Kkerja_Tabung Kebajikan

download Kkerja_Tabung Kebajikan

of 3

Transcript of Kkerja_Tabung Kebajikan

  • 8/2/2019 Kkerja_Tabung Kebajikan

    1/3

    KERTAS KERJA

    TABUNG DERMAWAN WARGA SK MAHKOTA SARI, GERIK.

    1.0 TUJUAN KERTAS KERJA1.1 Bertanggungjawab mewujudkan satu tabung untuk menjaga kebajikan

    murid.

    1.2 Mengenalpasti murid yang layak mendapat bantuan kebajikan yangmerupakan bantuan kewangan atau bukan kewangan.

    1.3 Melancarkan pungutan derma kilat dikalangan warga sekolah sekiranyaada ibu bapa atau penjaga atau murid yang meninggal dunia dan

    menyerahkannya kepada pihak yang berkaitan.

    2.0 PENGENALANSekolah Kebangsaan Mahkota Sari merupakan sebuah sekolah yang

    mencapai tahap Band 1 dalam penarafan SKPM 2010. Oleh yang demikian

    pihak sekolah ingin melonjak nama sekolah untuk mendapat pengiktirafan

    Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Sehubungan dengan itu pihak pengurusan Unit HEM dan Jawatankuasa

    Kebajikan telah merancang utnuk melancarkan Tabung Dermawan di kalangan

    warga SK Mahkota Sari, secara tidak langsung dapat memupuk nilai-nilai murnidalam kehidupan warga SK Mahkota Sari khasnya murid-murid. Amalan

    menderma atau bersedekah ini amat dituntut oleh agama kita, kerana dananya

    dapat digunakan atau disalurkan kepada golongan yang memerlukan untuk

    meringankan bebanan. Seperti kata perpatah tangan memberi lebih baik

    daripada tangan yang meminta. Justeru amalan ini juga mampu membentuk

    sahsiah diri pelajar yang baik, seterusnya dapat menerapkan budaya suka

    menderma dan tolong-menolong antara satu sama lain.

    Hadis yang diriwayatkan Imam al-Tirmizi. Ibn al-Qayyim berkata bahawa

    Baginda Nabi SAW adalah seorang yang paling banyak bersedekah, tidak kira

    dalam keadaanNYA hartanya banyak ataupun sedikit, serta tidak pernah berasa

    khuatir akan jatuh miskin kerana bersedekah.

    Maka, seharusnya kita mencontohi akhlak dan amalan junjungan besar

    kita Nabi Muhammad s.a.w Bantulah mereka yang memerlukan sekadar

    termampu dengan harta, tenaga dan apa juga cara yang boleh memberikan

    manfaat kepada penerimanya.

    SEKOLAH KEBANGSAAN MAHKOTA SARI,

    33300 GERIK, PERAK DARUL RIDZUAN.

    KOD SEKOLAH: ABB 7034

    TELEFON : 05 -7911221

    Fax : 05-7917054

  • 8/2/2019 Kkerja_Tabung Kebajikan

    2/3

    3.0 NAMA PROGRAMProgram Tabung Dermawan Warga SK Mahkota Sari, Gerik.

    4.0 MATLAMAT4.1 Mencari dana melalui kutipan derma bagi membantu murid-murid yang

    memerlukan atau ditimpa musibah seperti kebakaran, kematian ibubapadan seumpamanya.

    4.2 Mengadakan kutipan derma ikhlas setiap minggu di tapak perhimpunaniaitu selepas perhimpunan setiap pagi bagi memberi peluang kepada

    murid dan juga guru yang ada sedikit kemampuan membantu rakan-

    rakan atau murid yang memerlukan.

    5.0 OBJEKTIF5.1 Hasil kutipan derma setiap minggu akan dimasukkan ke dalam Tabung

    Kebajikan Murid dan akan digunakan untuk membantu individu yang

    memerlukan.

    5.2 Dana yang terkumpul ini juga akan digunakan untuk menjaya aktiviti-aktiviti Unit HEM dalam memberi ganjaran dan penghargaan kepada

    individu yang menunjukkan kecemerlangan.

    5.3 Semoga melalui amalan ini, murid terdidik untuk menjadi warga yangprihatin dan sensitif terhadap masyarakat sekeliling. "Erti Hidup Pada

    Memberi".

    5.4 Moga Allah mengkayakan lagi orang yang bersedekah.

    6.0 PERINGKAT PERLAKSANAAN

    6.1 Majlis ini dilancarkan pada hari yang di sebut di bawah :

    Tarikh : 9 April 2012

    Hari : ISNIN

    Masa : 7.50 pagi

    Tempat : Dataran Perhimpunan

    Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari, Gerik.

    6.2 Program ini akan berlangsung sepanjang tahun.

    6.3 Majlis ini akan melibatkan kerjasama dari semua warga SekolahKebangsaan Mahkota Sari, termasuk guru, kakitangan sekolah dan

    murid.

    7.0 SASARAN

    5.1 Kutipan derma ikhlas setiap minggu bagi memberi peluang kepada

    murid dan juga guru serta kakitangan sekolah yang ada sedikit

    kemampuan membantu rakan-rakan atau murid yang memerlukan.

  • 8/2/2019 Kkerja_Tabung Kebajikan

    3/3

    8.0 JAWATANKUASA UNIT KEBAJIKAN

    PENGERUSI : PN. NOR HAFIZA BINTI MOHAMMAD

    GURU BESAR

    NAIB PENGERUSI 1 : PN. SARIMA BINTI SHARIFF

    PK HEMNAIB PENGERUSI 2 : EN. SHUHAIMI BIN OMAR

    PK PENTADBIRAN

    NAIB PENGERUSI 3 : EN. MOHD SHARIFDDIN BIN MOHD SHARIP

    PK KOKURIKULUM

    SETIAUSAHA : PN HALATI BINTI NASRI

    NAIB STIAUSAHA : PN. NAZIHAH BINTI HARUN

    AJK : PN. NORLINDA BINTI MOHAMAD NOOR

    : SEMUA GURU KELAS

    6.0 PENUTUP

    Membantu orang yang tidak berada dan berkongsi menggunakan suatu

    kemudahan adalah salah satu daripada sifat yang amat dituntut di dalam Islam.

    Setiap umat Islam hendaklah berusaha sedaya upaya untuk melakukan

    kebaikan dan kebajikan di dalam hidupnya sama ada dengan memberikan

    bantuan tenaga, buah fikiran atau memberikan nasihat yang berguna kepada

    orang lain di mana semua ini dinilai sebagai sedekah.

    Rasulullah s.a.w. Bersabda yang bermaksud: Tidak akan dikurangi harta

    dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang

    hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah

    seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan

    akan diangkatkan darjatnya. H.R. Muslim

    Diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan

    tercapai objektif yang telah digariskan. Semoga usaha membentuk diri pelajar

    menjadi pelajar yang suka menderma dan bersedekah dapat direalisasikan.

    Disediakan oleh: Diluluskan / Tidak diluluskan

    UNIT HEM

    SK MAHKOTA SARI, GERIK.