Kitar hayat pembangunan aturcara / sistem

10
KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM (KHPS) PRESENTS NAVEEN SHUK HAZIQ

Transcript of Kitar hayat pembangunan aturcara / sistem

Page 1: Kitar hayat pembangunan aturcara / sistem

KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM(KHPS)

PRESENTS

NAVEENSHUKHAZIQ

Page 2: Kitar hayat pembangunan aturcara / sistem

PENGENALAN

Pembangunan sesuatu Sistem mempunyai fasa kitaran hayat pembangunan

sistem yang digunakan sebagai set aktiviti untuk membangunkan sesuatu sistem.

Dalam metodologi kitar hayat sistem pembangunan, terdapat enam (6) fasa

utama yang boleh digunakan. Fasa ini boleh bertindih di antara satu sama lain dan

fasa berikutnya boleh bermula walaupun fasa sebelumnya masih diteruskan

Page 3: Kitar hayat pembangunan aturcara / sistem

FASA-FASA YANG TERDAPAT DI DALAM KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM (KHPS

Pembangunan

Dan Penguji

an

Analisis Sistem

Pelaksanaan

Sistem

Spesifikasi

Keperluan

Sistem

Rekabentuk

Sistem

Penilaiaan Dan

Penyelenggaraan

K.H.P.S

1

2

3

4

5

6

Page 4: Kitar hayat pembangunan aturcara / sistem

FASA 1 : ANALISIS SISTEM

Fasa analisis ini adalah utnuk mnemahami dengan jelas sistem semasa dan

kelemahannya, mengenalpasti masalah semasa dan juga untuk menentukan

peningkatan yang boleh dibuat. Semua aspek aplikasi dalam sistem semasa perlu

dikaji iaitu termasuk input, output, storan dan struktur fail, keperluan pengguna,

kaedah atau tatacara, keperluan komunikasi, kawalan, perkakasan dan perisisan

sistem semasa. Peningkatan sistem adalah perubahan yang boleh membawa

kebaikan kepada organisasi tersebut. Peningkatan sistem termasuklah

mempercepatkan proses, ,menghapuskan proses yang tidak penting,

menggabungkan proses, mengurangkan input dan output yang tidak mempunyai

kepentingan, dan mengurangkan operasi.

Selepas maklumat yang diperoleh dikumpulkan kesemuanya yang mana

caranya melalui temubual, menilai semula polisi dan prosedur syarikat atau

organisasi, melalui borang, dokumen, laporan dan juga carta organisasi, melalui

tinjauan dengan membuat soal selidik, dan juga melihat kepada persekitaran

organisasi itu, barulah analisa maklumat boleh dijalankan untuk mengenalpasti

masalah dan peluang untuk meningkatkan operasi syarikat melalui sistem

maklumat yang dicadangkan.

Antara alat permodelan yang digunakan penganalisa bagi membantu mereka

membentangkan analisa yang telah diperoleh ialah :

a.) Gambarajah Aliran Data – aliran data yang melalui sistem dan rajah

proses yang mengubah data kepada maklumat.

b.) Carta Aliran Sistem – memfokuskan bagaimana semua aspek sistem

beroperasi dari mula hingga tamat.

c.) Gambarajah Pemetaan – digunakan untuk memetakan rangkaian

manusia, data dan aktiviti dan sebagai asas untuk merekabentuk system rangkaian

dan komunikasi.

d.) Carta Grid – memaparkan hubungan di antara data pada dokumen

input dan output.

Page 5: Kitar hayat pembangunan aturcara / sistem

e.) Jadual keputusan – menentukan petua atau peraturan yang perlu

diikuti apabila sesuatu syarat atau keadaa berlaku.

f.) Gambarajah Hubungan Entiti – semua entity yang terlibat yang

memainkan peranan di dalam system dan perhubungan yang berkait di antara

entity. Entiti ini adalah seperti pengguna, pelanggan atau jabatan.

g.) Kamus data – menggariskan dengan jelas jenis data yang digunakan

di dalamm system.

h.) Protaip – Dengan porotaip, system dibangunkan dengan pantas dan

seterusnya mendapatkan maklumbalas segera dari pengguna.

Page 6: Kitar hayat pembangunan aturcara / sistem

FASA 2 : SPESIFIKASI KEPERLUAN SISTEM

Spesifikasi keperluan yang dinyatakan sepatutnya akan dapat mengatasi

masalah yang dikenalpasti pada fasa satu yang mana harus diperjelaskan dengan

terperinci kepada pihak pakar computer dan pengguna agar dapat mengetahui

spesifikasi tersebut bagaimana hendak melaksanakannya. Keperluan perisian

bergantung kepada keperluan output, keperluan storan, keperluan pemprosesan

dan keperluan input. Keperluan perisisan akan menentukan keperluan perkakasan.

Seterusnya, beberapa pilihan penyelesaian dijalankan berasaskan kepada factor

kos, tempoh pembangunan, dan lain-lain. Fasa kedua di akhiri dengan laporan

keperluan system yang memberikan asas kepada kelengkapan dan ketepatan

keperluan system baru.

Page 7: Kitar hayat pembangunan aturcara / sistem

FASA 3 : REKABENTUK SISTEM

Fasa ini member tumpuan kea rah merekabentuk system baru dan

bagaimana system tersebut beroperasi, salah satunya adalah alat Kejuruteraan

Perisian Berbantukan Komputer (CASE), yang mana alat ini digunakan untuk

mendokumenkan hubungan entity dan aliran data yang kompleks. Fasa ini diakhiri

dengan menyediakan satu dokumentasi rekabentuk system baru dengan

menggunakan gabungan berbagai alat dan teknik.

Page 8: Kitar hayat pembangunan aturcara / sistem

FASA 4 : PEMBANGUNAN DAN PENGUJIAN SISTEM

Fasa ini adalah merupakan pembangunan system mengikut spesifikasi yang

telah ditentukan pada fasa sebelumnya. Aktiviti utama fasa ini antaranya;

a.) Mencari perisian yang sesuai mengikut aktiviti bisnes sesuatu organisasi,

perisian ini boleh dibangunkan sendiri atau mendapatkannya di pasaran.

b.) Perolehan perkakasan yang sesuai mengikut persekitaran system operasi di

syarikat tersebut.

c.) Melatih pengguna menggunakan system yang baru diperoleh itu untuk

menjamin keberkesanan kepada system baru termasuklah menggunakan perisian

dan perkakasan baru selain daripada kaedah yang baru yang harus dilaksanakan.

d.) Aktiviti pengujian system baru dengan menguji aspek penerimaan pengguna

perlu dijalankan untuk memastikan pengguna bersetuju dengan jaminan kualiti

system baru tersebut.

Page 9: Kitar hayat pembangunan aturcara / sistem

FASA 5 : PELAKSANAAN SISTEM

Setelah system baru Berjaya dibangunkan, sampai ketikanya system tersebut

mula berjalan atau beroperasi di lokasi pengguna. Semua dokumen dan tatacara

pengoperasian mesti disediakan untuk diserahkan kepada pengguna, dokumen ini

termasuk dokumen keperluan, keupayaan, kekurangan, rekabentuk, operasi dan

penyenggaraan (manual) system.

Page 10: Kitar hayat pembangunan aturcara / sistem

FASA 6 : PENILAIAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM

Dalam fasa ini, aktiviti utama adalah menilai system yang telah di bina

samada ia memenuhi objektif atau beberapa perubahan perlu dilakukan untuk

mencapai objektif tersebut. Penilaian system seringkali memerlukan pembangunan

melihat kembali aktiviti yang dijalankan semasa analisa, rekabentuk dan

implementasi system. Aktiviti penyelenggaraan system merupakan pengemaskinian

system yang berterusan selepas system tersebut digunapakai.

Secara kesimpulannya, kita dapat melihat kepentingan pembangunan system

maklumat yang sistematik supaya dapat diterima oleh pengguna. Oleh itu, adalah

penting sebelum sesuatu system itu dibina, perancangan yang terperinci harus

dilakukan dengan menggunakan metodologi atau kaedah yang tertentu.