KKP BMM 3103E

16
PENGENALAN Tugasan ini merangkumi konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian, Taksanomi Bloom dan Domain Kognitif, Jadual Spesifikasi Ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu serta jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem bahasa Melayu dan melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa Melayu. Topik penilaian dan pentaksiran Bahasa Melayu membincangkan konsep-konsep penting iaitu pentaksiran, pengujian, dan penilaian. Melalui topik muridan ini ia akan dilaksanakan dengan menjalankan beberapa aktiviti serta menjawab beberapa soalan untuk menguji pemahaman kendiri. Maksud pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Manakala maksud pengujian ialah satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik. Oleh itu, ujian ialah satu alat atau item yang dibina sendiri oleh seorang guru bagi menguji murid-murid. Disamping itu, maksud penilaian ialah satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Jadi bagi memudahkan guru tersebut membuat penilaian terhadap muridnya, guru tersebut perlu membina beberapa jenis item dan sebarang alat pengujian untuk menguji muridnya. Sebelum menjalankan pengujian terhadap murid, guru terlebih dahulu perlu membina jadual spesifikasi ujian. Berdasarkan jadual tersebut guru perlu membina item-item untik menguji muridnya. Selepas itu, guru perlu membuat analisis terhadap item-item tersebut. Melalui analisis yang dibuat guru dapat memastikan pembinaan item itu mengikut spesifikasi tahap pembelajaran murid. Selain itu, jadual spesifikasi tersebut juga dapat menentukan kesukaran aras soalan adakah mengikut peraturan membina soalan yang tepat. KONSEP PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

description

MINOR BMSEM 6PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEK.RENDAH

Transcript of KKP BMM 3103E

PENGENALANTugasan ini merangkumi konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian, Taksanomi Bloom dan Domain Kognitif, Jadual Spesifikasi Ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu serta jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem bahasa Melayu dan melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa Melayu. Topik penilaian dan pentaksiran Bahasa Melayu membincangkan konsep-konsep penting iaitu pentaksiran, pengujian, dan penilaian. Melalui topik muridan ini ia akan dilaksanakan dengan menjalankan beberapa aktiviti serta menjawab beberapa soalan untuk menguji pemahaman kendiri. Maksud pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Manakala maksud pengujian ialah satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik. Oleh itu, ujian ialah satu alat atau item yang dibina sendiri oleh seorang guru bagi menguji murid-murid. Disamping itu, maksud penilaian ialah satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Jadi bagi memudahkan guru tersebut membuat penilaian terhadap muridnya, guru tersebut perlu membina beberapa jenis item dan sebarang alat pengujian untuk menguji muridnya.Sebelum menjalankan pengujian terhadap murid, guru terlebih dahulu perlu membina jadual spesifikasi ujian. Berdasarkan jadual tersebut guru perlu membina item-item untik menguji muridnya. Selepas itu, guru perlu membuat analisis terhadap item-item tersebut. Melalui analisis yang dibuat guru dapat memastikan pembinaan item itu mengikut spesifikasi tahap pembelajaran murid. Selain itu, jadual spesifikasi tersebut juga dapat menentukan kesukaran aras soalan adakah mengikut peraturan membina soalan yang tepat.

KONSEP PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

PENGUJIAN

Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang bersistem untuk memerhatikan perlakuan atau tingkahlaku seseorang individu dan membuat huraian dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.Contohnya, skala bernombor seperti 30/100 untuk ujianpenglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan dan 80/100bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata muridan. Sementara contoh sistem berkategori pula sepertiekstrovertatauintrovertbagi ujian personaliti atau rabun warna bagi ujianpenglihatan.Hasil daripada jawapan yang diberikan oleh murid, satuukuran yang disebut sebagai markat (skor) akan diberikankepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan kedu-dukan prestasi murid yang diuji.Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti dengan pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melaluiproses pengujian inilah seseorang guru dapat mengetahuisama ada murid-muridnya telah menguasai sejumlah kemahiran yang dimuridi.

PROSES PENGUJIAN

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

PENGUKURAN

Pengukuranmembawa maksud yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran bermaksud sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik ataumelalui angka tentang sebanyak mana individu atau muridmempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakaninstrumen. Atau dalam erti kata lain langkah menentukantahap sejauh mana seseorang individu memiliki sifat-sifattertentu.Pengukuran boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Sebagaicontoh, proses mendapatkan maklumat berbentuk kuantitatif menggunakan proses pencerapan atau penggunaan skalapemeringkatan. Berbeza daripada pengujian yang hendakmendapatkan maklumat sebanyak mana prestasi yang diperoleh, pengukuran pula menjurus pada banyak mana skoratau markat yang diperoleh dengan menggunakan prosestertentu.Seperti pengujian, pengukuran juga tidak bersifat mutlak. Pengukuran ketinggian mental seseorang individu sudah tentu lebih sukar dan tidak dapat dilakukan dengan tepat berbanding dengan pengukuran ketinggian fizikal seseorangindividu yang menggunakan alat ukur yang tepat sepertipenggunaan pembaris. Sebagai contoh, seseorang muridyang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahuidua kali ganda murid yang mendapat skor 45 walaupunskor 90 itu dua kali angka 45. Sementara seseorang yangmendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak memmuridi sebarang perkara atau tidak memahamisebarang perkara tentang sesuatu muridan yang dilalui. Halini jelas menunjukkan pengukuran aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana mengukur ketinggian murid menggunakan kayu ukur atau pembaris.Oleh itu, seseorang guru harus menggunakan instrumen yang tepat bagi menghasilkan keputusan yang tepat.Jika instrumen yang digunakan cacat, maka sudah pastilahhasil yang diperoleh daripada ukuran yang dijalankan itujuga tidak tepat.

PENILAIAN

Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya.

Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira di kalangan murid sekolah rendah.

JENIS-JENIS PENILAIAN

Dalam membuat penilaian, kita mungkin sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya, tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang dianggapkan mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian, kita akan dapat merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. Boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian murid melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atau temubual.KONSEP KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN UJIAN Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian berkenaan dapat mengumpul maklumat berkaitan bidang yang ditetapkan. Dengan perkataan lain, sesuatu ujian itu dikatakan sah, sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu yang sebenarnya hendak diukur atau sepatutnya diukur. Kesahan isi ialah kesahan yang terpenting bagi seseorang guru yang hendak menyediakan ujian. Isi ujian ditentukan dengan menilai apakah tujuan ujian itu diadakan, kandungan sukatan muridan, penekanan yang diberi kepada tajuk-tajuk dalam sukatan muridan peringkat atau kategori objektif muridan bagi tiap-tiap tajuk.Bagi sebarang ujian bertulis maka sangat penting bagi guru supaya sentiasa menyedari tujuan utama ujian itu. Kemudian ia hendaklah memilih atau menyediakan item ujian-ujian yang sesuai.Jenis-jenis item pula bergantung kepada jenis pencapaian murid-murid, aras kesukaran, dan peringkat objektif muridan yang hendak diuji. Contohnya, item ujian akhir tahun (ujian sumatif) misalnya tertumpu kepada tajuk-tajuk tertentu, sedangkan tajuk-tajuk lain diabaikan, maka ujian itu dikatakan tidak sah dari segi isi kerana tidak meliputi sukatan muridan.Manakala Kesahan telahan atau lebih dikenali sebagai Kesahan ramalan adalah berkait rapat dengan ujian meramal kebolehan atau kelayakan seseorang calon untuk menjalankan sesuatu tugas pada masa depan. Contohnya guru biasa mengadakan peperiksaan percubaan diperingkat sekolah sebelum murid-murid mengambil peperiksaan PMR, SPM, atau sebagainya.Berdasarkan pencapaian murid-murid ini maka kita dapat meramal kejayaan murid-murid dalam peperiksaan sebenar tersebut. Demikian juga bagi Ujian Kelayakan Latihan Perguruan (UKELP). Sekiranya calon-calon yang lulus dalam UKELP dan dipilih mengikuti kursus perguruan juga berjaya dan mendapat sijil atau diploma perguruan serta menjadi guru yang berkesan maka UKELP itu mempunyai kesahan ramalan yang tinggi.Seterusnya Kesahan semasa atau serentak penting bagi guru merujuk pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian itu selaras dengan pencapaian kemudian dalam suatu ujian yang serupanya. Sekiranya ujian kedua yang sama taraf dengan ujian yang pertama ditakbirkan tidak lama kemudian, pencapaian calon biasanya lebih baik daripada ujian pertama, kerana calon yang berkenaan telah memperolehi sedikit sebanyak pengalaman daripada ujian yang pertama.Begitu juga dengan Kesahan gagasan yang amat penting diadakan untuk mengukur sejauh mana seseorang itu menunjukkan trait personaliti, tingkah laku, atau trait mental, seperti sifat peramah, bertanggung jawab, adil, introvert, bermotivasi, kreatif, cergas otak dan sebagainya. Semua ini merupakan idea atau gagasan psikologi perlu dianalisa untuk mengenal pasti proses-proses atau ciri-ciri yang dikaitkan dengan sesuatu trait agar item-item ujian yang khusus dan tepat dapat disediakan. Berdasarkan teori atau kajian ini, kita boleh membuat berbagai-bagai ramalan yang ada hubungannya dengan gagasan tersebut. Misalnya kita boleh menelah bahawa seseorang murid yang kreatif juga merupakan seorang yang imaginatif.Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan kesahan ujian, antaranya ialah dengan menyediakan blue print, atau rancangan persediaan yang dinamakan Jadual Penentuan Ujian (JPU). JPU ini dapat memastikan kesahan isi ujian yang akan disediakan. Di mana dalam JPU guru hendaklah menetapkan tajuk-tajuk yang hendak diuji, peringkat objektif mengikut Taksonomi Bloom atau Taksonomi yang seumpamanya, bilangan soalan bagi tiap-tiap satu objektif dan tajuk. Penentuan objektif muridan ataupun aras-aras kemahiran bergantung kepada mata murid dan tajuk-tajuk yang diuji serta peringkat kebolehan murid-murid yang menduduki ujian itu. Ini bermakna guru perlu meneliti dan memahami isi kandungan tiap-tiap tajuk dalam sukatan muridan.Seterusnya dengan mencari korelasi di antara markah pada ujian yang dibentuk dengan markah ujian tentang trait yang diperkatakan. Hal ini bermakna bahawa jikalau kita mahu menentukan kesahan gagasan untuk satu ujian yang dikatakan mengukur semangat berdikari, maka kita terpaksa mencari korelasi markahnya dengan satu markah bagi ujian lain yang mengukur trait yang sama. Selain itu guru perlu menjalankan satu ekperimen dan membuat ujian detik-detik startegik di dalam ekperimen itu. Ini bermakna kesahan berasaskan pendirian yang keadaan mengubah sesuatu trait itu dapat diwujudkan. Keadaan yang berlainan itu memberi kesan kepada trait seseorang itu. Umpamanya sifat putus asa akan bertambah serius jikalau seseorang itu menghadapi kegagalan demi kegagalan. Oleh itu untuk mendapatkan kesahan bagi satu ujian yang mengukur trait putus asa ini, maka ujian ini bolehlah diberi kepada satu kumpulan yang dimasukkan ke dalam satu ekperimen apabila keadaan dikelolakan supaya mereka yang dieksperimenkan itu mengalami kegagalan berturut-turut. Jikalau markah pada ujian itu menunjukkan pertambahan dari satu masa ke satu masa yang berikutnya maka dapatlah dikatakan yang ujian itu mempunyai kesahan.Cara meningkatkan kesahan ujian juga dengan mencari korelasi di antara ujian yang diberi sebelum calon-calon itu melalui pengalaman yang berkenaan dengan perlakuan yang ada dalam konteks kriteria pada akhir pengalaman itu. Kesahan ujian itu boleh diterima jika terdapat calon yang tinggi markah dalam ujian itu mencapai prestasi yang dikehendaki di dalam kriteria itu, dan calon yang rendah markahnya tidak menunjukkan prestasi di dalam kriteria itu.

KEBOLEHPERCAYAAN UJIANKebolehpercayaan atau reliabiliti ujian boleh disebut sebagai darjah ketekalan antara dua pengukuran terhadap sesuatu benda, sesuatu ciri, atau sifat seseorang. Ini bermaksud sesuatu ujian yang boleh dipercayai akan menghasilkan maklumat yang tekal yang merujuk kepada beberapa pentadbiran ujian yang telah dijalankan, tepat seperti yang sepatutnya serta boleh diterima pakai tanpa keraguan. Pada kebiasaannya, sesuatu ukuran itu tidak lepas daripada ralat. Ini amat ketara dalam prestasi fizikal. Jauh lompatan seseorang misalnya, tidak sentiasa sama kerana pengaruh had laju angin keadaan fizikalnya, kedaan atau jenis kasut yang dipakai, latihan, larian atau sebagainya. Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur. Ujian yang mengukur sesuatu gagasan dengan skor yang tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Sebaliknya, ujian yang menghasilkan skor yang berubah-ubah mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Sesuatu ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tidak semestinya sah. Bagaimanapun, sesuatu ujian yang sah biasanya boleh dipercayai. Jika faktor-faktor lain serupa, sesuatu ujian yang mempunyai pekali kebolehpercayaan yang tinggi perlu dipilih kerana ujian tersebut mempunyai ketekalan pemeringkatan individu dalam kumpulannya. Kebolehpercayaan ujian dipengaruhi oleh faktor yang tidak sistematik. Faktor tidak sistematik adalah faktor yang menghasilkan perubahan atau variasi yang tidak dijangka yang dikenali sebagai perubahan rawak .Ujian yang mengukur dengan pincang sesuatu konsep boleh menghasilkan perubahan rawak. Ujian yang mengandungi arahan, soalan, butiran dan pernyataan yang tidak jelas dan mengelirukan juga boleh menghasilkan perubahan tidak sistematik. Sumber faktor tidak sistematik ialah variasi individu, iaitu individu berubah disebabkan minat, kecergasan fizikal dan kestabilan emosi yang berbeza pada dua situasi ujian. Kedua, variasi perubahan tugasan iaitu menulis jawapan ke dalam kertas jawapan pada ujian pertama dan menghitamkan kertas OMR pada ujian kedua akan menghasilkan perubahan rawak disebabkan kedua-dua tugasan menjawab memerlukan kemahiran yang berbeza. Ketiga pula variasi sampel gagasan yang terhad. Soalan ujian biasanya dibina berasaskan kepada sampel kandungan yang diajar. Sampel tingkah laku yang terhad lebih terdedah kepada faktor peluang. Indek Kebolehpercayaan digunakan bagi menunjukkan ketekalan sesuatu ujian.Indeks ini ditentukan dengan menggunakan kaedah korelasi antara dua set skor ujian. Dua set skor boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah uji dan uji kembali, kaedah bentuk setara atau dengan kaedah bahagi dua. Uji dan uji kembali dibuat apabila guru memperoleh dua set skor dari ujian yang sama yang ditadbirkan kepada murid yang sama pada dua masa berlainan.Kaedah bentuk setara dibuat apabila guru memperoleh dua set skor dari dua set ujian yang setara yang ditadbirkan pada murid pada masa yang sama. Kaedah bahagi dua dibuat apabila guru memperoleh dua set skor dari jawapan murid terhadap soalan bernombor ganjil dan soalan bernombor genap dari satu set ujian yang ditadbirkan pada murid. Sekurang-kurangnya indeks kebolehpercayaan 0.75 diperlukan bagi memastikan ujian yang dibina boleh dipercayai.Berikut adalah cara bagaimana guru boleh meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu ujian yang dibina. Antaranya ialah arahan hendaklah jelas dan tepat, pernyataan soalan mestilah jelas dan tepat, soalan hendaklah seragam (homogen), situasi dan masa ujian dijalankan hendaklah piawai, serupa dan terkawal, elak ganguan kepada murid disebabkan arahan dan soalan tidak jelas dan elak kebimbangan murid semasa mereka menjawab soalan.

LANGKAH-LANGKAH DALAM PEMBINAAN UJIAN Pembinaan ujian dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu ujian objektif dan ujian subjektif.Ujian objektif memerlukan satu jawapan yang paling tepat daripada beberapa aneka jawapan yang lain. Terdapat beberapa item yang terkandung di dalam ujian objektif ini. Antaranya ialah jawapan pendek, jenis padanan, jenis aneka pilihan dan kloz. Penggubalan dan pembinaan sesuatu kertas ujian haruslah mengikut spesifikasi ujian yang telah ditetapkan. Ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran dan perlu dipertimbangkan dengan lebih teliti dan terperinci. Jadual Spesifikasi Ujian ini haruslah merangkumi enam komponen yang utama iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran. Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuklah penyediaan JSU. Sebelum ujian tersebut ditadbirkan, item-item ujian hendaklah dinilai oleh pakar mata pelajaran tersebut. Terdapat empat langkah dalam pembinaan JSU iaitu :a. Mengkaji sukatan pelajaranSukatan pelajaran perlu dikaji untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kansungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan setiap tajuk kandungan. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah: skop dan kedalaman pengajaran pengajaran bagi sesuatu tajuk pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain kompleksiti sesuatu tajuk masa pengajaran yang diperuntukan bagi sesuatu tajuk

b. Menganalisis objektif pengajaranObjektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom. JSU mempunyai dua paksi utama iaitu :i. paksi kandunganii. paksi objektif pengajaran

c. Menentukan jenis soalanBagi menentukan jenis soalan yang sesuai, domain objektif (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) pengajaran ditentukan terlebih dahulu dan juga peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur. Antara jenis soalan yang digunakan di dalam bentuk objektif beraneka pilihan, subjektif atau struktur dan juga esei. d. Menentukan bilangan soalanJumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur. Kepentingan JSU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan pembina item atau soalan ujian.