Kk Projek Pengayaan

download Kk Projek Pengayaan

of 20

  • date post

    04-Apr-2018
  • Category

    Documents

  • view

    227
  • download

    0

Embed Size (px)

Transcript of Kk Projek Pengayaan

  • 7/31/2019 Kk Projek Pengayaan

    1/20

    PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

    1

    1.0 PENDAHULUAN

    GURU merupakan agen kepada keberkesanan pendidikan. Betapa baiknya sistem

    pendidikan sekalipun, kalau agen yang menyampaikan itu tidak efektif , ia tidak akan mencapai

    matlamat kesempurnaan insan. (Aminudin Mansor Majalah Pendidik 2005). Menurut Syarifah Alawiyah ,

    pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang membawa murid ke hasil pembelajaran yang

    dimahukan.

    Kajian ahli psikologi Barat S.L.Pressey, jelas menerangkan satu daripada masalah

    pendidikan yang utama ialah mangsa pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan

    adalah berhubung rapat dengan kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab sebagai pendidik,

    di samping mempunyai kelengkapan keilmuan yang cukup dan mempunyai sahsiah yang

    luhur. Oleh itu, guru seharusnya prihatin dengan pencapaian murid murid dari masa ke

    semasa terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Salah satu

    aspek yang yang harus diberi penekanan ialah pemulihan terutamanya dalam bacaan.

    Kecemerlangan dalam pendidikan memanglah menjadi harapan dan matlamat kita.

    Perkembangan dan kemajuan negara banyak bergantung kepada kecemerlangan dan kualiti

    pendidikan yang dihasilkan. Untuk mencapai kecemerlangan, memang tidak lari dari peranan

    yang dimainkan oleh guru. Guru kreatf dan efektif tentulah guru yang baik. Guru yang baik

    adalah guru yang mampu mengajar atau mendidik dengan baik.

    Guru yang mengajar bacaan dengan berkesan merupakan guru yang sememangnya

    minat membaca, banyak membaca, dan mahir membaca. Oleh itu, mengetahui teknik

    mengajar membaca sahaja sebenarnya bukanlah sesuatu jaminan bahawa murid murid akan

    cepat menguasai kemahiran membaca.Guru kreatif dan berinovatif akan sentiasa mencipta

    teknik sendiri yang difikirkan sesuai dengan situasi dan tahap kepintaran murid murid.

  • 7/31/2019 Kk Projek Pengayaan

    2/20

    PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

    2

    Penggunaan ICT dalam bacaan juga,pastinya akan menarik minat murid untuk

    membaca. Tulisan yang berwarna warni dan grafik yang menarik ,membuatkan murid murid

    akan bersungguh sungguh berusaha untuk menguasai kemahiran membaca. Murid akanlebih berminat lagi sekiranya ia dipulihkan melalui pembacaan cerita. Ini sebagaimana seperti

    cerita Lagenda Mahsuri yang saya sediakan melalui slaid power point.Dengan kata lain,

    kemahiran bahasa murid murid akan meningkat, jika mereka telah menguasai membaca dan

    membaca pelbagai bahan bacaan.

    Walaupun satu kalimah yang diajarnya dialah gurumu

    Peribahasa Arab

  • 7/31/2019 Kk Projek Pengayaan

    3/20

  • 7/31/2019 Kk Projek Pengayaan

    4/20

    PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

    4

    Aktiviti pemulihan pada peringkat pertama dijalankan dalam kelas biasa, iaitu selepas

    kelemahan penguasaan sesuatu kemahiran dikesan melalui aktiviti penilaian. Sekiranya murid

    murid telah berjaya menguasai kemahiran yang diajar, maka mereka akan diberikan aktiviti

    pengayaan. Bagi murid murid yang masih gagal dalam program pemulihan yang dijalankan

    dalam kelas biasa, mereka akan dirujuk kepada guru pemulihan khas. Dalam peringkat ini,

    murid murid itu akan ditempatkan dalam satu bilik khas dan akan menjalani aktiviti pemulihan

    yang dirancang oleh guru pemulihan itu.

    2.1 Rasional Dan Objektif Pendidikan Pemulihan

    Pemulihan mengikut kajian pakar pakar pendidik, merupakan kumpulan kanak kanak

    pada keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang

    berkebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu

    membuat kesimpulan dan kurang memahami tentang pelajaran abstrak. Oleh itu, ramai murid

    yang menghadapi masalah dalam pembelajaran mereka. Untuk membantu murid murid ini

    mengatasi masalah pembelajaran, program pemulihan merupakan satu satunya aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

    Murid yang lemah dalam pelajaran memang memerlukan perhatian dan bimbingan guru

    semasa menjalani aktiviti pembelajaran. Murid murid dalam golongan ini biasanya tidak

    bermotivasi untuk belajar, tidak tahu cara belajar dan cara menyelesaikan masalah serta tidak

    berdisiplin semasa belajar. Mereka biasanya kurang cerdas, lambat berfikir dan bertindak

    cepat lupa kemahiran atau fakta yang baru dipelajari. Justeru itu, program pemulihan haruslah

    disediakan untuk membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran yang mereka hadapi

    agar mereka tidak ketinggalan berbanding dengan rakan rakan sekelas mereka.

  • 7/31/2019 Kk Projek Pengayaan

    5/20

    PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

    5

    Objektif pendidikan pemulihan bertujuan membolehkan murid murid yang menghadapi

    masalah pembelajaran supaya dapat menguasai kemahiran kemahiran tertentu dengan

    mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang khas berdasarkan kebolehanmereka. Ia juga agar murid murid ini mendapat layanan yang bersesuaian dengan kebolehan

    dan perkembangan positif mereka. Selain itu, ia dapat mengurangkan masalah pembelajaran

    yang dihadapi serta mengembangkan potensi minat mereka terhadap pelajaran ke peringkat

    yang memuaskan.

    Seterusnya pendidikan pemulihan ini, akan memberi peluang yang sama dengan

    melibatkan murid murid itu dalam aktiviti aktiviti sosial, baik dalam bilik darjah mahupun diluar bilik darjah. Mereka juga akan mengamalkan sikap positif seperti mempunyai keyakinan diri

    dan berdikari apabila mereka berada dalam kumpulan atau masyarakat. Paling penting, murid

    murid ini akan dapat meneruskan pelajaran dalam sistem persekolahan biasa, seterusnya

    mengurangkan masalah keciciran.

    .

    Rajah:Skop kajian pendidikan pemulihan dan imbuhan

    Pendidikan imbuhan

    (sosioekonomi dan politik )

    PENDIDIKANPEMULIHAN ( PEDAGOGI ))

  • 7/31/2019 Kk Projek Pengayaan

    6/20

    PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

    6

    Beberapa strategi boleh dijalankan di sekolah terutamanya mewujudkan kerjasama antara guru

    pemulihan dengan guru kelas. Dalam hubungan ini, guru pemulihan dan guru kelas sentiasa

    digalakkan meengadakan perbincangan dari semasa ke semasa untuk membantu

    menyelesaikan masalah murid. Ini bertujuan untuk mengesan perkembangan pencapaian murid

    secara berterusan. Mereka juga digalakkan bekerjasama dalam mengendalikan aktiviti

    pemulihan.

    Guru pemulihan juga harus mempunyai hubungan profesional dengan guru panitia

    Bahasa Melayu. Pihak sekolah juga boleh mengadakan pertemuan dengan ibu bapa dalam

    tempoh dua atau tiga bulan sekali. Tujuan perjumpaan ini ialah untuk membincangkan

    perkembangan pencapaian murid murid lemah. Dalam pertemuan ini, ibu bapa akan diberi

    tunjuk ajar tentang cara - cara membimbing anak mereka yang lemah dalam pembelajaran.

    Guru kelas pula hendaklah memberi tumpuan khusus kepada murid murid lemah

    selama 10 hingga 20 minit bagi setiap waktu pelajaran. Guru juga harus memastikan hubungan

    yang baik sentiasa terjalin antara murid pemulihan dengan rakan dari kumpulan lain. Guru kelas

    juga hendaklah memastikan hubungan yang baik sentiasa terjalin antara murid pemulihan

    dengan rakan dari kumpulan lain. Guru kelas juga hendaklah meastikan hubungan dengan ibu

    bapa murid pemulihan sentiasa terjalin bagi memudahkan kedua dua pihak mengatasi

    masalah tersebut.

    Secara umumnya , murid murid yang sentiasa menghadapi masalah pembelajaran

    adalah terdiri daripada murid murid yang mempunyai IQ yang rendah. Keadaan ini berhubung

    rapat dengan beberapa faktor. Antaranya ialah faktor faktor pembelajaran yang

    berkemungkinan kurikulum yang kurang sesuai dengan perkembangan kognitif kanak - kanak,

    strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai ataupun bahan pelajaran yang

    disediakan tidak menarik minat murid murid.

  • 7/31/2019 Kk Projek Pengayaan

    7/20

    PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

    7

    Faktor peribadi juga merupakan aspek yang menyebabkan murid murid mengahadi

    masalah pembelajaran seperti kemiskinan dan masalah sosial. Faktor masalah peribadi

    merupakan satu putaran yang luas dalam proses pembelajaran seseorang murid. Mereka tidakmempunyai motivasi yang kuat untuk belajar. Aspek lain ialah kurang kecerdasan di mana

    murid murid yang menghadapi masalah mental ialah murid yang lambat berfikir, cepat lupa,

    sukar memahami, lemah pengamatan dan sebagainya.Seterusnya ialah masalah fizikal, di

    mana murid murid yang kurang sihat akan menghadapi masalah pembelajaran di sekolah.

    Murid murid ini berkemungkinan kekurangan zat makanan yang menyebabkan kurang

    semangat dan tumpuan kerana lesu dan penat. Tenaga belajar juga menjadi kurang, mungkin

    kerana mereka terpaksa bekerja sambilan membantu ibu bapa yang miskin. Seterusnya murid

    murid yang kurang sihat, amat mudah diserang pelbagai penyakit. Mereka kurang cergas,

    menyebabkan otak mereka lembab berfikir iaitu kurang cerdas.

    Di samping itu aspek psikologi yang berkait rapat dengan emosi. Murid murid ini

    mempunyai perasaan terlalu rendah diri, takut, malu, marah, pemberontak dan sebagainya.

    Murid murid yang menghadapi masalah pembelajaran mungkin akan membeci guru dan

    sekolah atau menjadi seorang pemalu. Murid murid yang mempunyai kecacatan fizikal

    mungkin akan hilang keyakinan diri dalam aktiviti pembelajaran.

  • 7/31/2019 Kk Projek Pengayaan

    8/20

    PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

    8

    Rajah:Proses pengelolaan sesi pemulihan

    3.0 KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN DALAM KELAS BIASA DAN KELASKHAS.