kkd-forum

6
Forum 2 Selamat sejahtera, Guru memainkan peranan penting dalam pembangunan pendidikan khususnya menyampaikan ilmu pengetahuan untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan seimbang dan harmonis dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani. Oleh itu, sebagai insan yang bakal bergelar guru saya harus mengetahui peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul. Peranan dan tanggungjawab sebagai guru yang ingin saya realisasikan ialah menjadi seorang pendidik, penyampai dan pembimbing yang baik kepada anak-anak didik. Hal ini bermaksud, saya mahu mendidik para pelajar dengan menyampaikan ilmu pengetahuan sebanyak mungkin kepada mereka supaya menjadi insan yang berguna kepada masayarakat dan Negara. Apa yang disampaikan itu haruslah diamalkan agar menjadi “Role model” kepada anak-anak didik. Di samping itu, saya haruslah membimbing mereka dalam proses pencapaian matlamat tersebut. Seorang pembimbing bukan sahaja memimpin mereka dalam pencapaian matlamat malah membimbing mereka dalam membentuk sahsiah yang unggul dan melahirkan insan yang berwibawa. Oleh itu, walaupun peranan dan tanggungjawab seorang guru ini amat mencabar, namun tanggungjawab itu harus dilaksanakan kerana guru merupakan penggerak utama dalam pembangunan modal

Transcript of kkd-forum

Forum 2Selamat sejahtera,Guru memainkan peranan penting dalam pembangunan pendidikan khususnya menyampaikan ilmu pengetahuan untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan seimbang dan harmonis dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani. Oleh itu, sebagai insan yang bakal bergelar guru saya harus mengetahui peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul.Peranan dan tanggungjawab sebagai guru yang ingin saya realisasikan ialah menjadi seorang pendidik, penyampai dan pembimbing yang baik kepada anak-anak didik. Hal ini bermaksud, saya mahu mendidik para pelajar dengan menyampaikan ilmu pengetahuan sebanyak mungkin kepada mereka supaya menjadi insan yang berguna kepada masayarakat dan Negara. Apa yang disampaikan itu haruslah diamalkan agar menjadi Role model kepada anak-anak didik. Di samping itu, saya haruslah membimbing mereka dalam proses pencapaian matlamat tersebut. Seorang pembimbing bukan sahaja memimpin mereka dalam pencapaian matlamat malah membimbing mereka dalam membentuk sahsiah yang unggul dan melahirkan insan yang berwibawa. Oleh itu, walaupun peranan dan tanggungjawab seorang guru ini amat mencabar, namun tanggungjawab itu harus dilaksanakan kerana guru merupakan penggerak utama dalam pembangunan modal insan manakala generasi muda merupakan tunjang kepada pembangunan negara yang amat berharga.

Forum 5Salam sejahtera,ISU: Encik Nordin sering kalilewat masuk ke dalam kelas, beliau tidak menggunakan masa dengan baik iaitu semasa berada di dalam kelas beliau sering tidur dan membiarkan para pelajarnya berkeliaran dan membuat kerja masing-masing. Beliau juga suka menggunakan masa terluang untuk bercerita dan berbual perkara yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini, menyebabkan para pelajar ponteng kelas dan prestasi pelajar dalam subjek yang diajarnya semakin merosot. Di samping itu, beliau juga dikaitkan dengan isu guru bercinta dengan pelajar. Isu ini menjadi ikutan para pelajar apabila guru baru, masuk ke sekolah tersebut.Profesion perguruan mempunyai kod etikanya tersendiri. Kod etika perguruan dijadikan rujukan atau panduan oleh bakal-bakal guru yang baru menceburi bidang perguruan mahupun mereka yang sudah lama bertapak dalam bidang perguruan. Berdasarkan isu atau pengalaman yang dikemukakan ini menunjukkan sikap yang melanggar kod etika dan profesion perguruan. Sikap Encik Nordin ini mencemarkan martabat atau profesion perguruan yang menyebabkan para pelajar akan hilang kepercayaan terhadapnya dan guru-guru yang lain. Tugas seorang guru ialah mendidik para pelajar kearah kebaikan sekaligus melahirkan modal insan yang berguna. Oleh itu, Encik Nordin harus mengubah sikapnya kearah yang positif dan memahami tanggungjawab seorang guru berdasarkan Falsafah Pendidikan. Di samping itu. Beliau haruslah memahami etika perguruan dan menjadikannya sebagai panduan dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang guru. Hal ini kerana, jika beliau memahami dan menerapkannya di dalam diri maka isu seperti ini tidak akan berlaku.Kesimpulannya, perlunya setiap guru mengetahui Kod etika dan profesion perguruan agar tidak melakukan sebarang perlakuan yang boleh mencemarkan martabat seseorang guru.

Forum 4Salam sejahtera,Teori yang sesuai bagi menggambarkan diri saya sebagai bakal guru ialah Teori Pelaziman Operan Thorndike yang turut dikenali sebagai teori cuba-jaya. Teori ini dikemukan oleh Edward L.Thorndike (1874-1949). Beliau telah menggunakan seekor kucing untuk membuat kajian. Beliau membuktikan melalui kajian tersebut bahawa pembelajaran merupakan proses cuba-jaya. Oleh kerana latihan dilakukan secara berulang-ulang, gerak balas yang salah dihasilkan pada peringkat permulaan akan semakin berkurang, perhubungan antara rangsangan dengan gerak balasnya akan semakin bertambah kukuh. Maka, perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas ini mewakili konsep pembelajaran. Menurut Thorndike, perhubungan ini berlaku berdasarkan bilangan kali latihan, keadaan kesediaan individu dan keberkesanan latihan. Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran dikawal oleh hukum pembelajaran dan yang terbahagi kepada tiga iaitu Hukum kesediaan, Hukum latihan dan Hukum kesan. Mook Soon Sang mentakrifkan hukum kesediaan sebagai keupayaan persiapan individu dalam kendirinya untuk memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Beliau menyatakan bahawa semakin banyak latihan yang tertentu dijalankan, semakin kukuh ikatan atau asosiasi gerak balas yang tertentu dengan rangsangan yang berkaitan. Manakala Hukum Kesan menyatakan bahawa ikatan rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh sekiranya individu memperoleh kesan yang memuaskan selepas gerak balasnya dihasilkan. Berdasarkan tiga hukum tersebut, maka guru dapatlah menggunakannya sebagai pendekatan yang berkesan untuk merangka strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.Contohnya, dalam model persembahan pengajaran guru dalam subjek IT, memperlihatkan bahawa pelajar perlu mempunyai persediaan yang awal berkenaan dengan subjek ini bagi memudahkan mereka memahaminya dengan lebih baik. Contoh persediaan awal ialah dimana pelajar telah pun mendapat pendedahan awal seperti pernah menggunakan perisian Microsoft Word untuk membuat tugasan. Hukum kesediaan menyatakan bahawa pelajar perlu mempunyai tahap kesediaan agar sesuatu perkara yang dilakukan tidak dikategorikan sebagai paksaan. Tiga bentuk kesediaan iaitu kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan kesediaan kognitif. Ini bermaksud pelajar perlu bersedia dari segi fizikal, emosi dan pemikiran (Suppiah Nachiappan, 2008). Oleh itu, teori ini amat berkesan dan sesuai dilaksanakan oleh seseorang guru dalam sistem pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah. Hal ini demikian kerana para pelajar akan lebih bersedia dalam sesuatu pembelajaran.

Forum 3Salam sejahtera,Dewasa ini, banyak kes yang berlaku mengenai salah laku dalam kalangan guru-guru di sekolah. Antara kes yang sering dikaitkan dengan kes salah laku yang melibatkan guru-guru ini ialah bercinta dengan pelajar , tidak menepati masa ke sekolah dan lewat masuk ke kelas untuk mengajar. Kes seperti ini juga berlaku di sekolah saya sendiri, dimana guru sering lewat masuk ke kelas malah ada sesetengah guru yang langsung tidak masuk ke kelas. Hal ini menyebabkan para pelajar membuat bising dan berkeliaran di sekitar sekolah kerana ketiadaan guru untuk memantau kegiatan mereka di dalam kelas. Ada juga segelintir pelajar yang langsung ponteng kelas atau terus balik ke asrama. Hal ini mempengaruhi sikap kami terutama saya, sama ada melalui tingkah laku, perasaan atau pemikiran di mana apabila guru tersebut tidak masuk ke kelas saya akan meluangkan masa dengan bercerita dengan kawan-kawan dan membuat bising di dalam kelas. Saya juga tidak lagi berminat dengan subjek yang diajar oleh guru tersebut sehingga prestasi saya merosot. Namun begitu, saya sedar bahawa tindakan saya itu tidak akan membawa kebaikan. Oleh itu, saya berusaha untuk meningkatkan prestasi saya dan akhirnya mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.Sebagai seorang guru, kita perlulah bersedia untuk memikul tugas yang diamanahkan kerana sesungguhnya, apabila seseorang itu bergelar guru maka seharusnya kita sudah bersedia untuk memberikan ilmu kepada anak-anak didik. Di samping itu, seseorang guru perlulah mematuhi segala peraturan atau kod etika dalam profesion perguruan yang telah ditetapkan. Hal ini demikian kerana, jika seseorang guru itu tidak menjalankan tugasnya dengan baik maka kejadian seperti berikut akan berlaku. Para pelajar akan menjadi mangsa keadaan apabila guru sering lewat masuk kelas atau langsung tidak masuk ke kelas. Oleh itu, sikap-sikap seseorang guru yang tidak baik haruslah dijauhi kerana guru ini menjadi role model kepada para pelajar. Dengan itu, kita perlu menunjukkan nilai-nilai yang baik kepada anak-anak didik kita agar menjadi insan yang berguna.