KKP BM BMM 3103

download KKP BM BMM 3103

of 30

Transcript of KKP BM BMM 3103

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU TAHUN LIMA Bahagian A: Soalan Objektif

NOMBOR SOALAN

TAJUK/ BIDANG

ARAS KESUKARAN 1 / 2 3 4 5 6

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

Tatabahasa: Kata nama Tatabahasa: Kata ganti nama Tatabahasa: Kata sendi nama Tatabahasa: Imbuhan Tatabahasa: Penjodoh bilangan Tatabahasa: Kata hubung Nilai dan Teladan Tatabahasa: Kata adjektif Tatabahasa: Kata ganda Peribahasa Tatabahasa: Penggunaan kata Tatabahasa: Penggunaan kata Tatabahasa: Ayat Tanya Tatabahasa: Ayat penyata Tatabahasa: Ayat penyata Tatabahasa: Penggunaa ayat Tatabahasa: Penggunaan ayat Soalan petikan 1 Soalan petikan 1 Soalan petikan 1

/ / / / / / / / / / / / / / / / / / /

1

9 RendahARAS KESUKARAN

5 Sederhana 6 SukarJUMLAH ITEM 20

Bahagian B: Soalan struktur

Nombor Soalan

Tajuk/ Bidang 1

Aras Kesukaran 2 / 3 4 5 6

Item

1

(A) Nilai dan Teladan (B) Kata Kerja

5 / / 5 5 5 / 10 5 / 540

2

(A) Kepengggunaan (B) Kata Dasar /

3 4

Kata Sendi Nama (A) Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk (B) Kata HubungJumlah Item

/

2

Bahagian C: Soalan Esei

Nombor Soalan

Tajuk/ Bidang 1 2

Aras Kesukaran 3 4 5 6 /

Item1 1

1 2

Tema : Alam Sekitar Tema: Kesusateraan /

Jumlah item

2

ARAS TAKSONOMI BLOOM:

1 2 3 4 5 6

: : : : : :

Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

3

Nama : ____________________________ Bahasa Melayu 2 Jam

Kelas: ____________ ________

KERTAS UJIAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU TAHUN 5

Arahan Am: 1. Kertas soalan ini mengandungi Bahagian A, B dan C. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan dalam bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D.Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. 4. Tulis jawapan yang tepat pada ruangan jawapan yang disediakan dalam bahagian B dan bahagian C. 5. Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu jawapan, padamkan sehingga bersih tanda yang tidak dikehendaki itu dan kemudian tuliskan pilihan jawapan anda yang baru.

4

BAHAGIAN A ( 20 MARKAH )

Jawab semua soalan.

Soalan 1 hingga soalan 10

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1.

Gambar 1 1. __________ dibina supaya orang ramai dapat menyeberangi jalan raya yang sibuk dengan selamat. (A) Jejambat (B) Jambatan (C) Jejantas (D) Titian

2. __________ boleh memanggil __________ Ati, kata Suzati kepada kawankawan barunya. (A) Kamu ... patik (B) Hamba ... aku (C) Mereka ... kami (D) Kalian ... saya

5

3. Keluarga Kartini berasal _________ Sandakan, Sabah. (A) di (B) dari (C) daripada (D) pada

4. Pada Hari Ibu, Priscilla _________ beg tangan kepada ibunya. (A) beri (B) memberi (C) diberikan (D) memberikan

5. Ahmad memberikan __________ daripada kek itu kepada kakaknya. (A) semua (B) beberapa (C) separuh (D) setiap

Soalan 6 berdasarkan Gambar 2.

Gambar 2 6. Pak Ali sudah tua _________ beliau masih mampu mengerjakan sawah padinya. (A) tetapi (B) supaya (C) kerana (D) sambil

6

7. Sikap Hairul yang _________ menyebabkan dia mudah didampingi oleh rakan rakannya di sekolah. (A) pemalu (B) peramah (C) penyibuk (D) pendiam

8. Rumah pusaka peninggalan arwah datuk saya sudah berusia 90 tahun, tetapi masih _________ . (A) mantap (B) kental (C) gagah (D) teguh

9. Pencuri yang berjaya ditangkap oleh orang ramai itu __________ untuk melepaskan diri. (A) meminta-minta (B) meraung-raung (C) meronta-ronta (D) menarik-narik

10. Jangan khuatir akan tuduhannya itu kepada awak kerana awak tidak melakukannya. Lagipun _____________, kata Sylvia kepada rakannya. (A) berani kerana benar, takut kerana salah (B) ada ubi ada batas, ada masa dapat balas (C) buang yang keruh, ambil yang jernih (D) ditelan mati emak, diluah mati bapa

7

Soalan 11 12 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 11. I Fatimah memetik buah manggis yang masak itu.

II Bangunan itu runtuh kerana tiangnya sudah masak. III Adunan itu perlu dikacau di atas api hingga masak. IV Haji Taib sudah masak dengan perangai anaknya yang manja itu. V Emak masak air setiap pagi untuk membancuh kopi. (A) I dan II (B) I, II dan III (C) I, III dan IV (D) II, III, IV dan V

12. I Meja yang berat itu tidak terangkat olehnya seorang diri. II Bagi Zainal, tanggungjawab sebagai ketua pengawas asrama sekolah amat berat. III Saya mencuba untuk melupakan masalah yang berat fikiran saya selama ini. IV Ibu berat mengizinkan adik untuk menyertai program p erkhemahan Pengakap itu kerana katanya sekarang ini musim tengkujuh. V Zaini berat hati untuk meninggalkan sekolah yang telah banyak memberikan kenangan manis baginya. (A) I dan II (B) I, II dan V (C) I, III dan IV (D) I, II, III, IV dan V

8

13. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah ini. Pelayan restoran itu menghidangkan makanan sambil tersenyum mesra kepada para pelanggannya. (A) Apakah yang dihidangkan oleh pelayan restoran itu kepada pelanggannya? (B) Bagaimanakah layanan pelayan restoran itu kepada pelanggannya? (C) Mengapakah pelayan restoran itu tersenyum kepada pelanggannya? (D) Siapakah yang dilayan o leh pelayan restoran itu?

Soalan 14 15 Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan. 14. Pada masa hadapan kita hanya perlu membawa cakera padat dan bukannya buku ke sekolah, kata Azlan kepada Low Ean. (A) Pada masa hadapan, Azlan menjelaskan kepada Low Ean bahawa kita perlu membawa cakera padat dan buku ke sekolah. (B) Low Ean diterangkan oleh Azlan bahawa dia tidak perlu membawa buku tetapi membawa cakera padat ke sekolah pada depan. (C) Low Ean diberitahu oleh Azlan bahawa pada masa hadapan mereka tidak perlu membawa buku apabila ke sekolah namun memadai dengan membawa cakera padat pada masa hadapan. (D) Azlan menceritakan kepada Low Ean bahawa pada m asa hadapan mereka tidak perlu membawa buku apabila ke sekolah namun memadai dengan membawa cakera padat.

9

15. Mak Limah menangis kegembiraan apabila anaknya diumumkan sebagai Pelajar Cemerlang bagi tahun 2011. (A) Mak Limah menangis kerana anaknya kegembiraan terpilih sebagai Pelajar Cemerlang 2011. (B) Mak Limah gembira kerana anaknya menangis apabila diumumkan sebagai Pelajar Cemerlang 2011. (C) Kegembiraan anak Mak Limah apabila diumumkan sebagai Pelajar cemerlang 2011 menyebabkan beliau menangis. (D) Oleh sebab anaknya diumumkan sebagai Pelajar Cemerlang 2011, Mak Limah menangis kerana gembira.

Soalan 16 17 Pilih ayat yang betul.

16. (A) Ke manakah kamu membeli buku itu? (B) Ganesh tidak hadir hari ini, bilakah? (C) Bagaimanakah pencapaian pasukan bola sepak dalam pertandingan itu? (D) Apakah ayah dan ibu kamu datang semalam?

17. I Tolong belikan saya plastik pembalut buku di kedai itu. II Rina akan menunggu kita di bas stesen pada malam ini. III Puan Halimah mempelawa kami supaya makan goreng pisang itu. IV Tugasan ayah tidak dapat disiapkan kerana komputernya r osak. V Dania amat gemar akan permainan layang -layang. (A) I, II dan III (B) II, III dan IV (C) I, IV dan V (D) III, IV dan V

10

Soalan 18 20 Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan -soalan yang berikutnya. No. 8, Taman Setia Budi, 67500 Batu Kikir, Negeri Sembilan. 5 April 2009. Menemui sahabatku yang diingati selalu, Mia yang kini berada di Kota Bharu,Kelantan.Semoga sihat sejahtera. Saudara, Surat saudara telah selamat saya terima. Terima kasih saya ucapkan kerana saudara masih mengingati saya. Dalam surat saudara yang lepas, saudara bertanyakan persediaan saya untuk menghadapi UPSR. Sememangnya saya telah membuat persediaan lebih awal kerana tidak mahu meny esal kemudian hari. Kata orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan.Langkah pertama yang saya lakukan ialah menyediakan jadual waktu belajar di rumah. Saya menetapkan masa untuk membuat kerja-kerja rumah dan masa untuk mengulang kaji setiap mata pelajaran. Dengan cara ini saya dapat belajar dengan lebih teratur dan sistematik. Selain itu, saya mengikuti kelas bimbingan yang diadakan oleh guru -guru pada waktu petang dan setiap hujung minggu. Saya kerap bertukar -tukar nota dan soalan peperiksaan yang bersekolah di Kuala Lumpur.Baru -baru ini Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah mengadakan seminar dan kem motivasi untuk calon calon UPSR. Kami banyak mendapat pendedahan tent ang cara-cara belajar yang betul.Saya berharap agar kita akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. Akhir kata, sambutlah salam daripada saya untuk saudara sekeluarga. Sahabatmu, (Norafifah bt. Khairul Salleh)

11

18. Apakah langkah pertama yang dilakukan oleh Norafifah sebagai persediaannya untuk menduduki peperiksaan UPSR? (A) Membaca buku di perpustakaan sekolah (B) Menjawab soalan yang diberikan oleh guru kaunseling. (C) Menyediakan jadual waktu belajar di rumah (D) Menghadiri seminar dan kem motivasi

19. Apakah tujuan seminar dan kem motivasi diadakan untuk calon -calon UPSR di sekolah Norafifah? (A) Memberi pendedahan tentang cara -cara belajar yang betul (B) Memastikan calon-calon UPSR hadir semasa peperiksaan UPSR diadakan (C) Membantu calon-calon UPSR yang lemah dalam pelajaran mereka (D) Melatih calon-calon UPSR supaya sentiasa menepati masa semasa kelas bimbingan

20. Harapan si pengirim kepada sahabatnya ialah ..... (A) Sentiasa mendalami ilmu pengetah uan walau di mana anda berada (B) Mendoakan kejayaannya dalam peperiksaan UPSR (C) Membantunya untuk memperoleh keputusan yang cemerlang (D) Mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR

12

BAHAGIAN B (40 markah)

1.

Baca sajak di bawah. Kemudian, jawab semua soalan yang diberikan dengan betul. Tajuk: Imej Diriku Nun di hadapan, imej diriku melangkah tampan, segak berseragam putih hitam, tangkas menggalas tugas.

Indahnya angan-angan, namun payah ku zahirkan, pilihan ada di tangan, duduk berangan-angan, atau melangkah ke hadapan.

13

A) Padankan baris sajak di bawah dengan maksud yang betul. a. Tangkas menggalas tugas Sedar bahawa perlu berusaha untuk mencapai kejayaan.

b.

Pilihan ada di tangan

Sedar bahawa perlu bersungguh sungguh semasa melaksankan tugas yang diberikan.

c.

Pesan ibu, gigihlah berusaha

Sedar bahawa perlu membuat perubahan jika ingin berjaya.

d.

Azamku, impian mesti ku realisasikan

Sedar bahawa diri sendiri yang menentukan arah hidup.

e.

Yang mesti berubah adalah diriku

Sedar bahawa segala cita -cita yang diimpikan mesti dicapai.

(5 MARKAH)

14

B) Bina ayat menggunakan kata kerja yang diberikan. a. melangkah ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ b. tangkas ______________________________________________________________ ______________________________________________________ ________ c. berusaha ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

d.

mengejar ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

e.

mencapai ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

(5 MARKAH)

15

2.

Baca petikan di bawah dan jawab semua soalan yang diberikan.

Ciri-Ciri Pengguna Bijak

1. Sediakan senarai membeli-belah Pernahkah anda berbelanja lebih daripada yang diperlukan? Untuk memastikan perkara sebegini tidak berlaku, sediakan senarai membeli -belah anda. Ini akan mengurangkan pembelian barangan yang tidak mustahak. Ia akan membantu menjimatkan wang anda. Mudahkan? 2. Bandingkan harga. Pernahkah anda membeli sesuatu yang anda idamkan, tetapi mendapat tahu yang barang itu dijual pada harga yang lebih rendah di kedai yang lain selepas melakukan pembelian anda? Anggap aktiviti membeli -belah sebagai aktiviti tawar-menawar. Bandingkan harga barangan dari setiap kedai sebelum membuat keputusan untuk membeli. 3. Pilihlah produk berkualiti Kualiti atau harga murah? Pada kebiasaannya, k os harga produk berkualiti lebih mahal. Ini bergantung kepada produk tersebut. Sekiranya anda membeli beg berjenama tiruan, ini bermakna anda telah membeli produk yang tidak berkualiti. 4. Pilihlah harga murah Belilah dari peniaga yang menawarkan harga yang lebih rendah untuk barangan yang anda ingin beli. Segolongan peniaga membeli barangan mereka secara borong, untuk menawarkan harga yang lebih rendah kepada pengguna. 5. Baca label untuk memastikan tarikh luput Anda harus membaca label dan memastikan tarikh l uput barangan sebelum membelinya. Ini untuk memastikan anda tidak membeli barangan yang tidak harus digunakan lagi.

16

A) Tandakan () pada pernyataan yang menggambarkan ciri-ciri pengguna yang bijak.

a

Buat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barang.

b

Beli barang yang disukai tanpa memkirkan harganya.

c

Beli barang yang berpatutan harga dan kualitinya.

d

Beli barang tanpa menyemak tarikh luput.

e

Buat senarai barang yang ingin dibeli sebelum membeli-belah.

(5 MARKAH)

B) Tulis kata dasar bagi perkataan -perkataan di bawah. berbelanja bandingkan

menawarkan barangan dijual(5 MARKAH)

17

3. Isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai. dengan daripada dari oleh kepada akan dalam tentang antara pada

a. b. c. d. e. f. g. h. i. j.

Azri memberitahu Abu ________________ kehadiran seorang lelaki yang tidak dikenali ke rumahnya semalam. Saya merancang untuk pergi ke Kuala Lumpur ________________ menaiki kapal terbang. Pasu itu diperbuat __________________ tanah liat. Ravi tidak menghadirkan diri ________________ acara melontar peluru. Siti _______________ murid yang dihantar ke klinik ke rana keracunan makanan. Cikgu Hasnah memberikan hadiah __________________ Vicky kerana kerajinannya membuat kerja sekolah. Alia menggantungkan gambar itu ________________ dinding biliknya. Lukisan yang unik itu telah dilukis _________________ Mei Mei. Rendang Tok merupakan makanan tradisional _______________ negeri Perak. Julia sangat sayang ______________ kucing -kucingnya.

(10 MARKAH)

18

4. Jawab semua soalan di bawah. A) Nyatakan jenis ayat di bawah ini, sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk.

a. b. c. d. e.

Encik Bohari tinggal di Taman Sentosa. Ahmad kurus tetapi abangnya gemuk. Didi makan ubat agar cepat sembuh. Rita berehat di sofa lalu tertidur. Kucing ialah haiwan yang jinak.(5 MARKAH)

B) Sambungkan ayat-ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung yang diberikan. a. Ayu menyanyi. Ayu menari. (sambil) ______________________________________________________________ b. Karina tidak membeli beg itu. Beg itu mahal. (kerana) ________________________________________________________ ______ c. Lily membaca buku. Lily mengunggu kakaknya. (sementara) ______________________________________________________________ d. Hakimi bangun awal. Hakimi tidak ketinggalan bas. (supaya) _____________________________________________________________ _ e. Miza membeli tepung. Miza membuat kek. (untuk) ______________________________________________________________

19

BAHAGIAN C ( 40 markah )

Jawab semua soalan. 1. Anda mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan yang bertajuk Kepentingan Menjaga Alam Sekitar. Tulis syarahan tersebut yang panjangnya tidak kurangdaripada 80 patah perkataan. (20 markah)

2. Tuliskan suatu cerita yang bermula dengan perenggan yang berikut: Sudah hampir pukul 1.00 pagi tetapi ayah dan ibu yang melawati nenek masih belum pulang lagi. Saya mula berasa bimbang. Tiba -tiba ...(20 markah)

20

SKEMA PEMARKAHAN BAHAGIAN A

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

C D B D C A B D C A C B B C D C C C A D

21

BAHAGIAN B Soalan 1 (A): Padankan baris sajak di bawah dengan maksud yang betul. Soalan Jawapan

a. Tangkas menggalas tugas

Sedar bahawa perlu bersungguh sungguh semasa melaksankan tugas yang diberikan.

b. Pilihan ada di tangan c. Pesan ibu, gigihlah berusaha d. Azamku, impian mesti ku realisasikan e. Yang mesti berubah adalah diriku

Sedar bahawa diri sendiri yang menentukan arah hidup. Sedar bahawa perlu berusaha untuk mencapai kejayaan. Sedar bahawa segala cita-cita yang diimpikan mesti dicapai. Sedar bahawa perlu membuat perubahan jika ingin berjaya.

Soalan 1 (B): Bina ayat menggunakan kata kerja yang diberikan.

a.

Hamid melangkah dengan penuh semangat untuk menerima hadiah sempena majlis persaraannya. Jawapan lain yang munasabah.

b.

Encik Surej menyukai Siva kerana dia seorang yang rajin dan tangkas ketika bekerja. Jawapan lain yang munasabah.

c.

Saya mesti berusaha dengan gigih agar memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan hujung tahun ini. Jawapan lain yang munasabah.

d.

Beberapa orang polis mengejar dua orang perompak yang menaiki motosikal. Jawapan lain yang munasabah. Jawapan lain yang munasabah. (1 jawapan betul = 1 markah) (5 betul x 1 Markah = 5 markah)22

e.

Bukan mudah untuk mencapa i kejayaan tanpa pengorbanan. -

Soalan 2 (A): Tandakan () pada pernyataan yang menggambarkan ciri -ciri

pengguna yang bijak.Soalan Jawapan

a. Buat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barang. b. Beli barang yang disukai tanpa mem ikirkan harganya. c. Beli barang yang berpatutan harga dan kualitinya. d. Beli barang tanpa menyemak tarikh luput. e. Buat senarai barang yang ingin dibeli sebelum membeli belah.

(1 jawapan betul = 1 markah) (5 betul x 1 Markah = 5 markah)

Soalan 2 (B): Tulis kata dasar bagi perkataan -perkataan di bawah. Soalan Jawapan

a. berbelanja b. bandingkan c. menawarkan d. barangan e. dijual

belanja banding tawar barangan jual

(1 jawapan betul = 1 markah) (5 betul x 1 Markah = 5 markah)

23

Soalan 3 : Isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai.

a. b. c. d. e. f. g. h. i. j.

tentang dengan daripada dalam antara kepada pada oleh dari akan (1 jawapan betul = 1 markah) (10 betul x 1 Markah = 10 markah)

Soalan 4 (A): Nyatakan jenis ayat di bawah ini, sama ada ayat tun ggal atau ayat

majmuk.Soalan Jawapan

a. b. c.

Encik Bohari tinggal di Taman Sentosa. Ahmad kurus tetapi abangnya gemuk. Didi makan ubat agar cepat sembuh. d. Rita berehat di sofa lalu tertidur.

ayat tunggal ayat majmuk ayat majmuk ayat majmuk ayat tunggal

e.

Kucing ialah haiwan yang jinak.

(1 jawapan betul = 1 markah) (5 betul x 1 Markah = 5 markah)

24

Soalan 4 (B): Sambungkan ayat-ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung

yang diberikan. a. Ayu menyanyi sambil menari. b. Karina tidak membeli beg itu kerana mahal. c. Lily membaca buku sementara menunggu kakaknya. d. Hakimi bangun awal supaya tidak ketinggalan bas. e. Miza membeli tepung untuk membuat kek.

(1 jawapan betul = 1 markah) (5 betul x 1 Markah = 5 markah)

25

BAHAGIAN C

1. Anda mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan yang bertajuk Kepentingan Menjaga Alam Sekitar. Tulis syarahan tersebut yang panjangnya tidak kurangdaripada 80 patah perkataan.

Pendahuluany y

kata alu-aluan nyatakan tajuk syarahan terangkan maksud tajuk syarahan

Isi-isiy y y

alam sekitar yang bersih amat penting dapat menghindari penyakit masyarakat akan sihat dan negara akan makmur mengelakkan bencana alam pemusnahan alam mengakibatkan banjir, tanah runtuh, dan kemarau alam sumber makanan bagi manusia dan haiwan

y

Penutupy y

menyedarkan hadirin tentang kepentingan menjaga alam sekitar sama-sama menjaganya

* Jawapan-jawapan lain yang munasabah diterima.

Isi dan idea ( I ) Hujah atau huraian (H) Kemahiran bahasa (B) Persembahan Jumlah markah

= 5 markah = 10 markah = 3 markah = 2 markah = 20 markah

26

BAHAGIAN C

2. Tuliskan suatu cerita yang bermula dengan perenggan yang berikut: Sudah hampir pukul 1.00 pagi tetapi ayah dan ibu yang melawati nenek masih belum pulang lagi. Saya mula berasa bimbang. Tiba -tiba ...

Isi-isiy y

terdengar ketukan di pintu segera membuka pintu seorang wanita di luar memberitahu saya bahawa ibu dan ayah saya terlibat dalam kemalangan berada di hospital meminta saya mengikutnya saya mengikutnya tanpa berfikir panjang bukan dibawa ke hospital, sebaliknya dibawa ke sebuah rumah saya tertanya-tanya dan berasa takut dipaksa untuk masuk ke rumah dua orang lelaki di dalam rumah menyedari saya diculik saya menjerit lelaki menangkap saya saya meronta-ronta

y y y y y

Penutupy y

terbangun daripada tidur mendapati saya di lantai rupa-rupanya saya bermimpi

*Jawapan-jawapan lain yang munasabah diterima.

Isi dan idea ( I ) Hujah atau huraian (H) Kemahiran bahasa (B) Persembahan Jumlah markah

= 5 markah = 10 markah = 3 markah = 2 markah = 20 markah

27

REFLEKSI Nama: Jaimah binti Japar No. KP: 890910136490

Beberapa minggu lalu, kami telah mendapat tugasan BBM 3103: Pentaksiran dalam Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Melalui tugasan ini, kami dikehendaki untuk membuat ujian Bahasa Melayu berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang telah digubal. Tugasan ini dilakukan secara berpasangan. Semasa menerima tugasan ini, saya berasa sangat teruja kerana berpeluang untuk membuat soalan ujian Baha sa Melayu yang tidak pernah dilakukan selama ini. Semasa nmenyiapkan tugasan ini, sa ya dan rakan sekumpulan banyak melakukan rujukan melalui buku dan internet. Rujukan ini sangat penting bagi memastikan JSU dan ujian yang dibuat menepati standard tugasan y ang dikehendaki. Selain it u, pensyarah telah banyak member bimbingan. Oleh kerana kam belum mempunyai pengalaman menggubal soalan, kami telah banyak bertanya. Penerangan tang diberikan pensyarah sangat membantu kami dalam melaksanakan tugasan ini. Semasa menyiapkan tugasan ini, beberapa kesukaran telah kami hadapi. Antaranya ialah kurangnya pengalaman merancangan JSU. Melalui rujukan yang telah kami lakukan, JSU mempunyai pelbagai bentuk. Maka, adalah sukar bagi kami untuk menentukan mana satu yang betul. Selain itu, saya dan rakan juga menghadapai kesukaran dalam menentukan aras bagi setiap soalan. Kekeliruan dan percanggahan pendapat sering kali berlaku. Namun, berkat perbincangan dengan rakan dan bimbingan daripada pensyarah, segala esulitan telah berjay a diatasi. Walaupun mungkin terdapat banyak kesilapan, namun saya berpuas hati kerana telah memperolehi pengalaman berharga ini. Banyak ilmu serta pengalaman baru yang telah saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah manambahkan peng etahuan saya tentang Taksonomi Bloom. Aras kognitif taksomi tersebut perlulah difahami dengan betul bagi memudahkan penggubal soalan menyediakan soa lan peperiksaan yang berkualiti. Apa yang saya harapkan ialah segala pengalaman yang telah diperolehi ini dapat digunakan di masa hadapan. Tambahan pula, telah menjadi tugas seorang guru untuk memberi penilaian terhadap murid -muridnya. Ini bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan murid terhadap sesuat tajuk yang telah diajarkan.28

REFLEKSI Nama: Nisrin Zalchary Anak Anoi No. KP: 891125136270

Saya sangat bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek BMM 3103 iaitu Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Bagi tugasan ini, kami telah diminta untuk membuat Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Seterusnya, kami diminta untuk membuat 10 soalan objektif, 4 soalan struktur dan 1 soalan esei. Kami juga perlu menyediakan Panduan Memberi Markah (PMM) bagi soalan-soalan tersebut. Kami telah membuat pembahagian tugasa n bagi memudahkan lagi proses menyiapkan tugasan ini. Memandangkan kumpulan kami terdiri daripada dua orang, kami telah membahagikan soalan -soalan untuk setiap orang. Setelah selesai menyiapkan jawapan bagi soalan masing -masing, kami telah berkumpul bersama bagi membuat perbincangan dan pemurnian hasil tugasan tersebut. Saya sangat berterima kasih kepada rakan saya kerana telah memberikan komitmen yang sangat baik sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tanpa kerjasama yang kukuh, saya pasti tugasan ini tidak ak an dapat disiapkan dengan jayanya mengikut masa yang telah ditetapkan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Tn Hj Esa Bin Awang yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bi mbingan bagi menyiapkan tugasan ini. Saya berharap bahawa tugasan ini akan dapat memberikan pengalaman kepada saya terutamanya dalam membuat soalan ujian Bahasa Melayu. Saya akan cuba untuk mengaplikasikan pengalaman yang saya dapat melalui tugasan ini untuk masa-masa yang akan datang terutamanya semasa membuat soalan ujian sepanjang perkhidmatan saya sebagai seorang guru.

29

30