KKBI MTE3109

7
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU NAMA PELAJAR : NAMA KURSUS: MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUSAN KOD KURSUS : MTE 3109 SEMESTER: 5 TARIKH MULA: 24 Ogos 2013 TARIKH HANTAR: 21 September 2013 Hasil Pembelajaran: 1. Menghubungkaitkan teori pembelajaran Matematik dalam rangka pembelajaran kanak- kanak dengan nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan melalui pengajaran mikro /makro. 2. Menerangkan perkembangan kefahaman kanak-kanak tentang nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan. 3. Mengukuhkan konsep Matematik kanak-kanak dalam nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 4. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam tajuk nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan. Kerja kursus ini menangani Hasil Pembelajaran 1, 2, 3 dan 4 Objektif Projek 1. Menghasilkan peta minda yang sesuai menunjukkan pemahaman terhadap proses membuat kaitan serta penerapan proses dalam pengajarab dan pembelajaran. 2. Menilai dan menganalisis secara kritikal kesan proses membuat kaitan dalam melahirkan murid yang berfikarah matematik.

description

tugasan mte 3109

Transcript of KKBI MTE3109

Page 1: KKBI MTE3109

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM: PROGRAM

PENSISWAZAHAN GURU

NAMA PELAJAR :

NAMA KURSUS: MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUSAN

KOD KURSUS : MTE 3109

SEMESTER: 5

TARIKH MULA: 24 Ogos 2013 TARIKH HANTAR: 21 September 2013

Hasil Pembelajaran:

1. Menghubungkaitkan teori pembelajaran Matematik dalam rangka pembelajaran kanak- kanak dengan nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan melalui pengajaran mikro /makro.

2. Menerangkan perkembangan kefahaman kanak-kanak tentang nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan.

3. Mengukuhkan konsep Matematik kanak-kanak dalam nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

4. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam tajuk nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan.

Kerja kursus ini menangani Hasil Pembelajaran 1, 2, 3 dan 4

Objektif Projek

1. Menghasilkan peta minda yang sesuai menunjukkan pemahaman terhadap proses membuat kaitan serta penerapan proses dalam pengajarab dan pembelajaran.

2. Menilai dan menganalisis secara kritikal kesan proses membuat kaitan dalam melahirkan murid yang berfikarah matematik.

3. Mencadang langkah-langkah penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan

proses membuat kaitan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah rendah.

Page 2: KKBI MTE3109

MTE3109 Tugasan Projek 2013

Tugasan Projek (100%)

Murid belajar matematik melalui pembinaan idea pada tahap dan peringkat yang berbeza.

Sehubungan itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mengutamakan 5 proses: (a)

berkomunikasi, (b) menaakul, (c) membuat kaitan (d) menyelesaikan masalah dan (e)

membuat pewakilan dalam pembelajaran Matematik.

Salah satu proses yang sering digunakan oleh guru ialah membuat kaitan. Peluang untuk

membuat kaitan perlu diwujudkan supaya murid dapat mengaitkan pengetahuan konseptual

dan prosedural serta dapat mengaitkan topik-topik dalam matematik khususnya dan

matematik dengan bidang lain secara amnya. Ini akan meningkatkan kefahaman murid

dalam matematik dan menjadikan matematik lebih jelas, bermakna dan menarik bagi

mereka. Dengan mengenali bagaimana konsep atau kemahiran dalam bidang yang berbeza

berhubung kait antara satu sama lain, matematik akan dilihat dan dipelajari sebagai satu

disiplin ilmu yang menyeluruh serta lebih mudah difahami.

Secara individu anda dikehendaki mencari maklumat tentang proses membuat kaitan

mengaitkan pengetahuan konseptual dan prosedural serta dapat mengaitkan topik-topik

dalam matematik khususnya dan matematik dengan bidang lain secara amnya. Anda perlu

fokuskan salah satu daripada topik berikut:

Nombor

Pecahan

Perpuluhan

Peratusan

Anda perlu memilih hanya satu daripada topik-topik tersebut dan seterusnya membina satu

rancangan pelajaran yang sesuai untuk dilaksanakan dalam kelas anda. Rancangan

Pelajaran ini disertakan sebagai Lampiran 1. Disamping itu, anda dikehendaki membina

satu pakej resos yang akan digunakan dalam pelajaran berkenaan. Anda tidak perlu

menghantar resos yang digunakan tetapi perlu sertakan gambar penggunaan resos

tersebut semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berkenaan semasa praktikum.

Gambar-gambar ini perlu dicetak pada kertas A4 (2 keping gambar bagi setiap muka surat)

dan perlu dihantar sebagai Lampiran 2.

2

Page 3: KKBI MTE3109

MTE3109 Tugasan Projek 2013

Berdasarkan pengalaman anda, lengkapkan dua sub tugasan berikut :

Tugasan 1

(A) PETA MINDA (40%)

Bina satu peta minda yang menunjukkan pemahaman anda terhadap proses

membuat kaitan serta bagaimana anda telah menerapkan dalam pengajaran dan

pembelajaran.

(B) PENULISAN AKADEMIK (60%)

Tulis satu esei bertajuk “Sejauh manakah proses membuat kaitan dapat

melahirkan murid yang berfikrah matematik?”

Panduan Pelaksanaan Projek

1. Tugasan ini adalah tugasan individu.

2. Sediakan satu peta minda yang menunjukkan pemahaman anda terhadap proses membuat kaitan serta bagaimana anda telah menerapkan dalam pengajaran dan pembelajaran pada kertas bersaiz A4. Peta minda ini dihantar sebagai bahagian A.

3. Buat rujukan yang mencukupi dan menganalisis data yang dikutip untuk membantu anda menulis esei yang dihantar sebagai bahagian B. Sertakan senarai rujukan dalam esei anda.

4. Sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian(RPH) lengkap yang mengandungi komponen berikut:

Hasil pembelajaran

Resos

Langkah pelaksanaan

Kepilkan RPH ini sebagai Lampiran 1.

5. Pengajaran dilaksanakan kepada satu kelas

6. Semasa pelaksanaan pengajaran disekolah, anda perlu mengambil gambar murid yang sedang menjalankan aktiviti. Sediakan satu kompilasi gambar foto sebagai bukti pelaksanaan aktiviti tersebut. Kepilkan sebagai Lampiran 2.

7. Semasa berlangsungnya aktiviti pembelajaran, anda perlu mengumpul data tentang proses membuat kaitan dalam melahirkan murid berfikrah matematik . Antara kutipan data yang boleh anda gunakan adalah seperti berikut:

Pemerhatian

Maklum balas murid

Hasil kerja murid

Rakaman video

8. Buat rujukan yang mencukupi dan lampirkan senarai rujukan dalam esei anda.

3

Page 4: KKBI MTE3109

MTE3109 Tugasan Projek 2013

9. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

i. Font Arial

ii. Saiz huruf -11

iii. langkau 1.5 baris

10. Petikan dalam teks dan rujukan ditulis mengikut format American Psychological Association (APA)

11. Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali.

12. Panjang esei adalah 1 500 patah perkataan.

13. Bilangan patah perkataan WAJIB dinyatakan di hujung Esei anda. Bilangan patah perkataan termasuk petikan tetapi tidak termasuk tajuk dan rujukan. Penalti akan dikenakan sekiranya bilangan patah perkataan melebihi 10% daripada yang ditetapkan.

14. Anda WAJIB sertakan (a) sehelai Borang Maklum Balas Tugasan JM-IPGKKB sebagai muka depan esei anda (b) sehelai Kriteria Pemarkahan Persembahan Grafik sebagai muka surat kedua (c) sehelai Kriteria Pemarkahan Tugasan bertulis sebagai muka surat ke-3 dalam tugasan anda.

15. Anda mesti hantar esei anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Esei yang dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.

16. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 60%

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

(A) Peta Minda

Susunatur yang kreatif dan sistematik dengan pilihan warna yang dapat

meningkatkan tarikan dan fungsi.

Idea dipersembahkan dengan jelas dan berfokus

Illustrasi yang dapat meningkatkan kualiti persembahan idea

Kefahaman yang mendalam tentang proses membuat kaitan

(B) Esei Reflektif

Fahaman yang menyeluruh terhadap isi kandungan kursus MTE3109.

Refleksi yang kritikal ke atas pengalaman anda sebagai seorang pelajar dan seorang guru.

Analisis proses membuat kaitan yang dipilih ke atas pengajaran dan pembelajaran matematik

Sintesis perspektif yang pelbagai (pembacaan dan pengalaman semasa

praktikum).

Format dan organisasi esei yang jelas dan koheran.

4

Page 5: KKBI MTE3109

MTE3109 Tugasan Projek 2013

Rujukan sumber akademik yang luas.(5 hingga 8 rujukan)

Penulisan esei menggunakan Bahasa Melayu yang standard dan struktur penulisan yang mantap.

Perkembangan hujah yang analitikal dan matang.

KRITERIA PEMARKAHAN

Kerja kursus ini akan diperiksa berdasarkan Kriteria Permarkahan Tugasan PISMP JM-IPGKKB yang dilampirkan.

Tugasan ini disediakan oleh Disemak oleh

____________

(NOORASHIKIM BINTI NOOR IBRAHIM ) (SU HOWE YONG)

Penyelaras Pakar Bidang (SME)

Jabatan Matematik Jabatan Matematik

IPGK Kota Bharu IPGK Kota Bharu

Disahkan oleh:

(MAHANY BINTI AWANG)

Ketua Jabatan

Jabatan Matematik

IPGK Kota Bharu

5