KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Pidato Pra U

17
125 125 PERTANDINGAN PIDATO PRA U SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP EDISI 2013 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PIDATO PIALA PRAU EDISI 2013

description

pidato

Transcript of KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Pidato Pra U

Page 1: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Pidato Pra U

125125

PERTANDINGAN PIDATO PRA U SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

KERTAS KONSEP

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PIDATO PIALA PRAUEDISI 2013 

 

Page 2: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Pidato Pra U

125125

PERTANDINGAN PIDATO PRA U SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

PIDATO PRA U SEKOLAH MENENGAHKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

EDISI 2013

1.0 PENGENALAN

Pidato merupakan satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang mengandungi idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya secara berkesan. Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara bersahaja dalam bentuk nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan selingan kecindan yang bertujuan untuk mempengaruhi audien. Penyampaian pidato yang juga bergantung kepada kesesuaian nada dan gaya bukannya menggunakan emosi seperti dengan nada suara yang tinggi, menyanyi, dan bersyair. Sentuhan seni pidato adalah unik tidak seperti seni bahas yang bertujuan menegakkan dan mematikan hujah lawan. Justeru, pertandingan pidato ini dijalankan untuk memastikan kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan zaman. Kematangan pemikiran dan melontarkan idea dapat dicungkil melalui aktiviti berpidato.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN

2.1 Membina keyakinan diri dan mampu berucap di khalayak.2.2 Meluaskan pengetahuan am dan isu-isu semasa dalam dan luar negara.2.3 Memantapkan kemahiran komunikasi dan Bahasa Melayu standard.2.4 Memupuk semangat patriotisme dan jati diri.2.5 Menjana daya saing secara positif.

3.0 PESERTA

3.1 Pertandingan ini dibuka kepada murid-murid Tingkatan Enam(6) bawah dan atas, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Menengah Agama Negeri dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan .

3.2 Pertandingan ini dibahagikan kepada dua bahagian seperti berikut:

Bahagian A : Pidato persediaan awalBahagian B : Pidato secara spontan

4.0 Peringkat Pertandingan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 3: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Pidato Pra U

125125

PERTANDINGAN PIDATO PRA U SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

Pertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat :-

4.1 Peringkat Daerah

4.1.1 Semua Pejabat Pendidikan Daerah / Bahagian diminta mengendalikan pertandingan di peringkat ini.

4.1.2 Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili daerah/bahagian ke pertandingan di peringkat negeri.

4.2 Peringkat Negeri

4.2.1 Pertandingan di peringkat ini hendaklah dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

4.2.2 Satu jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu diwujudkan.

4.2.3 Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan.

4.2.4 Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah menetapkan tarikh dan tempat pertandingan dan seterusnya memaklumkannya kepada urus setia di peringkat kebangsaan.

4.3 Peringkat Kebangsaan

4.3.1 Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

4.3.2 Seorang peserta dari setiap negeri akan mewakili negeri masing-masing ke pertandingan peringkat kebangsaan.

4.3.3 Setiap peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing dan seorang pegawai pengiring.

5.0 FORMAT PERTANDINGAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 4: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Pidato Pra U

125125

PERTANDINGAN PIDATO PRA U SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian dan setiap peserta wajib bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap bahagian ditentukan mengikut undian. Proses undian ini dijalankan di hadapan semua peserta sebelum pertandingan dimulakan. Pengacara majlis dan peserta pidato TIDAK DIBENARKAN memperkenalkan diri ,sekolah dan negeri masing-masing.

5.1 Bahagian Pertama

Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang telah disediakan oleh jawatankuasa pertandingan terlebih dahulu.

5.2 Bahagian Kedua

Peserta akan dijemput untuk menyampaikan pidato masing-masing secara spontan atas tajuk yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan. Peserta dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul yang disediakan di meja urus setia. Pertandingan pidato secara spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai pertandingan pidato bahagian pertama. Setelah mendapat tajuk, peserta diberi masa satu minit untuk membuat persediaan di meja urus setia tanpa dibantu oleh mana-mana pihak. Kertas catatan dan alat tulis disediakan oleh urus setia. Selepas satu minit masa persediaan, peserta diminta menyampaikan pidato secara spontan

5.3 Syarat-syarat Pertandingan

5.3.1 Peserta diberi masa selama LAPAN (8 minit )untuk berpidato Bahagian Pertama, dan LIMA (5 minit) untuk berpidato Bahagian Kedua.

5.3.2 Loceng akan dibunyikan sekali, satu minit sebelum tamat dan dua kali setelah tamat bagi setiap bahagian pertandingan.

5.3.3 Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi setiap bahagian pertandingan tidak akan diberikan markah.

5.3.4 Peserta pidato spontan tidak dibenarkan membawa alat tulis,kertas catatan, alat komunikasi dan alat elektronik.

5.3.5 Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.

5.3.6 Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 5: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Pidato Pra U

125125

PERTANDINGAN PIDATO PRA U SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

5.3.7 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ mana-mana satu daripadanya) tidak layak untuk dipilih sebagai pemenang di semua kategori dan peringkat pertandingan.

5.3.8 Peserta pidato diwajibkan menggunakan seragam sekolah atau pakaian kebangsaan.

5.3.9 Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas.

5.4 Pemilihan Tajuk

5.4.1 Peringkat Daerah dan Peringkat Negeri

Jawatankuasa setiap peringkat hendaklah menetapkan tajuk pidato bahagian pertama dan kedua berdasarkan isu-isu semasa yang tersiar dalam media massa / isu patriotik / isu-isu dunia terkini. Isu-isi ini termasuk politik, ekonomi, kebudayaan, jenayah, bencana alam, gempa bumi, pencemaran alam dan sebagainya.

5.4.2 Peringkat Saringan, Separuh Akhir dan Peringkat Akhir Kebangsaan

5.4.2.1 Tajuk pidato bahagian pertama dan kedua di peringkat ini disediakan oleh jawatankuasa pertandingan peringkat kebangsaan.

5.4.2.2 Tajuk pidato bahagian pertama akan dihantar kepada peserta negeri TIGA(3) minggu sebelum Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

5.4.2.3 Tajuk pidato bahagian kedua di peringkat ini ditentukan secara undian oleh Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

5.4.2.4 ENAM BELAS(16) orang peserta mewkili setiap negeri dalam bertandingan peringkat saringan. ENAM(6) orang peserta akan dipilih ke peringkat separuh akhir. TIGA(3) orang peserta terbaik dipilih untuk ke pertandingan akhir peringkat kebangsaan

5.5 Peraturan Pemarkahan

5.5.1 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Pertama

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 6: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Pidato Pra U

125125

PERTANDINGAN PIDATO PRA U SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

5.5.1.1 Idea / Isi ( 50 markah ) Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan empat idea/ isi. Isi/idea hendaklah menunjukkan kematangan dan bernas yang disokong oleh data / bahan yang tepat / logik sebagai peneguh huraiannya.

Panduan Pemarkahan

Idea/isi tepat – 2 markah Kematangan idea/isi – 2 markah Huraian – 5 markah Data / contoh – 2 markah Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 11 markah (11m x 4 = 44 markah + 6 markah takrifan tajuk = 50 markah).

5.5.1.2 Bahasa ( 20 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

5.5.1.3 Penyampaian dan Persembahan ( 30 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada, meyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib. Peserta WAJIB memberi salam dan kata-kata aluan sebelum memulakan pidato.Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta menyentuh isu sensitif/ menunjukkan pelakuan / tutur kata yang kurang sopan.

5.5.2 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Kedua (Spontan)

5.5.2.1 Isi ( 40 markah )

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 7: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Pidato Pra U

125125

PERTANDINGAN PIDATO PRA U SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan dua idea / isi. Idea / isi hendaklah bernas/logik dan dihurai dengan jelas.

Panduan Pemarkahan

Idea / isi – 5 markahHuraian – 10 markahData / contoh – 4 markahMarkah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 19 markah (19m x 2 = 38 markah + 2 markah takrifan tajuk = 40 markah).

5.5.2.2 Bahasa ( 30 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

5.5.2.3 Penyampaian dan Persembahan ( 30 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada, meyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib. Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta menyentuh isu sensitif/ menunjukkan pelakuan / tutur kata yang kurang sopan.

5.6 Panduan Kepada Panel Hakim

5.6.1 Peserta pidato setiap bahagian akan diadili dari segi isi / idea, bahasa dan persembahan. Panel hakim tidak boleh terpengaruh dengan reaksi emosi / tepuk sorak penyokong.

5.6.2 Panel hakim diingatkan agar tidak memilih peserta pidato yang membaca nota/ teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ mana-mana satu daripadanya) sebagai pemenang di semua kategori dan peringkat pertandingan.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 8: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Pidato Pra U

125125

PERTANDINGAN PIDATO PRA U SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

5.6.3 Panel hakim perlu membuat keputusan menggunakan SISTEM JURI.

5.6.4 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

6.0 Tarikh Pertandingan

6.1Peringkat Daerah :6.2Peringkat Negeri :6.3Peringkat Saringan Kebangsaan :

Tempat :6.4Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan :

Tempat : 6.5Peringkat Akhir Kebangsaan :

Tempat :

7.0 Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan

Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada semua Jabatan Pelajaran Negeri.

8.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 9: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Pidato Pra U

125125

PERTANDINGAN PIDATO PRA U SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

BORANG PEMARKAHANPIDATO PRA U

Giliran Peserta …...........Bahagian Pertama : 8 minit

Idea/ Isi(50 markah)

Bilangan Idea/Isi

Idea/Isi(2 markah)

Kematangan(2 markah)

Huraian(5 markah)

Contoh/Data(2 markah)

Jumlah

Peserta akan diadili dari segi:-idea/ isi yang bernas-kematangan idea-huraian yang jelas-data / contoh yang tepat/logik-Maksimum 4 idea/isi

Idea/ Isi 1Idea/Isi 2Idea/Isi 3Idea/Isi 4

Takrifan tajuk Markah maksimum 6

Jumlah markah idea/isi dan takrifanBahasa(20 markah)

Peserta akan diadili dari segi:- bahasa yang jelas- bahasa baku- gaya bahasa yang berkesan/ tepat

Tatabahasa (10 markah)Gaya bahasa yang berkesan (5 markah)Bahasa baku (5 markah)Jumlah markah bahasa

Penyampaian , persembahan, adab dan bonus.(30 markah)Peserta akan diadili dari segi:-kepetahan-kelancaran-intonasi suara-gaya yang menarik/berkeyakinan-dapat mempengaruhi/menarik perhatian audien-susunan idea/isi Adab .Pesertaakan dipotong 5 markah maksimum jika :-- menyentuh isu sensitif- menggunakan bahasa yang kurang sopan- tidak sempat membuat kesimpulanBonus .Peserta akan diadili dari segi persembahan keseluruhan, kesopanan dan penampilan diri

Kepetahan, kelancaran, dan intonasi suara ( 10 markah)Penyampaian/persembahan yang menarik (10 markah)Susunan idea/isi (5 markah)Berkeyakinan, dapat mempengaruhi dan menarik perhatian audien (5 markah)Adab (5 markah)Bonus (5 markah)

Jumlah markah persembahan/penyampaian, adab dan bonus

Jumlah markah keseluruhan : 100 %Disahkan oleh:

Tandatangan hakim:……………………………………….

(Nama :.............................................................................) Tarikh :.............................

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 10: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Pidato Pra U

125125

PERTANDINGAN PIDATO PRA U SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

BORANG PEMARKAHAN PIDATO PIALA PRA U

Giliran Peserta:..................

Bahagian Kedua(Spontan): 5 minitIsi

(40 markah) Bilangan Idea/isi Idea/Isi(5 markah)

Huraian(10markah)

Contoh/Data(4markah) Jumlah

Peserta akan diadili dari segi:-idea/ isi yang bernas-huraian yang jelas-data / contoh yang tepat/logik-Maksimum 3 idea/isi

Isi 1Isi 2Takrifan tajuk (2m) Markah maksimum 2

Jumlah markah idea/isi

Bahasa(30 markah)Peserta akan diadili dari segi:- bahasa yang jelas- bahasa baku- gaya bahasa yang berkesan/ tepat

Tatabahasa (10 markah)Gaya bahasa yang berkesan (10 markah)Sebutan bahasa (10 markah)Jumlah markah bahasa

Penyampaian,persembahan, adab dan bonus.(30 markah)Peserta akan diadili dari segi:-kepetahan-kelancaran-intonasi suara-gaya yang menarik/berkeyakinan-dapat mempengaruhi/menarik perhatian audien-susunan idea/isi Adab .Peserta akan dipotong 5 markah maksimum jika :-- menyentuh isu sensitif- menggunakan bahasa yang kurang sopan- tidak sempat membuat kesimpulanBonus.Peserta akan diadili dari segi persembahan keseluruhan, kesopanan dan penampilan diri

Kepetahan, kelancaran nada, intonasi suara menyakinkan ( 5 markah)Gaya yang menarik (5 markah)Isi yang tertib (5 markah)Penyampaian isi yang tersusun atau teratur (5 markah)Adab (5 markah)Istimewa (5 markah)

Jumlah markah persembahan/penyampaian, adab dan bonus

Jumlah markah keseluruhan : 100 %Disahkan oleh:

Tandatangan hakim:………………………………………. (Nama :.............................................................................) Tarikh :.............................

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 11: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Pidato Pra U

138138

PERTANDINGAN PIDATO PRA U SEKOLAH MENENGAHBORANG RUMUSAN HAKIM

BORANG RUMUSAN HAKIM(Diisi oleh semua hakim)

PERTANDINGAN PIDATO PRA UPERINGKAT KEBANGSAAN

PRA U

Giliran Peserta

Markah Pidato Bahagian Pertama

Markah Pidato Bahagian

kedua (spontan)

Jumlah Kedudukan

Tandatangan:

Nama Hakim :..................................... Tarikh :...........................

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 12: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Pidato Pra U

138138

PERTANDINGAN PIDATO PRA U SEKOLAH MENENGAHBORANG RUMUSAN HAKIM

BORANG RUMUSAN HAKIM(Diisi oleh Ketua Hakim)

PERTANDINGAN PIDATO PRA UPERINGKAT KEBANGSAAN

PRA U

GiliranPeserta

KEDUDUKAN PESERTA

Hakim 1

Hakim 2

Hakim 3

Hakim 4

Hakim 5 Catatan

Keputusan Panel Hakim

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

Tandatangan

Tandatangan :..................................... Tarikh :...........................

Nama Ketua Hakim :.....................................

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 13: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Pidato Pra U

138138

PERTANDINGAN PIDATO PRA U SEKOLAH MENENGAHBORANG RUMUSAN HAKIM

BORANG KEPUTUSAN PERTANDINGAN(Diisi oleh Ketua Hakim)

PERTANDINGAN PIDATO PRA UPERINGKAT KEBANGSAAN

KEPUTUSAN GILIRAN PESERTA

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

PENGESAHAN

HAKIM NAMA TANDATANGAN

HAKIM 1

HAKIM 2

HAKIM 3

HAKIM 4

HAKIM 5

Disahkan oleh,

......................................................................... t.t

( ) Nama Ketua Hakim

Tarikh: ..................................................

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 14: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Pidato Pra U

138138

PERTANDINGAN PIDATO PRA U SEKOLAH MENENGAHBORANG RUMUSAN HAKIM

CONTOH TEMA PIDATO PRA U

PIDATO PERSEDIAAN & SPONTAN

TEMA : POLITIK & PENTADBIRANTEMA : WARISAN BANGSA DAN BUDAYATEMA : PENDIDIKANTEMA : KESENIAN TEMA : EKONOMI & PERDAGANGAN ANTARABANGSATEMA : PENDIDIKANTEMA : GEJALA SOSIALTEMA : HUBUNGAN DIPLOMATIKTEMA : BENCANA ALAMTEMA : KERJASAMA SERANTAUTEMA : JENAYAH PERDAGANGANTEMA: KEPENTINGAN ICTTEMA: PENJAGAAN ALAM SEKITARTEMA: KESELAMATAN DUNIATEMA: KEPIMPINAN YANG CEMERLANGTEMA: JENAYAH BERATTEMA: KEADILAN SEJAGAT

CONTOH TAJUK PIDATO PRA U

PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA MAMPU DICAPAI KESELAMATAN DUNIA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA