kmhrn menerang slide.pptx

9
Definisi Penerangan Satu kemahiran untuk menceritakan, menjelaskan, menggambarkan, memindahkan sesuatu perkara yang diketahui kepada orang lain.

Transcript of kmhrn menerang slide.pptx

Page 1: kmhrn menerang slide.pptx

Definisi Penerangan

Satu kemahiran untuk menceritakan, menjelaskan, menggambarkan, memindahkan sesuatu perkara yang diketahui kepada orang lain.

Page 2: kmhrn menerang slide.pptx

Objektif

-Memudahkan pelajar memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas.-Menghuraikan sesuatu proses atau prosedur seperti langkah- langkah menjalankan satu ujikaji atau menyelesaikan masalah matematik-Menjelaskan sebab- sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu.

Page 3: kmhrn menerang slide.pptx

Matlamat Komponen Penerangan

-Menaakul - Penerangan sebab musabab, punca berlakunya sesuatu dan membuat ramalan atau kemungkinan-Menghuraikan proses - Menghuraikan proses, peraturan, undang-undang dan prosedur-Menjelaskan maklumat - Memudahkan murid faham dengan jelas sesuatu maksud, konsep, fakta, isi pelajaran dan sebagainya dengan ringkas dan padat.

Page 4: kmhrn menerang slide.pptx

Teknik Memberi Penerangan.a) MERANCANG-Kenalpasti kumpulan sasaran, bahan bantu mengajar,pilih kaedah mengajar yang sesuai dan susun idea dengan baik.

b) MENEPATI SASARAN-Kebolehan, kemampuan usia dan pengalaman. Bahan bantu mengajar perlu menepati kumpulan murid.

Page 5: kmhrn menerang slide.pptx

PRINSIP- PRINSIP PANDUAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENERANG1. Guru hendaklah merancang aktiviti pengajaran dengan memilih cara dan bentuk penerangan yang sesuai.2. Masa untuk menggunakan kemahiran menerang hendaklah singkat.Pelajar- pelajar akan merasa bosan jika mereka disuruh duduk diam untuk mendengar penerangan guru dalam tempoh masa yang lama.3. Untuk mengekalkan minat pelajar terhadap penerangan guru,kemahiran variasi rangsangan hendaklah digunakan, terutama bagi penerangan yang memerlukan masa yang melebihi satu minit.

Page 6: kmhrn menerang slide.pptx

4. Perkataan dan istilah yang digunakan untuk menerangkan hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman pelajar.5. Penerangan haruslah berdasarkan pengetahuan pelajar yang lepas supaya mereka dapat mengikutinya dengan mudah dan bermakna6. Alat bantu mengajar yang digunakan untuk membantu guru menerangkan sesuatu isi pelajaran hendaklah sesuai serta diuruskan dengan teknik yang berkesan.7. Selepas aktiviti perancangan, guru hendaklah menggalakkan pelajar bertanya mana- mana perkara yang mereka kurang faham8. Contoh-contoh, ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman pelajar.

Page 7: kmhrn menerang slide.pptx

Komponen kemahiran menerang

i. komponen aras permulaan ii. komponen kemahiran ilustrasiiii. komponen penyusunan idea daniv. komponen penutup.

Page 8: kmhrn menerang slide.pptx

KESAN- KESAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENERANG KE ATAS PENGAJARAN & PEMBELAJARAN1. Pelajar- pelajar dapat memahami konsep fakta dan bahan pengajaran guru akan menjadi jelas iaitu isi pelajaran dapat difahami dengan lebih cepat, mudah, tepat dan bermakna.2. Pelajar- pelajar juga dapat memahami sesuatu proses atau prosedur secara terperinci dan teratur. Pelajar dapat menaakul sebab musabab berlakunya sesuatu kejadian dengan lebih jelas.

Page 9: kmhrn menerang slide.pptx

3. Pelajar- pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru jika penerangannya menarik dan bermakna. Ini dapat meneguhkan lagi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah.4. Contoh- contoh ilustrasi dan bahan pelajaran bukan sahaja dapat merangsangkan pelbagai deria pelajar, tetapi juga memudahkan kefahaman konsep dengan tepat serta mengukuhkan apa yang diterangkan dalam ingatan mereka.5.Masa aktiviti pengajaran guru dapat dijimatkan kerana pelajar dapat memahami dengan cepat dan ini boleh digunakan untuk menambahkan aktiviti pembelajaran yang lain kepada pelajar.