KKBI PROJEK BMM3033E
-
Upload
razuwa-farahin -
Category
Documents
-
view
36 -
download
0
description
Transcript of KKBI PROJEK BMM3033E
JADUAL PENENTUAN TUGASAN (JPT) KKP
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT
TUGASAN PROJEK
TARIKH MULA
19 JULAI 2014TARIKH HANTAR23 OGOS 2014
Hasil Pembelajaran Kursus:
1.Menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian.
2.Menjelaskan taksonomi Bloom, taksonomi Solo, dan domain Krathwohl.
3.Membina Jadual Spesifikasi Ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu.
4.Menilai dan memilih jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem
bahasa Melayu dan melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa Melayu.Projek ini menilai hasil pembelajaran 2, 3 dan 4Objektif Projek:
1.Membandingbezakan konsep taksonomi Bloom, taksonomi Solo dan domian Krathwohl dalam bentuk grafik.2.Membina Jadual Spesifikasi Ujian.4.Membina soalan objektif, struktur dan esei berdasarkan Jadual Spesifikasi
Ujian.5. Pilih satu kaedah penilaian kemahiran menulis dan jelaskan bagaimana kaedah tersebut diaplikasikan dalam menilai penulisan karangan murid. 6.Menulis refleksi berkaitan proses pembinaan ilmu semasa menyiapkan tugasan Tugasan ProjekSemasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru perlu membuat penilaian untuk mendapatkan maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Sehubungan itu, seorang guru perlu membuat penilaian untuk mengetahui kemahiran yang telah diajar dikuasai dengan baik oleh muridnya manakala kemahiran yang masih lemah dan memerlukan tumpuan akan ditekankan dalam pengajaran yang akan datang. Berdasarkan maklum balas daripada penilaian ini, guru seharusnya dapat membuat keputusan tentang aspek kemahiran yang telah diajar tetapi masih belum dikuasai. Oleh itu kemahiran yang belum dikuasai perlu diajar, diulang semula atau diberi latihan tambahan sehingga murid-murid dapat menguasai kemahiran tersebut dengan baik. Panduan Pelaksanaan Projek
1.Tugasan ini ialah tugasan individu. Pelajar dikehendaki menyiapkan tugasan berikut:i.Membandingbezakan konsep taksonomi Bloom, taksonomi Solo dan domain
Krathwohl dalam bentuk grafik.
ii.Membina Jadual Spesifikasi Ujian berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 6.
iii.Membina soalan objektif (10 soalan sistem bahasa dan 5 soalan pemahaman), soalan struktur ( 5 soalan) dan soalan esei (1 soalan) berdasarkan JadualSpesifikasi Ujian yang dibina.
iv.Pilih satu kaedah penilaian kemahiran menulis dan jelaskan bagaimana kaedah tersebut diaplikasikan dalam menilai penulisan karangan murid.
v.Menulis refleksi berkaitan proses pembinaan ilmu semasa menyiapkan tugasan
SYARAT / PERATURAN
1.Semua bahan tugasan hendaklah ditaip pada kertas A4 dengan menggunakan Font Arial, saiz 11, langkau 1.5 baris dan rujukan mengikut format APA.
2.Panjang esei adalah 1,500 patah perkataan dan tidak melebihi 7 muka surat. Rujukan
harus merangkumi jurnal, buku rujukan dan sumber internet. Esei harus menunjukkan
keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah.
3.Tugasan hendaklah dibuat secara individu.4 . Tugasan hendaklah dijilid dan mengandungi :
i.Soalan tugasan
ii.Jadual pelaksanaan tugasan
iii. Borang maklum balas pelaksanaan kerja kursus
iv. Bahan rujukan minimum 5 buah buku
5.Tugasan yang telah siap hendaklah dihantar kepada pensyarah untuk dinilai.Kulit luar tugasan hendaklah mengandungi maklumat berikut:
a. Nama Pelajar.
b. Angka Giliran
c. Kad pengenalan.
d. Kumpulan /Opsyen.
e. Kod dan mata pelajaran
f. Tajuk Tugasan Projek
g. Nama pensyarah
h. Tarikh serah.
Disediakan oleh: Disemak oleh:(HAMIDAH BINTI MUSA)
(HJH IDAWATI BT MOIN)Penyelaras Kursus BMM3103 SME BMM 3103Jabatan Pengajian Melayu Jabatan Pengajian MelayuIPG Kampus Tun Hussein Onn IPG Kampus Tun Hussein OnnDisahkan oleh:
(Dr HUSSIN BIN SARIF)
Ketua Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Tun Hussein Onn.
PROGRAM : PPG
NAMA PELAJAR:
NO K/P:
Semester : 6
BMM3033E: PENTAKSIRAN BAHASA
MELAYU SEK. RENDAH