klinik pintar BM - HOTS 2

12
Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 9 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan KARANGAN BAHAGIAN ‘A’ – TEMA : SEKOLAH 2006 Waktu rehat di kantin sekolah. 2007 Persiapan majlis anugerah kecemerlangan. 2009 Aktiviti di taman sains atau di taman mini. KARANGAN BAHAGIAN ‘A’ – TEMA : KELUARGA 2014 Soalan Ramalan 2014 – Aktiviti gotong-royong di luar rumah (menceriakan kawasan rumah). KARANGAN BAHAGIAN ‘A’ – TEMA : MASYARAKAT 2005 Situasi menjual ikan dan menjual daging. 2008 Cara-cara melintas jalan dengan selamat. 2010 Suasana di halaman sebuah rumah. 2011 Situasi semasa Hari Raya Aidilfitri. 2012 Suasana di sebuah kedai makan. 2013 Suasana di kebun sayur. KARANGAN BAHAGIAN ‘A’ – SOALAN RAMALAN 2014 2014 (1) Suasana temasya sukan olahraga tahunan. Tema : Sekolah 2014 (2) Suasana keluarga yang sedang beriadah. Tema : Keluarga 2014 (3) Suasana gotong-royong di luar rumah. Tema : Keluarga 2014 (4) Suasana semasa berkelah di tepi pantai. Tema : Masyarakat

Transcript of klinik pintar BM - HOTS 2

Page 1: klinik pintar BM - HOTS 2

Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 9 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

KARANGAN BAHAGIAN ‘A’ – TEMA : SEKOLAH

2006 Waktu rehat di kantin sekolah. 2007 Persiapan majlis anugerah kecemerlangan. 2009 Aktiviti di taman sains atau di taman mini.

KARANGAN BAHAGIAN ‘A’ – TEMA : KELUARGA

2014 Soalan Ramalan 2014 – Aktiviti gotong-royong di luar rumah (menceriakan kawasan rumah).

KARANGAN BAHAGIAN ‘A’ – TEMA : MASYARAKAT

2005 Situasi menjual ikan dan menjual daging. 2008 Cara-cara melintas jalan dengan selamat. 2010 Suasana di halaman sebuah rumah. 2011 Situasi semasa Hari Raya Aidilfitri. 2012 Suasana di sebuah kedai makan. 2013 Suasana di kebun sayur.

KARANGAN BAHAGIAN ‘A’ – SOALAN RAMALAN 2014

2014 (1) Suasana temasya sukan olahraga tahunan. Tema : Sekolah 2014 (2) Suasana keluarga yang sedang beriadah. Tema : Keluarga 2014 (3) Suasana gotong-royong di luar rumah. Tema : Keluarga 2014 (4) Suasana semasa berkelah di tepi pantai. Tema : Masyarakat

Page 2: klinik pintar BM - HOTS 2

Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 10 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

LATIHAN 1 TEMA : MASYARAKAT SITUASI / AKTIVITI / UMUM

Gambar di bawah menunjukkan suasana di tepi pantai.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang lima suasana di pantai tersebut.

KAEDAH TETINGKAP MAKLUMAT : SATU PEMUDAH CARA LESTARI DAN BERKESAN

Siapa ? / Apa ?

Buat Apa ? / Kenapa ?

Peluasan Ayat {Keterangan / Tempat / Masa} 1 2 3 {Mengapa / Di mana / Bila}

Page 3: klinik pintar BM - HOTS 2

Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 11 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

LATIHAN 2 TEMA : MASYARAKAT SITUASI / AKTIVITI / UMUM

Gambar di bawah menunjukkan suasana di halaman rumah.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang lima suasana di halaman rumah tersebut.

KAEDAH TETINGKAP MAKLUMAT : SATU PEMUDAH CARA LESTARI DAN BERKESAN

Siapa ? / Apa ?

Buat Apa ? / Kenapa ?

Peluasan Ayat {Keterangan / Tempat / Masa} 1 2 3 {Mengapa / Di mana / Bila}

Page 4: klinik pintar BM - HOTS 2

Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 12 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

KARANGAN BAHAGIAN ‘B’ – TEMA : SEKOLAH

2005 (1) KEPERIHALAN Mengikuti program motivasi UPSR. 2005 (2) CATATAN Berkelah bersama-sama keluarga di tempat yang menarik. 2005 (3) TEMU RAMAH Memenangi pertandingan bercerita peringkat daerah. 2006 (2) UCAPAN Majlis meraikan kejayaan kawan dalam suatu pertandingan. 2006 (3) PERBUALAN Berbual dengan rakan tentang lawatan yang akan kamu sertai. 2009 (1) AKHIR CERITA ... Rakan-rakan mengucapkan tahniah kepadaku. Aku berasa gembira. 2009 (2) KEPERIHALAN Suasana temasya sukan olahraga tahunan sekolah kamu. 2009 (3) SURAT KTR Bercerita tentang persediaan menghadapi UPSR kepada kawan. 2010 (2) FAKTA Menyertai kem kecemerlangan UPSR anjuran sekolah kamu. 2010 (3) LAPORAN Laporan setiausaha, perkhemahan unit beruniform sekolah kamu. 2011 (1) KEPERIHALAN Menceritakan aktiviti yang kamu lakukan semasa cuti sekolah. 2011 (2) FAKTA Kebaikan membawa bekalan makanan dari rumah ke sekolah. 2011 (3) PERBUALAN Kejayaan kawan kamu dalam pertandingan bercerita peringkat negeri. 2012 (2) BIOGRAFI “Guru yang Saya Sayangi”. 2012 (3) CATATAN Perhimpunan mingguan (rasmi) sekolah kamu. 2013 (1) KEPERIHALAN Cara-cara menjaga kebersihan dan keceriaan bilik darjah kamu. 2013 (3) UCAPAN “Cara-cara Menghormati Guru” sempena sambutan Hari Guru.

KARANGAN BAHAGIAN ‘B’ – TEMA : KELUARGA

2007 (1) SAM... CERITA Teksi berhenti di depan rumah. Aku menjenguk keluar. Aku melihat ... 2008 (2) BIOGRAFI “Orang yang Saya Sayangi”. 2013 (2) KEPERIHALAN Persiapan kamu sekeluarga sebelum menjelang hari perayaan. KARANGAN BAHAGIAN ‘B’ – TEMA : MASYARAKAT

2006 (1) FAKTA Cara-cara menjaga kesihatan diri. 2007 (2) FAKTA Kamu mempunyai jiran yang baik, tulis kebaikan jiran-jiran kamu itu. 2007 (3) BERITA Pertandingan melukis sempena sambutan Hari Kemerdekaan. 2008 (1) KEPERIHALAN Cara-cara menggunakan wang RM500.00 yang kamu menangi itu. 2008 (3) FAKTA Perlunya kita menuntut ilmu pengetahuan. 2010 (1) ULASAN Ulasan cerita tentang sebuah buku yang telah kamu baca. 2012 (1) AKHIR CERITA ... Aku ingin berkunjung ke tempat itu lagi pada masa akan datang.

KARANGAN BAHAGIAN ‘B’ – SOALAN RAMALAN 2014

2014 (1) KEPERIHALAN Kamu mengunjungi pameran buku yang diadakan di tempat kamu. 2014 (2) KEPERIHALAN Suasana semasa kamu membeli-belah di sebuah pasar raya di ibu kota. 2014 (3) FAKTA Kepentingan media massa kepada masyarakat dan orang ramai. 2014 (4) BERITA “Cara-cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya di Hari Perayaan”.

Page 5: klinik pintar BM - HOTS 2

Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 13 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

UNIT 14 WAWASAN KITA Rujukan Buku Teks: Tahun 4

KEPERIHALAN / GAMBARAN (01) Bahagian 3: Membaca Santapan Minda Kamu dan adik kamu berkunjung ke pameran buku yang telah diadakan di tempat kamu. Gambarkan suasana ketika kamu dan adik kamu mengunjungi pameran buku tersebut. Tuliskan karangan kamu itu selengkapnya.

KERANGKA IDEA

Info pergi ke pameran buku – hendak membeli buku – pergi ke lokasi dengan menaiki bas

Idea 1 tiba di tempat pameran – riuh-rendah, banyak pengunjung – pelbagai jenis pameran Idea 2 memilih beberapa buah buku – membeli buku rujukan – adik, membeli buku cerita Idea 3 mengunjungi gerai komputer – tertarik, komputer “Note Book” – kecil, mudah dibawa Idea 4 cuba perisian P&P interaktif – penerokaan ilmu menyeronokkan – leka masa berlalu

Penutup ke gerai makanan – terasa lapar, makan tengah hari – pengunjung masih bertali-arus

PAMERAN BUKU DIBANJIRI PENGUNJUNG

Saya dan adik saya bersiap-siap untuk pergi menyaksikan pameran buku yang diadakan di Dewan Rumah Rehat, Teluk Intan. Kami berhajat untuk membeli beberapa buah buku di pameran tersebut. Kami pergi ke lokasi pameran dengan menaiki bas. Kami tiba di tempat pameran. Keadaan dan suasana di tempat pameran tersebut riuh-rendah. Tambahan pula, banyak orang berkunjung ke pameran tersebut. Pelbagai jenis buku dan peralatan komputer dipamerkan dan dijual pada hari itu. Saya memilih dan meneliti beberapa buah buku UPSR. Kemudian, saya membeli buku rujukan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains. Sebaliknya, adik pula sangat berminat untuk membeli buku-buku cerita. Saya dan adik juga berkesempatan mengunjungi beberapa buah gerai komputer. Saya tertarik pada komputer “Note Book” yang dipamerkan. Komputer ini kecil sahaja tetapi canggih dan mudah dibawa ke mana-mana. Saya diberi peluang untuk mencuba dan menggunakan perisian pengajaran dan pembelajaran bestari menggunakan komputer. Penerokaan ilmu secara interaktif ini sungguh menyeronokkan. Saya tidak sedar, hampir dua jam masa berlalu di gerai ini. Selepas itu, kami ke gerai makanan kerana perut sudah terasa lapar. Saya makan mi rebus dan minum air batu campur. Adik pula makan kuetiau goreng dan minum air cendol. Orang ramai masih bertali-arus mengunjungi pameran tersebut.

1 pameran - pertunjukan sesuatu produk 2 berkunjung - datang untuk melihat-lihat 3 berminat - menggemari / kesukaan

4 canggih - hebat / moden / kompleks 5 interaktif - saling bertindak / berhubung 6 bertali-arus - banyak sekali / berduyun-duyun

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

Page 6: klinik pintar BM - HOTS 2

Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 14 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

UNIT 6 KEPENGGUNAAN Rujukan Buku Teks: Tahun 5

KEPERIHALAN / GAMBARAN (02) Bahagian 2: Membeli-belah di Pasar Raya Kamu bersama-sama keluarga kamu membeli-belah di sebuah pasar raya baru-baru ini. Ceritakan suasana di pasar raya berkenaan ketika itu. Tuliskan karangan kamu itu selengkapnya.

KERANGKA IDEA

Info mengikut keluarga – ke sebuah gedung beli-belah – promosi “Karnival Jualan Murah”

Idea 1 tawaran menarik hati – iklan potongan harga tergantung – barangan disusun kemas Idea 2 barangan dipamerkan – keselesaan para pelanggan – mesti bijak menentukan pilihan Idea 3 keadaan agak bising – meninjau harga barangan – potongan harga, kos menjimatkan Idea 4 berbaris, membuat bayaran – sibuk memilih barangan – layanan mesra oleh jurujual

Penutup berasa sangat gembira – hajat telah ditunaikan – membelikan sepasang kasut sukan

KEMERIAHAN GEDUNG BELI-BELAH Sempena cuti sambutan Hari Buruh, saya berpeluang mengikut keluarga saya mengunjungi sebuah gedung beli-belah di ibu kota. Gedung beli-belah tersebut mengadakan jualan mega sempena “Karnival Jualan Murah”. Potongan harga barangan daripada 10% hingga 70% diberi bagi barangan terpilih.

Barangan yang dipromosikan disusun dengan kemas, rapi, dan kreatif bagi menarik hati para pelanggan yang mengunjungi gedung beli-belah tersebut. Pelbagai iklan potongan harga tergantung dan tertampal pada rak-rak tertentu. Barangan yang disusun rapi dan sempurna dapat memudahkan para pembeli dan pengunjung untuk mencari serta memilih barangan yang dikehendaki.

Sebahagian barangan digantung, terutamanya pakaian dan sebahagiannya pula dipamerkan di dalam kotak atau rak khas. Pelbagai cara dilakukan untuk keselesaan para pelanggan. Namun begitu, para pembeli juga haruslah bijak untuk membuat penilaian. Para pembeli juga mestilah arif membuat perbandingan harga barangan dengan gedung beli-belah yang lain.

Keadaan di gedung beli-belah ketika itu juga amat meriah sekali. Para pelanggan meninjau harga barangan tersebut sebelum membelinya. Membeli barangan yang mempunyai potongan harga dapat menjimatkan kos perbelanjaan sesebuah keluarga.

Para pelanggan terpaksa beratur panjang untuk membuat bayaran. Jurujual di pasar raya itu pula sibuk melayan para pelanggan untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki. Mereka sentiasa memberi layanan mesra kepada para pelanggan.

Selepas memilih beberapa jenis barang yang dihajatkan, emak beratur di sebuah kaunter untuk membuat bayaran. Saya berasa sungguh gembira kerana dapat membeli sepasang kasut sukan yang saya idam-idamkan selama ini. Ayah bersetuju membelikan kasut sukan tersebut kerana pihak gedung beli-belah memberi potongan harga sebanyak 25% atas kasut sukan berkenaan.

1 karnival - pesta besar-besaran / acara meriah 2 gedung - bangunan besar / pusat beli-belah 3 dipamerkan - dipertunjukkan kepada orang ramai

4 meninjau - memerhati / melihat-lihat 5 layanan - perkhidmatan yang diberi 6 kaunter - tempat urus niaga dijalankan

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

Page 7: klinik pintar BM - HOTS 2

Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 15 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

UNIT 15 SATU PENEROKAAN Rujukan Buku Teks: Tahun 6

KARANGAN JENIS FAKTA (03) Bahagian 1: Bijak Berkomunikasi Media massa merupakan satu alat perhubungan yang sungguh penting dalam era teknologi maklumat dan komunikasi masa kini. Dengan adanya media massa, banyak faedah dapat diperoleh. Terangkan kepentingan media massa kepada orang ramai.

KERANGKA IDEA

Info penyebar maklumat, pantas – televisyen, radio, akhbar – masyarakat bermaklumat

Idea 1 maklumat disebarluaskan – satelit, bidang komunikasi – cepat menerima maklumat Idea 2 sebagai media pengiklanan – tawar produk, perkhidmatan – pasaran yang mudah Idea 3 erat hubungan kekeluargaan – menonton, membaca – memberi maklumat berguna Idea 4 maklumat diawasi, ditapis – penggunaan internet – maklumat luas, tanpa sempadan

Penutup alat penyalur maklumat – sebagai pengguna bijak – ganggu gugat kestabilan negara

KEPENTINGAN MEDIA MASA

Media massa merupakan media penyebar maklumat yang pantas kepada orang ramai. Media massa merangkumi televisyen, radio, surat khabar, majalah dan internet. Kesemua alat media massa ini mempunyai peranan tersendiri dalam usaha membentuk masyarakat bermaklumat.

Melalui media massa, maklumat serta ilmu pengetahuan dapat disebarluaskan semaksimum yang mungkin. Satelit yang kita miliki telah meletakkan negara kita Malaysia sebaris dengan negara maju dalam bidang komunikasi. Oleh sebab itu, kita dapat menerima berita atau maklumat sama ada di dalam dan di luar negara dengan tempoh masa yang singkat.

Media massa juga berfungsi sebagai media pengiklanan. Iklan yang disiarkan di televisyen, radio dan surat khabar memudahkan orang ramai mengetahui sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Justeru, mudahlah untuk memasarkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Di samping itu, televisyen dan surat khabar juga memainkan peranan dalam mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Hal ini dapat dilihat apabila semua anggota keluarga berkumpul di rumah menonton dan membaca bersama-sama. Melalui rancangan televisyen yang berinformasi, berunsur hiburan dan pendidikan dapat memberi maklumat yang berguna kepada penontonnya.

Namun begitu, kepesatan media massa dalam menyalurkan maklumat kepada orang awam wajar diawasi dan ditapis oleh pihak berkuasa. Penggunaan internet dalam kalangan pelajar sekolah perlu diawasi kerana penerokaan maklumatnya begitu luas serta tanpa sempadan baik dan buruknya.

Kesimpulannya, media massa merupakan alat penyalur maklumat yang utama kepada orang ramai. Namun, sebagai pengguna maklumat yang bijak dan bermaruah tapis serta ambil maklumat yang benar dan tepat bagi mengelakkan sebarang dakyah yang boleh mengganggu gugat kestabilan dan keamanan negara kita.

1 penyebar - mengembangkan / menaburkan 2 satelit - alat yang mengedari bumi atau planet 3 produk - barangan yang dikeluarkan (kilang)

4 informasi - keterangan / maklumat 5 diawasi - pemeriksaan / dijaga 6 dakyah - penyebaran sesuatu ideologi

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

Page 8: klinik pintar BM - HOTS 2

Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 16 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

UNIT 4 KESELAMATAN JALAN RAYA Rujukan Buku Teks: Tahun 6

KARANGAN JENIS BERITA (04) Bahagian 2: Kempen Keselamatan Jalan Raya Hampir setiap hari ada sahaja berita tentang kemalangan jalan raya disiarkan di dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Tuliskan satu karangan tentang Cara-cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya.

Tuliskan karangan kamu itu selengkapnya.

KERANGKA IDEA

Info patuh peraturan jalan raya – prihatin arahan lalu lintas – kurang berlaku kemalangan

Idea 1 tidak memandu ketika mabuk – khayal, tiada tumpuan – menyebabkan kemalangan Idea 2 penyelenggaraan kenderaan penting – brek dan tayar baik – perjalanan lebih selamat Idea 3 patuh had laju ditetapkan – pemanduan berhemah – mampu kurangkan kemalangan Idea 4 gunakan kemudahan trafik – jejantas, lintasan belang – selamat ketika di jalan raya

Penutup kemalangan dapat dikurangkan – sabar, bertimbang rasa – amalan bersikap rasional

CARA-CARA MENGELAKKAN KEMALANGAN JALAN RAYA

Jika semua pengguna jalan raya prihatin dan mematuhi undang-undang semasa berada di jalan raya, kemalangan dapat dielakkan. Selain itu, pengguna jalan raya juga hendaklah mengikut arahan lalu lintas. Semua peraturan bertujuan untuk mengurangkan kemalangan dalam kalangan pengguna jalan raya di samping melancarkan perjalanan lalu lintas.

Para pemandu juga tidak boleh memandu semasa mabuk atau ketika para pemandu di bawah pengaruh dadah. Pemandu yang dipengaruhi alkohol atau dadah akan menjadi khayal dan kurang tumpuan semasa memandu. Keadaan sebegini akan mengundang tragedi atau kemalangan jalan raya.

Kenderaan yang digunakan hendaklah diselenggara dengan baik dan sempurna sepanjang masa. Pemilik kenderaan juga perlu memastikan brek berfungsi dengan baik dan keempat-empat tayar kenderaan masih berbunga. Brek yang gagal berfungsi atau tayar yang pecah secara tiba-tiba boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

Mematuhi had laju yang telah ditetapkan merupakan disiplin yang mesti dipatuhi oleh para pemandu. Sekiranya kenderaan dipandu melebihi had laju, pemandu sukar untuk mengawal kenderaan dengan baik. Kegagalan pemandu mengawal kenderaan boleh mengundang bahaya seperti kenderaan mereka terbabas atau melanggar kenderaan lain.

Para pengguna jalan raya hendaklah menggunakan jejantas, lintasan belang dan lampu isyarat semasa melintas jalan raya yang sibuk. Penggunaan jejantas, lintasan belang dan lampu isyarat dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Semua kemudahan ini mesti digunakan dengan sebaik-baiknya demi keselamatan agar nyawa tidak melayang di jalan raya.

Kemalangan hanya dapat dikurangkan jika para pengguna jalan raya dapat mengamalkan sikap sabar, bertimbang rasa dan patuh akan undang-undang. Justeru, amalan baik ini mampu membentuk insan yang sentiasa rasional dan mementingkan keselamatan dirinya dan juga keselamatan orang lain. Jadikan amalan “Berhemat dan Berhemah di Jalan Raya” dalam kalangan masyarakat Malaysia.

1 arahan - petunjuk / perintah / pengawasan 2 khayal - leka / sangat asyik / mengelamun 3 pecah - retak / merekah / terbelah

4 terbabas - menyimpang / salah arah 5 melayang - mati / hilang / lenyap 6 patuh - menurut perintah / peraturan

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

Page 9: klinik pintar BM - HOTS 2

Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 17 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

KARANGAN BAHAGIAN ‘C’ – TEMA : SEKOLAH

2007 NILAI MURNI CERITA Terjumpa dompet semasa menghadiri aktiviti kokurikulum. 2011 NILAI MURNI UCAPAN Majlis perpisahan untuk guru anda yang melanjutkan pelajaran. 2013 NILAI MURNI DIARI Catatan harian ketika menyertai perkhemahan unit beruniform.

KARANGAN BAHAGIAN ‘B’ – TEMA : KELUARGA

2005 PENGAJARAN CERITA Adik masuk bilik kakak, main cenderamata, jatuh lalu pecah. 2008 PENGAJARAN DIALOG Melawat rakan di hospital, disyaki mengidap demam denggi.

KARANGAN BAHAGIAN ‘B’ – TEMA : MASYARAKAT

2006 PENGAJARAN CERITA Mengumpul setem merupakan hobi yang memberi manfaat. 2009 NILAI MURNI KOMSAS Sang Semut menyelamatkan Sang Merbuk, ditembak pemburu. 2010 NILAI MURNI SURAT Menceritakan lawatan ke Pulau Langkawi kepada kawan baik. 2012 NILAI MURNI CERITA Tiga sahabat, seorang memanjat pokok rambutan dan terjatuh.

KARANGAN BAHAGIAN ‘B’ – SOALAN RAMALAN 2014

2014 PENGAJARAN CERITA KELUARGA Perjalanan balik ke kampung untuk bercuti.

CIRI-CIRI TERBAIK MEMBUAT ULASAN / RUMUSAN Dalam bahagian ini perkara yang murid/calon perlu tahu ialah nilai murni yang terdapat dalam petikan. Nilai murni ini dapat diperoleh secara “tersurat” atau secara terus daripada petikan. Jika nilai “tersurat” murid/calon mesti menukarkannya atau mencari sinonimnya (nilai yang sama erti atau nilai satu pakej). Contohnya, “rajin” sama dengan “ringan tulang”. “Ikhlas” sama dengan “tulus” dan sebagainya. 1. Memuatkan lima konstruk nilai tepat serta huraian yang berkaitan dengan jelas dan merujuk teks. 2. Ulasan idea jelas/tepat menggunakan penanda wacana, kata bantu di samping ayat yang gramatis. 3. Penggunaan pelbagai kata, kosa kata yang meluas serta bahasa bombastik (indah) yang ideal/sesuai. 4. Biasanya lebih daripada lima nilai/pengajaran yang terdapat dalam teks, pilih hanya lima nilai tepat. 5. Nilai tepat yang sama tidak boleh diulang semula walaupun menggunakan contoh/idea yang berbeza. 6. Sebarang nilai tepat yang berkaitan dengan ulasan/rumusan harus diberi pertimbangan sewajarnya. *. Contoh Penggunaan Kata Sendi Nama dan Kata Penekan untuk Memulakan Ulasan/Rumusan: 1. “Antara lima nilai murni ...”atau “Antaranya sifat rajin ...” atau “Antaranya amalan kerjasama ...”. *. Contoh Penggunaan Penanda Wacana untuk Merangkai Ayat Ulasan/Rumusan Nilai Murni: 1. “Selain itu”, “Seterusnya”, “Selanjutnya”, dan “Justeru” (Nota: “Oleh itu” tidak sesuai digunakan). *. Contoh Penggunaan Kata Bantu untuk Merangkai Ayat Ulasan/Rumusan Pengajaran: 1. “Kita mestilah”, “Kita sepatutnya”, “Kita haruslah”, “Kita hendaklah” dan “Kita sewajarnya”. *. Contoh Penggunaan Kosa Kata untuk Mengakhiri Ayat Ulasan/Rumusan Nilai Murni/Pengajaran: 1. “Kesimpulannya” atau “Konklusinya” atau “Natijahnya” atau “Akhir sekali” dan lain-lain lagi.

Page 10: klinik pintar BM - HOTS 2

Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 18 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

LATIHAN 1 TEMA : KELUARGA PETIKAN CERITA

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Berikan contoh yang sesuai berdasarkan petikan tersebut.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ayah mula memandu setelah memastikan kereta dalam keadaan baik. Lebuh raya Utara-Selatan agak sibuk ketika ini. Kami berhenti di hentian Rehat dan Rawat (RdR) Tapah. Suasana agak sesak. Kelihatan orang ramai berebut-rebut membeli makanan. Aku hampir tersungkur kerana dilanggar oleh seorang lelaki ketika berbaris hendak membeli makanan. Dia segera meminta maaf. Aku hanya mampu menganggukkan kepalaku. Kami meneruskan perjalanan balik kampung menuju Kampung Selisek, Behrang. Kami tiba di rumah datuk kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Bunyi ayam berkokok mengejutkan aku pada pagi itu. Setelah mandi dan solat subuh, aku ke dapur. Kakak sedang menolong ibu dan nenek membuat sarapan. Hari ini Pak Ngah mengajak aku ke sungai untuk memancing. Airnya sejuk dan jernih. Aku sungguh kagum akan suasana kampung yang menghijau dan mendamaikan perasaan. Bunyi unggas berkicauan menenangkan hati. Pak Ngah asyik menukar umpan. Beberapa ekor ikan telah mengisi bakul kami. Aku tetap menunggu. Setelah dua jam, akhirnya pancingku mengena. Seekor ikan baung yang sederhana besar dapat aku naikkan. Tengah hari itu kami berselera sekali makan ikan baung masak lemak cili padi dan ikan keli panggang. Pada sebelah petang, aku mengikut sepupuku Hairi berbasikal sekeliling kampung. Aku lihat sekumpulan budak sedang bermain galah panjang. Tiba-tiba namaku dipanggil. Rupa-rupanya Azwan, Haziq dan Murad ada di situ. Walaupun jarang bertemu tetapi mereka masih mengenaliku. Itulah keakraban yang dipupuk apabila tinggal di kampung. Aku sungguh terharu.

APLIKASI TETINGKAP RUMUSAN (TALIAN HAYAT @ ACUAN JAWAPAN ANDA)

PW dan KSN (Anda Mesti Ingat)

Kata Bantu (Anda Mesti Ingat)

Aspek Nilai (Kata Adjektif) (Anda Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan (Kata Kerja) (Anda Mesti Cari)

Kita mestilah Selain itu ... Seterusnya ... Justeru ... Akhir sekali ... kita wajarlah

PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN

Page 11: klinik pintar BM - HOTS 2

Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 19 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

LATIHAN 2 TEMA : SEKOLAH PETIKAN CERITA

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Berikan contoh yang sesuai berdasarkan petikan tersebut.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Peluh berjejeran membasahi tubuh Nazim dan rakan-rakannya namun, mereka berasa puas dan gembira melakukan kerja-kerja tersebut. Matlamat mereka hanya satu, mahu menyiapkan hiasan terbaik untuk rumah sukan mereka. Tahun lepas, rumah oren menjadi johan. Semuanya ini berkat semangat gotong-royong dan tidak mudah mengalah athlet rumah tersebut. Guru rumah oren pun turut serta berganding bahu untuk membakar semangat anak muridnya. Lebih menyeronokkan lagi apabila guru menghargai jasa murid-murid dengan membelanjai mereka yang berpenat-lelah melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Sikap guru-guru yang tegas pendiriannya serta baik budi sebegini menyebabkan anggota rumah sukan sentiasa mematuhi arahan. Mereka juga tidak sayang wang ringgit untuk membeli peralatan. Jadi, tidak mustahil kalau pada tahun ini juga mereka akan mempersembahkan hiasan terbaik bagi rumah sukan mereka. Tiga buah rumah sukan yang lain juga mempunyai impian yang serupa. Mereka ingin mengondol juara bagi kategori hiasan rumah sukan terbaik pada tahun ini. Pertandingan yang sihat ini menyebabkan Nazim dan rakan-rakannya bersikap lebih kreatif dan inovasi bagi menghasilkan dan mempersembahkan hiasan rumah sukan yang dapat menambat hati para juri nanti. Bagi Nazim dan kawan-kawannya, bukan gelaran juara yang menjadi fokus utama tetapi semangat kesukanan dan setia kawan menjadi matlamat utama mereka.

PW dan KBT (Anda Mesti Ingat)

Kata Bantu (Anda Mesti Ingat)

Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks)

Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai)

Kita mestilah

Selain itu ... kita sepatutnya

Kita haruslah

Kita dikehendaki

Akhir sekali ... kita sewajarnya

PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN

Page 12: klinik pintar BM - HOTS 2

Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 20 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan

LATIHAN 3 TEMA : MASYARAKAT PETIKAN UCAPAN

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Berikan contoh yang sesuai berdasarkan petikan tersebut.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Rakan-rakan yang dihormati, Alam sekitar adalah anugerah Allah yang sangat bernilai kepada kesejahteraan hidup manusia. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semula jadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran manusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada hidupan, begitu juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam semesta yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan.

Di samping memberi keselesaan kepada manusia, alam juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita ini tidak dijaga dengan baik. Kemusnahan alam sekitar diakibatkan oleh pelbagai pihak. Sektor perindustrian dan sektor pertanian yang merupakan sektor terpenting di negara kita turut menyumbang dalam kemusnahan alam sekitar. Selain itu, punca-punca lain adalah seperti penggunaan baja kimia secara berlebih-lebihan, penebangan pokok-pokok secara berleluasa dan pembakaran terbuka. Dalam pada itu, pembebasan gas-gas seperti gas karbon monoksida, karbon dioksida, sulfur oksida, hidrokarbon oleh kenderaan juga menyumbang kepada pengotoran alam sekitar. Ditambah pula dengan pengeluaran dan pembuangan sisa-sisa toksik yang berbau busuk dan amat berbahaya untuk kesihatan manusia, flora dan fauna di persekitarannya.

PW dan KBT (Anda Mesti Ingat)

Kata Bantu (Anda Mesti Ingat)

Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks)

Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai)

Kita mestilah

Selain itu ... kita sepatutnya

Seterusnya ... kita haruslah

Malahan ... kita dikehendaki

Akhir sekali ... kita sewajarnya

PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN