Kliping Bahasa Melayukjdkekef
-
Upload
abram-tarigan -
Category
Documents
-
view
242 -
download
0
description
Transcript of Kliping Bahasa Melayukjdkekef
Sumber : Internet
3.1 PENGENALAN
ada zaman awal kehidupan masyarakat Melayu, mereka belum memiliki kemahiran
menulis. Semua perhubungan dilakukan dengan cara lisan. Pada waktu itu juga mereka masih
menganuti fahaman animisme. Oleh kerana mereka percaya bahawa hantu, jin, jembalang,
atau penunggu; maka sesuatu benda yang besar seperti pokok besar, bukit besar, atau apa
sahaja benda yang mengagumkan akan mereka sembah. Pada masa inilah kedudukan pawang
sangat dihormati.
Pawang, yang pada mulanya mendapat ilmu pengetahuan secara semula jadi itu menjadi
tempat bertanya bagi menyelesaikan semua kemusykilan dan meminta ubat bagi orang yang
sakit. Bagi keperluan ini, Pawang menggunakan mantera, jampi, atau kata-kata hikmat yang
lain dengan bahasa yang teratur, indah, dan berkesan.
Pawang ini kemudian menurunkan ilmunya kepada orang yang paling dipercayainya.
Penurunan ilmu ini adalah dengan cara hafaz dan amalan. Biasanya tidak semua ilmu yang
dimiliki oleh pawang itu akan diturunkannya kepada muridnya dan ada pula murid yang
mahu belajar secara khusus sahaja sehingga timbullah datu (orang yang pandai mengubati
orang sakit), dukun (orang yang pandai membuat orang sihat menjadi sakit), dalang (orang
yang pandai bercerita), dan kemahiran lainnya.
1
Di antara kemahiran yang disebutkan di atas, dalang atau pencerita menjadi orang yang
terkenal. Ia bebas mengembara ke mana-mana menyebarkan ceritanya. Masyarakat waktu itu
memberi layanan yang istimewa kepada pencerita. Di mana sahaja pencerita berada, orang
kampung akan berduyun-duyun mendengar cerita yang biasanya berbentuk penglipur lara. Ia
kemudian dikenali sebagai pelipur lara.
Pelipur lara yang terkenal bijak ini bukan sahaja menyampaikan ceritanya apabila sampai di
sesuatu tempat. Sekali-sekala ia cuba juga menduga kepintaran orang di situ melalui teka-
teki. "Satu di antara jenis hasil sastera Melayu yang terawal dan dipercayai terbitnya pada
zaman orang Melayu belum memiliki kemahiran menulis, ialah teka-teki. Salah satu teka-teki
yang terkenal ialah:
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut senanglah hati
Di antara cerita yang paling disukai oleh masyarakat pada masa itu ialah cerita tentang
haiwan. Hal ini berkait rapat dengan kehidupan masyarakat yang suka berburu. Para pencerita
pula akhirnya memanfaatkan cerita haiwan ini sebagai alat untuk menyampaikan pengajaran.
Dengan kehalusan budi dan bahasanya si pencerita mengisahkan kehidupan haiwan untuk
menceritakan hidup dan kehidupan manusia yang sebenarnya. Cara ini sangat berkesan.
Orang yang kena sindir tidak marah dan orang lain mendapat teladan. Salah satu cerita yang
paling digemari ialah cerita Sang Kancil.
Berkurun-kurun kemudian, pengalaman masyarakat Melayu semakin bertambah. Para cerdik
pandainya cuba memikirkan cara untuk merakamkan bahasa mereka. Pengalaman dan
2
pengetahuan mereka tentang alam cukup luas. Oleh yang demikian, mereka mulai menulis
dengan meniru cabang, ranting, potongan kayu, dan bentuk sungai. Lama-kelamaan
terbentuklah tulisan yang kemudian dinamai sebagai Tulisan Rencong.
Orang Melayu ketika itu menuliskan tulisannya pada kulit kayu, kulit binatang, batang buluh,
atau daun lontar. Oleh yang demikian, ia tidak dapat bertahan lama kerana lama-kelamaan
bendanya reput, hancur, atau tulisannya hilang. Bagaimanapun, huruf asli Melayu ini
diperkirakan lebih awal daripada huruf Kawi dan huruf Wenggi yang ditemui di Nusantara
ini terutama di Pulau Jawa.
Orang Melayu yang sejak awal memang sebagai pelaut ulung, telah sampai ke mana-mana.
Begitu juga dengan Si Pelipur Lara. Ia telah mendengar cerita yang dibawa oleh penyebar
kepercayaan Hindu ke Nusantara ini. Ia pun melengkapkan ceritanya dengan cerita Hindu ini
dengan mengubahsuaikan cerita asalnya menjadi corak tempatan. Dengan demikian, semakin
berkembanglah kesusasteraan Melayu berbentuk lisan tersebut.
3.2 KESUSASTERAAN HINDU
Kedatangan saudagar dan mubaligh Hindu ke Nusantara ini terutama bertapak di Pulau Jawa.
Para mubaligh tersebut memperkenalkan karya Mahabrata dan Ramayana kepada masyarakat
tempatan. Karya Vyasa dan Valmiki pujangga India yang terkenal ini menarik perhatian
pujangga istana di Jawa dan mereka menyalin bahagian yang mereka sukai.
Semasa Kerajaan Mataram di Jawa Tengah sedang jayanya, pujangga istana memang
memiliki kedudukan yang istimewa. Mereka berpendapat bahawa peranan pujangga sama
pentingnya dengan peranan mubaligh malahan mereka dapati melalui susastera penyebaran
3
ilmu agama itu lebih berkesan dan mudah diterima oleh masyarakat. Sekitar tahun 925 M,
iaitu semasa kejayaan Kerajaan Mataram, pujangga Yogiswara telah menyalin Ramayana ke
dalam bahasa Jawa Kuno (tulisan Kawi). Semasa pemerintahan Raja Dharmawangsa (985-
1006 M) pula, dilakukan penyalinan Mahabrata dan pada abad ke-11 disalin lagi dan diberi
tajuk baru, iaitu Astadasaparwa.
3.3 KESUSASTERAAN JAWA
Perkenalan pujangga istana dengan sastera Hindu ini telah melahirkan minat pujangga lain
untuk menulis sendiri karya sasteranya. Semasa pemerintahan Airlangga, seorang pujangga
bernama Mpu Kanwa mengarang syair (kekawin) yang diberinya nama Arjuna Wiwaha
(sekitar tahun 1030 M). Mpu Sedah dan Mpu Panuluh pula menulis Bharatayudha sekitar
tahun 1157 M. Dalam abad ke-12, lahirlah buku Smaradhana karya Mpu Dharmajaya dan
buku Arjuna Wijaya karya Mpu Tantular.
Apabila Kerajaan Majapahit memperluas kekuasaannya hampir di seluruh Kepulauan Melayu
termasuk Thailand, mereka cuba mempengaruhi masyarakat dengan memperkenalkan Cerita
Panji, iaitu kisah keagungan Raja Majapahit. Cerita ini tidak dapat diterima oleh masyarakat
terutama di luar Pulau Jawa kerana ia menggunakan bahasa Jawa Kuno. Para dalang yang
mempersembahkan cerita ini melalui Wayang Gedok (wayang orang yang menggunakan
topeng) mencari jalan lain. Sebelum mereka mempersembahkan Cerita Panji terlebih dahulu
mereka belajar bahasa Melayu. Persembahan Wayang Gedok terutama di Sumatera
kemudiannya menggunakan bahasa Melayu bercampur dengan bahasa Jawa. Secara langsung
para dalang ini telah mengangkat bahasa Melayu dan lama-kelamaan beberapa perkataan
bahasa Jawa yang sesuai diserap ke dalam bahasa Melayu. Cerita Panji telah mempengaruhi
kesusasteraan dan bahasa Melayu sekitar tahun 1240 M.
4
Di antara Cerita Panji yang terkenal ialah: Hikayat Raja Kahuripan, Hikayat Mesa Taman
Panji Wila Kesuma, Hikayat Mesa Kumitar, Hikayat Carang Kolina, Hikayat Rangga Rari,
Hikayat Cekel Weneng Pati, Hikayat Prabu Jaya, Hikayat Kuda Semirang, dan Hikayat Panji
Semirang. Di samping hikayat, kesusasteraan Jawa yang diperkenalkan kepada masyarakat
Melayu di antara lain, ialah Syair Ken Tambuhan, Syair Lelakon Mesa Kumitar, Syair
Undakan Agung Udaya, dan Syair Panji Semirang.
Sebagai gambaran, perhatikan contoh Cerita Panji yang dipetik daripada Hikayat Cekel
Weneng Pati yang berikut ini:
Bahawa ini cerita orang dahulu kala dari pada bahasa Melayu dan Jawa, diceritakan oleh
dalang dan bujangga yang parama kawi di tanah Jawa, dipindahkan dengan bahasa Melayu,
maka akan jadi penghibur rasa yang dendam dilelakonkan. Dalam itupun masygul di mana
'kan hilang? Dendam pun tiada berbilang! Akan perinya juga pendalang katakan akan
pemadam hati yang berahi; maka dalang panjangkan lelakon ini supaya menjadi tembang
lanjut dan kidung dan kekawin segala yang arif bijaksana dari pada menyatakan 'asyikan
dalam kalbu: hendak pun dikeluarkannya yang ada dalam hatinya itu tiada 'kan datang
kebajikan kepadanya; oleh karena itulah maka dikarang hikayat ini bernama Cekel Weneng
Pati ...."
Bahasa yang terlihat dalam kutipan di atas tidak dapat digunakan sebagai pedoman bahasa
yang digunakan pada zaman mula-mula Cerita Panji diciptakan kerana para dalang
mengubahsuaikan bahasanya sesuai dengan perkembangan bahasa yang diketahuinya.
Menurut Baharuddin Zainal, naskhah Cerita Panji baru ditemui pada abad ke-15. Walau
bagaimanapun, pernyataan yang mengatakan ia "berasal daripada bahasa Jawa dan ditukar ke
5
dalam bahasa Melayu" penting untuk diketahui. Lagi pula, kutipan ini jelas memperlihatkan
kepada kita bagaimana perkataan bahasa Jawa itu diserap menjadi bahasa Melayu.
3.4 KESUSASTERAAN ARAB
Seiringan dengan penyebaran kesusasteraan Hindu dan Jawa, kesusasteraan Arab juga turut
berkembang di alam Melayu. Ini tidaklah menghairankan kerana orang Arab sudah sejak
awal sampai di Kepulauan Melayu. Sejarah China mencatatkan bahawa pada tahun 977 M,
seorang utusan yang beragama Islam bernama Pu Ali (Abu Ali) telah mengunjungi negeri
China yang datang dari Poni, iaitu sebuah negeri di alam Melayu.
Pada mulanya, cerita Hindu yang sudah sedia ada dalam pengetahuan masyarakat Melayu
dimasukkan unsur Islam. Dengan demikian, para pendengar mudah menerima pengetahuan
Islam tersebut. Lama-kelamaan lahir pula cerita nabi, para sahabat, dan pahlawan Islam
lainnya. Semuanya disampaikan secara lisan semasa menyebarkan agama. Naskhah bertulis
berkenaan dengan kesusasteraan Islam baru ditemui pada abad ke-15 walaupun kesusasteraan
Islam telah masuk ke alam Melayu jauh sebelum itu. Bahkan, istilah hikayat yang digunakan
dalam kesusasteraan Hindu dan Jawa diambil daripada istilah bahasa Arab.
Pengaruh bahasa Arab lebih jelas lagi dapat dilihat pada Batu Nisan Malik al-Saleh. Batu
Nisan ini dipercayai dibawa dari negeri Kembayat (Kambodia). Tulisan yang terdapat pada
batu nisan tersebut keseluruhannya menggunakan bahasa Arab. Isinya di antara lain
menyatakan tarikh wafat Sultan Malik al-Saleh (Raja Pasai yang pertama memeluk agama
Islam), iaitu bersamaan dengan tahun 1297 M. Ini bukanlah bermakna bahawa Batu Nisan
Malik al-Saleh merupakan bukti pertama orang Nusantara ini memeluk Islam kerana di
Leran, Gresik, Pulau Jawa terdapat batu nisan seorang wanita Islam bernama Fatimah bt.
6
Maimun bertarikh 1082 M.
Jika di Pulau Sumatera dan Pulau Jawa ditemui batu nisan orang Islam, di Tanah
Semenanjung atau tepatnya di Sungai Teresat, Kuala Berang di negeri Terengganu ditemui
pula batu bersurat yang dinamai Batu Bersurat Kuala Berang bertarikh 1303 M. Batu bersurat
ini ditulis dengan huruf Jawi. Tulisan Jawi ini mengambil huruf Arab dan menambah
beberapa huruf lain sebagai melengkapi bunyi Melayu yang tidak terdapat dalam bahasa
Arab.
Batu Bersurat Kuala Berang di atas ditulis pada empat bahagian. Perhatikan bahasa yang
tertulis pada salah satu bahagian batu tersebut (setelah ditransliterasikan):
RasuluLlah dengan yang orang sahabi mereka (sekalian).
Asa pada Dewata Mulia Raya memberi hamba meneguhkan agama Islam.
Dengan benar bicara, derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya.
Di benuaku ini pembantu agama RasuluLlah SallaLlahu alaihi wasallam raja mandalika yang
benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam bumi pebantu itu fardhu pada sekalian raja
mandalika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
Bicara berbajikan betul pebantu itu maka titah Seri Paduka Tuan menduduki tamra ini di
benua Terengganu adi pertama ada Jumaat di bulan Rejab di tahun Saratan di sasanakala.
Baginda RasuluLlah telah lalu tujuh ratus dua.
Daripada kutipan di atas terlihat perkataan Dewata Mulia Raya masih digunakan walaupun
yang dimaksud ialah Allah SWT. Beberapa perkataan lain, seperti: mandalika (ketua
wilayah), berbajikan (kebajikan = kebaikan), tamra (perintah rasmi), dan sasanakala (masa
perintah agama) memperlihatkan perkataan Sanskrit sudah semakin berkurang.
Berkenaan dengan aksara Jawi yang merupakan aksara Arab tersebut, aksara Persia telah
7
menambahnya dengan empat huruf atau bunyi, iaitu p, ch, zh, dan g. Aksara Jawi mengambil
huruf ch Persia menjadi c dan mengubahsuai g Persia dengan mengguna-kan titik di atas.
Bunyi atau huruf p, ng, dan nya merupakan ciptaan bangsa Melayu sendiri. Aksara Jawi ini
kemudian dilengkapkan dengan bunyi atau huruf v sejak 1987. Bandingkan aksara Arab,
Persia, dan Jawi seperti yang diperlihatkan pada lampiran 3.
Kembali ke Pulau Sumatera, di Aceh ditemui pula sebuah nisan yang dinamai Batu Nisan
Minye Tujuh. Batu nisan ini bertarikh 1380 M dan ditulis dengan tulisan India. Namun,
bahasa yang digunakan merupakan gabungan bahasa Melayu, bahasa Sanskrit, dan bahasa
Arab. Perhatikan transkripsinya seperti yang berikut ini:
hijrat nabi mungstapa yang prasida
tujoh ratus asta puluh sawarsa
haji catur dan dasa wara sukra
raja iman warda (?) rahmat Allah
gutra barubasa mpu hak kadah pasema
taruk tasih tanah samuha
ilahi ya rabbi Tuhan samuha
taruh dalam swarga Tuhan tatuha
Harun Aminurrashid mengutip terjemahan yang diberikan oleh C. Hooykaas tentang Batu
Nisan Minye Tujuh di atas, sebagai berikut:
Setelah hijrah Nabi, kekasih yang telah wafat,
tujuh ratus delapan puluh satu tahun,
bulan Zulhijjah empat belas hari, hari Jumaat
raja iman rahmat Allah bagi Baginda (warda)
dari keluarga Barubasa mempunyai hak atas Kedah dan Pasai,
8
menarok di laut dan darat semesta (semua)
Ya Ilahi, ya Tuhanku semesta,
masuklah Baginda ke dalam syurga Tuhan.
Walaupun tarikh Batu Nisan Minye Tujuh ini terkemudian daripada Batu Bersurat Kuala
Berang, ternyata bahasa Melayu pada Batu Bersurat Kuala Berang lebih maju.
3.5 KESIMPULAN
Berdasarkan huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa:
(a) Tulisan Melayu yang awal ialah Tulisan Rencong.
(b) Kesusasteraan Islam diperkenalkan kepada masyarakat Melayu melalui tradisi lisan sama
ada disampaikan oleh mubaligh Islam mahupun oleh pencerita tempatan sebagai
kesinambungan tradisinya yang terdahulu.
(c) Kesusasteraan Hindu yang masuk ke alam Melayu mula-mula menggunakan bahasa
Sanskrit dan kemudian menggunakan bahasa Jawa Kuno (Kawi) di Pulau Jawa.
Kesusasteraan ini diperkenalkan kepada masyarakat Melayu di luar Pulau Jawa melalui
kesusasteraan lisan dengan menggunakan bahasa Melayu campur bahasa Jawa.
(d) Tulisan Jawi telah mengambil alih tugas tulisan Rencong.
Penciptaan tulisan Jawi tentulah sudah bermula sebelum abad ke-13 kerana penggunaan
tulisan Jawi di dalam Hikayat Raja Pasai telah menunjukkan bahawa ia telah dapat
mendeskripsikan pemikiran orang Melayu yang tinggi dan berseni.
9
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS BENTUK
DALAM BAHASA MALAYSIA BAGI MURID TAHUN 1
OLEH:
CIK.MARIAYEE A/P SUPPIAH
SJK TAMIL SUNGAI SALAK
71010 LUKUT, NSDK
PANITIA BAHASA MALAYSIA 2011
Ciri-ciri Penulisan Akademik :
Secara ringkas ciri-ciri penulisan akademik adalah seperti di bawah :
(a) Menyampaikan fakta secara sistematik atau mengemukakan hukum alam
10
kepada situasi yang spesifik.
(b) Penulisannya cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian.
(c) Tidak menulis untuk memenuhi kehendak golongan-golongan tertentu.
(d) Penulis hanya menulis untuk memaklumkan tentang sesuatu dan tidak bersifat
prejudis.
(e) Penulisan akademik bersifat sistematik. Setiap langkah direncanakan secara
sistematik, konseptual dan mengikut prosedur yang jelas.
(f) Penulisan akademik tidak bersifat emosional. Ia mengemukakan sebab-musabab
dan pengertian sesuatu masalah/persoalan. Kata-katanya mudah diidentifikasi.
(g) Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti.
(h) Menulis dengan jujur dan hanya mengemukakan kebenaran. Tidak ada
kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan keraguan.
(i) Penulisan akademik tidak bersifat argumentatif. Rumusan yang dibuat dalam
penulisan akademik akan membiarkan fakta berbicara sendiri.
(j) Penulisan akademik tidak bersifat persuasif. Jika penulisan berkenaan berjaya
mengubah pandangan pembaca, ia bukan melalui kaedah persuasif,
argumentasi, percanggahan pendapat dan protes, tetapi melalui fakta yang
berdiri/berbicara sendiri.
(k) Penulisan akademik tidak akan memutar-belitkan fakta kerana ia akan
merosakkan tujuan penulisan akademik. Ia juga tidak akan melebih-lebihkan
sesuatu kerana ia akan menunjukkan motif penulis yang mementingkan diri
sendiri.
11
CONTOH PENULISAN ILMIAH
12
Ramai di antara kita tidak tahu bagaimana hendak menulis menggunakan laras bahasa
ilmiah sepertimana disyaratkan oleh pihak UPSI untuk menyiapkan kerja kursus KRB 3033.
Di sini saya sertakan Contoh Penulisan Ilmiah. Semoga artikel ini dapat memberi manafaat
kepada cikgu-cikgu dan semua pelawat.
KAEDAH PENULISAN ILMIAH
Pengenalan
Penulisan ilmiah merujuk penulisan yang berlandaskan metodologi keilmuan atau metodologi
saintifik. Metodologi saintifik ialah pendekatan mengungkapkan fakta dan bukti bagi
menyokong kebenaran melalui bebarapa langkah seperti perumusan masalah, pembentukan
hipotesis, deduksi hipotesis dan pengujian kebenaran.
Bahasa penulisan ilmiah, biasanya memilih kata, istilah, ungkapan dan ayat yang maknanya
bersifat denotasi, iaitu tepat dan jelas supaya tidak disalahertikan dengan makna-makna lain.
Dengan demikian karangan ilmiah harus bersifat objektif, jujur dan tepat.
Jenis-jenis Penulisan Ilmiah
Jenis-jenis penulisan ilmiah yang utama ialah esei ilmiah, kertas kerja, laporan kajian, tesis
dan disertasi.
Esei ilmiah merujuk karangan ilmiah yang pendek tentang topik atau permasalahan
berdasarkan data yang diperolehi melalui rujukan perpustakaan dan / atau kerja lapangan.
Penghuraiannya bersifat rasional-empiris dan objektif.
13
Kertas kerja ialah penulisan ilmiah yang memaparkan sesuatu fakta atau permasalahan
berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan. Analisis dalam kertas kerja
adalah lebih serius serta bersifat rasional-empiris dan objektif. Kertas kerja biasanya ditulis
untuk diterbitkan dalam jurnal akademik atau dibentangkan dalam pertemuan ilmiah seperti
seminar, bengikel dan sebagainya.
Laporan kajian atau penyelidikan ialah penulisan ilmiah yang menyampaikan maklumat atau
fakta tentang sesuatu kepada pihak lain. Penghuraiannya juga bersandarkan kepada
metodologi saintifik dan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan.
Tesis ialah penulisan ilmiah yang sifatnya lebih mendalam. Tesismengungkapkan
pengetahuan baru yang diperoleh daripada pengamatan atau penyelidikan sendiri. Penulisan
ilmiah ini melibatkan pengujian hipotesis bagi membuktikan kebenaran. Tesis biasanya
ditulis oleh pelajar peringkat Sarjana Muda Kepujian dan peringkat Sarjana serta perlu
dipertahankan di hadapan panel viva-você.
Disertasi ialah penulisan ilmiah tahap tertinggi dalam hierarki pancapaian akademik, iaitu
untuk mendapatkan gelaran Doktor Falsafah (Ph.D). Disertasi melibatkan fakta berupa
penemuan penulis sendiri berdasarkan metodologi saintifik dan analisis yang terperinci.
Seperti tesis, disertasi juga perlu dibentangkan dan dipertahankan di hadapan panel atau
lembaga viva-você.
Ciri-ciri Khusus Penulisan Ilmiah
Terdapat beberapa ciri khusus dalm penulisan ilmiah yang perlu diberi perhatian:
1. Catatan Pustaka
14
2. Catatan Kaki dan Catatan Kaki Singkat
3. Petikan Langsung dan Tak Langsung
4. Bibliografi / Rujukan / Daftar Pustaka
Catatan Pustaka
Dalam penulisan ilmiah, sumber maklumat yang digunakan atau dirujuk perlulah dinyatakan.
Catatan tentang sumber maklumat seperti buku, majalah, jurnal atau surat khabar disebut
catatan pustaka. Teknik catatatn pustaka yang lazimnya digunakan adalah seperti berikut:
Jika nama pengarang dimasukkan bersama teks, karangan yang diisi di dalamnya tahun
penerbitan dan muka surat dan perlu ditempatkan selepas nama pengarang tersebut. Tanda
titik bertindih (:), dimasukkan di antara angka tahun terbitan dengan angka muka surat.
Contoh:
Menurut Mohd. Nor Daud (1997 : 63), ayat yang berkesan ialah satu bentuk ayat yang
disokong oleh kepelbagaian dalam struktur ayat.
atau Hassan Ahmad (2000), juga sependapat dengan.... atau
Mengikut pandangan Saville – Troike (1986 : 52-63), peristiwa komunikasi....
Jika dalam teks nama pengarang tidak disebut, catatan nama pengarang, tahun penerbitan dan
muka surat dimasukkan di dalam kurungan dan diletakkan di hujung teks sebelum noktah.
Tanda koma (,) diletakkan di antara nama pengarang dengan tahun terbit. Contoh:
15
Secara amnya peribahasa ialah percakapan atau ujaran yang mengandungi kebijaksanaan
fikiran dan pemerhatian yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar dan
benar pada perasaan dan fikiran.
(Keris Mas, 1988 : 136)
Catatan Kaki
Catatan kaki ialah catatan-catatan kecil yang berfungsi memberikan keterangan tambahan
terhadap teks yang ditulis. Catatan kaki ditempatkan pada bahagian bawah halaman dan
dipisahkan daripada teks dengan garis panjang. Penomboran yang berurutan diberikan kepada
setiap catatan kaki.
Contoh:
.....kajian etimologi1 tidak dapat dipisahkan daripada kajian linguistik...
________________________________________________
1. Etimologi ialah kajian tentang kata serta perubahan bentuk dan makna.
Catatan Kaki Singkat
Catatan kaki singkat merupakan satu lagi kaedah menunjukkan sumber rujukan selain kaedah
catatan pustaka.
ibid. (singkatan daripada ibidum, ertinya sama dengan yang di atas).
Digunakan untuk catatan kaki yang sumbernya sama dengan catatan kaki yang telah
disenaraikan di atasnya.
op.cit (singkatan daripada opere citati, ertinya dalam buku / karya
16
yang telah dipetik), digunakan untuk catatan kaki daripada sumber yang telah dinyatakan,
tetapi telah disisip catatan kaki lain daripada sumber lain.
loc.cit (singkatan daripada loco citati, ertinya tmpat yang telah dipetik)
seperti op.cit, tetapi dipetik daripada perenggan yang lain.
Perhatikan contoh catatan kaki singkat yang menunjukkan sumber rujukan dan ditempatkan
pada bahagian bawah halaman serta dipisahkan daripadaa teks degan garisan panjang seperti
yang berikut:
1. John Dewey, 1974. How We Think. Chicago. Henry Regnery Company. hal : 75
2. Shaykh Hakim Moinuddin Chisti, 1985. The Book of Sufi Healing. New York.
Inner Traditions International Ltd. hal : 25
3. Ibid, hal. 45
4. John Dewey, op.cit., hal 89.
5. John Dwey, loc.cit.
Penggunaan catatan untuk menunjukkan sumber rujukan mestilah selaras dalam keseluruhan
penulisan. Jika kaedah catatan pustaka yang dipilih, maka keseluruhan penulisan haruslah
menggunakan kaedah ini. Sebaliknya jika kaedah catatan kaki singkat digunakan, maka
keseluruhan penulisan mestilah mengekalkan penggunaan kaedah ini dengan konsisten
17
Petikan Tak Langsung
Petikan tak langsung merupakan pengungkapan kembali pendapat, gagasan pokok, ringkasan
atau kesimpulan daripada sebuah tulisan dengan gaya penulis sendiri. Teknik menyatakan
sumber informasi dalam petikan tak langsung adalah sama seperti teknik catatan pustaka.
Petikan Langsung
Petikan langsung pula ditulis dalam susunan ayat asalnya tanpa sebarang perubahan dan
diberi tempat tersendiri, terpisah daripada teks. Petikan langsung kadang-kadang diperlukan
untuk mempertahankan keaslian penyataan yang dipetik, menunjangi hujah atau memberi
maklumat tambahan.
Petikan langsung diberi tanda petik (“ “) padanya dan diikuti oleh catatan pustaka. Biasanya
petikan langsung ditulis rapat (satu spasi) ataupun dikecilkan saiz hurufnya seperti contoh
yang berikut:
“segala sesuatu cakap yang pendek yang melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa
lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan besar tujuannya dipakainya sebagai
sebutan-esbutan orang sebagai bandingan teladan dan pengajaran”.
(Za’ba, 1965 : 165)
Sementara Clifford dan Swettenham menyatakan hasil pemrhatian mereka iaitu:
“.......peribahasa merupakan bahasa diplomatik, amat sesuai untuk mengelakkan diri daripada
terlalu berterus-terang”.
(Brown, 1951 : X)
18
Bibliografi
Menulis bibliografi atau daftar pustaka bermaksud menyenaraikan semua sumber rujukan dan
bacaan sama ada yang telah diterbitkan seperti buku, jurnal dan majalah ataupun yang belum
terbit seperti kertas kerja, tesis dan disertasi. Biblografi dapat membantu pembaca
mengetahui sumber-sumber yang digunakan dalam sesuatu kerja ilmiah. Ada beberapa hal
yang perlu diperhatikan dalam penyusunan bibliografi:
1. Bibliografi tidak diberi nombor
2. Urutan nama penulis mengikut urutan huruf
3. Gelaran penulis tidak dimasukkan
4. Bibliografi diletakkan pada bahagian terakhir tulisan
5. Nama pengarang Melayu, Cina dan India ditulis penuh dalam susunan asal tetapi
pengarang Barat, hanya nama keluarga sahaja yang ditulis.
Urutan unsur-unsur yang ditulis dalam bibliografi ialah:
Nama penulis
Tahun penerbitan
Judul – digaris atau dicetak 'italic'
Tempat penerbitan
Nama penerbit
Perhatikan contoh-contoh bibliografi di bawah ini.
19
Bibliografi
Abdullah Hassan, 1984. Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia.
Petaling Jaya. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Campbell. W.G., 1976. Form And Style In Thesis Writing. Boston.
Houghton Mifflis Company
Bahagian A bahasa Melayu Penulisan
Panduan Menjawab (Mentafsir Bahan Grafik)
1.0 Pengenalan
Hanya satu soalan bergambar / ilustrasi dikemukakan. Bagi menjawab soalan
ini, dicadangkan langkah-langkah berikut:
1.1 Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan
- Baca soalan dan fahami arahannya.
- Anda dikehendaki menulis lima ayat lengkap berdasarkan situasi atau
keadaan / aktiviti dalam bahan ilustrasi yang diberi.
1.2 Memahami / meneliti situasi atau keadaan
- Sama ada bahan ilustrasi itu gambar tunggal atau bersiri, anda perlu
20
melihat dan memastikan perkara / situasi / keadaan yang terdapat
dalam gambar / ilustrasi.
- Catat perkara itu berdasarkan yang tersurat / nyata atau dilihat.
- Masa yang dicadangkan untuk memahami situasi gambar ialah 3 minit.
1.3 Menulis ayat yang lengkap
- Ayat yang ditulis hendaklah lengkap.
- Satu perkara / keadaan / aktiviti ditulis dalam satu ayat.
- Masa yang dicadangkan untuk menulis ayat ialah 5 minit.
1.4 Menyemak
- Semak, sama ada ayat yang ditulis benar-benar berdasarkan perkara /
keadaan / aktiviti yang terdapat dalam gambar / ilustrasi.
- Pastikan ayat yang ditulis mengikut struktur, selain ejaan, tanda baca
dan pemilihan kata yang betul.
- Masa yang dicadangkan bagi menyemak ialah 2 minit.
2.0 Panduan Umum Menjawab Soalan
2.1 Teliti Bahan
- Teliti gambar yang terdapat dalam soalan
- Kenal pasti tema / tajuk yang diberi
- Kesan aktiviti / perlakuan yang terdapat dalam soalan
- Tulis aktiviti- aktiviti yang ada pada gambar
21
2.2 Membina Ayat
- Bina lima ayat (nomborkan 1-5).
- Bina ayat-ayat tentang maklumat tersurat.
- Membina ayat-ayat tersirat sebagai pelengkap atau ayat utama.
- Kelima-lima ayat anda berdasarkan kepada maklumat yang ada pada
bahan grafik.
- Boleh menamakan watak.
- Susun ayat mengikut keutamaan isi.
2.3 Struktur Ayat
- Ayat yang jelas menggambarkan maklumat yang hendak disampaikan.
- Ayat yang dibina hendaklah ayat yang gramatis.
- Membina ayat tunggal atau ayat majmuk.
- Ayat anda berdasarkan kepada maklumat tersurat sahaja.
- Ayat daripada isi tersirat mesti ada pertautan dengan bahan grafik
2.4 Menyemak Semula
- Semak dengan membaca semula ayat.
- Tulisan anda hendaklah jelas dan kemas.
2.5 Teknik Semasa Menjawab Bahan Grafik
- Kenal pasti kata kerja & kata adjektif dalam gambar.
- Tulis kata kerja & kata adjektif dalam gambar. (Kertas soalan)
- Menulis sebanyak mungkin kata kerja & kata adjektif
22
2.6 Isi Tersurat dan Isi Tersirat
- Perkara-perkara atau aktiviti yang terdapat atau yang dapat
dilihat dengan jelas dalam gambar dikenali sebagai maklumat tersurat.
- Idea-idea yang berkaitan atau yang boleh dikaitkan dengan gambar
dikenali sebagai maklumat tersirat.
Sumber: internet
Ciri - Ciri Karangan yang Baik
Isi
padat dan bernas
disertai contoh dan huraian
Bahasa
sistem ejaan yang betul
tatabahasa yang betul
penggunaan tanda baca yang betul
perbendaharaan kata yang luas
gaya bahasa yang menarik
Persembahan
formatnya betul
isi-isi diolah dengan baik
23
pemerengganan isi tersusun kemas
Karangan Umum - Cerita -
1 Karangan ini terbahagi kepada empat bentuk, iaitu:
(a) Cereka
(b) Pengalaman
(c) Suasana atau gambaran
(d) Penyelesaian masalah
2 Setiap cerita perlu mempunyai watak, latar (masa, tempat, dan waktu) ,
tema/persoalan, plot, dan mesej.
3 Masukkan unsur saspens dalam cerita bagi menimbulkan perasaan ingin tahu di
hati pembaca ( pemeriksa) .
4 Susunan plot dimulai dengan pengenalan, perkembangan, klimaks, dan peleraian.
5 Seboleh - bolehnya wujudkan rasa kesal, kecewa, marah, atau geram.
6 Tulis cerita berdasarkan pengalaman, pembacaan, penghilatan, atau perbualan.
7 Calon digalakkan menggunakan bahasa yang berbunga-bunga, tetapi perlu dalam
keadaan terkawal.
8 Watak boleh terdiri daripada manusia, benda, atau binatang.
9 Letakkan dialog yang penting sahaja untuk menunjukkan kemahiran berbahasa.
Sumber : Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 1 Kertas Penulisan 012 – Bahagian B : Fakta
MODUL PRAKTIS PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012
AKTIVITI BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM
Fakta
Murid-murid digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah. Tuliskan sebuah
karangan
tentang faedah menyertai kegiatan kokurikulum.
24
_ KERANGKA IDEA
_ Info maksud kegiatan kokurikulum – contoh-contoh
_ Idea 1 faedah pertama – memperoleh ilmu pengetahuan – contoh ilmu
_ Idea 2
faedah kedua – mengisi masa lapang – mengelakkan diri daripada kerja-kerja yang
tidak berfaedah
_ Idea 3 faedah ketiga – boleh bertukar – tukar fikiran – mengeratkan persahabatan
_ Idea 4 faedah keempat – memperoleh sijil penyertaan – peluang ke sekolah berasrama
_ Penutup setiap murid patut menyertainya – digalakkan murid menyertainya
Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum
Kegiatan kokurikulum dijalankan di semua sekolah. Kegiatan kokurikulum
bermaksud aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah. Semua murid diwajibkan
menyertainya. Ada tiga jenis aktiviti yang dijalankan iaitu kelab, permainan dan unit
beruniform.
Dengan menyertai kegiatan-kegiatan ini murid-murid akan memperoleh banyak
faedah. Faedah pertama, murid-murid dapat menambah ilmu pengetahuan. Contohnya,
melalui aktiviti pengakap murid-murid akan belajar jenis-jenis ikatan, cara mendirikan
khemah dan sebagainya.
Faedah kedua, dapat mengelakkan diri daripada membuang masa dengan kerjakerja
yang tidak berfaedah. Contohnya melepak, merayau-rayau, bergaul dengan budakbudak
nakal dan sebagainya.
Faedah ketiga, semasa menjalani aktiviti kokurikulum murid-murid boleh
berbincang dan bertukar-tukar fikiran tentang aktiviti yang dijalankan. Dengan itu dapat
mengeratkan tali persahabatan.
Faedah keempat, murid-murid akan memperoleh sijil penyertaan bagi unit-unit
25
yang disertai. Sijil penyertaan ini sangat berguna apabila murid-murid memohon
memasuki sekolah berasrama atau universiti.
Itulah antara faedah murid-murid menyertai kegiatan kokurikulum. Oleh itu, muridmurid
digalakkan menyertainya.
MODEL 1
MODEL 1
Sumber : Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 2 Kertas Penulisan 012 – Bahagian
B : Fakta
MODUL PRAKTIS PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012
AKTIVITI BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM
Fakta
Ibu dan bapa merupakan orang yang sangat berjasa kepada kita. Tuliskan sebuah karangan
yang bertajuk “Cara-cara Menghargai Jasa Ibu Bapa”.
_ KERANGKA IDEA
_ Info setiap orang ada ibu dan bapa – banyak jasa – perlu dibalas
_ Idea 1 cara pertama – belajar bersungguh-sungguh – berjaya – mereka gembira
_ Idea 2 cara kedua – mendengar cakap mereka – tidak membantah – anak derhaka
_ Idea 3 cara ketiga – membantu mereka – kerja-kerja yang sesuai – ringan bebanan
_ Idea 4 cara keempat – menjaga nama baik keluarga – tidak melakukan perkara yang aib
_ Penutup dapat mewujudkan rasa kasih sayang – keluarga harmoni
Cara-cara Menghargai Jasa Ibu Bapa
Setiap orang mempunyai ibu dan bapa. Mereka merupakan orang yang paling
banyak berjasa kepada kita. Oleh itu, sebagai anak kita perlulah menghargai jasa mereka
kepada kita. Ada banyak cara yang boleh kita lakukan bagi menghargai jasa mereka
kepada kita.
26
Antaranya, kita hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh. Jika kita berjaya
dalam pelajaran mereka akan berasa gembira. Ibu bapa pasti berbangga dengan kejayaan
kita.
Selain itu, kita hendaklah mendengar dan menurut kata-kata mereka. Jangan
sesekali kita membantah. Kalau kita membantah, kita akan dianggap anak derhaka dan
tidak menghormati ibu bapa.
Di samping itu, kita juga haruslah membantu mereka. Kita boleh membantu
mereka dengan melakukan kerja-kerja yang sesuai seperti mengasuh adik, mengemas
rumah dan sebagainya. Dengan itu, kita dapat meringankan bebanan mereka.
Akhir sekali, kita perlu menjaga nama baik keluarga. Jangan sesekali melakukan
perkara yang boleh memalukan mereka.
Itulah antara cara-cara yang boleh kita lakukan bagi menghargai jasa ibu dan bapa
kepada kita. Langkah-langkah ini dapat mewujudkan rasa kasih sayang dalam keluarga
dan keluarga akan menjadi lebih harmoni.
MODEL 2
MODEL 2
Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 3 Kertas Penulisan 012 – Bahagian B : Fakta
MODUL PRAKTIS PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012
AKTIVITI BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM
Fakta
Amalan bergotong-royong kerap diamalkan dalam kehidupan kita. Tuliskan sebuah karangan
tentang kebaikan bergotong-royong.
_ KERANGKA IDEA
_ Info maksud – melakukan kerja dengan bersama-sama – diamalkan sejak dahulu
_ Idea 1 kebaikan pertama – kerja menjadi ringan – tidak menggunakan tenaga yang lebih
27
_ Idea 2 kebaikan kedua – lebih cepat siap – dapat menjimatkan masa
_ Idea 3 kebaikan ketiga – dapat menjimatkan kos – kerja sukarela
_ Idea 4 kebaikan keempat – dapat mengeratkan perhubungan – hidup aman dan damai
_ Penutup harus dijadikan amalan dalam kehidupan – mewujudkan masyarakat penyayang
Kebaikan Bergotong-royong
Bergotong-royong bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan secara bersamasama.
Amalan ini telah lama dipraktikkan dalam masyarakat dahulu. Banyak kebaikan
yang akan kita peroleh melalui kerja bergotong-royong.
Antara kebaikannya ialah dapat meringankan kerja-kerja yang dilakukan. Hal ini
demikian kerana kerja yang dilakukan secara beramai-ramai itu tidak memerlukan tenaga
yang lebih.
Melalui aktiviti gotong-royong juga kita dapat menjimatkan masa. Ini kerana kerjakerja
yang dilakukan secara beramai-ramai itu akan dapat disiapkan dalam tempoh masa
yang singkat.
Dari segi perbelanjaan juga dapat dijimatkan. Kita tidak perlu mengeluarkan wang
untuk membayar upah kerana kerja yang dilakukan secara bergotong-royong biasanya
dilakukan secara sukarela dan ikhlas.
Perhubungan yang erat dan mesra dapat diwujudkan melalui aktiviti bergotongroyong.
Dengan wujudnya perhubungan yang erat maka akan lahirlah masyarakat
penyayang seperti yang dihasratkan oleh pemimpin kita.
Itulah antara kebaikan bergotong-royong kepada kita. Amalan ini juga perlulah
dipraktikkan dalam kehidupan kita sehari-hari kerana boleh membawa banyak kebaikan.
28