Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

download Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

of 50

Transcript of Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    1/50

    Tajuk 2 : KLASIFIKASI AKAUN:

    ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA

    & AKAUN KONTRA

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    2/50

    2.1 ASET

    Definisi: Merupakan sumber ekonomi (barangan bernilai)yang dimiliki oleh perniagaan yang memberi faedah kepada

    organisasi dari segi pengendalian aktiviti atau untuk dijual

    semula.

    Boleh berbentuk fizikal (aset nyata) dan bukan fizikal (asettidak nyata).

    Terbahagi kepada dua jenis:

    a) Aset Semasa

    b) Aset Bukan Semasa

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    3/50

    2.1 b) Pengelasan Aset

    Aset Semasa Aset Bukan Semasa

    Ciri-ciri -Mudah ditukar menjadi wang

    tunai (mudah dijual).

    -Untuk dijual atau untuk

    pembuatan barang.

    -Digunakan dalam tempoh satu

    tahun atau satu tempoh

    perakaunan.

    -Tidak mudah ditukar menjadi

    wang tunai (sukar dijual).

    -Bukan untuk dijual semula.

    -Tempoh penggunaan melebihi

    setahun atau lebih dari satu

    tempoh perakaunan.

    Contoh Tunai di tangan

    Tunai di bankStok barang niaga / stok bahan

    mentah

    Penghutang

    Belanja terdahulu

    Hasil terakru

    Premis (bangunan)

    TanahKenderaan

    Perabot

    Alatan pejabat

    Mesin

    Loji

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    4/50

    2.2 LIABILITI

    Definisi: Merupakan hutang perniagaan kepada pihak luaryang perlu dijelaskan. Hutang ini mungkin muncul daripada

    urusan pembelian barang niaga, perkhidmatan atau

    pinjaman wang.

    Liabiliti boleh terdiri daripada orang perseorangan(pemiutang) atau institusi kewangan yang memberi

    kemudahan kredit kepada perniagaan.

    Pemiutang yang muncul daripada urusan pembelian barang

    niaga secara kredit dikenali sebagai pemiutang dagangan,manakala pemiutang yang muncul daripada sebab-sebab

    yang lain dikenali sebagai pemiutang bukan dagangan.

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    5/50

    2.2 b) Pengelasan Liabiliti

    Liabiliti Semasa Liabiliti Bukan Semasa

    Ciri-ciri -Hutang perniagaan yang perlu

    dijelaskan dalam satu tahun /

    satu tempoh perakaunan.

    -Hutang perniagaan yang akan

    dibayar balik dalam tempoh

    melebihi satu tahun / melebihi

    satu tempoh perakaunan.

    Contoh PemiutangOverdraf bank

    Pinjaman jangka pendek

    Belanja terakru

    Hasil terdahulu

    Pinjaman bank (jangka panjang)Gadai janji

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    6/50

    2.3 EKUITI PEMILIK

    Definisi: Ekuiti pemilik atau modal ialah jumlah pelaburanatau kepentingan pemilik di dalam perniagaan. Ia

    merupakan tuntutan pemilik terhadap aset perniagaan.

    Tuntutan di sini bermaksud, apabila pemilik melaburkan

    modal ke dalam perniagaan, dia mengharapkan perniagaandapat membalas dengan memberi keuntungan kepadanya.

    Ekuiti pemilik merangkumi:

    Modal asal yang dilaburkan + Keuntungan terkumpul yang

    tidak diagihkan

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    7/50

    2.3 b) Komponen Ekuiti Pemilik

    Ekuiti Pemilik Akan BERTAMBAHapabila:

    Akan BERKURANGapabila:

    1.Pemilik memasukkan modal

    tambahan

    Pemilik membuat ambilan

    2.Perniagaan beroleh

    keuntungan

    Perniagaan mengalami

    kerugian

    Nota:

    Ambilan bermaksud pemilik mengambil aset perniagaan

    (barang atau tunai) untuk kegunaan peribadi.

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    8/50

    2.4 Hasil

    Definisi: Wang yang diterima atau yang akan diterimadaripada jualan barang atau perkhidmatan.

    Hasil mungkin boleh diterima dalam bentuk komisen,

    sewa, faedah simpanan, dividen dan lain-lain.

    Terbahagi kepada dua jenis:a) Hasil Kendalian

    b) Hasil Bukan Kendalian

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    9/50

    2.4 b) Pengelasan Hasil

    Hasil Kendalian Hasil Bukan Kendalian

    Maksud -Hasil yang diperoleh daripada

    aktiviti utama perniagaan.

    -Hasil yang diperoleh daripada

    aktiviti selain aktiviti utama

    perniagaan.

    Contoh -Jualan barang niaga (jika

    perniagaan menjual barangan)

    -Penerimaan daripada

    perkhidmatan (jika perniagaan

    menyediakan perkhidmatan)

    -faedah atas simpanan

    -sewa diterima

    -dividen pelaburan

    -untung daripada jualan aset

    bukan semasa terpakai (contoh:jualan perabot pejabat terpakai)

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    10/50

    2.5 Belanja

    Definisi: Belanja ialah wang yang dibayar atau yang akandibayar pada masa hadapan (kos pemerolehan barang atau

    perkhidmatan) kesan daripada aktiviti pengendalian

    perniagaan.

    Belanja adalah termasuk kos belian stok, gaji pekerja,bayaran bil elektrik dan air, insurans kedai dan lain-lain.

    Terbahagi kepada dua jenis:

    a) Belanja Kendalian

    b) Belanja Bukan Kendalian

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    11/50

    2.5 b) Pengelasan Belanja

    Jenis Kategori Contoh

    Belanja

    Kendalian

    Kos Jualan Belian barang niaga untuk dijual

    Angkutan masuk

    Duti atas belian

    Insurans atas belian

    Operasi jualan Gaji & Komisen jurujual

    Iklan

    Angkutan keluar

    Pentadbiran &

    Belanja Am

    Gaji pengurus

    Insurans

    Kadar bayaran (belanja elektrik, air, telefon)

    Kewangan Faedah atas pinjamanHutang lapuk

    Belanja

    Bukan

    Kendalian

    Rugi daripada jualan aset bukan semasa

    Kecurian

    Rugi luar biasa daripada bencana alam dan kebakaran

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    12/50

    2.6 Akaun Kontra

    Definisi: Akaun yang akan mengurangkan nilai dalamakaun induk. Akaun Kontra memberikan nilai bersih bagiakaun-akaun induk tersebut.

    Pengelasan Akaun Kontra:

    Akaun Kontra Akaun Induk (yang dikurangkan nilai)-Susut Nilai Terkumpul -Akaun Bukan Semasa

    -Peruntukan Hutang Ragu -Penghutang

    -Pulangan Jualan -Jualan

    -Pulangan Belian -Belian

    -Diskaun Diberi -Jualan

    -Diskaun Diterima -Belian

    -Ambilan -Modal

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    13/50

    2.7 Carta Akaun

    Definisi: Carta akaun adalah satu senarai tajuk dannombor akaun secara sistematik yang digunakan dalamsistem perakaunan berkomputer.

    Pengelasan akaun dibuat mengikut jenis akaun sepertikategori aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil, belanja dan

    kontra. Biasanya, carta akaun disusun mengikut tertib akaun-akaun

    tersebut muncul di dalam penyata kewangan, akaun-akaunPenyata Pendapatan diikuti akaun-akaun Kunci Kira-kira.

    Kod untuk carta akaun boleh menggunakan nombor atauabjad sahaja (aplhabetical atau numeric), atau gabungankedua-duanya (alpha-numeric).

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    14/50

    2.7 Carta Akaun (sambungan)

    Contoh: Akaun-akaun kategori aset mungkin dikelaskanmenggunakan kod 1000.

    Kod Item

    10001001

    1002

    1003

    1004

    AsetTunai

    Bank

    Kenderaan

    Penghutang

    Penerangan: Dalam contoh ini, Kod 1000

    digunakan untuk mewakili akaun-akaun

    jenisAset di dalam sistem perakaunan.Jika akaun aset baru hendak ditambah di

    dalam sistem, kod akaun tersebut mesti

    diletakkan sebagai 1xxx (bermula

    dengan nombor 1). Kod 1000 tidak

    digunakan untuk akaun aset sebenar,hanya untuk mewakili kategori aset.

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    15/50

    2.7 b) Fungsi Carta Akaun

    Carta akaun adalah satu senarai akaun yang digunakanbagi memudahkan pengeposan urusniaga ke lejar secara

    konsisten.

    Carta akaun berfungsi sebagai tapak (base) untuk

    menukar nama, menambah akaun dan memberi maklumattambahan kepada akaun yang ditambah.

    Bagi sistem perakaunan berkomputer, carta akaun adalah

    perlu supaya perisian dapat mengenalpasti akaun.

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    16/50

    2.7 c) Penyediaan Carta Akaun

    1. Kenalpasti semua akaun berdasarkan urus niaga.

    2. Bandingkan senarai akaun yang dibuat dengan senarai

    akaun seperti di dalam perisian perakaunan.

    3. Semaksemula nama akaun, klasifikasi akaun serta

    maklumat tambahan lain.

    4. Masukkan maklumat carta akaun ke dalam sistem

    perisian perakaunan

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    17/50

    2.7 d) Inventori

    Definisi: Juga dikenali sebagai stok, inventori merujukkepada semua item yang menjadi barang niaga bagi

    sesebuah perniagaan.

    Bagi perniagaan menjual barang, inventori terdiri daripada

    barang siap yang dibeli untuk dijual semula. Bagi perniagaan pembuatan barang, inventori terdiri

    daripada inventori bahan mentah, inventori kerja dalam

    proses dan inventori barang siap.

    Sistem penilaian inventori:a) Sistem Inventori Berkala

    b) Sistem Inventori Berterusan

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    18/50

    a) Sistem Inventori Berkala

    Tiada rekod terperinci disimpan mengikut sistem ini bagimengesan semua inventori yang diterima atau yang

    dikeluarkan.

    Pengiraan fizikal (mengira inventori satu per satu) dibuat

    untuk menentukan nilai dan kuantiti inventori akhir(inventori yang masih dalam simpanan).

    Biasanya digunakan oleh perniagaan barangan runcit. Juga

    digunakan di kebanyakan koperasi sekolah.

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    19/50

    b) Sistem Inventori Berterusan

    Rekod yang terperinci disimpan bagi mengesanpergerakan inventori yang diterima dan juga yang

    dikeluarkan.

    Buku Rekod Inventori atau Kad Lejar Stok digunakan

    untuk merekod pergerakan inventori. Kelebihan sistem ini ialah kuantiti dan nilai inventori dapat

    diperolehi pada bila-bila masa dengan merujuk kepada

    Buku Rekod Inventori.

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    20/50

    2.8 Persamaan Perakaunan

    Ingat kembali! Aset: Sumber ekonomi yang dimiliki oleh sesebuah

    organisasi perniagaan.

    Liabiliti: Hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu

    dijelaskan. Ekuiti Pemilik:Tuntutan pemilik terhadap aset

    perniagaan (modal yang dilaburkan pemilik).

    Bagaimanakah perhubungan ketiga-tiga item dia atas

    dihubungkan di dalam perakaunan?

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    21/50

    2.8 a) Persamaan Perakaunan (tanpa hasil

    dan belanja).

    Pemilikan aset oleh sesebuah organisasi perniagaan bolehdibiayai sama ada oleh pihak luar (liabiliti) atau pemilik

    (ekuiti pemilik). Perkaitan ini ditunjukkan di dalam

    persamaan perakaunan seperti di bawah:

    Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

    Semua aset

    yang dimiliki

    oleh

    perniagaan

    Sumber pembiayaan

    bagi pemilikan aset

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    22/50

    2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)

    Persamaan ini bermula pada RM0 pada kedua-dua belah

    persamaan, iaitu sebelum perniagaan dimulakan.

    Persamaan perakaunan ketika ini adalah seperti berikut;

    Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

    RM0 = RM0

    Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    23/50

    2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)

    Urusniaga 1: Rozi memulakan perniagaan denganmemasukkan modal RM10 000.

    Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah:

    Analisis: Perniagaan menerima tunai (aset) yang dibawa masuk oleh pemilik. Jadi asetbertambah RM10 000 dan modal juga bertambah RM10 000. Liabiliti pada ketika initidak menerima kesan.

    Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

    Aset = Liabiliti +Ekuiti

    Pemilik

    Tunai Modal

    1. +RM10 000 +RM10 000

    b/b RM10 000 = RM10 000

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    24/50

    2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)

    Urusniaga 2: Perniagaan meminjam tunai RM5 000daripada Bank Bumiputeri.

    Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah:

    Analisis: Perniagaan menerima tunai daripada pinjaman bank. Jadi aset bertambah

    RM5000 dan liabiliti (perniagaan berhutang dengan bank) juga bertambah RM5000.

    Aset = Liabiliti +Ekuiti

    PemilikTunai Pinjaman Modal

    1. +RM10 000 +RM10 000

    2. +RM5 000 +RM5 000

    b/b

    RM15 000 = RM5 000 + RM10 000

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    25/50

    2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)

    Urusniaga 3: Perniagaan membeli perabot secara tunai

    RM3000.

    Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah:

    Analisis: Pembelian perabot (aset) dibiayai oleh aset yang lain (tunai). Jadi kesan

    urusniaga hanya berlaku disebelah aset sahaja, dan keseimbangan dikekalkan.

    Aset = Liabiliti +Ekuiti

    PemilikTunai Perabot Pinjaman Modal

    1. +RM10 000 +RM10 000

    2. +RM5 000 +RM5 000

    3. -RM3 000 +RM3000b/b RM12 000 RM3 000 = RM5 000 + RM10 000

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    26/50

    2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)

    Urusniaga 4: Perniagaan membeli van bernilai RM16 000secara kredit.

    Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah:

    Analisis: Perniagaan membeli kenderaan dan dibiayai oleh pemiutang. Jadi, asetbertambah RM16000 dan liabiliti (pemiutang) bertambah RM16000.

    Aset = Liabiliti +Ekuiti

    Pemilik

    Tunai Perabot Van Pinjaman Pemiutang Modal

    1. +RM10 000 +RM10000

    2. +RM5 000 +RM5000

    3. -RM3 000 +RM3000

    4. +RM16000 +RM16000

    b/b RM12 000 RM3 000 RM16 000 = RM5 000 RM16 000 + RM10 000

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    27/50

    2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)

    Urusniaga 5: Pemilik membawa masuk komputer bernilai

    RM2500 ke dalam perniagaan.

    Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah:

    Analisis: Sebarang aset yang dibawa masuk oleh pemilik ke dalam perniagaan direkod

    sebagai modal tambahan. Jadi, perniagaan akan mengalami peningkatan aset dan juga

    modal pada nilai RM2 500.

    Aset = Liabiliti +Ekuiti

    Pemilik

    Tunai Perabot Van Komputer Pinjaman Pemiutang Modal

    1. +RM10 000 +RM10000

    2. +RM5 000 +RM5000

    3. -RM3 000 +RM3000

    4. +RM16000 +RM16000

    5. +RM2500 +RM2500

    b/b RM12 000 RM3 000 RM16 000 RM2500 = RM5 000 RM16 000 + RM12500

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    28/50

    2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)

    Urusniaga 6: Membeli inventori barang niaga bernilai RM6500

    secara kredit.

    Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah:

    Aset = Liabiliti +Ekuiti

    Pemilik

    Tunai Perabot Van Komputer Inventori Pinjaman Pemiutang Modal

    1. +RM10 000 +RM10000

    2. +RM5 000 +RM5000

    3. -RM3 000 +RM3000

    4. +RM16000 +RM16000

    5. +RM2500 +RM2500

    6. +RM6500 +RM6500

    b/b RM12 000 RM3 000 RM16 000 RM2500 RM6500 = RM5 000 RM22 500 + RM12500

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    29/50

    2.8 b) Persamaan Perakaunan (dengan

    mengambil kira hasil dan belanja).

    Anda telah mempelajari persamaan perakaunan yang asas:

    Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

    Anda juga telah mempelajari bahawa Ekuiti Pemilik akan

    meningkat apabila perniagaan memperoleh keuntungan.

    Persamaan perakaunan akan dikembangkan menjadi:

    Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik+ Untung

    Anda juga telah mempelajari cara pengiraan untung yang asas

    iaitu hasil tolak belanja. Masukkan ke dalam persamaan:

    Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik+ Hasil - Belanja

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    30/50

    Sekarang, persamaan perakaunan juga akan menerima

    kesan akibat perubahan kepada hasil dan juga belanja.

    Menyambung contoh yang sebelum ini, kita akan melihat

    kesan urusniaga yang melibatkan hasil dan belanja ke atas

    persamaan perakaunan.

    Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik+ Hasil - Belanja

    2.8 b) Persamaan Perakaunan (dengan

    mengambil kira hasil dan belanja).

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    31/50

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    32/50

    2.8 b) Persamaan Perakaunan (dengan

    mengambil kira hasil dan belanja).

    Urusniaga 7: Menjual inventori barang niaga berkos

    RM700 pada harga RM850 secara tunai.

    Analisis: Perniagaan menjual inventori, jadi inventori berkurang pada harga kos

    (RM700). Tunai bertambah RM850, iaitu pada harga jualan. Perbezaan antara harga

    jualan dan kos (positif RM150) adalah untung

    Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

    Tunai Perabot Van Komputer Inventori Pinjaman Pemiutang Modal Hasil /

    Belanja

    b/b RM12 000 RM3 000 RM16 000 RM2500 RM6500 = RM5 000 RM22 500 + RM12500

    7. + RM850 - RM700 +RM150

    b/bRM12850 RM3 000 RM16 000 RM2500 RM5800 = RM5 000 RM22 500 + RM12500 RM150

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    33/50

    2.8 b) Persamaan Perakaunan (dengan

    mengambil kira hasil dan belanja).

    Urusniaga 8: Membayar sewa kedai berjumlah RM900

    secara tunai.

    Analisis: Sewa yang dibayar merupakan belanja kendalian. Ia akan dimasukkan sebagai

    nombor negatif (- RM900) di dalam lajur hasil / belanja. Tunai juga akan berkurangan

    pada nilai yang sama.

    Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

    Tunai Perabot Van Komputer Inventori Pinjaman Pemiutang Modal Hasil /

    Belanja

    b/b RM12 000 RM3 000 RM16 000 RM2500 RM6500 = RM5 000 RM22 500 + RM12500

    7. + RM850 - RM700 +RM150

    8. - RM900 - RM900

    b/bRM11950 RM3 000 RM16 000 RM2500 RM5800 = RM5 000 RM22 500 + RM12500 - RM750

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    34/50

    2.8 b) Persamaan Perakaunan (dengan

    mengambil kira hasil dan belanja).

    Urusniaga 9: Membayar pemiutang RM2250 dan menerima

    diskaun RM250.

    Analisis: Aset tunai akan berkurang RM2250, diskaun diiktiraf sebagai hasil RM250

    dan pemiutang berkurang pada nilai RM2500 (RM2250+RM250)

    Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

    Tunai Perabot Van Komputer Inventori Pinjaman Pemiutang Modal Hasil /

    Belanja

    b/b RM12 000 RM3 000 RM16 000 RM2500 RM6500 = RM5 000 RM22 500 + RM12500

    7. + RM850 - RM700 +RM150

    8. - RM900 - RM900

    9. - RM2250 - RM2500 + RM250

    b/b

    RM 9700 RM3 000 RM16 000 RM2500 RM5800 = RM5 000 RM20000 + RM12500 - RM500

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    35/50

    2.9 Sistem Catatan Bergu

    (tanpa hasil dan belanja)

    Mengikut prinsip catatan bergu, setiap urusniaga akanmemberi kesan kepada sekurang-kurangnya dua

    akaun, satu akaun didebitkan, dan satu lagi akaun

    dikreditkan.

    Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

    Akaun

    DEBIT

    Akaun-akaun

    KREDIT

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    36/50

    2.9 Sistem Catatan Bergu

    (tanpa hasil dan belanja)

    Pengenalan kepada debit dan kredit.

    Debit dan Kredit adalah suatu sistem yang digunakan di dalamperakaunan untuk menjejak pergerakan keluar dan masuk tunai(transaksi / urusniaga) dalam sesebuah akaun. Urusniagasesebuah akaun direkod menggunakan dua lajur; iaitu debit

    (lajur sebelah kiri) dan kredit (lajur sebelah kanan).Mengasingkan debit dan kredit di dalam lajur yang berasinganmembolehkan setiap satunya direkod dan dijumlahkan secaraberasingan. Jumlah yang lebih kecil akan ditolak daripada jumlahyang lebih besar untuk mendapatkan baki akaun. Oleh itu,sesuatu akaun boleh mempunyai baki sama ada disebelah debit

    (kiri) atau di sebelah kredit (kanan).

    Istilah debit berasal daripada perkataan Latin debitum dandiringkaskan sebagai dt manakala kredit berasal daripadaperkataan Latin credere dan diringkaskan sebagai kt.

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    37/50

    2.9 Sistem Catatan Bergu

    (tanpa hasil dan belanja)

    Rajah di bawah menunjukkan sebuah akaun T:Nama Akaun

    Debit

    Catatan di sebelah kiri akaun

    Kredit

    Catatan di sebelah kanan akaun

    Akaun aset, yang mewakili sumber-

    sumber yang digunakan oleh

    perniagaan, merupakan akaun debit.

    Peningkatan baki dalam akauntersebut dibuat melalui catatan di

    sebelah debit, manakala pengurangan

    baki dibuat melalui catatan di sebelah

    kredit.

    Akaun liabiliti dan ekuiti pemilik

    yang mewakili sumber-sumber dana

    bagi perniagaan, merupakan akaun

    kredit.

    Peningkatan baki dalam akaun

    tersebut dibuat melalui catatan di

    sebelah kredit, manakala

    pengurangan baki dibuat melalui

    catatan di sebelah debit.

    i

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    38/50

    2.9 Sistem Catatan Bergu

    (tanpa hasil dan belanja)

    Berikut ialah persamaan perakaunan beserta contoh-contoh akaun:

    Debit = Kredit

    Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

    PeningkatanDebit

    PenguranganKredit

    PeningkatanKredit

    PenguranganDebitAset bukan semasa

    -kenderaan

    - bangunan

    - perabot

    - alatan pejabat

    Liabiliti bukan semasa

    -pinjaman bank

    - gadai janji

    - modal

    -modal tambahan

    Aset semasa

    - tunai & bank

    - penghutang

    - stok

    - belanja terdahulu

    - hasil terakru

    Liabiliti semasa

    - pemiutang

    - overdraf bank

    - belanja terakru

    - hasil terdahulu

    2 9 Si C

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    39/50

    2.9 Sistem Catatan Bergu

    (tanpa hasil dan belanja)

    Bagi merekod urusniaga mengikut sistem catatanbergu, adalah penting untuk anda:

    a) Mengenalpasti nama akaun-akaun yang terlibat.

    b) Mengetahui sifat akaun-akaun tersebut sama adaianya aset, liabiliti & ekuiti pemilik.

    c) Mengenalpasti kesan urusniaga tersebut ke atasakaun-akaun yang terlibat (berlaku peningkatan bakiatau pengurangan baki), dan rekodkan sama ada debitatau kredit.

    2 9 Si C B

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    40/50

    2.9 Sistem Catatan Bergu

    (tanpa hasil dan belanja)

    Contoh Perekodan:

    Urusniaga 1: Rozi memulakan perniagaan dengan

    memasukkan modal RM10 000 ke dalam bank.

    Analisis urusniaga:

    - Aset (bank) meningkatakaun didebitkan.- Ekuiti Pemilik (modal) meningkatakaun dikreditkan.

    Tarikh Butir Fol Debit Kredit

    Bank

    Modal

    (memulakan perniagaan)

    10 000

    10 000

    2 9 Si t C t t B

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    41/50

    2.9 Sistem Catatan Bergu

    (tanpa hasil dan belanja)

    Contoh Perekodan:

    Urusniaga 2: Perniagaan meminjam tunai RM10 000

    daripada Bank Bumiputeri.

    Analisis urusniaga:

    - Aset (tunai) meningkatakaun didebitkan.- Liabiliti (pinjaman) meningkatakaun dikreditkan.

    Tarikh Butir Fol Debit Kredit

    Tunai

    Pinjaman(membuat pinjaman bank)

    10 000

    10 000

    2 9 Si t C t t B

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    42/50

    2.9 Sistem Catatan Bergu

    (tanpa hasil dan belanja)

    Contoh Perekodan:

    Urusniaga 3: Perniagaan membeli perabot secara tunai

    RM3000.

    Analisis urusniaga:

    - Aset (perabot) meningkatakaun didebitkan.- Aset (tunai) berkurangakaun dikreditkan.

    Tarikh Butir Fol Debit Kredit

    Perabot

    Tunai(beli perabot secara tunai)

    3 000

    3 000

    2 9 Si t C t t B

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    43/50

    2.9 Sistem Catatan Bergu

    (tanpa hasil dan belanja)

    Contoh Perekodan:

    Urusniaga 4: Perniagaan membeli van bernilai RM16 000

    secara kredit daripada Chong Motors.

    Analisis urusniaga:

    - Aset (kenderaan) meningkatakaun didebitkan.- Liabiliti (pemiutang) meningkatakaun dikreditkan.

    Tarikh Butir Fol Debit Kredit

    Kenderaan

    Chong Motors(beli van secara kredit)

    16 000

    16 000

    2 9 Si t C t t B

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    44/50

    2.9 Sistem Catatan Bergu

    (tanpa hasil dan belanja)

    Contoh Perekodan:

    Urusniaga 5: Pemilik membawa masuk komputer

    bernilai RM2500 ke dalam perniagaan.

    Analisis urusniaga:

    - Aset (alatan pejabat) bertambahakaun didebitkan.

    - Ekuiti pemilik (modal) bertambahakaun dikreditkan.

    Tarikh Butir Fol Debit Kredit

    Alatan pejabat

    Modal(pemilik membawa masuk

    komputer)

    2 500

    2 500

    2 9 Si t C t t B

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    45/50

    2.9 Sistem Catatan Bergu

    (dengan hasil dan belanja)

    Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

    Apabila diambil kira untung bersih, persamaan akan menjadi seperti berikut:

    Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Untung Bersih

    Untung bersih pula dikembangkan seperti berikut:

    Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil Belanja

    Akhir sekali, persamaan ditulis seperti berikut:

    Aset + Belanja = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil

    Akaun-akaun

    DEBIT

    Akaun-akaun

    KREDIT

    2 9 Si t C t t B g

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    46/50

    2.9 Sistem Catatan Bergu

    (dengan hasil dan belanja)Debit = Kredit

    Aset + Belanja = Liabiliti + EkuitiPemilik

    + Hasil

    PeningkatanDebit

    PenguranganKredit

    PeningkatanKredit

    PenguranganDebit

    Aset bukan

    semasa

    -kenderaan

    - bangunan

    - perabot

    - alatan pejabat

    Belanja

    kendalian dan

    bukankendalian.

    - belian

    - sewa dibayar

    - gaji & upah

    - dan lain-lain

    Liabiliti

    bukan semasa

    -pinjaman bank

    - gadai janji

    - modal

    - modal

    tambahan

    Hasil

    kendalian dan

    bukankendalian

    - jualan

    - hasil

    perkhidmatan

    - sewa diterima

    -

    komisenditerima

    - dan lain-lain

    Aset semasa- tunai & bank

    - penghutang

    - stok

    - belanja

    terdahulu

    - hasil terakru

    Kontrakepada ekuiti

    - ambilan

    Liabilitisemasa

    - pemiutang

    - overdraf bank

    - belanja

    terakru

    - hasil

    terdahulu

    2 9 Si t C t t B g

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    47/50

    2.9 Sistem Catatan Bergu

    (dengan hasil dan belanja) Urusniaga 6: Membeli inventori barang niaga bernilai

    RM6500 secara kredit daripada Aneka Mart.Catatan: Menggunakan sistem catatan bergu, pembelian inventori barang niaga akan

    direkodkan ke Akaun Belian (sebagai belanja), bukannya ke dalam akaun inventori seperti

    dipelajari sebelum ini.

    Analisis urusniaga:-Kos inventori (belian) meningkatakaun didebitkan.

    -Liabiliti (pemiutang) meningkatakaun dikreditkan.

    Tarikh Butir Fol Debit Kredit

    Belian

    Aneka Mart(belian barang niaga secara

    kredit)

    6 500

    6 500

    2 9 Sistem Catatan Bergu

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    48/50

    2.9 Sistem Catatan Bergu

    (dengan hasil dan belanja)

    Urusniaga 7: Menjual inventori barang niaga pada harga

    RM1000 kepada Kedai Talib.Catatan: Jualan inventori barang niaga akan direkod ke Akaun Jualan sebagai hasil (kos

    tambah tokokan), bukannya sebagai pengurangan dalam inventori seperti dipelajari sebelum

    ini.

    Analisis urusniaga:-Aset (penghutang) meningkatakaun didebitkan.

    -Hasil (jualan) meningkatakaun dikreditkan.

    Tarikh Butir Fol Debit Kredit

    Kedai Talib

    Jualan(jualan barang niaga secara

    kredit)

    1 000

    1 000

    2 9 Sistem Catatan Bergu

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    49/50

    2.9 Sistem Catatan Bergu

    (dengan hasil dan belanja)

    Urusniaga 8: Membayar sewa kedai berjumlah RM900

    secara tunai.

    Analisis urusniaga:

    -Belanja (sewa) meningkatakaun didebitkan.

    -Aset (tunai) berkurangakaun dikreditkan.

    Tarikh Butir Fol Debit Kredit

    Sewa

    Tunai(bayar sewa kedai)

    900

    900

    2 9 Sistem Catatan Bergu

  • 8/2/2019 Klasifikasi Akaun Alephb Dan Akaun Kontra

    50/50

    2.9 Sistem Catatan Bergu

    (dengan hasil dan belanja)

    Urusniaga 9: Membayar penuh hutang kepada Aneka

    Mart secara tunai dan menerima diskaun tunai RM500.

    Analisis urusniaga:

    -Liabiliti (pemiutang) berkurangakaun didebitkan.

    -Aset (tunai) berkurangakaun dikreditkan.-Hasil (diskaun) bertambahakaun dikreditkan.

    Tarikh Butir Fol Debit Kredit

    Aneka MartTunai

    Diskaun diterima(menjelaskan hutang kepada

    Aneka Mart)

    6 5006 000

    500