Khubaib yang masih hidup. Mereka mengerat satu demi satu seraya berkata, Sukakah engkau si Muhammad menggantikan engkau, kemudian engkau kami bebaskan? Demi Allah! Saya tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak saya, sementara Muhammad tertusuk duri...., jawab Khubaib mantap dengan darah berlumuran di seluruh tubuhnya. Bunuh dia...! Bunuh dia...! teriak orang banyak. Said melihat Khubaib yang telah dipakukan ke tiang salib, mendongakkan wajahnya ke langit sambil mendoa, Ya, Allah! Hitunglah jumlah mereka! Hancurkanlah mereka semua. Jangan dibiarkan mereka walau seorang jua pun! Tidak lama kemudian Khubaib menghembuskan nafasnya yang terakhir di tiang salib. Sekujur tubuhnya penuh dengan luka-luka kerana tebasan pedang dan tusukan lembing yang tak terbilang jumlahnya. * * *

Kaum kafir Quraisy kembali ke Mekah seperti biasa saja. Seolah-olah mereka telah melupakan peristiwa ngeri dan pembunuhan kejam Khubaib. Tetapi Said bin Amir Al Jumahy yang baru meningkat usia remaja tidak dapat melupakan Khubaib walau sedetik pun. Sehingga dia bermimpi melihat Khubaib menjelma di hadapannya. Dia seakan-akan melihat Khubaib shalat dua rakaat dengan khusyu dan tenang di bawah tiang salib. Seperti terdengar olehnya rintihan suara Khubaib mendoakan kaum kafir Quraisy. Karena itu Said ketakutan kalau-kalau Allah s.w.t. segera mengabulkan doa Khubaib. Jiwanya gementar, bimbang petir dan halilintar akan menyambar dan batu dari langit akan menghempapnya. Keberanian dan ketabahan Khubaib menghadapi maut mengajarkan pada Said beberapa hal yang belum pernah diketahuinya selama ini. Pertama, hidup yang sesungguhnya ialah hidup mempertahankan akidah hingga ke titisan darah yang terakhir. berakidah (beriman); kemudian berjuang

Kedua, iman yang teguh di hati seseorang dapat menimbulkan hal-hal yang ajaib dan luar biasa. Ketiga, orang yang paling dicintai Khubaib ialah sahabatnya, iaitu seorang Nabi yang mendapat dukungan dari langit. Sejak itu Allah s.w.t. membukakan hati Said bin Amir untuk menganut agama Islam. Kemudian dia berpidato di hadapan khalayak ramai, menyatakan: alangkah bodohnya orang Quraisy menyembah berhala. Karena itu dia tidak mahu terlibat dalam kebodohan dan jeneyah yang dilakukan oleh Quraisy. Lalu dibuangnya berhala yang dipujanya selama ini. Kemudian diumumkannya bahwa mulai saat itu dia memeluk agama Islam. * * *

5

Tidak lama sesudah itu, Said menyusul kaum muslimin berhijrah ke Madinah. Di sana dia sentiasa mendampingi Nabi s.a.w. Dia ikut berperang bersama beliau, mula-mula dalam peperangan Khaibar. Kemudian dia selalu turut berperang dalam setiap peperangan berikutnya. Setelah Nabi s.a.w. kembali ke rahmatullah, Said tetap menjadi pembela setia Khalifah Abu Bakar dan Umar. Dia menjadi teladan satu-satunya bagi orang orang mumin yang membeli kehidupan akhirat dengan kehidupan dunia. Dia lebih mengutamakan keredhaan dan ganjaran Allah berbanding segala keinginan hawa nafsu dan tuntutan jasmani. Kedua-dua orang khalifah, Abu Bakar dan Umar bin Khattab, kenal benar dengan kejujuran dan ketakwaan Said. Mereka mendengar nasihat bahkan mengambil pandangan beliau. Pada sutu hari di awal pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab, Said datang kepadanya memberi nasihat. Kata Said, Ya Umar! Takutlah kepada Allah dalam memerintah manusia. Jangan takut kepada manusia dalam menunaikan hak-hak Allah! Janganlah kata-katamu tidak bertepatan dengan perbuatan. Karena sebaik-baik perkataan ialah yang dibuktikan dengan perbuatan. Hai Umar! Prihatinlah terhadap urusan rakyat yang dipertanggungjawabkan Allah kepadamu, sama ada yang dekat mahupun yang jauh. Sayangilah mereka sebagaimana kamu menyayangi diri dan keluargamu. Lindungilah mereka daripada perkara yang tidak ingini sebagaimana kamu tidak ingin ia menimpa diri dan keluargamu. Bergelumanglah dalam kebenaran dan jangan gentar dengan celaan dalam menegakkan hukum Allah. Siapakah yang sanggup melaksanakan semua itu, wahai Said? tanya Khalifah Umar. Ia mampu dilakukan oleh individu sepertimu! Bukankah kamu telah dipercayai Allah memerintah ummat Muhammad ini? Bukankah antara kamu dengan Allah tidak ada lagi suatu penghalang? jawab Said meyakinkan. Pada suatu ketika Khalifah Umar memanggil Said untuk diserahi suatu jabatan dalam pemerintahan. Hai Said! Saya lantik kamu menjadi Gabenor di Hims! kata Khalifah Umar. Wahai Umar! Saya memohon kepada Allah semoga kamu tidak mendorong dan menyerahkan saya kepada dunia, kata Said. Kamu pikulkan beban pemerintahan ini ke tengkuk saya, tetapi kemudian kamu hendak berlepas tangan. Demi Allah! Saya tidak akan membiarkan kamu bersikap begitu! balas Umar marah. Demi Allah! Saya tidak akan membiarkan anda, jawab Said. Kemudian Khalifah Umar melantik Said menjadi Gabenor di Hims. Sesudah pelantikan, Khalifah Umar bertanya kepada Said, Bukankah kami mesti menyediakan imbuhan untukmu? Apa yang harus saya perbuat dengan gaji itu, ya Amirul Muminin? jawab Said balik bertanya. Bukankah penghasilan saya dan Baitul Mal sudah cukup? Setelah itu, Said pun berangkat ke Hims. * * *

Tidak berapa lama setelah Sa id memerintah di Hims, sebuah delegasi datang menghadap Khalifah Umar di Madinah. Delegasi itu terdiri dari penduduk Hims yang dipercayai Khalifah untuk mengamati berjalannya pemerintahan di Hims. Dalam pertemuan dengan delegasi tersebut, Khalifah Umar meminta daftar fakir miskin Hims untuk diberikan bantuan. Delegasi mengajukan daftar yang diminta Khalifah. Di dalam daftar tersebut terdapat namanama si Fulan, dan juga nama Said bin Amir Al Jumahy. Ketika Khalifah meneliti daftar tersebut, beliau menemukan nama Said bin Amir Al Jumahy. Lalu beliau bertanya Siapa Said bin Amir yang kalian sebutkan ini? Gabenor kami! jawab mereka. Betulkah Gabenor kalian miskin? tanya Khalifah kehairanan. Sungguh, ya Amiral Muminin! Demi Allah! Sering kali di rumahnya tidak kelihatan tanda-tanda api menyala (tidak memasak), jawab mereka meyakinkan. Mendengar perkataan itu, Khalifah Umar menangis, sehingga air mata beliau meleleh membasahi janggutnya. Kemudian beliau mengambil sebuah uncang berisi wang seribu dinar. Kembalilah kalian ke Hims. Sampaikan salamku kepada Gabenor Said bin Amir. Dan katakan kepada gabenormu: Amirul mukminin mengirimkan wang ini untukmu agar keperluan saraan harianmu tertunai ucap Umar sedih. Setibanya di Hims, delegasi itu segera menghadap Gabenor Said, rnenyampaikan salam dan wang kiriman Khalifah untuk beliau. Setelah Gabenor Sa id melihat uncang berisi wang dinar, uncang itu dijauhkan dari sisinya seraya berucap, inna lilahi wa inna ilaihi rajiun. (Kita milik Allah, pasti kembali kepada Allah).

6

Mendengar ucapannya itu, seolah-olah suatu mara bahaya sedang menimpanya. Karena itu isterinya segera menghampiri seraya bertanya, Apa yang terjadi, hai Said? Meninggalkah Amirul Mu minin? Bahkan lebih besar dan itu! jawab Said sedih. Apakah tentara muslimin kalah berperang? tanya isterinya pula. Jauh lebih besar dari itu! jawab Said tetap sedih. Apa pulakah gerangan yang lebih dari itu? tanya isterinya tak sabar. Dunia telah datang untuk merosak akhiratku. Bencana telah rnenyusup ke rumah tangga kita, jawab Said mantap. Bebaskan dirimu daripadanya! kata isteri Said memberi semangat, tanpa mengetahui perihal adanya uncang berisi wang yang dikirimkan Khalifah Umar. Mahukah Engkau menolongku berbuat demikian? tanya Said. Tentu...! jawab isterinya bersemangat. Maka Said mengambil uncang berisi wang itu, lalu disuruhnya isterinya mengagihkan kepada fakir miskin. * * *

Tidak berapa lama kemudian, Khalifah Umar berkunjung ke wilayah Syria bagi melakukan tinjauan pemerintahan di sana. Dalam kunjungannya itu beliau singgah di Hims. Kota Hims pada masa itu dikenali juga dengan al-Kuwaifah sebagai perbandingan dengan kota Kufah. Lantaran rakyatnya sering membuat pengaduan kepada pemerintah pusat tentang ketidakpuasan hati mereka terhadap kakitangan kerajaan dan gabenor, sebagaimana kelakuan masyarakat Kufah. Tatkala Khalifah singgah di sana, rakyat bertemu dan mengucapkan salam kepada beliau. Khalifah bertanya kepada rakyat, Bagaimana penilaian kamu tentang kebijakan Gabenormu? Ada empat macam kelemahan yang hendak kami laporkan kepada Khalifah, jawab rakyat. Satu demi satu disebut dan perangai yang terkemudian lebih buruk jika dibandingkan dengan yang sebelumnya. Saya akan pertemukan kamu dengan Gabenor kamu, jawab Khalifah Umar sambil mendoa: Semoga sangka baik saya selama ini kepada Said bin Amir tidak salah. Maka tatkala sernua pihak iaitu Gabenor dan masyarakat, telah lengkap berada di hadapan Khalifah, beliau bertanya kepada rakyat, Apakah aduan kamu tentang Gabenormu? Pertanyaan Khalifah dijawab oleh seorang Jurubicara. Pertama: Gabenor selalu tiba di tempat tugas setelah matahari tinggi. Apa katamu tentang aduan tersebut wahai Said? tanya Khalifah. Gabenor Said bin Amir Al Jumahiy diam sejenak. Kemudian dia berkata: Sesungguhnya saya keberatan memperkatakannya. Namun saya terpaksa berterus terang. Keluarga saya tidak mempunyai pembantu. Karena itu tiap pagi saya terpaksa bangun menguli tepung. Setelah itu saya perap adunan tersebut sehingga naik. Kemudian barulah saya bakar untuk makanan keluarga saya. Kemudian saya berwudhu. Sesudah itu barulah saya berangkat ke tempat tugas untuk rnelayani masyarakat. Apa lagi aduan kamu tentang beliau? tanya Khalifah kepada hadirin. Kedua: Gabenor tidak bersedia melayani kami pada malam hari. Apa katamu tentang aduan tersebut wahai Said? tanya Khalifah. Ini sesungguhnya lebih berat bagi saya memperkatakannya. terutama di hadapan umum seperti ini, kata Said. Saya telah membahagi waktu saya, siang hari untuk rnelayani masyarakat, malam hari untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. lanjut Said. Apa lagi, tanya Khalifah kepada hadirin. Ketiga: Dalam sebulan ada satu hari Gabenor tidak keluar bertemu kami. Bagaimana pula dengan aduan ini, wahai Said? tanya Khalifah Umar. Sebagaimana telah saya terangkan tadi, saya tidak mempunyai pembantu rumah tangga. Di samping itu saya hanya memiliki sepasang pakaian yang melekat di badanku ini. Saya mencucinya sekali sebulan. Bila saya mencucinya, saya terpaksa menunggu kering lebih dahulu. Sesudah itu barulah saya dapat keluar melayani masyarakat, ucap Said. Apa lagi aduan selanjutnya? tanya Khalifah. Keempat: Said sering pengsan. Ini menyebabkan beliau tidak menyedari sesiapa dalam majlisnya Bagaimana dengan aduan ini, wahai Said! kata Khalifah Umar.

7

Ketika saya masih musyrik dulu, saya pernah menyaksikan peristiwa pembunuhan Khubaib bin Ady oleh kaum Quraisy kafir. Saya menyaksikan mereka memotong anggota badan Khubaib sambil mereka bertanya Khubaib, Sukakah engkau si Muhammad menggantikan engkau, kemudian engkau kami bebaskan? Ejekan mereka itu dijawab oleh Khubaib, Demi Allah, Saya tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak saya, sementara Nabi Muhammad tertusuk duri ... Demi Allah...! kata Said. Jika saya teringat akan tragedi ngeri tersebut, di waktu mana saya membiarkan Khubaib tanpa membelanya sedikit jua pun, maka saya merasa, bahwa dosaku tidak akan diampuni Allah s.w.t. sebab itulah saya jatuh pengsan. Segala puji bagi Allah yang tidak mengecewakanku, kata Khalifah Umar mengakhiri dialog itu. * * *

Sekembalinya ke Madinah, Khalifah Umar mengirimi Gabenor Said seribu dinar untuk memenuhi keperluan sehariannya. Melihat jumlah wang sebanyak itu, isterinya berkata kepada Said, Segala puii bagi Allah yang mencukupi kita berkat pengabdianmu. Saya ingin wang ini kita gunakan untuk membeli makanan dan kelengkapan kelengkapan lain-lain. Dan saya ingin pula menggaji seorang pembantu rumah tangga untuk kita. Adakah kamu ingin perkara yang lebih baik daripada itu? tanya Said kepada isterinya. Apa pulakah yang lebih baik dari itu? jawab isterinya balik bertanya. Kita bagi-bagikan saja wang ini kepada rakyat yang memerlukannya, sekalipun kita memerlukannya. Itulah yang lebih baik bagi kita, jawab Said. Mengapa....? tanya isterinya. Said. Kita pinjamkannya kepada Allah dalam bentuk pinjaman yang baik1. Itulah cara yang lebih baik, kata Baiklah kalau begitu, kata isterinya. Semoga kita dibalasi Allah dengan balasan yang paling baik. Sebelum mereka meninggalkan majlis, wang itu dimasukkan Said ke dalam beberapa uncang, lalu diperintahkannya kepada salah seorang keluarganya: Uncang ini berikan kepada janda si Fulan. Uncang ini kepada anak yatim Si Fulan. ini kepada si Fulan yang miskin... dan seterusnya. Semoga Allah s.w.t. meredhai Said bin Amir Al Jumahiy. Beliau lebih mengutamakan orang lain berbanding diri dan keluarganya sendiri meskipun mereka sendiri hidup dalam keadaan amat susah dan memerlukan. Beliau telah membeli akhirat dengan menghindari godaan kemewahan dunia, dan mengutamakan keredhaan Allah serta pahala yang berlipat ganda di akhirat, lebih dari segala-galanya. Amin!!!! ***

1

Maksudnya menginfakkan harta pada jalan Allah. Seperti firman Allah: Siapakah yang orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? Dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar! (al-Hadid:11)

8

ATH-THUFAIL BIN AMR AD-DAUSI Ya Allah! Jadikan untuknya petanda yang boleh membantu niat baiknya. (Doa Rasulullah s.a.w. untuk Thufail.) ATH-THUFAIL BIN AMR AD-DAUSI adalah ketua kabilah Daus pada masa jahiliyah. Beliau adalah antara bangsawan Arab yang berkedudukan dan berpengaruh. Beliau ialah seorang pemimpin yang memiliki karisma serta kewibawaan yang tinggi. Periuknya tidak pernah turun dari api (dapur) dan pintu rumahnya tidak pernah tertutup bagi orang-orang yang bertamu2. Dia sering memberi makan orang yang kelaparan, mententeramkan orang yang sedang ketakutan dan melindungi orang yang memerlukan perlindungan. Di samping itu, Thufail merupakan sasterawan yang pintar dan cerdas, penyair yang tajam dan berperasaan halus. Beliau ialah seorang penyajak yang memiliki deria yang halus, perasaan yang sensitif dan celik dengan kemanisan dan kehambaran ungkapan. Ungkapan perkataan beliau rnempesona bagaikan sihir yang boleh memukau penonton. * * *

Pada suatu ketika, Thufail meninggalkan kabilahnya di Tihamah 3, menuju Mekah. Ketika itu di Mekah berlaku persengketaan sengit antara Rasulullah s.a.w. dengan kafir Quraisy. Masing-masing pihak berusaha memperoleh pengikut dan menarik sokongan bagi memperkuat golongannya. Senjata Rasulullah s.a.w. hanya berdoa kepada Tuhannya, disertai iman dan kebenaran yang dibawanya. Sedangkan kaum kafir Quraisy menegakkan impian mereka dengan kekuatan senjata, dan dengan segala macam cara untuk menghalangi orang ramai dari menjadi pengikut Nabi Muhammad. Thufail mendapati dirinya terlibat dalam kemelut pertelingkahan ini tanpa disengajanyakan. Bahkan pertentangan antara Nabi Muhammad dengan kaum Quraisy belum pernah terlintas dalam fikirannya sebelum itu. Mengenai keterlibatannya dalam pertentangan itu, Thufail mempunyai kenang-kenangan yang tak dapat dilupakannya. Ia merupakan antara kisah yang pelik. Marilah kita dengar ceritanya yang unik ini. * Ath-Thufail bin Amr menceritakan: Kedatangan saya ke Mekah kali itu mereka sambut agar luar biasa, saya ditempatkan di sebuah rumah istimewa. Para pemimpin dan pembesar Quraisy mengalu-alukan kedatangan saya. Mereka memberi layanan yang terbaik kepada saya. Setelah itu mereka berkumpul dan datang bertemu saya. Kata mereka, Wahai Thufail! Kami sangat gembira kamu datang ke negeri kami, walaupun negeri kami sedang dilanda kemelut. Orang yang mendakwa bahawa dia seorang nabi ini (Nabi Muhammad s.a.w.) ternyata telah merosak agama kita, merosak kerukunan kita, dan memecahbelahkan perpaduan kami. Sesungghunya kami khuatir dia akan mempengaruhi kamu pula. Kemudian dengan kepempimpinan kamu, dipengaruhinya pula kaum kamu, seperti yang terjadi pada kami. Kerana itu, janganlah kamu dekati orang itu, jangan berbicara dengannya dan jangan pula mendengarkan kata-katanya. Sebab kalau dia berbicara, kata-katanya bagaikan sihir. Perkataannya dapat memisahkan anak dengan ayahnya, antara adik beradik dan menceraikan isteri dengan suami. Kata Thufail, Demi Allah! Mereka selalu mendampingiku, dan menceritakan hal yang pelik tentang lelaki ini kepadaku. Mereka menakut-nakutkan saya tentang bahaya yang bakal menimpa saya dan kaum saya dengan keajaiban yang dilakukan oleh Muhammad. Sehingga saya memutuskan untuk tidak mendekati orang itu, tidak akan berbicara dengannya dan tidak akan mendengarkan apa-apa daripada mulutnya. Pada suatu pagi saya pergi ke masjid hendak tawaf di Kabah, dan mengambil berkat dan berhala-berhala yang kami puja. Hal seperti itu biasa kami lakukan ketika kami haji. Saya menyumbat telinga saya dengan kapas, kerana saya takut akan terdengar sesuatu daripada mulut Muhammad. Namun apabila saya masuk ke dalam masjid, saya lihat Muhammad sedang shalat dalam Kabah. Tetapi shalatnya tidak seperti shalat kami, dan ibadatnya tidak seperti ibadat kami. Saya terpesona melihatnya. Sedikit demi sedikit saya bergerak menghampirinya tanpa sedar, sehingga akhirnya saya benar-benar hampir dengannya. Allah s.w.t. tetap menginginkan agar saya mendengar apa yang dibacanya. Memang ternyata kalimatkalimat yang diucapkannya amat indah dan menarik. * *

2 3

Maksudnya beliau ialah seorang yang amat memuliakan tetamu dan suka menolong orang yang memerlukan bantuan. Dataran pantai di Semenanjung Tanah Arab bertentangan dengan Laut Merah.

9

Lalu hati saya terdetik, Semoga ibumu kehilanganmu4, wahai Thufail! Kamu seorang cerdik dan penyajak. Kamu tahu membezakan mana yang indah dan buruk ungkapannya. Apa salahnya kalau kamu dengar kata-kata lelaki ini? Mana yang baik boleh kamu terima, mana yang buruk kamu tinggalkan * * *

Kata Thufail: Saya pun duduk terpaku di tempat itu memerhatikan Rasulullah s.a.w. sehingga Baginda pulang. Lalu saya mengekori Baginda sampai ke rumahnya. Setelah Baginda masuk, saya pun masuk bertemu Baginda. Setelah kami duduk, saya berkata kepadanya: Wahai Muhammad! Sesungguhnya kaummu menuduhmu dengan tuduhan begini dan begitu. Demi Allah! Mereka berterusan menakutkan saya berhubung dengan urusan agama kamu. Oleh kerananya saya menyumbat telinga dengan kapas agar tidak mendengar perkataan kamu. Namun Allah tetap menghendaki supaya saya mendengar sesuatu dan kamu. Ternyata apa yang kamu ucapkan semuanya benar dan bagus. Maka ajarkanlah kepada saya agama kamu yang sebenar! Lalu Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada saya perihal agama Islam. Dibacakannya surat Al-Ikhlas dan Al-Falaq. Demi Allah! Saya belum pernah mendengar ungkapa seindah itu. Dan belum pernah saya mengenal agama yang lebih baik daripada Islam ini. Setelah itu saya hulurkan tangan kepadanya, lalu saya ucapkan dua kalimah syahadat: Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah. Sejak itu saya pun memeluk Islam. * * *

Kemudian saya menetap di Mekah untuk beberapa ketika. Saya mempelajari agama Islam dan menghafal beberapa ayat al-Quran. Ketika saya berhasrat untuk kembali kepada kaum saya, saya berkata kepada Nabi s.a.w., Wahai Rasulullah! Ahli keluarga saya mentaati saya. Saya pula akan pulang menemui mereka dan akan mengajak mereka masuk Islam. Oleh itu, tolonglah doakan kepada Allah s.w.t., semoga Allah menganugerahkan untuk saya petanda yang boleh membantu saya menyeru mereka kepada Islam. Lalu, Rasulullah s.a.w. pun berdoa, Ya Allah! Jadikan untuknya petanda yang boleh membantu niat baiknya. Setelah itu saya pulang bertemu dengan kaum saya. Apabila saya tiba di tempat tinggi yang membolehkan saya melihat rumah mereka, keluarlah satu cahaya seperti pelita di antara kedua mata saya. Lalu saya pun berdoa, Ya Allah! Jadikanlah cahaya ini ke tempat lain, karena kalau cahaya ini terletak di antara kedua rnata saya, saya khuatir mereka akan menyangka ia merupakan balasan kerana meninggalkan agama berhala mereka. Maka dengan izin Allah cahaya itu dipindahkan ke hujung tongkat saya, bagaikan sebuah pelita yang tergantung. Apabila saya turun, bapa saya yang telah tua datang.. Lalu saya berkata, Jauhkanlah diri ayah daripada saya. Kita tidak sehaluan lagi. Kenapa pula begitu,wahai anakku? tanya ayah. Saya telah memeluk agama Islam dan saya merupakan pengikut agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., jawab saya. Wahai anakku! Agamuku mengikut agamamu. tanya ayah. Lalu beliau mandi dan membersihkan pakaiannya. Setelah selesai, beliau pun datang semula. Kemudian saya tawar Islam kepadanya. Lantas saya menganut Islam. Kalau begitu ayahanda pergilah rnandi dan bersihkan pakaian ayahanda. Sesudah itu kembalilah ke sini, dan saya akan ajarkan ayahanda apa yang telah saya pelajari tentang Islam. Lalu beliau mandi dan mernbersihkan pakaiannya. Setelah selesai, beliau pun datang semula. Kemudian saya tawarkan Islam kepadanya. Lantas beliau menganut Islam. Kemudian datang pula isteri saya. Lalu saya berkata, Jauhkanlah diri kamu daripada saya. Kita tidak sehaluan lagi. Mengapa begitu, wahai Thufail? tanya isteri saya kehairanan. Islam telah memisahkan aku dan engkau. Aku telah masuk Islam dan menjadi pengikut Nabi Muhammad saw., kataku menjelaskan Agamuku mengikut agamamu. tanya isteri saya. Lantas saya berkata, Jika begitu, pergilah bersihkan diri kamu daripada air Zu asy-Syara? Bersihkan badanmu di telaga itu! Saya rela menebusmu dengan ibu bapa saya. Adakah kamu tidak bimbang sesuatu berlaku kepada kanak-kanak disebabkan Zu asy-Syara? tanya isteri cemas.

4

Ungkapan ini digunakan untuk menyedarkan seseorang daripada alpa, melahirkan rasa hairan dan membesarkan sesuatu perkara.

10

Pergilah kamu mandi di sana! Tempat itu jauh dari penglihatan orang ramai. Saya menjamin batu-batu yang tuli tersebut tidak mengapa-apakan kamu. kata saya meyakinkan. Dia pun pergi an mandi di sana. Sesudah mandi dia datang kembali kepada saya, maka saya tawarkan Islam kepadanya, lalu dia pun menganut Islam. Setelah itu saya pun keluar berdakwah kepada kabilah Daus. Tetapi mereka tidak memenuhi ajakan saya, kecuali Abu Hurairah yang segera memeluk Islam. * * *

Melihat perkembangan tersebut, saya pergi ke Mekah bertemu Rasulullah s.a.w. bersama-sama dengan Abu Hurairah, ucap Thufail melanjutkan ceritanya. Rasulullah s.a.w bertanya, Wahai Thufail, apa yang menyebabkan kamu datang ke sini? Hati kaum saya masih tertutup daripada melihat kebenaran dan sangat kafir. Sungguh seluruh kaum saya, kabilah Daus, dikuasai oleh kefasikan dan kemaksiatan. jawab saya. Rasulullah s.a.w. pergi mengambil wudhu, kemudian beliau shalat. Sesudah shalat beliau menadahkan kedua tangannya ke langit, lalu bedoa. Pada saat-saat itu Abu Hurairah merasa khuatir dan bimbang jika Rasulullah s.a.w. mendoakan kebinasaan kabilah Daus. Lalu saya merintih, Wahai kaumku.. Tetapi Rasulullah s.a.w. mendoakan yang sebaliknya, Allahummanhdi Dausan...! Allahummmahdi Dausan... ...! Allahummahdi Dausan....! (Wahai Allah! Berilah hidayah kepada kabilah Daus....!) Kemudian Baginda menoleh kepada Thufail, lalu bersabda: Pulangkah kepada kabilahmu! Lemah lembutlah terhadap mereka! Dan ajaklah mereka masuk Islam dengan bijaksana! * * *

Kata Thufail: Sejak itu saya terus berada di bumi Daus, menyeru kaum saya kepada Islam sehinggalah Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah. Kemudian telah terjadi perang Badar, perang Uhud, dan perang Khandaq. Selepas peperangan Khandak, saya telah datang kepada Rasulullah s.a.w. membawa bersama lapan puluh keluarga muslim Daus, yang kesilamannya tidak disangsikan lagi. Rasulullah s.a.w. menyambut gembira kedatangan kami. Beliau mengurniakan kami secukupnya dengan sebahagian harta rampasan perang Khaibar. Kami bermohon kepada Rasulullah, Wahai Rasulullah! Tempatkanlah kami di sayap kanan tentera dalam setiap peperangan yang tuan pimpin. Jadikanlah slogan kami Mabrur. Kata Thufail, Sesudah itu aku sentiasa mendampingi Rasulullah s.a.w. Dan turut berperang bersama Baginda ke mana saja, hingga kota Mekah dibebaskan dari kekuasaan kaum kafir Quraisy. Setelah pembebasan kota Mekah, aku bermohon kepada Rasulullah, Wahai Rasulullah! Izinkanlah aku pergi ke Zu al-Kaffain, berhala Amr bin Hamamah. Agar saya dapat membakarnya. Rasulullah s.a.w. memberi izin kepada Thufail. Dia berangkat ke tempat berhala tersebut bersama sepasukan tentera kaumnya. Sewaktu sampai di sana dan mereka bersiap hendak membakar berhala tersebut, berkerumunlah kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak sekitar mereka, menunggu-nunggu apa yang akan terjadi. Mereka menduga Thufail akan terkena sumpahan, dipanah petir dan halilintar atau sesuatu yang buruk kerana ingin membakar Zu al-Kaffain. Namun Thufail tidak sedikit pun gentar dan dengan mantap, beliau mara meruntuhkan berhala itu disaksikan para pemujanya sendiri. Beliau menyalakan api tepat di dada Zu al-Kaffain, sambil bersajak: Wahai Zu al-Kaffain! Saya bukanlah penyembahmu. Kelahiran kami lebih dahulu dari keberadaanmu. Sesungguhnya saya menyumbatkan api di dadamu! Saki baki kemusyrikan kabilah Daus hangus sebagaimana berhala tersebut hangus dimamah api. Seluruh kabilah Daus lalu masuk Islam, dan menjadi muslim sejati. * * *

Thufail Bin Amir Ad Dausi sentiasa mendamping Rasulullah s.a.w. sampai beliau wafat. Ketika Abu Bakar menjadi Khalifah, Thufail dan anak buahnya patuh kepada pemerintahan Khalifah Abu Bakar. Tatkala tercetusnya peperangan membasmi orang rnurtad, Thufail paling dahulu pergi berperang bersama-sama tentera muslimin memerangi Musailamah Al Kadzhzab (Musailamah si pembohong). Turut bersama ialah putera beliau, Amr bin Thufail, yang selalu tak mau ketinggalan. Ketika Thufail sedang dalam perjalanan menuju Yamamah (kawasan tempat Musailamah nenyebarkan pahamnya yang murtad), dia bermimpi. Aku bermimpi, cubalah kamu tabirkan mimpi saya itu, kata Thufail kepada sahabat-sahabatnya. Bagaimana mimpi kamu? tanya mereka ingin tahu.

11

Saya bermimpi kepala saya dicukur. Seekor burung keluar dari mulut saya, kemudian seorang perempuan memasukkan saya ke dalam perutnya. Anakku Amr menuntut dengan sungguh-sungguh supaya dibolehkan ikut bersama saya. Tetapi dia tak dapat berbuat apa kerana antara saya dan dia ada dinding. Mendengar Mudah-mudahan ia membawa maksud yang baik. Kata Thufail, Demi Allah! Saya telah mentabirkan mimpi tersebut. Kepala saya dicukur, ertinya kepala saya dipenggal. Burung keluar dari mulut saya, ertinya nyawa saya keluar dari jasad. Seorang perempuan memasukkan saya ke dalarn perutnya, ertinya tanah digali orang, lalu saya dikuburkan. Saya berharap semoga saya tewas sebagai syahid. Adapun tuntutan anakku, dia juga berharap supaya mati syahid sebagaimana yang saya perolehi (dengan izin Allah). Tetapi permintaannya dikabulkan kemudian. Dalam pertempuran memerangi pasukan Musailamah Al Kadzdazab di Yamamah, sahabat yang mulia ini, iaitu Thufail Ibnu Amr Ad Dausi, berjuang dengan sehebat-hebatnya sehingga mendapat kecederaan dan tersungkur syahid di medan pertempuran. Puteranya Amr, meneruskan peperangan sehingga pergelangan tangan kanannya putus ditetak. Setelah itu dia kembali ke Madinah meninggalkan tangannya sebelah dan jenazah ayahnya di medan tempur Yamamah. * * *

Tatkala Khalifah Umar bin Khattab memerintah, Amr bin Thufail (putera Thufail) pernah datang ke majlis Khalifah. Ketika dia sedang berada dalam majlis, makanan pun dihidangkan orang. Orang-orang yang duduk dalam majlis mengajak Amr supaya turut makan bersama-sama. Tetapi Amr menolak dan menjauh. Mengapa...? tanya Khalifah. Barangkali kamu malu dengan tangan kamu yang kudung itu? Benar wahai Amirul Mukminin. jawab Amr tunduk. Kata Khalifah, Demi Allah! Aku tidak akan menikmati rnakanan ini, sebelum ia kamu sentuh dengan tanganmu yang kudung itu. Demi Allah! Tidak seorang jua pun yang sebahagian tubuhnya telah berada di syurga, melainkan hanya kamu. * * *

Mimpi Thufail menjadi kenyataan semuanya. Tatkala terjadi perang Yarmuk, Amr bin Thufail turut pula berperang bersama-sama dengan tentara muslimin. Amr tewas dalarn peperangan itu sebagai syahid, seperti yang diharapkan ayahnya. Semoga Allah Taala memberi rahmat kepada Thufail dan kepada puteranya, Amr. Beliau adalah syahid di medan tempur Yamamah dan bapa kepada anak yang syahid di Yarmuk. ***

12

ABDULLAH BIN HUDZAFAH AS-SAHMIY Setiap muslim hendaklah mengucup kepala Abdullah bin Hudzafah. Saya mulakan dengan diri saya.. (Umar bin Khattab). Pahlawan yang kita kisahkan ini, sahabat Rasulullah s.a.w. bernama: ABDULLAH BIN HUDZAFAH ASSAHMIY. Sejarah boleh berlalu tanpa mengendahkan perihal lelaki ini sebagaimana berlaku kepada jutaan orang Arab sebelumnya. Namun Islam yang agung telah memberi ruang untuk Abdullah bin Hudzhafah menemui dua orang raja besar dunia pada zamannya, iaitu Kisra, Maharaja Parsi dan Kaisar, Maharaja Rom. Pertemuan Abdullah dengan kedua raja dunia itu abadi dalam sejarah, dan mewarnai perjalanan sejarah itu sendiri. * * *

Pertemuan Abdullah bin Hudzafah dengan Kisra, Maharaja Parsi, terjadi pada tahun ke-6 Hijrah, iaitu ketika Rasulullah s.a.w. mulai mengembangkan dakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia. Ketika itu Baginda berdakwah melalui surat kepada raja-raja Ajam (non Arab), mengajak mereka masuk Islam. Rasullulah s.a.w. telah sedia maklum tentang risiko yang mungkin timbul dalam pekerjaan penting ini. Para utusan akan pergi ke negeri-negeri asing yang belum mereka kenal selama ini. Mereka tidak faham bahasa negeri-negeri yang mereka tuju, belum mengenal selok-belok pemerintahan, sosial, dan budayanya. Lebih sukar lagi, mereka harus pergi ke sana mengajak raja-raja asing itu meninggalkan agama mereka dan agar mereka menanggalkan kemegahan dan kekuasaaan mereka, untuk tunduk kepada agama Islam yang dianut oleh suatu bangsa yang sebelum ini menjadi rakyat taklukan mereka. Memang suatu tugas yang berat dan berbahaya. Yang pergi ke sana mungkin tidak akan kembali lagi. Yang kembali bagaikan manusia baru dilahirkan. Kerana itu Rasulullah saw. mengumpulkan para sahabat, kemudian beliau berpidato di hadapan mereka. Seperti biasa, mula-mula Rasulullah s.a.w. memuji Allah s.w.t. dan membaca tasyahhud. Sesudah itu beliau berkata: Sesungguhnya saya telah ingin mengutus beberapa orang di antara kamu kepada raja raja Ajam. Karena itu janganlah kamu menolak gagasanku, seperti Bani Israil menolak gagasan Isa bin Maryam. Jawab para sahabat, Kami sentiasa siap melaksanakan segala perintah Rasulullah s.a.w. Kami bersedia dikirim ke mana saja dikehendaki Rasulullah s.a.w. * * *

Rasulullah s.a.w telah mengutus enam orang sahabat untuk menyampaikan surat Baginda kepada rajaraja Arab dan Ajam. Salah seorang di antara mereka ialah Abdullah bin Hudzafah As-Sahmiy, dipilih beliau untuk menyampaikan surat kepada Kisra Abrawiz, Maharaja Parsi. * * *

Abdullah bin Hudzafah bersiap-siap untuk memulakan misinya. Beliau mengucapkan selamat tinggal kepada isteri dan anak-anaknya. Kemudian beliau berangkat ke tujuan, melaksanakan perintah Rasulullah s.a.w. dengan semangat dan penuh tanggungjawab. Gunung yang tinggi didakinya dan lurah yang dalam dituruninya. Dia benjalan seorang diri, tiada berteman selain Allah s.w.t. Akhirnya Abdullah bin Hudzafah tiba di ibu kota Parsi. Beliau minta izin masuk untuk bertemu dengan Kisra. Abdullah memberitahu kepada pengawal, bahawa beliau utusan Rasulullah s.a.w. untuk menyampaikan surat kepada Kisra. Pengawal memberitahu Kisra, ada utusan membawa surat untuk Baginda. Kisra memanggil segala pembesar supaya hadir ke majlis Kisra. Kemudian Kisra mengizinkan Abdullah bin Hudzafah masuk menghadap baginda di majlis yang serba gernilang itu. Abdullah menghadap dengan pakaian sederhana, seperti kesederhanaan orang-orang Islam, tetapi kepalanya tegak, jalannya tegap mempamerkan keagungan Islam yang memenuhi jiwanya. Di dalam hatinya menyala kekuasaan Iman. Tatkala Kisra melihat Abdullah menghadap, dia memberi isyarat kepada pengawal supaya menerima surat yang dibawa Abdullah. Tetapi Abdullah menolak memberikannya kepada pengawal. Kata Abdullah, Jangan...! Rasulullah s.a.w. memerintahkan supaya saya menyerahkan surat ini ke tangan Kisra tanpa perantara Aku tidak mau menyalahi perintah Rasulullah s.a.w.

13

Kata Kisra kepada pengawal, Biarkan dia mendekat beta. Abdullah menghampiri Kisra, kemudian surat itu diberikannya ke tangan Kisra sendiri. Kisra menjemput seorang penulis berbangsa Arab, berasal dari Hirah. Kemudian Kisra memerintahkan penulis itu membuka surat tersebut di hadapannya dan menyuruh membacakan isinya: Daripada Muhammad Rasulullah kepada Kisra, Maharaja Parsi. Berbahagialah siapa yang mengikut hidayah.... Baru sampai di situ penulis membaca surat, api kemarahan menyala di dada Kisra. Mukanya merah, dan urat lehernya timbul kerana menahan kemarahan. Hal itu ialah kerana Rasulullah s.a.w. menyebut nama beliau sendiri lebih dahulu sebelum menuliskan nama Kisra. Lalu Kisra merentap surat tersebut dari tangan penulis, dan mengoyakkan surat tersebut tanpa mengetahui isi surat selanjutnya. Kisra berteriak, Beginikah cara dia menulis kepada beta sedangkan hamba beta?..! Lalu diperintahkannya mengusir Abdullah bin Hudzafah dari majlis. Abdullah bin Hudzafah keluar dan Majlis Kisra. Dia tidak mengetahui apa yang akan terjadi pada dirinya sesudah itu. Mungkin dia akan dibunuh dan mungkin pula akan tetap hidup di dunia bebas. Namun Abdullah berkata kepada dirinya sendiri dengan semangat, Demi Allah! saya tidak peduli apa pun yang akan terjadi. Yang penting tugas yang diberikan Rasulullah s.a.w. kepadaku telah dilaksanakan dengan baik. Surat Rasulullah s.a.w. telah kusampaikan ke tangan yang berkenaan. Lalu beliau pun menaiki tunggangannya dan berangkat pulang dengan segera. Setelah kemarahan Kisra agak mereda, diperintahkannya pula para pengawal supaya menghadapkan Abdullah kembali. Tetapi Abdullah sudah tidak ada. Para pengawal mencari Abdullah tetapi jejaknya pun tidak dapat mereka temukan. Mereka menjejaki Abdullah di laluan yang menuju ke Jazirah Arab. Tetapi Abdullah sudah jauh, sehingga tidak mungkin terkejar oleh mereka. Setibanya Abdullah di hadapan Rasulullah s.a.w., dilaporkannya segala kejadian yang dilihat dan dialaminya, dan perbuatan Kisra mengoyakkan surat Baginda. Mendengar laporan Abdullah, Rasulullah s.a.w. berkata, Semoga Allah mengoyakkan kerajaannya pula. * * *

Sementara itu, Kisra menulis perutusan kepada Badzan, gabenornya di Yaman untuk menangkap Rasulullah, kemudian membawa beliau ke hadapan Kisra. Badzan segera melaksanakan perintah Maharaja Parsi. Badzan mengirim dua orang panglimanya yang terbaik untuk menangkap Rasulullah s.a.w., disertai sepucuk surat untuk Baginda. Surat itu memerintahkan Rasulullah s.a.w. agar segera berangkat menghadap Kisra bersama-sama dengan kedua orang utusannta itu tanpa berlengah-lengah Badzan juga memerintahkan kedua utusannya supaya merisik dan menyelidiki perihal Rasulullah s.a.w. dan diminta kembali dengan maklumat yang diperolehi. * * *

Kedua utusan Badzan segera berangkat untuk melaksanakan misi tersebut. Maka dalam tempoh singkat keduanya telah sampai di Taif. Di sana mereka bertembung dengan para pedagang suku Quraisy. Keduanya bertanya kepada mereka di mana Rasulullah s.a.w berada. Para pedagang mengatakan, Muhammad berada di Yatsrib. Kemudian para pedagang itu meneruskan perjalanan mereka ke Mekah. Setibanya di Mekah, mereka menyiarkan berita gembira kepada penduduk Mekah. Kata mereka, Bergembiralah...! Kisra akan membunuh si Muhammad, dan melindungi kamu daripada kejahatannya. Kedua utusan Badzan terus ke Madinah. Apabila tiba di sana, mereka terus menghadap Rasulullah s.a.w. dan menyampaikan surat Badzan kepada Baginda. Kata mereka, Sesungguhnya Kisra, Maharaja Parsi mengirim surat kepada Raja kami, Badzan, agar menghantar utusan menemui kamu. Kisra memerintahkan kami supaya membawa kamu bersama-sama dengan kami menghadap Kisra. Jika kamu bersetuju pergi bersama-sama kami, kami akan menjadi jurucakap kamu. Kami akan memujuknya untuk kebaikan kamu dan kamu akan terselamat daripada tindakannya. Namun jika kamu enggan, sebagaimana yang kamu tentu sudah tahu, Kisra sangat berkuasa untuk membinasakan kamu, keluarga dan bangsamu! Rasulullah s.a.w. tersenyum-senyum mendengar perkataan utusan Badzan. Beliau berkata kepada mereka, Sebaiknya kamu beristirahat lebih dahulu hari ini sampai esok. Besok pagi kamu boleh kembali ke sini! Keesokan harinya kedua utusan itu datang kembali menemui Rasulullah s.a.w, sesuai dengan janji. Kata mereka, Sudah siapkah kamu berangkat bersama-sama dengan kami menemui Kisra?

14

Jawab Rasulullah, Selepas hari ini, kamu berdua tidak akan dapat lagi bertemu dengan Kisra. Allah Taala telah membunuhnya. Kisra telah dibunuh oleh anaknya sendiri Syirawaih, pada jam sekian, detik sekian, hari dan bulan itu. Kedua utusan Badzan memandang tepat ke wajah Rasulullah s.a.w. dengan mata terbelalak kehairanan. Adakah kamu sedar apa yang kamu katakan? tanya mereka. Adakah kamu ingin kami tulis ucapan kamu itu kepada Badzan? Ya Silakan...! Katakan kepadanya, sesungguhnya agama saya akan sampai ke seluruh bumi yang dikuasai Kisra. Jika Badzan masuk Islam, maka wilayah yang berada di bawah kekuasaannya akan saya serahkan kepadanya. Kemudian Badzan sendiri ku angkat menjadi raja bagi rakyatnya. jawab Rasulullah yakin. * * *

Kedua utusan Badzan meninggalkan Rasulullah s.a.w. Mereka kembali menghadap Badzan. Mereka melaporkan kepada Badzan pertemuannya dengan Rasulullah s.a.w., dan menyampaikan pesanan Baginda kepadanya. Kata Badzan, Jika apa yang dikatakan Muhammad itu benar, sesungguhnya dia seorang Nabi. Jika tidak, ucapannya itu hanya mimpi belaka. Tidak berapa lama kemudian, tibalah surat Syirawaih kepada Badzan, Kisra telah beta bunuh. Beta terpaksa membunuhnya kerana dia menindas rakyat. Para bangsawan kami dibunuh. Wanita-wanita kami dijadikan gundik. Dan harta benda mereka rampas. Maka bila suratku ini telah engkau baca, kamu dan rakyatmu hendaklah memberikan ketaatan kepadaku! Selesai membaca surat itu, Badzan terus mencampakkannya ke tepi. Lalu beliau mengumumkan kepada seluruh rakyatnya, mulai saat ini dia masuk Islam. Mendengar pengumumannya itu, maka Islam pula segala pembesar dan orang-orang keturunan Parsi yang berada di Yaman. * * *

Itulah kisah pertemuan Abdullah bin Hudzafah As Sahmiy dengan Kisra, Maharaja Parsi. Bagaimana pula kisah pertemuannya dengan Kaisar, Maharaja Rom? Pertemuan Abdullah bin Hudzafah As Sahmiy dengan Kaisar, terjadi pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab Al Faruq. Kisahnya merupakan kisah yang amat mengagumkan. Pada tahun kesembilan-belas Hijrah, Khalifah Umar mengirim angkatan perang kaum muslimin memerangi kerajaan Rom. Abdullah bin Hudzafah As Sahmiy turut menyertai angkatan tentera tersebut. Kaisar telah mengetahui keunggulan dan sifat-sifat tentara muslimin. Sumber kekuatan mereka ialah Iman yang membaja, dan kedalaman aqidah, serta keberanian mereka menghadapi maut. Mati fisabillah menjadi tekad dan cita-cita hidup mereka. Kaisar memerintahkan kepada para panglimanya, Jika kamu berjaya menawan tentera muslimin, jangan kamu bunuh mereka. Tetapi bawa ke hadapanku hidup-hidup! Ditakdirkan Allah, Abdullah bin Hudzafah berjaya ditawan oleh tentera Rom. Abdullah dibawa mereka menghadap Kaisar. Kata mereka, Tawanan ini adalah sahabat Muhammad. Dia termasuk sahabat yang awal memeluk Islam. Dia tertawan, lalu kami bawa menghadap tuanku. * * *

Lama juga Kaisar memperhatikan Abdullah bin Hudzafah. Sesudah itu baru dia berkata, Beta hendak menawarkan sesuatu kepadamu. Apakah tawaran itu? tanya Abdullah bersahaja. Mahukah kamu masuk agama Nasrani? Jika kamu terima tawaran ini, kamu beta bebaskan, dan kedudukanmu beta muliakan kata Kaisar. Abdullah bernafas dalam-dalam, lalu menjawab: Jauh sekali..., sesungguhnya saya lebih suka mati seribu kali daripada menerima tawaranmu itu, kata Abdullah mantap. Kata Kaisar, Beta lihat kamu seorang yang budiman. Jika kamu mahu menerima tawaranku, kita akan berkongsi pemerintahan dan kuasa. Abdullah yang diikat tersenyum mendengar tawaran itu. Kemudian beliau berkata: Demi Allah! Seandainya tuanku berikan kepada saya semua kerajaan tuanku, ditambah dengan semua kerajaan Arab, agar saya meninggalkan agama Muhammad ini walaupun sekelip mata, niscaya saya tidak akan melaukukannya. Kata Kaisar, Kalau begitu, kamu akan beta bunuh! Jawab Abdullah, Silakan...! Lakukanlah sesuka hati tuanku!

15

Abdullah disuruhnya diikat di kayu salib. Kemudian diperintahkannya tukang panah memanah lengan Abdullah. Sesudah itu Kaisar bertanya, Bagaimana...? Mahukah kamu masuk agama Nasrani? Tidak! kata Abdullah. Panah kakinya! perintah Kaisar. Maka dipanah pula kakinya. Nah! Mahukah kamu pindah agama? tanya Kaisar. Abdullah tetap menolak. Sesudah itu Kaisar memerintahkan agar dihentikan siksaan dengan panah, lalu Abdullah diturunkan dari tiang salib. Kemudian Kaisar meminta sebuah kuali besar, lalu dituangkan minyak ke dalam dan diletakkan di atas tungku berapi. Setelah minyak menggelegak, Kaisar meminta dua orang tawanan muslim. Seorang di antaranya disuruhnya dilemparkan ke dalam kuali. Sebentar kemudian, daging orang itu hancur sehingga keluar tulang belulangnya. Kaisar menoleh kepada Abdullah, dan mengajaknya masuk Nasrani. Tetapi Abdullah menolak lebih keras. Setelah Kaisar putus asa, diperintahkannya agar dilemparkan Abdullah ke dalam kuali. Ketika pengawal mengheret Abdullah untuk dibawa ke dalam kuali, Abdullah menangis. Para pengawal mengatakan kepada Kaisar, Dia menangis, Paduka! Kaisar menduga, tentu Abdullah menangis kerana takut mati. Kata Kaisar, Bawa dia kembali kepadaku! Abdullah berdiri kembali di hadapan Kaisar. Kaisar sekali lagi bertanya apakah Abdullah mahu menjadi Nasrani. Dengan iman yang teguh, Abdullah tetap menolak ajakan Kaisar. Kata Kaisar, Celaka...! Jadi, mengapa engkau menangis? Jawab Abdullah, Saya menangis kerana keinginan saya selama ini tidak terkabul. Saya ingin mati di medan tempur perang fisabiillah. Ternyata kini, saya akan mati apabila dicampakkan ke dalam kuali ini. Sebelum ini saya pernah berharap agar saya mempunyai nyawa sebanyak bulu yang ada pada badan saya. Lalu semua nyawa tersebut melayang pada jalan Allah apabila dicampakkan ke dalam kuali ini. Kaisar terkejut mendengar penjelasan Abdullah, dia mengeluh seraya berkata, Mahukah kamu mencium kepala Beta? Nanti kubebaskan kamu! Jawab Abdullah, Bebas beserta semua tawanan muslim yang lain? Jawab Kaisar, Ya, beta bebaskan kamu berserta semua tawanan muslim. Abdullah berfikir sejenak dan berkata dalam hatinya, Saya harus mencium kepala musuh Allah. Tetapi saya dan kawan-kawan yang tertawan akan bebas. Ah.. tidak ada ruginya. Abdullah menghampiri Kaisar, lalu diciumnya kepala musuh Allah itu. Sesudah itu Kaisar memerintahkan para pengawal mengumpulkan semua tawanan muslim untuk dibebaskan dan diserahkan kepada Abdullah bin Hudzafah. * * *

Setibanya Abdullah bin Hudzafah di hadapan Khalifah Umar bin Khattab, dilaporkannya kepada beliau semua yang dialaminya serta pembebasannya sejumlah tentera muslimin yang tertawan. Khalifah sangat gembira mendengarkan laporan Abdullah. Tatkala Khalifah memeriksa tentera muslimin yang tertawan dan bebas bersama-sama Abdullah, beliau berkata, Setiap orang muslim hendaklah mencium kepala Abdullah bin Hudzafah. Saya mulakan dengan diri saya....! Khalifah berdiri seketika itu juga, lalu mencium kepala Abdullah bin Hudzafah As Sahmiy. ***

16

UMAIR BIN WAHB

UMAIR BIN WAHB AL-JUMAHIY kembali dengan selamat dari Badar. Namun anak beliau, Wahb menjadi tawanan tentera Islam. Umair bimbang tentera Islam akan bertindak ke atas anaknya lantaran kesalahannya. Boleh jadi anaknya kaan diseksa teruk oleh tentera Islam sebagai balasan kesakitan dan seksaan ayng dilakukannya terhadap Rasulullah s.a.w. dan para sahabat Baginda. ****** Pada suatu pagi, Umair keluar menuju ke Masjidil Haram untuk bertawaf dan meminta keberkatan daripada berhala. Beliau bertemu dengan Sofwan bin Umayyah sedang duduk di tepi Hijr Ismail. Lalu Umair menuju ke arah Sofwan. Selamat pagi ketua Quraisy, sapa Umair sambil tersenyum. Selamat pagi Abu Wahb. Marilah duduk, bolehlah kita bersembang, pelawa Sofwan. Umair pun duduk setentang dengan Sofwan bin Umayyah dan mula menyebut tentang peperangan Badar dan padah yang menimpa Quraisy. Mereka berdua mengira bilangan tentera Quraisy yang jatuh ke tangan tentera Muslimin. Mereka melahirkan kesedihan dan kepedihan dengan terbunuhnya beberapa pembesar Quraisy dan terbukur di dasar perigi Badar. Sofwan bin Umayyah bangun lalu berkata: Demi Allah! Tidak guna lagi hidup selepas mereka. Benar katamu, demi Allah! sokong Umair. Demi Tuhan Kaabah, jikalau saya tidak menanggung hutang dan anak-anak, pasti saya akan pergi dan membunuh Muhammad. Saya akan membuat perhitungan dan akan menghentikan kejahatannya.. Nada bersemangat Umair mula menurun dan berkata: Apatah lagi anak saya Wahb ada dalam tangan mereka . Oleh itu, jika saya pergi ke Yatsrib tiada yang mencurigakan. Sofwan mengambil peluang itu dan berkata: Wahai Umair, biar saya tanggung semua hutang kamu. Manakala anak-anakmu biarlah tinggal bersama keluarga saya, selagi saya dan mereka masih hidup. Saya berharta dan ia mencukupi untuk mereka. Kalau begitu, rahsiakan perbincangan kita ini. Jangan seorang pun tahu, bisik Umair kepada Sofwan. Baiklah saya berjanji, jawab Sofwan. ******* Umair bangun berlalu untuk bersiap sedia melaksanakan cita-cita tersebut. Umair tidak khuatir jika orang menesyaki pemergiannya kerana ramai keluarga tawanan Quraisy berulang-alik ke Yastrib untuk menebus ahli keluarga masing-masing. Umair mengasah pedangnya dan menyapu racun pada mata pedang tersebut lalu menaiki tunggangannya menghala ke Madinah dengan penuh kebencian dan dendam kesumat. Setelah beberapa hari, Umair tiba di Madinah dan terus menuju ke masjid mencari Rasulullah s.a.w. Apabila sampai berhampiran pintu masjid, beliau terus memberhentikan tunggangannya dan turun mengikatnya. Ketika itu Umar bin al-Khottob sedang duduk bersama beberapa orang sahabat di pintu masjid. Lantas Umar bingkas bangun dan berkata: Inilah musuh Allah, Umair bin Wahb. Demi Allah! Dia datang tidak lain hanyalah bertujuan jahat. Dialah yang mengapi-apikan orang musyrikin agar menentang kita di Mekah. Dia juga adalah perisik Quraisy dalam peperangan Badar. Umar segera masuk bertemu Nabi s.a.w. Selepas mendapat keizinan, beliau berkata: Wahai Rasulullah, musuh Allah Umair bin Wahb datang dengan pedangnya. Jangkaan saya dia sememangnya berniat jahat. Lantas Nabi berkata:Bawa dia masuk bertemu saya. Umar keluar dan membawa masuk Umair bertemu Nabi s.a.w.. Beliau mencekak leher baju Umair dan menjerut lehernya dengan tali sangkut pedang, lalu mengheretnya masuk. Apabila Nabi s.a.w. melihat tindakan Umar tersebut, Baginda memrintahkan: Lepaskan dia Umar. Umar pun melepaskan leher baju Umair dan berundur ke belakang selepas disuruh Nabi s.a.w. Dekat ke mari wahai Umair, pelawa Nabi s.a.w.

17

Umair pun datang menghampiri Nabi dan berkata: Selamat pagi. Baginda menjawab:Sesungguhnya Allah telah memuliakan kami dengan ucap selamat yang lebih baik daripada ucap selamatmu wahai Umair. Allah memuliakan kami dengan ucapan salam dan ia merupakan ucap selamat penghuni syurga. Rasulullah s.a.w. lalu bertanya: Apakah tujuan kamu datang ke mari? Lantas Umair menjawab: Saya datang untuk meminta agar kamu membebaskan tawanan ini, Wahb yang berada di tangan kamu. Berlaku ihsanlah kepada saya. Apa guna pedang yang kamu sandang itu? Tanya Nabi s.a.w.. Semoga Allah tidak memberi apa-apa kebaikan kepada pedang. Apakah gunanya? Adakah mempertahankan kami ketika perang Badar?!! Umair cuba menyembunyikan hasrat sebenarnya. ia telah

Namun Baginda terus bertanya: Bercakap benarlah dengan saya, apa sebab kamu datang ke sini wahai Umair? Hanya itulah tujuan saya, tegas Umair dengan nada yang agak keras. Namun Nabi s.a.w. bersabda kembali: Bahkan kamu telah duduk berbincang dengan Sofwan bin Umayyah di Hijr Ismail. Kamu berdua mengingati tentera Quraisy yang terkorban di Badar. Kemudian kamu berkata: Kalaulah bukan kerana hutang dan anak-anak yang perlu saya tanggung, pasti saya keluar sehingga saya berjaya membunuh Muhammad. Kemudian Sofwan bersetuju melunaskan hutangmu dan menanggung anakmu dengan syarat kamu bersetuju untuk membunuh saya Tetapi Allah menghalang kamu berbuat demikian. Umair terkejut dan tercengang seketika mendengar kata-kata Nabi s.a.w. tersebut. Matanya terkebil-kebil lalu berkata: Saya bersaksi sesungguhnya kamu adalah pesuruh Allah. Wahai Rasulullah, dahulu saya memang mendustaimu. Saya tidak percaya dengan berita langit yang kamu bawa. Pada saya ia bukanlah wahyu. Namun kisah saya dengan SOfwan bin Umayyah tidak diketahui oleh sesiapa pun kecuali saya dan dia sahaja. Demi Allah! Saya telah benar-benar yakin hanya Allah sahaja yang membawa rahsia ini kepada kamu. Alahamdulillah yang telah memberi hidayah kepada saya.. sambung Umair. Kemudian Umair bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah, lalu memeluk Islam. Lantas Nabi s.a.w. memerintahkan para sahabatnya: Ajarkan saudaramu ini tentang Islam dan al-Quran. Kemudian bebaskan anaknya, Wahb. Orang Islam yang hadir amat gembira dengan keislaman Umair hinggakan Umar bin al-Khottob r.a. berkata: Ketika Umair bin Wahb masuk menemui Rasulullah s.a.w., khinzir lebih saya saying berbanding beliau. Namun sekarang, beliau lebih saya sayangi berbanding sesetengah anak saya. ***** Ketika di Madinah, Umair membersihkan jiwanya dengan ajaran Islam dan al-Quran sehingga beliau lupa dengan bumi Mekah, teman-teman dan keluarganya di sana. Sementara di Mekah, Sofwan bin Umayyah terus dilamun angan-angan dan menjaja ke sana ke sini pergi ke tempat-tempat pertemuan Quraisy: Bergembiralah dengan berita yang mengejutkan kamu tidak lama lagi. Kamu semua pasti akan melupakan tragedi Badar. Namun penantian Sofwan tidak kunjung tiba dan dia mula berasa bimbang dan sedikit demi sedikit bertukar menjadi bahang yang panas membara. Dia bertanya-tanya kepada kafilah tentang berita mengenai Umair namun tiada seorang pun yang tahu tentang beliau. Akhirnya, penantiannya berakhir apabila satu kafilah tiba di Mekah dan mebawa berita gempar: Sesungguhnya Umair telah memeluk Islam Berita tersebut bagaikan petir menyambar apabila sampai ke telingan Sofwan. Dia menyangka lelaki bernama Umair bin Wahb ini tidak akan memeluk Islam walaupun seluruh manusia di muka bumi ini memeluk Islam. ***** Di Madinah, Umair baru sahaja memahami serba sedikit intipati ajaran Islam dan menghafal beberapa firman Allah. Beliau mengadap Rasulullah s.a.w. dan berkata: Wahai Rasulullah, zaman saya berusaha mematikan cahaya Allah dan meyeksa penganut Islam telah berlalu. Saya suka jika tuan mengizinkan saya kembali ke Mekah agar saya boleh berdakwah kepada Quraisy supaya beriman kepada Allah dan RasulNya. Jika mereka menerima dakwah saya, itulah tindakan mereka yang terbaik. Namun jika mereka enggan, saya telah berjaya menyakiti agama mereka sebagaimana saya pernah menyakiti sahabat Rasulullah s.a.w.. Setelah mendengar keazaman Umair bin Wahb tersebut, Nabi s.a.w. mengizinkan beliau berangkat ke Mekah. Samapi di Mekah, beliau terus ke rumah Sofwan bin Umayyah. Beliau berhadapan dengannya dan berkata: Wahai Sofwan, sesungguhnya kamu merupakan antara pembesar Mekah, bahkan antara cendekiawan Quraisy. Adakah anutan yang kamu pegang dengan menyembah batu dan menyembelih nazar untuknya diterima akal? Apakah wajar ia dianggap agama?!

18

Manakala saya telah bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad pesuruh Allah. ***** Kemudian Umair berdakwah menyeru manusia kepada Islam di Mekah sehingga ramai yang memeluk Islam melalui usaha tersebut. Semoga Allah mengganjari pahala kepada Umair bin Wahb dan menyinarinya di dalam kubur.

AL-BARA BIN MALIK AL-ANSHORI

Al-Bara bin Malik adalah adik beradik Anas bin Malik khadam Rasulullah s.a.w. yang mepunyai keberanian yang luar biasa sehinggakan Umar bin al-Khottob pernah menulis surat kepada wakilnya di Afaq: Jangan kamu lantik al-Bara memimpin tentera Islam kerana bimbang beliau akan membinasakan tentera lantaran keberaniannya. Beliau telah membunuh 100 orang musyrik dalam perlawanan satu lawan satu, tidak termasuk yang beliau bunuh dalam medan tempur. Beliau tersohor di dalam kisah-kisah kepahlawan di medan perang. Di dalam suatu kisah, apabila Baginda s.a.w. wafat, banyak kabilah Arab berpusu-pusu keluar dari Islam sehinggakan hanya penduduk Mekah, Madinah, Taif dan beberapa kabilah yang berselerak yang masih diteguhkan Allah keimanan mereka. Abu Bakar as-Shiddiq tetap teguh berhadapan dengan fitnah pemusnah ini dan mempersiapkan 11 ketumbukan bala tentera terdiri daripada orang Anshor dan Muhajirin. Kemudian kepimpinannya diserahkan kepada 11 orang panglima perang dan dihantar ke seluruh Semenanjung Tanah Arab bagi mengembalikan orang yang murtad dari jalan yang menyeleweng kepada jalan hidayah dan kebenaran. Golongan murtad yang paling ramai dan kuat adalah daripada Bani Hanifah yang dipimpin oleh Musailimah alKazzab. Musailimah berjaya mengumpul 40 ribu orang tentera yang perkasa daripada kalangan seku dan kaumnya sendiri. Kebanyakkan meraka menyertainya atas dasar sentimen perkauman sehingga ada sesetengahnya yang berslogan: Saya bersaksi bahawa Musailimah adalah si penipu besar dan Muhammad adalah orang yang benar. Namun si penipu besar daripada kabilah Rabiah ini lebih kami sayangi berbanding orang yang benar daripada kabilah Mudhor (kabilah Nabi Muhammad s.a.w.) ***** Musailimah berjaya menewaskan angkatan tentera Islam pertama di bawah pimpinan Ikrimah bin Abu Jahl dan memaksa mereka berundur. Khalifah Abu Bakar r.a. segera menghantar angkatan tentera kedua di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid yang juga disertai oleh sahabat-sahabat yang terkenal daripada Anshor dan Muhajirin termasuk al-Bara bin Malik yang berada di barisan hadapan. Kedua-dua angkatan tentera tersebut bertempur di Yamamah, Najd. Dalam masa yang singkat sahaja tentera Musailimah berjaya menguasai medan pertempuran sehingga ada yang berjaya merempuh masuk khemah besar Khalid bin al-Walid dan hamper-hampir membunuh isteri Khalid. Dalam keadaan terdesak itu, Khalid bergegas menghimpunkan tenteranya dan menyusun kembali barisan tentera. Khalid mengasingkan Muhajirin daripada Anshor. Begitu juga semua bani dan kabilah masing-masing turut diasingkan. Dengan mengumpulkan setiap anggota keluarga berada di bawah satu panji-panji, pemantauan prestasi juang setiap pasukan dapat dilakukan dengan mudah bagi mengenalpasti dari manakah punca tentera Islam dibolosi. ***** Setelah itu, pertempuran sengit kembali meletus. Ini merupakan pertempuran yang paling sengit pernah dihadapi tentera Islam dengan tentera musuh tetap teguh bertahan seteguh banjaran gunung. Tentera Islam telah menunjukkan kehebatan yang luar biasa. Tsabit bin Qais pembawa panji-panji Anshor memakai kapur barus, mengkafankan dan menanam dirinya sendiri di dalam lubang separas separuh betis. Beliau berdiri tegak di kedudukannya mempertahankan panji-panji kaumnya sehingga beliau jatuh tersungkur syahid. Zaid bin al-Khottob, saudara Umar bin al-Khottob menyeru tentera-tentera Islam: Wahai manusia ketaplah gerahammu, penggallah kepala musuhmu dan teruskanlah kemaraanmu. Wahai manusia, Demi Allah! Sayatidak akan sekali-kali bercakap dengan kamu semua selepas ucapan ini sehinggalah Musailimah ditewaskan atau saya maut menemui Allah. Maka saya mempersembahkan bukti untukNya. Kemudian beliau terus menyerang musuh tanpa henti sehingga akhirnya gugur syahid. Khalid yang melihat pertempuran semakin sengit mengarahkan al-Bara bin Malik: Wahai pemuda Anshor Bantu mereka Al-Bara yang sedang bertempur terus berpaling kepada kaumnya dan melaungkan: Wahai orang Anshor, jangan ada seorang pun di kalangan kamu berfikir untuk kembali ke Madinah. Tiada Madinah lagi bagi kamu hari ini. Yang tinggal hanyalah Allah yang Esa dan syurga yang abadi Bergema kata-kata semangat al-Bara di tengah kecamuk bunyi pedang dan perisai.

19

Lantas beliau terus menyerang tentera musyrikin diikuti oleh tentera Anshor. Mereka berjaya memecah benteng musuh dan memaksa mereka berundur ke sebuah taman. Setelah itu, dalam sejarah, taman tersebut dikenali dengan Taman Maut, lantaran di taman itu, ramai yang terbunuh pada pertembungan tersebut. ***** Taman Maut ini merupakan lapangan yang luas dan dilindungi tembok yang tinggi. Musailimah dan ribuan tenteranya menutup pintu dan berkubu di dalam taman tersebut sambil menghujani tentera muslimin dengan panah bagaikan hujan lebat dari langit. Ketika itulah al-Bara mara dan menjerit: Wahai tentera, ketakkan saya di atas sebuah perisai, junjung perisai tersebut dengan mata lembinh kemudian lontarkan saya ke dalam taman berhampiran dengan pintunya. Sama ada saya syahid atau saya berjaya membuka pintu untuk kamu semua masuk menyerbu mereka. Sekelipmata al-Bara bin Malik telah berada di atas sebuah perisai. Tubuh badannya kurus. Tentera Islam mengangkat perisai tersebut lali menghumbannya ke dalam taman di mana ribuan tentera Musailimah sedang menuggu di dalam. Apabila beliau jatuh ke dalam taman, beliau terus bertempur dengan mereka berdekatan dengan pintu taman tersebut. Akhirnya beliau berjaya membuka pintu kubu taman tersebut bersama dengan lebih 80 kesan luka di badannya akibat terkena panah, tombak dan pedang. Apabila terbuka sahaja pintu tersebut, tentera Islam terus menyerbu masuk ke Taman Maut dan menyerang tentera musuh lalu membunuh hamper 20 ribu orang. Akhirnya mereka sampai kepada Musailimah dan berjaya membunuhnya. Al-Bara bin Malik terus dibawa ke khemah dan Khalid bin al-Walid sendiri yang merawatnya selama sebulan sehinggalah dengan izin Allah disembuhkan. ***** Keazaman untuk mati syahid terus membara dalam diri al-Bara bin Malik. Beliau terus menyertai peperangan demi peperangan sehinggalah ketika pembukaan Tustar salah sebuah jajahan Parsi. Ketika itu tentera Parsi telah berlindung dalam salah sebuah kubu yang tinggi lagi licin dindingnya. Tentera Islam mengepung dan mengelilingi kubu tersebut bagaikan gelang di tangan. Apabila kepungan terus berlarutan, tentera Parsi makin tertekan dan bertindak menghulurkan rantai besi dari atas tembok yang diikat serampang bengkok daripada besi waja yang dibakar. Apabila terkena pada tentera Islam, ia tersangkut di tubuh badan mereka, lalu tentera Parsi mengait mereka mereka ke atas tanpa nyawa lagi atau sekadar nyawa-nyawa ikan. Salah satu serampang besi panas tersebut melekat pada Anas bn Malik. Melihat saudaranya itu, al-Bara melompat ke atas dinding kota dan memegang rantai besi itu untuk mencabut serampang tersebut keluar dari badan saudaranya. Tanagn al-Bara terbakar dan berasap, namun beliau tidak menghiraukannya sehingga beliau berjaya menyelamatkan saudaranya. Setelah itu beliau jatuh ke tanah. Daging tangannya luluh terbakar dan yang kelihatan hanyalah tulang. Dalam peperangan ini beliau gugur syahid kembali menemui Allah dan berjaya melaksanakan impian besarnya. Semoga Allah memberi rahmat ke atas beliau.

20

TSUMAMAH BIN UTSAL

Pada tahun ke-6 hijrah, Rasulullah s.a.w. mengutuskan lapan pucuk perutusan kepada raja-raja Arab dan bukan Arab untuk menyeru mereka memeluk Islam. Antara raja yang menerima perutusan tersebut ialah Tsumamah bin Utsal al-Hanafi. Beliau adalah di antara ketua Bani Hanifah yang dihormati dan ditaati. Apabila menerima perutusan tersebut, beliau dengan sikap sombong dan bongkak telah menolak dakwah Nabi s.a.w. dan menghinanya. Beliau juga menanamkan hasrat untuk membunuh Nabi s.a.w. dan menuggu peluang untuk melaksanakan cita-cita tersebut. Beliau pernah beria-ia untuk melaksanakan rancangan jahat membunuh Nabi tetapi salah seorang pakciknya menasihatkan agar beliau menangguhkan rancangan tersebut. Walaupun Tsumamah menerima nasihat itu, namun beliau tetap bertindak ke atas para sahabat Nabi sehingga ada yang ditangkap dna dibunuh dalam keadaan ngeri. Lantaran itu Nabi s.a.w. telah menghalalkan darahnya dan ini diumumkan kepada para sahabat. ***** Tidak berapa lama daripada peristiwa tersebut, Tsumamah berazam ke Mekah untuk menunaikan umrah, bertawaf dan menyembelih untuk berhala. Dalam perjalanan, berhampiran Madinah, rombongan Tsumamah telah bertembung dengan satu batalion tentera Islam yang sedang melakukan tinjauan di luar Madinah. Tentera Islam terus menawan rombongan tersebut tanpa mengenali siapakah lelaki yang mereka tawan itu. Tsumamah dibawa ke Madinah dan diikat pada sebatang tiang berdekatan masjid sementara menunggu kedatangan Rasulullah s.a.w. untuk memberi arahan tindakan ke atas tawanan. Apabila Nabi s.a.w. kelaur menuju ke masjid, Baginda ternampak Tsumamah yang terikat lalu bertanya kepada para sahabatnya: Adakah kamu kenal siapa yang kamu berkas ini? Jawab mereka: Tidak kenal wahai Rasulullah. Inilah Tsumamah bin Utsal al-Hanafi, layanlah dia dengan baik,perintah Nabi kepada para sahabatnya. Setelah menunaikan solat, Baginda pulang ke rumah dan berkata kepada kaum keluarganya: Kumpulkan apa-apa makanan yang ada dan hantarkan kepada Tsumamah bin Utsal. Baginda juga mengarahkan agar diperah susu untanya untuk diberikan kepada Tsumamah, pagi dan petang. Semua arahan dilaksanakan dengan sempurna sebelum Nabi s.a.w. pergi bertemu dan berbual dengannya. ***** Dengan tujuan untuk mengajak Tsumamah memeluk Islam, Rasulullah s.a.w. duduk berhadapan denganny dan bertanya: Apa hajat kamu wahai Tsumamah? Jawab Tsumamah: Mudah-mudahan baik wahai Muhammad.. Jika kamu bunuh saya, kamu membunuh orang yang mempunyai hutang darah dan berhak dibunuh. Jika kamu mengampunkan saya, kamu mengampunkan manusia yang tahu berterima kasih. Namun jika kamu inginkan harta, mintalah, pasti permintaanmu akan tertunai. Setelah mendengar jawapan Tsumamah, Baginda s.a.w. bangun dan meninggalkan Tsumamah. Baginda membiarkannya sedemikian selama dua hari. Beliau dihidangkan makanan, minuman dan susu unta. Setelah berlalu dua hari Nabi s.a.w. kembali bertemu Tsumamah: Apa hajat kamu wahai Tsumamah? Jawab Tsumamah: Tiada apa-apa. Sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini. Jika kamu bunuh saya, kamu membunuh orang yang mempunyai hutang darah dan berhak dibunuh. Jika kamu mengampunkan saya, kamu mengampunkan manusia yang tahu berterima kasih. Namun jika kamu inginkan harta, mintalah, pasti permintaanmu akan tertunai. Rasulullah s.a.w. bangun dan meninggalkan Tsumamah. Keesokan harinya Nabi s.a.w. kembali bertemu Tsumamah. Sebagaimana sebelumnya Rasulullah s.a.w. bertanya: Apa hajat kamu wahai Tsumamah? Sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini. Jika kamu bunuh saya, kamu membunuh orang yang mempunyai hutang darah dan berhak dibunuh. Jika kamu mengampunkan saya, kamu mengampunkan manusia yang tahu berterima kasih. Namun jika kamu inginkan harta, saya berikan apa jua yang kamu mahu, jawab Tsumamah sambil merenung Rasulullah s.a.w.. Rasulullah berpaling ke arah para sahabatnya. Bebaskan Tsumamah Nabi mengekuarkan perintahnya. Lantas para sahabat patuh melaksanakan perintah Baginda s.a.w.. Mereka membuka ikatan dan membebaskannya. *****

21

Tsumamah meninggalkan Masjid Nabawi dan berhenti di sebuah kawasan lading kurma di pinggir Madinah untuk minum air dan mebersihkan badannya dengan sempurna. Kemudian beliau menaki semula tunggangannya. Namun bukan menuju ke Mekah untuk berumrah atau pulang ke kampung halamannya, sebaliknya kembali menuju ke Madinah. Apabila sampai di Masjid Nabawi, beliau berucap di khalayak umum orang Islam: Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan saya bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan pesuruhNya. Setelah itu beliau pergi bertemu Rasulullah s.a.w. lantas membuat pengakuan di hadapan Baginda: Wahai Muhammad, Demi Allah! Sebelum ini tiada wajah yang lebih saya benci di atas muka bumi selain wajah tuan. Namun sekarang, wajah tuanlah yang paling saya sayangi di atas muka bumi ini. Demi Allah, sebelum ini agama tuanlah yang paling saya benci. Namun sekarang, agama tuanlah yang paling saya cintai berbanding agama yang lain. Demi Allah, sebelum ini negeri tuan inilah yang paling saya benci. Namun sekarang, negeri tuanlah yang paling saya cintai berbanding neger-negeri yang lain. Sambil menatap wajah Baginda yang berseri-seri itu, beliau menyambung pengakuannya. Tsumamah menghela nafas panjang tanda penyesalan yang amat sangat. Saya telah membunuh ramai sahabat tuan. Apakah hukuman yang sepatutnya saya jalani? Rasulullah s.a.w. berkata menenangkan Tsumamah: Kamu tidak dikeji wahai Tsumamah. Keislamanmu telah memadam kesalahanmu yang lalu. Baginda turut memberitahunya tentang kebaikan yang dicatatkan Allah untuk Tsumamah disebabkan keislamannya. Inilah berita yangpaling menggembirakan Tsumamah. Segala kesalahan beliau telah terampun dan digantikan dengan kebaikan melalui keislamannya. Tsumamah lalu berikrar di hadapan Nabi s.a.w.: Demi Allah! Saya akan bertindak ke atas musyrikin lebih teruk berbanding tindakan saya ke atas sahabat tuan. Saya pasti akan meletakkan diri, pedang dan orang yang bersama saya membantu tuan dan agama tuan. Wahai Rasulullah, ketika saya ditangkap oleh tentera tuan, saya dalam perjalanan menunaikan umrah. Pada pandangan tuan apa yang harus saya lakukan? Tanya Tsumamah meminta pandangan Nabi s.a.w.. Jawab Nabi s.a.w.: Pergilah tunaikan umrahmu. Namuntunaikanlah berdasarkan syariat Allah dan RasulNya. Kemudian Rasulullah mengajar Tsumamah tentang ibadah umrah. ***** Tsumamah lalu bertolak ke Mekah untuk menunaikan umrah. Apabila sampai di tengah-tengah Mekah, beliau bertalbiah dengan suara yang kuat: Labbayka Allahumma Labbayk. Beliau merupakan orang Islam pertama di atas muka bumi ini yang bertalbiah ketika memasuki Mekah. Tatkala Quraisy mendengar laungan talbiah beliau, mereka tersentak dan berang lalu masing-masing mencabut dan menghunus pedang, menuju kea rah datangnya suara talbiah tersebut. Apabila pemuka-pemuka Quraisy sampai di hadapan Tsumamah, Tsumamah semakin kuat bertalbiah. Salah seorang pemuda Quraisy mra dan ingin membunuh Tsumamah dengan panahnya tetapi beberapa orang pembesar Quraisy menghalang dan memegang tangannya. Celaka engkau.. engkau kenalkah siapa lelaki ini? bentak mereka. Beliau adalah Tsumamah bin Utsal, raja Yamamah, jegil mereka kepada pemuda tersebut. Demi Allah! Jika sesuatu yang buruk menimpanya, kabilahnya akan mengenakan sekatan barangan keperluan ke atas kita. Kita akan mati kebuluran, terang mereka lagi. Setelah ketegangan reda, mereka menyarungkan semula pedang mereka. Kemudian mereka bertanya kepada Tsumamah: Apa yang telah terjadi pada kamu wahai Tsumamah. Adakah kamu telah murtad dan meninggalkan agamamu dan agama nenek moyangmu? Tsumamah menjawab: Saya tidak murtad. Bahkan saya telah memeluk sebaik-baik agama. Saya telah menganut agama yang dibawa Muhammad. Saya bersumpah dengan Tuhan rumah ini (Kaabah), selepas saya pulang ke Yamamah, sebutir gandum pun tidak akan sampai kepada kamu. Begitu juga dengan hasil produknya yang lain sehinggalah kamu semua memeluk agama yang dibawa Muhammad, sambung Tsumamah lagi. Setelah itu Tsumamah berlalu meninggalkan Quraisy dalam keadaaan yang tercengang-cengang. Beliau terus menunaikan umrah sebagaimana yang diajar oleh Nabi s.a.w. dan menyembelih kerana Allah dan bukannya untuk dipersembahkan kepada berhala sebagaimana amalan jahiliah. Quraisy hanya mampu melihat dan mereka tidak berdaya untuk bertindak. ******

22

Apabila selesai melaksanakan umrah, Tsumamah pulang ke Yamamah dan memerintahkan pengikutnya agar menyekat keperluan harian daripada sampai ke tangan Quraisy. Mereka semua patuh dengan perintah raja mereka, Tsumamah bin Utsal. Sekatan dan pemulauan yang dikenakan ke atas Quraisy semakin hari semakin meruncing sehingga bertukar menjadi masalah kebuluran. Quraisy benar-benar tertekan lalau membuat keputusan untuk menulis surat kepada Rasulullah s.a.w.. Antara isi kandungan surat tersebut: Sesungguhnya dalam perjanjian kita, kamu menyatakan bahawa kamu akan mengikat, memelihara dan menganjurakan silaturrahim. Namun sekarang kamu telah bertindak memutuskan hubungan silaturrahin antara kita. Kamu membunuh golongan bapa dengan pedang dan membunuh kanak-kanak dengan kelaparan. Sesungguhnya Tsumamah bin Ustal telah melakukan sekatan kepada keperluan harian kami. Oleh itu jika pada pandangan kamu adalah baik untuk menulis perutusan kepada Tsumamah agar menghantar keperluan kepada kami, maka lakukanlah. Setelah Nabi s.a.w. membaca isi kandungan surat itu, Baginda segera menghantar perutusan kepada Tsumamah agar beliau menamatkan sekatan tersebut. Tsumamah patuh dengan arahan tersebut lalu menamatkan sekatan dan menghantar makanan dan keperluan harian kepada Quraisy. ***** Sepanjang hayat beliau, Tsumamah benar-benar setia melaksanakan ikrarnya kepada Islam dan janjinya di hadapan Nabi s.a.w.. Apabila Rasulullah wafat, ramai masyarakat Arab yang murtad daripada agama Islam termasuk sebahagian besar kabilahnya, Bani Hanifah, atas hasutan Musailimah al-Kazzab yang juga dari baninya sendiri. Tsumamah bertindak menentang Musailimah dan berkata kepada baninya: Wahai baniku, waspadalah dengan perkara gelap dan tiada cahaya ini. Sesiapa yang bersamanya, dia akan ditimpa kecelakaan. Dan sesiapa yang menolaknya, dia akan berhadapan dengan ujian kesabaran. Wahai Bani Hanifah, dua orang nabi tidak boleh wujud dalam satu masa. Sesungguhnya Muhammad s.a.w. merupakan pesuruh Allah dan tiada lagi nabi selepasnya. Tiada nabi yang berkongsi dengan Baginda. Kemudian beliau membaca firman Allah Taala: Haa, Miim. Turunnya Al-Quran ini dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Yang Mengampunkan dosa, dan Yang Maha Menerima taubat; Yang Berat azabNya; Yang Melimpah-limpah kurniaNya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepadaNyalah tempat kembali. (Ghaafir:1-3) Di manakah tandingan firman Allah ini berbanding kata-kata Musailimah: Wahai sang katak, menguaklah kamu selagi kamu upaya. Tiadapun minuman yang dapat kamu halang atau air yang dapat kamu kotorkan. Setelah berpidato, Tsumamah bersama kaumnya yang masih berpegangdengan Islam telah bergabung dan berjuang di jalan Allah memerangi golongan murtad, demi meninggikan kalimahNya di muka bumi. Semoga Allah mengganjari kebaikan kepada Tsumama dan memuliakannya dengan balasan syurga yang dijanjikan kepada orang yang bertakwa.

23

ABU AYYUB AL-ANSHORI (Beliau dikebumikan di bawah tembok kota Konstantinopel) Sahabat yang mulia ini bernama :KHALID BIN ZAID BIN KULAIB dari Bani Najjar. Beliau diberi gelaran Abu Ayyub, dan dinasabkan kepada golongan Anshor. Siapakah di antara kaum muslimin yang belum mengenal Abu Ayyub Al Anshori? Nama dan darjatnya dimuliakan Allah Taala di kalangan makhluk, baik di Timur maupun di Barat. Karena Allah Taala telah memilih rumahnya di antara sekalian rumah kaum muslimin, untuk tempat tinggal NabiNya yang mulia, ketika beliau baru tiba di Madinah sebagai Muhajir. Hal ini cukup membanggakan bagi Ayu Ayyub. Bertempatnya Rasulullah s.a.w. di rumah Abu Ayyub merupakan kisah manis dan seronok untuk diulangulang dan dikenang. Kisah ini berlaku ketika Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah. Baginda disambut dengan hati terbuka oleh seluruh penduduk dan dialu-alukan dengan kemuliaan yang belum pernah diterima seorang tetamu atau utusan manapun. Seluruh mata tertuju kepada Rasulullah s.a.w. bagaikan kerinduan seorang kekasih yang ingin melihat wajah kekasihnya yang baru tiba. Mereka membuka hati untuk menerima kasih sayang Rasulullah s.a.w.. Mereka buka pula pintu rumah masing-masing, supaya kekasih mulia yang dirindukan itu sudi bertempat tinggal di rumah mereka. Sebelum sampai di kota Madinah, beliau berhenti lebih dahulu di Quba selama beberapa hari. Dalam tempoh yang singkat di kampung itu, Baginda membangunkan masjid yang pertama didirikan atas dasar taqwa. Sesudah itu Baginda meneruskan perjalanan ke kota Yatsrib dengan menunggangi unta. Para pemimpin Yatsrib berdiri sepanjang jalan yang akan dilalui beliau untuk menyambut kedatangannya. Masing-masing berebut meminta Rasulullah s.a.w. tinggal di rumahnya. Setiap ketua kabilah cuba menghalang perjalanan unta tersebut seraya berkata, Ya, Rasulullah! Sudilah Rasulullah tinggal di rumah saya selama mana Rasulullah kehendaki. Kami memiliki bilangan yang ramai, kelengkapan yang cukup dan kekuatan untuk melindungimu. Rasulullah s.a.w. bersabda, Biarkanlah unta ini berjalan ke mana dia mahu, kerana dia telah dipandu (mendapat perintah). Unta Rasulullah s.a.w. terus berjalan diikuti semua mata, dan diharap-harapkan seluruh hati. Setiap kali melewati sebuah rumah, terdengar keluhan putus asa pemiliknya, karena apa yang diangan-angankannya ternyata hampa. Unta tersebut masih meneruskan langkahnya. Orang banyak mengiringi di belakang. Mereka ingin tahu siapa yang beruntung rumahnya ditempati tetamu dan kekasih yang mulia ini. Sampai di sebuah lapangan, iaitu di muka halaman rumah Abu Ayyub Al Anshary unta itu berlutut. Rasulullah s.a.w. tidak segera turun dari punggung unta. Unta itu disuruhnya berdiri dan berjalan kembali. Tetapi setelah berkeliling-keliling, unta itu berlutut kembali di tempat pertama ia duduk sebelum ini. Abu Ayyub mengucapkan takbir kerana sangat gembira. Dia segera mendekati Rasulullah s.a.w. dan melapangkan jalan bagi beliau. Diangkatnya barang-barang Baginda dengan kedua tangannya, bagaikan mengangkat seluruh perbendaharaan dunia. Lalu dibawanya ke rumahnya. * * *

Rumah Abu Ayyub dua tingkat. Beliau mengosongkan barang-barang dan membersihkan tingkat atas untuk tempat tiniggal Rasulullah s.a.w. Tetapi Rasulullah s.a.w. lebih suka tinggal di tingkat bawah. Abu Ayyub menurut saja kehendak Rasulullah s.a.w. Setelah malam tiba, Rasulullah s.a.w. berbaring di katilnya. Abu Ayyub dan isterinya naik ke tingkat atas. Ketika suami isteri itu menutupkan pintu, Abu Ayyub berkata kepada isterinya, Aduh....! Apakah yang telah kita lakukan...! Adakah layak Rasulullah s.a.w. bertempat di bawah, sedangkan kita berada lebih tinggi dari Baginda? Adakah patut kita berjalan di atas Baginda? Adakah kita berbaring antara Nabi dan wahyu? Kalau begini, kita pasti binasa! Kedua suami isteri itu kebingungan dan menyesal. Mereka tidak tahu apa yang harus diperbuat. Tidak berapa lama berdiam diri, akhirnya mereka beralih ke sudut lain yang tidak bertentangan dengan tempat tidur

24

Rasulullah s.a.w. Apabila berjalan, mereka akan melalui tepi bilik jauh daripada ruang tengah yang bertentangan dengan tempat tidur Rasulullah s.a.w. Setelah hari Subuh, Abu Ayyub berkata kepada Rasulullah s.a.w. Demi Allah! Saya tidak dapat melelapkan mata malam tadi. Begitu juga dengan Ummu Ayyub. Mengapa jadi begitu wahai Abu Ayyub? tanya Rasulullah s.a.w. Saya teringat bahawa kami berada di tingkat atas sedangkan Rasulullah yang kami muliakan berada di bawah. Apabila bergerak sedikit saja, habuk berjatuhan mengenai Rasulullah. Di samping itu kami menghalang Rasulullah dengan wahyu, kata Abu Ayyub menjelaskan. Tenang sajalah, wahai Abu Ayyub. Saya lebih suka bertempat tinggal di bawah, kerana akan banyak tetamu yang datang berkunjung. Kata Abu Ayyub, Akhirnya saya mengikuti kemahuan Rasulullah. Pada suatu malam yang dingin, labu air kami pecah di tingkat atas, sehingga airnya tumpah. Lantas saya dan Ummu Ayyub bingkas bangun untuk mengelap. Namun kami hanya mempunyai sehelai kain yang digunakan sebagai selimut. Kami tiada pilihan, kain tersebut kami gunakan untuk mengeringkan lantai agar air tidak menitis menimpa Rasulullah s.a.w. Setelah hari Subuh saya pergi menemui Rasulullah s.a.w. Saya berkata kepada Baginda, Saya sanggup menebus tuan dengan ibu bapa saya. Sesungguhnya saya tidak suka untuk terus tinggal di atas, sedangkan Rasulullah tinggal di bawah. Kemudian Abu Ayyub menceritakan kepada Baginda perihal labu air yang pecah itu. Kerana itu Rasulullah s.a.w. bersetuju kami pindah ke bawah dan Baginda pindah ke atas. * * *

Rasulullah s.a.w. tinggal di rumah Abu Ayyub kira-kira tujuh bulan sehinggalah masjid Nabi selesai dibangun. Masjid tersebut dibina di tempat unta Baginda berhenti duduk di hadapan rumah Abu Ayyub. Kemudian Baginda berpindah ke bilik-bilik yang dibina untuknya dan para isteri Baginda di sekitar masjid. Sejak pindah dari rumah Abu Ayyub, Rasulullah s.a.w. menjadi jiran terdekat bagi Abu Ayyub. Rasulullah sangat menghargai Abu Ayyub suami isteri sebagai jiran tetangga yang baik. Abu Ayyub mencintai Rasulullah s.a.w. sepenuh hati. Begitu juga dengan Rasulullah s.a.w. yang mencintainya pula, sehingga mereka saling membantu setiap kesusahan masing-masing. Rasulullah s.a.w. memandang rumah Abu Ayyub seperti rumah sendiri. Ibnu Abbas pernah bercerita sebagai berikut: Pada suatu hari di tengah hari yang amat panas, Abu Bakar pergi ke masjid, lalu bertemu dengan Umar r.a. Hai, Abu Bakar! Mengapa kamu keluar di saat panas begini?, tanya Umar. Jawab Abu Bakar, Saya terlalu lapar. Itulah sebab saya keluar. Kata Umar, Demi Allah! Saya juga lapar. Ketika mereka sedang berbincang begitu, tiba-tiba Rasulullah s.a.w. muncul. Tanya Rasulullah, Hendak ke mana kamu di saat panas begini? Jawab mereka, Demi Allah! Kami rnencari makanan kerana lapar. Kata Rasulullah s.a.w., Demi Allah yang jiwaku di tanganNya! Saya juga lapar. Ayuh! Marilah ikut saya. Mereka bertiga berjalan bersama-sama ke rumah Abu Ayyub. Biasanya Abu Ayyub menyediakan makanan setiap hari untuk Rasulullah s.a.w Bila Baginda terlambat atau tidak datang, barulah makanan itu dihabiskan oleh keluarga Abu Ayyub. Setelah mereka tiba di pintu, Ibu Ayyub keluar menyambut mereka. Selamat datang, wahai Nabi Allah dan sahabatnya! sambut Ummu Ayyub. Ke mana Abu Ayyub? tanya Rasulullah s.a.w. Ketika itu Abu Ayyub sedang bekerja di kebun kurrna berdekatan rumahnya. Mendengar suara Rasulullah s.a.w., dia bergegas rnenemui Baginda. Selamat datang, wahai Nabi Allah dan sahabatnya! kata Abu Ayyub. Abu Ayyub langsung menyambung bicaranya, Wahai Nabi Allah! Ini bukanlah waktu biasa tuan datang. Jawab Rasulullah Betul. Wahai Abu Ayyub! Abu Ayyub pergi ke kebun, lalu dipotongnya setandan kurma. Dalam setandan itu terdapat kurma yang cukup matang, yang segar ranum, dan ada yang setengah masak (yang masih