KK Kayu asg

46
1.0 Tajuk Projek Multi Action Board (MA Board) 1

description

kerja kayu

Transcript of KK Kayu asg

Page 1: KK Kayu asg

1.0Tajuk Projek

Multi Action Board (MA Board)

1

Page 2: KK Kayu asg

2.0Latar Belakang Projek

2.1 Projek yang sedia ada dipasaran

Produk yang sedia ada di pasaran kebanyakkannya besar dan tidak sesuai dengan

perkembangan teknologi. Selain itu, produk sedia ada juga tidak menjimatkan masa dan

terhad penggunaanya. Kebanyakkan produk di pasaran juga mempunyai rupa dan

kegunaan yang hampir sama Terdapat juga produk yang harganya mahal namun tidak

berkualiti. Berikut adalah contoh produk di pasaran.

2

Page 3: KK Kayu asg

2.2 Pengenalpastian masalah

Melalui pemerhatian dan pengamatan yang saya lakukan, saya dapat mengenal

pasti masalah yang dihadapi oleh pengguna. Dari pemerhatian saya, pengguna amat

mementingkan kegunaan yang pelbagai, kemasan, bentuk, kegunaan, kecantikan,

kelasakan, harga dan ketahanan. Masalah yang sering menimpa para pengguna ialah

bentuk yang tidak menarik, perabot yang sangat berat, perabot yang tidak mempunyai

pelbagai kegunaan lain, tahap ketahanan dan kelasakan yang rendah serta harga yang

tidak berpatutan dan terlalu mahal.

Oleh itu, bagi projek saya kali ini saya akan mereka bentuk sebuah perabot yang

memenuhi ciri-ciri rak buku, meja, kerusi dan juga rak seterika idaman pengguna

terutamanya juga suri rumah supaya selesa untuk menggunakkannya seperti perabot yang

mempunyai reka bentuk yang menarik pandangan serta mempunyai nilai estetika,

mempunyai ketahanan dan kelasakan yang tinggi, warna yang menarik dan tidak mudah

kotor serta harga yan berpatutan dengan kualiti mutu yang tinggi

Oleh itu, saya telah membina beberapa lakaran bagi mereka cipta satu perabot yang

menarik, berkualiti, dan selamat untuk digunakan oleh para pengguna. Sebelum membuat

lakaran saya telah merujuk beberapa buku mengenai projek alatan untuk meningkatkan

pengetahuan mengenai reka cipta. Saya juga telah melayari internet untuk maklumat

tambahan dan juga telah berbincang dengan rakan-rakan bagi menghasilkan satu lakaran

yang amat menarik dan berkualiti.

3

Page 4: KK Kayu asg

2.3 Cadangan Projek

Saya memilih lakaran 3 sebagai lakaran terbaik saya kerana saya menginginkan

sesuatu projek yang berlainan yang mempunyai pelbagai kegunaan di samping kegunaan

utamanya iaitu untuk meyimpan dan menyusun buku, novel, majalah dan alatulis.

Disamping itu, idea lakaran saya yang ketiga itu mempunyai keunikan berbanding

idea-idea yang lain. Ianya mempunyai empat kegunaan dalam satu perabot. Kegunaan

pertama adalah perabot ini boleh digunakan sebagai kerusi. Kedua, perabot ini boleh

digunakan sebagai rak buku yang mempunyai tiga tingkat. Ketiga, perabot ini boleh

digunakan sebagi papan seterika dan pengguna boleh menggunakannya sambal duduk .

kegunaan yang terakhir adalah perabot ini boleh digunakan sebagai meja kopi juga. Atas

sebab kesemua ciri-ciri ini tersebut saya memilih untuk menjadikan lakaran 5 ini sebagai

pemilihan idea terbaik saya untuk projek rak kasut ini.

2.4 Analisis Lakaran Idea

Jadual 1 : Analisis SWOT lakaran idea projek

Lakaran Idea /

Ciri-ciri

Lakaran Idea 1 Lakaran Idea 2 Lakaran Idea 3 (Lakaran

yang dipilih)

Kekuatan

(strength)

- Teguh

- Mempunyai

dua fungsi

- Lebih stabil

- Menarik

- Mudah disimpan

- Menarik

- Mudah disimpan

- Mempunyai 4 fungsi

fungsi

- Teguh

Kelemahan

(weakness)

- Berat

- Kurang

menarik

- Kos tinggi

- Susah disimpan

dan dibawa

- Kalis air

Peluang

(oppurtunity)

- Mudah

dihasilkan.

- Ringan

- Mudah diangkat

- Mudah digunakan

dan dikendalikan

oleh semua orang

khususnya pelajar.

Ancaman

(threats)

- Mudah ditiru - Kurang stabil - Kalis air

4

Page 5: KK Kayu asg

a) Pengumpulan Maklumat

Sumber yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kerja kursus

ini adalah melalui:

i. Pemerhatian

Membuat pemerhatian terhadap perabot serbaguna yang terdapat di

pasaran dan juga di sekitar tempat kediaman.

Membuat pemantauan ke kedai-kedai perabot untuk mengetahui mutu,

kualiti dan harga sesebuah meja.

ii. Rujukan melalui buku, majalah dan surat khabar.

Meneliti gambar-gambar dan reka bentuk perabot yang terdapat dalam

majalah dan buku.

Meneliti bentuk-bentuk perabot moden yang sesuai digunakan

mengikut peredaran masa.

iii. Internet

Meneliti video reka bentuk perabot yang mempunyai variasi

mekanisme

Meneliti contoh gambar-gambar dan reka bentuk perabot sedia ada di

pasaran dalam laman jualan online.

iv. Bimbingan pensyarah dan rakan-rakan

Meminta pendapat dan pandangan pensyarah pembimbing tentang

lakaran idea yang bersesuaian.

Meminta bantuan rakan-rakan dan pensyarah untuk tunjuk ajar cara

mengendalikan mesin dan alatan tangan.

b) Pencetusan Idea

i) Cetusan idea bagi reka bentuk dan penghasilan meja ini diilhamkan melalui

pemerhatian saya terhadap perabot yang sedia ada di pasaran serta melihat

kelemahan-kelemahan yang wujud daripada rekaan-rekaan tersebut.

ii) Melalui pemerhatian tersebut, saya telah menghasilkan rekabentuk projek

MA Board ini bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang wujud dalam reka

bentuk perabot sedia ada di pasaran.

5

Page 6: KK Kayu asg

3.0OBJEKTIF DAN FUNGSI PROJEK

Objektif penghasilan projek MA Board ialah :

Menambahkan variasi perabot serbaguna sedia ada yang terdapat di pasaran.

Mengurangkan ruang yang diambil untuk menyimpan perabot di bilik khususnya di

bilik asrama pelajar.

Memudahkan pengguna untuk menggunakan perabot yang mempunyai pelbagai

fungsi (papan seterika, kerusi, meja dan rak serbaguna).

Fungsi perabot MA Board adalah untuk :

Meletakkan barang-barang lain seperti majalah, surat khabar, buku dan pakaian.

Memudahkan pengguna untuk seterika pakaian.

Menjadi tempat duduk serta menjadi meja.

Menambah keunikan dan keserian.

Mudah dipindahkan kerana saiz yang kecil.

Memberi keselesaan kepada semua peringkat pengguna samada kanak-kanak

mahupun dewasa.

Mampu dimiliki oleh setiap keluarga kerana kosnya yang rendah

6

Page 7: KK Kayu asg

4.0DESKRIPSI PROJEK

4.1 JADUAL KERJA

7

BULAN

JULAI

12.7.2015

OGOSSEPTEMBER

6.9.2015

MINGGU / PERKARA M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1

i) Perbincangan bersama pensyarah dan rakan sekumpulan

ii) Mengenal pasti masalah

iii) Perkembangan idea

iv) Pemilihan idea terbaik

v) Menyediakan lukisan kerja menggunakan perisian CAD

vi) Susun atur dan merancang kerja

vii) Penyediaan dokumentasi dan bahan projek

viii) Pembinaan tanggam yang sesuai

ix) Pembinaan pemasangan projek

x) Kemasan

xi) Pengujian projek

xii) Persembahan projek

xiii) Menghantar dokumentasi projek

Page 8: KK Kayu asg

4.2BAHAN, ALATAN TANGAN DAN MESIN

4.2 1 BAHAN YANG DIGUNAKAN

Kayu

8

Page 9: KK Kayu asg

Kayu merupakan bahan asas untuk

pelbagai kegunaan contohnya untuk

membina bangunan, membuat perabot,

digunakan sebagai bahan api dan lain-lain.

Kayu yang digunakan adalah kayu

meranti.

Sifat dan kegunaannya adalah mempunyai urat kasar dan kesat, kuat dan tahan

lama, mudah dikerjakan serta digunakan untuk perabot, lantai dan perkakasan

umum.

Papan Lapis

Papan lapis dibuat daripada beberapa lapisan kayu nipis yang dipanggil “vernier”.

Terdapat dua jenis papan lapis iaitu kalis air dan tidak kalis air. Antara kebaikan

papan lapis ialah permukaannya rata dan lebar, ringan dan mudah dikerjakan, tidak

mudah mengecut atau meleding serta bahagian hujung dan tepinya tidak mudah

pecah jika dipaku atau diskru.

4.2.2 ALATAN YANG DIGUNAKAN

9

Page 10: KK Kayu asg

PEMBARIS KELULI

Pengukur atau pembaris keluli dibuat daripada keluli berkarbon tinggi dan keras.

Kegunaan alatan ini adalah untuk mengukur dan memindahkan ukuran,

membina garisan lurus pada permukaan, dan menguji kerataan permukaan.

PITA PENGUKUR

Diperbuat daripada plastik dan keluli.

Unit yang digunakan ialah imperial (inci dan kaki) dan juga metrik (sentimeter dan

meter)

Ketepatan pengukuran ialah sehingga 0.1 cm.

Digunakan untuk mengukur jarak yang pendek atau panjang.

10

Page 11: KK Kayu asg

SESIKU L

Bahagian mata sesiku L diperbuat daripada keluli yang tahan.

Bahagian badannya diperbuat daripada kayu.

Pada mata ditandai dengan ukuran sentimeter dan inci.

Digunakan untuk menguji permukaan bersudut tepat dan kerataan permukaan kayu.

PENSIL TUKANG

Mata dan badan pensil ini lebar dan besar.

Permukaannya berbentuk segiempat tepat.

Mata dan badan pensil ini lebih tebal dan lebar dan permukaanya berbentuk segi

empat tepat.

Pensil ini khas untuk kerja kasar sahaja seperti menanda dan merancang tanda.

Pensil ini khas untuk kerja kasar sahaja.

11

Page 12: KK Kayu asg

APIT G

Apit G digunakan bersama-sama kayu kecil ( reja ) unutk menjaga permukaan benda

kerja yang diapit

Bahagian pemidang apit G dibuat daripada keluli

Saiz apit G ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagian lapik dan tapak

RAGUM MEJA

Ragum meja terdapat pada meja kerja kayu dan logam.

Ragum meja dilapik dengan kayu pada rahangnya.

Ragum meja logam pula dilapik dengan logam lembut untuk menjaga permukaan

kerja.

Kegunaan utama ragum meja ialah untuk memegang benda kerja semasa ianya

dikerjakan.

12

Page 13: KK Kayu asg

GERGAJI TANGAN

Saiz gergaji ditentukan oleh panjang bilah dan bilangan gigi setiap 25 mm (seinci).

Bahagian bilah gergaji dibuat daripada keluli berkarbon tinggi manakala bahagian

pemegang gergaji dibuat daripada kayu.

Kegunaanya adalah untuk mengerat dan membelah kayu.

GERGAJI PUTING

Bahagian mata dan belakang gergaji putting dibuat daripada keluli, sementara

bahagian hulu dibuat daripada kayu.

Saiz gergaji ditentukan mengikut panjang mata dan bilangan gigi sepanjang 25 mm.

Kegunaanya adalah untuk mengergaji kayu-kayu yang kecil dan untuk memotong

tanggam.

13

Page 14: KK Kayu asg

PAHAT TEPI SERONG

Bahagian hulu pahat dibuat daripada kayu keras manakala bahagian mata pahat

yang berbentuk serong dibuat daripada keluli keras.

Saiz pahat ditentukan oleh lebar mata pemotong. Saiz yang biasa didapati ialah

4mm hingga 50mm

Pahat tepi serong selalu digunakan bersama-sama gandin kayu. Gandin kayu

digunakan untuk mengetuk hulu pahat ketika memahat tanggam.

Pahat tidak boleh diketuk dengan tukul kerana hal ini akan merosakkan bahagian

hulu pahat.

Pahat juga boleh digunakan tanpa gandin kayu ketika kerja meraut dan

mengemas bucu kayu

Pahat harus sentiasa dalam keadaan tajam

Pahat dapat diasah dengan batu asah pada sudut 25-30. Jika pahat terlalu

tumpul canaikan terlebih dahulu dengan sudut canai 20-25

Pastikan tangan tidak berada di hadapan mata pahat ketika kerja-kerja memahat

atau mengasah dilakukan.

14

Page 15: KK Kayu asg

TUKUL KUKU KAMBING

Saiz tukul kambing ditentukan oleh berat kepala yang biasanya dalam lingkungan

200 gm hingga 850 gm.

Kegunaannya adalah untuk memukul dan mencabut paku.

TUKUL WARRINGTON

Saiz tukul ditentukan oleh berat kepala tukul

Bahagian kepala tukul dibuat daripada keluli keras manakala bahagian hulu dibuat

daripada kayu liat

15

Page 16: KK Kayu asg

GANDIN KAYU

Gandin dibuat daripada kayu keras

Saiz gandin kayu ditentukan oleh saiz kepala gandin

Bentuk kepala gandin kayu dibuat sedemikian untuk memudahkan kerja-kerja

mengetuk. Bahagian pemegangnya pula dibina tirus supaya bahagian kepala tidak

mudah tercabut ketika kerja mengetuk dilakukan

Gandin kayu tidak sesuai digunakan untuk mengetuk kayu keras.

Kegunaannya adalah untuk mengetuk hulu pahat dan mengetuk ketika kerja

memasang atau menanggalkan bahagian-bahagian projek.

4.2.3 MESIN YANG DIGUNAKAN

16

Page 17: KK Kayu asg

MESIN GERGAJI JIG

Mesin ini digunakan untuk memotong bahan dalan beraneka jenis mata untuk

membentu atau memotong bahan yang berlainan.

Kayu keras yang berketebalan 50mm boleh dikerat dengan gergaji ini.

MESIN GERGAJI RENCONG

mesin ini digunakan untuk mendapat hasil pemotongan permukaan kayu yang licin.

Digunakan untuk memotong serong dan tegak.

Dengan menggunakan gergaji ini kita boleh mendapat hasil potongan yang baik.

17

Page 18: KK Kayu asg

MESIN GERGAJI LENGAN

Mesin ini merupakan mesin kayu yang mempunyai pelbagai kegunaan.

Saya menggunakan mesin untuk memotong kayu yang sederhana kecil kerana ia

lebih mudah dikawal.selain itu mesin ini juga menghasilkan pemotongan yang licin

dan berketepatan yang jitu.

4.2.4 BAHAN KEMASAN

CAT LICAU

18

Page 19: KK Kayu asg

Kegunaanya ialah untuk menutup liang-liang kayu dan kecacatan kayu disamping

mencantikkan kayu dengan warna terpilih.

Permukaan berkilau, licin dan mempunyai warna yang menarik.

CAT SEMBURAN

Cat sembur memberikan kemasan yang lebih cantik

dan berkilat berbanding dengan cat licau yang disapu dengan berus cat.

Cat sembur dicairkan dengan pelarut thinner supaya lebih cair dan cepat kering.

SYELEK

19

Page 20: KK Kayu asg

Digunakan untuk mencantikkan kayu dan melindungi permukaan kayu.

Kos murah dan cepat kering.

Cara menggunakannya: Larutan syelek dengan pelarutnya (spirit methil) dan

sapukan ke atas permukaan kayu mengikut arah urat kayu.

TEPUNG PENYUMBAT

Digunakan untuk menyumbat liang-liang kayu.

Cepat kering dan mudah digunakan.

Cara menggunakannya: Boleh dicairkan dengan menggunakan air dan turpentine.

4.2.5 KOS PENGHASILAN PROJEK KOS PENGHASILAN PROJEK

BAHAN HARGA SEUNIT (RM)

KUANTITI HARGA(RM)

20

Page 21: KK Kayu asg

1. Kayu (2” x 2” x 12’m)

15.00 2 batang 30.00

2. Papan lapis(9mm)

20.00 1/2 keping 10.00

3. Papan lapis(15mm)

32.00 1/2 keping 16.00

4. Gam PVA 4.00 1/8 tin 0.505. Wood Filler 5.00 1/2 tin 2.506. Kertas Las 0.50 4 keping 2.007. Cat 35.00 1/8 keping 4.40

JUMLAH 65.40

Kos tenaga kerja = RM2.00 (seorang) x 20 jam

(2 orang) = RM 40.00 x 2 orang

= RM 80.00

Kos elektrik = 0.30 x 10 jam

= RM 3.00

Jumlah Keseluruhan = Kos bahan + Kos tenaga kerja + Kos elektrik

= RM 65.40 + RM 40.00 + RM 3.00

= RM 108.40

Keputusan harga pasaran

= RM 125.00

21

Page 22: KK Kayu asg

5.0LAKARAN

22

Page 23: KK Kayu asg

5.1 Lakaran Awal

23

Page 24: KK Kayu asg

5.1.1 LUKISAN ISOMETRIK

24

Page 25: KK Kayu asg

5.1.2 LUKISAN CERAIAN

25

Page 26: KK Kayu asg

5.1.3 LUKISAN ORTOGRAFIK

6.0CARTA PEMBINAAN

26

Page 27: KK Kayu asg

6.1 PROSES KERJA

27

Mengenalpasti masalah Perkembangan idea Pemilihan idea

terbaik

Menyediakan lukisan kerja

menggunakan perisian CAD

Susunatur dan merancang kerjaPenyediaan bahan

Pembinaan tanggam yang

sesuai

Pembinaan dan pemasangan projek Kemasan

Pengujian projekPersembahan

Page 28: KK Kayu asg

Pengukuran dan Penandaan

28

PENGUKURAN DAN

PENANDAAN

PEMOTONGAN

PEMASANGAN

KEMASAN

Page 29: KK Kayu asg

Proses yang pertama sekali harus dilakukan dalam melaksanakan projek kerja kayu

kayu ini adalah mengukur kayu dan bahan supaya menepati ukuran serta

memudahkan kerja. Proses ini juga bertujuan untuk membantu dan memudahkan

saya melakukan kerja memotong, menggerudi, melipat, dan membengkok

dijalankan.

Menanda mesti dilakukan dengan tepat bagi mendapatkan hasil kerja yang

sempurna. Oleh itu, berbagai-bagai jenis peralatan menanda yang digunakan

untuk menghasilkan kerja yang tepat di dalam bengkel.

Alatan yang saya gunakan dalam mengukur ialah pita pengukur, pembaris

keluli dan sesiku L.

Saya menggunakan pembaris keluli untuk mengukur kayu yang pendek dan

telah menggunakan pita ukur untuk mengukur kayu yang panjang.

Sesiku L amat diperlukan dalam mengukur ketepatan ukuran dan sudut.

29

Page 30: KK Kayu asg

Semasa proses mengukur, saya juga telah melakukan penandaan bagi

memudahkan proses pemotongan nanti.

Alatan yang saya gunakan untuk menanda ialah Pensel Tukang.

PEMOTONGAN

Seterusnya adalah proses pemotongan. Proses memotong termasuklah

mengikir, menggergaji dan memahat. Proses ini dilakukan untuk

menyediakan kayu dan papan lapis kepada saiz dan bentuk yang

dikehendaki. Dalam proses ini , kami dikehendaki sangat berhati-hati kerana

menggunakan mesin yang berkuasa tinggi serta berkaitan dengan alatan

yang tajam.

Mesin yang saya gunakan untuk memotong adalah mesin gergaji rencong,

mesin gergaji jig dan gergaji lengan.

30

Page 31: KK Kayu asg

Gergaji rencong digunakan untuk mendapatkan permukaan kayu yang licin

selepas memotong juga untuk memotong serong atau tegak.

Saya telah menggunakan mesin gergaji jig untuk memotong papan lapis

kepada saiz yang dikehendaki.

31

Page 32: KK Kayu asg

Saya telah gunakan mesin gergaji jigsaw untuk membuat tanggam kerana

mesin ini boleh digunakan untuk memotong kayu yang tebal.

32

Page 33: KK Kayu asg

PEMASANGAN

Proses yang ketiga dalam pembuatan projek rak buku ini ialah proses

memasang. Proses ini dilakukan setelah selesai proses menanda dan

memotong. Selain memasang, proses ini juga dikenali sebagai proses

mencantum. Mencantum adalah proses melekatkan dua atau lebih kepingan

bahan.

Semasa proses pemasangan, kami telah membuat tanggam.

Tanggam adalah antara kaedah yang digunakan untuk mencantum kayu.

Antara tanggam yang biasanya digunakan adalah tanggam temu dan

tanggam parit.

33

Page 34: KK Kayu asg

Semasa proses pemasangan, saya menggunakan mesin nil air gun.

Mesin ini mempunyai pelbagai saiz paku, saya gunakannya untuk

menyambung kayu beroti juga kayu MDF.

Bagi menyambung kumai dan kayu-kayu kecil, saya gunakan gam asid.

Gam ini amat kuat dan kukuh.

Ketelitian amat diperlukan semasa menggunakan gam ini kerana jika terkena

pada tangan amat sukar untuk dihilangkan.

34

Page 35: KK Kayu asg

KEMASAN

Proses terakhir dalam pembuatan projek rak kasut ini adalah kemasan.

Kemasan boleh ditakrifkan sebagai melakukan kerja-kerja terakhir dalam

membina sesuatu projek sebelum dipasarkan. Kaedah kemasan yang betul

menentukan kesenian tukang dan kecantikan benda kerja. Untuk

menghasilkan kemasan yang menarik bermutu tinggi benda kerja atau projek

perlu dirawat supaya apabila disiapkan dengan kemasan tertentu tidak akan

menunjukkan kelemahan dan kecacatan kayu tersebut.

Bagi membuat kemasan, saya menggunakan mesin pelelas mudah alih

(sander), tepung penyumbat, kertas las, berus cat, dan syelek.

Saya menggunakan mesin pelelas untuk melicinkan permukaan kayu.

35

Page 36: KK Kayu asg

Tepung penyumbat digunakan untuk menutup lubang-lubang yang terdapat

pada kayu.

Dengan ini, permukaan kayu akan kelihatan licin dan kemas.

Saya menggunakan NC Woodseeler untuk mengecat permukaan rak saya.

Saya mengecat sebanyak 2 lapisan dengan menggunakan berus cat yang

bersesuaian.

Rak dikeringkan selama setengah jam.

Selepas itu, saya telah “spraykan”AC Clear di atas permukaan yang telah

dicat.

Saya telah menggunakan kertas las selepas AC Clear telah kering untuk

membuang permukaan yang kasar.

7.0 RUJUKAN

Ahmad, Z. A. (1999). Proses Pembuatan Jilid 1. Skudai: Universiti Teknologi

Malaysia.

Anuar Bin M Lela , Amran Bin Hussein , Nawawi Bin Mohd Jan. (2005). Bahan

Binaan Tingkatan 4 dan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

G-Mart International Limited. (n.d.). Retrieved February 1, 2011, from

http://www.sensor-bin.com/kp-rak-kasut-automatik-21855.html

36

Page 37: KK Kayu asg

Hasni Bin Rais, Jamil Bin Abd Baser. (2006). REKA CIPTA Tingkatan 4 & 5. Shah

Alam: Cerdik Publications Sdn Bhd.

Ibrahim Che muda, N. Ramudaram. (1994). Teknologi Bengkel Mesin. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kamaros Zaman Mohd. Affendi, Zailani Abdullah, Zainab Hj. Abdul Kadir. (2008).

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU Teras & Ekonomi Rumah Tangga. Shah

Alam: Cerdik Publications Sdn Bhd.

Tan Boon Tong (1992). Teknologi Binaan Bangunan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

Dan Pustaka.

Walton, John (1971). Pertukangan Kayu : Teori dan Amalan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

http://www.freewebs.com/khbsatu/rbt.htm. Dicapai pada 12 Ogos 2015

http://download-macam-macam.blogspot.com/2010/08/alatan-tangan-dalam-kerja-

kayu.html. Dicapai pada 25 Ogos 2015

http://khsmkkb.blogspot.com/2010/01/proses-reka-bentuk.html. Dicapai pada 25

Ogos 2015

37

Page 38: KK Kayu asg

8.0 LAMPIRAN

38