Kkbippg Sce3143 Jun 2015 Student Ok

7
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM TUGASAN PROJEK PROGRAM: PPG Amb. Feb 2012 NAMA PELAJAR: KOD KURSUS: SCE 3143 NAMA KURSUS: Sains, Teknologi Dan Masyarakat SEMESTER: 8 / tahun 4 (Jun 2015) TARIKH MULA: 8/8/2015 TARIKH HANTAR: 12/9/2015 Hasil pembelajaran kursus: 1. Membincangkan secara kritis isu-isu dan pembelajaran berasaskan projek yang berkaitan dengan sains, teknologi dan masyarakat. 2. Menguasai kemahiran berkomunikasi untuk membentangkan isu- isu sains, teknologi dan masyarakat 3. Melaksanakan tanggungjawab, etika dan moral profesional untuk kelestarian bumi. 4. Mempamerkan kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran kepimpinan dalam pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat yang berkaitan dengan projek-projek sains, teknologi dan masyarakat. Tugasan projek ini menilai aspek hasil pembelajaran 1, 2, 3, dan 4 Objektif Kerja Kursus Para pelajar dapat, (i) mengumpul maklumat tentang isu sains, teknologi dan masyarakat yang tertentu; (ii) membuat tinjauan projek-projek yang berkaitan; (iii) merancang dan melaksanakan satu projek yang berkaitan; dan Tugasan Projek (100%) Pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek merupakan suatu kaedah yang difikirkan amat sesuai untuk memahami isi-isu berkaitan sains, teknologi dan masyarakat. Untuk memperolehi pemahamam yang lebih lanjut tentang berbagai isu dalam sains,

description

kkbi

Transcript of Kkbippg Sce3143 Jun 2015 Student Ok

Page 1: Kkbippg Sce3143 Jun 2015 Student Ok

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

TUGASAN PROJEK

PROGRAM: PPG Amb. Feb 2012 NAMA PELAJAR:KOD KURSUS: SCE 3143NAMA KURSUS: Sains, Teknologi Dan Masyarakat

SEMESTER: 8 / tahun 4 (Jun 2015)

TARIKH MULA: 8/8/2015 TARIKH HANTAR: 12/9/2015

Hasil pembelajaran kursus:

1. Membincangkan secara kritis isu-isu dan pembelajaran berasaskan projek yang berkaitan dengan sains, teknologi dan masyarakat.

2. Menguasai kemahiran berkomunikasi untuk membentangkan isu-isu sains, teknologi dan masyarakat

3. Melaksanakan tanggungjawab, etika dan moral profesional untuk kelestarian bumi.

4. Mempamerkan kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran kepimpinan dalam pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat yang berkaitan dengan projek-projek sains, teknologi dan masyarakat.

Tugasan projek ini menilai aspek hasil pembelajaran 1, 2, 3, dan 4

Objektif Kerja Kursus

Para pelajar dapat,

(i) mengumpul maklumat tentang isu sains, teknologi dan masyarakat yang tertentu; (ii) membuat tinjauan projek-projek yang berkaitan;(iii) merancang dan melaksanakan satu projek yang berkaitan; dan

Tugasan Projek (100%)

Pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek merupakan suatu kaedah yang difikirkan amat sesuai untuk memahami isi-isu berkaitan sains, teknologi dan masyarakat. Untuk memperolehi pemahamam yang lebih lanjut tentang berbagai isu dalam sains, teknologi dan masyarakat, anda dikehendaki melaksanakan semua tugasan berikut secara individu.

Page 2: Kkbippg Sce3143 Jun 2015 Student Ok

a. Pilih satu isu dari senarai isu-isu sains, teknologi dan masyarakat berikut:

Isu I Pembelajaran berasaskan projek untuk reka bentuk, inovasi dan reka cipta

•Mengumpul maklumat tentang kestabilan struktur 

•Membina prototaip struktur berkenaan

Isu II Pembelajaran berasaskan projek untuk pemuliharaan

•Mengenal pasti teknologi terkini untuk pemuliharaan

•Menjalankan kajian untuk pemuliharaan air dalam keadaan yang mencabar 

Isu III Pembelajaran berasaskan projek untuk tenaga dalam biosfera

•Mengumpul maklumat tentang aliran tenaga dalam biosfera

•Membuat kajian untuk mengetahui aliran tenaga dalam komuniti biologi tertentu

Isu IV Pembelajaran berasaskan projek untuk kemapanan sumber 

•Membuat kajian untuk mencari pelbagai sumber penghasilan tenaga

•Mencipta alatan mudah untuk penghasilan tenaga

Isu V . Pembelajaran berasaskan projek untuk bahan tambah dalam makanan

•Mengkategori bahan tambah makanan berasaskan sistem tertentu

•Mengekstrak bahan tambah makanan dalam sampel makanan

•Mengenal pasti kesan bahan tambah makanan terhadap benda hidup melalui eksperimen

Isu VI Pembelajaran berasaskan projek untuk pencemaran dan kesannya terhadap bumi

•Mengumpul maklumat untuk mengenal pasti pencemar udara yang utama

•Ujikaji lapangan tentang pencemaran dan mengenal pasti kaedah-kaedah rawatan

b. Kumpul maklumat dan projek-projek yang berkaitan dengan isu yang dipilih. c. Rancang satu projek dengan tajuk yang sesuai yang dapat anda laksanakan.d. Laksanakan projek dan buat laporan penuh projek yang dilaksanakan.

Page 3: Kkbippg Sce3143 Jun 2015 Student Ok

Format bagi laporan penuh projek seharusnya mengandungi,

1. Pendahuluan

2. Pernyataan Isu

3. Objektif projek

4. Tinjauan literatur

5. Kaedah

5.1. Sampel atau respondan

5.2. Instrumen kajian

5.3. Perancangan tindakan

6. Dapatan

6.1. Data mentah

6.2. Analisa data

7. Perbincangan dapatan

8. Produk yang dihasilkan

9. Cadangan penambahbaikan

10. Kesimpulan

11. Rujukan

(Nota: Sila rujuk Modul SCE 3143 sebagai panduan pelaksanaan projek)

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus

1. Tugasan ini adalah secara individu.2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

i. Font Arialii. Saiz huruf ialah 12iii. Langkau 1.5 barisiv. Rujukan mengikut format APA ( American Psychological Association)v. Lampiran disertakanvi. Penulisan dalam Bahasa Melayu

3. Amalan plagiat tidak dibenarkan.4. Muka hadapan harus mempunyai maklumat berikut

a. namab. nombor kad pengenalan c. kelas/kumpuland. nama kursus dan kode. tajukf. nama pensyarah

Page 4: Kkbippg Sce3143 Jun 2015 Student Ok

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci2. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda

hendaklah dikemukakan.3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kerja. 4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.5. Penulisan laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah

dalam menterjemah maklumat secara analitikal, kritikal, hubungan kait idea yang jelas dan menyeluruh dengan contoh-contoh yang sesuai serta justifikasi yang tepat, komprehensif dan lengkap.

6. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan.

Kriteria Pentaksiran

Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pentaksiran dalam rubrik pemarkahan.

Tugasan disediakan oleh Disemak oleh

( MOHD NASIR ABDULLAH )

Penyelaras SCE 3143 Pakar Bidang (SME) Jabatan SainsIPG K Sultan Abdul Halim

Disahkan oleh;

Ketua Jabatan SainsIPG Kampus Sultan Abdul Halim