Klinik Buah Dada di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) bakal · PDF filegin membesarkan buah...

1
RAWATAN doktor eng- gan didapatkan. Sebaliknya, seorang wa- nita dalam lingkungan 30-an tahun mendapatkan rawatan tradisional bagi mengatasi masalah barah buah dada yang dihadapi- nya. Bahagian buah dada yang terjejas dilumur de- ngan kunyit dan akar yang dikisar. Sepanjang tiga hingga empat bulan wanita muda itu menangguhkan rawatan- nya. Malah, selama enam bu- lan beliau tidak menjalani sebarang rawatan kemote- rapi. Tanpa disedari sel barah- nya itu merebak dengan lebih hebat dalam tempoh tersebut sehinggakan ba- hagian buah dada yang ter- jejas mengeluarkan bau ha- nyir dan berdarah serta ber- nanah. “Pada masa yang sama dadanya juga berasa sakit akibat tumbuhan yang membesar. Akhirnya be- liau tampil dapatkan rawa- tan daripada kami. Sebenar- nya sel barah merebak lebih pantas dalam tubuh wanita yang masih muda,” kata Dr Chen. SEKITAR 300 pesakit barah buah dada baru tampil mendapat- kan khidmat rawatan yang berbi- lang daripada Klinik Buah Dada setiap tahun. Dibuka empat tahun lalu, klin- ik yang terletak di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) itu merawat pesakit semuda 17 tahun dan mereka yang berusia sehingga 90-an tahun. Konsultan yang juga Penga- rah Klinik Buah Dada TTSH, Dr Juliana Chen Jia Chuan, berkata kebanyakan pesakit – sekitar 60 hingga 70 peratus – yang tampil mendapatkan rawatan berusia dalam lingkungan 40 hingga 60-an tahun. “Klinik ini menawarkan khid- mat sehenti yang bertujuan menawarkan para pesakit den- gan penilaian terbaik mengenai penyakit buah dada dalam ka- wasan yang sama dan jangka masa yang singkat,” ujar Dr Chen. Kakitangan yang ditugaskan di klinik tersebut termasuk pakar bedah, radiologi, onkologi, be- dah plastik, terapifisio dan jurura- wat. Antara lain, klinik tersebut menawarkan khidmat pemerik- saan buah dada, pembedahan diagnostik, pembedahan barah buah dada, terapifisio selepas pembedahan buah dada, mereka semula buah dada dan tidak lama lagi khidmat kaunseling juga. “Kami bakal menawarkan pe- nilaian psikologi juga menjelang separuh tahun kedua ini. “Ini kerana kami dapat menge- san adanya komponen psikologi di kalangan para pesakit barah buah dada yang tampil mendapat- kan rawatan,” kata Dr Chen lagi. KERANA inginkan buah dada lebih besar, seorang wanita Melayu dalam lingkungan lewat 40-an tahun bersama beberapa ra- kan telah ke salah sebuah kepulauan Riau bagi menda- patkan khidmat menyuntik silikon. Malangnya, impian terse- but berubah menjadi mimpi buruk apabila silikon terse- but seolah-olah ‘koyak’ se- hingga menimbulkan bebe- rapa ketulan benjol pada buah dadanya. Wanita tersebut telah ke Klinik Buah Dada Hospital Tan Tock Seng (TTSH) bagi mendapatkan rawatan. Imbasan X-ray menun- jukkan silikon yang dima- sukkan ke buah dadanya mengalami ‘masalah’. “Mujur baginya beliau tidak mengalami sebarang masalah barah buah dada dan silikon tersebut telah dapat diJkeluarkan tanpa membahayakan dirinya,” kata Dr Juliana Chen Jia Chuan, seorang konsultan dan pengarah di klinik terse- but. Pucuk pangkalnya, sekiranya seseorang itu in- gin membesarkan buah dadanya, biarlah ia dilaku- kan pakar bedah plastik yang bertauliah. BELIAU tahu dan sedar risiko tidak mendapatkan rawatan bagi masalah barah buah dadanya. Namun, pesakit berusia lewat 50-an tahun itu terus dihalang si suami daripada mendapatkan rawatan yang diperlukan. Menurut jururawat klini- sian (clinician) di Perkhid- matan Kejururawatan TT- SH, Cik Josephine Antho- ny, wanita itu akhirnya meninggal dunia akibat pe- nyakit tersebut. Wanita tersebut ditemuinya bebera- pa tahun lalu kerana beliau ingin mengesahkan pe- nyakit yang dialaminya. “Setahu saya wanita itu inginkan rawatan dan berse- dia menjalani pembedahan buah dadanya. Mungkin ju- ga tubuhnya terasa amat sa- kit tanpa rawatan yang sepa- tutnya diberikan kepada- nya. “Malang sekali, suami- nya tidak membenarkan be- liau mendapatkan rawatan yang diperlukan. Rawatan kemoterapi juga tidak dibe- narkan suaminya itu,” kata Cik Anthony. CIK Kalsom Abdullah rajin memeriksa sendiri tubuhnya bagi mengesan sekiranya terda- pat tumbuhan pada buah dadanya. Tidak cukup dengan peme- riksaan secara fizikal, ibu se- orang anak itu juga menjalani pemeriksaan mamogram bagi tujuan yang sama. Ujian fizikal yang dijalan- kan pada 2010 telah mengesah- kan adanya tumbuhan kecil pa- da buah dada sebelah kanan- nya. Bagaimanapun, pada masa yang sama, suaminya, Encik Abdul Hamid Hussain, seor- ang pesakit jantung, mengala- mi masalah ginjal akibat kenc- ing manis. Ekoran sibuk menguruskan ehwal suaminya yang perlu menjalani pembedahan sebe- lum memulakan dialisis, Cik Kalsom lupa akan tumbuhan tersebut. Hampir setahun kemudian, selepas segala urusan dialisis suaminya berjalan lancar, baru- lah Cik Kalsom, 57 tahun, teri- ngat akan masalah kesihatan- nya sendiri. Suaminya yang kini berusia 72 tahun ialah seorang pesara polis. “Saya periksa lagi secara fi- zikal dan kali ini saya rasakan tumbuhan itu lebih besar saiz- nya,” kata Cik Kalsom. Menyedari akan kelalaian- nya itu dan tanpa berfikir dua kali, suri rumah itu bergegas ke sebuah poliklinik sebelum diru- juk ke Klinik Buah Dada di Hospital Tan Tock Seng (TT- SH) bagi rawatan selanjutnya. Di sana, beliau diberitahu bahawa sel barahnya itu agak agresif, maka tidak hairanlah ia membesar dengan begitu pantas. Tiga hari selepas ujian bi- opsi ke atas tisu bahagian buah dada yang terjejas itu, Cik Kal- som disahkan menghidapi barah buah dada. Antara 2008 dengan 2012, barah buah dada merupakan barah paling biasa dihidapi kaum Hawa. Sebanyak 8,471 kes barah buah dada dikesan sepanjang tempoh itu. Daripada angka tersebut, se- banyak 898 kes antara 2008 dengan 2012 melibatkan masyarakat Melayu – berban- ding 729 kes antara 2003 den- gan 2007 yang melibatkan golongan yang sama. Semasa diberitahu bahawa beliau menghidapi barah buah dada, Cik Kalsom bersendirian berhadapan dengan doktor di hospital kerana suaminya se- dang menjalani dialisis ketika itu. “Sebenarnya mak cik tak nangis kerana dah bersedia se- cara mental bagi mendengar berita ini. “Tambahan pula cabaran yang dilalui menjaga suami yang kurang sihat juga telah menguatkan semangat saya,” katanya lagi. Sebulan kemudian, beliau telah menjalani satu pembedah- an bagi membuang buah dada kanannya. Namun, ada sedikit penye- salan dalam dirinya. Menurut Cik Kalsom, sekiranya beliau berjumpa dok- tor di peringkat lebih awal, pastinya buah dadanya itu tidak perlu dibuang sepenuh- nya. Pembedahan tersebut disu- suli pula dengan empat pusing- an kemoterapi. “Yang buat saya sedih sedi- kit ialah saya tidak dapat mene- mani suami ketika beliau ke pu- sat dialisis semasa saya men- jalani kemoterapi. “Tapi saya sedaya upaya cu- ba sediakan keperluan suami saya setiap kali sebelum beliau ke pusat dialisis,” katanya. Pada masa yang sama, be- liau turut mendapat nasihat tentang kehidupan selepas menjalani pembedahan daripa- da para jururawat di Klinik Buah Dada. Selain daripada klinik terse- but, Cik Kalsom turut menda- pat kaunseling dan menghadiri sesi perkongsian di Persatuan Ain bagi para pesakit yang mengalami nasib serupa. Daripada 55 pesakit barah wanita yang mendapat sokon- gan daripada Persatuan Ain ke- tika ini, seramai 39 pesakit mengalami barah buah dada. Kini, meskipun hampir pu- lih, Cik Kalsom dapat merasa- kan kesan selepas rawatan yang diberi. Antaranya tubuhnya mudah penat, justeru memak- sanya berehat setiap kali sele- pas melakukan tugasan rumah seperti memasak atau menyedi- akan sarapan. Guna kunyit rawat barah? Kesedaran selamatkan nyawa, meski terlewat Masalah implan ‘koyak’ Dihalang suami dapatkan rawatan Klinik Buah Dada tawar khidmat sehenti LEWAT SEDIKIT: Cik Kalsom (kiri) yang bergambar bersama suaminya, Encik Abdul Hamid Hussain, berkata sekiranya beliau berjumpa doktor di peringkat lebih awal, pastinya buah dadanya itu tidak perlu dibuang sepenuhnya. – Foto-foto KHALID BABA KES 1 BERSAMA KES 3 KES 2 KERJASAMA SEPADU: Dr Juliana Chen (kanan) bekerjasama dengan jururawat klinisian (clinician) Cik Josephine Anthony (kiri) menerangkan tentang penyakit barah buah dada dan cara merawatnya kepada seorang pesakit. Klinik Buah Dada di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) bakal menyambut ulang tahunnya yang keempat pada 4 Jun ini. Kira-kira 300 kes berkaitan kesihatan buah dada ditangani klinik itu setiap tahun sejak ia beroperasi. Apakah khidmat-khidmat yang ditawarkan? Ikuti laporan berikut. KESIHATAN BUAH DADA FARID HAMZAH [email protected] Berita Harian | Sabtu, 10 Mei 2014 23 Wacana PANDANGAN

Transcript of Klinik Buah Dada di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) bakal · PDF filegin membesarkan buah...

Page 1: Klinik Buah Dada di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) bakal · PDF filegin membesarkan buah dadanya, biarlah ia dilaku-kan pakar bedah plastik yang bertauliah. BELIAU tahu dan sedar risiko

RAWATAN doktor eng-gan didapatkan.

Sebaliknya, seorang wa-nita dalam lingkungan30-an tahun mendapatkanrawatan tradisional bagimengatasi masalah barahbuah dada yang dihadapi-nya.

Bahagian buah dadayang terjejas dilumur de-ngan kunyit dan akar yangdikisar.

Sepanjang tiga hinggaempat bulan wanita mudaitu menangguhkan rawatan-nya.

Malah, selama enam bu-lan beliau tidak menjalani

sebarang rawatan kemote-rapi.

Tanpa disedari sel barah-nya itu merebak denganlebih hebat dalam tempohtersebut sehinggakan ba-hagian buah dada yang ter-jejas mengeluarkan bau ha-nyir dan berdarah serta ber-nanah.

“Pada masa yang samadadanya juga berasa sakitakibat tumbuhan yangmembesar. Akhirnya be-liau tampil dapatkan rawa-tan daripada kami. Sebenar-nya sel barah merebaklebih pantas dalam tubuhwanita yang masih muda,”kata Dr Chen.

SEKITAR 300 pesakit barahbuah dada baru tampil mendapat-kan khidmat rawatan yang berbi-lang daripada Klinik Buah Dadasetiap tahun.

Dibuka empat tahun lalu, klin-ik yang terletak di Hospital TanTock Seng (TTSH) itu merawatpesakit semuda 17 tahun danmereka yang berusia sehingga90-an tahun.

Konsultan yang juga Penga-rah Klinik Buah Dada TTSH, DrJuliana Chen Jia Chuan, berkatakebanyakan pesakit – sekitar 60hingga 70 peratus – yang tampilmendapatkan rawatan berusiadalam lingkungan 40 hingga60-an tahun.

“Klinik ini menawarkan khid-mat sehenti yang bertujuanmenawarkan para pesakit den-gan penilaian terbaik mengenaipenyakit buah dada dalam ka-

wasan yang sama dan jangkamasa yang singkat,” ujar DrChen.

Kakitangan yang ditugaskandi klinik tersebut termasuk pakarbedah, radiologi, onkologi, be-dah plastik, terapifisio dan jurura-wat.

Antara lain, klinik tersebutmenawarkan khidmat pemerik-saan buah dada, pembedahandiagnostik, pembedahan barahbuah dada, terapifisio selepaspembedahan buah dada, merekasemula buah dada dan tidak lamalagi khidmat kaunseling juga.

“Kami bakal menawarkan pe-nilaian psikologi juga menjelangseparuh tahun kedua ini.

“Ini kerana kami dapat menge-san adanya komponen psikologidi kalangan para pesakit barahbuah dada yang tampil mendapat-kan rawatan,” kata Dr Chen lagi.

KERANA inginkan buahdada lebih besar, seorangwanita Melayu dalamlingkungan lewat 40-antahun bersama beberapa ra-kan telah ke salah sebuahkepulauan Riau bagi menda-patkan khidmat menyuntiksilikon.

Malangnya, impian terse-but berubah menjadi mimpiburuk apabila silikon terse-but seolah-olah ‘koyak’ se-hingga menimbulkan bebe-rapa ketulan benjol padabuah dadanya.

Wanita tersebut telah keKlinik Buah Dada HospitalTan Tock Seng (TTSH) bagimendapatkan rawatan.

Imbasan X-ray menun-jukkan silikon yang dima-sukkan ke buah dadanyamengalami ‘masalah’.

“Mujur baginya beliautidak mengalami sebarangmasalah barah buah dadadan silikon tersebut telahdapat diJkeluarkan tanpamembahayakan dirinya,”kata Dr Juliana Chen JiaChuan, seorang konsultandan pengarah di klinik terse-but.

Pucuk pangkalnya,sekiranya seseorang itu in-gin membesarkan buahdadanya, biarlah ia dilaku-kan pakar bedah plastikyang bertauliah.

BELIAU tahu dan sedarrisiko tidak mendapatkan

rawatan bagi masalah barahbuah dadanya.

Namun, pesakit berusialewat 50-an tahun itu terus

dihalang si suami daripadamendapatkan rawatan yang

diperlukan.

Menurut jururawat klini-sian (clinician) di Perkhid-

matan Kejururawatan TT-SH, Cik Josephine Antho-

ny, wanita itu akhirnyameninggal dunia akibat pe-

nyakit tersebut. Wanitatersebut ditemuinya bebera-

pa tahun lalu kerana beliauingin mengesahkan pe-nyakit yang dialaminya.

“Setahu saya wanita ituinginkan rawatan dan berse-dia menjalani pembedahanbuah dadanya. Mungkin ju-ga tubuhnya terasa amat sa-kit tanpa rawatan yang sepa-tutnya diberikan kepada-nya.

“Malang sekali, suami-nya tidak membenarkan be-liau mendapatkan rawatanyang diperlukan. Rawatankemoterapi juga tidak dibe-narkan suaminya itu,” kataCik Anthony.

CIK Kalsom Abdullah rajinmemeriksa sendiri tubuhnyabagi mengesan sekiranya terda-pat tumbuhan pada buahdadanya.

Tidak cukup dengan peme-riksaan secara fizikal, ibu se-orang anak itu juga menjalanipemeriksaan mamogram bagitujuan yang sama.

Ujian fizikal yang dijalan-kan pada 2010 telah mengesah-kan adanya tumbuhan kecil pa-da buah dada sebelah kanan-nya.

Bagaimanapun, pada masayang sama, suaminya, EncikAbdul Hamid Hussain, seor-ang pesakit jantung, mengala-mi masalah ginjal akibat kenc-ing manis.

Ekoran sibuk menguruskanehwal suaminya yang perlumenjalani pembedahan sebe-lum memulakan dialisis, CikKalsom lupa akan tumbuhantersebut.

Hampir setahun kemudian,selepas segala urusan dialisissuaminya berjalan lancar, baru-lah Cik Kalsom, 57 tahun, teri-ngat akan masalah kesihatan-nya sendiri.

Suaminya yang kini berusia72 tahun ialah seorang pesarapolis.

“Saya periksa lagi secara fi-zikal dan kali ini saya rasakan

tumbuhan itu lebih besar saiz-nya,” kata Cik Kalsom.

Menyedari akan kelalaian-nya itu dan tanpa berfikir duakali, suri rumah itu bergegas kesebuah poliklinik sebelum diru-juk ke Klinik Buah Dada diHospital Tan Tock Seng (TT-SH) bagi rawatan selanjutnya.

Di sana, beliau diberitahubahawa sel barahnya itu agakagresif, maka tidak hairanlahia membesar dengan begitupantas.

Tiga hari selepas ujian bi-opsi ke atas tisu bahagian buahdada yang terjejas itu, Cik Kal-

som disahkan menghidapibarah buah dada.

Antara 2008 dengan 2012,barah buah dada merupakanbarah paling biasa dihidapikaum Hawa.

Sebanyak 8,471 kes barahbuah dada dikesan sepanjangtempoh itu.

Daripada angka tersebut, se-banyak 898 kes antara 2008dengan 2012 melibatkanmasyarakat Melayu – berban-ding 729 kes antara 2003 den-gan 2007 yang melibatkangolongan yang sama.

Semasa diberitahu bahawa

beliau menghidapi barah buahdada, Cik Kalsom bersendirianberhadapan dengan doktor dihospital kerana suaminya se-dang menjalani dialisis ketikaitu.

“Sebenarnya mak cik taknangis kerana dah bersedia se-cara mental bagi mendengarberita ini.

“Tambahan pula cabaranyang dilalui menjaga suamiyang kurang sihat juga telahmenguatkan semangat saya,”katanya lagi.

Sebulan kemudian, beliautelah menjalani satu pembedah-

an bagi membuang buah dadakanannya.

Namun, ada sedikit penye-salan dalam dirinya.

Menurut Cik Kalsom,sekiranya beliau berjumpa dok-tor di peringkat lebih awal,pastinya buah dadanya itutidak perlu dibuang sepenuh-nya.

Pembedahan tersebut disu-suli pula dengan empat pusing-an kemoterapi.

“Yang buat saya sedih sedi-kit ialah saya tidak dapat mene-mani suami ketika beliau ke pu-sat dialisis semasa saya men-jalani kemoterapi.

“Tapi saya sedaya upaya cu-ba sediakan keperluan suamisaya setiap kali sebelum beliauke pusat dialisis,” katanya.

Pada masa yang sama, be-liau turut mendapat nasihattentang kehidupan selepasmenjalani pembedahan daripa-da para jururawat di KlinikBuah Dada.

Selain daripada klinik terse-but, Cik Kalsom turut menda-pat kaunseling dan menghadirisesi perkongsian di PersatuanAin bagi para pesakit yangmengalami nasib serupa.

Daripada 55 pesakit barahwanita yang mendapat sokon-gan daripada Persatuan Ain ke-tika ini, seramai 39 pesakitmengalami barah buah dada.

Kini, meskipun hampir pu-lih, Cik Kalsom dapat merasa-kan kesan selepas rawatanyang diberi.

Antaranya tubuhnyamudah penat, justeru memak-sanya berehat setiap kali sele-pas melakukan tugasan rumahseperti memasak atau menyedi-akan sarapan.

Guna kunyitrawat barah?

Kesedaran selamatkannyawa, meski terlewat

Masalah implan‘koyak’

Dihalang suamidapatkan rawatan

Klinik Buah Dada tawar khidmat sehenti

LEWAT SEDIKIT: Cik Kalsom (kiri) yang bergambar bersama suaminya, Encik Abdul Hamid Hussain, berkatasekiranya beliau berjumpa doktor di peringkat lebih awal, pastinya buah dadanya itu tidak perlu dibuangsepenuhnya. – Foto-foto KHALID BABA

KES 1

BERSAMA

KES 3

KES 2

KERJASAMA SEPADU: Dr Juliana Chen (kanan) bekerjasama dengan jururawat klinisian (clinician) CikJosephine Anthony (kiri) menerangkan tentang penyakit barah buah dada dan cara merawatnya kepadaseorang pesakit.

Klinik Buah Dada di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) bakal menyambut ulang tahunnya yang keempat pada 4 Jun ini. Kira-kira 300 kes berkaitan kesihatan buah dada ditanganiklinik itu setiap tahun sejak ia beroperasi. Apakah khidmat-khidmat yang ditawarkan? Ikuti laporan berikut.

KESIHATAN BUAH DADA

FARID [email protected]

Berita Harian | Sabtu, 10 Mei 2014 23

Wacana PANDANGAN