Kk pa syahira

10
NAMA: NURSYAHIRA BINTI MAT NAWI TAJUK: ADAT RESAM :ADAT MENYAMBUT KELAHIRAN 1.0 PENGENALAN PENGENALAN Biar mati anak jangan mati adat. Peribahasa yang melambangkan pentingnya adat. Adat adalah aneka kelaziman dalam sebuah negari berdasarkan kepada keadaan dan situasi sesuatu masyarakat itu. Secara ringkas, adat adalah peraturan hidup sehari-hari. Ia merupakan gagasan kebudayaan yang terdiri daripada nilai-nilai kebudayaan, norma, kebiasaan, dan hukum adat yang lazim dilakukan di sesuatu daerah adat dapat diteruskan dengan adanya informasi yang disampaikan dari generasi ke generasi, baik secara bertulis mahupun lisan. Sesebuah masyarakat menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek moyang mereka sebagai satu peraturan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat(2010), adat bermaksud peraturan yang sudah diamalkan sejak turun-temurun di dalam sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi). Setiap suku bangsa di Malaysia mempunyai adat resam masing- masing termasuklah masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu merupakan etnik terbesar di Malaysia. Dalam konteks hukum adat, individu- individu dalam masyarakat Melayu dapat digabungkan di bawah satu- satu sistem norma dan nilai yang seragam. Orang-orang Melayu dapat dibezakan dengan bangsa lain kerana mereka mempunyai adat yang unik dan khusus, dari cara pemakaian, bahasa, tatacara, faham dan resam. Masih banyak adat yang masih diamalkan oleh masyarakat melayu kini. Antaranya adat perkahwinan, adat menyambut kelahiran dan adat semasa berlaku kematian. Antara adat yang masih diamalkan oleh masyarakat melayu ialah adat menyambut kelahiran bayi. Kelahiran anak bagi pasangan suami isteri merupakan suatu pengurniaan tuhan kepada hambanya. Anak merupakan penyambung zuriat atau keturunan supaya perkembangan ummah dapat diteruskan. Oleh itu, anak harus dididik dengan sempurna agar dia menjadi manusia yang berguna bagi keluarga, bangsa, agama dan negara. Adat menyambut kelahiran terdiri daripada 3 peringkat iaitu peringkat sewaktu mengandung, peringkat bersalin dan peringkat selepas lahir. Bagi masyarakat melayu apabila seseorang wanita mengandung, pelbagai adat diamalkan antaranya adat melenggang perut. Ini bertujuan untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan anak dalam kandungan dan juga ibu yang mengandung. Mereka mempercayai bahawa jika sesuatu pantang larang dilanggar, kecelakaan akan menimpa mereka. Mereka menganggap bahawa pantang larang ini sebagai satu adat istiadat yang wajib dilakukan. Dalam masyarakat melayu, pantang larang semasa kehamilan dapat dibahagkan kepada 2 jenis iaitu dari segi perlakuan dan permakanan. Menurut Puan Hajah

Transcript of Kk pa syahira

Page 1: Kk pa syahira

NAMA: NURSYAHIRA BINTI MAT NAWI

TAJUK: ADAT RESAM :ADAT MENYAMBUT KELAHIRAN

1.0 PENGENALAN

PENGENALAN

Biar mati anak jangan mati adat. Peribahasa yang melambangkan pentingnya adat. Adat adalah aneka kelaziman dalam sebuah negari berdasarkan kepada keadaan dan situasi sesuatu masyarakat itu. Secara ringkas, adat adalah peraturan hidup sehari-hari. Ia merupakan gagasan kebudayaan yang terdiri daripada nilai-nilai kebudayaan, norma, kebiasaan, dan hukum adat yang lazim dilakukan di sesuatu daerah adat dapat diteruskan dengan adanya informasi yang disampaikan dari generasi ke generasi, baik secara bertulis mahupun lisan. Sesebuah masyarakat menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek moyang mereka sebagai satu peraturan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat(2010), adat bermaksud peraturan yang sudah diamalkan sejak turun-temurun di dalam sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi).

Setiap suku bangsa di Malaysia mempunyai adat resam masing-masing termasuklah masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu merupakan etnik terbesar di Malaysia. Dalam konteks hukum adat, individu-individu dalam masyarakat Melayu dapat digabungkan di bawah satu-satu sistem norma dan nilai yang seragam. Orang-orang Melayu dapat dibezakan dengan bangsa lain kerana mereka mempunyai adat yang unik dan khusus, dari cara pemakaian, bahasa, tatacara, faham dan resam.

Masih banyak adat yang masih diamalkan oleh masyarakat melayu kini. Antaranya adat perkahwinan, adat menyambut kelahiran dan adat semasa berlaku kematian. Antara adat yang masih diamalkan oleh masyarakat melayu ialah adat menyambut kelahiran bayi. Kelahiran anak bagi pasangan suami isteri merupakan suatu pengurniaan tuhan kepada hambanya. Anak merupakan penyambung zuriat atau keturunan supaya perkembangan ummah dapat diteruskan. Oleh itu, anak harus dididik dengan sempurna agar dia menjadi manusia yang berguna bagi keluarga, bangsa, agama dan negara.

Adat menyambut kelahiran terdiri daripada 3 peringkat iaitu peringkat sewaktu mengandung, peringkat bersalin dan peringkat selepas lahir. Bagi masyarakat melayu apabila seseorang wanita mengandung, pelbagai adat diamalkan antaranya adat melenggang perut. Ini bertujuan untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan anak dalam kandungan dan juga ibu yang mengandung. Mereka mempercayai bahawa jika sesuatu pantang larang dilanggar, kecelakaan akan menimpa mereka. Mereka menganggap bahawa pantang larang ini sebagai satu adat istiadat yang wajib dilakukan. Dalam masyarakat melayu, pantang larang semasa kehamilan dapat dibahagkan kepada 2 jenis iaitu dari segi perlakuan dan permakanan. Menurut Puan Hajah Rokiah adat melenggang perut yang diamalkan masyarakat melayu kebanyakan dipengaruhi oleh adat tradisi Hindu dan dikenali sebagai mandi Tian.

Page 2: Kk pa syahira

Kajian adat kelahiran dalam masyarakat melayu ini akan difokuskan kepada dua aspek iaitu proses-proses menyambut kelahiran dan kepentingannya kepada masyarakat melayu dalam menjaga kesejahteraan ibu dan anak.

Kerasionalan kajian ini dilakukan kerana amalan menyambut kelahiran semakin luput ditelan zaman. Kajian ini juga rasional dilakukan agar dapat mengetahui adat-adat yang dilakukan oleh nenek moyang dahulu dan amalan yang masih diamalkan sehingga kini.

Kesimpulannya, adat resam kelahiran sudah semakin terhakis. Oleh itu, adat yang diamalkan dahulu patut dikekalkan selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat agama. Adat ini boleh merapatkan hubungan antara masyarakat tanpa bersengketa.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Page 3: Kk pa syahira

Terdapat 2 objektif kajian iaitu:

1.Mengenalpasti adat menyambut kelahiran bayi dalam kalangan masyarakat Melayu di Kampung Pantai Baru

2. Mengkaji perubahan yang berlaku dalam pengamalan adat menyambut kelahiran bayi dalam kalangan masyarakat Melayu di Kampung Pantai Baru.

3.0 LOKASI KAJIAN

Page 4: Kk pa syahira

LATAR BELAKANG NEGERI KELANTAN

Kelantan Darul Naim atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 14 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan pelbagai sumber asli. Nama kelantan dikatakan pencemaran daripada perkataan “gelam hutan”, iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleucadendron. Ada juga yang menyatakan bahawa namanya datang daripada perkataan “kilatan” atau “kolam tanah”. Selain itu, Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu. Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan empayar Funan, empayar khmer, Srivijaya dan Siam. Kira-kira 1411, Raja Kumar iaitu Raja kelantan membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk islam. Kemudian Kelantan menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pada akhir abad ke-15.

Negeri Kelantan berkeluasan lebih kurang 14922km, terletak di Timur Laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut Cina Selatan. Kelantan bersempadan dengan Narathiwat, Thailand. Kelantan merupakan sebuah negeri agraria iaitu menjalani aktiviti pertanian yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan. Berdasarkan kajian pada tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai 1.4 juta orang penduduk. Penduduk Kelantan terdiri daripada pelbagai kaum antaranya kaum melayu yang merupakan kaum yang terbesar dengan peratusan 95%. Diikuti dengan kaum Cina dengan 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum iaitu 0.9%. Melalui bancian tersebut juga, penduduk yang beragama Islam berjumlah 95%, Agama Buddha 4.4%, Kristian dengan 0.2% , Hindu 0.2% dan lain-lain agama iaitu 0.2%.

Kelantan terdiri daripada 10 jajahan iaitu jajahan Kota Bharu, Pasir Mas,Tumpat, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli,Gua Musang dan Pasir Puteh. Bandar utama negeri Kelantan termasuklah Kota Bharu, Pasir Puteh, Pasir Mas, Kuala Krai, Jeli, Rantau Panjang, dan Pangkalan Chepa. Kota Bharu merupakan ibu negeri Kelantan iaitu sebuah bandar yang sibuk sebagai pusat tumpuan bagi pentadbiran, pelancongan dan aktiviti perniagaan. Sejumlah 2300km jalan di negeri dan mukim adalah berhubung dengan bandar utama di Kelantan untuk ke Kota Bharu.

Page 5: Kk pa syahira

LATAR BELAKANG DAERAH BACHOK

Bachok ialah sebuah pekan yang terletak kira-kira 35km di tenggara Kota Bharu. Tempat ini lebih dikenali sebagai perkampungsn nelayan. Nama Bachok dikatakan berasal dari 2 perkataan Siam iaitu Ban dan choh. Ban bererti kampung dan choh pula bermakna jala/ jaring untuk menangkap ikan. Orang Siam memanggil tempat itu Ban Choh kerana mata pencarian penduduknya tertumpu kepada menangkap ikan. Sebutan Ban Choh akhirnya bertukar menjadi Bachok mengikut loghat Kelantan. Hal ini demikian kerana, pada masa dahulu sejumlah orang siam telah datang ke Bachok dan menetap di situ sebagai nelayan. Di antara kampung siam yang terkenal ialah Kampung Aril dan Kampung Balai.

Asal usul Bachok menurut salah satu sumber ialah berasal dari nama seseorang yang mungkin dari kalangan yang terawal tinggal di Bachok yang disebut sebagai Tok Bachok. Kampung-kampung yang terletak di sekitar Bachok seperti Kampung Teluk, Kampung Nakhoda Saamah dan Kampung Kemudi mempunyai sejarah yang tersendiri yang turut berkaitan dengan asal usul Bachok. Penduduk Bachok majoritinya terdiri daripada Melayu kemudian diikuti oleh Siam dan Cina. Kegiatan ekonomi penduduk dalam kawasan Majlis Daerah Bachok banyak tertumpu kepada sektor pertanian, perikanan, pelancongan dan industri kecil.

Page 6: Kk pa syahira

Bachok merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Keluasan Jajahan Bachok ialah 264.64 kilometer persegi (km2) dan mempunyai 133,152 penduduk pada tahun 2010. Jajahan Bachok terbahagi kepada 8 daerah iaitu Daerah Gunong, Daerah Tawang, Daerah Perupok, Daerah Melawi, Daerah Telong, Daerah Bekelam, Daerah Mahligai dan Daerah Tanjung Pauh.

Page 7: Kk pa syahira

Adab menyambut kelahiran bayi menurut Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam ajaran agama Islam, seseorang ibu yang sudah melahirkan anak dan kemudiannya baru sahaja menimang cahaya mata adalah amat disarankan untuk menyambut kelahiran bayi baharunya. Namun begitu, tidak banyak perbezaan dalam melaksanakan adab menyambut kelahiran bayi dalam Islam sesuai dengan sifat agama Islam itu yang mudah dan praktikal.

Panggilan bagi menyambut anak lelaki adalah disebut "Salamun Zakrun" yang bererti: Salam sejahtera anak lelaki.Manakala panggilan untuk menyambut anak perempuan adalah disebut sebagai "Salamun An-Nisaa" yang bererti: Salam sejahtera anak perempuan.

Langkah menyambut anak yang baru dilahirkan

Sesudah sahaja anak yang baru dilahirkan dari rahim ibu,maka adalah diperlukan untuk membersihkan/dimandikan anak itu dengan betul dan baik agar posisi anak itu bersih dan sihat. Selalunya amanah membersihkan anak yang baru lahir itu adalah di bawah tanggungjawab jururawat, bidan, bapa anak atau mereka yang penyayang serta pengasih kepada bayi serta berkebolehan meyempurnakan tugasan itu. Bayi yang sudah dibesihkan perlulah dililit/dipakaikan dengan kain tuala yang bersih dan lembut sebaiknya berwarna putih.

Sunat /Sunnah memberi ucapan tahniah dan mengembirakan mereka yang baru sahaja mendapat anak.Tujuannya adalan untuk menghulurkan rasa kegembiraan bersama kepada siibu dan keluarga yang baru sahaja memperolehi cahaya mata selain mengeratkan kemesraan dan ikatan silaturrahim dikalangan mereka. Adalah disarankan bagi pengucap khabar gembira untuk menghulurkan buah tangan tahniah berupa hadiah,hamper,bunga-bungaan ataupun wang saguhati kepada penimang anak.

Sunat untuk diazankan di telinga kanan bayi lelaki dan perempuan yang masih bayi sesudah kelahirannya.Dan juga disunatkan untuk diiqamatkan di telinga kiri bayi lelaki dan perempuan yang masih bayi sesudah kelahirannya. Serta disunatkan juga membaca ayat-ayat suci Al-Quran pada bayi tersebut. Bacaan tidak perlulah dibaca terlalu kuat cukup sekadar memperdengarkan bacaan pada bayi sahaja.Salah satu hikmah(kelebihan)melakukannya adalah supaya kalimat seruan tersebut tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang bayi dengar.

Sunat 'Tahnik' atau belah mulut yang dilakukan selepas anak dilahirkan.Tahnik ialah mengunyah buah kurma(tamar)(selalunya dilakukan oleh orang yang dianggap soleh dan bertaqwa kepada Allah seperti Imam, Bilal(Muazzin), Ulama, Syeikh dan sebagainya), dan seterusnya diletakkan sedikit pada lidah bayi yang baru dilahirkan. Selain daripada Kurma, manisan lain seperti titisan madu, nira nipah atau kelapa juga boleh digunakan. Tujuannya adalah untuk melazimkan bayi membuka mulut dengan mendapatkan ganjaran benda manis. Amalan ini membuatkan bayi mahu menghisap apabila ibu menyusukan bayi tersebut kerana sentuhan di lidah mempunyai kesan manis dan bukan kesan yang tidak menyelesakan. Selain itu, tujuan lain adalah untuk melancarkan percakapan anak kecil selain mengetengahkan anak kecil itu agar kelak selalu berkata manis dan benar.

Page 8: Kk pa syahira

Sunat menamakan anak yang baru dilahirkan dengan dengan nama-nama yang baik.Menamakan anak boleh dilakukan pada hari pertama kelahiran anak tersebut sesudah bayi itu diazan dan diiqamatkan atau pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai.Nama yang kotor buruk serta menjatuhkan maruah perlulah dielakkan sama sekali.

Mencukur rambut Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiranya, kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya. Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu: dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala, juga dikenali sebagai kerak kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran. Dari sudut kemasyarakatan bercukur mengalakkan umatnya bersedekah disamping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya. Walaupun disunatkan bercukur bagi orang Islamtetapi dilarang daripada melakukan Qaza’ iatu mencukur sebahagian kepala kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri, ini untuk menunjukkkan sifat keadilan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w. di mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun terhadap dirinya sendiri. Larangan mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan suatu perbuatan yang zalim kepada kepala kerana hal sedemikian menyebabkan sebahagian kepala akan ditutupi dan sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut

Sunat "Aqiqah" bagi anak baru lahir.Aqiqah yang membawa maksud penyembelihan binatang ternakan seperti lembu,kerbau,unta ataupun kambing yang dilakukan selepas kelahiran bayi(lebih afdhal(yang lebih baik)dilakukan pada hari ketujuh)sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Taala.Kurban yang dilaksanakan ini dapat mendekatkan anak kepada Allah dan pelbagai faedah yang lain.Kurban Aqiqah dapat meninggalkan kesan psikologi pada anak kecil yang baru lahir agar dia dapat merasakan dirinya dihargai oleh keluarga dan masyarakat selain menggembleng perasaan kecil agar mampu berkorban dan redha dengan ketentuan Allah.Atucara ini biasanya dilakukan pada majlis kesyukuran yang biasanya turut diselitkan dengan aktiviti mengunting rambut bayi,Nasyid, selawat,bacaan Al-Quran, solat sunat syukur,bacaan Yassin dan Tahlil Kesyukuran.Perbuatan menyembelih binatang selalunya tidak dilakukan dihadapan mata bayi yang hendak diraikan tetapi dilakukan sebelum majlis berlangsung.Makanan dan minuman turut diberikan pada hadirin dan anak fakir miskin dan yatim piatu.

Sunat (berkhatan/berkhitan/bersunat).Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan merupakan suatu kewajipan bagi lelaki.Namun begitu sesetengah Ulama menafsirkan berkhatan bagi lelaki adalah hanya dikategorikan sebagai Sunat Muakkat(Sunat yang amat dituntut oleh syariat Islamiah).Tujuan berkhatan adalah untuk menjaga kesucian zahir dan batin umat manusia selain untuk menguatkan minda dan badan dan mencantikkan paras rupa dan wajah.Para saintis moden telah menggalakkan khata kepada semua umat manusia bagi membendung masalah jangkitan penyakit kelamin yang merbahaya seperti HIV dan AIDS.Bagi kanak-kanak lelaki yang berumur antara umur 8 hingga 12 tahun boleh disunatkan oleh Tok Mudim manakala kanak-kanak lelaki dibawah umur itu serta kanak-kanak perempuan boleh

Page 9: Kk pa syahira

disunatkan oleh Doktor dan Bidan yang berkebolehan.Bagi kes kanak-kanak dan orang dewasa Muslim yang mencecah umur 13 tahun dan keatas pilihan melaksanakan kewajipan berkhatan boleh ditentukan untuk dilaksanakan oleh Doktor atau Mudim mengikut kehendak dirinya dengan syarat tidak menimbulkan syahwat dan pelaksana pembedahan adalah mereka yang sama jantina atau muhrim.Sesetengah Ulama juga menafsirkan hukuman bagi lelaki Muslim yang tidak berkhatan adalah dihukum bunuh.Bagi melaksanakan ibadah berkhatan ini,pengetahuan dalam bidang perubatan perlu ada pada pelaksana pembedahan serta Ibadah khatan boleh dilakukan selepas diadakan majlis kesyukuran.

Rujukan