KK SCE3113-PPG-2014
-
Upload
jamaludin-bin-musa -
Category
Documents
-
view
220 -
download
0
description
Transcript of KK SCE3113-PPG-2014
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
TUGASAN PROJEK
Hasil Pembelajaran Kursus
1. Menerangkan maksud ujian, penilaian dan pentaksiran dalam konteks pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah
2. Meneroka pelbagai alat pentaksiran yang sesuai untuk pengajaran pembelajaran sains sekolah rendah
3. Membincangkan pengurusan dan pengendalian pentaksiran berasaskan sekolah dan pentaksiran pusat
4. Melaksanakan penilaian dalam pengajaran sains 5. Mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran penilaian dalam konteks hidupan harian
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2,3,4 dan 5.
Objektif Projek :
Pelajar dapat:
1. Menyiapkan segala tugasan yang diberikan dalam tutorial-tutorial.
2. Membina satu ujian objektif untuk satu topik daripada Kurikulum Standard Sekolah Rendah berdasarkan aras kognitif Taksonomi Bloom.
3. Mentadbirkan ujian yang telah dibina dan melaksanakan analisis item.
TARIKH MULA
16 OGOS 2014
TARIKH HANTAR
13 SEPTEMBER 2014
TAJUK PROGRAM : PROGRAM
PENSISWAZAHAN GURU
NAMA GURU PELATIH :
KOD KURSUS : SCE3113
NAMA KURSUS : PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS
SEMESTER : 6
AMBILAN FEB. 2012
2
Tugasan1: (Kerja Individu) (25%)
Panduan Pelaksanaan Tugasan 1
1. Pelajar perlu mengakses laman web OLL IPGKTI untuk menerima tutorial-tutorial yang telah disediakan.
2. Pelajar dikehendaki menyiapkan segala tugasan yang diberi dalam tutorial-tutorial.
3. Rujukan perlu merangkumi pelbagai sumber.
4. Hasil kerja mesti dimuat naik dalam laman web OLL IPGKTI mengikut masa yang ditetapkan.
5. Pentaksiran akan dibuat atas semua kerja pelajar.
Tugasan 2: (Kerja Individu) (25%)
Panduan Pelaksanaan Tugasan 2
1. Pelajar dikehendaki menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian Objektif (JSU) untuk satu topik dari Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
2. Ujian perlu mengandungi 10 soalan objektif yang merangkumi semua aras kognitif berdasarkan Taksonomi Bloom.
3. Nyatakan aras kognitif untuk setiap soalan objektif dengan jelas.
4. Sediakan Skema Pemarkahan yang lengkap mengikut kriteria yang disarankan. 5. Mentadbirkan ujian yang telah dibina dalam kalangan murid sekolah tidak kurang daripada 20 orang.
Tugasan 3: (Kerja Individu) (50%)
1. Pelajar dikehendaki melaksanakan analisis item untuk ujian objektif yang telah ditadbirkan. 2. Menentukan Indeks Kesukaran (IK) dan Indeks Diskriminasi (ID) untuk setiap item ujian. 3. Membincang kualiti setiap item ujian dan ujian anda secara keseluruhannya berdasarkan dapatan analisis item. 4. Menyerahkan hasil kerja anda dalam bentuk hard copy.
Format Penulisan Tugasan
1. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini
2. Fon Arial
3. Saiz huruf – 12
4. Langkau 1.5 baris
5. Penulisan dalam Bahasa Melayu sahaja.
3
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.
3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.
4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
5. Penulisan laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah.
6. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan.
7. Rujukan internet tidak boleh melebihi 30% daripada keseluruhan bahan rujukan.
8. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh:
................................................. ... ...............................................................
Dr. YAZID BIN ABDUL MANAP PN. HJH. RAHIMAH BINTI AHMAD
Penyelaras Kursus Pakar Bidang Pedagogi Sains
Jabatan Sains , IPG KTI Jabatan Sains, IPG KTI
Disahkan oleh:
.....................................................
SAIRI BIN JASMAN
Ketua Jabatan
Jabatan Sains, IPG KTI
4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
PENTAKSIRAN KERJA KURSUS – PROJEK
(JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN, SOALAN TUGASAN DAN RUBRIK PEMARKAHAN)
Kursus :
SCE3113
Tempoh: 4 Minggu
Tarikh Mula : 16 Ogos 2014
Tarikh Serahan: 13 Sept. 2014
Program :
Program Pensiswazahan Guru Semester 6
Ambilan Feb. 2014
Kumpulan: SN/BI/RBT
Disediakan oleh:
Dr. Yazid Bin Abdul Manap
Disahkan oleh : Penyelaras Kursus / Pakar Bidang Mata Pelajaran
Pn. Hjh. Rahimah Binti Ahmad
Ketua Jabatan
En. Sairi Bin Jasman
Nama & Tanda tangan
Tarikh :
5
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU
JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN PROJEK
JABATAN : SAINS
KURSUS : PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS
KUMPULAN : SN/BI/RBT AMBILAN FEB. 2012
SEMESTER : 6
Hasil Pembelajaran Kursus:
1. Menerangkan maksud ujian, penilaian dan pentaksiran dalam konteks pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah
2. Meneroka pelbagai alat pentaksiran yang sesuai untuk pengajaran pembelajaran sains sekolah rendah
3. Membincangkan pengurusan dan pengendalian pentaksiran berasaskan sekolah dan pentaksiran pusat
4. Melaksanakan penilaian dalam pengajaran sains
5. Mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran penilaian dalam konteks hidupan harian Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2,3,4 dan 5.
Objektif Projek :
Pelajar dapat:
1. Menyiapkan segala tugasan yang diberikan dalam tutorial-tutorial.
2. Membina satu ujian objektif untuk satu topik daripada Kurikulum Standard Sekolah Rendah berdasarkan aras kognitif Taksonomi Bloom.
3. Mentadbirkan ujian yang telah dibina dan melaksanakan analisis item.
Tarikh Mula 16 Ogos 2014
Tarikh Serah 13 September 2014
6
Spesifikasi Tugasan
Tajuk
TUGASAN
WAJARAN
CATATAN
1. Tugasan Tutorial
2. Pembinaan Item Ujian
3. Analisis Item Ujian
1. Menyiapkan segala tugasan yang diberikan dalam tutorial-tutorial.
2. Membina satu ujian objektif untuk satu topik daripada Kurikulum Standard Sekolah Rendah berdasarkan aras kognitif Taksonomi Bloom.
3. Melaksanakan analisis item ujian yang telah ditadbirkan
25%
25%
50%
Kriteria penilaian keseluruhan:
- Mengakses maklumat dari
pelbagai sumber untuk
menyokong pendapat / hujah
kendiri yang asli
-Menggubal item ujian dengan
merujuk KSSR
- Penyediaan skema pemarkahan
tepat dan sistematik
- Menunjukkan keupayaan
pemikiran matang dan organisasi
kerja aras tinggi
7
RUBRIK PEMARKAHAN
TUGASAN PROJEK
TAJUK PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEMESTER: 6 (AMBILAN FEB. 2012)
TAJUK KURSUS : PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS (SCE3113)
Aspek dinilai
Cemerlang
(21-25)%
Baik
(16-20)%
Memuaskan
(11-15)%
Kurang memuaskan
(06-10)%
Lemah
(01-05)%
Tugasan 1:
Kerja Individu
(25%)
Menyiapakn
tugasan dalam
tutorial
- Mempunyai bukti maklumat daripada pelbagai sumber - Isi kandungan sangat tepat, relevan dan asli
- Melengkapkan kerja untuk semua tutorial (100%) - Memuat naik tugasan dengan menepati masa
- Mempunyai bukti maklumat daripada pelbagai sumber - Isi kandungan tepat, relevan danasli - Melengkapkan kerja untuk 80% tutorial - Memuat naik tugasan menepati dengan masa
- Mempunyai bukti maklumat daripada pelbagai sumber - Isi kandungan tepat dan relevan - Melengkapkan kerja untuk 60% tutorial - Memuat naik tugasan lewat kurang daripada seminggu
- Kurang bukti maklumat daripada pelbagai sumber - Isi kandungan relevan tetapi tidak mencukupi - Melengkapkan kerja untuk 40% tutorial - Memuat naik tugasan lewat seminggu
- Tidak menunjukkan bukti rujukan maklumat - Isi kandungan kurang relevan - Melengkapkan kerja kurang daripada 40% tutorial - Memuat naik tugasan lebih lewat daripada seminggu
8
Aspek dinilai
Cemerlang
(21-25)%
Baik
(16-20)%
Memuaskan
(11-15)%
Kurang memuaskan
(06-10)%
Lemah
(01-05)%
Tugasan 2
Kerja Individu
(25%)
Membina JSU
dan Ujian
Objektif
- Menggubal 10 soalan objektif mengikut format JSU yang betul - Aras kognitif semua soalan objektif betul mengikut Taksonomi Bloom - Isi kandungan sangat tepat dan relevan - Skema pemarkahan untuk soalan objektif dibina mengikut kriteria yang betul
- Menggubal 8/9 soalan objektif mengikut format JSU yang betul - Aras kognitif 8/9 soalan objektif betul mengikut Taksonomi Bloom - Isi kandungan tepat dan relevan - Skema pemarkahan untuk soalan objektif dibina mengikut kriteria yang betul
- Menggubal 6/7 soalan objektif mengikut format JSU yang betul - Aras kognitif 6/7 soalan objektif betul mengikut Taksonomi Bloom - Isi kandungan tepat dan relevan - Skema pemarkahan untuk soalan objektif dibina mengikut kriteria yang betul
- Menggubal 4/5 soalan objektif mengikut format JSU yang betul - Aras kognitif 4/5 soalan objektif betul mengikut Taksonomi Bloom -Isi kandungan kurang tepat dan relevan - Skema pemarkahan untuk soalan objektif dibina mengikut kriteria yang betul
- Menggubal 3 /kurang soalan objektif mengikut format JSU yang betul - Aras kognitif 3/ kurang soalan objektif betul mengikut Taksonomi Bloom - Isi kandungan tidak tepat dan relevan - Skema pemarkahan untuk soalan objektif tidak dibina mengikut kriteria yang betul
9
Aspek dinilai
Cemerlang
(50-41)%
Baik
(40-31)%
Memuaskan
(30-21)%
Kurang memuaskan
(20-11)%
Lemah
(10-01%)
Tugasan 3
Kerja Individu
(50%)
Melaksanakan
analisis item
ujian
- Menentukan IK untuk semua item ujian dengan kaedah yang betul - Menentukan ID untuk semua item ujian dengan kaedah yang betul - Memberi ulasan tentang kualiti semua item secara terperinci dan jitu - Menjelaskan kualiti ujian secara keseluruhan secara telus dengan 3 / lebih cadangan penambahbaikan
- Menentukan IK untuk 9/8 item ujian dengan kaedah yang betul - Menentukan ID untuk 9/8 item ujian dengan kaedah yang betul - Memberi ulasan tentang kualiti 9/8 item secara terperinci dan jitu - Menjelaskan kualiti ujian secara keseluruhan secara telus dengan 2 cadangan penambahbaikan
- Menentukan IK untuk 7/6 item ujian dengan kaedah yang betul - Menentukan ID untuk 7/6 item ujian dengan kaedah yang betul - Memberi ulasan tentang kualiti 7/6 item secara terperinci dan jitu - Menjelaskan kualiti ujian secara keseluruhan secara telus dengan 1 cadangan penambahbaikan
- Menentukan IK untuk 5/4 item ujian dengan kaedah yang betul - Menentukan ID untuk 5/4 item ujian dengan kaedah yang betul - Memberi ulasan tentang kualiti 5/4 item secara terperinci dan jitu - Menjelaskan kualiti ujian secara keseluruhan secara telus tetapi tiada cadangan penambahbaikan
- Menentukan IK untuk item ujian 3/ kurang dengan kaedah yang betul - Menentukan ID untuk item ujian 3/ kurang dengan kaedah yang betul - Memberi ulasan tentang kualiti 3/ kurang item secara terperinci dan jitu - Tidak menjelaskan kualiti ujian secara keseluruhan secara telus dan tiada cadangan penambahbaikan