KKP PKB 3103
-
Upload
mohd-shafuan-zulkafli -
Category
Documents
-
view
1.154 -
download
1
Transcript of KKP PKB 3103
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DARULAMAN,
06000, JITRA,
KEDAH DARUL AMAN
KERJA KURSUS PENDEK (KKP)
JABATAN PENDIDIKAN KHAS
PENGURUSAN TINGKAH LAKU
(PKB 3103)
NAMA: MOHD SHAFUAN BIN ZULKAFLI
K/P:901018-11-5091
KUMP. KULIAH: PISMP PEN.KHAS (PJ),BI,BM
AMBILAN: JANUARI 2010
NAMA PENSYARAH:PN. HARLINA BINTI ISHAK
TARIKH HANTAR: 23 SEPTEMBER 2010
SENARAI KANDUNGAN
BIODATA PELAJAR ii
PENGHARGAAN iii
1.0 PENDAHULUAN
2.0 NOTA GRAFIK MASALAH TINGKAH LAKU
2.1 Jenis kanak-kanak masalah tingkah laku
2.2 Ciri-ciri kanak-kanak bermasalah tingkah laku
2.3 Kesan-kesan masalah tingkah laku terhadap P&P
2.4 Khidmat Sokongan dalam Pendidikan Khas
3.0 HASIL KAJIAN
3.1 Latar belakang dan sejarah perkembangan
3.2 Tingkah laku serta kemahiran bersosialisasi
3.3 Kesan masalah tingkah laku dalam kehidupan seharian
3.4 Data yang diperoleh daripada pemerhatian
3.5 Cadangan mengurangkan atau mengatasi masalah tingkah laku yang
dihadapi
KESIMPULAN
REFLEKSI
RUJUKAN
LAMPIRAN
BIODATA PELAJAR
NAMA : MOHD SHAFUAN BIN ZULKAFLI
ALAMAT : NO.45 RAKR BUKIT SAWA, 21400, MARANG,
TERENGGANU
TARIKH LAHIR : 10 OKTOBER 1990
TEMPAT LAHIR : HOSPITAL BESAR KUALA TERENGGANU
NAMA BAPA : ZULKAFLI BIN SAAD
NAMA IBU : MUSLIMAH ABD. RANI
TEMPAT
BELAJAR
: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
NO TELEFON : 019-4706223
MENTOR : PUAN NOORASHIKIN BT. ISMAIL
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dalam salam sejahtera. Setinggi kesyukuran
dirafakkan kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya dapatlah kumpulan
saya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini dengan jayanya dalam masa yang
ditetapkan. Walaupun saya terpaksa melaksanakan KKP ini bersendirian di SK Bukit
Payong.
Ribuan terima kasih ingin saya ucapkan kepada Puan Harlina yang juga
bertindak selaku pensyarah pembimbing kerana membantu saya untuk menyiapkan
tugasan KKP ini. Tidak lupa juga saya ingin ucapkan kepada rakan-rakan
sekumpulan yang sering memberi sokongan moral dan kerjasama yang tidak
berbelah bahagi untuk melengkapkan tugasan ini.
Bagi menyiapkan tugasan KKP ini saya telah menggunakan segala sumber
yang boleh saya gunakan. Seperti media cetak dan media elektronik seperti nota-
nota dan maklumat-maklumat yang ada dalam internet. Namun tidak lengkap juga
jika saya tidak menyatakan bahawa semua ini turut atas bantuan rakan-rakan saya.
Sekian, terima kasih.
PENDAHULUAN
Tingkah Laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang
individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur dan
dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,
secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang
sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang
perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau
separa sedar.
Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga
merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi
teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh
setiap organ. Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau
dilakukan oleh individu. Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang
individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya
individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi
dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Al-Ghazali pula dari perspektif Islam,
tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.Tingkah laku
normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku
sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi.
Mengikut (PL94-142) Masalah tingkahlaku atau gangguan emosi yang serius
merujuk kepada keadaan di mana ciri-ciri yang berikut berlaku pada tempoh yang
lama, pada darjat yang ketara dan keadaan ini menjejaskan prestasi pembelajaran.
Tingkah Laku Bermasalah Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang
tingkah laku sama ada positif ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu
tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada
empat iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala
tingkah laku negatif pula terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif
dan sikap bergantung.
2.0 NOTA GRAFIK MASALAH TINGKAH LAKU
2.1 Jenis kanak-kanak masalah tingkah laku
KANAK-KANAK YANG
MENGALAMI MASALAH
TINGKAH LAKU
Autisme ADH
D
Cerebral Palsy
Disleksia
Gangguan
Emosi
Sindrom
Down
Terencat Akal
2.2 Ciri-ciri kanak-kanak bermasalah tingkah laku
AUTISME
suka bersendirianTidak kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang muka orang lainTidak suka dipegang atau dipelukSuka mencium dan menjilat mainan ataupun benda-benda lainDapat duduk tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksiSering marah, ketawa dan menangis tanpa sebabMerosakkan apa sahaja yang ada disekitarnya sekiranya emosinya tergangguMenyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya tergangguAdakalanya mencederakan diri sendiri
ADHD
Gagal menyiapkan tugasanTidak mengikut arahanSukar memberi tumpuan pada satu-satu aktivitiSukar mengendali satu-satu aktivitiSukar menunggu giliranBerlari ataupun memanjat sebarang objek ataupun perabot tanpa terkawalBergerak secara berlebihan semasa tidurKerap menggerak tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk• Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas• Selalu banyak bercakap
SINDROM DOWN
suka bermanjacepat merajuk apabila diabaikanmudah cemburu sukakan sentuhan fizikaltidak boleh duduk diammengamuk apabila emosi terganggusuka diberi perhatiansuka bermain bersama rakan-rakanmenganggu rakan-rakan semasa belajar
DISLEKSIA
tidak suka membacakerap mengelip-gelipkan @ menggosok matasering meninggalkan huruf di pangkal atau hujung perkataanmemakai kasut dengan salahmenulis dengan lambatmenulis dengan tulisan yang buruksuka mendengar bacaan tetapi tidak suka membaca sendirisuka bertanya banyak soalanbercakap dengan nada yang kuat atau menjerit
SLOW LEARNER (LEMBAM)
Pendiam / tidak aktif / tidak banyak cakap.Sukar menerima arahan.Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah, bertukar-tukar.Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis.menulis dengan tulisan yang buruklambat memberikan respons apabila bercakapmalas untuk membaca
TERENCAT AKAL
Mempunyai bidang pemerhatian yang singkat dan mudah hilang tumpuan terhadap sesuatu perkara.Sikap dan nilai berbeza daripada tingkal laku kanak-kanak normalBermasalah komunikasipercakapan yang tidak lancarEmosi yang tidak terkawalCepat lupaMudah terganggumengamuk secara tiba-tibabercakap dalam nada yang tinggi atau marahtidak suka diganggu
2.3 Tingkah laku sasaran yang dipilih terhadap pelajar
Mengganggu rakan-rakan
Suka berjalan-jalan
Memukul rakan-rakan
Membuat bising
Selalu tidak menyiapkan kerja yang diberi oleh guru
Tidak memberikan tumpuan pada pembelajaran
2.4 Kesan-kesan masalah tingkah laku terhadap P&P
Kesan-kesan masalah
tingkah laku terhadap
P&P
Rakan-rakan akan berasa terganggu
dan mudah hilang
tumpuan
Guru terpaksa
memberikan perhatian yang lebih
Aktiviti pengajaran
dan pembelajaran terganggu
Kelas akan menjadi kucar-kacir
Aktiviti pengajaran dan
pembelajarn tidak dapat diselesaikan dalam masa
yang ditetapkan
3.0 HASIL KAJIAN
3.1 Latar belakang pelajar
Nama : Muhammad Hafizam B. Mohd Hamidi
Tarikh Lahir : 13/10/2000
No. Sijil Lahir : AS 72687
Kaum : Melayu
Agama : Islam
Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Kategori : Masalah Pembelajaran
No. Pendaftaran OKU : LD 04000722
Keterangan : DOWN SINDROM
3.2 Tingkah Laku Serta Kemahiran Bersosialisasi
Hafizam adalah seorang kanak-kanak yang agak ceria. Tetapi dia tidak
banyak bercakap dengan rakan-rakan sekelasnya. Di dalam kelas dia banyak
mendiamkan diri sewaktu sesi pengajaran. Guru-guru perlu memaksa Hafizam untuk
bercakap dengan peneguhan-peneguhan positif seperti jika dia menjawab soalan
cikgu dia akan dapat gula-gula dan sebagainya.
Hafizam apabila ditanya sesuatu secara tiba-tiba akan mengalami kesukaran
untuk menjawab dengan baik. Contohnya sewaktu pengajaran apabila guru
menanyakan apa yang cikgu ajar sebentar tadi, dia seperti terpinga-pinga. Terlepas
ke dunia sendiri lebih tepat untuk saya nyatakan di sini.
3.3 Kesan Masalah Tingkah Laku Dalam Kehidupan Seharian
Kesan masalah tingkah laku dalam kehidupan seharian yang dihadapi oleh
Hafizam ini sedikit sebanyak mengganggu kehidupan sehariannya. Seperti yang
dapat saya lihat di dalam kelas, masalah kurang bercakapnya itu memberi kesan
yang sangat ketara. Dia tidak mampu menyatakan apa yang dia inginkan pada guru
dan ini agak menyukarkan guru-guru untuk memahami apa yang dikehendakinya.
Dia juga tidak boleh duduk diam dalam kelas. Sentiasa ada saja perkara yang
menyebabkan dia hilang tumpuan dalam kelas. Walaupun hanya sebatang pensel
yang terjatuh sekalipun.
Keadaan ini menjejaskan pembelajaran dia sedikit sebanyak. Tapi guru kelas
ada menyatakan ini mungkin disebabkan oleh keadaan semasa, di mana saya
sebagai orang luar berada di dalam kelas menyebabkan dia lebih tidak mampu
menumpukan perhatian dan membuat sesuatu masalah untuk menarik perhatian.
3.4 Data Yang Diperoleh Dari Pemerhatian
Ini adalah antara data yang berjaya saya rekodkan sewaktu pengajaran di dalam
kelas.
Lembaran Data Perekodan Peristiwa atau Kekerapan (Event / Frequency
Recording Data Sheet)
Tarikh : 20 Ogos 2009 Penilai: Mohd Shafuan B. Zulkafli
Nama Murid : Muhammad Hafizam B. Mohd Hamidi
Kelas : 3 Sinar
Pemerhatian
Tingkah Laku
Murid
Kekerapan
Kejadian
Jumlah Masa Ulasan
Tambahan
Mengangkat
tangan untuk
menjawab
soalan
/// 3 30 minit kelas pada
waktu pagi
( 10.00 pagi-
10.30 pagi)
semasa sesi
bercerita ”Si
Kancil”
Bercakap
sewaktu guru
mengajar
/ 1
Rekod ini menyatakan bahawa Hafizam agak memberi perhatian di dalam kelas. Ini
didorong oleh faktor rangsangan hadiah oleh guru bagi murid-murid yang menjawab
soalan.
3.6 Cadangan-cadangan mengurangkan atau mengatasi masalah
tersebut
3.6.1 Tingkah Laku Yang Menghalang : Bergantung
Ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak selalunya akan
menyebelahi dan melindungi anak-anak mereka atas kesalahan yang dilakukan
anak-anak itu. Dengan bersikap demikian kanak-kanak itu akan mengalami
masalah tingkah laku seperti degil, sombong, suka melawan, lekas meradang
dan agresif.
3.6.2 Di antara faktor yang menyebabkan tingkah laku bergantung
ialah :-
i. cara pengasuhan anak yang sering mengamalkan perlindungan
melampau hingga membentuk tingkah laku yang kurang keyakinan,
konsep kendiri rendah serta tidak dapat berdikari.
ii. Tingkah laku yang menghalang pelajar sendiri belajar ialah tingkah laku
bergantung yang biasanya disebabkan oleh pelajar sendiri.
iii. Tingkah laku bergantung ini merupakan kelakuan di mana seseorang itu
sangat bergantung kepada rakan sebaya atau guru untuk menolongnya
menyelesaikan masalah pembelajaran dan menyempurnakan tugasan
sekolahnya.
iv. Kecerdasan yang rendah merupakan faktor yang menyebabkan
pembentukan tingkah laku bergantung.
v. Oleh sebab emosi mereka sentiasa dalam keadaan cemas, bimbang dan
rasa kurang selamat serta pencapaian aktiviti mereka terlalu rendah.
Tingkah laku jenis ini dikenali sebagai pergasingan diri.
3.6.3 Terdapat 3 Kategori Pelajar Yang Mempunyai Tingkah Laku
Bergantung.
i. Pergantungan berlebihan
Pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang rendah hingga amat
bergantung kepada guru atau rakan sebaya untuk menolongnya
atau untuk menjalankan seuatu tugasan atau membuat satu-satu
keputusan.
Ciri-ciri tingkah laku bergantungan
amat bergantung pada orang lain
tidak boleh berdikari
tidak berupaya membuat keputusan sendiri
mudah mengikut percakapan orang lain
senang dipengaruhi
pendirian kurang tegas
sering mengalami kebimbangan dan tekanan
kurang atau tidak berkeyakinan
ketenteraman jiwa terjejas
ii. Kebimbangan
Sesuatu perasaan kurang senang yang disebabkan pra alamat
bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Perasaan ini
berkait rapat dengan emosi ketakutan. Pelajar yang kurang
berkeyakinan diri hingga rasa takut menyertai aktiviti pembelajaran.
Ciri-ciri Kebimbangan
berkait rapat dengan ketakutan
tidak dapat menerangkan sebab sebenar
sukar mengenal pasti faktor penyebab
terlalu banyak remalan
takut menghadapi kenyataan
takut menerima risiko
akan menghadapi kehilangan sesuatu / idea
iii. Pengunduran Diri
Pelajar yang menghadapi masalah penyesuaian emosi dan sosial
di dalam sesuatu situasi baru hingga membina tingkah laku helah
bela, demi mengelakkan diri daripada aktiviti pembelajaran atau
permainan di sekolah.
Sebab-sebab pengunduran diri
helah bela diri untuk berfikir serta mencari penyelesaian kepada
sesuatu masalah
tidak berupaya untuk menjawab kerana tidak mempunyai
kemahiran yang diperlukan
3.6.4 Cara Mengatasi Tingkah Laku Bergantung Dalam Pembelajaran
Merancang isi pelajaran dari mudah ke sukar
Mengamalkan sikap penyayang
Menggunakan strategi pemusatan murid dan bahan
Memberi tugasan mengikut kebolehan pelajar
Mengutamakan kaedah individu dan aktiviti kumpulan pelbagai
kebolehan
3.6.5 Tingkah Laku Yang Menghalang : Disruptif
Tingkah laku yang mengganggu atau menghalang merupakan tingkah
laku disruptif yang boleh menghalang kelicinan serta keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah. Di antara faktor yang menyebabkan
tingkah laku disruptif ini ialah kekurangan matangnya pelajar sendiri. Masalah
kesihatan pelajar disebabkan makanan yang menjejaskan aktiviti otaknya
ataupun kurang stabil emosinya yang diwarisi daripada ibu bapanya atau pun
iklim bilik darjah yang kurang kondusif dan kurang selesa pula menggalakkan
tingkah laku disruptif berlaku.
3.6.6 Jenis-jenis Pelajar Yang Mempunyai Tingkah Laku.
a. Hiperaktif
Merupakan keadaan individu yang terlampau aktif jika
dibandingkan dengan keadaan biasa. Ia mungkin disebabkan oleh
kecederaan otak atau makanan yang mengandung bahan awet,
bahan warna atau salisilat.
Ciri-ciri pelajar yang mengalami hiperaktif ialah:-
Pelajar yang tidak dapat duduk diam tetapi sering bergerak di sana
sini,
membuat bising, ketawa kuat, tolak-menolak serta melakukan
sesuatu tiba-tiba tanpa memikirkan akibatnya.
Pelajar yang biasanya menghadapi masalah kesihatan disebabkan
makanan yang menjejaskan aktiviti otaknya ataupun kurang stabil
emosinya yang diwarisi daripada ibu bapanya
Gemar memulakan banyak tugasan atau aktiviti tetapi jarang
menyempurnakannya.
b. Kelakuan nakal
Punca utama yang menyebabkan berlakunya tingkah laku
disruptif ini ialah penyampaian guru kurang menarik atau pun terlalu
sukar difahami oleh pelajar yang berkenaan.
Pelajar yang tidak berminat atau tidak dapat mengikuti pelajaran di
dalam bilik darjah
Pelajar yang tidak dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti
pengajaran guru akan membuat bising, tidak dapat duduk diam dan
bergerak ke sana ke mari mengganggu pelajar lain, ketawa
terbahak-bahak
atau pun menunjukkan ciri agresif fizikal dengan menolak atau
menumbuk pelajar lain di dalam bilik darjah.
3.6.7 Cara Mengatasi Tingkah Laku Yang Mengganggu Dalam
Pembelajaran.
Menggunakan pelbagai teknik mengajar termasuk penggunaan alat
bantu mengajar yang menarik perhatian pelajar.
Menggunakan teknik variasi rangsangan untuk mengekalkan minat
pelajar.
Menggunakan aktiviti kumpulan mengikut kebolehan pelajar
Menguruskan bilik darjah dengan membina iklim bilik darjah yang
kondusif dan selesa
3.6.8 Tingkah Laku Anti Sosial : Distruktif / Permusuhan nyata
Tingkah laku anti sosial merupakan salah satu jenis tingkah laku
permusuhan nyata. Pelajar yang menunjukkan tingkah laku permusuhan nyata
ialah pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang negatif di mana terdapat
tingkah laku fizikal atau lisan yang bertujuan untuk menyakiti atau melukai
seseorang.
3.6.9 Pemusuhan Nyata
Disifatkan sebagai tingkah laku masalah negatif kerana :-
a. Pemusuhan Nyata – Suatu Trait Biologi
menunjukkan keinginan untuk melihat orang lain menderita
mengharapkan orang lain mengalami sesuatu yang malang
merasa seronok apabila mengetahui berita malang tersebut
b. Permusuhan Nyata – Disebabkan Kekecewaan
akibat kekecewaan kepada suatu bentuk permusuhan
c. Permusuhan Nyata – Dipelajari
daripada individu yang berhampiran
ibu bapa yang agresif
ibu bapa yang sering menghukum anak mereka
daripada sikap masyarakat
sikap agresif ditentang dengan sikap agresif
Tingkah laku kumpulan jahat atau kumpulan klik yang dikenali
geng yang mengugut atau menumbuk guru, mencalar kereta,
atau melepaskan udara daripada kereta guru
Tingkah laku vandalisme seperti suka merosakkan
kemudahan fizikal sekolah
Sekolah yang menggunakan pendekatan disiplin yang
autokratik dan kurang adil juga menjadi punca yang
menyebabkan pelajar memberontak dengan menyertai
kumpulan liar atau geng untuk membalas dendam terhadap
guru
dari Televisyen / Media Massa
dipengaruhi tayangan TV yang negatif seperti filem
keganasan
3.6.10 Cara Mengatasi Tingkah Laku Anti Sosial Dalam Pembelajaran.
i. Menggunakan teknik mendisiplin yang sesuai dengan mengikut peraturan-
peraturan sekolah dan garis panduan displin sekolah
ii. Elakkan hukuman dera dan jatuhkan hukuman selepas pelajar yang
berkenaan telah memahami dan rela menerima hukuman tersebut
berkaitan dengan kesalahannya
iii. Adakan sesi bimbingan dan kaunseling untuk memujuk pelajar menukar
tingkah laku distruktif yang tidak diingini
iv. Mengajar pelajar dengan sifat penyayang dan peramah
v. Menerapkan dan memupuk nilai-nilai murni ke dalam jiwa pelajar
vi. Menganjurkan kursus motivasi untuk membina kendiri positif serta
keyakinan diri
Di antara tingkah laku bermasalah yang dibincangkan di atas, iaiitu
tingkah laku bergantung, tingkah laku disruptif dan tingkah laku distruktif, tingkah
laku bergantung merupakan kelakuan yang membahayakan diri sahaja dan tidak
mengganggu pelajar lain.
Sebaliknya, tingkah laku disruptif bukan sahaja membahayakan diri tetapi
juga membahayakan pelajar lain kerana pelajar yang hiperaktif sering bertindak
tanpa memikirkan akibatnya.
Manakala, tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku yang amat
merbahaya kerana ia bukan sahaja melakukan aktiviti jenayah tetapi juga
mengancam keselamatan orang lain dan kemudahan-kemudahan sekolah.
Refleksi
Hari pertama melapor diri di Sekolah Kebangsaan Bukit Payong (SKBP) saya
merasakan amat teruja. Pada hari pertama saya berada di sana, saya diberi peluang
untuk berucap di hadapan perhimpunan oleh guru besar. Pada hari itu saya dapat
merasakan sendiri bagaimana seorang guru berucap kepada murid-muridnya. Hari
tersebut saya mula masuk ke kelas pendidikan khas untuk memerhatikan murid-
murid di dalam kelas tersebut. Keadaan kelas yang agak kecil agak menyukarkan
untuk saya bergerak bebas. Namun ia tidak menjadi penghalang kepada saya untuk
terus berada di situ.
Walaupun berseorangan melaksanakan KKP ini di sekolah ini tanpa teman dari
IPG KamDa, saya cuba buat yang terbaik. Dengan memerhatikan pelajar-pelajar
sewaktu sesi pengajaran di sekolah saya dapat menimba beberapa ilmu baru.
Kaedah-kaedah yang pelbagai serta penggunaan pelbagai alatan dalam pengajaran
oleh guru-guru memberi saya pengalaman yang sungguh berguna untuk masa
hadapan.
Kepelbagaian murid di dalam kelas pendidikan khas amat dinantikan. Di situ
saya dapat memerhatikan pelbagai gelagat dan karenah yang setiap satunya
mempunyai cara yang tersendiri untuk diselesaikan dan dihadapi. Di kelas
pendidikan khas saya berjumpa dengan pelbagai ragam guru. Setiap seorang
mempunyai gaya pengajaran tersendiri baik guru lelaki mahupun perempuan.
Contohnya teori behaviouris yang digunakan dalam kelas. Dengan membiasakan diri
pelajar dengan keadaan semasa. Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan
Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran
adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku.
Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga
pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung
di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara
‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara
umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan
mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau
sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh
diperhatikan, dikawal dan diramal.
Dalam kelas saya dapat lihat guru bersedia dengan keadaan yang mungkin
berlaku apabila berada di dalam kelas. Contohnya pelajar-pelajar yang suka tiba-tiba
lari keluar dari kelas. Guru akan berada berdekatan dengan pelajar-pelajar ini bagi
memastikan mereka tidak berlari keluar dari kelas secara tiba-tiba. Guru juga
memahami apa yang dikendaki oleh pelajar-pelajar di dalam kelas dengan hanya
melihat riak muka pelajar tersebut dengan mengaplikasikan teori behaviouris.
Penggunaan mazhab kognitif pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah
suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan
secara langsung daripada tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan
Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses
penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur dan
kebolehan pelajar. Teori-teori pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada cara
pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan
dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif, dan
semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam
ingatan.
Dalam kelas teori kognitif digunakan dalam pengajaran dengan meluas. Dalam
satu sesi pengajaran, guru menunjukkan sekeping gambar binatang dan bertanya
kepada murid-murid mengenai binatang itu. Nyata teori kognitif dipraktikkan dengan
baik di dalam pengajaran di sekolah yang telah saya pergi.
Rumusan
Masalah tingkah laku bermasalah merupakan satu masalah yang perlu diberi
perhatian yang sewajarnya kerana dengan bermulanya masalah kecil akan bertukar
menjadi masalah yang besar. Perkara yang tidak diubah dari kecil akan menjadi satu
kebiasaan pada masa hadapan dan itu akan mengundang pelbagai masalah.
Setiap perlakuan yang dilakukan oleh para pelajar semuanya adalah berpunca
dari sesuatu perkara atau faktor-faktor tertentu. Namun kesan yang berlaku
diakibatkan oleh faktor-faktor ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Iaitu
kesan yang positif dan negatif. Dengan demikian, langkah-langkah perlu diambil bagi
mengatasi masalah tersebut. Cara-cara untuk mengatasinya adalah berbeza
berdasarkan masalah yang dihadapi oleh para pelajar.
Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan bagi setiap masalah
bergantung kepada keadaan pelajar itu. Teknik-teknik ini diubah dengan keadaan
semasa para pelajar untuk digunakan dengan sebaiknya ke atas pelajar. Dengan
teknik yang sesuai, masalah tingkah laku positif akan dapat diubah kepada tingkah
laku positif dan seterusnya membantu memudahkan guru untuk mengajar murid
tersebut. Dengan itu prestasi dan pencapaian para pelajar dapat ditingkatkan dan
pencapaian dapat dioptimumkan.
Dalam usaha untuk mengatasi masalah ini, semua pihak harus terlibat sama
dalam aktiviti yang dilakukan. Sama ada ibu bapa, guru, masyarakat dan juga pihak
kerajaan. Usaha bersama akan membuahkan hasil yang tidak akan mengecewakan
semua pihak. Negara juga dapat melahirkan waris negara yang berkaliber dan
berwawasan selaras dengan wawasan Negara ke arah masyarakat yang berilmu.
Rujukan
-Noriati A. Rashid, Boon Pong Yin, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. 2009.
Murid dan alam belajar. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.
-Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, 2009. Perkembangan kanak-kanak.
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
-Barry Edwards McNamara. 2007. Learning disabilities, Pearson Education,
Inc. New Jersey
-Dr. Sachindra Mohan Sahu. 2005. Education of children with special
education. Annol Publications Pvt. Ltd. New Delhi.
-James M. Kauffman, Daniel P. Hallahan. 2005. Special education what it is
and why we need it. Pearson Education, Inc. New Jersey.
-Teori pengajaran dan pembelajaran. 5 Julai 2010. diambil daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran
-Ciri-ciri kanak-kanak bermasalah tingkah laku. 20 Ogos 2010. diambil
daripada
http://www.bing.com/search?q=ciri-ciri+kanak-
kanak+bermasalah+tingkah+laku&src=IE-SearchBox&FORM=IE8SRC
-Jenis-jenis tingkah laku bermasalah. 10 September 2010. diambil daripada
http://www.Kplijulai08intake.blogspot.com/.../tingkah-laku-bermasalah.html
Lampiran 1
Lembaran Data Perekodan Peristiwa atau Kekerapan (Event / Frequency
Recording Data Sheet)
Tarikh : 20 Ogos 2010 Penilai: Mohd Shafuan B. Zulkafli
Nama Murid : Muhammad Hafizam B. Mohd Hamidi
Kelas : 3 Sinar
Pemerhatian
Tingkah Laku
Murid
Kekerapan
Kejadian
Jumlah Masa Ulasan
Tambahan
Mengangkat
tangan untuk
menjawab
soalan
/// 3 30 minit kelas pada
waktu pagi
( 10.00 pagi-
10.30 pagi)
semasa sesi
bercerita ”Si
Kancil”
Bercakap
sewaktu guru
mengajar
/ 1
Lampiran 2 (Time Sampling)
i) Data Awal- Tingkah Laku Sasaran (memukul rakan)
Masa
Hari
8.30-9.30
pagi
9.30-10.30
pagi
10.30-11.30
pagi
11.30-12.30
tengah hari
Jumlah
Ahad
(16/8/09)
3 1 2 2 8
Isnin
(17/8/09)
4 2 3 2 11
Selasa
(18/8/09)
3 2 0 3 8
Rabu
(19/8/09)
2 1 0 1 4
Khamis
(20/8/09)
2 0 3 1 5
Senarai Semak Tingkah Laku
Lembaran Data Senarai Semak (Check List Data Sheet)
BUTIR-BUTIR DIRI MURID
Nama Murid : Muhammad Hafizam B. Mohd Hamidi
Umur : 10 tahun Tarikh Lahir: 25.09.1998 No. Surat Beranak : AI 80194
Kelas:5 No Pendaftaran JKM: T 037488
Jenis Kecacatan/ Tahap :
Jantina : L / P Kaum : .Melayu Agama: Islam
Bil. Adik Beradik: 10 Anak ke- : 9
PENGESAHAN IBU BAPA/ PENJAGA
Nama : Nik Yam binti Yunoh
No K/P : 571012-03-5016
Alamat : No29-A, Kampung Bukit Payong,
21400, Marang, Terengganu
Tarikh: 24/01/2009
PERLAKUAN YANG KETARA
Agresif ( )
Pasif ( )
Kognitif ( )
Emosi ( )
Negatif Sosial ( )
Motor Kasar ( )
Motor Halus ( )
Bil Keterangan Tingkah Laku Tunjuk Ulasan
Ya Tidak
1. Perlakuan Agresif
1.1 Merosakkan harta sendiri/ orang
lain
1.2 Selalu berkelahi/ bertindak
1.3 Cepat marah/ meradang
1.4 Mengacau/Menguasai orang lain
1.5 Mencederakan diri
1.6 Memukul orang lain
1.7 Menjelir lidah
1.8 Panas baran
1.9 Perlakuan negatif berlaku dengan
tiba-tiba
1.10 Hiperaktif
√
√
√
√
√
√
√ *tingkah laku
1.24 perlu
diberi
intervensi*
2. Perlakuan Pasif
2.1 Memencilkan diri
2.2 Sugul
2.3Terlalu pendiam
2.4 Terlalu malas
2.5 Mudah terganggu perhatian
2.6 Terlalu malu
2.7 Lembab pergerakan
2.8 Lembab membuat sesuatu
√
√
√
√
√
√
3. Perlakuan Negatif Sosial
3.1 Mengusik
3.2 Bercakap bohong
3.3 Tidak menepati janji
3.4 Engkar/ tidak menurut perintah
3.5 Berbahasa Kasar
3.6 Terlalu suka bercakap
3.7 Selalu buang air dalam bilik darjah
3.8 Suka membuat bising
√
√
√
√
√
√√√
3.9 Mengambil tanpa meminta
3.10 Tidak bekerjasama
3.11 Tidak bertimbang rasa
√
√ √
4. Pemasalahan Emosi
4.1 Gelisah
4.2 Menggerakkan bahagian anggota
badan tanpa dapat dikawal
4.3 Bebal
4.4 Menipu /berbohong
4.5 Selalu mengadu sakit
4.6 Menangis dalam kelas
4.7 Memerlukan perhatian yang lebih
4.8 Risau
4.9 Berkhayal/ termenung
4.10 Membuat sesuatu tanpa tujuan
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
PENGURUSAN TINGKAH LAKU SASARAN
Catatan ditulis dalam bentuk borang rekod anekdot untuk dimasukkan ke
dalam fail murid.
Rekod dalam bentuk Senarai Semak
Sekolah Kebangsaan Seri ketereh
Borang Rekod Anekdot
Pemerhati: Mohd Shafuan Bin Zulkafli
Tarikh pemerhatian :1 September 2010
Masa pemerhatian : 9.15 pagi
Nama pelajar : Muhammad Hafizam B. Mohd Hamidi
Penerangan tentang kejadian:
- suka memukul kawan
- berkhayal
- menjelir lidah
Penerangan tentang lokasi/ latar belakang kejadian :
- - berlaku semasa guru sedang mengajar di hadapan kelas
- - bermain bersama rakan.
-
Nota, cadangan dan langkah:
1) melaksanakan intervensi dengan menggunakan kaedah ganjaran.
2) memberi nasihat dan teguran gterhadap perlakuan tersebut.